Monday, 28 January 2013

Kisah Rasulullah S.A.W Dengan Rahib Bahira



Apabila umur Rasulullah S.A.W mencapai dua belas tahun- Dikatakan dua belas tahun dua bulan sepuluh hari- Abu Talib membawanya berdagang di Syam. Apabila mereka sampai ke Basra – yang dianggap termasuk dalam kawasan Syam dan ibu negeri Hawran yang pada masa itu ialah ibu negeri bagi negeri-negeri Arab yang tunduk kepada pemerintahan Rom. Di negeri itu ada seorang rahib yang dikenali dengan nama Bahira, namanya ialah Jarjis. Apabila rombongan Abu Talib singgah disitu , Bahira keluar kepada mereka dan menyambutnya sebagai tetamu yang dimuliakan, padahal sebelum itu dia tidak pernah keluar kepada mereka. Dia mengenali sifat Rasulullah S.A.W. Sambil memegang tangan baginda, beliau berkata: Inilah ketua seluruh alam, budak ini diutuskan oleh Allah sebagai rahmat untuk sekelian alam. Lalu Abu Talib berkata: Bagaimana kamu tahu? Jawabnya: Ketika kamu bertolak dari ‘Aqabah, tidak ada sebutir batu atau sepohon pokok melainkan semuanya tunduk sujud, dan ia tidak sujud melainkan kepada seorang nabi. Sesungguhnya aku mengenalinya dengan cap kenabian di bawah tulang belikatnya seperti buah epal. Kami dapatinya ada disebutkan dalam kitab-kitab kami. Bahira meminta Abu Talib supaya membawa pulang Rasulullah S.A.W, jangan dibawa pergi ke Syam kerana bimbang nanti orang-orang Yahudi akan melakukan sesuatu yang buruk. Lalu Abu Talib pun menghantar pulang Rasulullah S.A.W bersama sebahagian pembatunya ke Mekah

Rujukan:
Safiyyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri (2011), Sirah Nabawiyyah S.A.W. Muhammad Ramzi Omar (terj), c. 6. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, h. 70.

No comments:

Post a Comment