Monday, 28 January 2013
Apakah Ta’rif Jirim & ‘Aradh?
Apakah Ta’rif Jirim?
Jirim itu ialah:
1) Sesuatu yang ada
2) Bawa diri sendiri (tidak menumpang pada yang lain)
3) Mengambi (mengisi)l ruang
4) Kena jadi (Dijadikan)
5) Baharu
6) Menerima belah bahagi atau tiada menerima belah bahagi (umum)
*Terima belah bahagi – Jisim
Tidak terima belah bahagi – Jauhar firid
Apakah Ta’rif ‘Aradh?
‘Aradh itu ialah:
1) Sesuatu (sifat) yang ada
2) Tidak boleh bawa diri sendiri (menumpang pada sesuatu yang lain yakni zat)
3) Mengambil (mengisi) ruang
4) Kena jadi (Dijadikan)
5) Baharu
6) Terima belah bahagi atau tidak (umum)
[Qauluhu: جرم]
maknanya pada lughah iaitu jasad ertinya tubuh badan,
dan pada istilah (pada sepakat dan panggilan ulama’ usuluddin) iaitu [ما تَحَيَّزّ بِنَفْسِهِ] ertinya barang yang bertempat (mengambil lapang) ia dengan sendirinya yakni barang yang ada ia (serta bertempat) dengan jalan bawa dirinya sendiri.
[Qauluhu:عرض ]
(ada) baginya beberapa makna pada lughah:
setengahnya (sebahagian makna pada lughah) makna مَتاعٌ ertinya mata benda,
dan setengahnya اسم لما لا دوام لها ertinya (satu) nama bagi barang yang tiada kekal baginya dikatakan هذا الأمر عرض أى (هذا) عارض زائل yakni ini perkara yang datang sekejap hilang ia,
dan maknanya pada istilah iaitu [ما تَحَيَّزَ بغيره] ertinya barang yang bertempat ia dengan (di) yang lain yakni barang yang ada ia (serta bertempat) pada suatu yang lainnya seperti warna putih yang ada ia pada kapas umpamanya, dan masin yang ada ia pada garam umpanya dan demikianlah yang lainnya (daripada yang tersebut itu).
Rujukan: Mizan az-Zarari oleh Ismail bin Omar As-Sepanjang (Baba Ismail Spanjang), cetakan Pondok Darul Muhajirin, hal. 9 – 10
Labels:
AQIDAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment