Wednesday, 31 August 2011
Berilmu Sebelum Sembahyang
Sebelum anda bersembahyang, terlebih dahulu anda wajib mengaji dan belajar tentang ‘ibadat yang akan anda kerjakannya nanti supaya ‘badat yang anda laksanakan itu molek sempurna; kalau tidak demikian, besar kemungkinan yang ‘badat anda lakukan itu tidak sah atau rosak atau pun rendah mutunya.
Justeru pentingnya ilmu sebelum ber’ibadat itulah maka Nabi s.a.w bersabda:
العلم إمام العمل، والعمل تابعه
Maksudnya: “Ilmu itu merupakan imam kepada amal, sedangkan amal itu pula menjadi pengikutnya (sebagai makmum)” Hadith Riwayat Abu Nu’aim
Sabdanya lagi:
إن نوما على علم خير من صلاة على جهل
Maksudnya: “Bahawasanya tidur dalam keadaan berilmu adalah terlebih baik dari sembahyang dalam keadaan jahil” Hadith Riwayat Abu Nu’aim
Selain itu semua, dengan ilmu membuatkan seseorang itu merasa benar-benar takut kepada Allah Ta’ala. Firman Allah:
إنما يخشى الله من عباده العلماء (فاطر: 28)
Maksudnya: “Sesungguhnya yang takut kepada Allah daripada hambaNya ialah para ilmuan (yang beriman)”.
Perasaan takut kepada Allah akan menimbulkan rasa kehebatan, keagungan, kebesaran, ketinggian, kemuliaan dan kequddusan Allah Jalla Jalaluh. Dari perasaan takut itulah yang akan menghasilkan khusyu’ yang merupakan hal yang amat penting sekali dalam ‘ibadat sembahyang seseorang hamba Allah yang mahukan kemenangan dunia dan akhirat. Firman Allah Ta’ala:
قد أفلح المؤمنون الذين هم في صلاتهم خاشعون (المؤمنون: 1-2).
Maksudnya: “Sesungguhnya telah beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya”.
Apakah ilmu yang utama berkaitan dengan ‘ibadat sembahyang?
Setiap orang yang mahu menunaikan sembahyang adalah berkewajipan mempelajari empat ilmu yang telah menjadi fardhu ‘ain kepadanya, di mana dia tidak boleh mewakili kepada orang lain untuk mempelajari bagi pihak dirinya. Ilmu-ilmu itu ialah ilmu tauhid, ilmu fikah, ilmu tasauf, dan ilmu membaca al-Qur’an (tajwid). Ilmu-ilmu ini diwajibkan mempelajarinya kerana ia mempunyai kaitan rapat yang tidak boleh dipisahkan sama sekali dengan ‘ibadat sembahyang.
Selain itu dia merasakan dengan penuh kesedaran tanpa alpa lalai: Bahawa segala perbuatan, segala bacaan dan semua gerak-geri serta lintasan hati dalam sembahyangnya sedang disaksi, dilihat, diperhati, didengari dan diketahui oleh Allah yang Maha Ada, yang Maha Mengetahui, yang Maha Melihat, lagi yang Maha Mendengar. Dengan itu dia mengerjakan sembahyangnya dengan sebaik-baik mungkin, sepenuh khusyu’ dan hadhir hati dengan Allah Ta’ala.
Adapun orang yang kurang ma’rifatnya dengan Allah, maka dia hanya bersembahyang pada zahirnya sahaja tetapi pada hakikat batinnya dia sedang bermain wayang.
Denga ilmu fikah, seseorang dapat mengetahui hukum hakam yang berkaitan dengan ‘ibadat sembahyangnya. Dengan itu dapatlah dia menunaikan sembahyangnya sempurna, betul lagi sah.
Dengan ilmu tasauf, seseorang dapat menghindarkan keburukan hati yang bernajis dengan riya’, ‘ujub, hasad dengki dan lain-lain sifat keji yang akan merosakkan segala pahala sembahyangnya.
Dengan ilmu membaca al-Quran dan tajwidnya seseorang dapat membaca bacaan-bacaan sembahyangnya dengan betul dan baik dari segi sebutan huruf, makhrajnya, panjang pendeknya dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan hukum tajwid.
Rujukan: Fiqh Solat oleh Haji Engku Ali bin Engku Endut
(Muhammad) al-‘Idrusi Terbitan Syarikat Jaffar Rawas
Sdn. Bhd.
Memahami Kemuliaan dan Mukjizat Rasulullah SAW [Bhg. 1]
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam,
Selawat dan Salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran serata alam,
Amma ba’d:
Sejak akhir-akhir ini, kita melihat beberapa individu dan gerakan di atas nama Islam dan Islah mula menyentuh dan mengkritik kedudukan, kemuliaan dan keagungan Rasulullah SAW secara terbuka dan tanpa segan silu atau rasa bersalah. Tanpa mereka sedari, perkara tersebut boleh menjadi sebab bagi kemusnahan seluruh amalan mereka sepertimana yang diterangkan di dalam firman Allah SWT berkenaan kewajipan memelihara adab dengan Rasulullah SAW:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَرْفَعُوا أَصْوَاتَكُمْ فَوْقَ صَوْتِ النَّبِيِّ وَلَا تَجْهَرُوا لَهُ بِالْقَوْلِ كَجَهْرِ بَعْضِكُمْ لِبَعْضٍأَنْ تَحْبَطَ أَعْمَالُكُمْ وَأَنْتُمْ لَا تَشْعُرُونَ
Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu melebihi suara nabi, dan janganlah kamu Berkata kepadanya dengan suara yang keras, sebagaimana kerasnya suara sebagian kamu terhadap sebagian yang lain, supaya tidak hapus (pahala) amalanmu[1408], sedangkan kamu tidak menyadari.
[1408] meninggikan suara lebih dari suara nabi atau bicara keras terhadap nabi adalah suatu perbuatan yang menyakiti nabi. Karena itu terlarang melakukannya dan menyebabkan hapusnya amal perbuatan.
Mereka mula bersikap seumpama musuh-musuh para anbiya’ a.s. dan musuh Nabi Muhammad SAW terdahulu yang memperkecilkan dan menghina keduddukan para anbiya’ a.s. dengan menyatakan mereka (para anbiya’ a.s.) hanyalah manusia biasa seumpama manusia-manusia yang lain.
Lihatlah firman Allah SWT berkenaan dengan kaum-kaum para anbiya’ a.s. yang mengkritik dan menghina para anbiya’ a.s. yang diutuskan kepada mereka dengan kata-kata bahawa para anbiya’ a.s. adalah manusia seperti mereka ataupun mereka adalah manusia seperti nabi mereka.
قَالُوا إِنْ أَنْتُمْ إِلَّا بَشَرٌ مِثْلُنَا تُرِيدُونَ أَنْ تَصُدُّونَا عَمَّا كَانَ يَعْبُدُ آَبَاؤُنَا فَأْتُونَا بِسُلْطَانٍ مُبِينٍ
Mereka menjawab: “Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami. Kamu bertujuan hendak menyekat kami daripada menyembah apa yang telah disembah oleh datuk nenek kami. Oleh itu, bawalah kepada kami satu bukti yang jelas nyata”.(Ibrahim;10)
لَاهِيَةً قُلُوبُهُمْ وَأَسَرُّوا النَّجْوَى الَّذِينَ ظَلَمُوا هَلْ هَذَا إِلَّا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ أَفَتَأْتُونَ السِّحْرَ وَأَنْتُمْ تُبْصِرُونَ
Dengan keadaan hati mereka leka daripada memahami dan mengamalkan maksudnya. Dan orang-orang yang zalim itu, berbisik-bisik sesama sendiri dengan berkata: “Bukankah (Muhammad) ini hanyalah seorang manusia biasa seperti kamu? Maka patutkah kamu turut hadir mendengar sihir yang dibawanya itu sedang kamu nampak dan mengetahui karutnya?” (Al-Anbiya’:3)
فَقَالَ الْمَلَأُ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ قَوْمِهِ مَا هَذَا إِلَّا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُرِيدُ أَنْ يَتَفَضَّلَ عَلَيْكُمْ وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَأَنْزَلَ مَلَائِكَةً مَا سَمِعْنَا بِهَذَا فِي آَبَائِنَا الْأَوَّلِينَ
Maka ketua-ketua yang kafir dari kaumnya berkata (sesama sendiri)): “Orang ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, ia bertujuan hendak melebihkan dirinya daripada kamu. Dan kalaulah Allah berkehendak (mengutuskan seorang Rasul) tentulah Ia menurunkan malaikat menjadi RasulNya. Kami tidak pernah mendengar seruan seperti ini dalam kalangan datuk nenek kami yang telah lalu.(Al-Mu’minun: 24)
وَقَالَ الْمَلَأُ مِنْ قَوْمِهِ الَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا بِلِقَاءِ الْآَخِرَةِ وَأَتْرَفْنَاهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا مَا هَذَا إِلَّا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يَأْكُلُ مِمَّا تَأْكُلُونَ مِنْهُ وَيَشْرَبُ مِمَّا تَشْرَبُونَ
Dan (bagi menolak seruan itu), ketua-ketua dari kaumnya yang kafir serta mendustakan pertemuan hari akhirat, dan yang Kami mewahkan mereka dalam kehidupan dunia, berkata (sesama sendiri) “Orang ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, ia makan dari apa yang kamu makan, dan meminum dari apa yang kamu minum.(Al-Mu’minun: 33)
Dan banyak lagi…
Sesungguhnya pandangan hati orang-orang kafir itu buta daripada melihat kemuliaan dan kedudukan para anbiya’ mereka a.s., lantas, mereka menghina para anbiya’ a.s. dengan dengan kata-kata:
- “Kamu juga manusia seperti kami” atau
- “Kami juga manusia seperti kamu”.
Golongan yang “berpenyakit” ini hanya sibuk mengembar-gemburkan kepada masyarakat awam tentang ayat-ayat berkaitan “kemanusiaan” Rasulullah SAW dan tidak pula menonjolkan ayat-ayat al-Quran dan al-Sunnah berkaitan dengan keagungan dan kemuliaan Rasulullah SAW yang terlalu banyak di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Kami nukilkan sebahagian kecilnya di sini.
[Allah menyifatkan Rasulullah sebagai rahmat ke seluruh alam, dan Dia adalah tuhan sekalian alam]
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (Al-Anbiya’: 107)
[Allah memuji ketinggian akhlak Rasulullah SAW]
وَإِنَّكَ لَعَلَى خُلُقٍ عَظِيمٍ
Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.(Al-Qalam: 4)
[Allah menyatakan bahawa anugerah-Nya kepada Baginda SAW adalah teramat besar]
وَمَا يَضُرُّونَكَ مِنْ شَيْءٍ وَأَنْزَلَ اللَّهُ عَلَيْكَ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَعَلَّمَكَ مَا لَمْ تَكُنْ تَعْلَمُ وَكَانَ فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكَ عَظِيمًا
…dan juga mereka tidak akan dapat mendatangkan mudarat kepadamu sedikitpun; dan (selain itu) Allah telah menurunkan kepadamu Kitab (Al-Quran) serta Hikmah (pengetahuan yang mendalam), dan telah mengajarkanmu apa yang engkau tidak mengetahuinya. Dan adalah kurnia Allah yang dilimpahkanNya kepada mu amatlah besar.(Al-Nisaa’:113)
[Allah SWT bersumpah dengan “umur” atau “nyawa” Nabi Muhammad SAW]
لَعَمْرُكَ إِنَّهُمْ لَفِي سَكْرَتِهِمْ يَعْمَهُونَ
Demi umurmu (wahai Muhammad), sesungguhnya mereka membuta tuli dalam kemabukan maksiat mereka.(Al-Hijr: 72)
[Allah menisbahkan pemberian kesenangan itu kepada Rasulullah SAW]
وَمَا نَقَمُوا إِلَّا أَنْ أَغْنَاهُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ مِنْ فَضْلِهِ
Dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan setelah Allah dan RasulNya memberi kesenangan kepada mereka dari limpah kurniaNya. (Al-Taubah:74)
Dan banyak lagi….
Apakah mereka tidak sedar dan tidak nampak ayat-ayat al-Quran dan al-Sunnah berkaitan kemuliaan dan keagungan Rasulullah SAW?!
Ataupun mereka sengaja buat-buat tidak nampak dan sedar?!
Ataupun hati mereka dibutakan daripada melihat dan dipekakkan daripada mendengar kebenaran, lantaran itu, jadilah mereka hati-hati yang berpenyakit?!
Daku memohon perlindungan daripada Allah SWT dan Rasul-Nya.
Sebahagian kecil masyarakat mula terpengaruh dan mula berani untuk bercakap-cakap dan mengulas dengan nada sindiran, bahkan tanpa adab berkenaan kedudukan Rasulullah SAW. Apabila Rasulullah SAW disanjung dan dipuji oleh umatnya di dalam majlis-majlis ilmu, zikir dan keramaian, golongan ini sibuk menyebarkan dakwaan kononnya sanjungan dan pujian itu mengandungi makna “syirik”, “ghuluww”, dan sebagainya. Perbuatan tidak menjaga adab dengan Rasulullah SAW seperti ini boleh membawa kepada lembah kekufuran yang akhirnya memusnahkan seluruh amalan kebaikan seseorang itu. Golongan yang memperkecilkan kedudukan Rasulullah SAW ini sebenarnya adalah golongan jahil yang mempunyai penyakit di hati mereka.
Maka, oleh sebab itu, penulis merasa terpanggil untuk memulakan penulisan e-book di blog ini berkaitan dengan mempertahankan kemuliaan dan kehormatan diri Rasulullah SAW. Semoga e-book kecil ini mampu memaparkan secara ringkas kedudukan dan kemuliaan Rasulullah SAW khususnya dan para anbiya a.s. amnya melalui huraian berkenaan dengan dengan mukjizat baginda SAW.
Sesungguhnya kemuliaan Rasulullah SAW itu tiada penghujung baginya dan hanya Allah SWT yang mengetahuinya sepertimana sabda Baginda SAW di dalam sebuah hadis sahih riwayat Imam al-Bukhari:
والله، ما عرفني غير ربي
Maksudnya: “Demi Allah, tiada yang mengenali daku melainkan Tuhan-ku”
Semoga amalan ini diterima oleh Allah SWT sebagai sebab untuk mencapai ridha dan rahmat-Nya serta shafaat kekasih-Nya, Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya baginda SAW adalah sebaik-baik pemberi shafaat di hari pengadilan nanti. Amin Ya Rabbal Alamin.
SUMBER:
http://al-ashairah.blogspot.com/2010/04/memahami-kemuliaan-dan-mukjizat.html
Hukum Menyebut SadaqaLlahul 'Azim
SOALAN:
Apakah hukum menyebut sadaqallahul Azim selepas membaca al-Quran? Ada orang berkata tidak boleh kerana ia adalah bidaah dan tidak pernah diamalkan Rasulullah. Bagaimana hukum orang yang melakukannya?
- Muhammad Jiwa
Ampang, Selangor.
JAWAPANNYA:
Hukum ini nampaknya ada mengandungi unsur wahabi yang akan mengatakan sesuatu itu bidaah sekiranya tidak dilakukan oleh Rasulullah. Tetapi bagi kita bukan setiap amalan yang tidak dilakukan Rasulullah itu bidaah kerana ada benda yang Baginda tidak buat tetapi dibenarkan orang lain membuatnya. Amalan itu jadi sunat sekiranya ia dikira baik (khair) dan disuruh agama. Allah berfirman yang bermaksud,
Lakukan kebajikan mudah-mudahan kamu berjaya (Surah al-Hajj ayat 77).
Contohnya ucapan sadaqallah ini. Sebab kalau kita perhatikan bukan saja elok malah disuruh oleh Allah dalam salah satu firmanNya bermaksud,
Katakanlah wahai Muhammad! telah benarlah (firman) Allah itu.(Surah al- Imran ayat 95)
. Jadi sekiranya suatu itu ada nasnya maka lakukan tanpa was-was insyaallah ia adalah dari urusan agama, sunah lagi beroleh pahala (bidaah hasanah) hukumnya bukan bidaah lagi. Wallahualam.
Monday, 29 August 2011
Syarat Wajib Sembahyang
Bermula syarat wajib sembahyang itu 5 perkara:-
1) Islam
2) A’qil
3) Baligh
4) Suci daripada haid dan nifas
5) Masuk waktu
Rujukan: Hidayatus Sibyan karangan Abu Abdullah Hussain Nasir bin Muhammad Toyyib al-Mas'udi al-Banjari
Thursday, 25 August 2011
Syarat Sah Sembahyang
Bermula syarat sah sembahyang itu 9 perkara:-
1) Islam
2) A’qil (orang yang berakal)
3) Suci badan daripada hadas kecil dan hadas besar
4) Suci (pada zahir) badannya dan pakaiannya dan tempat sembahyangnya daripada najis yang tiada dimaaf (oleh syarak) akan dia (najis)
5) Masuk waktu (sembahyang)
6) Mengadap ain qiblat (kalau dekat dengan kaabah tetapi kalau jauh daripada kaabah menghadap arah qiblat)
7) Menutup aurat
8) Mengetahui akan kaifiat sembahyangnya
9) Menjauhi daripada barang (perkara) yang membatal akan dia (sembahyang).
Rujukan: Hidayatus Sibyan karangan Abu Abdullah Hussain Nasir bin
Muhammad Taib al-Mas’udi al-Banjari
Kenapa Kita Belajar Sifat 20 ?
Oleh : Ustaz Muhammad Husni Ginting (Http://allangkati.blogspot.com/)
Ada sebahagian orang yang menentang pengajian sifat 20 yang berpuluh tahun bahkan beratus tahun di pelajari oleh umat islam, mereka menentang pengajian tersebut dengan berbagai alasan yang sangat lemah sekali, karena mereka mengikuti hawa nafsu, dan bertaklid buta dengan syeikh-syeikh mereka yang sesat untuk menutupi Aqidah Musyabbihah.
Sebahagian dari alasan mereka yang menentang sifat 20 adalah sebagai berikut :
1 - Pengajian sifat 20 melahirkan orang-orang yang berakidahkan lemah, sebab berpondasikan dari filsafah Yunani.
Kita jawab : Hal ini merupakan fitnah yang besar, adanya kegoncangan dan kelamahan aqidah generasi zaman sekarang karena mereka tidak belajar aqidah yang sebenarnya termasuk didalamnya sifat 20, kalau kita lihat realiti yang ada bahkan sifat 2o lah yang telah menyelamatkan umat islam di Indonesia, Malaysia, Brunei Darussalam, negeri Fatani ( dibahagian selatan Thailand ) dari usaha pemurtadan penjajah-penjajah asing, negara-negara ini telah di jajah oleh penjajah-penjajah kafir yang inin meluaskan kekuasaan dan agama mereka, tetapi umat islam di Nusantara tetap berpedang dengan aqidah mereka, mengingat pengajian tauhid yang tiga ( Tauhid versi Wahabi ) belum mengembang di Nusantara, jadi tauhid apakah yang menjaga umat dari bahaya murtad ? tentu tauhid yang membicarakan sifat dua puluh.
2 - Aqidah sifat 20 merupakan sesuatu yang sangat berat di kaji dan menyusahkan orang islam, sehingga ada makcik-makcik ( Ibu-Ibu ) di Langkawi ( pulau di Malaysia ) yang tak laksanakan shalat tujuh puluh tahun lamanya karena tak faham sifat 20, sebab gurunya kata kalau tak hapal sifat dua puluh shalat tak sah.
Kita jawab : Sifat dua puluh merupakan sistem pengenalan terhadap Allah s.w.t yang sangat mudah sekali, karena mengahapalnya lebih mudah dari mengahapal al-Qur`an, para sahabat Rasul telah mengapal al-Qur`an, jadi didalam al-Qur`an sendiri telah disebut sifat-sifat Allah, dengan makna lain mereka telah menghapal sifat-sifat Allah melalui al-Qur`an, jadi jika umat islam di suruh untuk mengahapal sifat 20 dengan dalil Naql ( al-Qur`an dan Hadis ) dan akal itu lebih mudah dari pada menghapal seluruh al-Qur`an.
Sifat-sifat Allah terlalu banyak sekali, baik disebutkan didalam al-Qur`an maupun didalam hadis Rasul, jadi jika umat islam di suruh untuk menghapal seluruh sifat -sifat yang ada, ini merupakan sesuatu yang memberatkan bagi umat islam, sementara pengajian sifat dua puluh memudahkan umat islam dengan menyebutkan sifat-sifat yang paling berpengaruh dari seluruh sifat-sifat yang lainnya, sebab jika sifat 20 ini tidak ada, maka sifat-sifat yang lain pun tidak akan ada pula, sebab itulah sifat-sifat Allah syang lain itu tergantng kepada sifat 20, dengan makna jika sifat wujud Allah tidak ada maka sifat pengangampun, pemurah, penyayang dan lain-lainnya juga tidak ada, jika sifat qidam Allah tidak ada maka sifat menciptakan, memberi, kuat dan lain-lainnya juga tidak akan ada.
Sebab itulah sifat dua puluh ini sangat perlu sekali di pelajari, karena terdiri dari inti sari aqidah yang terdapat di al-Qur`an dan al-Hadis.
Adapun cerita seorang perempuan tidak shalat selama tujuh puluh tahun di sebabkan tidak hafal sifat 20, maka ini cerita yang di ada-adakan
Allah berfirman :
إن جاء كم فاسق بنبإ فتبينوا
Artinya : Jika datang kepada kamu orang fasikyang membawa kabar hendaklah teliti dulu.
Maksudnya cerita yang di bawa oleh orang tersebut perlu di teliti benar tidaknya, dari sebanyak perjalanan saya dan sepengetahuan saya tidak pernah ada orang tinggalkan shalat disebabkan mempelajari sifat 20, alasan diatas sanat berlebihan, jika mau bercerita ceritalah perkara yang masuk akal dan yang benar, sebab lidah itu akan di pertanyakkan Allah di hari akhirat.
Saya akan sebutkan sebahagian pusat pendidian yang menjadikan sisten sifat 20 sebagai dasar didalam tauhid mereka.
1 - al-Azhar as-Syarif Mesir : Dari peringkat Menengah, atas dan perkuliyahan sifat dua puluh di pelajari di lembaga pendidikan yang tertua ini, mengeluarkan setiap tahunnya ribuan pelajar dan mahasiswa tetapi mereka tetap shalat walaupun mengaji sifat 20.
2 - Madrasah Solatiyah : Merupakan pusat pengajian yang pertma sekali di bina di Makkah menjadikan dasar pengajiannya sifat 20, mereka semua shalat dengan bagus walapun mengaji sifat 20.
3 - Madrasah Mustafawiyah Purba Baru Mandailing Sumatra Utara : merupakan pusat pendidikan yang yang sanat terkenal di Indonesia, mengeluarkan setiap tahunnya lebih dari tujuh ratusan pelajar, mereka semua shalat walaupun mempelajari sifat 20 sama ada yang sudah hapal atau belum.
Pesantren Lirboyo Kediri, Pesantren Tebu Ireng, pondok Lubuk Tapah ( Malaysia ), pondok Bakriyyah Pasir Putih dan banyak lagi pondok pesantren yang mempelajari sifat dua puluh di Nusantara.
Bahkan orang-orang yang mempelajari sistem tauhid tiga ( versi Wahabi ) kebanyakkannya terjatuh kepada aqidah mujassimah yang menyerupai Allah dengan makhluknya, sebab itulah Wahabi bersusah payah untuk menghilangkan tauhid sifat dua puluh, selama masih ada di bumi ini orang yang mempelajari sifat dua puluh selama itulah Wahabi yang mengangap diri mereka salafi golongan mujassimah Musyabbihah.
3 - Sifat dua puluh tidak ada pada zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat-sahabat yang mulia, tetapi ada setelah abad-abad yang mulia.
Kita jawab : Tidak adanya sifat dua puluh pada zaman Rasul dan sahabat bukanlah sebagai dalil untuk menolak pengajian sifat dua puluh, sebab isi dan kandungan sifat dua puluh sudah ada pada zaman Nabi dan sahabat, misalnya sifat wujud Allah, Qidam, Baqa, Mukhalafatu Lil Hawadis, Qiyamuhu Binnafsih, Wahdaniyyah, Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayah, kalam adalah sifat - sifat yang di kenal oleh Nabi dan para sahabat-sahabatnya.
Barangsiapa yang mengingkari bahwa Nabi mengetahui sifat-sifat ini berarti aqidahnya telah jauh dari aqidah islam, bagaimana boleh Nabi mengingkari Wujudnya Allah, ilmunya Allah, Baqa`nya Allah, Kalamnya Allah, sifat-sifat ini telah termuat didalam al-Qur`an dan Hadis Nabi.
Seperti Rukun shalat, Nabi tidak pernah katakan berapa rukun shalat, berapa sunnah-sunnah shalat, berapa syarat-syarat shalat, tetapi melalui al-Qur`an dan Hadis para ulama telah menyimpulkan dan menetapkan rukun-rukun shalat dari mulai bediri sampai salam, apakah perbuatan ulama-ulama tersebut suatu yang bid`ah, hal ini tidak bid`ah karena isi dan kandungannya dari al-Qur`an dan as-Sunnah.
Saya akan perlihatkan kepada pembaca seluruh sifat-sifat yang telah ulama sebutkan sebagai sifat yang paling terpenting sekali Allah miliki, jika Allah tidak bersifat seperti itu maka Allah tidak pantas menjadi tuhan, tetapi karena dalil Naqli dan akal telah menyebutkan Allah bersifat dengan sifat dua puluh maka sah-lah Allah sebagai tuhan yang di sembah.
Berikut sifat-sifat yang sangat penting sekali :
1 - Wujud
Sifat Wujud ini mesti ada pada tuhan yang di sembah jika tidak ada maka dia tidak berhak dianggap tuhan, sementara dalil yang di petik darial-Qur`an adalah :
أفرءيتم ما تمنون ( 58 ) وأنتم تخلقونه أم نحن الخالقون ( 59 ) نحن قدرنا بينكم الموت وما نحن بمسبوقين ( 60 ).الواقعة 58-60
Artinya : Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan ( ke dalam rahim )? ( 58 ) Adakah kamu yang menciptakannya atau kami yang menciptakannya? ( 59 ) Kamilah yang menentukan kematian diantara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan ( 60 ).
2 - Qidam
Allah s.w.t bersifatkan qadim maksudnya wujud Allah s.w.t tidak didahuli oleh tiada, jika sesuatu didahului oleh tiada maka sesuatu itu tidak boleh disebut tuhan.
Dalilnya :هو الأول وهو الآخر
Artinya : Dia-lah yang awal dan yang akhir ( al-Hadid 3 ).
Sifat ini banyak dikritik dari kalangan wahabi, mereka menganggap bahwa qadim bukan sifat Allah karena, terdapat di dalam al-Qur`an.
Tidak semestinya jika al-Qur`an tidak menggunakannya untuk sifat Allah berarti tidak boleh gunakan, selama maksud sifat itu terdapat didalam al-Qur`an dan telah menjadi istilah yang di terima oleh ulama maka sifat itu boleh digunakan, sebab Imam Abu Hanifah, Imam Tohawi dan lain-lainnya juga menggunakan kalimat ini.
Sifat qidam juga telah di riwayatkan di Imam Ibnu Majah, Imam al-Hakim didalam Mustadrak, juga terdapat didalam sunan Ab Daud.
3 - Baqa :Wajib abgi Allah bersifat baqa` yang berarti tetap tidak diakhiri dengan kematian, Allah berfirman
ويبقى وجه ربك ذو الجلال والإكرام
Artinya : Dan kekallah Zat Tuhanmu yang memiliki kebesaran dan kemuliyaan. ( ar-Rahman 27 ).
4 - مخالفة للحوادث
Sifat ini merupakan sefat yang paling penting di fahami oleh umat islam, bahwa segala sifat, perbuatan, dan prilaku yang baharu tidak boleh disamakan kepada Zat, sifat, perbuatan Allah, barang siapa yang mengingkari sifat ini maka dia telah keluar dari agama islam, jadi Allah tidak sama dengan makhluk-makhluknya.
Firman Allah : ليس كمثله شيئ وهو السميع البصير
Artinya : Tiada sesuatupun yang sebanding (serupa ) dengan ( Zat , sifat, perbuatan ),Nya dan Dia-lah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat (as-Syura 11 ).
Dan selanjutnya seluruh sifat-sifat yng telah ulama-ulama as-Sya`irah kemukaan didalan sifat dua puluh memiliki dalil-dalil yang jelas didalam al-Qur`an.
4 - Sifat Allah tidak hanya dua puluh kenapa mesti di batasi
Kita jawab : Asya`irah ketika membincang sifat dua puluh tidak pernah membataskan sifat-sifat Allah, bahkan mereka mengakui sifat-sifat Allah banyak, setiap sifat-sifat sempurana dan mulya itu adalah sifat Allah, orang yang mengatakan Asya`irah hanya mengajar sifat dua puluh saja membuktikan tidak pernah membaca buku-buku aqidah aliran ahlussunnah Asya`irah, coba lihat sebahagian kitab-kitab Asya`irah :
a - Matan as-Sanusiyyah : kitab ini dikarang oleh Imam Abu Abdillah Muhammad bin Muhammad bin Yusuf as-Sanusi yang meninggal dunia tahun 895 hijriyah, kitab ini merupakan kitab yang paling penting di kalangan Asya`irah, menadapat perhatan khusus dari kalangan ulama dan pelajar agama, sehingga menjadi rujukkan aqidah bagi Asya`irah sedunia.
didalamnya menyebutkan :
فمما يجب لمولانا جل وعز عشرون صفة
Artinya : Sebahagian sifat yang wajib bagi Allah yang Mulia dan Tinggi adalah dua puluh sifat ( Matan Sanusia beserta Hasyiahnya Imam Bajuri :16 , terbitan Musthafa Halabi , 1374 - 1955 )
b - ad-Duru al-Farid Fi Aqa`idi Ahli Tauhid karangan Imam Ahmad bin Sayyid Abdurrahman an-Nahrawi
فمما يجب لله تعالى عشرون صفة واجبة
Artinya : Dan sebahadian dari sifat yang wajib bagi Allah adalah dua puluh sifat yang wajib (ad-Duru al-Farid Fi Aqa`idi Ahli Tauhid karangan Imam Ahmad bin Sayyid Abdurrahman an-Nahrawi beserta syarahnya Fathu al-Majid karangan Syeikh Muhammad Nawawi bin Umar al-Banteni : 5 , terbitan Musthafa al-Halabi cetakan terakhir 1373 -1954 ).
Perlu di ketahui bahwa lafaz ( من ) pada kalimat ini bermaksud ( لتبعيض ) artinya menunjukkan sebahagian saja, dengan begitu sifat Allah banyak sekali, segala sifat yang patut, layak, dan mulia adalah sifat Allah, tetapi diantara sifat-sifat itu ada dua puluh sifat yang sanat perlu sekali di ketahui secara terperinci.
SUMBER :
http://allangkati.blogspot.com/2010/11/kenapa-kita-belajar-sifat-dua-puluh.html
Wednesday, 24 August 2011
Bab: Pembahagian Waktu Malam
Menghidupkan malam, yakni memenuhkan waktu-waktunya dengan amalan-amalan ibadat ada tujuh peringkatnya:
(1) Menghidupkan sepanjang waktu malam. Yang dapat memenuhinya ialah orang-orang yang kuat keazamannya yang benar-benar telah menetapkan dirinya untuk beribadat kepada Allah azzawajalla. Kerjanya itu menjadi semacam makanan bagi jiwa dan kehidupan bagi hati. Sebab itu mereka tidak merasa letih atau lelah untuk beribadat di sepanjang malam, manakala tidurnya ditukarkan pada waktu siang pula. Dikatakan ada sebanyak 40 tabi’in terkenal dengan amalannya dalam cara ini.
(2) Bangun untuk beribadat separuh dari malam.
(3) Bangun untuk beribadat dalam sepertiga masa dari separuh malam yang terakhir.
(4) Bangun untuk beribadat dalam seperenam malam yang terakhir atau seperlimanya.
(5) Tidak menurut cara-cara yang telah lalu, dia tidur kemudian bangun malam pada masa-masa yang tidak tetap waktunya.
(6) Bangun malam setakat cukup untuk melakukan sembahyang empat rakaat ataupun dua rakaat saja.
(7) Kiranya memang sukar baginya untuk bangun malam, maka hendaklah jangan sampai terlalai terus, sehingga masuk waktu subuh, ia masih di atas tempat tidur juga. Tetapi sekurang-kurangnya, hendaklah ia bangun ketika masuk waktu subuh atau waktu orang bersahur.
Adapun bangun di waktu malam yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. maka caranya tidaklah tetap dalam tertib yang sama, tetapi ada kalanya baginda separuh malam dan adakalanya sepertiga malam dan ada kala dua pertiga malam dan ada juga seperenam malam saja, dan hal itu berbeda antara satu sama yang lain. Perkata ini dipandukan kepada ayat al-Quran dalam dua tempat, iaitu:
“Sesungguhnya Tuhanmu Mengetahui bahawa engkau bangun (mengerjakan sembahyang) kurang dari dua pertiga malam, ada pula separuhnya dan sepertiganya.” (al-Muzammil: 20)
Perkataan kurang dari dua pertiga malam dalam ayat di atas itu, seolah-olah maksudnya ialah: Separuhnya dan separuh dari seperenamnya. Jika kalimatwanisghfahuu watsulutsihii, maka maksudnya ialah: Separuh dari dua pertiga dan sepertiga dari dua pertiga, jadi hampir mendekati sepertiga dan seperempat. Jika kalimat di atas itu diberikan baris fathah (atas) maka maksudnya ialah: Separuh malam dan sepertiganya.
Berkata Siti Aisyah r.a.:
Rasulullah s.a.w. bangun dari tidur apabila baginda mendengar kokokan ayam, dan ini maknanya seperenam malam atau kurang sedikit daripadanya.
SUMBER:
http://bimbinganmukmin.wordpress.com/2010/06/20/pembahagian-waktu-malam/
Bab: Kenikmatan bermunajat dengan hukum akal dan naqal
Tiada syak laagi orang yang bermunajat itu merasakan sepenuh kelazatan dan kenikmatan dalam munajat-munajatnya, kerana yang demikian itu dapat dibuktikan dengan hukum-hukum akal dan naqal.
Adapun dengan hukum akal dapat diumpamakan seorang yang mencintai seorang lain kerana kecantikannya, ataupun terhadap seorang raja kerana kemurahan hatinya dan kerana banyak harta yang dibelanjakannya. Dalam kedua-dua misal tadi, dapat dibayangkan betapa orang yang tercinta itu merasa nikmat bila dapat bertemu dan berkhalwat dengan orang yang dikasihinya dan tidak mustahil juga, dia akan merasa redha untuk bercumbu-cumbuan dengannya sepanjang malam, tanpa tidur oleh kerana terlalu mendalam cintanya terhadap orang itu.
Andaikata ada orang berkata: Memang benar itu, tetapi jika orang yang cantik atau kekasihnya itu dapat dilihat dengan mata secara berhadapan-hadapan, bagaimana pula dengan Zat Allah yang tidak boleh dilihat itu?
Ketahuilah, bahwasanya jika kekasihnya itu memang benar-benar dicintai, tidak mengapa walaupun ia berada di balik tabir. Ataupun jika ia berada di tempay yang gelap-gelita. Namun orang yang mencintainya itu tetap merasakan kenikmatan dengan semata-ata berada dekat dengannya, meskipun tanpa dapat melihat kekasihnya itu. Manakala hatinya akan merasa puasa dengan yang demikian itu dan tiada mengharapkan selain dari itu. Memadalah merasa kenikmatan dengan melahirkan cintanya itu terhadap kekasihnya dan cukuplah menyebut-nyebutkan dengan lidah ketika berdekatan dengannya sehingga perkara itu menjadi termaklum.
Andaikata orang itu berkata lagi: Mungkin orang yang bercinta itu menunggu jawaban kekasihnya, dan tentu seklai dia akan merasa senang bila mendengar jawabannya itu, sedangkan orang yang mencintai Allah, tidak mungkin mendengar percakapan (firman) Allah Ta’ala?
Ketahuilah, kiranya ia mengetahui bahwa kekasihnya itu (Allah) tidak akan memberi jawaban dan akan terus berdiam diri, tentulah ia masih merasa nikmat juga dengan mendedahkan segala hal-ehwalnya serta membukakan segala rahsia hatinya kepada Allah yang dikasihiNya itu. Betapa tidak! Kerana orang yang hatinya penuh kayakinan terhadap Allah Ta’ala akan merasa sesuatu perasaan tindak balas di dalam sanubarinya di waktu bermunajat kepada Allah, maka tentulah ia akan merasa nikmat itu.
Contohnya yang semisal ialah orang yang berkhalwat dengn raja di waktu malam seraya mendedahkan segala hajat dan keperluannya kepada raja itu, tentulah ia akan merasa gembira kerana dapat berdua-duaan bersamanya, dengan berharap pula akan mendapat pengurniaan daripada raja itu.
Ini adalah satu harapan kepada seorang raja akan memberinya pengurniaan secara terbatas saja. Apatah lagi jika harapan itu ditujukan kepada Allah Ta’ala tentulah tiada terbatas sama sekali, kerana apa yang diberikan oleh Allah itu lebih kekal dan lebih banyak manfaatnya daripada yang diberikan oleh manusia. Jadi bagaimana boleh dikatakan seseorang itu tidak akan merasa nikmat dengan mendedahkan segala keperluannya kepada Allah di dalam khalwat dan munajatnya?
Adapun menurut hukum naqal, maka halnya dapat disaksikan oleh orang-orang yang bangun di tengah malam itu sendiri, betapa mereka merasa nikmatnya beribadat di waktu itu. Betapa pula mereka merasakan malam yang panjang itu menjadi pendek, laksana seorang yang bercinta bertemu dengan kekasihnya di tengah malam, sehingga setengah mereja berkata kepada kekasihnya setangahnya: Bagaimana anda dengan malam anda? Dijawabnya: Tak pernah dapat aku meraikannya sama sekali. Ia menunjukkan mukanya sekejap lalu pergi semula, sehingga tak sempat aku hendak memerhatikannya sama sekali.
Berkata Ali bin Bakkar: Selama 40 tahun tak pernah ada sesuatu yang menyedihkan aku selain daripada terbitnya fajar.
Berkata al-Fudhail bin Iyadh: Setiap kali matahari terbenam aku merasa gembira dengan tibanya kegelapan malam, kerana ketika itu ake dapat berkhalwat dengan Tuhanku. Kemudian apabila matahari itu terbit semula, berdukacitalah aku kerana aku terpaksa berhadapan dengan orang ramai.
Berkata Abu Sulaiman: Orang-orang yang beribadat di tengah malam lebih menikmati dengan waktu malamnya daripada orang yang bersukaria dengan alat- alat yang memerdukan jiwa. Dan kalaulah tidak kerana adanya malam, niscaya aku tiada ingin hidup di dunia ini.
Yang lain pula berkata: Tiada sesuatu barang di dunia ini yang dapat menyerupai kenikmatan ahli syurga, kecuali apa yang dirasakan oleh orang yang menggantungkan hatinya dengan waktu malam, disebabkan kelazatan bermunajat kepada Allah.
Yang lain lagi berkata: Kelazatan bermunajat itu bukanlah berasal dari duni, tetapi ia berasal dari syurga yang dirasakan Allah kepada para walinya, dan tiada seorang pun selain mereka yang dapat merasakan keindahan bermunajat itu.
Berkata Ibnul Munkadir pula: Tiada lagi yang tinggal dari kelazatan dunia melainkan tiga saja:
- Bangun kerana beribadat di tengah malam,
- Bertemu dengan sahabat, dan
- Bersembahyang dengan berjemaah.
Ada yang bertanya pula, dan aku menggunakan kesempatan dengan fajarnya bila ia terbit dan kini aku masih belum penuh gembira dengannya sama sekali.*
_________________________
* Untuk menguatkan perbahasan yang dibicarakan oleh pengarang dalam pelajaran-pelajarannya untuk umum kamu suka menyebutkan apa yang dikutip oleh pengarang dalam karangannya yang lain dari Ibnul Qaiyim ad-Dimasyqi dalam kitab “Ighatsatul-Lahfaan” bunyinya: Berkata Ibnul Qaiyim: Hakikat manusia itu adalah hatinya dan rohnya dan tiada sempurna bagi manusia itu melainkan sengan mentauhidkan Tuhannya, beribadat kepadaNya, takut kepada sisksaNya serta berharap penuh kepada rahmatNya. Itulah kemuncak kelazatan manusia. Kebahagiaannya dan kenikmatannya, kerana tiada sesuatu benda pun di dalam alam ini selain Allah azzawajalla, yang mana hati akan merasa tenang dan tenteram kepadaNya manakala diri akan merasa senang dan nikmat bila menuju kepadaNya. Hakikat iman dengan Allah itu sendiri serta kecintaan, peribadatan, kebesaran dan berzikir kepada Allah itu adalah makanan jiwa bagi manusia. Disitulah terletaknya kekuatan, kebaikan dan ketulusan hati, sebagaimana yang telah ditunjuk oleh Hadis dan al-Quran serta disaksikan oleh fitrah manusia sendiri. Bukan seperti yang didakwakan oleh orang yang kurang penelitannya, bahwasanya beribadat dan berzikir itu adalah suatu perintah yang berat untuk tujuan menduga manusia, ataupun untuk tujuan memberi pahala, ataupun kerana mendidik jiwa dan membiasakannya, agar ia dapat meningkat daripada darjat kebinatangan. Oleh itu dikatakan, bahwa beribadat kepada Allah, mengenal dan mentauhidkan ZatNya serta mensyukuriNya diumpamakan sebagai cahaya mata manusia dan sebaik-baik nikmat yang boleh dirasakan oleh roh dan seluruh anggota. Bukanlah maksud dari ibadat dan perintah itu untuk menyusahkan dan memberatkan, sebagaimana yang diambil dari maksud pertama tadi, walaupun sebenarnya dalam menjalankan terdapat semacam keberatan, tetapi itu sudah menjadi semacam kelaziman. Oleh kerana itu maka segala perintah Allah s.w.t. dan kewajiban-kewaiban yang dibebankan ke atas hamba-hambaNya, dan juga syariat-syariatNya yang ditentukan ke atas mereka itu adalah sebagai cahaya mata dan kelazatan hati serta kenikmatan roh dan kegembiraannya. Padanya terselit kebahagian dan kemenangan serta kesempurnaan manusia dalam urusan dunia dan akhiratnya. Malah tiada kebahagiaan dan tiada kenikmatan yang hakiki, melainkan dengan semua itu sebagaimana Allah telah berfirman:
“Wahai sekalian manusia, sesunguhnya telah datang kepada kamu nasihat daripada Tuhan kamu serta penawar bagi hati yang di dalam dada, juga petunjuk dan rahmat bagi orang-orang Mu’minin. Katakanlah: Dengan kurnia Allah dan rahmatNya hendaklah dengan itu mereka bergembira. Hal itu adalah lebih baik dari (harta) yang mereka kumpulkan.” (Yunus: 57-58)
Berkata Abu Said al-Khudri: Yang dimaksudkan dengan kurnia Allah itu ialah al-Quran dan rahmatNya, bahwa Dia (Allah) telah menjdikan kamu dari ahli al-Quran. Demikianlah kebanyakan pendapat para ulama yang lain, kesemuanya telah menafikan bahwa perintah-perintah Allah, kewajiban-kewajiban serta syariat-syariatNya sebagai bebanan ke atas manusia, sebab Allah Ta’ala telah berfirman:
“Allah tiada membebankan ke atas diri manusia, melainkan sekadat keampunannya. (al-Baqarah: 286)
Firman Allah ini telah membuktikan penafian bebanan ke atas manusia dan Allah tiada menamakan perintah-perintah wasiat-wasiat dan syariat-syariatNya, sebagai bebanan, malah dinamakannya sebagai rohani, nurani, penawar dan ubat, petunjuk, rahmat, kehidupan, perjanjian wasiat dan sebagainya dalam firman-firmanNya
SUMBER:
http://bimbinganmukmin.wordpress.com/2010/06/17/kenikmatan-bermunajat-dengan-hukum-akal-dan-naqal/
Bab: Sebab yang memudahkan beribadat di tengah malam
Di antara sebab-sebab yang boleh menggalakkan seseorang untuk beribadat di tengah malam ialah:
(1) Jangan mengenyangkan sangat perutnya, sehingga ia tidak banyak minum pula. Kerana yang demikian itu akan menyebabkan ia terlalu mengantuk dan akan menjadi beratlah baginya untuk bangun beribadat di tengah malam.
(2) Hendaklah ia melazimkan tidur sebentar di siang hari, kerana yang demikian itu dapat menolong ia bangun di tengah malam.
(3) Hendaklah ia memahamkan dirinya tentang keutamaan beribadat di tengah malam dengan mempelajari ayat-ayat al-Quran dan Hadis-hadi yang menerangkan peri keutamaannya, sehingga keazaman menjadi kuat dan kecenderungan untuk mendapatkan pahalanya tersemat di dalam hati. Di waktu itu tentulah keinginan bangun di tengah malam akan berlonjak-lonjak untuk menuntut kelebihan pahala dan untuk mencapai tingkatan-tingkatan syurga yang tinggi.
(4) Beribadat di tengah malam itu adalah suatu pertanda yang mulia, kerana ia menunjukkan kecintaan hati terhadap Allah dan membuktikan betapa kukuh keimanannya. Sebab kerjanya di waktu malam itu tiada lain melainkan semata-mata kerana bermunajat kepada Tuhan, sedangkan Allah menyaksikan segala gerak-lakunya dan menyingkap segala isi hatinya. Dan ketahuilah, bahwa segala gerak-laku hati di waktu itu adalah datangnya dari Allah Ta’ala, seolah-olah Allah sedang berkata-kata dengannya. Andaikata ia tergolong orang yang dikasihi Allah Ta’ala, tentulah dia akan berminat untuk berkhalwat ditengah malam dengan Tuhannya, dan ia akan merasa amal lazat bermunajat, manakala kelazatan bermunajat itu akan menyebabkan ia semakin cenderung dan kuat untuk bangun beribadat di tengah malam.
SUMBER:
http://bimbinganmukmin.wordpress.com/2010/06/14/sebab-yang-memudahkan-beribadat-di-tengah-malam/
Bab: Keutamaan bangun di tengah malam
Bangun di tengah malam untuk beribadat memanglah menjadi perkara yang paling utama sekali. Di antara dalil-dalil yang menunjukkan keutamaan ini ialah ayat-ayat al-Quran berikut:
“Mereka meninggalkan tempat tidur kerana berdoa kepada Tuhan dengan perasaan penuh ketakutan dan penuh harapan, dan mereka membelanjakan dari rezeki yang Kami (Allah) kurniakan kepada mereka.” (as-Sajdah: 16)
Allah berfirman:
“Adakah orang yang merendahkan diri (kerana beribadat) selama beberapa masa di waktu malam.” (az-Zumar: 9)
Allah berfirman lagi:
“Dan mereka yang berbakti di waktu malam dalam keadaan bersujud dan berdiri.” (al-Furqan: 64)
Berfirman Allah:
“Mereka itu sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan mereka memohonkan keampunan di sepanjang malamnya. Dalam harta benda mereka, ada ditentukan hak yang tertentu bagi orang yang meminta dan orang susah.” (adz-Dzariat: 17-19)
Adapun Hadis-Hadis yang ada hubungannya dengan perkara yang dibicarakan ini ialah:
“Dua rakaat yang dilakukan oleh seseorang hamba di tengah malam, adalah lebih utama daripada dunia dan seisinya.”
“Sesungguhnya ada suatu masa di waktu malam, yang jika ditemui oleh seorang hamba Muslim, lalu dia meminta sesuatu yang baik kepada Allah Ta’ala, niscaya Allah akan mengurniakan kebaikan itu kepadanya.”
Akhir sekali Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
“Beribadatlah kamu di waktu malam, kerana ia adalah perilaku para salihin sebelum kamu.”
SUMBER:
http://bimbinganmukmin.wordpress.com/2010/06/11/keutamaan-bangun-di-tengah-malam/
Bab: Wirid untuk orang beribadat semata-mata
Ketahuilah bahwa wirid-wirid dan zikir-zikir yang warid dan ibadat-ibadat yang ddibuat pada waktu malam dan siang itu, adalah sunnat yang dituntut bagi orang yang tidak mempunyai kerja lain selain beribadat. Orang itu kiranya bukan kerjanya beribadat dia tiada mempunyai kerja lain dan menganggur manakala semua waktunya terbuang sia-sia saja.
Adapun orang alim yang boleh memberikan manfaat kepada orang ramai dengan ilmunya seperti memberikan fatwa agama atau mengajar atau mengarang buku-buku, maka susunan wirid-wiridnya adalah berlainan dengan susunan wirid seorang abid atau orang yang kerjanya beribadat sepanjang masa. Orang alim itu memerlukan banyak masa lain untuk bermutalaah buku-buku dan memerlukan masa juga untuk mengarang buku-buku yang berfaedah. Kerja-kerja semacam ini tentulah memakan masa yang banyak. Oleh itu kalau semua masanya habis dalam kerja-kerja serupa itu, maka yang demikian itu adalah lebih utama sesudah dikerjakan semua sembahyang-sembahyang yang fardhu dan sunnat-sunnatnya. Perkara ini telah saya sebutkan di dalam Kitab Ilmu Pengetahuan, mengenai keutamaan pelajaran dan pengajaran kerana dengan ilmu sajalah seseorang itu dapat mengamalkan zikir kepada Allah dengan sunguh-sunguh. Cubalah perhatikan apa yang difirmankan oleh Allah atau yang disabdakan oleh Rasulullah niscaya kita akan mendapati berbagai faedah dan manfaat bagi manusia yang boleh membimbingnya ke jalan akhirat.
Betapa tidak terkadang-kadang satu masalah saja yang dipelajari oleh seseorang pelajar boleh memberi manfaat untuk beribadat seumur hidupnya. Andaikata tiada dipelajari, tentulah segala amalannya itu akan menjadi sia-sia dan tidak berguna.
Adapun orang awam dan para penuntut maka hadirnya mereka di dalam majlis-majlis ilmu pengetahuan dan muhadharah-muhadharah agama adalah lebih utama daripada kerja berwirid semata-mata. Begitu juga dengan pekerja-pekerja yang memerlukan sara hidup untuk anak isteri maka tidak wajarlah baginya untuk menghabiskan semua masa kerana beribadat dan berwirid saja. Bahkan wiridnya dalam waktu bekerja itu ialah menghadirkan diri untuk bekerja di pasar-pasar ataupun mencari sara hiddup yang wajib, tetapi dalam pada itu janganlah sampai ia melupakan tuhan dan melupakan zikir kepadaNya di waktu pekerjaan dan mencari sara hidup itu.
SUMBER:
http://bimbinganmukmin.wordpress.com/2010/06/08/wirid-untuk-orang-beribadat-semata-mata/
Bab: Tata-tertib tidur
(1) Bersuci (berwudhu’) dan bersiwak
(2) Menyediakan penyuciannya (untuk wudhu’ atau tayamum) dan siwak, lalu berniat untuk melakukan ibadat di waktu bangun dari tidur nanti.
(3) Orang yang ingin mewasiatkan sesuatu untuk keluarganya jangan sampai tertidur, melainkan sesudah ditulis wasiat itu dan disimpan dibawah kepalanya sebab bukan mustahil ia boleh meninggal dunia di dalam tidur.
(4) Sebelum tidur, hendaklah terlebih dulu ia bertaubat dari segala dosa, bersih hati terhadap sekalian kaum Muslimin, tiada menyimpan dendam terhadap seseorang dan tiada berazam untuk melakukan maksiat kelak bila bangun dari tidur nanti.
(5) Hendaklah jangan terlalu mengambil berat sangat tentang tempat tidurnya supaya ia dari yang empuk dan halus.
(6) Jangan cuba tidur segera, selagi mata belum mengantuk dan jangan cuba memaksa-maksakan mata untuk tidur, kecuali jika bermaksud supaya senang bangun untuk beribadat di tengah malam.
(7) Hendaklah tidur berhadapan dengan kiblat.
(8) Hendaklah membaca doa-doa yang warid ketika hendak tidur. Di antaranya membaca doa-doa yang warid ketika hendak tidur. Di antaranya membaca Surah al-Ikhlas dan mu’ awwidzataini (Surah-surah al-Falaq dan an-Nas) dan sesudah baca, menyemburkan kedua tangan lalu menyapu dengan keduanya pada wajah dan seluruh tubuh. Selanjutnya boleh membaca pula Ayat Kursi dan membaca Subhaanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahu Akbar 33 kali juga.
(9) Hendaklah mengingat ketika mahu tidur, bahwa tidur itu adalah semacam mati, manakala bangun daripadanya semacam ba’ats. Dan hendaklah meyakini pula, bahwa manusia itu diwafatkan ats adat kebiasaannya sama ada di dalam hatinya mencintai Allah dan cinta untuk kembali kepadaNya ataupun bersarang di dalam hatinya kecintaannya dunia, dan kelak ia akan dibangkitkan seperti ketika diwafatkan.
(10) Berdoa ketika bangun dari tidur. Hendaklah ia dimulakan dengan:
“Segala kepujian bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami da kepadaNyalah kami akan dikembalikan”
Kemudian membaca ayat terakhir dari Surah al-Imran iaitu ayat 190 hingga akhir ata 200, sebanuak sepuluh ayat kesemuanya.
190 Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan pergantian malam dan siang adalah menjadi keterangan bagi orang-orang yang mengerti.
191 Iaitu orang-orang yang mengingati Tuhan ketika berdiri duduk dan berbaring serta memikirkan tentang kejadian petala langit dan bumi sambil berkata: Duhai Tuhan kami! Tiadalah Engkau menjadikan semua ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau peliharalah kami dari siksa api neraka.
192 Duhai Tuhan kami, Sesiapa yang engkau masukkan ke dalam api neraka itu, sebenarnya Engkau telah menghinakannya. Dan tiadalah orang-orang yang zalim itu mempunyai penolong.
193 Duhai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendegar penyeru yang mengajak untuk beriman. Berimanlah dengan Tuhanmu! Maka kami segera beriman. Duhai Tuhan kami ampunlah dosa-dosa kami dan tebuskanlah kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkankanlah kami bersama-sama orang–orang yang baik.
194 Duhai Tuhan kami kurniakanlah kami-kami apa-apa yang kau janjikan kami menerusi para Rasul Engkau, dan janganlah engkau tidak akan memungkiri janji.
195 Maka tuhan telah memperkenalkan permohonan mereka bahawa aku (Tuhan) tidak akan mengsia-siakan amalan sesaorang yang beramal diantara kamu dari kaum lelaki mahupun perempuan, setengah kamu kepad setengah yang lain. Sebab itu orang yang berpindah negeri atau orang-orang yang diusir dari rumah-rumah mereka dan mereka dianiaya pada jalan Aku, mereka yang berjuang mati-matain dan terbunuh, niscaya Aku akan menebus mereka dari segala keburukan-keburukan mereka. dan akan aku masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai sebagai pahala dan balasan dari Allah dan pada Allah ada sebaik-baik pahala.
196 Janganlah engkau sampai terpengaruh tentang perubahan sikap orang-orang yang kafir dalam beberapa negeri.
197 Kesenangan yang sebentar (yang mereka rasakan), kemudian nanti akan disediakan bagi mereka tempat tinggal di Neraka Jahanam dan itulah tempat tinggal yang amat buruk.
198 Akan tetapi orang-orang yang patuh kepada Tuhannya akan memperoleh syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di situ. Mereka mendapat sambutan yang baik di sisi Allah, dan apa yang ada pada sisi Allah itu adalah baik bagi orang-orang yang baik.
199 Dan sesungguhnyaa orang-orang yang ahli kitab (Nasrani dan Yahudi) itu ada di antara mereka yang berimana kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kamu dan apa yang diturunkan kepada mereka, mereka tunduk kepada Tuhan, tiada menukarkan keterangan-keterangan Allah dengan harga yang murah. Mereka itu memperoleh pahala dari Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah itu cepat perhitungannya.
200 Wahai orang-orang yang beriman bersabalah kamu serta anjurkanlah sabar kepada orang lain dan perteguhkanlah serta patuhlah kepada Allah, moga-moga kamu sekalian menjadi orang-orang yang beruntung.
Kemudian membaca pula subhaanallaah 10 kali, Alhamdulillaah 10 kali, Allahu Akbar 10 kali dan Laa Illaaha Illallaah 10 kali.
Berkata Siti Aisyah r.a.: Biasanya Rasulullah s.a.w. ketika bangun di tengah malam, baginda memulakan sembahyangnya dengan bacaan:
“Ya Allah! Ya Tuhanku! Tuhannya Jibril dan Mikail dan Israfil, Tuhan Pencipta petala langit dan bumi, Maha Mengetahui segala yang ghaib dan yang terang. Engkaulah yang memutuskan antara hamba-hambaMu tentang apa yang mereka perselisihkan. Oleh itu berikanlah aku petunjuk yang benar dari mana-mana yang di peselisihkan itu dengan izzinMu. Sesungguhnya Engkau memberi petunjuk kepada orang yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus.”
Kemudian baginda memulakan sembahyangnya dengan dua rakaat yang ringan dan sesudah itu barulah baginda bersembahyang terus dua rakaat, dua rakaat menurut kemahuannnya dan di akhiri dengan sembahyang witir kiranya baginda belum bersembahyang witir pada awal mala.
Dalam sembahyang tersebut kadang-kadang baginda membaca dengan suara tinggi dan kadang-kadang membaca perlahan-lahan saja. Kebanyakan riwayat yang sahih mengatakan sembahyang baginda di tengah malam itu ialah sebanyak 13 rakaat
SUMBER:
http://bimbinganmukmin.wordpress.com/2010/06/04/tata-tertib-tidur/
Bab: Keutamaan istighfar (mohon keampunan)
Berfirman Allah azzawajalla:
“Dan mereka pada ketika melakukan keburukan ataupun menganiyai diri, mereka segera mengingati Allah, maka mereka pun meminta keampunan di atas dosa-dosa mereka.” (ali-Imran: 135)
Berfirman Allah lagi:
“Barangsipa yang melakukan kejahatan ataupun menganiayai dirinya, kemudian ia meminta keampunan kepada Allah, niscaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampunan dan Maha Mengasihani.”
(an-Nisa’: 110)
Allah berfirman:
“Maka bertasbihlah dengan kepujian terhadap Tuhanmu dan mintalah keampunan, sesungguhnya Ia Maha Pengampunan.” (an-Nasr: 3)
Berfirman Allah lagi:
“Dan orang-orang yang memohn keampunan pada waktu tengah malam.”
(ali-Imran 17)
Allah berfirman:
“Mereka itu sedikit sekali tidur di waktu malam, dan pada waktu tengah malam itu mereka meminta keampunan.” (adz-Dzariat: 17-18)
Rasulullah s.a.w. sendiri sering memperbanyakkan sebutan:
“Maha Suci Engkau, ya Allah, ya Tuhanku! Aku memujiMu. Ya Allah, ya Tuhanku! Ampunilah aku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Maha Mengasihani.”
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:
“Barangsiapa memperbanyakkan memohon keampunan, niscaya Allah akan menukarkan segala kesulitannya menjadi kelapangan, dan segala kesempitannya diberikan jalan kelua, dan Dia akan memberinya rezeki tanpa terkira banyaknya”.
Berkata Rasulullah s.a.w.:
“Sesungguhnya aku sentiasa memohon keampunan kepada Allah Ta’ala dan bertaubat kepadaNya dalam sehari sebanyak 70 kali.”
Dalam istighfarnya, baginda Rasulullah sentiasa menyebut:
“Ya Allah! Ya Tuhanku! Ampunilah aku terhadap semua dosa yang telah aku lakukan terdahulu dan kemudian yang tersembunyi dan yang terang, dan juga terhadap semua dosa yang Engkau Amat Mengetahui mengenainya. Engkaulah yang terdahulu dan yang terkemudian dan Engkau Berkuasa di atas setiap sesuatu.”
Dari al-Fudhail r.a katanya: Meminta keampunan tanpa berhenti dan membuat dosa adalah taubatnya para pendusta. Dan dari Rabi’ah al-Adawiah pula, katanya: Permohonan keampunan yang kami lakukan memerlukan kepada permohonan keampunan yang lebih banyak.
Adapun tentang wirid-wirid di pagi hari dan petangnya juga sesudah setiap sembahyang dan di waktu tengah malam, kami telah menyediakan bab yang tersendiri mengenainya. Bagi orang yang ingin mempelajarinya sila rujuk bab tersebut.
SUMBER:
http://bimbinganmukmin.wordpress.com/2010/06/01/keutamaan-istighfar-mohon-keampunan/
Bab: Keutamaan salawat atas nabi (s.a.w)
Allah telah berfirman:
“Sesungguhnya Allah dan para MalaikatNya mengucapkan salawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlan salawat ke atasnya (Nabi) dan berikanlah salam dengan sempurna-sempurna salam.” (al:Azhab: 56)
Berkata Nabi s.a.w.
“Barangsiapa yang mengucapkan salawat ke atas ummatku, dituliskan baginya sepuluh hasanah (kebaikan). Para sahabat bertanya: Bagaimana boleh kamu mengucapkan salawat ke atasmu. Berkata Rasulullah: Ucapkanlah Ya Allah! Ya Tuhanku! Kurniakanlah salawat (kerahmatan) ke atas hambaMu Muhammad dan ke atas keluarganya dan isteri-isterinya serta keturunannya, sebagaimana Engkau mengurniakan selawat keatas Muhammad dan isteri-isterinya serta keturunannya, sebagaimana Engkau memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia.”
Diriwatkan bahwasanya Siyidina Umar Ibnul-Khattab r.a, apabila sampai kepadanya berita kewafatan Rasulullah s.a.w., terus meratap seraya berkata: Demi bapaku dan ibuku duhai Rasulullah! Sebenarnya keutamaanmu di sisi Tuhan telah sampai kemuncaknya sehingga dijadikan ketaatan kepadamu sama seperti ketaatan kepada Tuhan, sebagaimana firman Allah azzawajalla:
“Barangsiapa yang mentaati Rasul, maka sebenarnya dia telah mentaati Allah.” (an-Nisa’: 80)
Demi bapaku dan ibuku duhai Rasulullah! Sebenarnya keutamaanmu di sisi Allah telah meningkat sampai Dia (Allah) memberitahukan engkau keampunanNya terhadapmu, sebelum Dia memberitahukanmu tentang dosamu. Allah berfirman:
“Allah telah mengampunimu (Muhammad) mengapa engkau izinkan mereka (tinggal) tidak menurut pergi berperang.” (at-Taubah: 43)
Demi bapaku dan ibuku duhai Rasulullah! Sebenarnya keutamaanmu telah memuncak di sisi Allah, sehingga ahli neraka berangan-angan hendak mentaatimu (menurutmu), padahal mereka berada di lapisan-lapisan neraka disiksa mereka berkata (dalam firman):
“Aduhai alangkah baiknya jika kita dulu mentaati Allah dan mentaati RasulNya.” (al-Ahzab: 66)
Demi bapaku dan ibuku duhai Rasulullah! Jika Musa dikurniakan oleh Allah batu yang memancar daripadanya matair-matair, maka adakah yang lebih menakjubkan lagi daripada jari-jemarimu, apabila terpancar daripadanya air, mudah-mudahan Allah merahmatimu.
Demi bapaku dan ibuku duhai Rasulullah! Jika sulaiman dikurnikan oleh Allah angin yang menerbangkannya sebulan perjalanan pergi dan sebulan pula perjalanan kembali, maka adakah yang lain lebih menakjubkan daripada Burak (kenderaan kilat) yang membawamu mendaki hingga langit ketujuh, kemudian kembali semula pada malam yang sama ke Abtah (Makkah) untuk bersembahyang subuh di situ pula moga-moga Allah merahmatimu.
Demi bapaku dan ibuku duhai Rasulullah! Jika Isa bin Maryam dikurniakan oleh Allah kuasa menghidupkan orang mati (dengan izin Allah), maka adakah lain perkara yang lebih menakjubkan lagi daripada kambing yang beracun ketika ia berkata-kata denganmu, padahal ia telah menjadi daging yang sudah dipanggang. Bukankah rusuk kambing itu telah berkata kepadamu: Jangan makan aku kerana aku ini telah disira dengan racun.
Demi bapamu dan ibuku duhai Rasulullah! Meskipun amat pendek umurmu dan amat sedikit masa kepimpinanmu, akan tetapi orang-orang yang menurutimu lebih jauh bandingannya dengan orang yang menuruti Nuh, padahal amat lanjut umurnya dan amat panjang pula masa kepimpinannya. Sebenarnya orang yang mempercayai risalahmu amat banyak sekali, padahal orang yang mempercayai risalahnya amat sedikit pula. Engkau telah mengenakan pakaian bulu, mengenderai keledai dan membiarkan orang lain menunggang di belakangmu pula. Engkau meletakkan makananmu di atas tanah bila memakannya, kemudian engkau menjilat pula jari-jemarimu sesudah makan sebagai tanda rendah diri. Moga-moga Allah mengurniakan ke atasmu salawat dan salam.
SUMBER:
http://bimbinganmukmin.wordpress.com/2010/05/29/keutamaan-salawat-atas-nabi-s-a-w/
Tuesday, 23 August 2011
Bab: Adab dan tertib berdoa
(1) Sebaik-baiknya, ia memilih waktu-waktu yang mulia untuk memanjatkan doanya ke hadrat Allah Ta’ala. Misalnya di waktu wukuf di Hari Arafah setahun sekali, atau pada bulan Ramadhan di antara bulan-bulan yang lain. Atau pada hari Jum’at dari hari-hari yang lain dalam masa seminggu dan di waktu tengah malam dalam masa malam hari. Allah telah berfirman:
“Dan pada waktu-waktu tengah malam, mereka memohon keampunan.”
(as-Zariat: 18)
(2) Hendaklah ia mencari ketika dan keadaan yang baik, seperti masa berkecamuknya barisan-barisan hadapan pada sabiullah (peperangan untuk meninggikan syiar Allah), dan pada masa turunnya hujan lebat (di negara yang sukar dituruni hujan) dan pada masa mendirikan sembahyang-sembahyang fardhu dan sesudahnya dan masa-masa di antara azan dan iqamah, dan pada ketika bersujud dalam masa sembahyang. Pendekata dikira mulianya sesuatu waktu itu kembali kepada kemuliaan keadaannya. Misalnya di waktu tengah malam, ketika itu hati sedang dalam keadaan bersih suci dan ikhlas serta terjatuh daripada segala perkara yang meruncingkannya. Begitu juga waktu di Hari Arafah dan pada hari Jum’at, ketika itu seluruh perhatian sedang berkumpul dan hati sedang tolong-menolong pada mencapai kerahmatan yang menyeluruh dari Allah azzawajalla.
(3) Hendaklah menghadapkan mukanya ke arah kiblat ketika memohonkan sesuatu doa, mengangkat tinggi kedua belah tangan sehingga boleh terlihat bahagian ketiak, kemudian selesai berdoa, ia pun menyapu kedua belah tangan itu ke muka.
Berkata Umar Ibnul-Khattab r.a: Seringkali Rasulullah s.a.w ketika mengangkat kedua belah tangannya waktu berdoa tidak meleraikannya melainkan sesudah disapukan dengan kedua belah tangan itu kewajahnya.
Ibnul Abas pula berkata: Biasanya bila Rasulullah s.a.w berdoa dirapatkan kedua belah tapan tangannya dan dijadikan bahagian dalam tapak tangan itu bersetentangan dengan wajahnya. Demikianlah cara-cara tangan itu ketika dalam berdoa dan baginda tidak pula mengangkatkan pemandangannya ke arah langit.
(4) Hendaklah merendahkan suara antara perlahan dan kuat. Siti Aisyah berkata dalam memberikan penerangan tentang maksud ayat berikut:
“Dan janganlah engkau mengangkkat suaramu di dalam sembahyang dan jangan pula merendahkannya sangat.” (al-Isra’ 110)
Kata Siti Aisyah maksudnya ialah ketika membaca doa-doanya: Allah s.w.t telah memuji Nabi Zakaria a.s. dengan firmanNya:
“Ketika ia menyeru Tuhannya dengan seruan perlahan-lahan.”
(Maryam: 3)
Firman Allah Ta’ala lagi:
“Serulah Tuhan kamu dengan merendahkan diri dan suara perlahan-lahan.” (al-A’raf: 55)
(5) Janganlah sampai ia memaksa-maksakan dirinya dalam berdoa dengan bersajak-sajak. Sebaik-baiknya janganlah sampai malampaui doa-doa ma’tsurah (doa-doa yang dihafal dari Rasulullah s.a.w.) sebab dikhuatiri ia akan melampaui batas di dalam doanya, lalu ia meminta apa yang tak patut dimintanya. Perlu diketahui bahwa bukan semua orang pandai menyusun doa terhadap Allah s.w.t.
(6) Hendaklah ia berdoa dengan penuh perasaan rendah diri, penuh kekhusyu’an, penuh harapan dan kecenderungan dan juga penuh ketakutan.
Allah telah berfirman:
“Serulah Tuhan kamu dengan merendah diri dan suara perlahan-lahan.” (al-A’raf: 55)
(7) Hendaklah bersikap tetap d dalam doanya dan meyakini bahwa doanya itu akan di kabulkan oleh Allah s.w.t. serta membenarkan harapannya itu. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Janganlah seseorang kamu berkata ketika berdoa: Ya Allah! Ya Tuhanku! Ampunilah aku jika Engkau menghendaki! Atau berkata: Ya Allah! Ya Tuhanku! Rahmatilah aku jika Engkau menghendaki Malah hendaklah menguatkan keazaman dalam doanya itu, kerana Allah tiada pernah di paksa atas pengabulan doa.
Berkata Rasulullah s.a.w
“Bila seseorang kamu berdoa, hendaklah ia memperbesarkan permohonannya, sebab tiada sesuatu pun yang dianggap besar di hadrat Allah s.w.t.
Bersabda lagi Rasulullah s.a.w.
“Berdoalah kepada Allah sedangkan kamu penuh keyakinan akan dikabulkan permintaan kamu itu dan ketahuilah bahwasanya Allah azzawajalla tidak akan mengabulkan doa orang yang lalai hatinya.”
(8) Hendaklah ia bersungguh-sungguh dan jangan berputus asa dalam doanya. Dan sebaik-baiknya diulang-ulangkan sampai tiga kali, dan jangan sampai merasa terlalu lambat menerima pengabulan.
(9) Hendaklah ia memulakan doanya dengan sebutan nama Allah dan janganlah sekali-kali memulakan dengan permintaan dulu. Sesudah menyebut nama Allah disebut pula salawat atas Nabi s.a.w. dan menutup doanya juga dengan sebutan salawat atas Rasulullah s.a.w juga.
(10) Mengerjakan adab kebatinan dan itulah punca pengabulan dalam semua doa; iaitu bertaubat dan menghentikan segala macam penganiayaan serta menuju kepada Allah azzawajalla dengan sepenuh hati dan perasaan. Yang demikian itu adalah sebab yang paling hampir kepada terkabulnya segala permintaan.
SUMBER:
http://bimbinganmukmin.wordpress.com/2010/05/27/adab-dan-tertib-berdoa/
Bab: Keutamaan berdoa
Allah telah berfirman:
“Apabila hamba-hambaKu bertanya engkau tentang ZatKu, maka (katakanlah) Aku amat hampir, sentiasa memperkenankan permohonan orang yang bermohon ketika bermohon kepadaKu. Oleh kerana itu, hendaklah mereka berkenaan memohon kepadaKu.” (al-Baqarah: 186)
Allah berfirman lagi:
“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendahkan diri dan suara perlahan-lahan, sesungguhnya Dia (Allah) tiada suka kepada orang-orang yang melanggar batas.” (al-A’raf : 55)
Allah berfirman lagi:
“Dan Tuhan kamu telah berfirman: Mohonlah kepadaKu niscaya Aku memperkenankan permohonan kamu.” (al-Mu’minun: 60)
Berfirman Allah lagi:
“Katakanlah: Berdoalah kamu kepada Allah atau berdoalah kepada ar-Rahman (Tuhan Pengasih) dengan nama yang mana pun kamu berdoa, (kerana) bagi Allah nama-nama yang terbaik.” (al-Isra’: 110)
Nabi s.a.w telah bersabda:
“Doa itu intinya segala ibadat.”
Nabi s.a.w bersabda lagi:
“Memohonkan kepada Allah Ta’ala dari kelebihan-kelebihanNya, sesungguhnya Allah Ta’ala suka jika Dia dimohoni, dan sebaik-baik ibadat itu menantikan kelapangan.”
SUMBER:
http://bimbinganmukmin.wordpress.com/2010/05/25/keutamaan-berdoa/
Bab: Rahsia Keutamaan zikir
Sekiranya ada berkata: Mengapa zikir kepada Allah itu, meskipun amat ringan disebutkan oleh lidah dan amat ringan disebutkan oleh lidah dan amat mudah untuk dilakukan, menjadi lebih utama dan lebih berfaedah dari berbagai-bagai ibadat yang lain yang lebih berat dan sukar melakukannya.
Ketahuilah bahwa untuk mentahkikkan (menerangkan) perkara ini tidak sempurna, melainkan dengan ilmu mukasyafah (ilmu penyingkapan). Tetapi di dalam ilmu mu’amalah tentang tingkatan zikir kepada Allah s.w.t. bahwasanya zikir yang menginggalkan kesan dan yang berfaedah ialah zikir yang dilakukan dengan tetap dan berterusan dengan hati yang hadir.
Adapun bezikir dengan lidah sedangkan hati lalai yang hadir. Adapun berzikir dengan lidah sedangkan hati lalai tidaklah memberikan apa-apa kesan atau faedah, malah ditetapkan bahwasanya kehadiran hati dengan mengingati Allah s.w.t selalu atau pada kebanyakkan waktum ialah lebih dipentingkan dari segala ibadatnya, bahkan dengannya jugalah dapat dijamin terpeliharanya seluruh peribadatan; dan yang dinamakan buah atau hasil dari peribadatan amaliah.
Dan bagi zikir itu ada permulaannya dan ada pula pengakhirannya. Permulaannya menimbulkan kelapangan dalam diri serta kecintaan dan pengakhirannya yakni sesudah dilakukan zikir itu berkali-kali dan menjadi kelazimannya pula, dia tidak akan merasakan ketenangan dan kesenangan diri serta kecintaannya melainkan dengan berzikir. Itulah peringkat yang harus dituntut dalam berzikir.
SUMBER:
http://bimbinganmukmin.wordpress.com/2010/05/23/rahsia-keutamaan-zikir/
Bab: Keutamaan tasbih, tahmid dan zikir-zikir lain
Bersabda Rasulullah s.a.w:
“Barangsiapa membaca subhaanallah selepas setiap sembahyang 33 kali, dan membaca Alhamdulillaah 33 kali dan membaca Allahu Akhbar 33 kali, kemudian mencukupkan bilangan 100 dengan Laailaha Illallaahu Wahdahu Laa Syarikalah, Lahul Mulku Walahul hamdu Wahuwa ‘Alaa Kulli syai’in Qadir diampunkan dosa-dosanya.”
Rasulullah s.a.w bersabda lagi:
“Barangsiapa yang membaca: Subhaanallahi Wa Bihamdhi sehari 100 kali akan dileburkan segala kesalahan-kesalahannya.”
Rasulullah s.a.w bersabda lagi:
“Sebaik-baik pertuturan kepada Allah Ta’ala empat: (1) Subhaanallah, (2) Alhamdulilaah, (3) Laa Ilaha Illallaah, (4) Allaahu Akbar. Tidak ada halangannya untuk memmulakan yang mana satu dari empat itu terlebih dulu.”
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:
“Dua kalimah yang ringan disebutkan oleh lidah, tetapi amat berat dalam timbangan, juga amat dicintai oleh yang Maha Pengasih iaitu: (1) Subhaanallaahi Wa Bihamdihi (2) subhaanallahi ‘Azhiim.”
SUMBER:
http://bimbinganmukmin.wordpress.com/2010/05/21/keutamaan-tasbih-tahmid-dan-zikir-zikir-lain/
Bab: Keutamaan bertahlil.
Bersabda Rasulullah s.a.w.
“Seutama-utama ucapan yang saya katakan, begitu juga para Nabi yang sebelumku ialah: Laa Ilaha Illallahu Wahdahuu Laa Sayariikalah (Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya),”
Bersabda Nabi s.a.w lagi:
“Barangsiapa mengucapkan: Laa Ilahaa Illallahu Wahdahuu Laa Syarikalah, Lahul Mulku Walahul Hamdu Wahuwa ‘Alaa Kullu Syai’in Qadir (Tiada Tuhan melainkan Allah, yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya kepunyaanNya segala kerajaan dan bagiNya segala kepujian dan dia Berkuasa atas segala sesuatu) setiap kali 100 kali Pahalanya sama seperti pahala memerdekakan 10 hamba sahaya, dan dicatitkan baginya 100 hasanah (keabaikan) dan dipadamkan daripadanya 100 saiyi’ah (keburukan).”
SUMBER:
http://bimbinganmukmin.wordpress.com/2010/05/19/keutamaan-bertahlil/
Bab: Keutamaan majlis zikir
Berkata Rasulullah s.a.w.
“Tiada sesuatu kaum pun yang duduk di dalam satu majlis sedang mereka berzikir kepada Allah azzawajalla, melainkan para Malaikat berkerumun di sisi mereka dan rahmat akan mencucuri mereka, dan Allah akan menyebut-nyebut mereka kepada sesiapa yang ada di sisinya.”
SUMBER:
http://bimbinganmukmin.wordpress.com/2010/05/17/keutamaan-majlis-zikir/
Bab: Keutamaan zikir
Di antara ayat-ayat al-Quran, firman Allah Ta’ala
“Maka berzikirlah (ingatlah) kepadaKu, niscaya Aku akan mengingati kamu sekalian…..” (al-Baqarah: 152)
“Berzikirlah (ingatlah) kepada Allah dengan zikir yang banyak.” (al-Ahzab: 41)
“Mereka yang berzikir kepada Allah dalam keadaan berdiri duduk dan sedang berbaring.” (al-Imran: 191)
“Dan apabila kamu telah selesai menunaikan sembahyang maka berzikirlah kepada Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan sedang berbaring.” (an-Nisa’: 103)
Berkata Ibnu Abbas: Maksud ayat di atas, hendaklah seseorang itu berzikir kepada Allah pada malam hari dan siangnya, di daratan dan di lautan ketika dalam pelayaran dan di dalam keadaan kaya dan miskin, sakit dan sihat, sama ada dengan suara rendah (dalam hati) mahupun dengan suara keras yang didengar oleh ramai.
Allah berfirman:
“Berzikirlah pada Tuhanmu dalam dirimu (hatimu) dengan penuh perasaan rendah hati dan takut dan bukan dengan suara keras di waktu pagi dan petang dan janganlah engkau sampai dikira orang-orang yang lalai.” (al-A’raf: 205)
Allah berfirman lagi pada mencela orang-orang munafikin:
“Mereka itu tiada mengingati Allah melainkan sedikit sakali.” (an-Nisa: 142)
Di antara Hadis-hadis yang membicarakan hal-hal ini ialah:
“Berfirman Allah azzawajalla: Aku sentiasa bersama hambaKu selagi ia mengingatiKu, dan selagi kedua belah bibirnya bergerak-gerak (kerana berzikir kepadaKu).”
Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Barangsiapa yang ingin bersenang-senang di dalam taman-taman syurga maka hendaklah ia memperbanyakkan zikir Allah azzawajalla.”
Apabila Rasulullah s.a.w ditanya: Mana satu amalan yang paling utama sekali, baginda lalu menjawab:
“Iaitu apabila engkau menghadap maut sedangkan lidahmu lembut berzikir kepada Allah azzawajalla.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Telah berfirman Allah Tabaraka Ta’ala. Andaikata hambaKu mengingatiKU dalam dirinya, niscaya Aku akan mengingatinya di dalam diriKu. Andaikata dia mengingatiKu di hadapan orang ramai, niscaya Aku akan mengingatinya di hadapan orang ramai yang lebih baik dari kumpulannya. Andaikata dia mendekatiKu sejengkal, niscaya Aku akan mendekatinya sehasta.”
Dari kata-kata atsar pula, berkata al-Hasan: Zikir itu ada dua macamnya: Berzikir kepada Allah azzawajalla di antara dirimu dan antara Allah azzawajalla. Alangkah baiknya ini dan besar pula pahalanya. Dan lebih utama dari itu ialah berzikir kepada Allah s.w.t pada ketika Allah mengharamkan sesuatu kepadanya.
SUMBER:
http://bimbinganmukmin.wordpress.com/2010/05/15/keutamaan-zikir/
Kitab Rahsia Puasa
Sebesar-besar nikmat yang pernah dikurniakan Allah ke atas hamba-hambaNya ialah dengan menjadikan puasa itu benteng bagi para wali dan perlindungan bagi mereka dari segala tipu daya syaitan dan angan-angannya, sebagaimana Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
“Puasa itu separuh kesabaran”
Allah telah berfirman:
“Hanyasanya orang-orang yang sabar itu dipenuhi pahalanya tanpa perhitungan.” (az-Zumar: 10)
Kalau begitu pahalanya kesabaran itu telah melampaui batas-batas perkiraan dan perhitungan dan memadailah kalau kita mengetahui keutamaannya dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang berikut:
“Demi Allah yang jiwaku berada di dalam genggamanNya, bahawa bau mulut seorang yang berpuasa adalah lebih harum pada sisi Allah dari bau-bauan minyak kasturi. Allah azzawajalla berkata: Sesungguhnya ia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan minumannya kerana Aku. Puasa itu (dilakukan) kerana Aku, dan Akulah yang akan memberikan balasannya sendiri.”
Orang yang berpuasa itu dijanjikan Allah akan bertemu denganNya untuk menerima balasan puasanya itu.
Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan: Kegembiraan yang pertama ketika masa berbuka puasanya, dan kegembiraan yang lain ialah ketika masa menemui Tuhannya.”
Dalam penafsiran makna ayat yang berikut:
“Tiada seorang pun yang mengetahui apa-apa yang telah disembunyikan daripada mereka itu dari cahaya mata, iaitu sebagai pembalasan terhadap segala yang mereka kerjakan.” (as-Sajdah:17)
Yakni amalan yang mereka kerjakan itu ialah berpuasa sebab Allah berfirman pula pada ayat yang lain:
“Hanyasanya orang-orang yang bersabar itu dipenuhi pahalanya tanpa perhitungan.” (az-Zumar: 10)SUMBER:
http://bimbinganmukmin.wordpress.com/2010/02/13/kitab-rahsia-puasa-pendahuluan/
Keutamaan sedekah yang disembunyikan
Allah telah berfirman:
“Jika kamu menampakkan sedekah itu, maka itu pun baik juga. Tetapi jika kamu menyembunyikan sedekah itu dan kamu memberikannya kepada orang-orang fakir, itu adalah lebih utama.”(al-Baqarah: 271)
Dalam mengeluarkan sedekah secara bersembunyi-sembunyi itu ada lima maksud tujuannya:
1. Memberikannya secara bersembunyi itu akan menutupi rahsia orang yang menerimanya. Jika ia mengambilnya secara terang-terangan akan jatuhlah marwahnya di muka ramai, dan terdedahlah keperluannya di mata merka. Dengan itu terkeluarlah ia dari golongan orang-orang yang hidupnya ‘afif, iaitu tidak suka meminta-minta dan memelihara dri dari menunjukkan kesusahan di hadapan orang ramai sebagaimana yang dianjurkan oleh agama, hingga ke darjat orang yang tak tahu bila melihatnya, disangkanya ia tidak memerlukan apa-apa.
2. Memberikanya secara sembunyi-sembunyi itu akan menyelamatkannya dari sangkaan tak baik di dalam hati orang ramai, atau dari bencana lidah mereka. Sebab mungkin mereka akan menaruh hasad terhadapnya atau mengumpatnya, atau menyangka orang itu berani mengambil meskipun ia tidak perlu. Padahal hasad, sangkaan yang buruk dan mengumpat itu adalah di antara dosa-dosa besar, sedangkan memelihara orang ramai dari dosa-dosa ini adalah lebih utama.
Berkata Ayub as-Sakhtiani: Aku tidak suka memakai pakaian yang baru, kerana bimbang kalau-kalau akan berlaku hasad pada diri jiranku. Dan pada riwayat yang lain: kerana takut kalau-kalau saudara-maraku akan berkata: Dari mana dia dapat pakaian baru itu?
3. Menggalakkan si pemberi untuk merahsiakan pemberian itu, sebab keutamaan memberi secara rahsia atau bersembunyi-sembunyi adalah lebih banyak pahalanya dari memberi secara terang-terangan dan menggalakkan untuk menyempurnakan sesuatu yang baik adalah baik.
Adalah diceritakan bahawa ada seorang telah membawa sesuatu pemberian kepada seorang alim dan diberikannya secara terang-terangan maka orang alim itu menolak pemberian itu. Kemudian di masa yang lain, datang pula seorang lain memberinya sesuatu pemberian secara rahsia, dia pun menerimanya. Bila ditanya tentang sebabnya orang alim itu berkata: Orang ini telah menyempurnakan pemberiannya dengan penuh adab, sebab diberinya aku dengan rahsia, maka aku terimalah pemberian itu daripadanya. Tetapi orang yang pertama itu tidak tahu menjaga kesopanan bila dia memberikan pemberiannya di muka ramai maka aku tidak mahu menerimanya.
Setengah orang pula, bila diberikan kepadanya sesuatu pemberian secara terang-terangan di muka orang ramai, dia akan mengembalikannya seraya berkata: Engkau telah mengsyariatkan pemberian ini dengan selain dari Allah Azzawajalla dan engkau tidak memadai dengan Allah semata-mata kerana itu aku akan kembalikan kepadamu kesyirikanmu itu.
4. Sesungguhnya mengambil zakat atau sedekah di muka khalayak ramai adalah suatu penghinaan dan kerendahan moral dan tidak seharusnya seorang Muk’min menghina saudaranya dengan pemberian zakat serupa itu.
5. Untuk memelihara diri dari syubahat pengkongsian, kerana ada sebuah Hadis yang berbunyi:
“Barangsiapa yang menerima sesuatu hadiah di hadapan khalayak ramai, maka orang-orang itu berkongsi dalam hadiah itu.”
Maksudnya: Memberikannya bukan semata-mata kerana Allah, tetapi meminta kepujian orang ramai.
Setiap amalan itu adalah bergantung dengan niat maka sewajarnyalah seseorang yang benar-benar ikhlas di dalam amalanya itu berhati-hati terhadap kelakuan dirinya supaya tidak terkecoh oleh rasa kemegahan yang membendung diri atau terganggu oleh tipu daya syaitan.
Kita memohon Allah yang Maha Mulia supaya memberikan kita pertolongan dari taufiqNya yang sempurna, Amin.
SUMBER:
http://bimbinganmukmin.wordpress.com/2010/02/03/keutamaan-sedekah-yang-disembunyikan/
Tugas-tugas penerima zakat
Orang yang menerima zakat mempunyai empat tugas:
1. Hendaklah ia mengetahui bahawa Allah Azzawajalla mewajibkan pemberian itu untuk mencukupi keperluannya supaya menjadi pertolongan kepadanya untuk mengerjakan ketaatan. Jika dipergunakannya untuk maksiat, seolah-olah ia telah mengkufuri nikmat-nikmat Allah yang diberikan kepadanya. Dengan itu terjauhlah ia dari rahmat Allah dan mendapat kutukan pula daripadanya.
2. Hendaklah ia mensyukuri orang yang memberikan zakat itu sambil mendoakan baginya dan memujinya tetapi hendaklah jangan sampai terkeluar dari menganggapnya sebagai pengantara saja, atau sebagai jalan di mana menerusinya disampaikan nikmat Allah tadi, tidak lebih dari itu. Sebab bagi pengantara atau jalan atau wasitah itu, ada haknya juga dari segi hanya dijadikan pengantara atau wasitah. Dan tiadalah menafikan bahawa asal nikmat itu daripada Allah s.w.t.
Telah bersabda Rasullullah s.a.w.
“Barangsiapa yang tiada mensyukuri manusia, maka tiadalah ia mensyukuri Allah.”
Allah s.w.t. juga telah memuji hamba-hambaNya, kerana amalan-amalan baik mereka dalam beberapa ayat di dalam kitabNya, tetapi Dia tetap menentukan bahawa Dialah yang mentakdirkan semua itu, di antaranya firman Allah:
“Sebaik-baik hamba itu adalah yang banyak taubatnya” (Shad: 30)
Bersabda Rasulullah s.a.w.:
“Barangsiapa memberikan kepadamu sesuatu kebaikan (bantuan), maka hendaklah kamu membalasnya. Kiranya kamu tidak mampu maka doakan baginya (dengan baik) sehingga kamu yakin bahawa kamu telah pun membalasnya.”
Di antara cara menyempurnakan kesyukuran ialah menutupi aib atau cacat-cacat pemberian itu kalaulah ada cacatnya dan janganlah sampai ia menghina atau mencacinya. Jika ia tiada mahu menerimanya kerana ke’aiban itu maka janganlah ia mengata nista orang yang memberinya, bahkan hendaklah ia menunjukkan besar hati terhadap pemberian itu dan menganggapnya sangat besar ertinya di hadapan orang ramai.
Jelasnya tugas pemberi hendaklah memandang kecil segala pemberiannya, manakala tugas si penerima hendaklah menghargakan kenikmatan itu dan membesar-besarkannya. Dan sewajarnya atas setiap satu dari keduanya menunaikan tugas masing-masing. Semua itu tiadalah berlawanan dengan menganggap bahawa nikmat itu datangnya dari Allah Azzawajalla, sebab barangsiapa yang tiada memandang kepada pengantara atau wasitah, maka orang itu sebenarnya bodoh. Begitu juga orang yang menganggap pemberian itu berasal dari pengantara, maka orang itu telah ingkar.
3. Hendaklah ia meneliti zakat yang diterimanya itu, apakah dari harta yang halal atau tidak. Jika ia bukan dari harta yang halal, maka hendaklah ia bersikap wara’. Janganlah menerima zakat dari orang yang kebanyakan perusahaannya dari hasil yang haram, melainkan bila amat terdesak, maka bolehlah diambil sekadar keperluan saja. Ataupun jika zakat yang diberinya itu dari harta yang tidak diketahui pemiliknya yang sah, maka boleh juga ia menerimanya sekadar keperluan sahaja, sebab menurut hukum syara’, harta yang serupa itu memang wajib dikeluarkan zakatnya.
Pendekata dalam keadaan–keadaan seperti di atas boleh diterima zakatnya sekiranya memang sukar untuk mendapat dari yang halal seratus peratus.
4. Hendaklah ia memelihara dari jangan sampai tergelincir ke dalam keraguan dan kesyubahatan dalam kadar zakat yang diambilnya itu, yakni jangan ia menerima, melainkan dalam kadar yang harus diterimanya. Jangan ia menerima juga, melainkan sesudah ia yakin, bahawa ia mempunyai salah satu sifat dari sifat-sifat asnaf yang kedelapan yang telah ditentukan itu. Apabila ia telah meyakini ini, maka hendaklah jangan mengambil atau menerima kadar yang banyak melainkan mengambil sekadar keperluannya saja.
Paling banyak boleh diambil untuk menckupi sara hidupnya dalam masa setahun saja. Itulah kadar yang paling tinggi yang dibenarkan oleh syara’ baginya untuk menerima sebab Rasulullah s.a.w. sendiri hanya menyimpan perbelanjaan untuk tanggungjawabnya hanya untuk masa setahun saja.
Ada pendapat setengah ulama pula yang mengharuskan si fakir untuk mengambil dari harta zakat sekadar membolehkan ia membeli sebidang tanah yang sederhana, sehingga dengan tanah itu, ia boleh mendapat hasil untuk menampung sara hidup sepanjang umurnya dan tidak perlu lagi meminta-minta atau mengambil zakat dari orang lain.
Ada yang berpendapat boleh juga mengambil sekadar untuk dijadikan modal perniagaan agar ia tiadalah akan menerima zakat lagi sesudah itu, sebab ketika itu ia telah terkira sebagai orang yang tidak memerlukannya lagi.
Saiyidina Umar Ibnul-Khattab r.a telah berkata: Apabila kamu memberi, maka hendaklah kamu memberi sekadar mencukupi hajat orang itu, sehingga ia tiada memerlukan lagi.
Dengan pengertian ini, ada pendapat yang mengatakan boleh mengambil sekadar yang boleh memulihkan semula keadaan asal orang yang memerlukannya itu, sekalipun ia mengambil sampai sepuluh ribu dirham.
Sekali peristiwa Abu Talhah melahirkan keinginannya kepada Rasulullah s.a.w. untuk menderma-baktikan kebun kurmanya, maka Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Jadikanlah pemberian itu kepada kaum kerabatmu, maka itu adalah lebih utama.”
Maka Abu Talhah pun memberikannya kepada Hassan dan Abu Qatadah. Sebenarnya sebidang kebun kurma yang didermakan untuk dua orang saja itu adalah suatu pemberian yang besar dan lebih dari mencukupi.
SUMBER:
http://bimbinganmukmin.wordpress.com/2010/02/07/tugas-tugas-penerima-zakat/
Pembahagian zakat dan asnaf-asnaf penerimanya
Ketahuilah, bahawa tiada berhak untuk menerima zakat itu melainkan seorang Muslim yang ada padanya salah satu dari sifat-sifat asnaf delapan yang tersebut di dalam al-Quran al-Karim:
1. Fakir: iaitu orang yang tiada harta dan tiada mampu pula bekerja. Barangsiapa yang boleh bekerja akan terkeluarlah ia dari kategori seorang fakir.
Jika ia sedang menuntut ilmu dan yang demikian itu telah menghalangnya dari bekerja maka dikiralah ia seorang fakir dan kekuasaannya untuk bekerja itu tiada dikira.
Tetapi kalau ia seorang ‘abid (beribadat), sehingga ibadatnya itu menghalangnya dari bekerja disebabkan terlalu banyak ibadatnya dan semua waktunya dihabiskan kerana berwirid maka hendaklah ia disuruh supaya bekerja. Sebab membuat pekerjaan untuk mendapatkan sara hidup itu, adalah lebih penting daripada menghabiskan kesemua masanya pada ibadat dan wirid semata-mata.
2. Miskin: iaitu orang yang pendapatannya tidak mencukupi perbelanjaan yang mesti dikeluarkan. Seseorang itu boleh jadi memiliki seribu dirham, padahal ia boleh dikira miskin sedangkan orang yang tidak memiliki apa-apa kecuali sebilah kapak dan sepotong tali, padahal ia boleh dikira kaya.
Demikian pula pondok kecil yang dimilikinya dan sepasang pakaian yang membalut badannya sekadar hal saja, itu semua tidak dapat merampas darinya nama seorang miskin. Begitu juga dengan perkakas-perkakas rumahtangga yang diperlukan di rumah menurut keadaan atau kebiasaan tidak dapat mengeluarkan namanya dari kategori seorang miskin. Termasuk juga kalau ia mempunyai kitab-kitab fiqh yang banyak, kerana tentulah dia berhajat kepadanya untuk mengetahui hukum-hukum agama.
3. Para amil: iaitu orang-orang yang bekerja untuk mengumpulkan zakat termasuk dalam senarai ini semua orang yang bekerja sebagai kerani, jurukira penyimpan harta zakat dan orang yang bertugas untuk memindahkan harta zakat.
4. Orang yang dibujuk hatinya menganut Islam atau yang dipanggil muallaf; iaitu seorang ketua sesuatu puak yang memeluk Islam, sedangkan ia ditaati oleh kaumnya. Sebab diberikan kepadanya sebahagian daripada zakat, ialah untuk mengukuhkan kepercayaannya kepada Agama Islam dan menggalakkan pula pengikut-pengikutnya dan orang lain sepertinya untuk memeluk Agama Islam.
5. Hamba abdi: iaitu untuk maksud menebus dirinya daripada perhambaan, sama ada dibayarkan harganya kepada tuan punyanya untuk dimerdekakan, ataupun diberikan bahagian zakat itu kepadanya sendiri supaya ia menebus dirinya daripada perhambaan (sekiranya ia hamba mukatab – pent.).
6. Gharim atau orang yang dibebani oleh hutang: iaitu kiranya ia berhutang kerana tujuan-tujuan ketaatan ataupun kerana sebab yang mubah (harus) seperti perbelanjaan ke atas anak-isteri misalnya sedangkan ia di dalam keadaan fakir, tak punya daya untuk membayar hutang itu.
Kiranya ia berhutang kerana tujuan maksiat maka tiadalah ia diberikan dari bahagian zakat itu, melainkan jika ia telah bertaubat dengan sebenar-benar taubat.
Kiranya ia seorang yang kaya (misalnya mempunyai harta benda – pent.), maka tiadalah boleh ditunaikan hutangnya itu dari bahagian zakat, kecuali jika ia berhutang itu kerana faedah dan maslahat orang ramai, ataupun kerana tujuan memadamkan fitnah dan huru-hara.
7. Orang mujahid atau yang berperang fi-sabilillah: iaitu orang yang tiada menerima apa-apa bayaran berupa upahan atau gaji dari negara, maka diberikan kepada mereka itu satu bahagian dari zakat, meskipun mereka itu tergolong orang-orang yang kaya-raya, kerana pemberian itu adalah untuk menggalakkan mereka supaya terus berperang.
8. Ibnu sabil: iaitu orang yang meninggalkan negerinya untuk mengembara ke negeri orang bukan kerana maksiat, atau kerana terlantar di negeri orang dan tak punya wang untuk kembali, maka bolehlah diberikan kepadanya bahagian zakat, kiranya ia seorang fakir ataupun kiranya ia mempunyai harta di negeri lain, diberikan sekadar belanja untuk sampai ke negeri itu saja.
SUMBER:
http://bimbinganmukmin.wordpress.com/2010/02/09/pembahagian-zakat-dan-asnaf-asnaf-penerimanya/
Tugas-tugas mengeluarkan zakat
- Menyegerakan pengeluarannya
- Mengeluarkan zakat secara rahsia
- Menggalakkan orang lain untuk turut berzakat
- Janganlah anda rosakkan sedekah itu dengan menyebut-nyebutnya
- Memandang pemberian itu amat kecil sekali
- Memilih dari harta yang paling baik
- Memilih orang yang benar-benar boleh membersihkan hartamu dengan sedekah itu
Menunaikan zakat dan syarat-syaratnya
Ketahuilah bahawa atas orang-orang yang mengeluarkan zakat itu beberapa perkara yang harus diperhatikan:
Pertama:
Menyegerakan pengeluaran zakat sesudah cukup haulnya (iaitu kiraan setahun) dan di dalam zakat fitrah, tiada boleh ditangguhkan hingga hari terbuka, iaitu Hari Raya. Waktu kewajipan zakat fitrah bermula dari tenggelamnya matahari hari terakhir dari Ramadhan dan boleh disegerakan pengeluarannya pada sepanjang bulan Ramadhan.
Orang yang sengaja melambatkan pengeluaran zakatnya padahal ia berkuasa adalah berdosa besar, dan kewajipan itu tidaklah gugur daripadanya sekiranya hartanya binasa sesudah itu. Kiranya ia lambat mengeluarkannya kerana mencari orang-orang yang berhak menerimanya, tidaklah terkira dalam pengertian sengaja melambatkan dan kerana itu tidak ia berdosa.
Menyegerakan pengeluaran zakat umumnya adalah harus.
Kedua:
Tiada boleh memindahkan sedekah atau zakat itu ke negeri yang lain, sebab kaum fakir miskin di setiap negeri sentiasa mengharap-harapkan kepada harta benda dari zakat. Apabila harta benda zakat itu dipindahkan ke tempat lain akan kecewalah harapan mereka itu. Andaikata dipindahkan juga harta benda zakat itu, maka hukumnya sah juga dengan khilaf setengah ulama. Tetapi meninggalkan perkara yang ada khilaf ulama itu adalah lebih utama; iaitu sebaik-baiknya ia mengeluarkan zakat hartanya itu di negerinya sendiri. Dan tiada mengapalah kalau ia memberikan sebahagian dari zakatnya itu kepada orang-orang gharib (orang-orang asing yang datang ke situ) yang berada di negerinya itu juga.
Ketiga:
Hendaklah ia mengeluarkan kepada sebilangan orang dari asnaf-asnaf delapan yang ada di negerinya itu. Yang biasanya pada tiap-tiap negeri hanya yang ada empat asnaf saja iaitu: (1) Fakir, (2) Miskin, (3) Ghaarim atau orang yang dibebani oleh hutang, dan (4) Orang yang terlantar, yakni Ibnu Sabil yang terkandas di negeri orang.
Tiada wajib atasnya untuk membahagikan zakatnya itu sama rata menurut bilangan asnaf.
SUMBER:
http://bimbinganmukmin.wordpress.com/2011/07/27/menunaikan-zakat-dan-syarat-syaratnya/
Kitab Rahsia Zakat
Allah s.w.t. telah menjadikan zakat itu salah satu sendi bagi bangunan Islam, dan diikutkan sertakan sebutan zakat pula dengan sebutan sembahyang yang menjadi setinggi-tinggi panji-panji agama Islam.
Allah berfirman:
“Dirikanlah sembahyang dan keluarkanlah zakat” (al-Baqarah: 110)
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Islam itu didirikan atas lima perkara (1) Penyaksian bahawasanya tiada tuhan melainkan Allah dan bahawasnya Muhammad itu hambaNya dan RasulNya, (2) mendirikan sembahyang, (3) Mengeluarkan zakat, (4) Berpuasa Ramadhan, dan (5) Berhaji ke Baitullah (Ka’bah) bagi sesiapa yang berkuasa menuju kepadanya.”
Allah Ta’ala telah mengancam dengan sekeras-kerasnya terhadap orang-orang yang melalaikan perintah-perintahNya dengan berfirman:
“Orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tiada membelanjakan pada jalan Allah, maka beritahukanlah mereka itu akan ditimpa azab yang amat pedih.” (at-Taubah: 34)
Maksud dari membelanja pada jalan Allah ialah mengeluarkan zakat.
Al-Ahnaf bin Qais berkata: Pada suatu masa saya sedang duduk-duduk bersama-sama beberapa orang Quraish, lalu Abu Zar melintas seraya berkata: Beritahukanlah kepada orang-orang yang mendamkan hartanya (tiada mengeluarkan zakat) bahawa mereka akan diselar dengan api dari tengkuknya menembusi dahinya pula.
Dengan adanya ancaman yang begitu keras itu, maka adalah menjadi satu tugas- yang penting bagi Agama Islam untuk mendedahkan rahsia-rahsia zakat dan maksud-maksudnya yang lahir dan batin. Dalam hal ini ada beberapa fasal.
SUMBER:
http://bimbinganmukmin.wordpress.com/2011/07/26/kitab-rahsia-zakat-pendahuluan/