Monday, 24 October 2011
12 Syarat Wudhu’ dan Mandi Wajib + 3 Syarat Tambahan Khusus Bagi Sohibu Dhoruroh
1 ) Islam (yang melengkapi iman)
2 ) Mumayyiz
3 ) Mengetahui (oleh seseorang) akan kaifiat keduanya (wudhu’ dan mandi wajib)
4 ) Dengan air yang mutlak
5 ) Mengetahui (dengan yakin) akan keadaan air itu mutlak (daripada bekas air mutlak bukan bekas air yang mutanajjis dan musta’mal).
6 ) Ketiadaan sesuatu (perkara) yang menegah akan sampai air kepada anggota keduanya (wudhu’ dan mandi wajib).
7 ) Hendak (wajib) mengalir air atas anggota yang dibasuh akan dia.
8 ) Ketiadaan sesuatu (benda) yang menafi ia akan wudhu’ dan mandi iaitu haidh dan nifas (tidak sah bahkan haram ambil wudhu’ dan mandi wajib bagi perempuan yang haid dan nifas selagi belum suci daripada keduanya).
9 ) Ketiadaan mempaling (mengubah) akan niat (qasad) bagi (kepada) yang lain daripada keduanya (wudhu’ dan mandi wajib) seperti niat tabarrud (bersejuk-sejuk) semata-mata.
10) Bahawa melebih (pada masalah wudhu’ sahaja) akan basuh daripada qadar yang wajibnya kerana hendak meratakan basuhnya.
11) Bahawa tahqiq (yakin ada hadas) ia (seseorang) akan sesuatu yang menghendaki ia bagi wudhu’ dan mandi. (Contoh: Seseorang yang sudah mengambil wudhu’ kemudian dia syak adakah dia berhadas atau tidak, kemudian dia mengambil wudhu’maka tidak sah wudhu’nya kerana dalam keadaan syak).
12) Bahawa membasuh ia akan anggota yang bertambah (baru ada) (seperti ada lebihan tangan) yang menyerupai ia dengan asalnya.
Dan ditambah bagi orang yang mempunyai dhorurah (sentiasa berhadas seperti sentiasa keluar air kencing, sentiasa kentut dan sebagainya) 3 syarat pula:-
1) Mendahulu akan istinja' (seperti bagi orang yang sentiasa keluar kencing dituntut supaya kencing puas-puas) dan tahaffuz (memelihara seperti membalut kemaluan dengan kain atau memakai lampin) atas (sebelum) wudhu'.
2) Wajib muwalat (berturut-turut) antara istinja' dan tahaffuz, dan antara tahaffuz dan wudhu', dan antara wudhu' dan sembahyang.
3) Diperbuat sekelian itu kemudian daripada masuk waktu sembahyang.
*Kesimpulannya bagi orang yang normal syaratnya ada 12 manakala bagi orang yang dhorurah (sohibu dhoruroh) ada 15 syarat.
Rujukan: Hidayatus Sibyan karangan Abu Abdullah Hussain Nasir bin Muhammad Taib al-Mas’udi al-Banjari , Cetakan Al-Ma’arif Sdn Bhd, hal.9-10.

Tuesday, 18 October 2011
9 Syarat Bagi Salam
1 ) Bahwa ada ia (bagi salam) dengan bahasa arab bagi yang kuasa (bertutur dengannya).
2 ) Dita’rif (dijadikan lafaz ma’rifah) akan dia (bagi salam) dengan( ال معرفة).
3 ) Dengan kaf khitob
السلام عليكم *
4 ) Dengan mim jam’i
*السلام عليكم
5 ) Memperdengar (بقوة) akan dirinya sendiri dengan sekelian hurufnya, demikianlah (memperdengar) sekelian bacaan (sama ada bacaan wajib atau sunat) yang ada didalam sembahyang.
6 ) Berturut-turut (muwalat) antara segala kalimahnya (السلام عليكم) .
7 ) Ketiadaan (jangan) qosad bagi yang lain daripada salam (sembahyang semata-semata).
8 ) Bahawa ada ia (bagi salam) pada ketika duduknya (bagi orang yang kuasa) atau gantinya (duduk) pada ketika uzur (dengan sekira-kira hilang khusyu’ kalau duduk, maka boleh ditukar ke posisi lain daripada duduk).
9 ) Padahal menghadap qiblat daripada awalnya (salam) hingga akhirnya (salam).
Bermula lafaznya (bagi salam) yang melengkapi bagi syarat yang tersebut itu ialah السلام عليكم (inilah lafaz yang menjadi rukun qauli pada memberi salam) dan sunat tambah ورحمة الله.
Rujukan: Hidayatus Sibyan karangan Abu Abdullah Hussain Nasir bin Muhammad Taib al-Mas’udi al-Banjari , Cetakan Al-Ma’arif Sdn Bhd, hal.20.
Sunday, 16 October 2011
20 Sunat Ab'adh di Dalam Solat
1 ) Tasyahud awal
2 ) Duduk baginya (tasyahud awal)
3 ) Selawat atas nabi kemudian daripadanya (tasyahud awal)
4 ) Duduk baginya (selawat selepas tasyahud awal)
5 ) Selawat atas keluarga Nabi (di dalam tasyahud akhir)
6 ) Duduk baginya (selawat ke atas keluarga nabi di dalam tasyahud akhir)
7 ) Qunut
8 ) Perdirian (berdiri) baginya (qunut)
9 ) Selawat atas Nabi kemudian daripadanya (qunut)
10 ) Perdirian (berdiri) baginya (selawat atas Nabi kemudian daripada qunut)
11 ) Selawat ke atas keluarga Nabi (di dalam qunut)
12 ) Perdirian (berdiri) baginya (selawat ke atas keluarga Nabi dalam qunut)
13 ) Selawat ke atas segala sahabat (di dalam qunut)
14 ) Perdirian (berdiri) baginya (selawat ke atas segala sahabat di dalam qunut)
15 ) Salam atas Nabi S.A.W (di dalam qunut)
16 ) Perdirian (berdiri) baginya (salam atas Nabi S.A.W di dalam qunut)
17 ) Salam atas keluarga Nabi (di dalam qunut)
18 ) Perdirian (berdiri) baginya (salam atas keluarga Nabi di dalam qunut)
19 ) Salam atas segala sahabat Nabi (di dalam qunut)
20 ) Perdirian (berdiri) baginya (salam atas segala sahabat Nabi di dalam qunut).
Kesimpulannya, di dalam tasyahud awal ada 4 sunat ab’adh, di dalam tasyahud akhir ada 2 sunat ab’adh dan di dalam qunut ada 14 sunat ab’adh
Perhatian!!! Barangsiapa meninggalkan satu daripada dua puluh ini maka disunatkan baginya sujud sahwi..
Rujukan: Minhajus Salam karangan as-Syeikh Muhammad Zainuddin bin Muhammad al-Badawi as-Sambawi cetakan Bin Halabi hal. 18

Friday, 14 October 2011
7 Syarat Tahiyat Akhir
1 ) Bahawa ada ia (tahiyat akhir) dengan bahasa arab bagi orang yang kuasa bertutur dengan dia (bahasa arab).
2 ) Memelihara akan segala hurufnya dan segala kalimahnya dan segala tasydidnya (dan segala idgham).
3 ) Muwalat (berturut-turut) antara segala kalimahnya.
4 ) Memperdengar (بقوة) akan dia (tahiyat akhir) kepada dirinya (sendiri).
5 ) Ketiadaan mempaling (tidak qosad) akan dia (tahiyat akhir) bagi lainnya (lain daripada tahiyat akhir).
6 ) Dibaca akan dia (tahiyat akhir) padahal duduk melainkan jika uzur (daripada duduk).
7 ) Tertib (antara segala kalimah) jika hasil dengan ketiadaannya (tertib) cedera pada maknanya (kalau dibaca dengan tidak tertib ianya boleh mencederakan makna ) (kalau dibaca dengan tidak tertib padahal tidak mengubah makna maka sah tahiyat akhirnya).
Rujukan: Hidayatus Sibyan karangan Abu Abdullah Hussain Nasir bin
Muhammad Taib al-Mas’udi al-Banjari

Monday, 10 October 2011
8 Perkara yang Menjadi Hukum Sebagai Darah Istihadhoh
1 ) darah yang keluar daripada perempuan yang tidak sampai umur 9 tahun
2 ) darah yang keluar daripada perempuan yang umur lebih daripada 60 tahun
3 ) darah yang keluar daripada perempuan tidak cukup sehari semalam (tempoh sekurang-kurang haid)
4 ) darah yang keluar daripada perempuan lebih daripada 15 hari 15 malam (tempoh sebanyak-banyak haid)
5 ) darah yang keluar daripada perempuan dahulu daripada sekurang-kurang tempoh bersuci (15 hari 15 malam)
6 ) darah yang keluar daripada perempuan lebih daripada qadar sebanyak-banyak nifas (60 hari 60 malam)
7 ) darah yang keluar daripada perempuan sebelum daripada beranak (tempoh kurang daripada 24 jam)
8 ) darah yang keluar daripada perempuan beserta dengan anak
Perhatian!!!! Hukum bagi perempuan yang istihadhoh sama dengan hukum bagi perempuan yang bersuci.. Maka segala perkara yang diwajibkan keatas perempuan yang bersuci maka diwajibkan juga keatas perempuan yang istihadhoh.

Thursday, 6 October 2011
4 Syarat Duduk Antara 2 Sujud
1 ) Bahawa ada ia (duduk antara dua sujud itu) kemudian daripada sempurna (8 syarat) sujud yang pertama.
2 ) Jangan ia (musolli) qasad (hati) dengan angkat kepalanya itu bagi yang lain daripada duduknya (duduk antara 2 sujud).
3 ) Membetul (musolli) akan duduknya (musolli) qadar kuasanya (musolli).
4 ) Dengan thuma’ninah padanya (di dalamnya).
Rujukan: Hidayatus Sibyan karangan Abu Abdullah Hussain Nasir bin
Muhammad Taib al-Mas’udi al-Banjari
2 ) Jangan ia (musolli) qasad (hati) dengan angkat kepalanya itu bagi yang lain daripada duduknya (duduk antara 2 sujud).
3 ) Membetul (musolli) akan duduknya (musolli) qadar kuasanya (musolli).
4 ) Dengan thuma’ninah padanya (di dalamnya).
Rujukan: Hidayatus Sibyan karangan Abu Abdullah Hussain Nasir bin
Muhammad Taib al-Mas’udi al-Banjari
Wednesday, 5 October 2011
Monday, 3 October 2011
Kitab Uzlah (Menyendiri) Dan Pergaulan
Kitab Uzlah (Menyendiri) Dan Pergaulan – Pengenalan
Ketahuilah, bahawasanya setengah-setengah para salaf, ada yang suka beruzlah atau memencilkan diri dari orang ramai (menyendiri), kerana di dalam uzlah itu terdapat berbagai faedah; seperti senang beribadat tanpa gangguan atau melapangkan diri untuk berfikir-fikir ataupun menumpukan perhatian kepada pendidikan ilmu pengetahuan.
Selain itu dengan uzlah dapat menjauhkan diri dari melakukan larangan-larangan Allah yang biasanya dilakukan oleh orang ramai disebabkan pergaulan seperti riya’, mengumpat meninggalkan perintah membuat kebajikan dan menjauhi dari melakukan kemungkaran, meniru-niru tabiat dan akhlak yang buruk atau perbuatan-perbuatan yang jelek dari kawan-kawan yang jahat atau seumpamanya.
Sementara para salaf yang lain menggalakkan pergaulan dengan orang ramai dan mencari seberapa banyak kenalan dan kawan untuk menempa perpaduan dan kasih sayang antara kaum Mu’minin. Kemudian bertolong-tolongan antara satu dengan yang lain dalam urusan-urusan agama, yakni untuk menegakkan kebaktian dan ketaqwaan kepada Zat Allah yang Maha Agung Subhanahu wa Ta’ala.
Hanya dengan jalan bercampur gaul sajalah segala faedah uzlah atau memecilkan diri dapat terhasil; iaitu dengan tekad bersungguh-sungguh serta mengalahkan hawa nafsu. Pendek kata percampur gaulan itu mempunyai banyak faedah yang besar mengatasi faedah-faedah memencilkan diri.
Mungkin anda akan bertanya; Apakah dia faedah-faedah bercampur gaul itu, dan apakah pula pendorong-pendorong yang menyebabkan kita wajib bercampur gaul?
Faedahnya ialah: Memberi pengajaran kepada orang lain atau mengambil pelajaran daripadanya. Melakukan sesuatu pekerjaan yang bermanfaat kepada orang lain, atau mengambil manfaat dari sesuatu pekerjaan yang dilakukan orang. Mendidik atau menerima didikan. Menempa hiburan atau menghiburkan. Mendapat pahala kerana menunaikan sesuatu hak yang wajib.
Selain itu dapat mempraktikkan diri supaya bertawadhu’ dan mendapatkan faedah dari berbagai-bagai pengalaman orang lain, serta mengambil i’tibar dari contoh tauladan.
Faedah-faedah bercampur gaul
Terdapat banyak faedah dari bercampul gaul. Berikut disenaraikan faedah-faedah bercampur gaul:
1. Memberi pengajaran atau menerima pelajaran
2. Memberi manfaat dan mengambil manfaat.
3. Mendapatkan pengalaman dan contoh tauladan
4. Pendidikan
5. Penghiburan
6. Mencari Pahala
7. Menyebabkan orang lain mendapat pahala
8. Merendah diri.
9. Mendapatkan pengalaman dan contoh tauladan
Huraian secara terperinci setiap satunya, agar manfaatnya tinggal berkesan di dalam diri, akan disusuli dalam paparan-paparan seterusnya.
Faedah pergaulan – memberi pengajaran atau menerima pelajaran
Kedua-duanya, memberi pengajaran atau menerima pelajaran, terkira antara sebesar-besar ibadat yang boleh dilakukan oleh seseorang di dalam dunia ini. Yang demikian itu tidak akan tercapai, melainkan menerusi bercampur gaul.
Orang yang sangat berhajat kepada pengetahuan dan menuntut pelajaran ilmu agama yang wajib adalah dosa kepada Allah, kiranya ia memencilkan diri dan beruzlah.
Orang yang mempunyai bakat dan mampu ke depan untuk mempelajari ilmu pengetahuan syariat dan ilmu pemikiran, baginya memencilkan diri sebelum mempelajari ilmu-ilmu tersebut adalah suatu kerugian yang besar. Sebab itulah Nakha’i dan orang-orang yang seumpamanya berkata: Lengkapkanlah dirimu dengan ilmu pengetahuan terlebih dahulu, kemudian baru pencilkan diri atau duduk beruzlah.
Seseorang yang memencilkan diri sebelum menerima ilmu pengetahuan terlebih dulu, adalah orang yang mensia-siakan masanya dengan banyak tidur atau memikirkan sesuatu yang tidak berfaedah.
Paling banyak ia menghabiskan masanya dengan membaca berbagai-bagai wirid dan mengulangi-ulanginya, padahal amalan-amalan yang dilakukan menerusi badan dan hati itu, tiada terjamin akan terlepas dari kemegahan dan kebanggaan diri.
Cara serupa ini selalunya menjadi tertawaan syaitan belaka, sedangkan ia mengganggap dirinya orang yang banyak beribadat. Ketahuilah bahawa ilmu pengetahuan itulah yang menjadi puncanya agama, dan tidak ada gunanya beruzlah atau memencilkan diri bagi orang umum yang jahil dan bodoh.
Adapun tentang pengajaran dan menaburkan ilmu pengetahuan kepada orang ramai, maka pekerjaan ini memang besar pahalanya, apabila niat si pengajar dan si pelajar itu bersih dan jujur.
Faedah pergaulan – Memberi manfaat dan mengambil manfaat
Mengambil manfaat dapat dihasilkan menerusi usaha dan bermu’amalah, dan yang demikian itu tidak boleh berlaku melainkan dengan bercampur gaul dengan orang ramai.
Oleh kerana itu orang yang suka berusaha sendirian, lalu suka pula bersedekah dari amal usahanya, maka ia adalah lebih utama daripada orang yang suka memencilkan diri dengan banyak melakukan amal ibadat saja.
Adapun memberikan manfaat pula, ialah dengan membuat sesuatu perkara yang mendatangkan manfaat kepada orang lain, sama ada dengan membelanjakan wang ringgit mahupun dengan memeras tenaga sendiri; umpamanya menolong orang lain dalam segala keperluannya, semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah Ta’ala.
Menyediakan diri untuk menunaikan hajat-hajat kaum Muslimin ada pahalanya dan yang demikian itu tidak akan terlaksana melainkan dengan bercampur gaul dengan orang ramai.
Orang yang mampu menjalankan kerja-kerja serupa ini dengan menjaga batasan-batasan, adalah lebih diutamakan daripada orang yang hanya memencilkan dirinya kerana sesuatu pekerjaan yang tak berfaedah.
Faedah pergaulan – Pendidikan
Adapun mendidik orang lain dengan berbagai-bagai nasihat ataupun mengambil pelajaran-pelajaran pendidikan bagi dirinya sendiri; iaitu dengan melatih diri untuk menanggung segala perlakuan yang kasar dari orang ramai dan sabar menahan penganiayaannya.
Tujuan utama dari perilaku ii, ialaha untuk mematahkan kebesaran diri dan menghindarkan kemahuan hawa nafsu. Faedah-faedah serupa ini boleh diperoleh, hanya dengan bercampur gaul dengan orang ramai.
Faedah pergaulan – Penghiburan
Menghibur diri atau menghiburkan orang memang amat digalakkan dalam urusan agama, iaitu bagi orang yang benar-benara merasa terhibur, bila melihat hal-ehwalnya atau ucapannya dalam urusan agama, dan ada kalanya berkaitan juga dengan kepentingan diri.
Penghiburan juga kadang-kadang menjadi sunnat, kalau tujuannya ialah untuk melapangkan hati, agar sesudah itu akan timbullah sebab-sebab yang bakal mencergaskan diri semula dalam melakukan ibadat, sebab hati itu apabila terlalu sedih atau risau, nescaya ia akan menjadi buta.
Jiwa manusia itu tidak selamanya dapat dipaksa membuat yang hak semata-mata, selagi tidak diberi kelapanganuntuk dihiburkan dan dalam memaksanya menunaikan kewajiban-kewajibannya terus-menerus akan menimbulkan rasa bosan dan perasaan meleset.
Ibnu Abbas telah berkata: Andaikata tidak kerana takutkan perasaan was-was timbul dalam diri saya, nescaya saya tidak akan mengajak orang ramai duduk bersenang-lenang.
Nyatalah seorang yang memencilkan dirinya itu, tidak boleh tidak mestilah berkehendakkan seorang teman yang dapat diajak bertemu dan berbual dalam sehari semalam, walaupun sebentar saja.
Oleh itu hendaklah ia berusaha mencari seorang teman yang sesuai dan mengerti kehendaknya. Jangan sampai masa sebentar bersenang-lenang dengan teman itu, kelak akan merosakkan pula segala masanya yang lain, yang dihabiskan dalam memencilkan diri atau beruzlah itu.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Seseorang itu menurut perjalanan temannya, maka hendaklah seseorang mahu memerhatikan siapa yang patut diajak berkawan.”
Dalam pertemuan dengan kawan itu nanti, biarlah semua perbicaraannya berkisar di sekitar urusan-urusan agama, dan perkara-perkara yang dapat menetapkan hati atas yang hak dan kebenaran.
Dalan perbicaraannya serupa itu, jiwanya akan merasa lega dan senang. Itulah satu-satunya cara yang paling baik untuk melapangkan hati, bagi seorang yang sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dan peribadi
Faedah pergaulan – Mencari Pahala
Adapun untuk mencari pahala dari sesuatu amalan, maka ini dapat dilakukan dengan sentiasa menghadiri jenazah-jenazah, melawat pesakit-peasakit ataupun hadir bersembahyang jemaah pada semua shalat, sebab tidak ada kelonggaran untuk meninggalkan jamaah, kecuali kerana khuatir sesuatu bahaya yang nyata akan menimpannya yang bila diimbangkan dengan bahaya terluputnya keutamaan sembahyang berjemaah sama beratnya, ataupun lebih sedikit dan perkara serupa itu tentulah jarang sekali terjadinya.
Begitu pula, untuk mendapatkan pahala, ialah dengan menghadiri pertemuan-pertemuan yang baik, undangan-undangan, kerana yang demikian itu boleh menimbulkan kegembiraan dalam hal seseorang Muslim.
Faedah pergaulan – Menyebabkan orang lain mendapat pahala
Untuk melakukan sesuatu agar orang lain boleh memperoleh pahala, ialah dengan membenarkan orang melawatnya ketika ia sakit, atau menyampaikan kepadanya ta’ziah bila berlaku kematian dalam keluarganya, atau mengucap tahniah atas kenikmatan-keniknatan yang baru dicapainya. Cara macam ini akan mendatangkan pahala kepada orang-orang yang melakukannya.
Bagi dirinya, hendaklah ia mempertimbangkan segala pahala-pahala yang akan diperolehi disebabkan percampur gaulan ini dengan bahaya-bahaya yang kami sebutkan satu persatu di atas. Ketika itu akan jelaslah persoalannya.
Mungkin sekali baginya uzlah atau memencilkan diri itulah yang lebih diutamakan atau diberatkan. Mungkin pula bercampur gaul dengan orang ramai yang patut diikuti.
Faedah pergaulan – Merendah diri
Tawadhu’ atau merendah diri itu adalah darjat paling utama sekali bagi manusia. Ini tidak akan berlaku, selagi dia menyendiri atau duduk berjauhan dari orang ramai.
Mungkin seseorang itu lebih suka beruzlah atau memencilkan diri dikeranakan beberapa sebab misalnya:
- Kerana sudah terlalu tua umurnya.
- Kerana khuatir dirinya tidak diberikan penghormatan dalam satu-satu keramaian atau tidak dikedepankan.
- Kerana dia merasakan dirinya akan lebih dihormati, bila dia menjauhkan diri dari bercampur gaul dengan orang ramai.
- Kerana dia menganggap bahawa memencilkan diri itu akan lebih meyakinkan orang ramai dalam kerja-kerja ibadatnya atau kezuhudannya atau sebagainya.
Tanda orang-orang ini ialah mereka lebih suka diziarahi oleh orang ramai, tetapi mereka sendiri tidak suka menziarahi orang lain. Mereka merasa senang sekali, bila orang-orang umum datang untuk mendekatkan diri kepada mereka, apatah lagi kalau yang datang pula orang-orang yang berpangkat, maka hatinya akan terus berlonjak-lonjak kegembiraan.
Kalaulah kerana terlalu sibuk menguruskan diri sendiri itu yang menyebabkan mereka tidak suka bercampur gaul dan terus memencilkan diri dari orang ramai, tentulah mereka tidak ingin pula orang ramai datang menziarahi mereka. Yang sebenarnya sebab pemencilan diri dan uzlah mereka itu, adalah kerana hendak menguruskan kedatangan orang ramai kerana hati mereka terpikat oleh pandangan orang ramai terhadapnya dengan penuh penghormatan dan sanjungan.
Faedah pergaulan – Mendapatkan pengalaman dan contoh tauladan
Pengalaman-pengalaman hidup amat berfaedah bagi manusia, dan ia dapat dicapai oleh seseorang menerusi percampur gaulan dengan manusia ramai, dan mengambil tahu tentang hal-ehwal penghidupan mereka.
Menerusi akal yang dilengkapi oleh Allah Ta’ala bagi manusia saja, tidak memadai untuk memahami maslahat-maslahat agama dan dunia. Tetapi faedahnya dapat dicapai menerusi pengalaman-pengalaman dan percubaan-percubaan itu.
Misalnya seorang anak kecil jika dipencilkan dari orang ramai, tentulah ia akan dikelubungi oleh sifat bodoh dan tolol. Yang semestinya bagi anak kecil itu berusaha, untuk menuntut ilmu pengetahuan, dan dalam masa menuntut ilmu itu, ia akan memperoleh segala yang diperlukan dari berbagai pengalaman.
Kemudian pengalaman-pengalaman selainnya akan diperolehinya pula, dengan mendengar berbagai-bagai hal yang berlaku di sekitarnya. Kebodohan dan ketololan itu akan melenyapkan banyak amalan-amalan yang berfaedah, tetapi sebaliknya ilmu pengetahuan akan mengharumi amalan-amalan, meskipun sedikit saja bilangannya. Kalaulah tidak kerana demikian, manakah boleh diutamakan ilmu pengetahuan ke atas amalan-amalan.
Syariat Islam sendiri telah menentukan kelebihan seorang alim ke atas orang ‘abid yang banyak ibadatnya sehingga Rasulullah s.a.w. sendiri telah bersabda:
“Kelebihan orang alim ke atas orang’abid, laksana kelebihanku ke atas orang yang paling rendah dari para sahabatku.”
Pendek kata, bila anda faham penuh teliti segala huraian yang lalu mengenai faedah-faedah dan bahaya-bahayanya, akan menjadi senanglah bagi anda untuk menentukan mana satu yang lebih utama antara bercampur gaul dengan memencilkan diri atau uzlah. Sebenarnya yang demikian itu berbeza-beza menurut perbedaan hal dan keadaan.
SUMBER:
http://bimbinganmukmin.wordpress.com/2011/06/14/kitab-uzlah-menyendiri-dan-pergaulan-kandungan/
Sunday, 2 October 2011
Pembahagian Rukun Sembahyang
Rukun Sembahyang itu terbahagi kepada tiga bahagian:
Rukun Qalbi ada dua perkara:
1) Niat
2) Tertib
Rukun Qauli ada lima perkara:
1) Takbiratul ihram
2) Membaca Fatihah
3) Membaca tahiyyat akhir.
4) Besolawat kepada Nabi s.a.w dalam tahiyyat akhir.
5) Mengucap salam yang pertama.
Rukun Fi’li ada enam perkara:
1) Berdiri betul
2) Ruku’
3) I’tidal
4) Sujud
5) Duduk antara dua sujud.
6) Duduk membaca tahiyyat akhir.
Rujukan: Fiqh Solat oleh Haji Engku Ali bin Engku Endut (Muhammad ) al-‘Idrusi
- Rukun Qalbi: Iaitu rukun yang berkaitan dengan pekerjaan hati.
- Rukun Qauli: Iaitu rukun yang berkaitan dengan bacaan.
- Rukun Fi;li: Iaitu rukun yang berkaitan dengan perbuatan.
Rukun Qalbi ada dua perkara:
1) Niat
2) Tertib
Rukun Qauli ada lima perkara:
1) Takbiratul ihram
2) Membaca Fatihah
3) Membaca tahiyyat akhir.
4) Besolawat kepada Nabi s.a.w dalam tahiyyat akhir.
5) Mengucap salam yang pertama.
Rukun Fi’li ada enam perkara:
1) Berdiri betul
2) Ruku’
3) I’tidal
4) Sujud
5) Duduk antara dua sujud.
6) Duduk membaca tahiyyat akhir.
Rujukan: Fiqh Solat oleh Haji Engku Ali bin Engku Endut (Muhammad ) al-‘Idrusi
Saturday, 1 October 2011
Apakah pendapat Imam Malik, Syafii dan Ahmad ibn Hanbal R.A tentang Tasawwuf?
Imam Malik bin Anas R.A
Imam Malik ibn Anas R.A merupakan salah seorang dari kalangan Imam Ahli Sunnah wal Jama’ah. Beliau hidup pada kurun ke-2 dan wafat pada tahun 179 Hijrah.
Beliau berkata:
“Sesiapa yang belajar ilmu feqah tetapi tidak belajar ilmu tasawwuf, maka ia adalah fasiq. Sesiapa yang belajar ilmu tasawwuf tetapi tidak belajar ilmu feqah maka ia adalah zindiq, dan sesiapa yang nengumpulkan kedua-duanya, maka ia adalah ahli hakikat”.
Orang yang berilmu tetapi tidak mempunyai adab dan keikhlasan, kadang- kala akan menyebabkan dia menjadi fasiq. Mempelajari adab dan banyak berzikir tanpa mempunyai ilmu, kadang-kala akan menyebabkan seseorang itu menjadi kafir zindiq. Manakala orang yang menghimpunkan di antara ilmu dan adab serta zikir-zikir sahajalah, yang mengetahui hakikat agama ini.
Imam Syafi’I R.A
Sebagaimana yang diperkatakan oleh Imam Syafi’I R.A: Aku telah mendampingi ahli sufi, maka aku telah mendapat faedah daripada mereka dua kalimah. Mereka menyatakan:
“Waktu itu seperti pedang, sekiranya kamu tidak memotongnya, maka ia akan memotong kamu.”
“Sekiranya diri kamu tidak disibukkan dengan perkara kebenaran, maka ia menyibukkan kamu dengan perkara-perkara yang batil.”
Oleh yang demikian, Syeikh Ali al-Masyhur R.A menyatakan: Tidak mengetahui nilai masa melainkan dua golongan; ahli sufi dan ahli fikir Barat.
Imam Ahmad ibn Hanbal R.A
Imam Ahmad ibn Hanbal R.A mewasiatkan kepada anaknya, Abdullah dengan berkata:
“Wahai anakku! Hendaklah kamu duduk bersama kaum ini (ahli sufi) kerana mereka telah melebihi kami dengan banyaknya ilmu, muraqabah, khashyah (takut kepada Allah), zuhud dan tinggi himmah.”
Rujukan: Agamamu Dalam Bahaya oleh al-Allamah Abu Abdullah ‘Alawi al-Yamani
Terjemahan oleh Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki
Terbitan SOFA Production.
Imam Malik ibn Anas R.A merupakan salah seorang dari kalangan Imam Ahli Sunnah wal Jama’ah. Beliau hidup pada kurun ke-2 dan wafat pada tahun 179 Hijrah.
Beliau berkata:
من تفقه ولم يتصوف فقد تفسق، ومن تصوف ولم يتفقه فقد تزندق، ومن جمع بينهما فقد تحقق.
“Sesiapa yang belajar ilmu feqah tetapi tidak belajar ilmu tasawwuf, maka ia adalah fasiq. Sesiapa yang belajar ilmu tasawwuf tetapi tidak belajar ilmu feqah maka ia adalah zindiq, dan sesiapa yang nengumpulkan kedua-duanya, maka ia adalah ahli hakikat”.
Orang yang berilmu tetapi tidak mempunyai adab dan keikhlasan, kadang- kala akan menyebabkan dia menjadi fasiq. Mempelajari adab dan banyak berzikir tanpa mempunyai ilmu, kadang-kala akan menyebabkan seseorang itu menjadi kafir zindiq. Manakala orang yang menghimpunkan di antara ilmu dan adab serta zikir-zikir sahajalah, yang mengetahui hakikat agama ini.
Imam Syafi’I R.A
Sebagaimana yang diperkatakan oleh Imam Syafi’I R.A: Aku telah mendampingi ahli sufi, maka aku telah mendapat faedah daripada mereka dua kalimah. Mereka menyatakan:
الوقت سيف، إن تقطعه قطعك
“Waktu itu seperti pedang, sekiranya kamu tidak memotongnya, maka ia akan memotong kamu.”
نفسك إن لم تشغلها بالحق شغلتك بالباطل
“Sekiranya diri kamu tidak disibukkan dengan perkara kebenaran, maka ia menyibukkan kamu dengan perkara-perkara yang batil.”
Oleh yang demikian, Syeikh Ali al-Masyhur R.A menyatakan: Tidak mengetahui nilai masa melainkan dua golongan; ahli sufi dan ahli fikir Barat.
Imam Ahmad ibn Hanbal R.A
Imam Ahmad ibn Hanbal R.A mewasiatkan kepada anaknya, Abdullah dengan berkata:
يا ولدي عليك بمجالسة هؤلاء القوم فإنهم زادوا علينا بكثرة العلم والمراقبة والخشية والزهد وعلو الهمة
“Wahai anakku! Hendaklah kamu duduk bersama kaum ini (ahli sufi) kerana mereka telah melebihi kami dengan banyaknya ilmu, muraqabah, khashyah (takut kepada Allah), zuhud dan tinggi himmah.”
Rujukan: Agamamu Dalam Bahaya oleh al-Allamah Abu Abdullah ‘Alawi al-Yamani
Terjemahan oleh Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki
Terbitan SOFA Production.
Subscribe to:
Posts (Atom)