Monday, 28 January 2013
9 Syarat Bagi Salam
1 ) Bahwa ada ia (bagi salam) dengan bahasa arab bagi yang kuasa (bertutur dengannya).
2 ) Dita’rif (dijadikan lafaz ma’rifah) akan dia (bagi salam) dengan( ال معرفة).
3 ) Dengan kaf khitob
السلام عليكم *
4 ) Dengan mim jam’i
*السلام عليكم
5 ) Memperdengar (بقوة) akan dirinya sendiri dengan sekelian hurufnya, demikianlah (memperdengar) sekelian bacaan (sama ada bacaan wajib atau sunat) yang ada didalam sembahyang.
6 ) Berturut-turut (muwalat) antara segala kalimahnya (السلام عليكم) .
7 ) Ketiadaan (jangan) qosad bagi yang lain daripada salam (sembahyang semata-semata).
8 ) Bahawa ada ia (bagi salam) pada ketika duduknya (bagi orang yang kuasa) atau gantinya (duduk) pada ketika uzur (dengan sekira-kira hilang khusyu’ kalau duduk, maka boleh ditukar ke posisi lain daripada duduk).
9 ) Padahal menghadap qiblat daripada awalnya (salam) hingga akhirnya (salam).
Bermula lafaznya (bagi salam) yang melengkapi bagi syarat yang tersebut itu ialah السلام عليكم (inilah lafaz yang menjadi rukun qauli pada memberi salam) dan sunat tambah ورحمة الله.
Rujukan: Hidayatus Sibyan karangan Abu Abdullah Hussain Nasir bin Muhammad Taib al-Mas’udi al-Banjari , Cetakan Al-Ma’arif Sdn Bhd, hal.20.
Labels:
FEQAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment