Monday, 28 January 2013
Syarat Qiyam (Berdiri betul)
Bermula syarat (nak sah) qiyam (bagi yang kuasa) iaitu membetul akan tulang belakangnya dan jikalau dengan bersandar ia (musolli) kepada sesuatu atau dengan berpegang ia atasnya (sesuatu) atau dengan dipegang (oleh) orang akan dia (musolli) sekalipun memadailah ia..
Dan jika tiada kuasa ia (musolli) berdiri betul maka wajib ia (musolli) berdiri qadar sehabis-habis kuasa (seqadar mana yang mampu dibuat)
Dan jika tiada kuasa (mampu) berdiri sekali-kali (langsung) seperti hasil baginya (musolli) dengan dia (berdiri) masyaqqah (kesukaran) yang sangat yang menghilang ia akan khusyu’ dan hudhur hati atau takut ia (musolli) akan jatuh ke dalam laut atau karam (bagi mereka yang berada diatas kapal) atau pusing (pening) kepalanya atau takut keluar kencingnya bagi orang yang silsil baul (sentiasa keluar air kencing) atau keluar bawasir bagi orang yang basur (orang yang sakit buasir) dan yang umpama keduanya (silsil baul dan buasir) maka hendaklah ia sembahyang (hal keadaannya) duduk.
Dan jika lemah ia (musolli) daripada sembahyang (hal keadaannya) duduk maka hendaklah (wajiblah) ia berguling (mengiring) atas lambungnya (samada kanan atau kiri tetapi yang afdhalnya diatas lambung kanan dan sekiranya tidak mampu mengiring diatas lambung kanan maka barulah mengiring diatas lambungnya yang kiri) dan dijadikan mukanya (musolli) dan hadapan badannya (musolli) kepada qiblat dan hendaklah ia (musolli) bangun bagi ruku’nya dan sujudnya qadar dapatnya.
Dan jika lemah ia daripada sembahyang berbaring atas lambungnya maka hendaklah (wajiblah) ia (musolli) sembahyang bertelentang atas belakangnya dan mendiri ia akan mukanya (muka diangkat sedikit ke arah qiblat dengan dilapik sesuatu benda seperti bantal) dan (padahal) dua tapak kakinya berhadap kepada qiblat maka memperbuatlah ia (musolli) dengan ruku’nya dan sujudnya qadar kuasanya (mampunya).
Dan jika tiada (kuasa memperbuat ruku’ dan sujud) maka mengisyarat ia (musolli) bagi keduanya (ruku’ dan sujud) dengan kepalanya.
Dan jika lemah ia (musolli) daripadanya (mengisyarat dengan kepala) maka dengan kelopak matanya.
Dan jika lemah ia (musolli) mengisyarat dengan kelopak matanya maka hendaklah dilakukan sekelian perbuatan sembahyang itu dengan hatinya jua inilah sehingga-hingga (sehabis-habis) lemahnya.
Maka tiada gugur wajib sembahyang daripadanya sekali-kali selama-lama ada aqalnya itu maujud inilah hal sembahyang fardhu.
Rujukan: Hidayatus Sibyan karangan Abu Abdullah Hussain Nasir bin
Muhammad Taib al-Mas’udi al-Banjari
Labels:
FEQAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment