Bahagian Pertama; I’tiqad
((Maka bahagi[1] yang pertama)) i’tiqad[2] iaitu seperti ia[3] syak[4] pada[5] Allah} pada wujud tuhan seperti yang dikatakan dia oleh Dahriyyah[6] {atau[7] pada rasulnya} pada benar ia pesuruhan daripada Allah atau tiada, dan dikehendakkan rasul itu tiap-tiap rasul yang daripada dua puluh lima itu atau mendusta ia[8] akan rasul atau nabi atau maki akan rasul atau nabi[9] .
{Atau[10] pada Quran} yakni atau syak pada keadaan Quran itu daripada Allah ـ {atau[11] pada hari yang akhir} yakni atau syak ia pada keadaan hari kiamat {atau[12] akan syurga atau akan neraka atau bangkit hari kiamat atau pada pahala dan siksa atau lainnya} yakni syak ia pada keadaan sekeliannya yang tersebut itu {atau umpama yang demikian itu[13] daripada barang yang sudah muafakat[14] ulama’ atasnya} seperti hasyar[15] dan nasyar[16] dan hisab[17] dan lainnya.
{Kufur ia} dengan[18] syaknya pada suatu[19] daripada yang tersebut itu {atau tiada ia i’tiqod[20] atau syak akan satu sifat daripada sifat-sifat Allah[21] yang wajib[22] bagiNya dengan ijma’ ulama’ seperti ‘ilmun} maka apabila seorang tiada i’tiqadkan ada bagi Allah ـ ilmu[23] yang bergantung[24] dengan kulliyat[25] dan juz’iyyat atau i’tiqad ia[26] bahawa bagi[27] Allah itu sifat ilmu tetapi tiada bergantung[28] dengan juz’iyyat[29], jadilah ia murtad dengan yang demikian itu.
{Atau dibangsakan[30] bagiNya[31] sifat yang wajib kita sucikan dia[32] daripadaNya dengan ijma’[33] seperti berjisim[34] atau[35] masuk pada suatu[36] atau[37] bersatu dengan sesuatu[38], sekelian[39]} itu[40] {i’tiqad kufur} maka jadilah ia murtad dengan yang demikian itu[41].
{Atau menghalalkan yang haram dengan ijma’[42]} segala ulama’[43] dan diketahuikan haramnya daripada ugama dengan dhorurat[44]. Dan tiada harus tersembunyi hukum itu atasnya dan tiada diterima daripadanya dakwa akan jahil hukum itu. Adapun pada batin jika ada ia jahil akan dia, maka diuzurkan dia {seperti zina dan membunuh nafsu[45] yang diharamkan dia[46] dan mencuri[47] dan merampas[48]} dan seperti liwat dan aniayai[49] dan minum arak dan lainnya.
{Atau mengharamkan yang halal[50]} atau[51] yang makruh {demikian jua} yakni dengan ijma’ segala ulama’ dan diketahuikan dia[52] daripada ugama dengan dhorurat dan tiada harus tersembunyi hukum itu atasnya {seperti berjual beli[53] dan nikah} dan makan dan minum dan lainnya
{Atau ia nafikan} yang wajib {yang sudah ijma’ ulama’ atasnya} dan maklum ia daripada Ugama dengan dhorurat dan tiada harus tersembunyi atasnya {seperti sembahyang fardhu yang lima waktu atau satu sujud daripadanya[54] dan seperti zakat[55] dan puasa[56] bulan ramadhan dan haji atau air sembahyang[57], jadi kufur orang itu} katanya jadi kufur orang itu jawab bagi katanya “atau tiada ia i’tiqad atau syak hingga akhirnya”.
{Atau diwajib[58] akan barang[59] yang tiada wajib dengan ijma’ ulama’} atasnya {demikian jua} yakni dan diketahuikan dia daripada Ugama dengan dhorurah dan tiada harus tersembunyi hukum itu atasnya seperti i’tiqodkan wajib sembahyang itu enam fardhu[60].
{Atau dinafikan[61] yang disunatkan[62] dengan ijma’ ulama’ atasnya demikian jua} yakni dan diketahuikan dia daripada Ugama dengan dhorurah dan tiada harus tersembunyi atasnya seumpama dinafikan sunat rawatib[63] dan sunat dua hari raya. {Jadi kafir} orang itu[64], telah berkata Imam Ghazali “Orang yang sangka[65] ada baginya[66] kelakuan[67] dengan Allah Ta’ala menggugurkan barang yang wajib atasnya[68] seperti sembahyang atau mengharuskan[69] baginya yang haram seperti minum khamar, wajib dibunuhkan[70] kerana banyak mudhoratnya.”
{Atau ia mencita[71] atas kufur pada masa yang lagi akan datang, atau ia hendak memperbuat suatu daripada barang yang tersebut itu} yang disebutkan dia oleh musonnif[72] daripada katanya seperti ia syak pada Allah hingga akhirnya.
{Atau ia taraddud[73] pada dirinya kufur atau tiada yakni syak ia pada imannya} atau taraddud ia hendak kufur atau tiada pada masa yang lagi akan datang, kufur ia pada ketika itu juga kerana menafi ia akan Islam[74]. {Tetapi tiada jadi kufur sebab[75] was was[76]} pada barang yang tersebut atau lainnya kerana was was itu daripada syaitan[77].
{Dan demikian lagi jadi kafir orang yang ingkarkan Sayyidina Abi Bakar itu sahabat nabi} dan tiada kufur orang yang ingkarkan seperti Sayyidina ‘Umar dan ‘Uthman dan ‘Ali itu sahabat nabi kerana bersahabat Abu Bakar dengan nabi sabit dengan nas Qur’an bersalahan yang lainnya[78].
{Atau ia nafikan seorang daripada rasul yang muafakat ulama’ atas rasulnya[79]} seumpama berkata ia ‘Isa Al-Masih tiada disuruhkan dia oleh Allah Ta’ala atau ia menafikan seorang daripada anbiya’ yang telah ijma’ ulama’ atas nubuwahnya[80].
{Atau ia ingkar suatu huruf yang sudah muawafakat ulama’ atasnya daripada Qur’an} adapun بسم الله الرحمن الرحيم yang[81] pada Fatihah[82] itu tiada kufur[83] orang yang ingkar keadaannya[84] daripada Fatihah kerana tiada ijma’ ulama’ atasnya.
{Atau ia lebihkan dia} yakni lebihkan satu huruf {padanya} yakni pada Qur’an {yang sudah muawakat ulama’ pada bukan} huruf itu {daripada Qur’an} maka kufurlah orang yang i’tiqadkan yang demikian itu.
{Atau ia dustakan[85] seorang pesuruh Allah} sama ada ia mendustakan rasul itu pada asal risalahnya[86], seperti ia nafikan risalahnya[87], atau ia mendustakan pada setengah-setengah perkataannya[88].
{Atau ia kurangkan[89] martabatnya seperti ia tashghirkan[90] namanya seperti dikatakan مُحَيْمِدٌ[91] atau اُحَيْمِدٌ [92] serta menghendakkan kehinaannya[93]. {Atau dimudahkan namanya} yakni tiada ia memuliakan nama nabi seperti ia campakkan namanya[94] pada suatu yang[95] kotor. {Atau ia hinakan dengan qasad mengurangkan dan menghinakan dia} maka jika tiada dengan qasad yang demikian itu tiada kufur ia dengan yang tersebut itu.
{Atau ia harus} akan {boleh jadi nabi[96] kemudian daripada nabi kita Muhammad ص} atau ia i’tiqad keadaan warna[97] nabi itu hitam atau bukan Qursyi[98] {atau lainnya[99] yang umpamanya} seperti meringan[100] ia akan barang yang disuruhkan[101] atau barang yang ditegahkan dia atau meringankan perjanjian Allah Ta’ala dengan kebajikan atau dengan siksa atau lainnya. {Maka yang demikian itu jadi} orang yang i’tiqad akan salah suatu daripada yang tersebut itu {kafir} murtad.
[1] Sebab-sebab murtad
[2] Ialah I’tiqad
[3] Seorang itu
[4] Antara yang berkaitan dengan syak ialah zhon, waham, jahil basith dan jahil murakkab.
[5] Pada segala sifat-sifat kamalat (kesempurnaan)
[6] Wujud dizaman Abu Hanifah. Abu Hanifah pernah berdebat dengan Raja Dahri. Ruju’ kisah ini di
dalam kitab ‘Aqidah Al-Najin dan kitab Dur Al-Samin itu juga
membuktikan bahawa penggunaan aqal sebagai dalil dalam memahami aqidah sudah
wujud sejak pada zaman Imam Abu Hanifah lagi.
[7] Atau syak.
[8] Seorang itu.
[9] Atau sunnah rasul dan nabi.
[10] Atau syak.
[11] Atau syak.
[12] Atau syak.
[13] Yang tersebut itu.
[14] Ittifaq. Kalau tidak ijma’ maka tidak kufur.
[15] Himpunan di padang mahsyar.
[16] Bangkit bertaburan daripada perkuburan masing-masing kemudian dihalau oleh malaikat ke
padang mahsyar.
[17] Hitung amalan.
[18] باء السببية
[19] Perkara
[20] Langsung
[21] Paling kurang sifat yang wajib dipelajari dan dii’tiqad ialah 20 sifat
[22] Wajib pada ‘akal iaitu ما لا يتصور في العقل عدمه maksudnya: perkara yang tidak boleh diterima pada
akal akan tidaknya.
[23] Merupakan antara sifat Allah Ta’ala yang diittifaq ulama’ Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jama’ah.
[24] تعلق
Maksudnya tahu. Apabila Allah bersifat dengan sifat Ilmu maka dia mengetahui (ثمارة الصفة) akan
segala كُلِّيَات dan جُزْئِيَات
[25] Secara إجمال
[26] Seorang
[27] Ada
[28] Mengetahui
[29] تفصيل
[30] Dinisbahkan
[31] Allah
[32] Sifat
[33] Ulama’
[34] Ta’rif Jisim ما تركب من جوهرين فردين فأكثر : . Perkara yang tersusun daripada dua jauhar firid atau lebih daripada dua jauhar firid.
Hasil daripada ta’rif jisim ialah:
1) Sesuatu yang ada
2) Bawa diri sendiri (tidak menumpang pada yang lain)
3) Mengambil (mengisi) ruang
4) Kena jadi (Dijadikan)
5) Baharu
6) Menerima belah bahagi
Kalau ada orang yang mengatakan jisim secara ithlaq jangan lagi hukumkan kufur, kenalah ambil
sikap cermat dan berhati. Kufur seseorang itu kalau dia i’tiqad Allah Ta’ala jisim seperti segala
jisim. Tidak dihukum kufur dan hanya mubtadi’ sekiranya seorang itu i’tiqad Allah Ta’ala itu jisim
tetapi tidak sama seperti jisim-jisim yang lain. Walaubagaimanapun dia tetap duhukum sebagai
orang yang derhaka dan haram kita i’tiqad seperti kerana ianya nak membawa kepada kekufuran
jua. Sila ruju’ kitab Hasyiah Al-Dusuqi ‘ala Umm Al-Barahin “واعلم أن من اعتقد أن الله جسم كالأجسام فهو كافر. ومن المعتقد أنه جسم لا كالأجسام فهو عاص غير كافر" maksudnya “ketahuilah olehmu bahawa
barangsiapa yang beri’tiqad bahawa Allah Ta’ala itu jisim seperti jisim-jisim maka dia adalah kafir,
dan barangsiapa
yang beri’tiqad bahawa Allah Ta’ala itu jisim tidak seperti jisim-jisim maka dia adalah seorang
maksiat bukan kafir”.
Janganlah mudah-mudah menghukumkan kufur kepada Ahl Al-Qiblat. Mujassimah ghairu sorih
bukan menjadi ittifaq ulama’ untuk dihukumkan kufur. Hanya yang ijma’ ialah mujassimah sorih
yang boleh dihukumkan kufur.
[35] Atau tuhan.
[36] Disebut hulul.
[37] Atau tuhan.
[38] Disebut ittihad seperti “kita adalah tuhan, tuhan adalah kita”. Hulul dan Ittihad disini yang
dimaksudkan ialah bagi orang yang bukan mencapai maqam fana’, orang yang mabuk dengan
tuhan sehingga dia melupakan segala benda yang lain. Dia adapun tidak rasa dia ada, lalu dia pun
cakap “Aku adalah Allah”. Maka orang zahir kena ta’wil perkataan itu “dia ada adalah tanda
kenyataan ada Allah. Dia hanya nampak perbuatan Allah dan tidak nampak perbuatan dia sendiri”.
Sekiranya seorang itu tidak mencapai maqam yang tersebut dan dia i’tiqad dengan hulul dan
ittihad maka hukumnya kufur.
[39] Bermula sekelian.
[40] I’tiqad itu ialah
[41] I’tiqad itu
[42] Yakni kesepakatan empat Imam Mujtahid, demikian faedah itu diberikan oleh Syaikh Al-Bujairimiy.
Kalau tidak ijma’ (berlaku khilaf) dikalangan ulama’ maka tidak dihukumkan kufur.
[43] Yang mu’tabar.
[44] Secara terang-terang dan tidak berhajat kepada dalil lagi. Contohnya minum arak semua orang
tahu haram sehinggakan budak-budak dan orang kafir pun tahu.
[45] Diri seseorang. Pembunuhan ialah: sesuatu perbuatan yang menghasilkan dengannya akan
kehilangan nyawa.
[46] Diri seseorang. Yang haram darahnya dibunuh.
[47] Iaitu mengambil harta orang lain secara sembunyi dari tempat penjagaan harta yang sepadannya.
[48] Iaitu mengambil sesuatu secara zalim dan terang-terangan, baik berupa harta atau yang lainnya.
[49] Menzalimi.
[50] Iaitu segala sesuatu yang tidak diancam siksaan dalam menggunakannya.
[51] Atau mengharamkan.
[52] Halal sesuatu itu.
[53] Iaitu pertukaran barang berharga dengan harta yang bernilai, secara penyerahan pemilikan dan
penerimaan pemilikan.
[54] Nya: sembahyang.
[55] Yakni selain zakat perniagaan, kerana sesungguhnya dalam masalah zakat perniagaan terdapat
qaul qadim mengenai tidak wajibnya zakat dalam perniagaan. Kerana itu tidak menjadi kafir orang
yang menentang zakat perniagaan, demikian faidah itu diberikan oleh Syaikh Al-Ziyadiy.
[56] Iaitu menahan diri dari makan, minum dan bersetubuh bermula daripada subuh sehingga
terbenam matahari, disertai niat pada setiap malamnya.
[57] Wudhu’ adalah membasuh dan mengusap keatas anggota-anggota yang tertentu disertai dengan
niat yang diperhitungkan.
[58] Dihukum wajib.
[59] Suatu perkara atau hukum.
[60] Ittifaq ulama’ bahawa solat fardhu itu 5 waktu dan diketahui dengan dhorurah.
[61] Dihukumkan kata tidak.
[62] Hukum yang disunatkan.
[63] Yang dimaksudkan dengan solat rawatib ialah solat-solat sunat yang mengikuti fardhu. Dan solat
rawatib terdapat istilah lain untuknya, iaitu solat-solat sunnah yang dibatasi waktu pada satu
waktu tertentu. Maka solat tarawih dan solat hari raya dan solat dhuha merupakan solat rawatib
menurut definisi yang kedua, dan bukan solat rawatib menurut definisi yang pertama, demikian
faidah itu diberikan oleh Syaikh Al-Damiriy.
[64] Orang telah beri’tiqad dengan perkara yang telah disebutkan.
[65] Dalam hatinya.
[66] Nya: orang.
[67] Satu hal.
[68] Nya: orang.
[69] Menghukum harus.
[70] Akan dia oleh pemerintah. Orang yang halal darah seperti orang yang bunuh keluarga kita, kita
tidak boleh bunuh balas tetapi yang boleh bunuh hanyalah pemerintah.
[71] Mencita-cita. Dengan bahawa ia berazam pada hari ini untuk menjadi kafir esok hari, maka ia
menjadi kafir pada ketika itu juga. Kerana sesungguhnya kesinambungan keislaman merupakan
suatu syarat, maka apabila ia berazam untuk menjadi kafir, maka ia menjadi kafir ketika itu juga.
[72] Pengarang matan kitab Sulam Al-Mubtadi.
[73] Syak. Adapun hadith nabi ص ((جَدِّدُوا إِيْمَانُكُمْ لَا إِلَهَ إلا الله)) bukan suruh memperbaharui iman dengan
mengucap أشهد أن لا إله الله tetapi dengan zikir لا إله إلا الله
[74] Pada dirinya sendiri.
[75] Dengan sebab
[76] Was was tidak jadi aqidah. Didalam solat sekiranya seorang itu was was tidak membatalkan solat
dia tetapi sekiranya dia syak didalam solat seperti syak bilangan raka’at maka batal solatnya.
[77] Sebagai ujian daripada Allah kepada hambaNya.
[78] Kerana tidak disabit didalam Al-Quran.
[79] Kerasulannya.
[80] Keadaan dia jadi nabi.
[81] Yang ada.
[82] Berlaku khilaf dikalangan Imam Empat Mazhab. Ada yang berpendapat bahawa بسم الله الرحمن الرحيم
termasuk didalam surah Al-Fatihah dan ada juga yang berpendapat bahawa بسم الله الرحمن الرحيم
bukan termasuk didalam surah Al-Fatihah.
[83] Perhatian!!. Tiada kufur hanyalah بسم الله الرحمن الرحيم pada surah Al-Fatihah bukannya pada surah
Al-Naml ayat 30. Maka tidak boleh kata بسم الله الرحمن الرحيم langsung bukan daripada Al-Quran.
[84] Nya: بسم الله الرحمن الرحيم
[85] Bangkit bohong.
[86] Keadaan dia jadi rasul.
[87] Nya: Rasul.
[88] Nya: Rasul.
[89] Menghina atau mengurangkan martabat rasul.
[90] Memperkecilkan rasul. Dibuat وزن تصغير
[91] مُحَمَّدٌ – وزن مُكَبَّر.
مُحَيْمِدٌ – وزن تصغير
[92] أَحْمَدٌ – وزن مكبر
اُحَيْمِدٌ – وزن تصغير
[93] Nya: محمد dan احمد
[94] Nya: nabi
[95] Tempat yang
[96] Ada lagi nabi. Sedangkan tiada lagi nabi selepas Nabi Muhammad ص berdasarkan hadith
((لَانَبِيَّ بَعْدِي)) disini ialah نفي الجنس ل. Orang yang mengaku jadi nabi kufur dan orang yang percaya akan
orang yang mengaku jadi nabi pun kufur juga.
[97] Warna kulit. Warna kulit nabi putih kemerah-merahan.
[98] Arab Quraish.
[99] Nya: yang tersebut.
[100] Membuat ringan.
[101] Oleh Allah Ta’ala.
Rujukan: Kitab Kifayatul Muhtadi karangan Syeikh Wan Muhammad Nur bin Muhammad bin Ismail al-Fathoni, Cetakan Matba’ah Halabi Fathoni, hal 20-29.
[…] I’tiqad-I’tiqad Yang Menjadikan Seseorang Itu Murtad […]
ReplyDelete