1 ) Tasyahud awal
2 ) Duduk baginya (tasyahud awal)
3 ) Selawat atas nabi kemudian daripadanya (tasyahud awal)
4 ) Duduk baginya (selawat selepas tasyahud awal)
5 ) Selawat atas keluarga Nabi (di dalam tasyahud akhir)
6 ) Duduk baginya (selawat ke atas keluarga nabi di dalam tasyahud akhir)
7 ) Qunut
8 ) Perdirian (berdiri) baginya (qunut)
9 ) Selawat atas Nabi kemudian daripadanya (qunut)
10 ) Perdirian (berdiri) baginya (selawat atas Nabi kemudian daripada qunut)
11 ) Selawat ke atas keluarga Nabi (di dalam qunut)
12 ) Perdirian (berdiri) baginya (selawat ke atas keluarga Nabi dalam qunut)
13 ) Selawat ke atas segala sahabat (di dalam qunut)
14 ) Perdirian (berdiri) baginya (selawat ke atas segala sahabat di dalam qunut)
15 ) Salam atas Nabi S.A.W (di dalam qunut)
16 ) Perdirian (berdiri) baginya (salam atas Nabi S.A.W di dalam qunut)
17 ) Salam atas keluarga Nabi (di dalam qunut)
18 ) Perdirian (berdiri) baginya (salam atas keluarga Nabi di dalam qunut)
19 ) Salam atas segala sahabat Nabi (di dalam qunut)
20 ) Perdirian (berdiri) baginya (salam atas segala sahabat Nabi di dalam qunut).
Kesimpulannya, di dalam tasyahud awal ada 4 sunat ab’adh, di dalam tasyahud akhir ada 2 sunat ab’adh dan di dalam qunut ada 14 sunat ab’adh
Perhatian!!! Barangsiapa meninggalkan satu daripada dua puluh ini maka disunatkan baginya sujud sahwi..
Rujukan: Minhajus Salam karangan as-Syeikh Muhammad Zainuddin bin Muhammad al-Badawi as-Sambawi cetakan Bin Halabi hal. 18
[...] 20 Sunat Ab’adh di Dalam Solat [...]
ReplyDelete