Thursday, 12 February 2015

Perkataan-Perkataan Yang Menjadikan Seseorang Itu Murtad

Bahagian Ketiga; Perkataan

{Dan[1] bahagi yang ketiga[2] iaitu perkataan[3] yang menjadikan[4] murtad iaitu[5] amat banyak[6], setengah daripada[7]nya[8] bahawa berkata ia[9] bagi muslim[10] “ya kafir”[11]} apabila dikatakan dengan ketiadaan ta’wil[12] lafaz kafir dengan makna yang menyembunyi dan ia qasad bahawa Ugama orang yang dikatakan kepadanya itu kufur. Adapun jika dikatakan “ya kafir” pada hal ia qasadkan kufur ni’mat Allah Ta’ala atau seumpamanya tiada kufur ia[13], hanya haram jua.

Maka jika i’tiqad ia akan halalnya[14] nyatalah kufurnya kerana ia mengi’tiqadkan barang yang haram dengan ijma’ akan halalnya, dan lagi[15] maklum[16] daripada Ugama dengan dhorurah[17] kerana tiada seorang yang tiada mengetahui ia bahawa menyakitkan muslim itu haram. Maka jika itlaq[18] ia dan ia ta’wil dan qasadkan suatu tiada kufur, hanya haram sahaja. Maka jika ia i’tiqadkan halalnya kufur ia.

{Atau[19] “ya Yahudi[20]” atau “ya Nasrani” atau “hai yang[21] tiada mempunyai Ugama”} katanya “hai yang tiada mempunyai Ugama” itu ada padanya tafsil, iaitu jika ia i’tiqad dengan perkataan[22] itu akan Ugama seorang itu tiada dinamakan Ugama pada Ugama Islam nescaya kufur ia.

Dan jika ia i’tiqad dengan yang demikian itu akan bahawa tiada baginya Ugama pada mua’malat[23] dan seumpamanya tiada kufur ia, tetapi wajib dita’zirkan dia akan sebagai ta’zir  yang keras. Dan jika tiada i’tiqad ia akan suatu daripada yang demikian itu, hanya ia i’tiqad akan halal perkataan itu kufur ia. Dan jika ia i’tiqad akan haramnya tiada kufur. {Serta dikehendak bahawa ia[24] kufur akan dia[25]} adalah qayyid[26] ini kembali ia[27] kepada segala shurah[28] itu.

{Atau ia bermain-mainkan satu nama daripada Nama Allah Ta’ala atau dipermain[29] akan janji Allah dengan kebaikan[30]} dengan memberi syurga dan bagi nikmatnya[31] dan seumpamanya. {Atau janjikan dengan kejahatan[32]}  dengan dibakarkan didalam api neraka[33] dan seumpamanya.

{Pada hal meringankan dia atau ada ia berkata jika menyuruh Allah[34] dengan demikian tiada ia perbuat} itupun jika ia katakan yang demikian itu atas jalan meringankan suruhan Allah atau kerana ‘inad[35], maka jika tiada kerana yang tersebut[36] itu tiada kufur.

{Atau jika ada qiblat[37] pada pihak[38] ini, tiada[39] ia sembahyang hadap kepadanya} disyaratkan padanya seperti yang disyaratkan pada yang dahulu itu.

{Atau jika ada Allah Ta’ala memberi akan dia syurga, tiada[40] aku masuk akan dia} disyaratkan  pada kufurnya seperti yang disyaratkan pada yang dahulu[41] itu. {Padahal meringan-ringankan akan dia} maka jika dikatakan yang tersebut pada hal tiada ia meringankan dia dan tiada kerana ‘inad tiada kufur.

{Atau katanya jikalau menyiksa Allah akan daku dengan meninggalkan sembahyang, serta[42] barang yang ada aku padanya daripada sakit ini Ia menzalimkan[43] daku, atau ia berkata kedatangan[44] suatu perbuatan ini bukan dengan taqdir Allah, atau ia berkata jikalau naik saksi pada aku anbiya’[45] dan malaikat} demikian juga jika ia datangkan  lafaz anbiya’ atau malaikat kepada mendusta[46]. {Atau segala[47] muslimin[48] dengan begian[49] tiada aku terimakan dia[50]} kerana telah menunjuk Syara’ atas terpelihara[51] perhimpunan mereka itu daripada muwafakat atas dusta[52].

{Atau ia[53] berkata tiada aku berbuat begian[54] dan jika ada ia[55] sunat sekalipun} misalnya jika dikatakan[56] bagi[57] seorang “keratkan kuku kamu itu kerana iaitu sunat Nabi ص, maka jawab ia “tiada aku keratkan dan jika ia[58] sunat sekalipun” tetapi dihukumkan dengan kufurnya jika ia qasad menyenda-nyendakan dan menghinakan[59]. Dan jika dikatakan[60] baginya[61] “cukurkan kepala[62] kamu kerana cukur itu sunat” maka ia jawab “tiada aku cukurkan dan jika ia sunat sekalipun” tiadalah jadi kafir kerana cukurkan kepala itu tiada sunat melainkan pada nusuk[63] sahaja dan[64] tiada ia[65] pada nusuk. {Dengan qasad[66] menghinakan dia} maka jika tiada ia qasad suatu[67] nescaya tiada kufur.

{Atau ia berkata jika ada si anu[68] itu nabi nescaya tiada aku percaya dengan dia} bersalahan jika ia berkata jika ada si anu itu nabi aku percaya dengan dia kerana yang dahulu itu dita’liq[69] ketiadaan percaya atas keadaannya nabi, maka padanya[70] mengurangkan martabat nubuwwah kerana ia hendak mendustakan dia atas taqdirnya[71] ia nabi bersalahan yang kedua[72].

{Atau diberi fatwa[73] akan dia[74] oleh orang ‘alim maka katanya[75] “apa ini Syara’?”[76]} serta ada qarinah[77] yang menunjuk atas {dikehendak meringan-ringan akan dia} yakni akan syara’, adapun jikalau tiada qarinah itu dan tiada ia qasad suatu[78] tiada kufur ia[79].

{Atau dikatanya laknat Allah atas tiap-tiap ‘alim dikehendak[80] meliputi[81] sekelian yang melengkapi bagi salah seorang daripada anbiya’ } maka jika ia kehendakkan dengan katanya[82] “tiap-tiap” itu akan meliputi akan sekelian ulama’ sahaja[83], kata Ibnu Hajar padanya nazor[84] .

{Atau ia berkata “aku lepas daripada Allah”} yakni jauh aku daripada Allah yakni tiada aku bergantung dengan Dia. {Atau[85] daripada nabi atau daripada Qur’an atau daripada syariat atau daripada Islam, maka sekelian  tersebut itu jadi kafir murtad namanya} kerana ia melepaskan dirinya yang[86] tersebut itu.

{Atau kata bagi hukum yang dihukumkan dengan dia} oleh hakim dengan {hukum Allah yakni hukum syari’at “tiada ini daripada hukum” atau katanya “tiada aku ketahui apa hukum ini”} maka tak dapat tiada daripada ia ketahui bahawasanya hukum itu hukum syara’. Adapun jika ia tiada ketahui[87] tiada kufur ia, misalnya dihukumkan atas seorang dengan hukum syara’ maka dikatakan baginya “inilah hukum syara’” maka ia jawab “apa ini hukum”[88] {hal keadaannya mensenda-sendakan dan menghinakan dia dengan hukum Allah} maka jika tiada ia qasadkan mensenda-senda dan meringan akan syara’ nescaya tiada kufur}.

{Atau dikatanya tatkala ia taruh[89] air bejana[90], telah penuh bejananya} yakni atau berkata ia tatkala penuh bejana yang ia isi akan dia air atau seumpamanya {“piala[91] ini [92]كَأْسًا دِهَاقًا”} dan tiada syarat[93] ia berkata “piala ini” hanya memada[94] dengan katanya “apabila penuh bejana itu كَأْسًا دِهَاقًا kerana makna كَأْسًا دِهَاقًا piala yang penuh.

{Atau dituang akan syaraba} dengan[95] syin yang bertitik yakni minuman {maka adalah  كَانَتْ سَرَابًا} yakni atau berkata ia tatkala ia menuangkan minuman   فَكَانَتْ سَرَابًا  dengan sin yang tiada bertitik dan iaitu firman Allah Ta’ala {وَسُيِّرَتِ الْجِبال فَكَانَتْ سَرَابًا }[96] dan maknanya wallahu a’lam bi muradihi[97] dan diperjalankan segala bukit-bukit yakni dipindahkan dia daripada tempatnya فَكَانَتْ سَرَابًا, maka adalah sekeliannya aling-aling[98] yakni tiada suatu seperti aling-aling {yang disebutkan pada Qur’an} yakni pada surah عم يتساءلون.

{Atau tatkala[99] bertimbang[100] atau menyukat[101]} ia atau orang lain {وَاِذَا كَالُوهُم أَوْ وَزَنُوهُم يُخْسِرُونَ}[102] yang pada surah Al-Muthoffifin  dan maknanya wallu a’lam bi muradihi[103], dan apabila menyukat mereka itu bagi manusia atau menimbang mereka itu bagi manusia merugi mereka[104] itu.

{Dan dikatanya[105] tatkala melihat orang banyak berhimpun وَحَشَرْنَاهُم فَلَم نُغَادِرْ مِنْهُمْ اَحَدًا} dan maknanya wallu a’lam bi muradihi, dan kami sesak[106] akan mereka itu dan tiada kami meninggalkan daripada mereka itu seseorang {ia qasad memudahkan dan mengolok-olokkan pada sekeliannya itu} yakni pada sekelian surah yang tersebut itu daripada katanya atau dikatanya tatkala ia taruh air bejana hingga akhirnya. {Jadi kufur} yakni apabila seorang itu berkata akan yang tersebut itu pada segala ketika yang tersebut itu serta ia qasadkan memudahkan dan meringankan dan mensenda-sendakan dengan kalam Allah ـ nescaya jadilah ia kafir murtad.

{Demekian lagi tiap-tiap tempat yang disebutkan pada Qur’an[107] ia qasad menghinakan dan mensenda-sendakan} yakni demekian lagi tiap-tiap ayat atau perkataan yang[108] daripada[109] apabila dikatakan dia atas jalan olok-olok atau meringankan perkataan Allah ـ , kufur murtadlah orang yang mengatakan yang tersebut itu. {Maka jika tiada qasad yang demekian itu maka tiada kufur tetapi[110] tiada jauh[111] daripada haramnya} kerana ia isti’malkan Qur’an pada makna yang tiada dihantarkan dia[112] baginya[113].

{Atau ia maki nabi atau malaikat} sama ada nabi itu nabi kita Muhammad ص atau barangmana[114] nabi yang tetap nubuwwahnya[115]. {Atau ia berkata ia qawad[116] yakni orang yang memagang} dirumahnya {orang yang berbuat zina jika ia sembahyang} yakni atau berkata ia ia jadi qawad jika ia sembahyang, dan makna qawad itu orang yang memanggil perempuan bagi laki-laki atau laki-laki bagi perempuan supaya memperbuatkan zina maka shurah ini pun tak dapat tiada daripada disyaratkan pada kufurnya itu dengan qasad meringan-ringankan sembahyang atau mensenda-sendakan dia. Maka jika tiada ia qasadkan suatu nescaya tiada kufur ia.

{Atau} berkata ia {“apa yang mengena[117] kebajikan orang yang sembahyang”}[118] dan pada asalnya

“ كَمْ صَلَّيْتُ مَا اَصَبْتُ خَيْرًا” dengan makna “beberapa banyak aku sembahyang tiada mengenai aku akan kebajikan”, yakni tiada aku dapat akan kebajikan yakni daripada sembahyang itu “atau sembahyang ini tiada patut bagiku” kerana apabila aku sembahyang binasa hartaku atau ia kata jika aku sembahyang atau tiada sembahyang bersamaan jua.

{Dengan qasad mensenda-sendakan}  maka qaid ini kembali kepada shurah yang pertama dan yang kedua, iaitu katanya ia qawad dan katanya apa yang mengenai {Atau menghalalkan meninggalkan dia} dan qaid ini kembali kepada shurah yang keempat yang pada syarah iaitu jika aku sembahyang atau tiada kerana tersebut tersebut pada asal segala shurah itu. {Atau sempena jahat[119] dengan dia[120]} dan qayyid ini[121] kembali kepada shurah[122] yang ketiga iaitu katanya[123] “sembahyang ini tiada patut”[124]  serta barang yang ditambahkan pada syurga kerana pada asalnya ditambahkan yang tersebut itu.

{Atau berkata[125] bagi orang muslim “aku seteru kamu dan seteru nabi kamu” atau dikata bagi Syarif “aku seteru kamu dan seteru nenek” kamu dikehendak dengan dia[126] Nabi ص }[127] kerana Syarif itu anak cucu Rasulullah daripada Sayyidina Al-Hasan dan Sayyid itu keturunannya daripada Al-Hussain atas istilah orang Hijaz.

{Dan hasil[128] kebanyakan demikian i’barat itu sekeliannya[129] kembali kepada i’tiqad}  seperti yang disebutkan dia pada bagi yang pertama {atau[130] perbuatan} seperti yang tersebut pada bagi yang kedua {atau[131] perkataan} seperti barang yang tersebut pada bagi yang ketiga. {yang menunjukkan[132] atas menghinakan dan mensenda-sendakan, dan meringankan dengan Allah atau dengan kitabNya atau rusulNya[133]} dengan[134] dhommah ra’  jama’ bagi rasul.

{Atau malaikat atau akan tanda kenyataan agama[135] atau akan hukumNya} yakni hukum Allah Ta’ala maka iaitu Ilmu Syariat[136]. {dan akan janjian kebaikan atau kejahatan} yakni atau janjian kejahatan {jadi kafir murtad}  yakni bermula i’tiqad dan perbuatan dan perkataan yang menunjukkan[137] atas yang tersebut itu jadi kafir murtad orang yang mendatangkan[138] dia[139].

{Berlindunglah kita daripada yang demikian itu dengan Allah daripadanya[140]}[141] maka katanya “daripadanya” itu berulang dengan katanya “daripada yang demekian itu” maka tiada berkehendak lagi kepadanya[142]. {Maka hendaklah[143] ditakut sebenar-benar takut dan dipeliharakan[144] daripadanya[145] dengan belajar ‘Ilmu Syariat supaya dapat kita jauhkan dirinya} daripada perkara riddah itu.

{ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم} dan tiada daya[146] dan[147] upaya[148] melainkan dengan[149] Allah yang Maha Tinggi[150] lagi Maha Besar[151], tatkala selesai musonnif  daripada menyatakan barang yang hasil dengan dia riddah memulai ia[152] menyatakan[153] barang yang wajib atas murtad[154] itu dengan katanya[155]:

[1] Dan bermula.

[2] Daripada tiga bahagian riddah.

[3] Perkataan seseorang.

[4] Menjadikan dia.

[5] Boleh rujuk kepada “bahagi yang ketiga” atau “perkataan yang menjadikan murtad”, tetapi

didalam kaedah rujuk yang lebih dekat itu lebih awla (lebih berhak) iaitu “perkataan yang

menjadikan murtad”.

[6] Tiada terhingga bilangannya.

[7] من للتبعيض.

[8] Nya: amat banyak.

[9] Seorang.

[10] اسم فاعل. أَسْلَمَ – يُسْلِمُ – إِسْلام – فهو مُسْلِمٌ

Yang bersifat dengan Agama Islam.

[11] Jangan bermudah-mudah mengatakan muslim yakni orang yang bersifat dengan Islam kafir sebab

sekiranya dia tidak kafir pada hakikatnya maka kafir itu kembali kepada kita. Kalau jelas-jelas kafir

bukan beragama Islam seperti orang Hindu, maka tidak mengapa mengatakan dia kafir sebab

memang pada hakikatnya dia kafir. Ini berdasarkan hadith nabi S.A.W

أيما رجل قال لأخيه يا كافر فقد باء بها أحدهما إن كان كما قال ، وإلا رجعت عليه))    ))

Maksudnya: Sesiapa yang berkata kepada saudaranya “wahai orang kafir”  

     maka salah seorang di antara kedua orang itu menjadi kafir. Apabila orang yang dikatakan itu   

     memang kafir maka jelas ia yang kafir, tetapi bila orang yang dikatakan itu tidak kafir maka  

     ucapan  itu kembali kepada orang yang mengucapkannya.

[12] Ketiadaan ta’wil: yakni kata yang sebenar-benarnya dengan hati dan mengkehendaki perkataan

kafir itu maksudnya kafir agama.

[13] Seorang yang mengata.

[14] Nya: memanggil orang “ya kafir”.

[15] Lagi pula haram mengata kepada seorang “ya kafir”.

[16] Diketahui.

[17] Diketahui dengan terang-terang dan diketahui semua orang. Tidak berhajat kepada tilik fikir dan

kepada dalil. Hinggakan budak-budak pun tahu. Jika seseorang itu mengatakan bahawa dia tidak

tahu hukum yang diketahui dengan dhorurah seperti wajib solat dan haram menyakiti muslim,

ianya tidak dimaafkan dan dia dianggap sebagai tahu juga.

[18] Tidak diqasadkan mana-mana.

[19] Atau berkata ia bagi muslim.

[20] Keturunan nabi Ya’qub daripada anaknya bernama Yahuda.

[21] Orang yang.

[22] “Hai yang tiada mempunyai ugama”.

[23] Jual beli.

[24] Seorang yang mengata.

[25] Muslim yang dia kata.

[26] Sangkutan.

[27] Orang yang mengata.

[28] “Ya kafir”, “Ya Yahudi”, “Ya Nasrani”, dan “Hai yang tiada mempunyai agama”.

[29] Mempersenda.

[30] Mengerja kebaikan.

[31] Nya: syurga.

[32] Melakukan kejahatan.

[33] Contoh senda-senda “Neraka itu kan luas, tuhan memang buat untuk kita. Kalau kita tak masuk siapa lagi yang nak masuk”.

[34] Menyuruh Allah akan daku.

[35] Degil.

[36] Meringankan suruhan Allah dan ‘Inad.

[37] Qiblat solat.

[38] Mana-mana pihak (arah) seperti utara, selatan, barat dan lain-lain.

[39] Nescaya tiada.

[40] Nescaya tiada.

[41] Kufur kalau kerana bermain-main atau ‘inad. Jika tiada kerana yang tersebut itu tiada kufur.

[42] Padahal.

[43] والظُلْمُ: وَضَعُ الشَّئ في غير مَوْضِعِهِ.

Maksud zalim ialah: meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya.

[44] Berlaku.

[45] Oleh anbiya’. Anbiya’: Nabi-nabi.

[46] Bangkit bohong.

[47] Oleh segala.

[48] Yang melengkapi iman.

[49] Kata begian. Isyarat dengan suatu perkara.

[50] Naik saksi daripada anbiya’, malaikat dan muslimin.

[51] Lepas.

[52] Berdasarkan hadith Nabi ص (( لا تجتمع أمتي على الضلالة)) maksudnya: tidak akan berhimpun 

     umatku atas  kesesatan.

[53] Seorang muslim y melengkapi iman.

[54] Perkara yang disuruh oleh syara’.

[55] Perkara yang begian itu.

[56] Dikatakan oleh seseorang.

[57] Kepada

[58] Kerat kuku.

[59] Menghinakan sunnah Rasulullah ص.

[60] Oleh seseorang.

[61] Bagi seorang yang lain.

[62] Perkataan majaz. Pada hakikatnya ialah cukur rambut bukannya cukur kepala.

[63] Ibadah haji.

[64] واو الحال

Dengan makna padahal.

[65] Orang yang berkata “tiada aku cukurkan dan jika ia sunat sekalipun”.

[66] “Dengan qasad” ta’lluq  pada jadi kufur.

[67] Akan suatu.

[68] Maksudnya seseorang. Dalam bahasa arab disebut فُلان .

[69] Ta’alluq pada jadi kufur.

[70] Nya: perkataan ini.

[71] Andai kata.

[72] “Jika ada si anu itu nabi aku percaya dengan dia”

[73] Hukum.

[74] Seseorang

[75] Nya: seseorang.

[76] “Hukum syara’ apa ni?”

[77] Bukti atau dalil.

[78] Ada qarianah tapi tidak qasad tidak kufur.

[79] Walaupun tidak kufur tetapi tetap haram.

[80] Dikehendak dengan perkataan yang tersebut itu.

[81] Merangkumi atau melengkapi.

[82] Nya: “Laknat Allah atas tiap-tiap ‘alim”.

[83] Tidak termasuk anbiya’.

[84] Ditilik.

[85] Atau lepas

[86] Daripada yang.

[87] Tiada ketahui bahawasanya hukum itu hukum syara’.

[88] “Hukum apalah macam ini”

[89] Tuang.

[90] Bekas untuk isi air seperti timba.

[91] Bejana.

[92] Surah Al-Naba’: 34

[93] Tidak qayyid.

[94] Pada hukum kufur.

[95] Hal keadaan dibaca syaraba dengan.

[96] Surah Al-Naba’: 20

[97] Allah mengetahui akan maknanya.

[98] Di Fathoni dibaca dengan Alang-alang. Di Malaysia dipanggil fatamorgana.

[99] Tatkala ia seseorang.

[100] Menimbang.

[101] Menyukat apa-apa barang.

[102] Surah Al-Muthoffifin: 3

[103] Allah mengetahui akan maknanya.

[104] Manusia.

[105] Nya: seseorang.

[106] Berhimpit-himpit.

[107] Contoh lain: ada orang buat tapai nak bagi manis dia baca فَأَمَّا مَنِ اسْتَغْنَى

Ada juga yang main-mainkan ayat Al-Quran bila baca ayat فىِ عَمَدٍ مُّمَدَّدَةٍ  kemudian dia sebut “pi kot

Kulim balik kot Kedah”.

[108] Yang adalah.

[109] Daripada Al-Quran.

[110] استدرك.

[111] Tiada lepas.

[112] Makna.

[113] Bagi Al-Quran.

[114] Mana-mana.

[115] Keadaannya menjadi nabi sungguh.

[116] اسم فاعل.

Maksudnya bapa ayam. “Daripada aku sembahyang baik aku jadi bapa ayam”.

[117] Dapat.

[118] “Dapat kebaikan apa sembahyang ni!!)

[119] Terkena sial seperti merugikan perniagaan atau menyebabkan kematian keluarga.

[120] Solat.

[121] Sempena jahat dengan dia.

[122] Masalah.

[123] Nya: seorang.

[124] Tiada patut bagiku.

[125] Berkata seorang.

[126] “nenek kamu”.

[127] Dalam sejarah dicatitkan bahawa Sayyidina Umar pernah membunuh seorang di Madinah. Orang

itu berkata kepada Sayyidina ‘Umar “Muhammad itu sahabat kamu” kemudian terus Sayyidina

‘Umar bunuh orang itu dengan pedang sebab perkataan itu membawa maksud bahawa Nabi

Muhammad itu sahabat bagi ‘Umar tetapi bukannya sahabat bagi lelaki itu. Sila lihat kitab Itmam

Al-Wafa’ karangan  Syaikh Muhammad Al-Khudri Bik. Tidak boleh juga kata Nabi Muhammad ص

kalah dalam perang, dikuasai atau diperintah, lari daripada perang, dan bersembunyi diri kerana

semua itu mengurangkan martabat nabi.

[128] Kesimpulan

[129] Daripada awal perbahasan riddah hingga akhir.

[130] Atau kembali kepada.

[131] Atau kembali kepada.

[132] Memberi faham.

[133] Didalam kitab I’anah Al-Tholibin ada menyebutkan bahawa sesiapa yang tidak  berdiri dengan

qasad menghina sedangkan semua orang berdiri ketika sambutan Maulidul Rasul hukumnya adalah

kafir.

[134] Hal keadaan “rusulnya” dibaca dengan

[135] Tanda kenyataan agama: Syi’ar.

[136] Feqah, Usuluddin dan Tasawwuf.

[137] Memberi faham.

[138] Mengerjakan

[139] Salah satu daripada tiga iaitu i’tiqad, perbuatan,  atau perkataan.

[140] Nya: yang demikian itu.

[141] نعوذ بالله من ذلك

[142] Nya: perkataan “daripadanya”.

[143] Wajiblah yakni wajib syara’.

[144] Kena kenal dahulu akan perkara-perkara riddah barulah boleh memelihara  diri daripada menjadi

murtad.

[145] Nya: perkara riddah.

[146] Tiada daya nak lepaskan diri daripada ma’siat kerana wujudnya nafsu dan syaitan.

[147] Dan tiada.

[148] Tiada kuasa atau kekuatan nak buat taat kepada Allah.

[149] Dengan pertolongan.

[150] Tinggi darjat.

[151] Besar darjat.

[152] Musonnif.

[153] Menerangkan.

[154] Andai kata seorang itu murtad apa yang wajib dilakukan keatasnya.

[155] Nya: musonnif

Rujukan: Kitab Kifayatul Muhtadi karangan Syeikh Wan Muhammad Nur bin Muhammad bin Ismail  al-Fathoni, Cetakan Matba’ah Halabi Fathoni, hal 20-29.

1 comment: