Tuesday, 23 August 2011

Bab: Keutamaan berdoa

Allah telah berfirman:

“Apabila hamba-hambaKu bertanya engkau tentang ZatKu, maka (katakanlah) Aku amat hampir, sentiasa memperkenankan permohonan orang yang bermohon ketika bermohon kepadaKu. Oleh kerana itu, hendaklah mereka berkenaan memohon kepadaKu.” (al-Baqarah: 186)

Allah berfirman lagi:

“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendahkan diri dan suara perlahan-lahan, sesungguhnya Dia (Allah) tiada suka kepada orang-orang yang melanggar batas.” (al-A’raf : 55)

Allah berfirman lagi:

“Dan Tuhan kamu telah berfirman: Mohonlah kepadaKu niscaya Aku memperkenankan permohonan kamu.” (al-Mu’minun: 60)

Berfirman Allah lagi:

Katakanlah: Berdoalah kamu kepada Allah atau berdoalah kepada ar-Rahman (Tuhan Pengasih) dengan nama yang mana pun kamu berdoa, (kerana) bagi Allah nama-nama yang terbaik.” (al-Isra’: 110)

Nabi s.a.w telah bersabda:

“Doa itu intinya segala ibadat.”

Nabi s.a.w bersabda lagi:

“Memohonkan kepada Allah Ta’ala dari kelebihan-kelebihanNya, sesungguhnya Allah Ta’ala suka jika Dia dimohoni, dan sebaik-baik ibadat itu menantikan kelapangan.”

SUMBER:

http://bimbinganmukmin.wordpress.com/2010/05/25/keutamaan-berdoa/

1 comment: