Friday, 14 October 2011

7 Syarat Tahiyat Akhir

1 ) Bahawa ada ia (tahiyat akhir) dengan bahasa arab bagi orang yang kuasa bertutur dengan dia (bahasa arab).

2 ) Memelihara akan segala hurufnya dan segala kalimahnya dan segala tasydidnya (dan segala idgham).

3 ) Muwalat (berturut-turut) antara segala kalimahnya.

4 ) Memperdengar (بقوة) akan dia (tahiyat akhir)  kepada dirinya (sendiri).

5 ) Ketiadaan mempaling (tidak qosad) akan dia (tahiyat akhir) bagi lainnya (lain daripada tahiyat akhir).

6 )  Dibaca akan dia (tahiyat akhir) padahal duduk melainkan jika uzur (daripada duduk).

7 ) Tertib (antara segala kalimah) jika hasil dengan ketiadaannya (tertib) cedera pada maknanya (kalau dibaca dengan tidak tertib ianya boleh mencederakan makna ) (kalau dibaca dengan tidak tertib padahal tidak mengubah makna maka sah tahiyat akhirnya).

 

Rujukan: Hidayatus Sibyan karangan Abu Abdullah Hussain Nasir bin

Muhammad Taib al-Mas’udi al-Banjari

 

 

 

 

 

1 comment: