Monday, 28 January 2013
18 Mahram (yang diharamkan kahwin)
Mahram terbahagi kepada 3 kategori:
1) Nasab – ada 7 jenis
2) Radha’ah (susuan) – ada 7 jenis
3) Musoharah (berambil-ambilan atas jalan perkahwinan) – 4 jenis
Nasab:-
1) Ibu dan ibu bagi ibu dan seterusnya ke atas
2) Anak (perempuan) dan anak bagi anak dan seterusnya ke bawah
3) Saudara (perempuan) sama ada seibu sebapa, seibu, atau sebapa
4) Anak (perempuan) bagi saudara kita sebelah lelaki dan seterusnya ke bawah
5) Anak (perempuan) bagi saudara kita sebelah perempuan dan seterusnya
ke bawah.
6) Ibu saudara sebelah bapa (saudara perempuan bagi bapa)
7) Ibu saudara sebelah ibu (saudara perempuan bagi ibu)
Radha’ah:-
1) Ibu susuan dan ibu bagi ibu susuan dan seterusnya ke atas
2) Anak susuan (perempuan) dan anak bagi anak susuan dan seterusnya ke
bawah
3) Saudara susuan (perempuan)
4) Anak (perempuan) bagi saudara susuan sebelah lelaki
5) Anak (perempuan) bagi saudara susuan sebelah perempuan
6) Ibu saudara sebelah bapa susuan
7) Ibu saudara sebelah ibu susuan
Musoharah:-
1) Anak tiri perempuan (dengan syarat seseorang itu sudah berjima’
dengan ibu kepada anak tiri tersebut)
2) Ibu tiri (dengan syarat ayah kita sudah berjima’ dengan ibu
tiri)
3) Ibu mertua
4) Menantu (perempuan)
Maka kesemua ini haramlah dikahwini selama-lamanya (haram muabbad) dan tidak batal wudhu’ apabila bersentuhan kulit. Aurat dengan mahram ialah antara pusat dan lutut.
Perhatian!!!! Pembahagian mahram diatas ialah nisbah kepada lelaki, adapun mahram nisbah bagi perempuan hendaklah ditukar perkataan perempuan kepada lelaki, ibu kepada bapa.
Labels:
FEQAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment