Wednesday, 23 November 2011
Sunday, 20 November 2011
RIWAYAT HIDUP IMAM GHAZALI
Beliau bukannya ulama yang tersohor pertama dalam keluarganya, kerana datuk saudaranya bernama abu Hamid al-Ghazali (men.435 H/1043 M) merupakan seorang ahli ilmu kalam dan ahli fiqh yang terkenal; mungkin beliau ini menjadi contoh ikutan bagi orang muda yang berhemah tinggi itu.
Semenjak awal lagi beliau terdedah kepada pengaruh amalan-amalan dan ilmu tasawwuf, ayahandanya seorang yang beramal dengan amalan tasawwuf yang sangat warak, mengikut laporan al-Subki, sehingga dikatakan ia hanya makan dari hasil usaha tangannya sendiri, dan beliau selalu bersama dengan mereka yang alim.
Imam Ghazali rh yang yatim itu dididik oleh sufi yang menjadi sahabat ayahandanya, bersekali dengan saudaranya Ahmad. Semenjak masa kanak-kanaknya Imam al-Ghazali mempelajari ilmu kalam dan fiqh, mula-mulanya dalam kota kecil kelahirannya dengan Shaikh Ahmad ibn Muhammad al-Radhkhani al-Tusi, kemudian beliau pergi melanjutkan pengajiannya di Jurjan di bawah didikan Imam abu Nasr al-Isma’ili.
Ibn ‘Asakir menyebutkan bahawa Imam al-Ghazali mengambil ilmu tentang hadith al-Bukhari daripada Abu Sahl Muhammad ibn Ahmad al-Hafsi, dan antara syaikh-syaikhnya yang lain dalam ilmu hadith ialah Nasr ibn ‘Ali ibn Ahmad al-Hakimi al-Tusi, ‘Abd Allah ibn Muhammad ibn Ahmad al-Khawari, dan Muhammad ibn Yahya ibn Muhammad ibn Suja’i al-Zawzani dan seterusnya.
Sewaktu dalam perjalanan pulang dari Jurjan ada kisah yang menarik tentang Imam ini yang berkisar bagaimana beliau dirompak. Bila para perompak itu meninggalkannya, beliau mengikuti mereka, tetapi beliau diberi amaran agar tidak mengikuti mereka itu kalau tidak beliau akan mati. Lalu beliau meminta dengan nama Allah supaya dikembali kertas-kertas yang mengandungi catitan-catitan pelajarannya kerana kertas itu tidak ada gunanya untuk mereka. Bila ditanya tentang kertas apa yang ada dalam beg itu beliau menjawab bahawa itu mengandungi catitan-catitan ilmunya yang didengarinya yang kerananya beliau jauh mengembara. Perompak itu ketawa dan bertanya “bagaimana kamu memperolehi ilmu mereka bila kami ambil kertas itu maka kamu tidak berilmu lagi”. Ini suatu yang aneh berlaku. Bagaimanapun catitan-catitannya diserahkan kembali. Apabila beliau kembali ke Tus lepas itu, imam al-Ghazali mengambil masa tiga tahun menghafal semua catitan-catitan yang dipelajarinya itu.
Setelah beliau kembali dari Jurjan dan berada di Tus buat beberapa waktu, mungkin di waktu ini beliau mempelajari tasawwuf di bawah Shaikh Yusuf al-Nassaj dan mungkin juga melakukan latihan-latihan kesufian. Sewaktu berumur lebih kurang dua puluh tahun beliau pergi melanjutkan pelajarannya ke Maktab Nizamiyyah di Nishapur untuk berguru kepada Imam al-Haramain iaitu Abu al-Ma’ali al-Juwaini, yang merupakan guru generasi yang keempat dari Imam al-Ash’ari sendiri dalam akidah ajaran Imam itu. Dalam akademi itu beliau mempelajari ilmu-ilmu seperti usul al-din, fiqh, falsafah, logik, ilmu-ilmu sains tabi’I, tasawwuf dan lainnya.
Imam al-Haramain memberi kepada para pelajar kebebasan berfikir dan kebebasan mengeluarkan pendapat mereka, dan mereka digalakkan dalam mengambil bahagian dalam perdebatan dan perbincangan tentang pelbagai jenis persoalan yang dihadapi. Dalam perdebatan-perdebatan dengan rakan-rakannya Imam al-Ghazali menunjukkan kemampuan berfikir yang luas dan tajam, dan ia mempunyai kebolehan yang tinggi dalam kepetahan berhujah yang ini terbukti kemudiannya dalam tulisan-tulisannya seperti Tahafut al-Falasifah.
Tidak lama kemudiannya beliau berkesempatan memberi kuliah kepada rakan-rakannya, dan membuat penulisan. Beliau merupakan seorang yang berfikir secara kritilal dan bebas merdeka; sewaktu beliau menjadi pelajar di Nizamiyyah di Nishapur beliau merasa tidak berpuas hati dengan pegangan yang dimilikinya, dan membebaskan dirinya daripada cara bertaklid semata dalam pegangan agama.
Sewaktu di Nishapur beliau menjadi murid kepada ulama sufi abu ‘Ali al-Fadl ibn Muhammad ibn ‘Ali al-Farmadhi; daripada guru sufi inilah beliau lebih banyak lagi mempelajari ilmu berkenaan dengan pengetahuan dan amalan kesufian. Al-Farmadhi itu sendiri adalah murid kepada bapa saudara beliau sendiri dan juga murid al-Qushairi (men.465/1074) yang terkenal itu. Beliau mengamalkan juga amalan-amalan kezahidan yang ketat di bawah bimbingan beliau ini; sebagaimana yang disebutkan oleh beliau sendiri keadaannya tidaklah sampai ke tahap boleh mendapat inspirasi murni ‘dari alam tinggi”.
Waktu itu juga beliau merasa tidak puas hati dengan pemikiran secara falsafah yang dihadapinya itu termasuk apa yang diterima secara otoriti dalam hubungan dengan usul al-din. Tekanan dalam tasawwuf tentang hubungan yang rapat dan mesra dengan Tuhan menjadikan imam utama ini lebih tidak berpuas hati lagi dengan huraian falsafah dalam usul al-din itu. Al-Farmadhi meninggal pada tahun 477 /1074 M dan Imam al-Haramain meninggal di tahun 478 H/1085 M. Waktu itu Imam al-Ghazali berumur dua puluh lapan tahun; ianya masih sangat bertenaga, dan namanya masyhur dalam alam Islam.
Beliau pergi ke istana Nizam al-Mulk wazir Malikshah (memerintah waktu itu 465 H/1072-485 H/1092 M) dan berada dalam kalangan para ahli ilmu kalam dan fuqaha di istana beliau itu. Nizam al-Mulk itu seorang wazir yang memberi galakan kepada perkembangan ilmu-ilmu, sains, sastera, dan menghimpunkan sekelilingnya para ulama dan ilmiawan yang terkenal dan mempunyai ilmu yang mendalam. Beliau biasa mengadakan majlis-majlis perbincangan ilmiah dan al-Ghazali mendapat namanya yang terkenal kerana kebolehan debatnya yang sangat baik.
Ilmu pengetahuan al-Ghazali berkenaan dengan fiqh, usul al-din, dan falsafah sedemikian dikagumi oleh Nizam al-Mulk sehingga beliau dilantik sebagai professor Usul al-Din di Nizamiyyah itu (diasaskan pada tahun 458–460 H/1065-67 M) di Baghdad pada tahun 484H/1091M. Waktu itu beliau berumur tiga puluh empat tahun. Ini merupakan kemuliaan yang sedemikian tinggi di alam Islam, dan beliau itu diangkat kepada jawatan yang sedemikian sewaktu umur sedemikian muda, yang tidak pernah orang lain dilantik kepada jawatan sedemikian sewaktu bermur semuda itu.
Beliau sedemikian berjaya sebagai professor di Akademi itu; kuliahnya yang sedemikian cemerlang dan kedalaman ilmu pengetahuannya serta kejelasan huraiannya menarik semakin ramai para pelajar atau pendengar kepadanya, termasuk mereka dari kalangan para sarjana yang terkenal di zaman itu. Dengan segeranya ramai mereka mengiktirafi kefasihan, kedalaman pengetahuan, dan kemampuan beliau sebagai pembicara ilmu, dan kemudiannya beliau dikirakan sebagai ahli usul al-din yang teragung dalam tradisi Asha’irah. Maka beliau diminta nasihat dalam perkara-perkara keagamaan dan siasah dan beliau menimbulkan pengarah yang sebanding dengan pengaruh pegawai-pegawai negara yang tertinggi.
Beliau mencapai kejayaan tertinggi sebagai ulama dilihat dari segi keduniaan lahiriahnya, tetapi dari segi batinnya beliau mula mengalami krisis intelektuil dan kerohanian yang amat mendalam. Rasa syaknya dan menyoal semua perkara yang ada dahulunya pada beliau mula menimbulkan dirinya semula dan beliau sampai bersikap kritikal terhadap mata-mata pelajaran yang diajarkannya sendiri. Beliau merasa kekosongan dalam huraian-huraian yang berupa helah-helah di kalangan para fuqaha. Sistem huraian di kalangan ahli ilmu kalam tidak merupakan keyakinan secara ilmu dan intelektuilnya. Beliau menentang huraian mereka yang memberi penekanan yang berlebihan tentang perkara-perkara doktrinal, kerana yang demikian membawa agama menjadi lingkungan sistem ortodoksi dan berupa sebagai soal-jawab yang dangkal sahaja; perbalahan-perbalahan di kalangan para mutakalimun berupa perakara-perkara soal-jawab tentang pegangan agama yang tidak ada hubungan sebenar dengan kehidupan manusia dengan agamanya.
Sekali lagi beliau menumpukan dirinya kepada penelitian tentang falsafah secara bersungguh-sungguh dan menyeluruh, dan beliau mendapati bahawa pegangan dan keyakinan tidak boleh dibinakan atas pemikiran semata-mata. Akal ada peranannya pada tahap-tahap tertentu, tetapi akhirnya Kebenaran Yang Terakhir memang tidak boleh dicapai dengan akal fikiran. Dengan menyedari tentang batasan-batasan pemikiran dalam hubungan dengan teologi, beliau berada dalam rasa syak berkenaan dengan ilmu dan pegangan lalu beliau merasa tidak tenang jiwanya dan hatinya. Beliau merasa beliau berada dalam kedudukan yang tidak sebenar.
Akhirnya beliau mendapat kesedaran bahawa jalan yang sebenarnya ialah jalan tasawwuf yang membawa manusia kepada kebenaran yang sebenarnya melalui pengalaman rohaniah yang sahih. Beliau telahpun mempelajari ilmu tasawwuf secara teori dan bahkan ada juga melakukan amalan-amalannya; tetapi beliau belum lagi mara ke dalam pengalamannya secara yang sangat jauh. Dia memikirkan bahawa kalaulah beliau menumpukan dirinya kepada perjalanan kesufian melalui ciri-ciri kezuhudan, serta menekuni amalan-amalan spiritual, berserta dengan tafakur yang mendalam, beliau berkemungkinan akan mencapai nur yang sedang dicari-carinya.
Tetapi yang demikian ini melibatkan beliau meninggalkan kerjaya ilmiah yang cemerlang dan kedudukan keduniaan yang sedemikian tinggi itu. Beliau terasa juga runtunan untuk mendapat kemasyhuran dan kehebatan dirinya dalam kehidupan. Tetapi runtunan untuk mencari kebenaran terlalu amat kuatnya. Beliau merasakan bahawa beliau memerlukan keyakinan yang menetap pada pegangan, yang diperkuatkan lagi dengan pemikirannya tentang kedatangan maut. Beliau berada dalam konflik pemikiran dan perasaan sedemikian selama enam bulan lamanya mulai dari bulan Rajab 488H/ Julai 1095.
Beliau menjadi merusut kesihatan badannya dan pemikirannya juga amat terganggu; selera makannya dan penghadamannya hilang sampai suaranyapun tidak ada lagi. Maka senanglah baginya untuk melepaskan jawatannya sebagai professor lalu ia meninggalkan kota Baghdad pada bulan dhul-Qa’idah 488 H/ November 1095 M, secara lahirnya beliau menunjukkan bahawa beliau sedang hendak menunaikan fardhu haji; beliau meminta saudaranya Ahmad menggantinya memberi pengajaran kepada orang ramai dalam masa pemergiannya itu; sebenarnya beliau menjalankan ‘uzlah sebagaimana yang diajarkan oleh para ulama sufi demi untuk mencapai kedamaian fikiran dan hati serta keselamatan untuk rohnya sendiri.
Beliau menyedekahkan semua harta miliknya melainkan bahagian-bahagian tertentu yang diamanahkan untuk perbelanjaan keluarganya, kemudian beliau terus pergi ke Syria.
Selama dua tahun lamanya beliau berada dalam ‘uzlah (tahun 488 H/1095 M ) di salah sebuah daripada menara-menara masjid Umayyah di Damsyik; kemudian beliau pergi ke Jerusalem untuk menjalankan ‘uzlah lagi di mana beliau melakukan tafakur yang mendalam di Masjid ‘Umar dan Qubbat al-Sakhr (The Dome of the Rock). Selepas daripada melawat makam Nabi Ibrahim a.s. di Hebron, beliau melaksanakan hajinya ke Makkah dan pergi ke Madinah. Itu diikuti dengan amalan ber’uzlah di tempat-tempat yang mulia dan masjid-masjid, serta mengembara di padang-padang pasir. Selepas daripada sebelas tahun berada dalam pengembaraan beliau kembali ke kota kelahirannya Tus, dalam tahun 499 H/1105 M.
Berkenaan dengan pengalaman-pengalamannya mengikut apa- apa yang berlaku selepas beliau meninggalkan kota Baghdad, tidak ada apa-apa yang diberitahu olehnya kepada kita. Apa yang diberitahu ialah bagaimana adanya perkara-perkara yang tidak boleh dihuraiakan yang terlalu banyak yang berlaku kepadanya dalam bentuk ilham-ilham sewaktu beliau berada dalam masa ‘uzlahnya itu. Pengalaman-pengalaman itu nampaknya membawa sebagai natijahnya kepada beliau menerima otoritas Nabi s.a.w. dan tunduk dengan sepenuhnya kepada kebenaran-kebenaran yang diwahyukan dalam al-Qur’an.
Antara tanda-tanda awal tentang beliau memberi pembelaan terhadap akidah Ahlis-Sunnah wal-jama’ah (yang memang dahulunya memang beliau memberi pembelaan terhadapnya, tetapi sekarang pembelaan itu diberikan selepas daripada berlaku sesuatu yang boleh disebut sebagai pengesahan secara kerohanian tentang kebenaran-kebenaran itu) ialah penulisannya berjudul ar-Risalah al-Qudsiyyah yang digubah sewaktu beliau berada dalam ‘uzlahnya di Jerusalem, mungkin sebelum 492 H/1099 M sebab pada bulan Sya’ban tahun tersebut Jerusalem ditawan oleh tentera Salib. Ini dimasukkan ke dalam bab ke tiga kitab teragungnya Ihya’ ‘Ulumi’d-Din dalam bab berkenaan dengan dasar-dasar ‘Aqidah; di dalam kitab itu beliau mencatitkan apa yang dipelajarinya dalam masa beliau ber’uzlah sambil melakukan latihan-latihan kerohanian dan menjalankan tafakur yang mendalam itu.
Dalam masa pengembaraan itu beliau terus menerus mengarang kitab-kitab selain daripada Ihya’ ‘Ulumi’d-Din dan dari semasa ke semasa beliau kembali memberi pengajaran kepada para muridnya. Beliau merasakan bahawa ia mempunyai peranan untuk menyelamatkan agama daripada aliran kezindikan dan kekufuran dan beliau mengarang kitab-kitab untuk menegakkan akidah Ahl al-Sunnah wal-jama’ah sebagaimana yang jelas daripada bahagian akidah dalam Ihya’ ‘Ulumi’d-Din dan kitab-kitab lain seperti al-Iqtisad fi’l-I’tiqad; beliau juga mengarang kita tentang kesesatan Batiniyyah dalam kitabnya al-Fad’ih al-Bataniyyah dan juga kesesatan dan kekufuran dalam kitab Faisalat al-Tafriqah bainal-islam wa’z-zanadiqah. Beliau juga meneruskan pemerhatiannya terhadap hadith-hadith Nabi s.a.w.
Bila beliau kembali ke Tus beliau meneruskan hidup ‘uzlahnya serta tafakkur yang diamalnya; bagaimanapun Fakhr al-Mulk anak lelaki Nizam al-Mulk yang memberi lindungan kepadanya, yang waktu itu menjadi wazir kepada Sultan Sanjar menggesa beliau menerima jawatan professor ilmu akidah di Maktab Maimunah Nizamiyyah di Nishapur yang beliau setujui akhirnya, dengan perasaan hati yang berat; tetapi beliau tidak lama bertugas di sana dan kemudiannya kembali ke kota kelahirannya lagi dan membina madrasah di mana beliau memberi pengajaran di sana berkenaan dengan usul al-din dan tasawwuf.
Kemudiannya bila beliau disuruh oleh wazir al-Said mengajar pula dan Nizamiyyah di Baghdad, beliau membuat pilihan untuk menetap di Tus; di sana beliau hidup dengan aman dengan para muridnya; hidupnya dipenuhi dengan pendidikan dan ibadat kepada Allah sehingga beliau meninggal dunia pada 14 Jamadil-Akhir tahun 505 H/19 Disember 1111 M dengan kitab hadith atas dadanya, kata kisahnya.
Ibn al-Jawzi meriwayatkan dalam kitab al-Thabat ‘Inda al-Mamat kisah yang didapatinya daripada Ahmad saudara Imam al-Ghazali bahawa “pada Hari Isnin (14 Jamadil-Akhir) pada waktu masuk Subuh saudaraku Abu Hamid mengambil wudu’nya, sembahyang Subuh, kemudian berkata: ‘Bawa kepadaku kain kafanku’; beliau mengambil kain itu, menciumnya dan meletakkannya pada matanya, sambil berkata: ‘Kami mendengar dan taat dengan penuh persediaan untuk hadhir ke Hadhrat Tuhan, Raja (Yang Maha Berkuasa)’; kemudian beliau melunjurkan kakinya, mengadap kiblat,dan meninggal dunia sebelum matahari naik’.
Diceritakan bahawa Shaikh Abul-hasan al-Shadhili rd bermimpi bahawa ia melihat Nabi s.a.w. menunjukkan Imam Al Ghazali kepada nabi Musa dan ‘Isa, sambil bertanya kepada kedua mereka, ‘Adakah terdapat orang alim yang bijaksana dalam umat anda berdua?’, jawab keduanya tidak ada.
Dalam hayatnya beliau menyedari bahawa beliau mesti bertanggungjawab untuk menghadapi aliran ilhad atau kekufuran yang sedang muncul pada waktu itu menyanggahi ajaran Islam berdasarkan Qur’an dan Sunnah sebagaimana yang ada dalam Ahlis-Sunnah wal-jama’ah. Kerana itu beliau memberi pembelaan terhadap akidah Ahlis-Sunnah wal-jamaah dalam teks-teks karangannya.
SUMBER
http://bimbinganmukmin.wordpress.com/riwayat-hidup-imam-al-ghazzali/
Wednesday, 9 November 2011
Memilih Guru, Teman dan Ketabahan
Pasal III
Memilih Guru, Teman dan Ketabahan (Bag. 1)
Sebaiknya, penuntut ilmu itu hendaknya memilih ilmu yang lebih baik, dan ilmu yang sedang dibutuhkan dalam urusah agamanya, kemudian ilmu itu dibutuhkan di masa-masa mendatang. Ilmu yang dibutuhkan dalam agama untuk diamalkan, maksudnya ilmu yang difardlukan melakukannya pada setiap saat seperti shalat. Dan ilmu yang dibutuhkan pada masa mendatang seperti ilmu yang dibutuhkan pada masa mendatang dengan syarat bagi orang yang telah mampu, seperti haji dan zakat. Kemudian mendahulukan Ilmu Tauhid untuk berma'rifat kepada Allah Ta'ala dengan dalil yang nyata dan tidak bertaklid. Demikian karena Ilmu Tauhid merupakan azas seluruh ilmu. Sebab sekalipun orang yang bertaklid tanpa mengetahui dalil itu imannya juga sah, tetapi ia masih terkena sifat dosa lantaran tidak mau berusaha mengetahui dalil. Berbeda dengan golongan Mu'tazilah (Kelompok pemuja akal), maka menurut mereka iman orang yang taklid tidak mengetahui dalil itu tidak sah. Sebab Allah Ta'ala memberikan kenikmatan akal kepada para manusia adalah untuk mencari dalil atas adanya Allah, ke-Esaan-Nya, dan sifat-sifat-Nya. Maka jika ia mampu mencari dalilnya tentu mendatangkan kesyukuran atas nikmat akal, sedangkan kufur terhadap nikmat ia menjadi berdosa.
Ilmu yang utama adalah ilmu yang ada dahulu, yaitu ilmu Nabi Muhammad SAW., ilmu para sahabatnya, ilmu para Tabi'in dan Tabi'it Tabi'in, dan bukan ilmu yang baru yaitu yang belum ada pada masa mereka tetapi dibicarakan sesudah mereka dalam suatu abad. Seperti ilmu logika, ilmu hikmah dan ilmu khilaf. Para Ulama berkata : "Tetaplah kamu semua pada ilmu yang lebih tua umurnya, jauhilah ilmu-ilmu yang baru muncul yang dapat merugikan kamu, dan janganlah kamu memilih ilmu berdebat yang munculnya setelah wafatnya para ulama. Sebab ilmu debat dan perselisihan itu dapat menjauhkan para penuntut ilmu dalam : memahami Fiqih ; dapat menyia-nyiakan umur ; mengeraskan hati dan menimbulkan permusuhan serta termasuk sebagian dari tanda-tanda kiamat.”Juga dapat menjadikan terhapusnya ilmu, khususnya Ilmu Fiqih. Hal ini telah diterangkan dalam Hadits.
Adapun memilih guru, sebaiknya penuntut ilmu hendaknya memilih guru yang lebih alim dan wira'I (menjaga diri dari sesuatu yang meragukan) serta lebih tua usianya. Sebagaimana Imam Abu Hanifah di masa belajarnya memilih seorang guru Syekh Hammad bin Abi Suleiman setelah beliau benar-benar merenung dan berpikir. Beliau memilih guru dari kalangan seorang Ulama yang paling alim pada zamannya dan lebih tua usianya serta wira'i.
Imam Abu Hanifah mengatakan : "Saya mendapatkan beliau itu karena Syekh Hammad bin Abi Sulaiman adalah seorang guru yang tertua, berpengalaman dan senior, rajin dan teliti, berjiwa sosial dan penyabar." Katanya pula : "Saya tetap berguru dengan Syekh Hammad bin Abi Sulaiman, dan saya tidak pernah berpindah-pindah hingga saya menjadi seorang Mujtahid," Beliau juga berkata : "Saya pernah menjumpai seorang ulama yang cerdik dan bijaksana dari Samarkand, ia telah berkata : "Pada suatu hari saya menerima seorang yang meminta bimbingan dan pertimbangan kepadaku tentang belajar. Adapun tujuan seorang tadi adalah akan merantau menuntut ilmu ke negeri Bukhara." Lalu beliau memberikan nasehat dan bimbingan kepadanya. Demi pentingnya musyawarah dalam satu urusan. Maka apabila umat Islam menghadapi suatu persoalan, hendaknya dipecahkan dengan cara bermusyawarah. Sebab Allah Wala telah memerintahkan Rasulullah s.a.w. untuk bermusyawarah dalam segala urusan, sebagaimana firman-Nya :
Artinya :
"Dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu." (QS. 3 Ali Imran : 159).
Dengan bermusyawarah maka mereka dapat mengeluarkan pendapatnya, sehingga apa yang menjadi ganjalan dalam jiwanya menjadi bersih. Bermusyawarah di sini maksudnya termasuk dalam urusan peperangan dan halhal duniawiah lainnya, seperti urusan politik, ekonomi, kemasyarakatan dan lain-lain. Demikian pentingnya bermusyawarah, padahal tidak ada orang yang lebih cerdik daripada Rasulullah, sekalipun demikian beliau tetap diperintahkan untuk bermusyawarah. Beliaupun bermusyawarah dengan para Sahabatnya dalam urusan apa saja, sampai urusan kebutuhan rumah. Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah berkata : "Tidak akan mengalami kehancuran seseorang yang telah bermusyawarah."
Sementara Ulama mengatakan, bahwa orang itu dapat diklasifikasikan dalam tiga katagori yaitu :
1. Orang yang sempurna.
Yaitu orang yang mempunyai pendapat yang benar, dan mau bermusyawarah.
2. Setengah orang. Yaitu orang yang mempunyai pendapat yang benar tetapi tidak mau bermuyawarah. Atau mau bermusyawarah, tetapi tidak mempunyai pendapat yang benar.
3. Tidak tergolong Orang.
Yaitu orang yang sama sekali tidak mempunyai pendapat yang benar dan sama sekali tidak mau bermusyawarah.
Al Imam Ja'far Shadiq pernah berkata kepada Sufyan Ats Tsauri Rahimahullah : "Musyawarahkanlah segala urusanmu kepada orang-orang yang takut kepada Allah Ta'ala yaitu para Ulama, sebagaimana firman-Nya :
Artinya :
"Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya, hanyalah Ulama." (QS. 35 Faathir : 28).
Mereka adalah para Ulama yang bertakwa kepada Allah, jika bermusyawarah dengan mereka maka mereka menyampaikan alternatif pemecahan dengan baik dan menunjukkan pada kebenaran dan kedamaian dengan potensi ilmunya. Menuntut ilmu termasuk urusan yang lebih utama dan sulit. Maka bermusyawarah dalam menuntut ilmu adalah lebih penting dan wajib.
Seorang Hakim Samarkand memberikan nasehat kepada seseorang : "Jika anda berangkat dan sampai Bukhara, maka jangan tergesa-gesa berguru dengan guru-guru yang ada di sana. Tapi sabarlah dulu sampai kira-kira dua bulan, untuk berkonsentrasi memilih guru, sekalipun mungkin kurang dari dua bulan sudah dapat mengambil keputusan memilih guru. Pilihlah seorang guru yang kira-kira cocok dalam memberikan pelajaran. Sebab kalau sudah terlanjur menghadap seorang guru dan menerima pelajaran sedangkan anda kurang cocok dengan methodenya, maka boleh jadi anda akan berpindah pada guru yang lain. Padahal yang demikian ini menjadikan anda tidak berkah dalam belajar. Maka berpikirlah masak-masak selama dua bulan itu untuk memilih guru, dan mintalah saran kepada orang-orang yang dipandang perlu, sehingga anda tidak akan berpindah-pindah. Setelah anda berhasil memperoleh seorang guru, barulah anda menghadap dan minta pelajaran langsung kepadanya, agar anda memperoleh keberkahan dan kesuksesan dalam belajar, sehingga ilmu yang anda peroleh banyak bermanfa'at.
Bersambung ke bagian 2...
Pasal III
Memilih Guru, Teman dan Ketabahan (Bag. 2)
Ketahuilah, bahwa kesabaran dan ketabahan merupakan unsur terpenting dalam segala urusan. Namun sangat sedikit yang mau melakukannya. Sebagaimana dikatakan dalam sya'ir :
Artinya :
"Setiap orang bercita-cita agar dapat mencapai derajat yang tinggi tetapi sayang, sedikit sekali yang tahan uji."
Maksudnya bahwa kebanyakan orang berlomba-lomba untuk memperoleh kedudukan yang tinggi. Tetapi sedikit sekali sekelompok orangorang tahan uji dengan tetap berupaya untuk mencapai kedudukan yang tinggi dengan segala sarana yang harus ditempuh. Maka dari itu kebanyakan mereka tidak sampai pada derajat yang tinggi yang mestinya dapat ditempuh dengan sabar dan tahan uji.
Tentang keutamaan sabar dikatakan, bahwa kesabaran itu berkaitan dengan keberanian. Keberanian bukan dengan kekuatan fisik. Tetapi berkaitan dengan kesabaran dan ketabahan serta kesulitan dan cobaan. Maka sebaiknya penuntut ilmu tetap tabah dan sabar pada seorang guru dan satu kitab, sehingga tidak akan meninggalkannya agar dapat berhasil dengan sempurna. Dan tetaplah pada satu bidang ilmu dari berbagai macam bidang ilmu dan tidak sibuk pada bidang yang lain sampai bidang ilmu yang pertama benar-benar dikuasai. Seperti hanya menekuni Ilmu Fiqih saja lebih dahulu dan tidak berpindah-pindah bidang yang lain sampai sukses dengan sempurna. Jangan pula berpindah dari suatu negara ke negara yang lain kecuali jika terpaksa harus berpindah maka tidak ada jeleknya. Karena tidak mau menyempurnakan penguasaan satu kitab dan satu bidang ilmu serta berpindah ke negara lain tanpa darurat itu hanya membuang-buang umur, merepotkan hati, menyia-nyiakan waktu dan menyakitkan guru.
Maka penuntut ilmu sebaiknya tetap tabah dan sabar menahan kehendak hawa nafsunya yang mengajak pada kelezatan nafsu. Seorang penya'ir mengatakan :
Artinya :
"Sesungguhnya hawa nafsu itu keadaannya remeh dan hina ; adapun orang yang kalah dengan desakan nafsu berarti terdesak kehinaan."
Maksudnya bahwa hawa nafsu dan kecintaan adalah remeh clan hina keadaannya. Artinya bahwa hawa nafsu itu dapat menjerumuskan orangnya dalam kehinaan karena melakukan kehendak nafsu yang membawa dampak kerendahan clan keremehan dan membawa beban kehinaan. Sedangkan orang yang kalah dengan desakan nafsu berarti is terdesak kehinaan.
Dalam menuntut ilmu hendaklah tetap tabah dan sabar dalam menghadapi berbagai macam bahaya dan ujian mental yang muncul dalam menuntut ilmu. Sebab gudang kesuksesan adalah di dalam menghadapi cobaan. Maka siapa yang ingin berhasil maksud dan tujuan menuntut ilmu harus bersabar menghadapi banyaknya cobaan. Saya pernah dibacakan sya'ir Sayyidina Ali bin Abi Thalib Kan-amallahu Wajhah :
Artinya :
- Ingatlah, kamu tidak akan memperoleh ilmu pengetahuan kecuali dengan enam perkara ; yang akan kujelaskan semua kepadamu secara ringkas.
- Yaitu : kecerdasan, cinta kepada ilmu, kesabaran, bekal biaya, petunjuk guru, dan masa yang lama.
Maksudnya bahwa penuntut ilmu tidak akan berhasil kalau tidak memenuhi enam faktor yaitu :
1. Cerdas, yaitu cepatnya kecerdikan.
2. Cinta untuk menghasilkan ilmu.
3. Bekal biaya, kecukupan rizki dalam penghidupan sehingga tidak menggantungkan orang lain yang dapat menggelisahkan hati.
4. Bersabar alas ujian mental dan cobaan yang dihadapi.
5. Petunjuk guru yang mengarahkan pada kebenaran.
6. Masa yang lama, maksudnya dalam belajar membutuhkan waktu yang lama dan tidak dapat berhasil dalam waktu sebentar.
Adapun untuk memilih teman, maka pilihlah seorang yang rajin, wira'i (memelihara diri dari yang haram), bertabi'at benar, dan saling pengertian.
Jauhilah teman yang malas, suka nganggur, banyak bicara suka ngobrol, pengrusak dan tukang fitnah. Sebagaimana dikatakan dalam sya'ir :
Artinya :
- “Jika kamu akan mengetahui keadaan seseorang kamu tidak usah bertanya padanya, tapi cukuplah kamu lihat temannya ; sebab dengan teman ia dapat ikut.
- Jika temannya seorang yang jahat, maka jauhilah ia cepat-cepat ; jika ia baik maka kumpulilah siapa tahu kamu mendapat petunjuk."
Maksudnya bahwa untuk mengetahui keadaan seseorang apakah ia orang shalih atau jahat, anda tidak usah bertanya padanya. Tetapi cukup melihat siapa yang menjadi temannya dan sahabatnya. Sehingga anda akan tahu dengan sendirinya bagaimana keadaannya. Sebab dengan teman ia dapat terpengaruh mengikuti tingkah lakunya, perbuatannya dan ucapannya. Jika temannya orang jahat maka hendaklah cepat-cepat anda jauhi, sebab kejahatannya dapat berpengaruh sehingga ikut melakukannya. Dan jika ia baik maka kumpulilah agar mendapat petunjuk dan kemanfa'atannya.
Syair di bawah ini pernah dibacakan padaku :
Artinya :
- Janganlah kamu berteman dengan pemalas dalam prilakunya ; banyak orang shalih yang akhirnya rusak akibat berteman orang jahat.
- Menjalarnya orang jahat kepada orang yang baik itu cepat sekali ; bagaikan padamnya bara api yang diletakkan di atas abu.
Maksudnya jangan berteman dengan orang yang malas prilakunya dan dalam menggunakan waktunya, sebab banyak orang shalih yang akhimya menjadi rusak dengan pengaruhnya. Dan menjalarnya orang jahat kepada orang yang baik itu sangat cepat, seperti padamnya bara api yang diletakkan di atas abu. Jadi seperti cepatnya bara api yang diletakkan di atas abu, maka terus menjadi padam. Sifat bara api yang diletakkan itu diibaratkan seperti firman Allah Ta'ala :
Artinya : "Seperti keledai yang membawa kitab-kitab yang tebal.”
(QS. 62 Al Jumu'ah : 5).
Nabi Muhammad S.a.w. bersabda :
Artinya :
"Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan kesucian Islam, kecuali jika kedua orang tuanya menjadikannya Yahudi, atau Nasrani, atau Majusi." (Al Hadits).
Dalam berteman juga diterangkan dalam kata-kata hikmah berbahasa Persi :
Artinya :
- Sesungguhnya kawan yang jelek itu lebih jelek dan berbahaya dari pada ular yang berbahaya ; Demi hak Zat Allah yang Maha Luhur dan Maha Suci.
- Sesungguhnya kawan yang jahat dapat menjerumuskan kamu di tengah jurang neraka Jahim ; Maka carilah teman yang shalih, kamu akan sukses di syurga Na'im.
Dikemukakan pula dalam sya'ir :
Artinya :
- Jika anda hendak menuntut ilmu dari ahlinya, atau ingin mengetahui karakter seseorang dari jauh.
- Cukuplah anda lihat dan anda ketahui temannya ; sebagaimana anda mengetahui nama-nama yang ada di permukaan bumi.
http://www.mypesantren.com/wiki/item/pasal-iii-memilih-guru-teman-dan-ketabahan-bag-1
http://www.mypesantren.com/wiki/item/pasal-iii--memilih-guru-teman-dan-ketabahan-bag-2
Tuesday, 8 November 2011
ILMU DAN HUKUMNYA
PENDAHULUAN
Ilmu adalah asas amalan, imam serta pembetulnya. Ilmu tanpa amal tidak berfaedah dan amalan tanpa ilmu juga tidak bermanfaat.
وعالم بعلمه لم يعملنْ معذب من قبل عباد الوثن
إذ كل من بغير علم يعمل أعماله مردودة لا تُقبل
Orang alim yang tidak beramal dengan ilmu
Diazab sebelum penyembah berhala
Kerana semua orang yang beramal tanpa ilmu
Amalannya ditolak tidak diterima
Kelebihan Ilmu Menurut Al-Quran
إِنَّمَا يَخْشَى اللهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَؤُا
سورة الفاطر:28
"Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hambaNya hanyalah ulama’”.
هَلْ يَسْتَوِى الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَايَعْلَمُونَ
سورة الزمر: 9
"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui”.
يَرْفَعِ اللهُ الَّذِينَ ءَامَنُوا مِنكُم وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَتٍ
سورة المجادلة:140
"Allah mengangkat orang-orang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat”
Kelebihan Ilmu Menurut Sunnah
عن عثمان رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال
يشفع يوم القيامة ثلاثة: الأنبياء ثم العلماء ثم الشهداء.
رواية ابن ماجه.
Diberi Utsman r.a, daripada Nabi SAW, baginda bersabda: Diberi keizinan untuk memberi syafaat pada hari kiamat kepada 3 golongan: Anbiya’, Ulama’, dan kemudian Syuhada’.
عن ابن مسعود رضي الله عته قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا أراد الله بعبد خيرا فقهه في الدين وألهمه رشده.
رواية ابن ماجه.
Daripada Ibnu Mas’ud r.a, beliau berkata: Bersabda Rasulullah SAW: Apabila Allah menghendaki kepada seseorang hamba kebaikan Dia menjadikannya faqih dalam agama serta mengilhamkannya petunjukNya.
Hukum Menuntut Ilmu
Ilmu dari segi hukum syara’ terbahagi kepada 3 bahagian:-
1. Ilmu yang dituntut mempelajarinya
2. Ilmu yang ditegah mempelajarinya
3. Ilmu yang sunat mempelajarinya.
1) Ilmu yang dituntut mempelajarinya terdiri daripada 2 bahagian:-
a) Fardhu Ain
Iaitu perkara yang tidak terlepas daripada seseorang mukallaf kecuali dia sendiri yang melaksanakannya. Sebelum menyebut ilmu-ilmu yang menjadi fardhu ain ke atas setiap mukallaf, semestinya penulis perlu menjelaskan sebahagian daripada kaedah asas terhadap tajuk ini.
Kaedah pertama:
ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب
Tidak sempurna sesuatu kewajipan kecuali dengannya, maka ia dikira wajib.
Kaedah kedua:
العلم تابع للمعلوم
Sesuatu ilmu adalah mengikut hukum maklum (nilai ilmu itu sendiri).
Ilmu yang digunakan untuk melaksanakan perkara fardhu dikira fardhu.. Ilmu yang digunakan untuk melaksanakan perkara wajib dikira wajib. Begitu juga ilmu yang digunakan untuk melaksanakan perkara sunat ia dikira sunat. Berdasarkan kaedah-kaedah ini penulis akan menyenaraikan beberapa ilmu fardhu ain ke atas setiap mukallaf.
1) Mempelajari aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah berserta dalil-dalil ijmak mengenai setiap masalah keimanan agar terkeluar daripada kongkongan taqlid dan untuk menjaga keimanan ketika berhadapan dengan keraguan yang ditimbulkan oleh golongan mulhid dan sesat.
2) Mempelajari perkara-perkara yang diperlukan oleh mukallaf untuk menunaikan kefardhuan ibadat seperti solat, zakat, haji, puasa, dan sebagainya.
3) Sesiapa yang bermuamalat dengan muamalat jual beli, sewa menyewa dan nikah cerai, menjadi fardhu ke atasnya mempelajari ilmu-ilmu yang berkaitan bagi membolehkannya menjauhi perkara haram dan melazimi batasan-batasan syara’.
4) Mempelajari perilaku hati seperti tawakkal, takut, redha dan sebagainya kerana sepanjang umur setiap muslim pasti menempuhnya.
5) Mempelajari perilaku hati seperti tawakkal, takut, redha, dan sebagainya kerana sepanjang umur setiap muslim pasti menempuhnya.
6) Mempelajari akhlak yang baik dan mengetahui sifat-sifat yang buruk supaya dia dapat melaksanakan akhlak yang baik iaitu seperti tawakkal kepada Allah, redha, pasrah kepadaNya, lemah lembut dan sebagainya. Begitu juga supaya dia dapat menjauhi sifat-sifat buruk seperti takabbur, tipudaya, bakhil, hasad dengki, riya’ dan sebagainya.
b) Fardhu Kifayah
Iaitu apabila dilakukan oleh sesetengah pihak maka gugurlah taklif terhadap sesetengah pihak maka gugurlah taklif terhadap setengah pihak yang lain tetapi apabila tidak ada seorang pun melaksanakannya, semua pihak akan berdosa.
Ilmu fardhu kifayah ialah apa yang diperlukan untuk mengislah ummah seperti mendalami ilmu Feqah melebihi kadar keperluan. Demikian juga ilmu Tafsir, Hadis, Usul Fiqh dan Usul I’tiqad. Termasuk juga ilmu hisab, kedoktoran, perkilangan, persenjataan untuk menghadapi musuh dan sebagainya.
2) Ilmu yang ditegah mempelajarinya:-
a) Antaranya ialah mempericikan pengajian mazhab-mazhab yang sesat, ideologi yang menimbulkan keraguan serta aqidah yang menyeleweng dengan niat bukan bertujuan menyanggah dan menolak bahayanya. Sebaliknya jika mempelajari ilmu tersebut dengan tujuan menjelaskan penyelewengan, menolak syubhah, memperbetulkan aqidah atau sebagai benteng kepada agama, ia merupakan fardhu kifayah.
b) Ilmu Nujum untuk mengetahui tempat sesuatu barang dicuri, tempat harta simpanan, tempat seseorang tersesat dan sebagainya sebagaimana menurut firasat mereka. Ia termasuk dari kalangan tukang tenung. Syara’ telah pun mendustakan perbuatan mereka dan mengharamkan daripada membenarkan mereka. Sebaliknya, mempelajari ilmu nujum – ilmu kaji bintang – untuk pengajian ilmiah serta mengetahui waktu solat dan kiblat dibolehkan.
c) Ilmu sihir apabila dipelajari dengan tujuan berwaspada daripadanya ia dikira harus sebagaimana kata-kata:
عرفتُ الشر لا للشر لكن لتوقية، ومن لم يعرف الشر فإنه يقع فيه.
Aku mengetahui kejahatan bukan untuk melakukannya tetapi untuk berlindung daripadanya. Sesiapa yang tidak mengetahui kejahatan dia pasti terjebak kedalamnya.
3) Ilmu yang sunat dipelajari:-
Antara ilmu yang sunat dipelajari ialah mengetahui fadhilat-fadhilat amalan tubuh badan dan juga amalan hati, mengetahui perkara nawafil, sunat dan makruh, mengetahui fardhu kifayah, mendalami ilmu feqah serta cabang-cabangnya, juga aqidah berserta dalil-dalinya secara terperinci dan banyak lagi.
Rujukan: Haqaiq Tasawuf oleh Syeikh Abdul Qadir Isa Rahimahullah Jil 1
Terjemahan oleh Mustafa Hussain At-Taib.
Berapa ramai orang yang menuntut ilmu tetapi.....
Alhamdulillah, dengan taufiq Allah selesai pembacaan kitab Ta’limul Muta’allim semalam di Shoubra. Moga sama-sama yang mengajar dan yang belajar dapat faedah.
Pada permulaan kitab ini, Assyaikh Burhanul Islam Azzarnuji telah menulis:
“Maka apabila aku melihat ramai penuntut ilmu pada zaman kita ini bersungguh-sungguh kepada ilmu, dan mereka tidak sampai pula (tidak mendapat manfaat dan hasilnya iaitu beramal dan menyebarkannya), terhalang kerana bahawasanya mereka telah salah jalannya dan meninggalkan syarat-syaratnya. Dan setiap yang tersalah jalan akan sesat, dan tidak mendapati tujuan, sedikit mahupun banyak. Maka aku ingin dan suka menerangkan kepada mereka jalan menuntut ilmu….”
Seterusnya Assyaikh Azzarnuji pun menyebutkan adab-adab atau jalan-jalan menuntut ilmu daripada niat menuntut ilmu itu sendiri hinggalah kepada memilih guru dan rakan-rakan, pentingnya mengagungkan ilmu dan ulamak, warak dan pelbagai lagi jalan yang sebenar dalam menuntu ilmu.
Saya sebutkan perkara di atas apabila mendapati pada zaman kita hari ini, terlalu banyak (dan tentu lebih banyak lagi dari zaman Imam Zarnuji hampir 10 abad yang lalu) di kalangan kita yang mencari ilmu dengan bersungguh-sungguh, akan tetapi tidak mendapat faedah daripada ilmunya, baik untuk dirinya sendiri mahupun untuk masyarakat. Malah hari ini ramai yang bukan dari aliran agama pun ingin belajar ilmu agama. Sangat baik. Tetapi mengapa tidak didapati barakahnya?
Antara sebabnya adalah “tersalah jalan” itu sendiri. Adab menuntut ilmu sudah terlalu jauh untuk diamalkan. Ingatlah menuntut ilmu agama ini bukanlah dengan mengumpul dan menghadam maklumat di otak kita sahaja. Saya selalu sebutkan, jika demikianlah, maka harddisk saya jauh lebih alim dari kita semua. Di dalamnya mengandungi hampir 100 Gigabyte maklumat dari jutaan helaian kitab. Kita, berapa helai sangat dapat menghafal?
Salah jalan ini biasanya berlaku pada perkara-perkara yang telah disebutkan oleh Syaikh Azzarnuji itu sendiri. Saya sebutkan tiga daripadanya:
1) Niat
- Berapa ramai di kalangan kita belajar kerana mudah bekerja dan mengumpul harta dunia nanti dengan sekeping pengiktirafan ijazah?
- Berapa ramai pula yang belajar untuk menunjukkan diri lebih alim daripada orang lain?
- Berapa ramai pula yang belajar untuk menjadikan dirinya dipuji dan dihormati?
- Berapa ramai pula di kalangan kita yang belajar untuk mencari-cari kesalahan ulamak terdahulu?
- Berapa ramai yang belajar untuk mencari bukti bahawa pendapat aku sahaja yang betul sedangkan amalan ummat Islam di Malaysia sebenarnya salah belaka?
- Berapa ramai pula menutut ilmu tanpa diniatkan langsung untuk balik ke tempat masing-masing bagi berjuang menegakkan Islam?
2) Memilih guru
- Berapa ramai di kalangan kita yang tidak berhati-hati memilih guru lantas belajar dengan orang yang tidak betul pemikirannya?
- Berapa ramai di kalangan kita yang belajar dengan guru yang tidak menjaga adab sebagai guru (mengutuk sana sini, mencerca alim ulamak, tidak berakhlak dalam kata-kata mahupun perbuatan dsb.)?
- Berapa ramai di kalangan kita belajar sesuatu ilmu bukan dari ahlinya (belajar Feqh dari jurutera, belajar hadis dari ahli bahasa dsb.)?
-Lebih teruk lagi, berapa ramai pula yang belajar tanpa guru? Membaca sana dan sini, lalu mengambil fahaman sendiri daripada penulisan ulamak.
3) Mengagungkan ilmu dan ulamak
- Berapa ramai dari kita yang mengetahui cara mengagungkan ilmu yang disebutkan oleh para ulamak terdahulu?
- Berapa ramai di kalangan kita yang tidak menghormati kitab ilmu?
- Berapa ramai di kalangan kita yang meletakkan ilmunya sendiri di tempat yang rendah, lalu dengan mudah boleh dijual beli dengan kepentingan dunia?
- Berapa ramai pula yang tahu adab sebagai seorang murid tetapi tidak tahu atau tidak mempraktikkan adab sebagai guru?
- Berapa ramai yang tidak pula tahu membezakan antara meletakkan ilmu di tempat yang tinggi dengan takabbur atau menghina diri?
- Berapa ramai pula tidak reti-reti beradab dengan para ulamak agung, lalu diletakkan ulamak itu setaraf dengannya dalam pemikiran dan pemahaman dengan alasan mereka jua manusia yang tidak maksum?
- Berapa ramai di kalangan kita yang terpengaruh dengan kalam beberapa kerat ustaz mee celuphari ini yang dengan lantang mengkritik ulamak silam, lalu merasa sangsi dengan para ulamak itu?
- Berapa ramai di kalangan kita yang bermulut celupar mengutuk deretan ulamak yang sudah lama mengorbankan diri untuk perjuangan Islam?
- Berapa ramai pula yang bermulut celupar terhadap para ulamak terdahulu dan dengan sesedap hati mengatakan ulamak terdahulu sesat, melakukan bid’ah, berfalsampah dalam bab Aqidah, dan pelbagai lagi kata nista?
Apabila kita nilai semula semua persoalan di atas, tentu sekali kita akan menjawab, “teralalu ramai.” Maka tidak hairanlah apabila kita dapati terlalu ramai orang yang ingin mendalami ilmu agama, akan tetapi jauh tersasar dari kebenaran, barakah tiada, manfaat juga sirna, lalu tidak dapat menegakkan yang haq.
Jelaslah pada kita betapa pentingnya adab dalam menuntut dan menyebarkan ilmu. Tiada adab, nescaya tersalah jalanlah kita. Salah jalan bermakna sesat. Kalau orang yang belajar agama pun boleh sesat, bagaimana pula dengan yang tidak mahukan agama kan…
SUMBER:
http://aljoofre.iluvislam.com/?p=95
Monday, 7 November 2011
Niat Untuk Belajar
Pasal II : Niat Untuk Belajar (Bag. 1)
Pasal II
Niat Untuk Belajar (Bag. 1)
Pasal menurut bahasa artinya : nyata, bahagian, keputusan, dan memisahkan. Sedangkan menurut istilah adalah bagian dari masalah-masalah yang berubah dari sebelum dan sesudahnya. Pasal tidak dapat diartikan de- ngan bab dan kitab. Dalam pasal ini membahas masalah niat untuk belajar.
Para santri wajib berniat untuk belajar selama mempelajari ilmu. Karena niat merupakan dasar pokok dalam segala hal. Berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. :
Artinya :
"Sesungguhnya amal itu hanyalah dengan niat, dan seorang mendapat pahala sesuai niatnya." (Hadits Shahih).
Maksudnya sahnya amal itu harus disertai dengan niat, menurut madzhab Syafi'i, dan menurut madzhab Abu Hanifah bahwa amal itu ditetapkan memperoleh balasan pahala dengan niatnya. Dan sebagaimana Rasulullah s.a.w. bersabda :
Artinya:
"Banyak sekali amal-amal yang ujudnya menyerupai amal dunia tetapi sebenarnya merupakan amal akhirat karena bagusnya niat. Dan tidak sedikit amal yang ujudnya seperti amal akhirat kemudian menjadi amal dunia dengan jeleknya niat."
Seperti makan, minum dan tidur, maka bentuknya seperti amal keduniaan tetapi semua itu dapat menjadi amal akhirat karena baiknya niat. Seperti makan dengan niat untuk bertakwa dan agar kuat beribadah, maka akan menjadi amal akhirat. Demikian juga minum, tidur dan lainnya asal diniatkan untuk ketaatan kepada Allah. Dan banyak juga bentuk amal akhirat ternyata menjadi amal dunia karena jeleknya niat. Seperti melakukan amal-amal karena pamer.
Maka sebaiknya penuntut ilmu itu berniat menuntut ilmu semata-mata untuk mencari keridlaan Allah Ta'ala ; untuk memperoleh pahala di akhirat ; menghilangkan kebodohan pada dirinya dan dari seluruh orang bodoh ; untuk menghidupkan agama dan menegakkan agama Islam. Sebab kekalnya Islam itu dengan ilmu, dan ilmu sebagai ruh Islam. Dengan kebodohan maka zuhud dan takwa tidak akan sah.
Syekh Al Imam Burhanuddin pengarang kitab "Al Hidayah" telah melagukan gubahan sya'irnya kepada sebahagian Ulama :
Artinya :
- Kerusakan besarlah jika seorang alim berbuat nekad dalam agama; dan kerusakan yang lebih besar lagi orang bodoh berlagak alim dan khusyu'.
- Keduanya merupakan fitnah yang besar di seluruh alam ; bagi orang yang mengikutinya dalam melakukan agamanya.
Orang nekad adalah orang yang tidak peduli membuka cacatnya dan mengoyak kerahasiaannya. Sedangkan orang alim yang nekad adalah orang yang melakukan perbuatan menentang syara' dari perbuatan-perbuatan jahat dan busuk dimana ia tidak peduli perbuatannya terbongkar. Hal ini merupakan kerusakan besar, karena ia menampakkan pada orang-orang bodoh, sehingga mereka terpengaruh dengan perbuatannya, maka ia tersesat dan menyesatkan mereka.
Kerusakan yang lebih besar lagi adalah orang bodoh berlagak alim dan khusyu'. Maksudnya orang yang beribadah dengan kebodohan karena bertaklid pada orang bodoh baik perbuatan maupun ucapannya, ia tidak mengetahui sah dan rusaknya ibadah yang dilakukannya. Ini lebih besar kerusakannya daripada orang alim yang nekad, karena kerusakannya pada i'tiikad dan amal semuanya, sedangkan orang alim i'tikadnya benar. Sehingga keduanya merupakan fitnah yang besar di seluruh alam bagi orang yang mengikutinya dalam melakukan agamanya baik berupa ucapan maupun perbuatan.
Dalam menuntut ilmu hendaknya juga berniat mensyukuri nikmat akal dan kesehatan tubuh. Jangalah sekali-kali kamu berniat dalam menuntut ilmu itu untuk memperoleh harta keduniaan, jangan pula berniat untuk mendapat perhatian para manusia dan dimuliakan di sisi seorang raja atau penguasa serta karena arah yang lain. Ringkasnya jangan sekali-kali berniat selain untuk mencari keridlaan Allah Ta'ala dan Rasul-Nya.
Untuk menguatkan, bahwa penuntut ilmu tidak baik berniat untuk mendapat perhatian para manusia, maka Syekh Muhammad Al Hasan Rahimahullah berkata : "Andaikata seluruh manusia menjadi budakku, niscaya mereka saya merdekakan semuanya dan saya bebaskan dari tanggungan. Sehingga saya dapat terlepas dari hak dan perhatian manusia." Siapa yang dapat memelihara dan merasakan manisnya ilmu dan amal, niscaya tidak senang menarik perhatian para manusia. Sebab jika ia telah merasakan manisnya ilmu, niscaya ia tidak senang pada yang lain, karena ilmu akan dirasakan lebih mulia dan lezat baginya dari segala perkara yang lain, sehingga ia tidak akan mencari yang lain kecuali ilmu.
Syekh Al Imam Al Ustadz Qawwamuddin Hammad bin Ibrahim bin Ismail As Shaffari Al Anshari telah membacakan sya'ir kepadaku yang telah ditulis Imam Abu Hanifah :
Artinya :
- Siapa menuntut ilmu karena mencari pahala akhirat ; maka berbahagialah ia dengan karunia dari Allah.
- Maka alangkah ruginya bagi penuntut ilmu ; untuk memperoleh kelebihan dari sesama manusia.
Orang yang menuntut ilmu semata-mata untuk mencari pahala di akhirat, maka ia akan memperoleh kebahagiaan dan keberuntungan dari Tuhan Pemberi petunjuk. Hal ini merupakan keutamaan dan kemuliaan yang dapat menyampaikan pada derajat yang tinggi di syurga.
"Faya Likhusraaani Thaalibihi = Maka alangkah ruginya bagi penuntut ilmu" sebagai jawab syarat yang terbuang. "Ya" adalah huruf nida', dan munadanya terbuang. Sedangkan "Al Khusraan" digantungkan dengan fi'il yang terbuang, yakni : "Jika penuntut ilmu karena mencari pahala akhirat, maka menjadikan sebab memperoleh kebahagiaan dengan petunjuk Allah. Maka perhatikanlah hai manusia kerugian menuntut ilmu untuk memperoleh kelebihan dari sesama manusia.
Ya Allah, jauhkanlah saya dari segala kerugian. Kecuali jika upaya mendekati penguasa dan mencari pengaruh itu bertujuan untuk menguatkan amar makruf nahi munkar dan memperjuangkan serta menegakkan kebenaran dan memuliakan agama, tidak menuruti hawa nafsunya. Maka yang demikian diperbolehkan sekedar melaksanakan amar makruf dan nahi munkar. Jadi sekalipun nampaknya mencari pengaruh dan perhatian manusia tetapi hakikatnya untuk menegakkan amar makruf dan nahi munkar yang kedua-duanya merupakan semulia-mulia peribadatan.
Penuntut ilmu sebaiknya mau berpikir dalam belajar, kesulitan apa yang dihadapi dan kepayahan apa yang dihasilkan. Sebab ia telah menekuni, mempelajari ilmu dengan penuh kesungguhan, banyak mengalami kepayahan dan kedukaan. Maka setelah sukses jangan sampai semata-mata untuk memburu keduniaan yang begitu hina, sedikit dan cepat sirna. Sebagaimana disebutkan dalam sya'ir :
Artinya :
- Dunia adalah sedikit perkara yang sedikit ; dan orang yang sangat mencintainya adalah sehina-hina suatu yang hina.
- Karena sihirnya, tidak sedikit orang-orang yang menjadi buta dan tuli ; maka keadaan mereka merasa bingung karena tidak mendapat petunjuk ke jalan yang benar.
Pasal II
Niat Untuk Belajar (Bag. 2)
Dunia merupakan perkara yang amat sedikit dan paling hina, dapat menjadikan orang menjadi buta terkena sihirnya, sehingga hati orang-orang yang mencintainya menjadi seperti terkena sihir karena merasakan kelezatannya dan menjadikan mereka berpaling untuk memperhatikan dan menerima kebenaran. Mereka menjadi buta tidak dapat melihat kebenaran dan tuli sehingga merasa bingung karena tidak mendapat petunjuk ke jalan yang benar. Mereka benar-benar seperti buta dan tuli hakiki, maka bagaimana ia dapat pergi dan kembali sedangkan ia tidak tahu kemana ia akan pergi dan kemana ia datang kembali, maka ia menjadi bingung.
Sebaiknya ahli ilmu itu jangan sekali-kali mempunyai perasaan tamak yang tidak semestinya. Kecuali tamak untuk menghasilkan ilmu, maka tamak seperti ini dibolehkan, tidak bahaya bahkan merupakan sasaran kemuliaan. Dan hendaklah menjaga diri dari perkara yang dapat menjadikan hinanya ilmu dan ahlinya dan merendahkan diri, sebab memelihara perbuatan seperti ini merupakan keharusan agar ia tidak tertimpa kehinaan ilmu dan ahlinya. Ahli ilmu hendaknya bersifat tawadlu', karena tawadlu' itu merupakan sifat antara sombong, rendah diri dan iffah. Sedangkan kesombongan termasuk sifat-sifat yang diharamkan, sebab sifat itu merupakan sifat yang khusus bagi Allah Ta'ala, sebagaimana firman-Nya dalam Hadits Qudsi :
Artinya :
"Ke-Agungan itu pakaian-Ku dan Kebesaran itu selendang-Ku."
Maksudnya dua sifat yang khusus ada pada Dzat-Ku, yang tidak layak bagi selain-Ku. Iffah artinya menjaga dari keharaman. Tawadlu' merupakan sifat antara sombong dan rendah diri. Sebab seorang yang lemah tidak akan sombong untuk mencari yang halal dan tidak merendahkan dirinya untuk mencari yang haram. Karenanya tawadlu' itu merupakan sifat yang tetap bagi penuntut ilmu. Demikian sebagaimana diterangkan dalam kitab "Akhlak."
As Syekh Al Imam Al Ustadz Ruknul Islam yang terkenal sebagai seorang Ahli Pendidikan membaca sya'ir untuk dirinya :
Artinya :
"Sesungguhnya tawadlu' itu termasuk sifat orang yang bertakwa kepada Allah ; dengan takwa ia dapat meraih derajat yang lebih tinggi."
Artinya :
"Suatu yang sangat mengagumkan adalah orang yang bodoh terhadap dirinya sendiri ; apakah ia akan bahagia atau celaka."
Tawadlu' termasuk sifat-sifat orang yang bertakwa kepada Allah Ta'ala, dengan tawadlu' akan mencapai kedudukan yang tinggi, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. :
Artinya :
"Siapa bertawadlu' maka Allah mengangkatnya dan siapa sombong maka Allah merendahkannya."
Kata "waminal 'ajaibi" menjadi khabar muqaddam, "ujbun" menjadi mubtada' muakhkhar dan mashdar yang mudlaf pada fa'ilnya yaitu "man huwa jahilu." "Man" maushul dan jumlah sesudahnya adalah shilah. "Fi haalihi" ta'alluq dengan kata "Jahil." 'Ahwa" hamzahnya zaidah kedudukannya sebagai mubtada'. "Assa'iidu" khabamya, 'Amissyaqy" athaf pada "Assa'iid." Maksudnya, termasuk mengagumkan adalah seseorang yang bodoh terhadap dirinya, dia tidak mengerti apakah termasuk seorang yang bahagia dari orang-orang yang bahagia atau celaka dari orang-orang yang celaka. Dengan demikian ia terpedaya dan mengagumi keadaan dirinya, maka yang tepat hendaknya dia berfikir pada keadaan dirinya dan merasa takut dari su-ul khatimah (mengakhiri hayatnya dengan jelek) lalu dalam keadaan takut dan penuh harapan kepada Allah.
Artinya :
"Dia tidak tahu bagaimana mengakhiri umurnya pada hari kematiannya (dengan membawa iman atau kufur) ; lalu dia terperosok serendah-rendahnya atau naik ke tempat tertinggi."
Maksudnya ia tidak tahu dalam mengakhiri umurnya apakah mati membawa iman atau kufur. "Yauman Nawa" artinya hari kehancuran yaitu hari kematian, dimana ruhnya turun di tempat yang serendah-rendahnya atau naik di tempat tertinggi. Jadi dia tak tahu dalam mengakhiri umurnya menghembuskan nyawanya apakah mati membawa iman lalu naik ke tingkat tertinggi, yaitu kedudukan orang-orang mukmin, atau sebaliknya (kita mohon perlindungan Allah Ta'ala) lalu terperosok ke tempat yang paling rendah.
Artinya :
"Adapun kebesaran itu merupakan sifat yang khusus bagi Allah maka hendaknya kamu menjauhi dan memelihara diri dari kesombongan."
Imam Abu Hanifah pernah berkata kepada sahabat-sahabatnya : "Besarkanlah surbanmu dan longgarilah lengan bajumu." Beliau berkata demikian agar tidak menurunkan martabat ilmu dan ahlinya menjadi remeh dan hina.
Penuntut ilmu sebaiknya menguasai kitab wasiat yang ditulis Imam Abu Hanifah yang diberikan kepada Syekh Yusuf bin Khalid As Simti (dibangsakan pada Samat, beliau seorang ulama Ahli Hadits) ketika beliau pulang ke rumahnya dan keluarganya. Siapa saja berpedoman kitab itu sebagai acuan belajar, niscaya akan sukses.
Guru kami As Syekh Al Imam Ali bin Abu Bakar menyuruhku untuk menulis wasiat tersebut sewaktu kami pulang ke kampung halaman kami. Maka setidaknya bagi Pendidik dan Mufti di saat bergaul dengan masyarakat hendaknya memiliki kitab wasiat karya Imam Abu Hanifah itu.
Bersambung Ke Pasal III.....
SUMBER:
Sunday, 6 November 2011
Adakah Tuhan Wujud ? Ini lah jawapannya =)
Pada zaman dahulu, terjadinya suatu perdebatan antara golongan Atheis (tidak percaya kewujudan Tuhan) dengan seorang pemuda yang beragama Islam. Pemuda ini datang bersama gurunya dan gurunya telah diajak berdebat dengan golongan Atheis itu namun tidak dibenarkan pemuda itu, katanya: “Tak selayaknya seorang ulama besar berdebat di dalam majlis sebegini, cukuplah diserahkan kepada muridnya yang masih muda ini untuk berbincang-bincang dengan mereka-mereka ini.”
Pemuda: “Nombor sebelum 3?”
Atheis: “Nombor 2″
Pemuda: “Nombor sebelum 2?”
Atheis: “Nombor 1″
Pemuda: “Nombor sebelum 1?”
Atheis: “Tiada”