Monday, 28 January 2013
10 Syarat sah baca fatihah di dalam solat
1) Dibaca akan dia (fatihah) dengan bahasa arab.
2) (Dibaca akan fatihah) dengan tertib (ikut turutan) antara segala kalimahnya (fatihah).
3) (Dibaca akan fatihah) dengan muwalat(membaca secara terus dan tidak boleh berhenti lama antara satu-satu kalimah dan juga atara satu ayat dengan ayat yang lain) padanya (segala kalimah).
4) Memelihara (oleh musolli) akan segala hurufnya (fatihah) daripada makhrajnya (tempat keluar huruf) iaitu 141 huruf jika tiada (dikira) alif pada مالك dan tiada dihisab (dikira) pula segala huruf musyaddadnya.
5) Memelihara segala tasydidnya yangg 14 tempat dan jika mentakhfif (meninggalkan walaupun satu tashdid) daripadanya (fatihah) dengan sengahjanya (sengaja) lagi (pula) diketahui akan haramnya dan mengubah ia akan maknanya (fatihah), maka (nescaya) batal sembahyangnya
dan jika mentakhfif (meninggalkan tasydid) ia dengan lupa atau jahil (yang ma’zur) ia akan haramnya atau tiada mengubah ia akan maknanya, maka tiada batal sembahyangnya tetapi batal bacaanya jua, maka wajib mengulang (oleh musolli) akan (bacaan fatihah) dengan betulnya dahulu daripada turun kepada ruku’nya (musolli) dan jika tiada mengulang maka batal sembahyangnya dengan (sebab) turunnya (musolli) kepada ruku’nya (musolli).
6) Ketiadaan diam yang panjang (diantara ayat-ayat dan kalimah-kalimah) dengan tiada uzur, iaitu diam yang lebih daripada kadar bernafas (sekali nafas) dan penat atau diam yg sedikit (pendek) yang diqasad dengan dia memutus akan bacaannya.
7) (Dibaca akan fatihah) dengan ketiadaan lahan (salah) yang mencederakan (merosakkan) akan maknanya (fatihah).
8) Bahawa membaca akan dia (fatihah) padahal berdiri (betul) atau gantinya (daripada berdiri iaitu duduk , mengiring di atas lambung dan bertelentang) pada ketika uzur.
9) Bahawa memperdengar (sekadar بقوة bukan بفعل) akan dirinya (sendiri) (akan tiap-tiap huruf al-fatihah pada telinganya).
10) Bahawa tiada menyelangi antara segala kalimahnya (fatihah) itu oleh zikir yang ajnabi (tiada kaitan dengan fatihah seperti seseorang yang bersin mengucapkan الحمد لله dan menjawab salam kepada orang yang memberi salam).
Rujukan: Hidayatus Sibyan karangan Abu Abdullah Hussain Nasir bin
Muhammad Taib al-Mas’udi al-Banjari
Labels:
FEQAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment