Thursday, 26 February 2015
Thursday, 12 February 2015
Hukuman Dan Implikasi Terhadap Orang Murtad
Faslun
(Ini[1] suatu fasal) yakni suatu jumlah[2] daripada perkataan yang bercerai[3] ia, ia daripada barang[4] yang terdahulunya[5](maka[6] wajib oleh segera pada ketika itulah[7] wajib atas tiap-tiap mereka samaada lelaki atau perempuan yang jatuh[8] daripadanya[9] murtad itu)dengan makna riddah[10] kerana murtad itu orang yang bersifat dengan riddah (ia kembali dengan bersegera[11] kepada islam) maka jika tiada ia[12] kembali dengan bersegera dengan sendirinya wajib[13] atas imam atau naibnya disuruh akan dia[14] bersegera kembali kepada ugama Islam sekira-kira dikatakan[15] baginya[16] segera bertaubat engkau dan kembali engkau kepada agama Islam dan jikalau engkau tiada kembali[17]aku bunuh akan dikau, dikatakan barang seumpama itu[18] sampai tiga hari,dan[19] ia pada habas[20] dan diberikan tiap-tiap hari sedikit daripada makanan, kemudian jika tiada taubat ia, wajib dibunuhkandia[21] oleh imamnya atau naibnya tiada[22] yang lain[23] dengan tiada diperhentikan[24] lagi dengan dipotongkan lehernya dengan pedang jangan dengan lainya[25] seumpama dibakarkan atau dilemaskan didalam air atau lainnya kerana hadis nabi: صلى الله عليه سلم( إذا قتلتم فأحسنوا القتلة ertinya (apabila kamu membunuh[26] maka mengelok kamu akan rupa bunuhan). Dan[27] tiada hasil[28] tubuh daripada riddah itu dan[29] kembali kepada agama islam melainkan(dengan ia mengucap dua kalimah syahadah iaitu أشهد أن لا اله الا الله وأشهد ان مهمدا رسول الله) dengan[30] segala syaratnya[31] yang tersebut dahulu[32] itu dan jika ada kufurnya[33] itu dengan sebab ia ingkarkan barang yang tiada menafikan[34] mengucap dua kalimah syahadah atau satu daripadanya atau ia menidak akan satu fardhu[35] atau ia menghalalkan yang haram wajib[36] beserta dengan[37] dua kalimah syahadah[38] bahawa ia mengaku[39] akan barang yang ia ingkar akan dia[40] dan pada ketika itu[41] ia haramkan[42] yang ia halalkan itu. {Dan serta ia[43] meninggalkan daripada barang yang ada jatuhnya [44] dengan dia[45]} yakni serta ia mencabutkan[46] dirinya daripada barang yang ada jatuh riddah itu dengan kerananya[47].{Dan wajib atasnya[48] menyesal atas barang[49] yang keluar ia[50] jatuh daripadanya[51]} dan i’barat asalnya[52] itu {والندم على كل ما صدر منه} ertinya dan menyesal atas tiap-tiap barang yang keluar[53] daripadanya maka dikehendakkan dengan katanya yang keluar itu yang jatuh, maka barangkali ada jatuh daripada perkataan musonnif itu kalimah {dan} adalah sebenar perkataannya itu.
{Dan wajib atasnya menyesal atas barang yang keluar ia dan jatuh daripadanya} pada masa yang lalu[54] {dan serta ia azamkan yakni putuskan[55] hatinya} atas {bahawa tiada ia[56] kembali kepadanya[57] sekali-kali bagi seumpamanya57} yakni bahawa tiada ia kembali kepada seumpama barang yang keluar[58] daripadanya[59] {dan[60] qodho’kan[61] barang[62] yang luput daripadanya[63] segala yang wajib syara’ padanya[64] demekian masa itu[65]} daripada sembahyang[66] dan puasa[67] dan lainnya[68], maka jika ia[69] memperbuatkan yang demikian itu sekeliannya[70] dihukumkan[71] atasnya[72] dengan kembali kepada Ugama Islam.
{Maka jika tiada ia taubat} dengan sendirinya[73] {dan[74]disuruh[75] ia taubat} [76]yang zohirnya lafaz “dan[77]” itu lebih, kerana katanya[78] “disuruh ia taubat” itu jawab bagi katanya “jika tiada ia taubat”, maka jadi sebenar[79] dua jumlah ini[80] iaitu “maka jika tiada ia taubat” dengan sendirinya “disuruh ia taubat”, dan jika enggan[81] ia daripada bertaubat[82] dibunuhkan dia[83], dan kata qil [84] dita’khirkan bunuhnya[85] hingga tiga hari seperti yang telah lalu sebutnya.
{Dan tiada diterimakan daripadanya[86] melainkan Islam[87] atau dibunuh} akan dia oleh hakim atau naibnya[88] dengan dipotongkan[89] batang lehernya dengan pedang dan tiada boleh orang yang lain[90] membunuh akan dia, maka jika dibunuh akan dia oleh yang lain daripada imam atau naibnya dita’zirkan[91] orang itu sahaja.
{Dan batal[92] segala puasanya[93] dan sembahyangnya[94] dan segala ‘ibadatnya[95] seperti tayammum} maka iaitu[96] apabila berhubung[97] riddahnya dengan mati[98], maka jika ia Islam[99] dahulu daripada matinya tiada wajib ia[100] mengembalikan[101] segala ‘ibadatnya yang dahulu daripada riddah itu[102], maka jika menyalahi[103] ia dan mengembalikan ‘ibadatnya tiada[104] ter’aqad[105], adapun pahala segala ‘amal yang wajibnya dan lainnya[106] gugur sekeliannya dengan semata-mata murtad ia[107].
{Dan nikahnya[108] jika belum ia dukhul[109]} batal nikahnya daripada permulaan riddahnya {Dan demikian lagi[110] yang sudah dukhul jika tiada kembali ia kepada Ugama Islam didalam ‘iddahnya[111]} wa al-hashil[112] jika jatuh salah seorang daripada zaujain[113] sama ada isteri atau suami pada riddah dahulu daripada dukhul batal nikah daripada waktu riddah itu, dan jika jatuh[114] kemudian daripada dukhul maka jika Islam ia dahulu daripada selesai masa ‘iddah nyatalah kekal nikahnya, dan jika berkekalan pada riddah hingga selesai masa ‘iddah nyatalah batal nikahnya daripada hari riddahnya. {dan tiada sah ‘aqad nikahnya} pada[115] ketika riddahnya[116].
{Dan haram makan sembelihnya dan tiada pusaka ia} daripada mawarithnya {dan tiada dipusakakan dia} oleh warisnya[117] {dan tiada disembahyangkan atasnya[118] } kerana haram disembahyangkan atas kafir dengan segala bagainya[119] {dan tiada dimandikan} tetapi harus jua[120] {dan tiada dikafankan} {dan tiada ditanamkan} pada perkuburan muslimin dan harus ditanamkan pada perkuburan kuffar atau tiada ditanamkan dia[121] hanya ditinggalkan[122] dan harus diserukan anjing atas bangkainya.
{Dan segala hartanya jadi fi’[123] } kemudian daripada matinya[124], adapun dahulu daripada matinya maka segala hartanya itu mauquf[125] , maka jika matinya hal keadaannya murtad nyatalah hilang miliknya daripada ketika riddahnya dan jadi segala hartanya itu fi’ kepada baitulmal, dan jika Islam ia nyatalah kekal miliknya[126]. Dan makna fi’ itu harta orang kafir yang dipulangkan[127] kepada muslimin yang didapatkan dia tiada dengan perang hanya dapat dengan bersuluh[128] atau ia tinggalkan[129] atau seumpamanya.
[1] Ini suatu fasal yang menerangkan hukum-hukum murtad.
[2] Perhimpunan
[3] Yang lain atau yang asing
[4] bicaraan
[5] Daripada perkataan yang telah lepas
[6] Tafsil
[7] Ketika seorang itu di dalam riddah
[8] Yangberlaku atau yang terjadi
[9] mereka
[10] Kalimah isim masdar(kemurtadan)
[11] Tiada bertangguh-tangguh lagi
[12] Seorang yang murtad
[13] Jawab “jika”…wajib syarak
[14] Orang yang murtad itu
[15] Dikatakan Imam(pemerintah) atau naib Imam(pemerintah)
[16] Orang yang murtad
[17] Kepada Islam, nescaya
[18] Kata “jika tiada engkau kembali kepada Islam, nescaya aku bunuh akan dikau”
[19] padahal
[20] Habas(bahasa arab-maknanya :tahanan)
[21] Orang yang murtad
[22] dibunuh
[23] Oleh Imam atau naibnya
[24] Dilambatkan atau ditangguh
[25] Lain daripada pedang seperti dengan senapang atau lain-lain
[26] Akan satu bunuhan
[27] Dan stihnak(dan bermula)
[28] dapat
[29] Tidak hasil
[30] mencukupi
[31] Mengucapa dua kalimah syahadat
[32] Ada 6 syarat pada muka surat 8 (kifayatul muhtadi), kitab Syargawi kata ada 7 syarat ucapan 2 kalimah syahadah.
[33] seseorang
[34] Menjadi melawani atau mani’(perkara yang meghalang)
[35] Yang dijmakkan oleh para ulamak akan kefardhuan
[36] Jawab ‘jika’(nescaya wajib)..wajib atas seseorang yang riddah
[37] mengucap
[38] Oleh bahawa
[39] Tasdiq(membenar)
[40] Barang..terlebih dahulu
[41] Mengaku akan barang yang ia ingkar
[42] Seseorang itu tadi perlu I’tikodkan kembali perkara halal tadi menjadi haram (perkara yang haram diijmakkan oleh ulamak)atau sebaliknya
[43] Seorang yang mengucap dua kalimah syahadah
[44] Barang yang berlaku murtad
[45] barang
[46] meninggalkan
[47] barang
[48] Seseorang yang murtad
[49] Perkara yang murtad daripada perkara I’tikod, perbuatan dan percakapan
[50] Seseorang dan
[51] barang
[52] Yang diambil dari Kitab Sulamu Taufiq
[53] Ia(barang)-yang jatuh atau yang berlaku
[54] Pada masa yang lepas
[55] Cita-cita yang kuat di dalam
[56] Seorang murtad itu
[57] Barang yang jatuh kepada murtad
[58] ia
[59]Barang( Samada dari segi I’tikod atau sama ada dari segi perkataan atau dari segi perbuatan)
[60] Wajib di atas seoarng yang murtad yang kembali kepada islam
[61] akan
[62] ibadah
[63] seseorang
[64] Barang(ibadah)
[65] Masa dia murtad
[66] Fardhu(nak tolak sembahyang sunat)
[67] fardhu
[68] Sembahyang dan puasa daripada perkara yang wajib pada syarak
[69] Seorang yang murtad
[70] Enam syarat di atas tadi(1.mengucap dua kalimah syahadah 2.mengaku dan membenar 3. berhenti dan meninggalkan daripada melakukan perkara murtad tersebut 4. menyesal atas perkara yang berlaku 5. berazam bhw tiada ia kembali kepada murtad itu 6. qodo’ akan semua ibadah di dalam ia murtad )
[71] Hukum syarak
[72] Orang yang murtad itu
[73] Seseorang itu sedar bahawa ia murtad, tapi tidak bertaubat dengan sendirinya
[74] Nescaya wajib
[75] Pemerintah atau orang yang berkuasa dengan jalan paksa(faham di sini pemimpin tidak boleh membiarkan sehaja seseorang itu murtad, kalau tidak menegur, maka berdosalah pemimpin itu)
[76] ibarat
[77] Perkatan “dan” yang berada sebelum perkataan “disuruh ia bertaubat”
[78] musonnif
[79] Benarlah atau betullah
[80] Jumlah yang memberi faedah iaitu jumlah yang ada syarat dan ada jawab contoh: “jika datang zaid”(ayat ini dipanggil ayat syarat-oleh itu wajib ada jawapan seperti:jika datang zaid, nescaya duduklah ia atas kerusi)
[81] Tidak mahu
[82] nescaya
[83] Dibunuh oleh pemerintah
[84] Berkata sebahagian ulamak
[85] Orang yang enggan bertaubat itu
[86] Seorang yang murtad
[87] Kembali kepada Islam
[88] Bagi hakim
[89] dipancungkan
[90] Selain hakim atau naib hakim
[91] Didenda atau disebat (sebab orang selain daripada imam/hakim atau naibnya sehaja yang dipertanggungjawabkan untuk membunuh orang yang murtad itu)
[92] Batal haqiqi(sejak seseorang itu masuk Islam semua amal ibadatnya batal)
[93] Diri ibadat puasa itu sendiri batal bukan batal pahala puasa.
[94] Diri ibadat sembahyang itu sendiri batal bukan batal pahala sembahyang.
[95] Atas am pada khas(perkara umum- ibadat itu umum, sebelum ini pangarang bawa datang contoh khas seperti puasa dan sembahyang)
[96] Kesemua amal ibadat
[97] bersambung
[98] Makna di sini, jika seseorang itu murtad sampai dia mati, maka segala amalan yang dilakukan sebelum murtad tidak dikira.
[99] Kembali kepada Islam selepas murtad
[100] Yang kembali kepada islam selepas murtad
[101] Qodo’ akan segala ibadat
[102] Makna di sini sewaktu dia murtad dia wajib qodo’ akan segala ibadat sewaktu dia dalam keadaan murtad, jika seseorang itu di dalam haid, tidak perlu qodo’(hukum ini seperti seseorang dalam Islam), tetapi seseorang itu bila kembali Islam, wajib qodo’ akan semua ibadat yang ditinggalkan sewatu dia dalam keadaan murtad.
[103] Makna menyalahi di sini ialah seseorang itu menyalahi hukum , yang mana hukum mengatakan tidak perlu qodo’ akan ibadat seseorang itu sewatu ia islam sebelum jadi murtad, tetapi ia berdegil, tetap mahu meqodo’ akan ibadah
[104] Jawab “jika” pada perkataan jika sebelum perkataan menyalahi
[105] Makna di sini tidak sah ibadah seseorang walaupun ia mengqodo’ akan ibadah
[106] Lain daripada ibadat wajib seperti ibadat sunat
[107] Makna di sini jika seseorang itu mati dalam keadaan murtad gugurlah segala ibadatnya tetapi jika ia kembali kepada Islam gugur segala pahala ibadah tetapi tidak gugur segala ibadah(tidak perlu qodo’ kerana tidak gugur segala pahala, hanya gugur pahala ibadat).
[108] Seseorang yang murtad itu terpasakh(cerai dengan sendiri)i dengan sendiri
[109] Bersetubuh
[110] Seseorang yang murtad itu terpasakh(cerai dengan sendiri)i dengan sendiri
[111] Iddah bagi perempuan dlam kes murtad ini ialah tiga kali suci
[112] Pendek kata atau kesimpulan
[113] Suami isteri
[114] riddah
[115] Di dalam
[116] Maksudnya di sini, orang yang riddah ini tidak boleh jadi saksi,wali,juru nikah(imam),pengantin lelaki, pengantin perempuan(maksudnya lagi di sini lagi ialah sesipa yang nak kahwin kena sah iman dengan belajar ilmu agama – kalau nikah juga, maka tidak sah nikah, bila tidak sah nikah, maka berlaku perzinaan antara pengantin lelaki dengan pengantin perempuan(fardhu ain)).
[117] Maksud di sini, waris kepada orang riddah ini tidak boleh juga harta kepada orang yang murtad
[118] Orang yang murtad apabila meninggal dunia
[119] Kafir, samaada kafir asli atau kafir murtad
[120] Mandikan jenazah ini diharuskan
[121] Tidak ditanam langsung
[122] Begitu sehaja
[123] Harta yang dapat daripada orang kafir dengan tiada berperang
[124] Maksud di sini, sewaktu seseorang itu riddah dan masih hidup, hartanya ditahan oleh pemerintah
[125] Harta itu ditahan oleh pemerintah(jangan bagi seseorang murtad itu memerintah hartanya)
[126] Maksudnya jika seseorang murtad itu kembali lepada iIslam, maka hartanya dikembalikan.
[127] dibagi
[128] berdamai
[129] Orang yang murtad itu meninggalkan harta tersebut
Rujukan: Kitab Kifayatul Muhtadi karangan Syeikh Wan Muhammad Nur bin Muhammad bin Ismail al-Fathoni, Cetakan Matba’ah Halabi Fathoni, hal 20-29.
Pendahuluan Bab Riddah
Pendahuluan
{Ini[2] suatu fasal[3] dan[4] wajib[5] atas tiap-tiap[6] muslim[7] ia[8] memeliharakan[9] Islamnya} yang melengkapi akan imannya[10]: {dan baikkan peliharanya[11] daripada barang[12] yang membinasakan dan daripada[13] yang membatalkan dia[14] dan[15] yang memutuskan dia[16], iaitu murtad} dengan makna riddah kerana murtad itu orang yang bersifat dengan riddah dan
Makna riddah pada lughah: iaitu kembali[17] daripada sesuatu[18] kepada[19] lainnya dengan makna menghundur daripada suatu[20] kepada[21] lainnya. Dan[22] pada Syara’: iaitu memutus orang yang sah talaqnya[23] akan[24] berkekalan Islamnya. Dan iaitu orang yang baligh lagi berakal lagi dengan ikhtiarnya[25] maka[26] keluar[27] kanak-kanak dan yang[28] gila dan yang[29] digagahi akan dia atas riddah.
Dan riddah itu ialah sekeji-keji bagai kufur dan mengugur ia[30] akan segala amalan[31] jikalau berhubung riddah itu hingga mati[32] dan jikalau tiada[33] maka menggugur ia[34] akan pahalanya[35] sahaja, dengan makna tiada wajib[36] atasnya mengembalikan[37] seumpama sembahyangnya dan puasanya dan lainnya daripada segala a’mal yang wajib[38] jikalau telah ia memperbuatkan dia dahulu daripada riddah itu. {Kami berlindung dengan Allah daripadanya}. Kerana bahawasanya terlebih keji daripada kufur[39].
{Dan sungguhnya telah banyak yang demikian itu}, yakni riddah itu {pada zaman ini} iaitu zaman musonnif[40], maka betapalah pada masa kita[41] ini masa yang terlebih meliputi[42] jahil padanya {sebab[43] memudahkan mereka itu[44] pada perkataannya} yakni perkataan riddah itu dan tiada mereka itu[45] meraikan[46] Hukum Syara’ padanya, hanya mengikutkan perkataan orang jahil seperti diserukan[47] orang yang mati supaya mendapatkan hajatnya {hingga bahawasanya keluar[48] setengah daripada mereka itu perkataan yang mengeluarkan daripada Islam} yakni hingga bahawasanya mengeluar[49] oleh setengah daripada mereka itu[50] akan perkataan yang mengeluarkan dia daripada Agama Islam.
{Dan tiada mereka itu menyangkakan yang demikian itu dosa istimewa[51] pula keadaannya kufur dan murtad} dengan makna riddah {sebab jahil[52] mereka itu} dan tiada melarangkan mereka[53] itu oleh ulama’nya dan tiada mengajarkan mereka itu[54] {akan hukumnya} riddah itu: dan {kerana tiada belajar} mereka[55] itu {dan[56] menuntut yang wajib atas mereka itu mengetahui daripada fardhu ‘ain} yang wajib atas tiap-tiap mukallaf mengetahuikan dia.
{Dan[57] yang[58] jadi murtad itu terbahagi atas tiga perkara} yakni bermula yang menjadikan seorang itu murtad dengan kerananya itu terbahagi atas tiga bahagi {adakalanya i’tiqad dan adakalanya perbuatan dan adakalanya perkataan dan tiap-tiap satu[59] itu} ada baginya {beberapa cabangnya yang amat banyak}.
[1] هذا فصل
من إطلاق المصدر وإرادة اسم المفعول وإرادة اسم الفاعل
[2] Ini ialah.
Mengisyaratkan pada barang yang lagi akan datang perbahasan.
[3] Fasal pada menyatakan murtad
[4] واو الاستئناف
[5] Wajib Syara’. ما يثاب على فعله ويعاقب على تركه maksudnya: perkara yang mendapat pahala keatas
melakukannya dan mendapat dosa keatas meninggalkannya.
[6] Perkataan “tiap-tiap muslim” membawa maksud bahawa mempelajari bab riddah ini ilmu yang
fardhu
‘ain.
[7] Muslim disini termasuk juga muslimah, yang mukallaf, sama ada lelaki atau perempuan, merdeka
atau hamba.
[8] Tiap-tiap muslim
[9] Cara memelihara mestilah dengan mengetahui terlebih dahulu mengenai perkara-perkara yang
merosakkan iman
[10] Yang dikehendaki Islam disini ialah Islam yang melengkapi Iman. Islam hanyalah pada zahir
sedangkan Iman pada batin.
[11] Elokkan pelihara. Wajib pelihara islam yang melengkapi iman setiap saat lebih daripada memelihara
harta benda dunia.
[12] Perkara
[13] Daripada barang
[14] Islam
[15] Daripada barang
[16] Islam
[17] Seseorang
[18] Hal
[19] Hal
[20] Hal
[21] Hal
[22] Bermula makna riddah
[23] Talaq akan isterinya
[24] Memutus
[25] Bukan tergagah
[26] فاء تفريع
[27] Tidak dihukum murtad
[28] Orang yang
[29] Orang yang
[30] Riddah
[31] Yang telah dikerjakan itu
[32] Dalam keadaan riddah sampai mati
[33] Berhubung riddah itu hingga mati dengan kembali semula kepada Islam
[34] Riddah
[35] Nya: segala amalan
[36] Syara’
[37] Qodho’ atau I’adah yakni mengulangi ibadat yang masih dalam waktu, contohnya seseorang itu
murtad setelah dia solat zohor kemudian didalam waktu zohor itu juga dia masuk Islam kembali,
maka dia tidak perlu I’adah solat zohor tersebut.
[38] Fardhu
[39] Segala
[40] Syaikh Daud Bin Abdullah Al-Fathoni
[41] Syaikh Muhammad Nur Bin Muhammad Bin Ismail Al-Fathoni
[42] Meratai
[43] ‘Illah pada perkataan “banyak yang demikian itu yakni riddah itu pada zaman ini iaitu zaman
musonnif”
[44] Manusia di zaman Musonnif
[45] Manusia di zaman Musonnif
[46] Mengambil berat
[47] Diminta apa-apa hajat bukan termasuk tawassul. ((تَوَسَّلُ بِجَاهِهِ فَإِنَّ جَاهِ عِندَ اللهِ الْعَظيْمِ ))
[48] فعل اللازم
[49] فعل المتعدي
[50] Manusia
[51] Lebih-lebih lagi
[52] Penyakit paling besar. Penyakit ada dua iaitu didalam dan di luar namun yang paling bahaya ialah
penyakit dalam.
[53] Manusia
[54] Oleh ulama’
[55] Manusia.
[56] Dan tiada.
[57] Dan bermula
[58] Perkara yang
[59] Daripada tiga bahagian
Rujukan: Kitab Kifayatul Muhtadi karangan Syeikh Wan Muhammad Nur bin Muhammad bin Ismail al-Fathoni, Cetakan Matba’ah Halabi Fathoni, hal 20-29.
[1]فصل

Perkataan-Perkataan Yang Menjadikan Seseorang Itu Murtad
Bahagian Ketiga; Perkataan
{Dan[1] bahagi yang ketiga[2] iaitu perkataan[3] yang menjadikan[4] murtad iaitu[5] amat banyak[6], setengah daripada[7]nya[8] bahawa berkata ia[9] bagi muslim[10] “ya kafir”[11]} apabila dikatakan dengan ketiadaan ta’wil[12] lafaz kafir dengan makna yang menyembunyi dan ia qasad bahawa Ugama orang yang dikatakan kepadanya itu kufur. Adapun jika dikatakan “ya kafir” pada hal ia qasadkan kufur ni’mat Allah Ta’ala atau seumpamanya tiada kufur ia[13], hanya haram jua.
Maka jika i’tiqad ia akan halalnya[14] nyatalah kufurnya kerana ia mengi’tiqadkan barang yang haram dengan ijma’ akan halalnya, dan lagi[15] maklum[16] daripada Ugama dengan dhorurah[17] kerana tiada seorang yang tiada mengetahui ia bahawa menyakitkan muslim itu haram. Maka jika itlaq[18] ia dan ia ta’wil dan qasadkan suatu tiada kufur, hanya haram sahaja. Maka jika ia i’tiqadkan halalnya kufur ia.
{Atau[19] “ya Yahudi[20]” atau “ya Nasrani” atau “hai yang[21] tiada mempunyai Ugama”} katanya “hai yang tiada mempunyai Ugama” itu ada padanya tafsil, iaitu jika ia i’tiqad dengan perkataan[22] itu akan Ugama seorang itu tiada dinamakan Ugama pada Ugama Islam nescaya kufur ia.
Dan jika ia i’tiqad dengan yang demikian itu akan bahawa tiada baginya Ugama pada mua’malat[23] dan seumpamanya tiada kufur ia, tetapi wajib dita’zirkan dia akan sebagai ta’zir yang keras. Dan jika tiada i’tiqad ia akan suatu daripada yang demikian itu, hanya ia i’tiqad akan halal perkataan itu kufur ia. Dan jika ia i’tiqad akan haramnya tiada kufur. {Serta dikehendak bahawa ia[24] kufur akan dia[25]} adalah qayyid[26] ini kembali ia[27] kepada segala shurah[28] itu.
{Atau ia bermain-mainkan satu nama daripada Nama Allah Ta’ala atau dipermain[29] akan janji Allah dengan kebaikan[30]} dengan memberi syurga dan bagi nikmatnya[31] dan seumpamanya. {Atau janjikan dengan kejahatan[32]} dengan dibakarkan didalam api neraka[33] dan seumpamanya.
{Pada hal meringankan dia atau ada ia berkata jika menyuruh Allah[34] dengan demikian tiada ia perbuat} itupun jika ia katakan yang demikian itu atas jalan meringankan suruhan Allah atau kerana ‘inad[35], maka jika tiada kerana yang tersebut[36] itu tiada kufur.
{Atau jika ada qiblat[37] pada pihak[38] ini, tiada[39] ia sembahyang hadap kepadanya} disyaratkan padanya seperti yang disyaratkan pada yang dahulu itu.
{Atau jika ada Allah Ta’ala memberi akan dia syurga, tiada[40] aku masuk akan dia} disyaratkan pada kufurnya seperti yang disyaratkan pada yang dahulu[41] itu. {Padahal meringan-ringankan akan dia} maka jika dikatakan yang tersebut pada hal tiada ia meringankan dia dan tiada kerana ‘inad tiada kufur.
{Atau katanya jikalau menyiksa Allah akan daku dengan meninggalkan sembahyang, serta[42] barang yang ada aku padanya daripada sakit ini Ia menzalimkan[43] daku, atau ia berkata kedatangan[44] suatu perbuatan ini bukan dengan taqdir Allah, atau ia berkata jikalau naik saksi pada aku anbiya’[45] dan malaikat} demikian juga jika ia datangkan lafaz anbiya’ atau malaikat kepada mendusta[46]. {Atau segala[47] muslimin[48] dengan begian[49] tiada aku terimakan dia[50]} kerana telah menunjuk Syara’ atas terpelihara[51] perhimpunan mereka itu daripada muwafakat atas dusta[52].
{Atau ia[53] berkata tiada aku berbuat begian[54] dan jika ada ia[55] sunat sekalipun} misalnya jika dikatakan[56] bagi[57] seorang “keratkan kuku kamu itu kerana iaitu sunat Nabi ص, maka jawab ia “tiada aku keratkan dan jika ia[58] sunat sekalipun” tetapi dihukumkan dengan kufurnya jika ia qasad menyenda-nyendakan dan menghinakan[59]. Dan jika dikatakan[60] baginya[61] “cukurkan kepala[62] kamu kerana cukur itu sunat” maka ia jawab “tiada aku cukurkan dan jika ia sunat sekalipun” tiadalah jadi kafir kerana cukurkan kepala itu tiada sunat melainkan pada nusuk[63] sahaja dan[64] tiada ia[65] pada nusuk. {Dengan qasad[66] menghinakan dia} maka jika tiada ia qasad suatu[67] nescaya tiada kufur.
{Atau ia berkata jika ada si anu[68] itu nabi nescaya tiada aku percaya dengan dia} bersalahan jika ia berkata jika ada si anu itu nabi aku percaya dengan dia kerana yang dahulu itu dita’liq[69] ketiadaan percaya atas keadaannya nabi, maka padanya[70] mengurangkan martabat nubuwwah kerana ia hendak mendustakan dia atas taqdirnya[71] ia nabi bersalahan yang kedua[72].
{Atau diberi fatwa[73] akan dia[74] oleh orang ‘alim maka katanya[75] “apa ini Syara’?”[76]} serta ada qarinah[77] yang menunjuk atas {dikehendak meringan-ringan akan dia} yakni akan syara’, adapun jikalau tiada qarinah itu dan tiada ia qasad suatu[78] tiada kufur ia[79].
{Atau dikatanya laknat Allah atas tiap-tiap ‘alim dikehendak[80] meliputi[81] sekelian yang melengkapi bagi salah seorang daripada anbiya’ } maka jika ia kehendakkan dengan katanya[82] “tiap-tiap” itu akan meliputi akan sekelian ulama’ sahaja[83], kata Ibnu Hajar padanya nazor[84] .
{Atau ia berkata “aku lepas daripada Allah”} yakni jauh aku daripada Allah yakni tiada aku bergantung dengan Dia. {Atau[85] daripada nabi atau daripada Qur’an atau daripada syariat atau daripada Islam, maka sekelian tersebut itu jadi kafir murtad namanya} kerana ia melepaskan dirinya yang[86] tersebut itu.
{Atau kata bagi hukum yang dihukumkan dengan dia} oleh hakim dengan {hukum Allah yakni hukum syari’at “tiada ini daripada hukum” atau katanya “tiada aku ketahui apa hukum ini”} maka tak dapat tiada daripada ia ketahui bahawasanya hukum itu hukum syara’. Adapun jika ia tiada ketahui[87] tiada kufur ia, misalnya dihukumkan atas seorang dengan hukum syara’ maka dikatakan baginya “inilah hukum syara’” maka ia jawab “apa ini hukum”[88] {hal keadaannya mensenda-sendakan dan menghinakan dia dengan hukum Allah} maka jika tiada ia qasadkan mensenda-senda dan meringan akan syara’ nescaya tiada kufur}.
{Atau dikatanya tatkala ia taruh[89] air bejana[90], telah penuh bejananya} yakni atau berkata ia tatkala penuh bejana yang ia isi akan dia air atau seumpamanya {“piala[91] ini [92]كَأْسًا دِهَاقًا”} dan tiada syarat[93] ia berkata “piala ini” hanya memada[94] dengan katanya “apabila penuh bejana itu كَأْسًا دِهَاقًا kerana makna كَأْسًا دِهَاقًا piala yang penuh.
{Atau dituang akan syaraba} dengan[95] syin yang bertitik yakni minuman {maka adalah كَانَتْ سَرَابًا} yakni atau berkata ia tatkala ia menuangkan minuman فَكَانَتْ سَرَابًا dengan sin yang tiada bertitik dan iaitu firman Allah Ta’ala {وَسُيِّرَتِ الْجِبال فَكَانَتْ سَرَابًا }[96] dan maknanya wallahu a’lam bi muradihi[97] dan diperjalankan segala bukit-bukit yakni dipindahkan dia daripada tempatnya فَكَانَتْ سَرَابًا, maka adalah sekeliannya aling-aling[98] yakni tiada suatu seperti aling-aling {yang disebutkan pada Qur’an} yakni pada surah عم يتساءلون.
{Atau tatkala[99] bertimbang[100] atau menyukat[101]} ia atau orang lain {وَاِذَا كَالُوهُم أَوْ وَزَنُوهُم يُخْسِرُونَ}[102] yang pada surah Al-Muthoffifin dan maknanya wallu a’lam bi muradihi[103], dan apabila menyukat mereka itu bagi manusia atau menimbang mereka itu bagi manusia merugi mereka[104] itu.
{Dan dikatanya[105] tatkala melihat orang banyak berhimpun وَحَشَرْنَاهُم فَلَم نُغَادِرْ مِنْهُمْ اَحَدًا} dan maknanya wallu a’lam bi muradihi, dan kami sesak[106] akan mereka itu dan tiada kami meninggalkan daripada mereka itu seseorang {ia qasad memudahkan dan mengolok-olokkan pada sekeliannya itu} yakni pada sekelian surah yang tersebut itu daripada katanya atau dikatanya tatkala ia taruh air bejana hingga akhirnya. {Jadi kufur} yakni apabila seorang itu berkata akan yang tersebut itu pada segala ketika yang tersebut itu serta ia qasadkan memudahkan dan meringankan dan mensenda-sendakan dengan kalam Allah ـ nescaya jadilah ia kafir murtad.
{Demekian lagi tiap-tiap tempat yang disebutkan pada Qur’an[107] ia qasad menghinakan dan mensenda-sendakan} yakni demekian lagi tiap-tiap ayat atau perkataan yang[108] daripada[109] apabila dikatakan dia atas jalan olok-olok atau meringankan perkataan Allah ـ , kufur murtadlah orang yang mengatakan yang tersebut itu. {Maka jika tiada qasad yang demekian itu maka tiada kufur tetapi[110] tiada jauh[111] daripada haramnya} kerana ia isti’malkan Qur’an pada makna yang tiada dihantarkan dia[112] baginya[113].
{Atau ia maki nabi atau malaikat} sama ada nabi itu nabi kita Muhammad ص atau barangmana[114] nabi yang tetap nubuwwahnya[115]. {Atau ia berkata ia qawad[116] yakni orang yang memagang} dirumahnya {orang yang berbuat zina jika ia sembahyang} yakni atau berkata ia ia jadi qawad jika ia sembahyang, dan makna qawad itu orang yang memanggil perempuan bagi laki-laki atau laki-laki bagi perempuan supaya memperbuatkan zina maka shurah ini pun tak dapat tiada daripada disyaratkan pada kufurnya itu dengan qasad meringan-ringankan sembahyang atau mensenda-sendakan dia. Maka jika tiada ia qasadkan suatu nescaya tiada kufur ia.
{Atau} berkata ia {“apa yang mengena[117] kebajikan orang yang sembahyang”}[118] dan pada asalnya
“ كَمْ صَلَّيْتُ مَا اَصَبْتُ خَيْرًا” dengan makna “beberapa banyak aku sembahyang tiada mengenai aku akan kebajikan”, yakni tiada aku dapat akan kebajikan yakni daripada sembahyang itu “atau sembahyang ini tiada patut bagiku” kerana apabila aku sembahyang binasa hartaku atau ia kata jika aku sembahyang atau tiada sembahyang bersamaan jua.
{Dengan qasad mensenda-sendakan} maka qaid ini kembali kepada shurah yang pertama dan yang kedua, iaitu katanya ia qawad dan katanya apa yang mengenai {Atau menghalalkan meninggalkan dia} dan qaid ini kembali kepada shurah yang keempat yang pada syarah iaitu jika aku sembahyang atau tiada kerana tersebut tersebut pada asal segala shurah itu. {Atau sempena jahat[119] dengan dia[120]} dan qayyid ini[121] kembali kepada shurah[122] yang ketiga iaitu katanya[123] “sembahyang ini tiada patut”[124] serta barang yang ditambahkan pada syurga kerana pada asalnya ditambahkan yang tersebut itu.
{Atau berkata[125] bagi orang muslim “aku seteru kamu dan seteru nabi kamu” atau dikata bagi Syarif “aku seteru kamu dan seteru nenek” kamu dikehendak dengan dia[126] Nabi ص }[127] kerana Syarif itu anak cucu Rasulullah daripada Sayyidina Al-Hasan dan Sayyid itu keturunannya daripada Al-Hussain atas istilah orang Hijaz.
{Dan hasil[128] kebanyakan demikian i’barat itu sekeliannya[129] kembali kepada i’tiqad} seperti yang disebutkan dia pada bagi yang pertama {atau[130] perbuatan} seperti yang tersebut pada bagi yang kedua {atau[131] perkataan} seperti barang yang tersebut pada bagi yang ketiga. {yang menunjukkan[132] atas menghinakan dan mensenda-sendakan, dan meringankan dengan Allah atau dengan kitabNya atau rusulNya[133]} dengan[134] dhommah ra’ jama’ bagi rasul.
{Atau malaikat atau akan tanda kenyataan agama[135] atau akan hukumNya} yakni hukum Allah Ta’ala maka iaitu Ilmu Syariat[136]. {dan akan janjian kebaikan atau kejahatan} yakni atau janjian kejahatan {jadi kafir murtad} yakni bermula i’tiqad dan perbuatan dan perkataan yang menunjukkan[137] atas yang tersebut itu jadi kafir murtad orang yang mendatangkan[138] dia[139].
{Berlindunglah kita daripada yang demikian itu dengan Allah daripadanya[140]}[141] maka katanya “daripadanya” itu berulang dengan katanya “daripada yang demekian itu” maka tiada berkehendak lagi kepadanya[142]. {Maka hendaklah[143] ditakut sebenar-benar takut dan dipeliharakan[144] daripadanya[145] dengan belajar ‘Ilmu Syariat supaya dapat kita jauhkan dirinya} daripada perkara riddah itu.
{ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم} dan tiada daya[146] dan[147] upaya[148] melainkan dengan[149] Allah yang Maha Tinggi[150] lagi Maha Besar[151], tatkala selesai musonnif daripada menyatakan barang yang hasil dengan dia riddah memulai ia[152] menyatakan[153] barang yang wajib atas murtad[154] itu dengan katanya[155]:
[1] Dan bermula.
[2] Daripada tiga bahagian riddah.
[3] Perkataan seseorang.
[4] Menjadikan dia.
[5] Boleh rujuk kepada “bahagi yang ketiga” atau “perkataan yang menjadikan murtad”, tetapi
didalam kaedah rujuk yang lebih dekat itu lebih awla (lebih berhak) iaitu “perkataan yang
menjadikan murtad”.
[6] Tiada terhingga bilangannya.
[7] من للتبعيض.
[8] Nya: amat banyak.
[9] Seorang.
[10] اسم فاعل. أَسْلَمَ – يُسْلِمُ – إِسْلام – فهو مُسْلِمٌ
Yang bersifat dengan Agama Islam.
[11] Jangan bermudah-mudah mengatakan muslim yakni orang yang bersifat dengan Islam kafir sebab
sekiranya dia tidak kafir pada hakikatnya maka kafir itu kembali kepada kita. Kalau jelas-jelas kafir
bukan beragama Islam seperti orang Hindu, maka tidak mengapa mengatakan dia kafir sebab
memang pada hakikatnya dia kafir. Ini berdasarkan hadith nabi S.A.W
أيما رجل قال لأخيه يا كافر فقد باء بها أحدهما إن كان كما قال ، وإلا رجعت عليه)) ))
Maksudnya: Sesiapa yang berkata kepada saudaranya “wahai orang kafir”
maka salah seorang di antara kedua orang itu menjadi kafir. Apabila orang yang dikatakan itu
memang kafir maka jelas ia yang kafir, tetapi bila orang yang dikatakan itu tidak kafir maka
ucapan itu kembali kepada orang yang mengucapkannya.
[12] Ketiadaan ta’wil: yakni kata yang sebenar-benarnya dengan hati dan mengkehendaki perkataan
kafir itu maksudnya kafir agama.
[13] Seorang yang mengata.
[14] Nya: memanggil orang “ya kafir”.
[15] Lagi pula haram mengata kepada seorang “ya kafir”.
[16] Diketahui.
[17] Diketahui dengan terang-terang dan diketahui semua orang. Tidak berhajat kepada tilik fikir dan
kepada dalil. Hinggakan budak-budak pun tahu. Jika seseorang itu mengatakan bahawa dia tidak
tahu hukum yang diketahui dengan dhorurah seperti wajib solat dan haram menyakiti muslim,
ianya tidak dimaafkan dan dia dianggap sebagai tahu juga.
[18] Tidak diqasadkan mana-mana.
[19] Atau berkata ia bagi muslim.
[20] Keturunan nabi Ya’qub daripada anaknya bernama Yahuda.
[21] Orang yang.
[22] “Hai yang tiada mempunyai ugama”.
[23] Jual beli.
[24] Seorang yang mengata.
[25] Muslim yang dia kata.
[26] Sangkutan.
[27] Orang yang mengata.
[28] “Ya kafir”, “Ya Yahudi”, “Ya Nasrani”, dan “Hai yang tiada mempunyai agama”.
[29] Mempersenda.
[30] Mengerja kebaikan.
[31] Nya: syurga.
[32] Melakukan kejahatan.
[33] Contoh senda-senda “Neraka itu kan luas, tuhan memang buat untuk kita. Kalau kita tak masuk siapa lagi yang nak masuk”.
[34] Menyuruh Allah akan daku.
[35] Degil.
[36] Meringankan suruhan Allah dan ‘Inad.
[37] Qiblat solat.
[38] Mana-mana pihak (arah) seperti utara, selatan, barat dan lain-lain.
[39] Nescaya tiada.
[40] Nescaya tiada.
[41] Kufur kalau kerana bermain-main atau ‘inad. Jika tiada kerana yang tersebut itu tiada kufur.
[42] Padahal.
[43] والظُلْمُ: وَضَعُ الشَّئ في غير مَوْضِعِهِ.
Maksud zalim ialah: meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya.
[44] Berlaku.
[45] Oleh anbiya’. Anbiya’: Nabi-nabi.
[46] Bangkit bohong.
[47] Oleh segala.
[48] Yang melengkapi iman.
[49] Kata begian. Isyarat dengan suatu perkara.
[50] Naik saksi daripada anbiya’, malaikat dan muslimin.
[51] Lepas.
[52] Berdasarkan hadith Nabi ص (( لا تجتمع أمتي على الضلالة)) maksudnya: tidak akan berhimpun
umatku atas kesesatan.
[53] Seorang muslim y melengkapi iman.
[54] Perkara yang disuruh oleh syara’.
[55] Perkara yang begian itu.
[56] Dikatakan oleh seseorang.
[57] Kepada
[58] Kerat kuku.
[59] Menghinakan sunnah Rasulullah ص.
[60] Oleh seseorang.
[61] Bagi seorang yang lain.
[62] Perkataan majaz. Pada hakikatnya ialah cukur rambut bukannya cukur kepala.
[63] Ibadah haji.
[64] واو الحال
Dengan makna padahal.
[65] Orang yang berkata “tiada aku cukurkan dan jika ia sunat sekalipun”.
[66] “Dengan qasad” ta’lluq pada jadi kufur.
[67] Akan suatu.
[68] Maksudnya seseorang. Dalam bahasa arab disebut فُلان .
[69] Ta’alluq pada jadi kufur.
[70] Nya: perkataan ini.
[71] Andai kata.
[72] “Jika ada si anu itu nabi aku percaya dengan dia”
[73] Hukum.
[74] Seseorang
[75] Nya: seseorang.
[76] “Hukum syara’ apa ni?”
[77] Bukti atau dalil.
[78] Ada qarianah tapi tidak qasad tidak kufur.
[79] Walaupun tidak kufur tetapi tetap haram.
[80] Dikehendak dengan perkataan yang tersebut itu.
[81] Merangkumi atau melengkapi.
[82] Nya: “Laknat Allah atas tiap-tiap ‘alim”.
[83] Tidak termasuk anbiya’.
[84] Ditilik.
[85] Atau lepas
[86] Daripada yang.
[87] Tiada ketahui bahawasanya hukum itu hukum syara’.
[88] “Hukum apalah macam ini”
[89] Tuang.
[90] Bekas untuk isi air seperti timba.
[91] Bejana.
[92] Surah Al-Naba’: 34
[93] Tidak qayyid.
[94] Pada hukum kufur.
[95] Hal keadaan dibaca syaraba dengan.
[96] Surah Al-Naba’: 20
[97] Allah mengetahui akan maknanya.
[98] Di Fathoni dibaca dengan Alang-alang. Di Malaysia dipanggil fatamorgana.
[99] Tatkala ia seseorang.
[100] Menimbang.
[101] Menyukat apa-apa barang.
[102] Surah Al-Muthoffifin: 3
[103] Allah mengetahui akan maknanya.
[104] Manusia.
[105] Nya: seseorang.
[106] Berhimpit-himpit.
[107] Contoh lain: ada orang buat tapai nak bagi manis dia baca فَأَمَّا مَنِ اسْتَغْنَى
Ada juga yang main-mainkan ayat Al-Quran bila baca ayat فىِ عَمَدٍ مُّمَدَّدَةٍ kemudian dia sebut “pi kot
Kulim balik kot Kedah”.
[108] Yang adalah.
[109] Daripada Al-Quran.
[110] استدرك.
[111] Tiada lepas.
[112] Makna.
[113] Bagi Al-Quran.
[114] Mana-mana.
[115] Keadaannya menjadi nabi sungguh.
[116] اسم فاعل.
Maksudnya bapa ayam. “Daripada aku sembahyang baik aku jadi bapa ayam”.
[117] Dapat.
[118] “Dapat kebaikan apa sembahyang ni!!)
[119] Terkena sial seperti merugikan perniagaan atau menyebabkan kematian keluarga.
[120] Solat.
[121] Sempena jahat dengan dia.
[122] Masalah.
[123] Nya: seorang.
[124] Tiada patut bagiku.
[125] Berkata seorang.
[126] “nenek kamu”.
[127] Dalam sejarah dicatitkan bahawa Sayyidina Umar pernah membunuh seorang di Madinah. Orang
itu berkata kepada Sayyidina ‘Umar “Muhammad itu sahabat kamu” kemudian terus Sayyidina
‘Umar bunuh orang itu dengan pedang sebab perkataan itu membawa maksud bahawa Nabi
Muhammad itu sahabat bagi ‘Umar tetapi bukannya sahabat bagi lelaki itu. Sila lihat kitab Itmam
Al-Wafa’ karangan Syaikh Muhammad Al-Khudri Bik. Tidak boleh juga kata Nabi Muhammad ص
kalah dalam perang, dikuasai atau diperintah, lari daripada perang, dan bersembunyi diri kerana
semua itu mengurangkan martabat nabi.
[128] Kesimpulan
[129] Daripada awal perbahasan riddah hingga akhir.
[130] Atau kembali kepada.
[131] Atau kembali kepada.
[132] Memberi faham.
[133] Didalam kitab I’anah Al-Tholibin ada menyebutkan bahawa sesiapa yang tidak berdiri dengan
qasad menghina sedangkan semua orang berdiri ketika sambutan Maulidul Rasul hukumnya adalah
kafir.
[134] Hal keadaan “rusulnya” dibaca dengan
[135] Tanda kenyataan agama: Syi’ar.
[136] Feqah, Usuluddin dan Tasawwuf.
[137] Memberi faham.
[138] Mengerjakan
[139] Salah satu daripada tiga iaitu i’tiqad, perbuatan, atau perkataan.
[140] Nya: yang demikian itu.
[141] نعوذ بالله من ذلك
[142] Nya: perkataan “daripadanya”.
[143] Wajiblah yakni wajib syara’.
[144] Kena kenal dahulu akan perkara-perkara riddah barulah boleh memelihara diri daripada menjadi
murtad.
[145] Nya: perkara riddah.
[146] Tiada daya nak lepaskan diri daripada ma’siat kerana wujudnya nafsu dan syaitan.
[147] Dan tiada.
[148] Tiada kuasa atau kekuatan nak buat taat kepada Allah.
[149] Dengan pertolongan.
[150] Tinggi darjat.
[151] Besar darjat.
[152] Musonnif.
[153] Menerangkan.
[154] Andai kata seorang itu murtad apa yang wajib dilakukan keatasnya.
[155] Nya: musonnif

Perbuatan-Perbuatan Yang Menjadikan Seseorang Itu Murtad
Bahagian Kedua; Perbuatan
{Dan bahagi yang kedua[1] perbuatan[2] yang jadi[3] murtad iaitu seperti ia sujud bagi berhala atau syams atau bagi makhluk[4]} tersebut pada Raudhoh[5], bahawa barang yang diperbuatkan dia oleh kebanyakkan orang yang jahil yang sesat[6] daripada sujud ia bagi guru-guru tarekat itu, haram qot’an[7] dengan barang mana kelakuan sekalipun, sama ada[8] berhadap kepada qiblat atau kepada lainnya[9], dan sama ada ia qasadkan sujud itu bagi Allah Ta’ala atau tiada[10].
Dan setengah shurahnya[11] mengkufurkan yang memperbuatnya. Kata Ibnu Hajar pada I’lam[12] kemudian daripada ia[13] menaqalkan barang yang pada Raudhoh “Bermula ini perkataan memberi faham bahawasanya terkadang ada sujud diantara dua tangan guru-guru itu[14] mengkufurkan dan iaitu apabila ia qasad dengan yang demikian itu[15] ‘adat akan makhluk atau taqarrub kepadanya[16], dan terkadang haram dan iaitu apabila diqasadkan dengan yang demikian itu memuliakan guru dengan makna menghinakan diri baginya atau ia itlaq[17] dan seperti[18] itu[19] dikatakan pada dua ibu bapa dan ulama’ ” اھ كردي.
Dan keluar dengan katanya sujud itu ruku’, maka[20] tiada mengkufurkan kerana rupa ruku’ itu banyak jatuh[21] bagi manusia pada ‘adat bersalahan sujud tetapi jika tiada diqasadkan suatu[22] daripada ruku’ itu. Adapun jika diqasad memuliakan makhluk dengan ruku’ itu seperti ia memulia akan Allah dengan dia, maka tiada syak pada kufurnya.
{Atau dijatuhkan[23] mishaf[24] pada tempat yang hina} seperti dijatuhkan dia pada suatu[25] kotor sama ada najis atau tiada seperti hingus dan air liur[26] dan mani kerana[27] pada yang demikian itu[28] meringankan dengan Ugama. Dan hukum menyentuhkan mishaf dengan barang yang tersebut itu seperti hukum[29] menjatuhkan dia[30] pada yang tersebut itu, tetapi tak dapat tiada daripada ada qarinah[31] yang menunjuk[32] atas senda-senda dan meringan-ringan[33].
Maka barang yang telah berlaku adat dengan dia meludahkan[34] atas lauh[35] yang tertulis atasnya[36] Qur’an kerana menghilangkan barang yang tertulis atasnya[37], tiada kufur jika tiada diqasadkan dengan perbuatan itu menghinakan Qur’an. Dan yang sayugianya[38] tiada diharamkan[39] dan seumpamanya barang yang berlaku ‘adat dengan dia[40] seperti memamahkan kertas atau lainnya[41] yang tersebut padanya Qur’an atau seumpamanya[42] kerana mengambil berkat dengan dia atau kerana menyimpankan dia daripada jatuh pada najis.
{Dan seperti[43] mushaf kutub al-hadith) zohirnya dan jikalau kitab-kitab hadith yang dho’if sekalipun kerana pada menjatuhkan dia[44] itu meringankan dengan nabi kerana kitab-kitab itu dibangsakan kepadanya[45]. Dan keluar[46] dengan yang dho’if hadith yang maudhu’. {Dan kutub al-‘ulum al-syar’iyyah[47] kerana menghinakan dia[48]} dengan yang demikian itu. {Atau dijatuhkan yang hina seperti najis diatas Qur’an dengan qasad menghinakan dia jadi kafir} orang yang memperbuatkan {segala perkara} yang tersebut {itu} apabila sempurna segala syaratnya[49].
Dan setengah daripada perbuatan yang mengkufurkan seorang itu pergi seorang kepada rumah gereja serta pakai ia akan pakaian mereka[50] itu seperti ia ikatkan pinggangnya dengan zinar dan iaitu: tali yang kasar yang berwarna-warna diikatkan dia[51] pada pinggang diatas baju mereka itu, dan tiada dipakaikan dia pada masa ini melainkan paderi-paderi sahaja. Atau memakaikan barnithoh iaitu: cepiu[52].Maka jikalau[53] tiada berserta pergi kepada gereja[54].
Dan memakai akan pakaian mereka itu, seumpama ia pergi kepada gereja tetapi dengan pakaian muslimin, atau pakaikan pakaian mereka itu tetapi tiada pergi kepada gereja, nescaya tiada kufur ia pada keduanya selama tiada ia memperbuatkan yang demikian itu kerana redho dengan Ugama mereka itu atau cenderung kepadanya atau bermudah-mudah dengan Ugama Islam. Maka jika kerana yang tersebut itu[55] jadi kafir murtad ia pada ketika itu jua.
[1] Daripada 3 bahagian murtad.
[2] Yang keluar daripada seseorang.
[3] Yang akan menjadikan.
[4] Umum. Termasuklah batu, kayu, dan lain-lain.
[5] Roudhoh Al-Tolibin oleh Imam Nawawi
[6] Daripada jalan agama.
[7] Haram dengan ketiadaan khilaf.
[8] Sama ada kelakuan sujud.
[9] Nya: daripada qiblat.
[10] Tiada qasad.
[11] Rupa atau masalah.
[12] Kitab I’lam.
[13] Ibnu Hajar.
[14] Maksudnya sujud dihadapan guru.
[15] Sujud itu.
[16] Nya: makhluk.
[17] Tidak qasad mana-mana sama ada memuliakan guru atau menghinakan diri.
[18] Seperti sujud.
[19] Itu juga.
[20] Tafri’ “dan keluar….”
[21] Berlaku
[22] Apa-apa.
[23] Dibuang atau dicampakkan.
[24] Mushaf Al-Quran.
[25] Suatu benda yang.
[26] Sama hukum membelek Al-Quran dengan air liur yang banyak yang berlaku pada hari ini. Begitu
juga lapik Al-Quran dengan bantal yang kena air liur basi walaupun dah kering.
[27] Kerana sabit perbuatan.
[28] Itu mengandungi.
[29] Pada sama-sama kufur.
[30] Mishaf.
[31] Dalil.
[32] Memberi faham.
[33] Akan Al-Qur’an.
[34] Meludahkan air liur.
[35] Seumpama papan hitam.
[36] Nya: Lauh.
[37] Nya: Lauh.
[38] Selayaknya tau sewajarnya.
[39] Diharamkan meludah atas lauh.
[40] Barang.
[41] Daripada kertas.
[42] Nya: Al-Quran.
[43] Sama dihukum kufur.
[44]Mushaf Kutubul Hadith.
[45] Nya: nabi.
[46] Tidak termasuk.
[47] Kitab-kitab ilmu yang dibangsakan dengan syara’. Merangkumi kitab-kitab aqidah, feqah dan tasawwuf dan lain-lain. Adapun kitab nahu dan sorof itu wasail, selayaknya tidak dijatuhkan dia.
[48] Kutub al-‘ulum al-syar’iyyah.
[49] Baru jadi.
[50] Ahli gereja.
[51] Zinar.
[52] Topi sudu.
[53] Jikalau adalah dia memakai barnithoh.
[54] Sekalipun.
[55] Redho dengan ugama mereka itu atau cenderung kepadanya atau bermudah-mudah dengan
Ugama Islam.

I'tiqad-I'tiqad Yang Menjadikan Seseorang Itu Murtad
Bahagian Pertama; I’tiqad
((Maka bahagi[1] yang pertama)) i’tiqad[2] iaitu seperti ia[3] syak[4] pada[5] Allah} pada wujud tuhan seperti yang dikatakan dia oleh Dahriyyah[6] {atau[7] pada rasulnya} pada benar ia pesuruhan daripada Allah atau tiada, dan dikehendakkan rasul itu tiap-tiap rasul yang daripada dua puluh lima itu atau mendusta ia[8] akan rasul atau nabi atau maki akan rasul atau nabi[9] .
{Atau[10] pada Quran} yakni atau syak pada keadaan Quran itu daripada Allah ـ {atau[11] pada hari yang akhir} yakni atau syak ia pada keadaan hari kiamat {atau[12] akan syurga atau akan neraka atau bangkit hari kiamat atau pada pahala dan siksa atau lainnya} yakni syak ia pada keadaan sekeliannya yang tersebut itu {atau umpama yang demikian itu[13] daripada barang yang sudah muafakat[14] ulama’ atasnya} seperti hasyar[15] dan nasyar[16] dan hisab[17] dan lainnya.
{Kufur ia} dengan[18] syaknya pada suatu[19] daripada yang tersebut itu {atau tiada ia i’tiqod[20] atau syak akan satu sifat daripada sifat-sifat Allah[21] yang wajib[22] bagiNya dengan ijma’ ulama’ seperti ‘ilmun} maka apabila seorang tiada i’tiqadkan ada bagi Allah ـ ilmu[23] yang bergantung[24] dengan kulliyat[25] dan juz’iyyat atau i’tiqad ia[26] bahawa bagi[27] Allah itu sifat ilmu tetapi tiada bergantung[28] dengan juz’iyyat[29], jadilah ia murtad dengan yang demikian itu.
{Atau dibangsakan[30] bagiNya[31] sifat yang wajib kita sucikan dia[32] daripadaNya dengan ijma’[33] seperti berjisim[34] atau[35] masuk pada suatu[36] atau[37] bersatu dengan sesuatu[38], sekelian[39]} itu[40] {i’tiqad kufur} maka jadilah ia murtad dengan yang demikian itu[41].
{Atau menghalalkan yang haram dengan ijma’[42]} segala ulama’[43] dan diketahuikan haramnya daripada ugama dengan dhorurat[44]. Dan tiada harus tersembunyi hukum itu atasnya dan tiada diterima daripadanya dakwa akan jahil hukum itu. Adapun pada batin jika ada ia jahil akan dia, maka diuzurkan dia {seperti zina dan membunuh nafsu[45] yang diharamkan dia[46] dan mencuri[47] dan merampas[48]} dan seperti liwat dan aniayai[49] dan minum arak dan lainnya.
{Atau mengharamkan yang halal[50]} atau[51] yang makruh {demikian jua} yakni dengan ijma’ segala ulama’ dan diketahuikan dia[52] daripada ugama dengan dhorurat dan tiada harus tersembunyi hukum itu atasnya {seperti berjual beli[53] dan nikah} dan makan dan minum dan lainnya
{Atau ia nafikan} yang wajib {yang sudah ijma’ ulama’ atasnya} dan maklum ia daripada Ugama dengan dhorurat dan tiada harus tersembunyi atasnya {seperti sembahyang fardhu yang lima waktu atau satu sujud daripadanya[54] dan seperti zakat[55] dan puasa[56] bulan ramadhan dan haji atau air sembahyang[57], jadi kufur orang itu} katanya jadi kufur orang itu jawab bagi katanya “atau tiada ia i’tiqad atau syak hingga akhirnya”.
{Atau diwajib[58] akan barang[59] yang tiada wajib dengan ijma’ ulama’} atasnya {demikian jua} yakni dan diketahuikan dia daripada Ugama dengan dhorurah dan tiada harus tersembunyi hukum itu atasnya seperti i’tiqodkan wajib sembahyang itu enam fardhu[60].
{Atau dinafikan[61] yang disunatkan[62] dengan ijma’ ulama’ atasnya demikian jua} yakni dan diketahuikan dia daripada Ugama dengan dhorurah dan tiada harus tersembunyi atasnya seumpama dinafikan sunat rawatib[63] dan sunat dua hari raya. {Jadi kafir} orang itu[64], telah berkata Imam Ghazali “Orang yang sangka[65] ada baginya[66] kelakuan[67] dengan Allah Ta’ala menggugurkan barang yang wajib atasnya[68] seperti sembahyang atau mengharuskan[69] baginya yang haram seperti minum khamar, wajib dibunuhkan[70] kerana banyak mudhoratnya.”
{Atau ia mencita[71] atas kufur pada masa yang lagi akan datang, atau ia hendak memperbuat suatu daripada barang yang tersebut itu} yang disebutkan dia oleh musonnif[72] daripada katanya seperti ia syak pada Allah hingga akhirnya.
{Atau ia taraddud[73] pada dirinya kufur atau tiada yakni syak ia pada imannya} atau taraddud ia hendak kufur atau tiada pada masa yang lagi akan datang, kufur ia pada ketika itu juga kerana menafi ia akan Islam[74]. {Tetapi tiada jadi kufur sebab[75] was was[76]} pada barang yang tersebut atau lainnya kerana was was itu daripada syaitan[77].
{Dan demikian lagi jadi kafir orang yang ingkarkan Sayyidina Abi Bakar itu sahabat nabi} dan tiada kufur orang yang ingkarkan seperti Sayyidina ‘Umar dan ‘Uthman dan ‘Ali itu sahabat nabi kerana bersahabat Abu Bakar dengan nabi sabit dengan nas Qur’an bersalahan yang lainnya[78].
{Atau ia nafikan seorang daripada rasul yang muafakat ulama’ atas rasulnya[79]} seumpama berkata ia ‘Isa Al-Masih tiada disuruhkan dia oleh Allah Ta’ala atau ia menafikan seorang daripada anbiya’ yang telah ijma’ ulama’ atas nubuwahnya[80].
{Atau ia ingkar suatu huruf yang sudah muawafakat ulama’ atasnya daripada Qur’an} adapun بسم الله الرحمن الرحيم yang[81] pada Fatihah[82] itu tiada kufur[83] orang yang ingkar keadaannya[84] daripada Fatihah kerana tiada ijma’ ulama’ atasnya.
{Atau ia lebihkan dia} yakni lebihkan satu huruf {padanya} yakni pada Qur’an {yang sudah muawakat ulama’ pada bukan} huruf itu {daripada Qur’an} maka kufurlah orang yang i’tiqadkan yang demikian itu.
{Atau ia dustakan[85] seorang pesuruh Allah} sama ada ia mendustakan rasul itu pada asal risalahnya[86], seperti ia nafikan risalahnya[87], atau ia mendustakan pada setengah-setengah perkataannya[88].
{Atau ia kurangkan[89] martabatnya seperti ia tashghirkan[90] namanya seperti dikatakan مُحَيْمِدٌ[91] atau اُحَيْمِدٌ [92] serta menghendakkan kehinaannya[93]. {Atau dimudahkan namanya} yakni tiada ia memuliakan nama nabi seperti ia campakkan namanya[94] pada suatu yang[95] kotor. {Atau ia hinakan dengan qasad mengurangkan dan menghinakan dia} maka jika tiada dengan qasad yang demikian itu tiada kufur ia dengan yang tersebut itu.
{Atau ia harus} akan {boleh jadi nabi[96] kemudian daripada nabi kita Muhammad ص} atau ia i’tiqad keadaan warna[97] nabi itu hitam atau bukan Qursyi[98] {atau lainnya[99] yang umpamanya} seperti meringan[100] ia akan barang yang disuruhkan[101] atau barang yang ditegahkan dia atau meringankan perjanjian Allah Ta’ala dengan kebajikan atau dengan siksa atau lainnya. {Maka yang demikian itu jadi} orang yang i’tiqad akan salah suatu daripada yang tersebut itu {kafir} murtad.
[1] Sebab-sebab murtad
[2] Ialah I’tiqad
[3] Seorang itu
[4] Antara yang berkaitan dengan syak ialah zhon, waham, jahil basith dan jahil murakkab.
[5] Pada segala sifat-sifat kamalat (kesempurnaan)
[6] Wujud dizaman Abu Hanifah. Abu Hanifah pernah berdebat dengan Raja Dahri. Ruju’ kisah ini di
dalam kitab ‘Aqidah Al-Najin dan kitab Dur Al-Samin itu juga
membuktikan bahawa penggunaan aqal sebagai dalil dalam memahami aqidah sudah
wujud sejak pada zaman Imam Abu Hanifah lagi.
[7] Atau syak.
[8] Seorang itu.
[9] Atau sunnah rasul dan nabi.
[10] Atau syak.
[11] Atau syak.
[12] Atau syak.
[13] Yang tersebut itu.
[14] Ittifaq. Kalau tidak ijma’ maka tidak kufur.
[15] Himpunan di padang mahsyar.
[16] Bangkit bertaburan daripada perkuburan masing-masing kemudian dihalau oleh malaikat ke
padang mahsyar.
[17] Hitung amalan.
[18] باء السببية
[19] Perkara
[20] Langsung
[21] Paling kurang sifat yang wajib dipelajari dan dii’tiqad ialah 20 sifat
[22] Wajib pada ‘akal iaitu ما لا يتصور في العقل عدمه maksudnya: perkara yang tidak boleh diterima pada
akal akan tidaknya.
[23] Merupakan antara sifat Allah Ta’ala yang diittifaq ulama’ Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jama’ah.
[24] تعلق
Maksudnya tahu. Apabila Allah bersifat dengan sifat Ilmu maka dia mengetahui (ثمارة الصفة) akan
segala كُلِّيَات dan جُزْئِيَات
[25] Secara إجمال
[26] Seorang
[27] Ada
[28] Mengetahui
[29] تفصيل
[30] Dinisbahkan
[31] Allah
[32] Sifat
[33] Ulama’
[34] Ta’rif Jisim ما تركب من جوهرين فردين فأكثر : . Perkara yang tersusun daripada dua jauhar firid atau lebih daripada dua jauhar firid.
Hasil daripada ta’rif jisim ialah:
1) Sesuatu yang ada
2) Bawa diri sendiri (tidak menumpang pada yang lain)
3) Mengambil (mengisi) ruang
4) Kena jadi (Dijadikan)
5) Baharu
6) Menerima belah bahagi
Kalau ada orang yang mengatakan jisim secara ithlaq jangan lagi hukumkan kufur, kenalah ambil
sikap cermat dan berhati. Kufur seseorang itu kalau dia i’tiqad Allah Ta’ala jisim seperti segala
jisim. Tidak dihukum kufur dan hanya mubtadi’ sekiranya seorang itu i’tiqad Allah Ta’ala itu jisim
tetapi tidak sama seperti jisim-jisim yang lain. Walaubagaimanapun dia tetap duhukum sebagai
orang yang derhaka dan haram kita i’tiqad seperti kerana ianya nak membawa kepada kekufuran
jua. Sila ruju’ kitab Hasyiah Al-Dusuqi ‘ala Umm Al-Barahin “واعلم أن من اعتقد أن الله جسم كالأجسام فهو كافر. ومن المعتقد أنه جسم لا كالأجسام فهو عاص غير كافر" maksudnya “ketahuilah olehmu bahawa
barangsiapa yang beri’tiqad bahawa Allah Ta’ala itu jisim seperti jisim-jisim maka dia adalah kafir,
dan barangsiapa
yang beri’tiqad bahawa Allah Ta’ala itu jisim tidak seperti jisim-jisim maka dia adalah seorang
maksiat bukan kafir”.
Janganlah mudah-mudah menghukumkan kufur kepada Ahl Al-Qiblat. Mujassimah ghairu sorih
bukan menjadi ittifaq ulama’ untuk dihukumkan kufur. Hanya yang ijma’ ialah mujassimah sorih
yang boleh dihukumkan kufur.
[35] Atau tuhan.
[36] Disebut hulul.
[37] Atau tuhan.
[38] Disebut ittihad seperti “kita adalah tuhan, tuhan adalah kita”. Hulul dan Ittihad disini yang
dimaksudkan ialah bagi orang yang bukan mencapai maqam fana’, orang yang mabuk dengan
tuhan sehingga dia melupakan segala benda yang lain. Dia adapun tidak rasa dia ada, lalu dia pun
cakap “Aku adalah Allah”. Maka orang zahir kena ta’wil perkataan itu “dia ada adalah tanda
kenyataan ada Allah. Dia hanya nampak perbuatan Allah dan tidak nampak perbuatan dia sendiri”.
Sekiranya seorang itu tidak mencapai maqam yang tersebut dan dia i’tiqad dengan hulul dan
ittihad maka hukumnya kufur.
[39] Bermula sekelian.
[40] I’tiqad itu ialah
[41] I’tiqad itu
[42] Yakni kesepakatan empat Imam Mujtahid, demikian faedah itu diberikan oleh Syaikh Al-Bujairimiy.
Kalau tidak ijma’ (berlaku khilaf) dikalangan ulama’ maka tidak dihukumkan kufur.
[43] Yang mu’tabar.
[44] Secara terang-terang dan tidak berhajat kepada dalil lagi. Contohnya minum arak semua orang
tahu haram sehinggakan budak-budak dan orang kafir pun tahu.
[45] Diri seseorang. Pembunuhan ialah: sesuatu perbuatan yang menghasilkan dengannya akan
kehilangan nyawa.
[46] Diri seseorang. Yang haram darahnya dibunuh.
[47] Iaitu mengambil harta orang lain secara sembunyi dari tempat penjagaan harta yang sepadannya.
[48] Iaitu mengambil sesuatu secara zalim dan terang-terangan, baik berupa harta atau yang lainnya.
[49] Menzalimi.
[50] Iaitu segala sesuatu yang tidak diancam siksaan dalam menggunakannya.
[51] Atau mengharamkan.
[52] Halal sesuatu itu.
[53] Iaitu pertukaran barang berharga dengan harta yang bernilai, secara penyerahan pemilikan dan
penerimaan pemilikan.
[54] Nya: sembahyang.
[55] Yakni selain zakat perniagaan, kerana sesungguhnya dalam masalah zakat perniagaan terdapat
qaul qadim mengenai tidak wajibnya zakat dalam perniagaan. Kerana itu tidak menjadi kafir orang
yang menentang zakat perniagaan, demikian faidah itu diberikan oleh Syaikh Al-Ziyadiy.
[56] Iaitu menahan diri dari makan, minum dan bersetubuh bermula daripada subuh sehingga
terbenam matahari, disertai niat pada setiap malamnya.
[57] Wudhu’ adalah membasuh dan mengusap keatas anggota-anggota yang tertentu disertai dengan
niat yang diperhitungkan.
[58] Dihukum wajib.
[59] Suatu perkara atau hukum.
[60] Ittifaq ulama’ bahawa solat fardhu itu 5 waktu dan diketahui dengan dhorurah.
[61] Dihukumkan kata tidak.
[62] Hukum yang disunatkan.
[63] Yang dimaksudkan dengan solat rawatib ialah solat-solat sunat yang mengikuti fardhu. Dan solat
rawatib terdapat istilah lain untuknya, iaitu solat-solat sunnah yang dibatasi waktu pada satu
waktu tertentu. Maka solat tarawih dan solat hari raya dan solat dhuha merupakan solat rawatib
menurut definisi yang kedua, dan bukan solat rawatib menurut definisi yang pertama, demikian
faidah itu diberikan oleh Syaikh Al-Damiriy.
[64] Orang telah beri’tiqad dengan perkara yang telah disebutkan.
[65] Dalam hatinya.
[66] Nya: orang.
[67] Satu hal.
[68] Nya: orang.
[69] Menghukum harus.
[70] Akan dia oleh pemerintah. Orang yang halal darah seperti orang yang bunuh keluarga kita, kita
tidak boleh bunuh balas tetapi yang boleh bunuh hanyalah pemerintah.
[71] Mencita-cita. Dengan bahawa ia berazam pada hari ini untuk menjadi kafir esok hari, maka ia
menjadi kafir pada ketika itu juga. Kerana sesungguhnya kesinambungan keislaman merupakan
suatu syarat, maka apabila ia berazam untuk menjadi kafir, maka ia menjadi kafir ketika itu juga.
[72] Pengarang matan kitab Sulam Al-Mubtadi.
[73] Syak. Adapun hadith nabi ص ((جَدِّدُوا إِيْمَانُكُمْ لَا إِلَهَ إلا الله)) bukan suruh memperbaharui iman dengan
mengucap أشهد أن لا إله الله tetapi dengan zikir لا إله إلا الله
[74] Pada dirinya sendiri.
[75] Dengan sebab
[76] Was was tidak jadi aqidah. Didalam solat sekiranya seorang itu was was tidak membatalkan solat
dia tetapi sekiranya dia syak didalam solat seperti syak bilangan raka’at maka batal solatnya.
[77] Sebagai ujian daripada Allah kepada hambaNya.
[78] Kerana tidak disabit didalam Al-Quran.
[79] Kerasulannya.
[80] Keadaan dia jadi nabi.
[81] Yang ada.
[82] Berlaku khilaf dikalangan Imam Empat Mazhab. Ada yang berpendapat bahawa بسم الله الرحمن الرحيم
termasuk didalam surah Al-Fatihah dan ada juga yang berpendapat bahawa بسم الله الرحمن الرحيم
bukan termasuk didalam surah Al-Fatihah.
[83] Perhatian!!. Tiada kufur hanyalah بسم الله الرحمن الرحيم pada surah Al-Fatihah bukannya pada surah
Al-Naml ayat 30. Maka tidak boleh kata بسم الله الرحمن الرحيم langsung bukan daripada Al-Quran.
[84] Nya: بسم الله الرحمن الرحيم
[85] Bangkit bohong.
[86] Keadaan dia jadi rasul.
[87] Nya: Rasul.
[88] Nya: Rasul.
[89] Menghina atau mengurangkan martabat rasul.
[90] Memperkecilkan rasul. Dibuat وزن تصغير
[91] مُحَمَّدٌ – وزن مُكَبَّر.
مُحَيْمِدٌ – وزن تصغير
[92] أَحْمَدٌ – وزن مكبر
اُحَيْمِدٌ – وزن تصغير
[93] Nya: محمد dan احمد
[94] Nya: nabi
[95] Tempat yang
[96] Ada lagi nabi. Sedangkan tiada lagi nabi selepas Nabi Muhammad ص berdasarkan hadith
((لَانَبِيَّ بَعْدِي)) disini ialah نفي الجنس ل. Orang yang mengaku jadi nabi kufur dan orang yang percaya akan
orang yang mengaku jadi nabi pun kufur juga.
[97] Warna kulit. Warna kulit nabi putih kemerah-merahan.
[98] Arab Quraish.
[99] Nya: yang tersebut.
[100] Membuat ringan.
[101] Oleh Allah Ta’ala.

Subscribe to:
Posts (Atom)