Monday, 28 January 2013
ILMU ITU ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA HARTA KERANA..
Kata Saiyyidina Ali k.w: ilmu itu adalah lebih daripada harta kerana:
1 ) Ilmu adalah warisan para nabi,manakala harta adalah warisan Qarun dan Fir’aun.
2 ) Ilmu menjaga dan memelihara tuannya, manakala harta pula, tuannya perlu menjaganya.
3 ) Orang yang mempunyai ilmu, ramai sahabatnya. Manakala orang yang mempunyai harta, ramai musuhnya.
4 ) Ilmu itu jika diajarkan, ia akan bertambah. Manakala harta pula jika dibelanjakan ia akan berkurangan.
5 ) Orang yang berilmu diseru dengan nama kebesaran dan kemuliaan. Manakala orang yang berharta pula diseru dengan kecelaan dan kebakhilan.
6 ) Ilmu tidak perlu dijaga daripada pencuri. Manakala harta pula perlu dijaga dari kecurian.
7 ) Ilmu dapat memberi syafaat kepada tuannya. Orang yang berilmu dapat memberi syafaat kepada orang lain. Manakala orang yang berharta, akan dihisab pada Hari Kiamat.
8 ) Ilmu adalah kekal, manakala harta akan kehabisan dan tidak akan kekal.
9 ) Ilmu dapat menerangkan hati. Manakala harta pula dapat mengeraskan hati.
10 ) Orang yang berilmu mendakwa kehambaan (bersifat rendah diri). Manakala orang yang berharta mendakwa ketuhanan.
Rujukan: Amalan dan Petua Ulama Silam dalam Menuntu Ilmu oleh Abu Al-Baqir Al-Dusuqi, Terbitan Al Baqir Enterprise: Kelantan, hal. 15
Labels:
ILMU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment