1 ) Islam (yang melengkapi iman)
2 ) Mumayyiz
3 ) Mengetahui (oleh seseorang) akan kaifiat keduanya (wudhu’ dan mandi wajib)
4 ) Dengan air yang mutlak
5 ) Mengetahui (dengan yakin) akan keadaan air itu mutlak (daripada bekas air mutlak bukan bekas air yang mutanajjis dan musta’mal).
6 ) Ketiadaan sesuatu (perkara) yang menegah akan sampai air kepada anggota keduanya (wudhu’ dan mandi wajib).
7 ) Hendak (wajib) mengalir air atas anggota yang dibasuh akan dia.
8 ) Ketiadaan sesuatu (benda) yang menafi ia akan wudhu’ dan mandi iaitu haidh dan nifas (tidak sah bahkan haram ambil wudhu’ dan mandi wajib bagi perempuan yang haid dan nifas selagi belum suci daripada keduanya).
9 ) Ketiadaan mempaling (mengubah) akan niat (qasad) bagi (kepada) yang lain daripada keduanya (wudhu’ dan mandi wajib) seperti niat tabarrud (bersejuk-sejuk) semata-mata.
10) Bahawa melebih (pada masalah wudhu’ sahaja) akan basuh daripada qadar yang wajibnya kerana hendak meratakan basuhnya.
11) Bahawa tahqiq (yakin ada hadas) ia (seseorang) akan sesuatu yang menghendaki ia bagi wudhu’ dan mandi. (Contoh: Seseorang yang sudah mengambil wudhu’ kemudian dia syak adakah dia berhadas atau tidak, kemudian dia mengambil wudhu’maka tidak sah wudhu’nya kerana dalam keadaan syak).
12) Bahawa membasuh ia akan anggota yang bertambah (baru ada) (seperti ada lebihan tangan) yang menyerupai ia dengan asalnya.
Dan ditambah bagi orang yang mempunyai dhorurah (sentiasa berhadas seperti sentiasa keluar air kencing, sentiasa kentut dan sebagainya) 3 syarat pula:-
1) Mendahulu akan istinja' (seperti bagi orang yang sentiasa keluar kencing dituntut supaya kencing puas-puas) dan tahaffuz (memelihara seperti membalut kemaluan dengan kain atau memakai lampin) atas (sebelum) wudhu'.
2) Wajib muwalat (berturut-turut) antara istinja' dan tahaffuz, dan antara tahaffuz dan wudhu', dan antara wudhu' dan sembahyang.
3) Diperbuat sekelian itu kemudian daripada masuk waktu sembahyang.
*Kesimpulannya bagi orang yang normal syaratnya ada 12 manakala bagi orang yang dhorurah (sohibu dhoruroh) ada 15 syarat.
Rujukan: Hidayatus Sibyan karangan Abu Abdullah Hussain Nasir bin Muhammad Taib al-Mas’udi al-Banjari , Cetakan Al-Ma’arif Sdn Bhd, hal.9-10.
[...] 12 Syarat Wudhu’ dan Mandi Wajib + 3 Syarat Tambahan Khusus Bagi Sohibu Dhoruroh [...]
ReplyDelete