Tuesday, 22 May 2012

Kewajipan Belajar Usuluddin (50 Aqidah) dan Mendahuluinya daripada Ilmu yang lain



قال السنوسي: وليس يكون الشخص مؤمنا إذا قال أنا جازم بالعقائد


Telah berkatalah oleh Imam Sanusi: Tidak adalah seseorang itu mukmin (disisi Allah) apabila berkata ia seorang aku pegang putus (di hati) dengan segala aqoid (yang 50 sekalipun)

 ولو قطعت قطعا قطعا لا أرجع عن جزمي هذا


Jikalau dipotong akan daku sepotong-sepotong, tiada kembali aku daripada pegangan aku ini

 بل لا يكون مؤمنا حتى يعلم كل عقيدة من هذه الخمسين بدليلها


Bahkan tidak adalah ia seorang yang beriman sehingga mengetahui ia akan tiap-tiap satu aqidah daripada ini 50 dengan segala dalilnya.

 وتقديم  هذا العلم فرضا كما يؤخذ من شرح العقائد


Dan bermula mendahului akan ilmu ini (Usuluddin) di atas ilmu yang lain fardhu 'ain, sebagaimana diambil faham daripada kitab Syarah al-‘Aqaid

 لأنه جعله أساسا يبنى عليه غيره


Kerana bahawasanya ilmu ini (Usuluddin) menjadi akan dia  asas dibina diatasnya oleh yang lainnya

 فلا يصح الحكم  بوضوء شخص او صلاته


Maka tiada sah hukumnya dengan mengambil wudhu’ seseorang atau sembahyangnya

 الا اذا كان عالما بهذه العقائد


Melainkan ia mengetahui dengan ini segala ‘aqaid (50 Aqidah )

 







 







 

Rujukan: Hasyiah Kifayatul ‘Awwam, oleh al-‘Alim al-‘Allamah Syaikh al-Islam al-Syaikh Ibrahim al-Baijuri, Thailand: Maktabah wa Matba’ah Muhammad al-Nahdi wa Auladahu, hal. 24.

1 comment:

  1. [...] Kewajipan Belajar Usuluddin (50 Aqidah) dan Mendahuluinya daripada Ilmu yang lain [...]

    ReplyDelete