Monday, 28 January 2013

Wajib Belajar Aqidah!!!!


بسم الله الرحمن الرحيم
Kepentingan Ilmu Tauhid/Usuluddin/Aqidah

Maka beruntunglah dan beroleh kemenangan bagi orang-orang yang mengetahui Ilmu Tauhid di DUNIA dan AKHIRAT. Dan maka rugilah dan beroleh kegagalan bagi orang yang jahil Ilmu Tauhid.
Dalil-dalil:-

1) Allah Ta’ala berfirman فاعلم أنه لا إله إلا الله
Maksudnya: hendak mengetahui olehmu bahawa tiada tuhan melainkan Allah. Allah Ta’ala menggunakan فاعلم tidak menggunakan فاعلموا adalah mununjukkan wajib (fardhu ain) keatas setiap individu yang mukallaf mengetahui tiada tuhan melainkan Allah.

2) Bersabda Rasulullah Sallallahu alaihi Wa Sallam أول الدين معرفة الله. Ertinya: Awal-awal agama itu mengenalkan Allah Ta’ala. Awal di sini bermaksud perkara paling penting atau paling besar atau paling utama di dalam agama Islam ialah mengenal Allah.

3) Dan daripada hadith Nabi Muhammad Sallallahu alaihi Wa Sallam
أمرت أن أقاتل الناس حتى يشهدوا أن لا إله إلا لله
Ertinya: Disuruh akan daku bahwa aku membunuh akan manusia hingga bahwa menyaksi mereka itu bahwa tiada tuhan melainkan Allah. Maka dengan Ilmu Tauhid ini, kita akan mendapat kelepasan daripada kekal didalam api neraka dan terhenti dalam mengesahkan amal ibadat.

4) Dan hadith,
قيل: يا رسول الله! أي الأعمال أفضل؟ فقال: العلم بالله، لأن قليل العمل ينفع مع العلم، وأن كثير العمل لا ينفع مع الجهل
Maksudnya: Seseorang bertanya kepada Rasulullah: yang manakah amalan yang terlebih afdhal? Maka jawab Rasulullah: Mengetahui perkara yang berkaitan dengan Allah. Kerana bahwasanya sedikitnya amal memberi ia manfaat dengan disertai ilmu, dan bahwasanya banyak amal tidak ia memberi manfaat dengan disertai kejahilan. Hadith ini menunjukkan bahwa semulia-mulia ilmu dan paling afdhal dan terlebih daripada sekelian ilmu itu ialah Ilmu Tauhid.

Aqwalul Ulama:-

1) Imam al-Ghazali berkata didalam kitab الفوز والنجاح
لا تصح العبادة إلا بعد معرفة المعبود
Ertinya: tidak sah ibadah (seseorang itu) melainkan kemudian daripada mengenal yang disembah (Allah).

2) Imam Sanusi dalam kitabnya “الصغرى” mengatakan
وقد نص الأئمة على أنه لا بد من فهم معناها وإن لا لم ينتفع بها صاحبها في الإينقاذ من الخلود في النار
Ertinya: Sesungguhnya Imam-imam kita telah menaskan bahawa tidak dapat tidak bagi seorang yang mukallaf memahami pengertian لا إله إلا الله. Sekiranya ia tidak faham segala makna yang terkandung di dalam لا إله إلا الله tidak ada faedah ia menyebutnya untuk ia terlepas daripada kekal di dalam neraka.

3) Imam Sanusi juga berkata didalam syarah matan أم البراهين
ولا شك أن هذه الكلمة مما يجب على كل مكلف أن يعتني بشأنها إذ هي ثمان الجنة
Ertinya: Tidak menjadi ragu-ragu bahawa kalimah لا إله إلا الله ialah sebahagian kewajipan keatas mukallaf bahawa ia mengambil berat (mengamati) dengan perkara-perkara yang terkandung di dalam لا إله إلا اللهkerana ia kalimah لا إله إلا الله adalah harga sebuah syurga. Bersabda Rasulullah Sallallahu alaihi Wa Sallam مفتاح الجنة لا إله إلا لله

Buat Renungan:-

Imam Sanusi berkata:
وما أندر من يتقن ذلك في هذا زمان الصعب الذي فا ض فيه بحر الجهلاء وانتشر فيه الباطل ورمي في كل نحية من الأرض بأمواج إنكار الحق
Ertinya: Amboi, jarang-jarang sangatlah orang yang betul-betul mantap ilmu tauhid, di zaman payah sekarang ini iaitu di zaman yang melimpah di dalamnya lautan kejahilan dan tersebar luas kebatilan. Dan dilontarkan setiap genap penjuru bumi dengan ombak-ombak mengingkari kebenaran.
وما أسعد اليوم، من وفق لتحقيق عقائد إيمانه ثم عرف بعد ذلك ما يضطر إليه من فروع دينه، في ظاهره وباطنه حتى ابتهج سره بنور الحق واستنار
Ertinya: Amboi, berbahgialah orang-orang yang diberi taufiq untuk memantapkan aqidah imannya kemudian selepas itu ia mengetahui apa yang ia berhajat kepadanya (ilmu feqah) daripada daripada cabang-cabang agama pada zahirnya dan batinnya hingga bersinar-sinar hatinya dengan cahaya kebenaran dan begermelapan.

Kesimpulan: Wajib kita belajar (untuk ber’itiqad) Ilmu Tauhid dengan berguru kepada guru yang ahli di dalam Ilmu Usuluddin daripada  50 Aqidah iaitu 41 Aqidah di dalam لا إله إلا الله dan 9 Aqidah yang terdapat dalam محمد رسول الله
والله أعلم.

Lihat juga:

Kewajipan Belajar Usuluddin (50 Aqidah) dan Mendahuluinya daripada Ilmu yang lain



قال السنوسي: وليس يكون الشخص مؤمنا إذا قال أنا جازم بالعقائد
Telah berkatalah oleh Imam Sanusi: Tidak adalah seseorang itu mukmin (disisi Allah) apabila berkata ia seorang aku pegang putus (di hati) dengan segala aqoid (yang 50 sekalipun)

 ولو قطعت قطعا قطعا لا أرجع عن جزمي هذا
Jikalau dipotong akan daku sepotong-sepotong, tiada kembali aku daripada pegangan aku ini

 بل لا يكون مؤمنا حتى يعلم كل عقيدة من هذه الخمسين بدليلها
Bahkan tidak adalah ia seorang yang beriman sehingga mengetahui ia akan tiap-tiap satu aqidah daripada ini 50 dengan segala dalilnya.

 وتقديم  هذا العلم فرضا كما يؤخذ من شرح العقائد
Dan bermula mendahului akan ilmu ini (Usuluddin) di atas ilmu yang lain fardhu ‘ain, sebagaimana diambil faham daripada kitab Syarah al-‘Aqaid

 لأنه جعله أساسا يبنى عليه غيره
Kerana bahawasanya ilmu ini (Usuluddin) menjadi akan dia  asas dibina diatasnya oleh yang lainnya

 فلا يصح الحكم  بوضوء شخص او صلاته
Maka tiada sah hukumnya dengan mengambil wudhu’ seseorang atau sembahyangnya

 الا اذا كان عالما بهذه العقائد
Melainkan ia mengetahui dengan ini segala ‘aqaid (50 Aqidah )





Rujukan: Hasyiah Kifayatul ‘Awwam, oleh al-‘Alim al-‘Allamah Syaikh al-Islam al-Syaikh Ibrahim al-Baijuri, Thailand: Maktabah wa Matba’ah Muhammad al-Nahdi wa Auladahu, hal. 24.

7 Maksud Wajib Mengenal Allah dan Rasul (Belajar Ilmu Usuluddin)



1)    Wajib akan sebagai wajib syara’
2)    Wajib mendahului daripada ilmu lain
3)    Wajib yang fardhu ‘ain (wajib atas setiap individu yang mukallaf)
4)    Wajib yang di ittifaq oleh Ahlus Sunnah wal Jamaah
5)    Wajib disegerakan
6)    Wajib yang berkekalan sehingga seseorang itu mati
7)    Wajib sampai ke peringkat tidak akan diterima segala amalan lain sekiranya seseorang itu tidak mengenal Allah dan RasulNya.


Lihat juga:
http://ibadurrahman99.wordpress.com/2011/08/01/wajib-belajar-aqidah/
http://ibadurrahman99.wordpress.com/2011/07/26/apakah-takrif-makrifah-mengenal/

Apakah takrif makrifah (mengenal)?



Jawab:
الجزم المطابق للواقع عن دليل
Ertinya: Jazam yakni pegangan didalam hati dengan putus (kejap) yang muafakat (betul) bagi diri perkara daripada dalil sama ada ia dalil ijmali atau dalil tafsili.
Jadi kesimpulan dari takrif diatas, syarat makrifah itu 3 perkara iaitu:
1) Jazam yakni pegangan yang putus didalam hati
2) Yang muafakat bagi diri perkara
3) Yang dikejapkan dengan dalil

Jika ada 3 perkara ini dalam diri kita maka kita telah memenuhi tuntutan Allah supaya mengenalNya.
Firman Allah:
فاعلم أنه لا إله إلا الله
(Surah Muhammad ayat: 19)

Rujukan: Khulasotut Tauhid fi Ma’rifatil Aqaid karangan Abdul Rahman bin Muhammad
m/s 7 dan 8

Aqidah 50


20 Sifat Wajib Bagi Allah Ta’ala

1 ) Wujud (Ada)
2 ) Qidam (Sedia)
3 ) Baqo’ (Kekal)
4 ) Mukholafatuhu lil hawadith (Bersalahan Allah Ta’ala dengan segala yang baharu)
5 ) Qiyamuhu Ta’ala binafsih (Berdiri Allah Ta’ala dengan sendiriNya)
6 ) Wahdaniyyah (Esa)
7 ) Qudrat (Pekuasa)
8 ) Iradat (Pekehendak)
9 ) I’lmun (Pengetahuan)
10 ) Hayat (Pehidup)
11 ) Sama’ (Pendengar)
12 ) Basor (Pelihat)
13 ) Kalam (Pekata)
14 ) Kaunuhu Qodiran (Keadaan Allah Ta’ala yang kuasa)
15 ) Kaunuhu Muridan (Keadaan Allah Ta’ala yang menghendaki)
16 ) Kaunuhu ‘Aliman (Keadaan Allah Ta’ala yang mengetahui)
17 ) Kaunuhu Hayyan (Keadaan Allah Ta’ala yang hidup)
18 ) Kaunuhu Sami’an (Keadaan Allah Ta’ala yang mendengar)
19 ) Kaunuhu Basiron (Keadaan Allah Ta’ala yang melihat)
20 ) Kaunuhu Mutakalliman (Keadaan Allah Ta’ala yang berkata-kata)

20 Sifat Mustahil Atas Allah Ta’ala

1 ) ‘Adam ( Tiada)
2 )Huduth (Baru)
3 ) Fana’  (Binasa)
4 ) Mumasilatuhu lil hawadith (Bersamaan dengan baharu)
5 ) Qiyamuhu bi ghairih (Berdiri dengan yang lain)
6 ) Ta’addud  (Berbilang-bilang)
7 ) ‘Ajz (Lemah)
8 ) Karahah (Terpaksa)
9 ) Jahl (Jahil)
10 ) Maut (Mati)
11 ) Samam (Tuli)
12 ) ‘Umy (Buta)
13 ) Bukm (Bisu)
14 ) Kaunuhu  A’jizan (KeadaanNya yang lemah)
15 ) Kaunuhu Karihan (KeadaanNya yang terpaksa)
16 ) Kaunuhu Jahilan (KeadaanNya yang jahil)
17 ) Kaunuhu Mayyitan (KeadaanNya yang mati)
18 ) Kaunuhu A’sam (KeadaanNya yang tuli)
19 ) Kaunuhu A’ma  (KeadaanNya yang buta)
20 ) Kaunuhu Abkam (KeadaanNya yang bisu)

1 Sifat Harus Bagi Allah Ta’ala

Harus bagi Allah memperbuatkan mumkin dan meninggalkan akan mumkin.
Tidak wajib perbuat mumkin dan tidak mustahil meninggal akan mumkin.
20 Sifat Wajib Bagi Allah + 20 Sifat Mustahil Atas Allah + 1 Sifat Harus Bagi Allah= 41 Aqidah yang terdapat dalam kalimah لا إله إلا الله

4 Sifat Wajib Bagi Rasul

1 ) Sidiq (Benar)
2 ) Amanah (Kepercayaan)
3 ) Tabligh (Menyampaikan)
4 ) Fathonah (Bijaksana)

4 Sifat Mustahil Atas Rasul

1 ) Kidzib (Bohong)
2 ) Khiyanah (Khianat atau tidak dipercayai)
3 ) Kitman (Menyembunyikan)
4 ) Baladah (Bodoh)

1 Sifat Harus Bagi Rasul
Harus bagi rasul itu bersifat dan berperangai  seperti sifat dan perangai manusia yang tidak membawa kepada kekurangan martabat rasul dan tidak meluputkan hikmah jadi rasul
4 Sifat Wajib Bagi Rasul + 4 Sifat Mustahil Atas Rasul + 1 Sifat Harus Bagi Rasul  = 9 Aqidah yang terkandung di dalam kalimah محمد رسول الله

 Kesimpulan
41 Aqidah + 9 Aqidah = 50 Aqidah yang terdapat di dalam kalimah syahadah
لا إله إلا الله محمد رسول الله
Yang wajib atas tiap-tiap mukallaf mengetahui dan mengaku dengan tentu sungguh didalam hati mereka akan 50 Aqidah yang tersebut itu.
Wallahu’alam..

Apakah awal kewajipan yang diwajibkan oleh Allah Ta’ala kepada hambaNya?



Jawapan: ialah mengenal Allah Azza wa Jalla dengan mengenal akan nama-namaNya, sifat-sifatNya, dan perbuatan-perbuatanNya bukan mengenal zatNya. Adapun mengenal zat (Allah Ta’ala) maka hukumnya mustahil sebagaimana firman Allah Ta’ala {لا تدركه الأبصار} dan firman Allah Ta’ala kepada Musa {لن تراني}.


Rujukan: Al-Fiqh al-Islami al-Muyassar oleh Syaikh Abdul Halim Mahmud Musa, Kaherah: Darul Fikril Arabi, hal. 8

Kepentingan Mengenal, Memahami dan Beri’tiqad dengan Sifat Mukhalafatuhu Ta’ala Lil Hawadith



Maka dengan ini dalil (sifat Mukhalafatuhu Ta’ala Lil Hawadith) dapat menolakkan sebesar-besar fitnah dunia dan fitnah hendak hampir mati dan fitnah akhirat dan segala syubhah (kekeliruan)  yang didatangkan diatasnya.

1) Fitnah Dunia

Maka (bermula) adapun fitnah yang terlebih besar pada dunia. Maka iaitu dajjal kerana ia mendakwa akan ketuhanan (dirinya tuhan) padahal dajjal itu seorang lelaki yang muda yang tiada janggutnya dan ada baginya misai. Dan buta sebelah matanya. Dan kata setengah (ulama’) buta mata sebelah kirinya. Dan kata setengah tiada tertentu buta sebelah mana, kerana bergilir ganti butanya. Maka matanya itu timbul bijinya, seperti buah ‘unab lagi gemuk tubuhnya. Dan tingginya dulapan (lapan) puluh hasta. Dan lebar diantara dua belikat itu tiga puluh hasta. Dan panjang dahinya dua hasta. Dan ada baginya tanduk patah pada kepalanya. Maka keluar daripadanya beberapa ular. Dan rambut kepalanya itu seperti ranting kayu. Dan panjang tangannya boleh mencapai akan awan dengan tangannya dan mengambil ia akan ikan di patat (dasar) laut dan dibakarnya kepada matahari. Dan berjalan ia di dalam laut hingga kacar (buku lali) kaki jua. Dan keluar ia daripada negeri kharasan  iaitu satu negeri diantara negeri balik belakang sungai Dajlah dan negeri ‘Iraq. Dan bertepik ia tiga kali mendengar akan dia oleh ahli mashriq (timur) dan maghrib (barat). Dan dilipat akan bumi baginya yakni disikat (disingkat) akan bumi baginya hingga beberapa jauh sekalipun dapat ia berjalan dengan satu saat jua. Dan ada baginya seekor himar yang terpotong ekornya dan putih warnanya. Dan diantara dua telinga himar itu 40 hasta. Dan kata qil 70 hasta. Dan dapat bernaung dan berteduh dibawah salah satu daripada dua telinga 70 orang dan satu langkahnya itu perjalanan 3 hari. Maka ditaruh diatas belakangnya itu minbar (pelana) daripada tembaga.

Maka duduk ia (dajjal) diatasnya (himar) dan mengikut akan dia oleh  beberapa jemaah daripada jin dan  manusia (yang kafir-kafir).
Maka pada masa itu ditinggalkan suruh dengan ma’ruf dan ditinggalkan daripada mungkar dan dipukul akan gendang dihadapannya. Maka tiada mendengarkan yang demikian itu oleh seorang melainkan mengikut akan dia. Maka disuruh akan awan hujan maka hujan ia. Dan disuruh akan sungai mengalir air kepadanya maka mengalir air kepadanya dan disuruh kembali maka kembali ia. Maka disuruh sungai kering maka kering ia. Maka disuruh akan bumi tumbuh akan tumbuhan maka menumbuh ia akan tumbuhan dan disuruh akan bumi keluar bendaharaan (galian) daripadanya maka mengeluar ia akan bendaharaannya. Dan lagi ada sertanya beberapa bukit daripada roti dan makanan padahal pada waktu itu didalam masyaqqah yang (amat) sangat daripada ketiadaan makanan maka tidak boleh mencapai akan makanan itu melainkan orang yang mengikut akan dia. Dan ada sertanya (dajjal) syurga dan neraka. Maka keduanya itu rupaan jua bukan syurga dan neraka yang sebenar, kerana api neraka itu sungai air tawar lagi sejuk. Dan mendakwa ia akan ketuhanan dan menyeru ia akan manusia kepada beriman dengan dia. Dan ada sertanya 2 orang malaikat salah seorang pada pihak kanannya dan yang satu lagi pada pihak kirinya menyerupai oleh keduanya dengan dua nabi, kata setengah ulama’ yang ghalib pada zhon aku bahawasanya 2 nabi itu ‘Isa dan Muhammad. Maka apabila berkata dajjal itu “tiadakah aku tuhan (bagi) kamu? Akulah menghidupkan dan mematikan.”

Maka berkata salah seorang daripada 2 malaikat itu “dusta engkau hai dajjal”. Dan  tiada mendengar akan perkataan itu oleh seorang daripada manusia (sekalipun) melainkan yang mendengarnya malaikat yang satu lagi. Maka berkata malaikat yang mendengar itu bagi yang pertama: “sodaqta” yakni betul engkau hai malaikat. Maka mendengar oleh manusia akan perkataan malaikat yang berkata benar engkau. Menyangka oleh mereka itu bahawasanya membenar ia akan dajjal padahal ia membenarkan akan malaikat yang berkata dusta engkau. Maka orang yang tiada kejap baginya dalil mukhalafah (lalu) mengaku ia bagi dajjal itu dengan ketuhanannya, seperti yahudi dan kebanyakan perempuan dan segala orang badwi (kurang ilmu pengetahuan). Maka berkata dajjal bagi seorang: “Adakah suka aku khabar akan dikau jika aku bangkitkan bagi kamu bapak kamu dan ibu kamu? Adakah kamu naik saksi bahawasanya aku tuhan kamu?. Maka berkata mereka itu: “bahkan”. Maka merupa oleh 2 syaitan pada rupa bapaknya dan ibunya. Maka berkata keduanya “Wahai anakku ikut olehmu akan dia (dajjal) maka bahawasanya ia tuhan kamu”.

Dan orang yang teguh berpegang dengan dalil mukhalafah ingkar akan ketuhanan dajjal itu, kerana bahawasanya dajjal itu jisim yang berlaku diatasnya oleh barang yang berlaku ia diatas segala jisim, seperti lemahnya (dajjal), kerana bahawasa dajjal lemah ia pada akhir pekerjaannya yakni tiada dapat daripada menzohirkan suatu perkara yang mencarikkan bagi ‘adat (lagi). Dan dibunuhkan dia oleh Nabi ‘Isa anak Maryam. Dan lagi buta matanya sebelah. Berkata Syaikh Suhaimi: bermula orang yang pada zaman itu sedikit (beriman). Maka kerana inilah datang warid daripada hadith tiada (orang yang) lepas (daripada) fitnah dajjal itu melainkan 12,000 lelaki (yang beriman) dan 7,000 perempuan yang beriman.

2) Fitnah Hendak Hampir Mati

Dan fitnah hendak mati sangatlah takut kerana pada waktu itu sangat-sangat lapar dan dahaganya dan keluh kesah seakan-akan nak hilang aqal sama telah pula (lebih-lebih lagi) diatas orang yang meninggal akan sembahyang  (termasuk juga orang yang meninggal sembahyang ialah orang yang sembahyang tetapi tidak tahu segala rukun, syarat dan perkara membatalkan solat) dan puasa sekira jikalau  dituangkan air seribu qolah kedalam lehernya, nescaya tidak puas dahaganya. Maka tiba-tiba masuk syaitan pada waktu itu dan duduk ia disisi kepala seorang yang hampir hendak mati dan ada sertanya (syaitan)  penjana (bejana) air beku (sejuk). Maka mengkocok (menggoncang) ia akan pejana itu baginya. Maka berkata seorang (yang hampir hendak mati) itu “berilah engkau kepada aku akan ini air. Maka berkata syaitan baginya “katalah engkau akan ini perkataan iaitu Isa anak Allah atau berbilang tuhan (tuhan itu berbilang) atau baru Allah (Allah itu baru) dan umpamanya daripada tiap-tiap perkataan yang sesat. Maka nak beri aku ini air kepada engkau”. Maka siapa-siapa yang tidak kejap imannya diperkenankan (terima) perkataan syaitan itu, kerana dahaganya dan besar kecubaannya (pada masa itu) maka tanggallah imannya (yakni menjadi kufur). Na’uzubillahi min zalik.

Dan datang kepadanya pula dua ekor syaitan, satunya diatas rupa bapa. Maka duduk ia (syaitan) sebelah kanannya (seorang yang hendak mati) dan berkata ia “wahai anakku bahawasanya aku kasih sayang akan dikau. Maka matilah engkau diatas ugama nasrani iaitu sebaik-baik ugama”. Dan yang satu lagi diatas rupa ibunya. Maka duduk ia (syaitan) sebelah kirinya (seorang yang hendak mati) dan berkata ia “wahai anakku adalah perutku tempat kandungan bagi engkau dan susuku minuman engkau dan peha aku tempat jijak kaki engkau tetapi matilah engkau diatas ugama yahudi iaitu sebaik-baik ugama”. Maka banyaklah fitnah syaitan pada ketika itu untuk nak menyesatkan hamba Allah supaya mati diatas tanggal imannya. Wal ‘iyazu billah min zalik.

3) Fitnah akhirat

Dan adapun fitnah yang terlebih besar pada akhirat maka iaitu bahawasanya Allah Ta’ala menghimpunkan sekelian manusia pada hari kiamat. Maka firmanNya Ta’ala yang bermaksud “barangsiapa ada ia menyembah akan suatu maka hendaklah mengikut ia akan dia (suatu yang disembah)”, maka mengikut oleh orang yang menyembah matahari akan matahari dan yang menyembah bulan akan bulan dan yang menyembah berhala akan berhala. Pergi kepada neraka tetapi dirupakan bagi orang menyembah Nabi ‘Isa akan syaitan I’sa dan dirupakan bagi orang yang menyembah ‘Uzair akan syaitan ‘Uzair, maka mengikut oleh mereka itu akan kedua syaitan itu pergi kepada neraka. Dan tinggal lagi umat ini (umat yang ber’ibadah kepada Allah) maka dikatakan bagi mereka itu “apakah yang kamu nanti dan sanya sungguhnya telah berjalan segala manusia?”. Maka berkata mereka itu “bahawasanya ada bagi kami  tuhan yang kami sembah akan Dia pada dunia dan tiada kami pernah lihat akan Dia”. Maka dikata orang bagi mereka itu “adakah kamu kenal akan Dia apabila kamu lihat akan Dia?. Maka berkata mereka itu “bahkan”. Maka dikatakan bagi mereka itu “betapa (bagaimana) kamu kenal akan Dia padahal tiada kamu lihat akan Dia”. Maka kata mereka itu “tiada sebanding (serupa) dengan sesuatu”.

Maka dinyatakan (dijelma) bagi mereka itu satu malaikat pada pihak kiri ‘arash jikalau dijadikan air laut itu pada lubang kuku ibu tangannya nescaya tiada limpah ia, maka berkata malaikat itu “aku tuhan kamu”, maka berkata umat ini “berlindung kami dengan Allah Ta’ala daripada kamu, tiada kami sekutukan dengan tuhan kami sesuatu”. Maka hampir-hampir lah orang yang taqlid itu bahawa berpaling i‘tiqodnya. Maka nyata (menjelma) pula bagi mereka itu satu malaikat yang lain pula dengan suruhan Allah Ta’ala pada pihak kanan ‘arasy. Jikalau dijadikan air laut yang empat belas itu pada lubang kuku ibu tangannya nescaya tiada limpah ia, maka berkata ia bagi mereka itu “aku lah tuhan kamu”. Maka berkata mereka itu “berlindung kami dengan Allah daripada kamu”.
Kemudian maka tajalli (zahir) Allah Ta’ala, maka melihat oleh mereka itu akan Allah Ta’ala seperti barang yang mereka itu I’tiqodnya, maka sujudlah mereka itu dan tinggal (tak sujud) segala kafir.

Dan adalah belakang mereka itu seperti papan yang satu tiap-tiap kali berkehendak sujud mereka itu gugur diatas belakang mereka itu. Maka firman Allah Ta’ala “hai hambaku akulah tuhan kamu, angkat oleh kamu akan kepala kamu maka sungguhnya telah kami ganti tiap seorang lelaki kamu itu daripada yahudi dan nasoro masuk kedalam neraka”, maka mengangkat oleh mereka itu akan kepala mereka itu dan muka mereka itu terlebih sangat putih daripada embun dan cemerlang cahayanya. Dan dihitam akan segala muka orang kafir. Dan berkata orang yang mukmin “engkaulah tuhan kami” maka sahut Ia Ta’ala “ahlan bikum” ertinya dapat keluasan dengan kamu . Maka diberi tiap seorang akan nurnya atas qadar amalannya dan mengikut suruhan dan dibentangkan bagi mereka itu sirotol mustaqim di atas jahanam . Maka adalah Nabi mustofa (Muhammad) dan segala umatnya pertama orang  yang lalu di atasnya.

*Kesimpulan: Untuk menyelamatkan diri daripada ketiga-tiga fitnah ini ,pertamanya, kita mestilah mantapkan iman kita dengan dengan mempelajari Ilmu  Aqidah dengan berguru sehingga faham dan beri’tiqad dengannya. Keduanya, hendaklah kita melakukan amalan solih untuk memelihara iman kita.

Rujukan: Khulasotut Tauhid fi Ma’rifatil Aqaid karangan Abdul Rahman bin Muhammad
m/s 17 – 21

Lihat juga:-
http://ibadurrahman99.wordpress.com/2011/08/01/wajib-belajar-aqidah/
http://ibadurrahman99.wordpress.com/2011/07/26/apakah-takrif-makrifah-mengenal/
http://ibadurrahman99.wordpress.com/2011/08/23/aqidah-50/
http://ibadurrahman99.wordpress.com/2012/02/18/7-maksud-wajib-mengenal-allah-dan-rasul-belajar-ilmu-usuluddin/

Hukum Mengingkari Kewajipan Belajar Sifat 20



Dan dua puluh sifat yang wajib atas (tiap-tiap) mukallaf mengetahui itu, setengah daripada perkara yang diijma’ ‘ulama atasnya, maka barangsiapa mengingkarkan dengan mengatakan tidak wajib diketahui akan dia (sifat 20) maka jadi kafir, kerana ia (barangsiapa) mengingkarkan ijma’ lagi pula mengingkarkan ada tuhan kerana ada (tuhan) itu setengah daripada sifat yang dua puluh itu. Berertinya tidak boleh kata tuhan ada dan sebagainya (sifat-sifat yang lain daripada sifat wujud dalam sifat 20). Maka orang yang tidak boleh berkata dengan ada tuhan itu orang kafir wal ‘iyazu billah.

Demikian lagi tidak sah iman dan jadi kafir disisi Allah Ta’ala orang-orang yang tidak peduli ada (Allah) tak kata, tiada (Allah) pun tak kata (tak peduli sama ada ada Allah Ta’ala atau tidak ada), bahkan semata-mata senyap. Adapun pada zohir dihukum akan dia Islam jika ia berasal keturunan Islam maka wajib (syara’) atas orang yang hidup membicarakan (menguruskan) kematiannya apabila mati. Wallahu A’lam.

Rujukan: Risalah al-Misbah al-Munir karangan ‘Abdul Aziz bin Ismail al-Fathoni, cetakan ketiga Matba’ah bin Halabi Fathoni Thailand, hal. 13 – 14.

Apakah Ta’rif Jirim & ‘Aradh?




Apakah Ta’rif Jirim?
Jirim itu ialah:
1)      Sesuatu yang ada
2)      Bawa diri sendiri (tidak menumpang pada yang lain)
3)      Mengambi (mengisi)l ruang
4)      Kena jadi (Dijadikan)
5)      Baharu
6)      Menerima belah bahagi atau tiada menerima belah bahagi (umum)
*Terima belah bahagi – Jisim
Tidak terima belah bahagi – Jauhar firid

Apakah Ta’rif ‘Aradh?
‘Aradh itu ialah:
1)      Sesuatu (sifat) yang ada
2)      Tidak boleh bawa diri sendiri (menumpang pada sesuatu yang lain yakni zat)
3)      Mengambil (mengisi) ruang
4)      Kena jadi (Dijadikan)
5)      Baharu
6)      Terima belah bahagi atau tidak (umum)


[Qauluhu: جرم]
maknanya pada lughah iaitu jasad ertinya tubuh badan,
dan pada istilah (pada sepakat dan panggilan ulama’ usuluddin) iaitu [ما تَحَيَّزّ بِنَفْسِهِ] ertinya barang yang bertempat (mengambil lapang) ia dengan sendirinya yakni barang yang ada ia (serta bertempat) dengan jalan bawa dirinya sendiri.


[Qauluhu:عرض ]
(ada) baginya beberapa makna pada lughah:
setengahnya (sebahagian makna pada lughah) makna  مَتاعٌ ertinya mata benda,
dan setengahnya  اسم لما لا دوام لها  ertinya (satu) nama bagi barang yang tiada kekal baginya dikatakan هذا الأمر عرض أى (هذا) عارض زائل yakni ini perkara yang datang sekejap hilang ia,
dan maknanya pada istilah iaitu [ما تَحَيَّزَ بغيره] ertinya barang yang bertempat ia dengan (di) yang lain yakni barang yang ada ia (serta bertempat) pada suatu yang lainnya seperti warna putih yang ada ia pada kapas umpamanya, dan masin yang ada ia pada garam umpanya dan demikianlah yang lainnya (daripada yang tersebut itu).


Rujukan: Mizan az-Zarari  oleh Ismail bin Omar As-Sepanjang (Baba Ismail Spanjang), cetakan Pondok Darul Muhajirin, hal. 9 – 10

Syarat sah mengucap 2 kalimah syahadah



SYARAT SAH MENGUCAP 2 KALIMAH SYAHADAH ADA 6:

1)      ucapan dengan lidah bagi orang yang tidak bisu
2)      di dahulukan jumlah “ أشهد أن لا إله إلا الله ”  daripada jumlah “ وأن محمدا رسول الله “
3)      di ucap dengan berturut-turut
4)      lafaz dengan bahasa Arab
5)      mengetahui makna 2 kalimah syahadah dengan sempurna
6)      beramal dengan apa yang difahami  daripada 2 kalimah syahadah

Rujukan:
Kitab Kifayatul Muhtadi karangan Syaikh Muhammad Nur bin Muhammad bin Ismail al-Fathoni, cetakan Matba’ah  Halabi, m/s 8.

4 Makna (Pengertian) Dalam لا إله إلا الله



1)      Makna terjemahan: Tiada tuhan melainkan Allah
2)      Huraian sedikit: Tiada tuhan yang sebenar-benar disembah melainkan Allah
3)      Maksud: Allah jua  (sahajalah) tuhan
4)      Makna bagi maksud: Segala huraian yang ada didalam huraian sifat 20 (daripada wujud hingga kaunuhu ta’ala mutakalliman)

Rujukan: Bakuroh Karangan Al-Alim al-allamah as-Syeikh Ismail bin Abdul Qadir
al-Fathoni.

Dalil Allah Bersifat Dengan Segala Sifat Kesempurnaan


Kalau Allah tidak bersifat dengan segala sifat kesempurnaan maka Dia bersifat kekurangan,
Kalau Allah bersifat dengan sifat kekurangan maka Dia lemah,
Kalau Allah lemah maka Dia tidak boleh menjadikan makhluk,
Kalau Allah tidak menjadikan makhluk maka mustahil kerana jelas makhluk sudah ada (dengan musyahadah),
Maka jelas bahawa alam ini ada , tentulah ada yang menjadikan alam ini yaitu Allah,
Manakala Allah lah yang menjadikan, tentulah dia tidak lemah,
Maka jelas Dia tidak lemah, tentulah Dia tidak bersifat dengan sifat kekurangan,
Manakala Dia tidak bersifat dengan sifat kekurangan, tentulah Dia bersifat dengan segala sifat kesempurnaan..

4 Golongan Yang Tidak Termasuk Dikalangan Orang Yang Mengenal Allah




Bermula makna pengetahuan itu, iaitu mendapat (memahami) akan sesuatu yang berbetulan (selari)  dengan hakikatnya (sesuatu). Bermula qaul yang sebenar, bahawasa ilmu dan ma’rifat itu bersamaan (pada makna) keduanya, melainkan bahawasanya diitlaqkan (digunakan/disebut) atas Allah Ta’ala itu a’lim tiada harus (haram) diitlaqkan atasNya ‘arif  kerana bahawa ma’rifat itu menyeru (membawa) ia akan mendahulukan jahil bersalahan (dengan) ilmu .  Dan keluar (tidak termasuk) dengan kata pengetahuan (ilmu yakin/ma’rifah) itu empat perkara:-

1)    Jahlun, iaitu terbahagi ia atas dua bahagi:
Pertama, Jahlun basith (jahil selapis) namanya, iaitu tiada mengetahui segala-gala (daripada kalimah ‘arab aslan). Seperti dikata orang baginya (si jahil basith) “apa kata engkau, ‘alam ini qadimkah atau baharu? Maka jawab ia (si jahil basith) “tiada aku ketahui sekali-kali”.
Kedua, jahlun murakkab (jahil dua lapis) namanya, iaitu mendapat oleh seseorang akan sesuatu itu atas bersalahan sifatnya pada waqi’, dan dinamakan dia (keadaan jahil murakkab) dengan demikian itu kerana bersusunnya daripada dua jahil, pertama jahil empunyanya dengan barang (kelakuan/sifat) yang pada waqi’, kedua jahilnya dengan bahawasanya dirinya jahil kerana sangkanya bahawasanya ia yang mengetahui, seperti i’tiqod falasafah bahawasa ‘alam ini qodim.

2)    Syak, iaitu mendapatkan tiap-tiap daripada dua tepi (pihak) itu atas bersamaan.

3)    Zhon, iaitu berat pada hatinya itu mengetahui atau tiada mengetahui.

4)    Waham, iaitu ringan pada hatinya itu pada mengetahui atau tiada mengetahui.


Maka orang yang bersifat dengan salah suatu daripada empat perkara ini, tiada bagi mereka itu iman, ertinya kafir.

          Adapun orang taqlid (muqollid), yakni i’tiqod kepada Allah dan Rasul  itu semata-mata ikut perkataan orang jua, maka ikut itu tiada dalil padanya, pada hal jazam ia akan taqlidnya itu. Maka bersalahan ulama’ pada sah imannya. Maka kata setengah (ulama’) kafir ia (orang taqlid)  iaitu (qaul) dhaif, dan kata setengah (ulama’) mukmin iaitu (qaul) yang mu’tamad.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syaikh Zainol Abidin bin Muhammad al-Fathoni, Percetakan Al-Mu’arif Sdn Bhd, hal. 5-6.


ILMU FARDHU ‘AIN (WAJIB ATAS SETIAP INDIVIDU)


Bermula ilmu yang diwajibkan fardhu ‘ain pada menuntutkan akan dia tiga perkara:
1)    Ilmu Tauhid iaitu dinamakan Ilmu Usuluddin dan dinamakan pula ilmu aqidah
2)    Ilmu Syariah iaitu dinamakan Ilmu Furu’ dan dinamakan Ilmu Fiqh
3)    Ilmu Batin iaitu dinamakan Ilmu Suluk  dan Ilmu Thoriq dan dinamakan Ilmu Tasawwuf
Iaitulah yang tersebut didalam hadith S.A.W
(( طلب العلم فريضة على كل مسلم))
Ertinya: ((bermula menuntut Ilmu fardhu atas tiap-tiap orang yang muslim yang aqil baligh)).
Adapun qadar yang wajib fardhu ‘ain pada menuntut Ilmu Tauhid itu iaitu sekira-kira menuntut ilmu yang diketahui dengan dia akan Zat Allah Ta’ala dan sekelian SifatNya yang salbiyah dan segala SifatNya yang subutiyyah dan segala Af’alNya. Dan demikian lagi mengetahui penghulu kita Nabi S.A.W dan mengetahui segala Rasul ‘Alaihimus Solatu Was Salam dan mengetahui akan yang didatangkan oleh mereka itu dan beriman akan dia seperti yang lagi akan datang  bicaranya Ilmu Tauhid dan Ilmu Usuluddin dan Ilmu ‘Aqaid itu di dalam ini Insya Allah Ta’ala. Adanya memadalah fardhu ‘ain itu mengetahui Ilmu Tauhid yang didalam kitab ini dan yang di dalam Ihya’ Ulumuddin.
Adapun menghasilkan yang lebih daripada demikian itu seperti menguraikan dalil dan menolakkan akan syubhat jika didatangkan oleh orang maka iaitu fardhu kifayah jua bukan fardhu ‘ain. Dan tiada dituntut akan orang yang suluk yang menjalani jalan akhirat itu akan membanyakkan Ilmu Usuluddin yang fardhu kifayah itu dan hanyasanya yang dituntut akan mereka itu mengetahui fardhu ‘ain jua.
Dan dikerana inilah kata al-Syaikh al-‘Arif  Billah Syaikh Qasim al-Halabi didalam kitabnya yang bernama Sairu al-Suluk
و لا ينبغي للسالك أن يتوغل في علم العقائد لأنه لا فائدة له فيه بل يأخذ منه بقدر ما يحتاج إليه
Ertinya: Dan tiada sayugiyanya bagi orang yang salik yang menjalani jalan akhirat itu bahawa membanyakkan didalam Ilmu ‘Aqaid yakni Usuluddin kerana bahawasanya tiada memberi faedah didalam membanyakkan akan yang demikian itu tetapi mengambil ia daripada Ilmu ‘Aqaid itu dengan sekira-kira yang muhtaj (perlu) kepadanya yakni sekadar fardhu ‘ain itu jua.
Adapun qadar yang wajib fardhu ‘ain pada menuntut Ilmu Fiqh itu maka iaitu sekira-kira menuntut ilmu yang diketahui dengan dia itu akan fardhu toharah dan fardhu sembahyang dan puasa dan memberi zakat jika ia mempunyai nasab zakat dan naik haji jika ia kuasa akan dia dan demikian lagi mengetahui sekira-kira membatalkan sembahyang  dan sekelian yang demikian itu.
Adapun membanyakkan akan bicara Ilmu Fiqh yang lebih daripada demikian itu iaitu fardhu kifayah jua. Tiada dituntut bagi orang yang salik itu pada membanyakkan Ilmu Fiqh yang fardhu kifayah itu.
Dan kerana inilah kata Imam al-Ghazali Rahimullah Ta’ala didalam Bidayatul Hidayah pada bicara orang yang mengajar ilmu dan orang yang belajar akan dia dengan katanya
وصد المتعلم عن أن يشتغل بفرض الكفاية قبل الفراغ من فرض العين
Ertinya: Sayugiyanya bagi orang yang mengajar ilmu itu bahawa menegahkan ia akan orang yang belajar ilmu itu daripada masyghul (menyibukkan diri) dengan belajar ilmu yang fardhu kifayah dahulu daripada selesai ia daripada menuntut ilmu yang fardhu ‘ain yang tiga perkara itu iaitu Ilmu Tauhid dan Ilmu Syari’ah dan Ilmu Batin.
Adapun qadar yang wajib fardhu ‘ain menuntut Ilmu Batin yakni Ilmu Tasawwuf itu maka  iaitu sekira-kira menuntut Ilmu Tasawwuf yang menyucikan hati daripada segala sifat yang kecelaan seperti ‘ujub dan riya’ dan hasad dan takabur dan barang sebagainya daripada sifat kecelaan yang lagi akan datang bicaraan itu didalam kitab ini Insya Allah Ta’ala pada bicara muhlikat.
Dan demikian lagi wajib fardhu ‘ain itu berperangai dengan segala sifat yang kepujian seperti zuhud dan wara’dan ikhlas dan tawadhu’ dan sabar dan syukur dan barang sebagainya seperti yang lagi akan datang bicaraannya itu di dalam kitab ini pada bicara munjiyat Insya Allah Ta’ala. Dan memadalah fardhu ‘ain pada ilmu Ilmu Tasawwuf  itu mengetahui barang yang didalam kitab ini dan barang yang di dalam Minhajul ‘Abidin seperti yang dikata oleh al-‘Arif Billah Muhyi al-Nufus al-Sayyid  Abdul Qadir al-‘Aidrus didalam kitabnya bernama al-Duraru  al-Samin fi Bayan al-Muhim min Ilmi al-Din dengan katanya
ولتحصيل هذا القدر يكفي العمل بكتاب منهاج العابدين وتفصيل هذا العلم ليس فرض العين
Ertinya: Dan menghasilkan pada Ilmu Tasawwuf  yang fardhu ‘ain itu memadalah dengan mengamalkan yang didalam kitab Minhajul ‘Abidin bagi Imam al-Ghazali Rahimahullah Ta’ala, dan perceraiannya bicara ilmu yang lebih daripada yang tersebut didalam kitab Minhajul ‘Abidin iaitu bukannya fardhu ‘ain hanyasanya fardhu kifayah jua.
Tetapi sayugiyanya bagi orang yang berkehendak kemenangan di dalam akhirat itu bahawa membanyakkan menuntut Ilmu Tasawwuf  yang fardhu kifayah itu, bersalahan fardhu kifayah yang lain daripada Ilmu Tasawwuf  maka iaitu tiada dituntut membanyakkan akan dia itu.
Dan dikerana inilah kata Ibnu ‘Ibad  R.A didalam Syarah Hikam dengan katanya
وهذه هي العلوم التي ينبغي للانسان أن يستغرق فيها عمره الطويل ولا يقنع منها بكثير ولا قليل وما سوى هذه العلوم قد لا يحتاج إليها وربما أضر بصاحبه مداومته عليها
Ertinya: Bermula segala ilmu ini yakni Tasawwuf ini iaitulah ilmu yang sayugiyanya bagi manusia itu bahawa mengkaramkan ia didalam menuntut akan dia oleh umurnya yang lanjut itu, yakni dihabiskannya umurnya itu di dalam menuntut Ilmu Tasawwuf itu, dan jangan memadai daripadanya dengan banyak dan jangan memadai dengan sedikit.
Bermula ilmu yang lain daripada Ilmu Tasawwuf ini terkadang muhtaj (perlu) kepadanya dan terkadang memberi mudhorat ia dengan orang yang mengekali atas menuntut akan dia.
Dan kerana inilah kata Syaikh  Hussain bin Abdullah Ba Fadhal didalam kitabnya yang bernama Fusul Al-Fathiyah dengan katanya
فدونك والتغلغل في علوم هذه الطائفة العارفة الصوفية المشغول بالله اقراء وقراءة وتدريسا ومطالعة في مصنفاتهم ومذاكرة لأنها تحي القلوب وتميت النفوس وتطلع العيوب التي هي سبب الحجاب والبعد عن الله وغيرهما من سائر العلوم غالبها يقسي القلب ويزين العيوب ويحجب عن الغيوب ويخشى عن المشتغلين بها من سوء الخاتمة لاستعظام نفوسهم والعجب الذي يخالطهم الا أن يشاركوا في الاطلاع على علوم القوم أما مع اهمال علوم هذه الطائفة الصوفية فالسلامة عزيزة
Ertinya: Maka sayugiyanya engkau ambil akan Ilmu Tasawwuf dan membanyakkan masuk di dalam menuntut Ilmu al-Thoifah al-‘Arifah al-Sufiyyah al-Masyghulah Billah pada hal mengajar akan dia dan membaca akan dia dan mentadarus akan dia dan muthola’ah akan dia dan muzakarah didalam kitab yang dikarang oleh mereka itu kerana bahawasanya yang demikian itu menghidupkan hati dan mematikan nafsu dan melihatkan ia aib dirinya yang iaitu sebab jadi dinding dan jauh daripada Allah Ta’ala.
Bermula ilmu yang lain daripada Ilmu Tasawwuf itu iaitu ghalib mengeraskan akan hati dan menambahi akan aib dan mendidingi ia daripada yang ghaib-ghaib dan ditakuti atas orang yang masyghul dengan dia itu mati dalam didalam kejahatan didalam maksiat kerana ghalib bagi orang yang masyghul dengan demikian itu jadi membesarkan ia akan dirinya mereka itu dan kerana ‘ujub mereka itu yang mencampuri akan ‘amal mereka itu melainkan jika menyekutui mereka itu didalam muthola’ah akan kitab Ahlu al-Sufi maka iaitu terkadang terpelihara daripada yang demikian itu. Adapun serta meninggalkan akan Ilmu Ahli al-Tho’ifah al-Sufiyyah ini maka sejahteranya itu sangat ‘aziz yakni sangat sedikit.
Dan dikerana inilah berkata Imam al-Ghazali Rahimahullah Ta’ala didalam Ihya’ Ulumuddin, ia naqal daripada setengah ulama’ yang ‘arifin dengan katanya
من لم يكن له نصيب من علم القوم يخاف عليه سوء الخاتمة وأدنى نصيب منه التصديق والتسليم لأهله
Ertinya: Barangsiapa tiada ada baginya bahagian daripada mengetahui ilmu kaum ahli al-Sufi itu nescaya ditakuti atasnya mati didalam kejahatan dan di dalam maksiat, dan sekurang-kurang bahagian daripadanya itu membenarkan akan ilmu kaum ahli al-Sufi itu dan mentaslimkan (menyerahkan) bagi ahlinya.
Dan kata penghulu ahli al-Sufi iaitu Junaid al-Baghdadi Rahimahullah Ta’ala
التصديق بعلمنا هذا ولاية صغرى
Ertinya: Bermula orang yang  membenarkan dengan ilmu kami Ilmu Tasawwuf  ini iaitu wali Allah yang kecil.
Kata Abi Yazid al-Busthomi Rahimahullah Ta’ala
اذا رأيت أحدا يحسن الظن بكلام أهل هذا الطريق فقل له يدعو لك فانه مجاب الدعوة
Ertinya: Apabila engkau lihat akan seorang yang baik sangkanya dengan perkataan kaum ahli al-Tarekah ini yakni Tarekah ahli al-Sufi ini, maka kata olehmu baginya bahawa mendoakan ia bagimu kerana bahawasanya adalah ia itu mustajab doanya itu.
Dan kata Ruwaim Rahimahullah Ta’ala
من آمن بكلامنا هذا ولو من وراء سبعين حجابا فهو من أهله
Ertinya: Barangsiapa percaya dengan perkataan kami ini yakni ahli al-Sufi ini dan jikalau daripada belakang tujuh puluh dinding sekalipun maka iaitu daripada ahlinya yakni adalah orang  yang percaya akan perkataan ahli al-Sufi itu dan menjalani ia akan dia, dan jikalau belum sampai merasa akan mefaham akan perkataan ahli al-Sufi itu sekalipun, maka adalah iaitu dibilangkan daripada ahli al-Sufi.
Wa billahi taufiq wal hidayah.. Wa la haula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azhim
RUJUKAN:
Kitab Sairu al-Salikin karangan Syaikh Abdul Samad al-Falembani, Percetakan al-Mu’arif Sdn Bhd, Juz 1, hal. 19-21.

Nasihat Ayah Der Sekam kepada Penuntut Ilmu Usuluddin



(Ini Suatu) Peringatan, ayuhai kaum-kaumku belajarlah kamu akan Ilmu I’tiqod ini beri lepas kamu daripada nama muqollid iaitu dengan bahawa kamu belajar diguru-guru yang sengoti (sungguh/betul) pandainya (Ilmu I’tiqod) dan (sengoti) mengetahuinya (Ilmu I’tiqod). Dan janganlah kamu buat cota (contoh) dan tiru akan orang-orang yang seperti itu maka tertipulah kamu dan rugilah (rugi akhirat) kamu kemudian daripada mati kamu.

Dan hendaklah kamu reti akan makna zat dan makna sifat dan makna jisim jauhar firid dan makna ‘aradh. Janganlah kamu jadikan diri-diri kamu yang bersih-bersih itu masuk didalam (golongan) orang-orang yang dengar-dengar khabar nama yang tersebut jua dengan tidak kenal akan (hakikat) benda-benda sendiri.

Maka banyaklah kita terima kasih (syukur) kepada budi (jasa baik) tuhan yang membezakan kita dengan binatang-binatang yang lain itu dengan pandai begamak (fikir) dan berfikir, maka silakanlah kita belajar hukum-hukum aqal dan hukum-hukum ‘adat supaya jangan jadi semabul (kesamaran) kita antara keduanya (hukum aqal dan adat). Maka jadilah i’tiqod kita kepada barang yang bersangkut paut dengan tuhan dan rasul dan sebagainya itu kurang kejap dan jika kejap sekalipun maka dengan dakwa bibir mulut jua yang ialah hakikatnya dinamakan taqlid jika secukup-cukup lancar pada sebutan sekalipun maka yang taqlid pada ‘aqaid itu besarlah ruginya jika orang itu daripada ahli berfikir. Dan ibadat yang ia kerja itu tidak diyakin akan sahnya.

Dan hendaklah kamu reti apa benda yang ada dan apa benda yang semata-mata sungguh dan sengoti jua. Maka ini-ini perkara ialah dikatakan beberapa tangga bagi nak mengertikan (memberi faham) Ilmu Usuluddin ini. Maka bolehlah dikatakan yang tak kenal yang tersebut itu ialah (orang) yang tak pandai dan tak reti Ilmu Usuluddin. Maka macam manakah nak laba (untung) berniaga kerana modalnya tidak ada.

Dan hendaklah kamu tahu bahawasanya orang-orang yang pelihara angin-angin (sombong dan takabbur) itu besar mudhorat dan jadi penyakit bagi diri sendiri maka tentulah sebodo-bodo (sebodoh-bodoh) manusia. Harap hamba kepada yang pandai-pandai yang melihatkan risalah (kitab taqribul ikhwan) ini bahawa jangan cepat celanya dan cercanya, kemudian kalau ada yang saudara tak puas hati maka haraplah saudara menanya-nanyakan (bertanya) dengan baik akan yang pandai-pandai yang sejati menerima ilmu daripada guru Pak Da ‘Eil  Fathoni atau yang sejati bertali (berhubung) dengan hamba yang dho’if ini.

Dan kata tak boleh pakai itu tak payah dan tak kena fikir dan belajar dan berguru sehingga siapa-siapa pun yang tak bisu itu boleh kata. Maka yang payah yang telah masyhur daripada tok-tok nenek lagi itu ialah nazhor, yakni berfikir (tilik) pada serba-serbi ilmu dan menghalusi akan cakapan-cakapan (‘ibarat-‘ibarat) ulama’ yang muhaqqiqin (yang tahqiq ilmu yakni apabila mengeluarkan sesuatu hukum mesti beserta dan bersandarkan dalil). Maka ini perkara tidak sayugiya (patut) dengan gaduh gundah (terburu-terburu) yang ialah daripada perangai syaitan lagi pula ini perkara tak berhajat kepada membesarkan cakapan dan menderaskan suara lagi pula hendak saudaraku ingat bahawanya menang atau kalah bicara hukum-hukum itu lain ia daripada betul maka yang berharga itu ialah betul jua. Maka inilah (betul) yang disuruh ambilkan dia (betul) jika dikatakan disisi ‘awam (kebanyakan orang) kalah sekalipun.

Ini nasihat terhadap kepada kaum-kaum hamba jua, tetapi boleh jugak saudara-saudara yang muslimin yang dho’if-dho’if ambil pakai sehari dua sementara dapat nasihat yang terlebih besar dan terlebih elok.

والله اعلم بالصواب واليه المرجع والمئاب

*Kesimpulan daripada nasihat Ayah Der Sekam :

1) Belajarlah Ilmu Usuluddin sampai ke peringkat yakin dan lepas daripada peringkat taqlid.
2) Antara tangga (wasilah) untuk memahami Ilmu Usuluddin ialah dengan mengenal maksud zat, sifat, jirim, ‘aradh, jauhar firid, jisim. Dan juga mengetahui maksud hukum ‘aqal dan ‘adat serta mengetahui maksud benda yang ada dan benda yang sungguh.
3) Janganlah terlalu mudah dan cepat mengkritik ulama’ dan kitab-kitab mereka. Rujuklah kepada mereka yang ahli dalam suatu bidang ilmu tersebut.

Rujukan: Kitab Taqribul Ikhwan oleh Abdul Qadir bin Wan Ngah Waqaf Budi Sekam.

Peta Rukun Sembahyang

Bab Mandi Wajib



Ini bab pada menyatakan mandi, bermula (sebab-sebab) yang mewajibkan mandi itu (berlaku) salah suatu daripada 6 perkara.

3 daripadanya bersekutu (muafaqat) padanya laki-laki dan perempuan:

1)  Berjumpa 2 khitan (tempat bersunat laki-laki dan perempuan iaitu zakar dan faraj)
- yakni dighaibkan (dipermasukkan hingga ghaib)
- oleh (orang) yang hidup lagi wadhih (lelaki dan khunsa yang nyata kelakiannya) akan
- hasyafah zakarnya atau qadarnya (hasyafah) daripada yang terpotong hasyafahnya
- pada faraj qubul atau dubur (lelaki atau perempuan).
- Maka jadi orang yang di masukkan (hasyafah zakar) padanya (pada faraj qubul atau dubur)
- dan (orang) yang memasukkan (hasyafah zakar) berjunub
- dengan (sebab) dimasukkan (hasyafah zakar) yang tersebut.
- Demikian lagi (juga) jika dimasuk oleh umpama kera atau lainnya (binatang yang lain) daripada barang (binatang) yang tiada baginya hasyafah pada faraj anak adam (sama ada dubur bagi lelaki atau qubul dan dubur bagi perempuan)
- atau  dimasuk oleh laki-laki akan hasyafahnya atau qadarnya (hasyafah) yang terpotong pada faraj binatang atau pada duburnya (binatang)
-  wajiblah mandi pada yang tersebut.
- Adapun yang mati maka tiada dikembalikan mandinya dengan (sebab) dimasukkan hasyafahnya (ke dalam qubul atau dubur orang yang hidup sama ada qubul dan dubur bagi perempuan atau dubur bagi lelaki, contohnya isteri yang hidup memasukkan hasyafah zakar suaminya yang mati kedalam farajnya)
-  atau dimasukkan hasyafah padanya (qubul dan dubur bagi perempuan atau dubur bagi lelaki yang mati, contohnya suami yang hidup memasukkan hasyafah zakarnya ke dalam faraj isterinya yang mati).
- Adapun khunsa yang musykil maka tiada wajib (pada syara’) mandi atasnya (khunsa musykil)
- dengan dimasukkan hasyafahnya (khunsa musykil) (kedalam faraj perempuan)
- dan tiada (mandi wajib) pula (juga) dengan dimasukkan hasyafah (orang) pada qubulnya (khunsa musykil)
- dan wajib mandi atasnya (khunsa musykil) jika dimasukkan hasyafah (orang) pada duburnya.

2)  Keluar mani (syarat untuk dikatakan mani itu ialah:
Terpancut-pancut/bertolak-tolak
Nikmat/kelazatan
Kalau basah, bau seperti tepung yang nak dibuat uli
Kalau kering, bau seperti putih telur)
-         daripada seseorang (sama ada melalui jima’ ataupun tidak)
-         pada awal kalinya (air maninya sendiri yang keluar hasil nikmat daripada jima’ ataupun bukan jima’, bukan air mani pada kali yang kedua yakni seperti selepas seseorang lelaki jima’ akan isterinya dan keluar air mani hasil daripada  berlakunya jima’ tersebut, kemudian dia mandi junub dan selepas mandi junub dia memasukkan air maninya kembali ke dalam zakarnya menggunakan picagari, maka air mani yang keluar kemudian daripada dia masukkannya ke dalam zakarnya itu dianggap sebagai keluar air mani pada kali kedua)
-         dengan tiada dimasukkan hasyafahnya (ke dalam faraj yakni tidak melalui jima’ kerana yang demikian itu memang sudah menjadi salah satu sebab yang mewajibkan mandi) (contoh tidak melalui jima’seperti keluar air mani seorang lelaki dengan hanya melihat perempuan, atau dengan melakukan onani)
-         dan jika sedikit sekalipun seperti setitik mani
-         dan jika ada ia atas warna darah sekalipun
-         sama ada pada ketika jaga atau tidur
-         (sekalipun) keluarnya dengan syahwat atau lainnya (tidak syahwat)
-         keluarnya ia (mani) daripada jalannya yang beradat (iaitu melalui qubul)
-         atau lainnya (bukan beradat) (yakni bagi lelaki keluarnya air mani melalui sulbi, manakala bagi perempuan keluarnya air mani melalui taraib)
-         bersalahan (tidak serupa yakni tidak wajib mandi) mani yang lainnya
-         seperti keluar daripada faraj perempuan mani jima’nya  kemudian daripada mandi junub maka tidak wajib mandi atasnya me(ng)kembalikan mandi lagi
-         jika tiada baginya syahwat seperti perempuan yang kecil atau yang tidur
-         dan bersalahan (tidak serupa yakni tidak wajib mandi) keluarnya (mani) pada kali yang kedua seperti memasukkan laki-laki akan maninya kedalam zakarnya kemudian daripada mandi (junub) dan keluar ia (mani) (maka) tiada wajib atasnya mandi.

3)  Mati (diri tiada sifat penghidup pada benda yang jenis hidup)
-          melainkan orang yang mati syahid maka tiada wajib dimandikan bahkan haram

Dan 3 perkara (daripada 6 perkara yang mewajibkan mandi) tertentu dengan dia (3 perkara ini) oleh perempuan dan iaitu:

1)   Mandi (dengan sebab putus) haid
-         iaitu darah yang keluar daripada (kemaluan) perempuan yang sampai umurnya sembilan tahun (taqriban: kurang 15 hari yakni 8 tahun 11 bulan 15 hari mengikut tahun qamariah).

2)   Mandi (dengan sebab putus) nifas
-         Dan iaitu darah yang keluar (daripada kemaluan perempuan) mengiringi beranak (darah yang keluar selepas beranak di dalam tempoh 15 hari selepas beranak)

3)   Mandi (dengan sebab) wiladah
-          yang menyertai dengan basah mewajibkan mandi semata-mata diputuskan dia (mewajib mandi oleh seseorang yang beranak menyertai basah) yang asoh (mengikut qaul mu’tamad)
-         dan muqobil bagi asohnya (mengikut qaul dho’if) tiada wajib ia bagi mandi.

Bermula fardhu mandi itu 3 perkara:-

1)   Niat,
-         maka diniat (didalam hati) oleh (orang) yang berjunub (ialah 1.bertemu dua khitan 2. Keluar mani) (akan) mengangkatkan (menghilangkan) (hukum) janabah
-         atau mengangkatkan hadas akbar atau
-         istibahata (mengharuskan) fardhi solati atau
-         fardha al-ghusli (mandi) atau ada’a fardhi al-ghasli atau al-ghasla al-mafrudha atau mandi yang wajib
-         dan tiada memadai (tidak sah) niat mandi jua (sahaja) (seperti sahaja aku mandi) (kerana tidak boleh membezakan ‘ibadat dengan ‘adat)
-         dan niat oleh perempuan yang haidh atau nifas mengangkatkan (menghilangkan) hadas haidh atau nifas
-         dan wajib disertakan niat pada awal basuhnya (seorang) (akan satu juzu’ daripada anggota badannya) supaya dapat dibilangkan basuhnya
-         maka jika diniatnya (seorang) kemudian daripada basuh pada satu suku  (anggota badan) wajib dikembalikan basuhnya (contoh: seorang itu sudah basuh kaki kemudian semasa basuh kepala baru dia berniat mandi wajib maka wajib diulang basuhan pada kakinya itu)

2)   Menghilangkan najis jika ada ia (najis) atas badannya
-         dan ini (hukum) barang yang dirajihkan oleh Rafi’e
-         dan (jika berlaku) atasnya, maka tiada memadai ia sekali basuh daripada hadas dan najis (tidak sah jikalau seseorang itu niat angkat hadas serta basuh juzu’ anggota bersama dengan membasuh najis).
-         dan dirajih oleh Nawawi akan memadai (sah) dengan sekali basuh daripada keduanya (hadas dan najis) (sah jikalau seseorang itu niat angkat hadas serta basuh  anggota badan bersama dengan membasuh najis) ialah yang rajihnya.
-         dan tempat khilaf antara keduanya (Imam Nawawi dan Imam Rafi’e) barang (najis) yang apabila ada ia najis hukmi (najis pada hukum yakni yang tiada baginya bau, warna dan rasa)
-         adapun jika ada ia (barang) najis ‘aini, wajib dua kali basuh pada keduanya (hadas dan najis) jika tiada hilang segala sifatnya (najis ‘aini) dengan sekali basuh (wajib basuh najis dahulu kemudian barulah membasuh hadas yakni niat beserta membasuh air keseluruh anggota badan- ini disepakati oleh kedua-dua Imam)
-         dan jika hilang dengan sekali (basuh) maka padanya khilaf  yang terdahulu sebutnya (bagi Imam Rafi’e: tiada memadai ia sekali basuh daripada hadas dan najis, manakala bagi Imam Nawawi: memadai dengan sekali basuh daripada keduanya)

3)    Sampaikan air kepada segala bulu (kerana setiap bulu ada   hadas) dan kulit
-         maka jika tinggal (tak kena air) seurat bulu tiada memadai (tiada sah)
-         dan jika dicabutkan dia (bulu) kemudian daripadanya (mandi), tak dapat tiada daripada dibasuhkan tempatnya (tempat kena cabut balu)
-         maka tiada faraq (beza) (pada pihak wajib menyampaikan air) antara bulu kepala (rambut) dan lainnya (daripada bulu kepala)
-         dan tiada faraq (beza) (pada pihak wajib menyampaikan air) antara bulu yang jarang daripadanya dan yang lebatnya (kedua-duanya wajib dibasuh pada zohir dan batin bulu )
-         bahkan tiada wajib membasuh bulu yang tumbuh didalam hidung (kerana nisbah pada mandi wajib, bulu hidung dihukum sebagai batin, adapun nisbah pada solat, bulu hidung dihukum sebagai zohir) dan (bulu) didalam mata, kerana  bahawasanya ia daripada yang batin,
-         dan sungguhnya wajib dibasuhkan dia (bulu hidung) daripada najis kerana keras (kerana dikerasi oleh syara’ akan) najis
-         dan (bermula) rambut yang dijalin (didandan) dan yang disanggul wajib diuraikan jika tiada sampai air kepada batinnya
-         dan dimaafkan daripada batin bulu yang bersimpul dengan sendirinya, jika banyak sekalipun
-         dan wajib membasuh barang yang zohir daripada dua lubang telinga (kadar hujung jari tangan boleh masuk kedalam lubang telinga)
-         dan daripada hidung yang terpotong
-         dan daripada segala pecah-pecah badannya seperti segala pecah-pecah yang pada kakinya
-         dan wajib disampaikan air kepada barang (tempat) yang dibawah qulfah (kulit) orang yang kulup (tak berkhitan)
-         dan (kepada) barang yang zohir (nyata) daripada faraj perempuan tatkala duduknya bagi qodho hajat (duduk bercangkung)
-         kerana keduanya (qulfah dan zohir faraj) daripada anggota yang zohir
-         dan jika tiada didapat membasuh (barang yang) dibawah qulfah melainkan dengan dihilangkan dia (qulfah), nescaya wajib ia (menghilangkan kulit) dan jika uzur (daripada menghilangkan kulit) maka sembahyang (mera’ikan waktu) ia seperti فاقد الطهوين  ini pada yang hidup
-         Adapun yang mati (ta’rif mati: diri tak ada sifat penghidup pada benda yang pesyen/jenis hidup)  maka sekira-kira tiada dapat membasuh barang yang dibawahnya (qulfah), tiada wajib dihilangkan dia (buang qulfah) (bahkan hukumnya haram) kerana demikian itu menghinakan mayyit.
-         Dan ditanamkan dia (mayyit) dengan tiada sembahyang atas (qaul) yang mu’tamad pada Syaikh Ramli,
-         Dan pada Syaikh Ibnu Hajar ditayamumkan dia (kerana) ganti daripada membasuh (barang) yang dibawahnya (qulfah) dan disembahyangkan dia atas kerana dhorurah
-         Dan setengah daripada barang (anggota) yang wajib membasuhkan dia (ialah) masrabah (halaqoh dubur/tempat keras najis) iaitu (tempat) perhimpunan lubang dubur kerana zohir ia pada waktu qodho’ hajat maka jadi ia (masrabah) zohir badan
-         maka hendaklah (wajiblah) dikembangkan (teran) dia sedikit supaya sampai air kepadanya (masrabah).


Rujukan: Wishah al-Afrah karangan  Muhammad bin Ismail Daud al-Fathoni, Percetakan al-Mu’arif Sdn Bhd, hal. 15 – 16.

12 Syarat Wudhu’ dan Mandi Wajib + 3 Syarat Tambahan Khusus Bagi Sohibu Dhoruroh



1 ) Islam (yang melengkapi iman)
2 ) Mumayyiz
3 ) Mengetahui (oleh seseorang) akan kaifiat keduanya (wudhu’ dan mandi wajib)
4 ) Dengan air yang mutlak
5 ) Mengetahui (dengan yakin) akan keadaan air itu mutlak (daripada bekas air mutlak bukan bekas air yang mutanajjis dan musta’mal).
6 ) Ketiadaan sesuatu (perkara) yang menegah akan sampai air kepada anggota keduanya (wudhu’ dan mandi wajib).
7 ) Hendak (wajib) mengalir air atas anggota  yang dibasuh akan dia.
8 ) Ketiadaan sesuatu (benda) yang menafi ia akan wudhu’ dan mandi iaitu haidh dan nifas (tidak sah bahkan haram ambil wudhu’ dan mandi wajib bagi perempuan yang haid dan nifas selagi belum suci daripada keduanya).
9 ) Ketiadaan mempaling (mengubah) akan niat (qasad)  bagi (kepada) yang lain daripada keduanya (wudhu’ dan mandi wajib) seperti niat tabarrud (bersejuk-sejuk) semata-mata.
10) Bahawa melebih (pada masalah wudhu’ sahaja) akan basuh daripada qadar  yang wajibnya kerana hendak meratakan basuhnya.
11) Bahawa tahqiq (yakin ada hadas) ia (seseorang) akan sesuatu yang menghendaki ia bagi wudhu’ dan mandi. (Contoh: Seseorang yang sudah mengambil wudhu’ kemudian dia syak adakah dia berhadas atau tidak, kemudian dia mengambil wudhu’maka tidak sah wudhu’nya kerana dalam keadaan syak).
12) Bahawa membasuh ia akan anggota yang bertambah (baru ada) (seperti ada lebihan tangan)  yang menyerupai ia dengan asalnya.

Dan ditambah bagi orang yang mempunyai dhorurah (sentiasa berhadas seperti sentiasa keluar air kencing, sentiasa kentut dan sebagainya) 3 syarat pula:-
1)  Mendahulu akan istinja’ (seperti bagi orang yang sentiasa keluar kencing dituntut supaya kencing puas-puas)  dan tahaffuz (memelihara seperti membalut kemaluan dengan kain atau memakai lampin) atas (sebelum) wudhu’.
2) Wajib muwalat (berturut-turut) antara istinja’ dan tahaffuz, dan antara tahaffuz dan wudhu’, dan antara wudhu’ dan sembahyang.
3) Diperbuat sekelian itu kemudian daripada masuk waktu sembahyang.

*Kesimpulannya bagi orang yang normal syaratnya ada 12 manakala bagi orang yang dhorurah (sohibu dhoruroh) ada 15 syarat.

Rujukan: Hidayatus Sibyan karangan Abu Abdullah Hussain Nasir bin   Muhammad Taib al-Mas’udi al-Banjari , Cetakan Al-Ma’arif  Sdn Bhd, hal.9-10.

4 Perkara Yang Diharamkan Keatas Orang Yang Berhadas Kecil



1) Sembahyang (sama ada) fardhu atau sunat dan barang yang (sabit) pada makna sembahyang seperti sujud tilawah dan sujud syukur (kerana mendapat nikmat yang baru) dan membaca khutbah juma’at.

2) Tawwaf (sama ada) fardhu atau sunat

3) Menyentuh qur’an (sekalipun menyentuh dengan berlapik)

4) Menanggung akan dia (al-quran)



Rujukan: Hidayatus Sibyan karangan Abu Abdullah Hussain Nasir bin   Muhammad Taib al-Mas’udi al-Banjari , Cetakan Al-Ma’arif  Sdn Bhd, hal. 10.

9 Syarat Bagi Salam



1 ) Bahwa ada ia (bagi salam) dengan bahasa arab bagi yang kuasa (bertutur dengannya).
2 ) Dita’rif (dijadikan  lafaz ma’rifah) akan dia (bagi salam) dengan( ال معرفة).
3 ) Dengan kaf  khitob
السلام عليكم *
4 ) Dengan mim jam’i
*السلام عليكم
5 ) Memperdengar (بقوة) akan dirinya sendiri dengan sekelian hurufnya, demikianlah (memperdengar) sekelian bacaan (sama ada bacaan wajib atau sunat) yang ada didalam sembahyang.
6 ) Berturut-turut (muwalat) antara segala kalimahnya (السلام عليكم) .
7 ) Ketiadaan (jangan) qosad bagi yang lain daripada salam (sembahyang semata-semata).
8 ) Bahawa ada ia (bagi salam) pada ketika duduknya (bagi orang yang kuasa) atau gantinya (duduk) pada ketika uzur (dengan sekira-kira hilang khusyu’ kalau duduk, maka boleh ditukar ke posisi lain  daripada duduk).
9 ) Padahal menghadap qiblat daripada awalnya (salam) hingga akhirnya (salam).

Bermula lafaznya (bagi salam) yang melengkapi bagi syarat yang tersebut itu ialah   السلام عليكم (inilah lafaz yang menjadi rukun qauli pada memberi salam) dan sunat tambah ورحمة الله.

Rujukan: Hidayatus Sibyan karangan Abu Abdullah Hussain Nasir bin   Muhammad Taib al-Mas’udi al-Banjari , Cetakan Al-Ma’arif  Sdn Bhd, hal.20.

7 Syarat Tahiyat Akhir



1 ) Bahawa ada ia (tahiyat akhir) dengan bahasa arab bagi orang yang kuasa bertutur dengan dia (bahasa arab).
2 ) Memelihara akan segala hurufnya dan segala kalimahnya dan segala tasydidnya (dan segala idgham).
3 ) Muwalat (berturut-turut) antara segala kalimahnya.
4 ) Memperdengar (بقوة) akan dia (tahiyat akhir)  kepada dirinya (sendiri).
5 ) Ketiadaan mempaling (tidak qosad) akan dia (tahiyat akhir) bagi lainnya (lain daripada tahiyat akhir).
6 )  Dibaca akan dia (tahiyat akhir) padahal duduk melainkan jika uzur (daripada duduk).
7 ) Tertib (antara segala kalimah) jika hasil dengan ketiadaannya (tertib) cedera pada maknanya (kalau dibaca dengan tidak tertib ianya boleh mencederakan makna ) (kalau dibaca dengan tidak tertib padahal tidak mengubah makna maka sah tahiyat akhirnya).

Rujukan: Hidayatus Sibyan karangan Abu Abdullah Hussain Nasir bin
Muhammad Taib al-Mas’udi al-Banjari

4 Syarat Duduk Antara 2 Sujud



1 ) Bahawa ada ia (duduk antara dua sujud itu)  kemudian daripada sempurna  (8 syarat) sujud yang pertama.
2 ) Jangan ia (musolli) qasad (hati) dengan angkat kepalanya itu bagi yang lain daripada  duduknya (duduk antara 2 sujud).
3 ) Membetul (musolli) akan duduknya (musolli) qadar kuasanya (musolli).
4 ) Dengan thuma’ninah padanya (di dalamnya).

Rujukan: Hidayatus Sibyan karangan Abu Abdullah Hussain Nasir bin
Muhammad Taib al-Mas’udi al-Banjari

8 Syarat Sujud



1 ) Bahwa ada ia (sujud) kemudian daripada sempurna i’tidalnya (4 syarat i’tidal).
2 ) Bahwa menghantar  (meletak)  ia (musolli) akan tujuh anggotanya  kepada tempat sujud iaitu:
a)     dua perut  (bagi) anak jari (daripada) dua kakinya (satu jari kaki kanan dan satu jari kaki kiri)
b)    dan dua lututnya
c)     dan dua tapak tangannya
d)    dan dahinya
3 ) terbuka dahinya (jangan berlapik).
4 ) Ditekan (bagi berat sikit) akan kepalanya kepada tempat sujudnya.
5 ) Jangan qasad (dalam hati) dengan turunnya (musolli kepada sujud) itu bagi yang lain daripada sujudnya (musolli).
6 ) Bahwa tiada (jangan) sujud ia (musolli) atas sesuatu (benda) yang ia (musolli) tanggung akan dia (benda) yang bergerak dengan geraknya (musolli).
7 ) Meninggi akan punggungnya (musolli) daripada tengkuknya (musolli).
8 ) Wajib thuma’ninah padanya (dalam sujud).


Rujukan: Hidayatus Sibyan karangan Abu Abdullah Hussain Nasir bin
Muhammad Taib al-Mas’udi al-Banjari

4 Syarat I’tidal



1 ) Bahawa ada ia (i’tidal) kemudian daripada sempurna ruku’nya (4 syarat ruku’).
2 ) Kembali ia (musolli) kepada barang (kelakuan sama ada berdiri atau duduk)  yang ada ia dahulu daripada ruku’nya.
3 ) Jangan qasad ia (musolli) dengan kembalinya itu akan yang lain daripada i’tidalnya.
4 ) Thuma’ninah didalamnya (i’tidal)

Rujukan: Hidayatus Sibyan karangan Abu Abdullah Hussain Nasir bin
Muhammad Taib al-Mas’udi al-Banjari

4 Syarat Ruku’



1 ) Bahawa ada ia (ruku’) kemudian daripada tamam  (sempurna bacaan) fatihahnya (musolli) (selepas cukup 10 syarat baca fatihah), pada orang yang lain daripada (makmum) yang masbuq.
2 ) Tunduk kehadapan sekira-kira sampai (tidak mengapa jika tidak pegang lutut)  dua tapak tangan tangannya  memegang kepada dua lututnya pada (hak) orang yang sederhana kejadiannya (dan iaitu pada orang yang sembahyang berdiri).
3 ) Jangan qasad (tuju hati) dengan tunduknya itu akan yang lain daripada ruku’nya.
4 ) Thuma’ninah (وزن تُفَعْعِلَةْ) (tuma’ninah: diam sekejap sekelian anggota seqadar  سبحان الله).

Rujukan: Hidayatus Sibyan karangan Abu Abdullah Hussain Nasir bin
Muhammad Taib al-Mas’udi al-Banjari

10 Syarat sah baca fatihah di dalam solat



1) Dibaca akan dia (fatihah)  dengan bahasa arab.
2) (Dibaca akan fatihah) dengan tertib (ikut turutan) antara segala kalimahnya (fatihah).
3) (Dibaca akan fatihah) dengan muwalat(membaca secara terus dan tidak boleh berhenti lama antara satu-satu kalimah dan juga atara satu ayat dengan ayat yang lain) padanya (segala kalimah).
4) Memelihara (oleh musolli) akan segala hurufnya (fatihah) daripada makhrajnya (tempat keluar huruf) iaitu 141 huruf  jika tiada (dikira) alif pada مالك  dan tiada  dihisab (dikira) pula segala huruf musyaddadnya.
5) Memelihara segala tasydidnya yangg 14 tempat dan jika mentakhfif  (meninggalkan walaupun satu tashdid) daripadanya (fatihah)  dengan sengahjanya (sengaja) lagi (pula) diketahui akan haramnya dan mengubah ia akan maknanya (fatihah), maka (nescaya) batal sembahyangnya
dan jika mentakhfif (meninggalkan tasydid) ia dengan lupa atau jahil (yang ma’zur)  ia akan haramnya atau tiada mengubah ia akan maknanya, maka tiada batal sembahyangnya tetapi batal bacaanya jua, maka wajib mengulang (oleh musolli) akan (bacaan fatihah) dengan betulnya dahulu daripada turun kepada ruku’nya (musolli) dan jika tiada mengulang maka batal sembahyangnya dengan (sebab) turunnya (musolli) kepada ruku’nya (musolli).
6) Ketiadaan diam yang panjang (diantara ayat-ayat dan kalimah-kalimah) dengan tiada uzur, iaitu diam yang lebih daripada kadar bernafas (sekali nafas)  dan penat atau diam yg sedikit (pendek) yang diqasad dengan dia memutus akan bacaannya.
7) (Dibaca akan fatihah) dengan ketiadaan lahan (salah) yang mencederakan (merosakkan) akan maknanya (fatihah).
8) Bahawa membaca akan dia (fatihah) padahal berdiri (betul) atau gantinya (daripada berdiri iaitu duduk , mengiring di atas lambung dan bertelentang) pada ketika uzur.
9) Bahawa memperdengar (sekadar بقوة bukan بفعل)  akan dirinya (sendiri) (akan tiap-tiap huruf al-fatihah pada telinganya).
10) Bahawa tiada menyelangi antara segala kalimahnya (fatihah) itu oleh zikir yang ajnabi (tiada kaitan dengan fatihah seperti seseorang yang bersin mengucapkan الحمد لله dan menjawab salam kepada orang yang memberi salam).

Rujukan: Hidayatus Sibyan karangan Abu Abdullah Hussain Nasir bin
Muhammad Taib al-Mas’udi al-Banjari