Monday, 28 January 2013

Wajib Belajar Aqidah!!!!


بسم الله الرحمن الرحيم
Kepentingan Ilmu Tauhid/Usuluddin/Aqidah

Maka beruntunglah dan beroleh kemenangan bagi orang-orang yang mengetahui Ilmu Tauhid di DUNIA dan AKHIRAT. Dan maka rugilah dan beroleh kegagalan bagi orang yang jahil Ilmu Tauhid.
Dalil-dalil:-

1) Allah Ta’ala berfirman فاعلم أنه لا إله إلا الله
Maksudnya: hendak mengetahui olehmu bahawa tiada tuhan melainkan Allah. Allah Ta’ala menggunakan فاعلم tidak menggunakan فاعلموا adalah mununjukkan wajib (fardhu ain) keatas setiap individu yang mukallaf mengetahui tiada tuhan melainkan Allah.

2) Bersabda Rasulullah Sallallahu alaihi Wa Sallam أول الدين معرفة الله. Ertinya: Awal-awal agama itu mengenalkan Allah Ta’ala. Awal di sini bermaksud perkara paling penting atau paling besar atau paling utama di dalam agama Islam ialah mengenal Allah.

3) Dan daripada hadith Nabi Muhammad Sallallahu alaihi Wa Sallam
أمرت أن أقاتل الناس حتى يشهدوا أن لا إله إلا لله
Ertinya: Disuruh akan daku bahwa aku membunuh akan manusia hingga bahwa menyaksi mereka itu bahwa tiada tuhan melainkan Allah. Maka dengan Ilmu Tauhid ini, kita akan mendapat kelepasan daripada kekal didalam api neraka dan terhenti dalam mengesahkan amal ibadat.

4) Dan hadith,
قيل: يا رسول الله! أي الأعمال أفضل؟ فقال: العلم بالله، لأن قليل العمل ينفع مع العلم، وأن كثير العمل لا ينفع مع الجهل
Maksudnya: Seseorang bertanya kepada Rasulullah: yang manakah amalan yang terlebih afdhal? Maka jawab Rasulullah: Mengetahui perkara yang berkaitan dengan Allah. Kerana bahwasanya sedikitnya amal memberi ia manfaat dengan disertai ilmu, dan bahwasanya banyak amal tidak ia memberi manfaat dengan disertai kejahilan. Hadith ini menunjukkan bahwa semulia-mulia ilmu dan paling afdhal dan terlebih daripada sekelian ilmu itu ialah Ilmu Tauhid.

Aqwalul Ulama:-

1) Imam al-Ghazali berkata didalam kitab الفوز والنجاح
لا تصح العبادة إلا بعد معرفة المعبود
Ertinya: tidak sah ibadah (seseorang itu) melainkan kemudian daripada mengenal yang disembah (Allah).

2) Imam Sanusi dalam kitabnya “الصغرى” mengatakan
وقد نص الأئمة على أنه لا بد من فهم معناها وإن لا لم ينتفع بها صاحبها في الإينقاذ من الخلود في النار
Ertinya: Sesungguhnya Imam-imam kita telah menaskan bahawa tidak dapat tidak bagi seorang yang mukallaf memahami pengertian لا إله إلا الله. Sekiranya ia tidak faham segala makna yang terkandung di dalam لا إله إلا الله tidak ada faedah ia menyebutnya untuk ia terlepas daripada kekal di dalam neraka.

3) Imam Sanusi juga berkata didalam syarah matan أم البراهين
ولا شك أن هذه الكلمة مما يجب على كل مكلف أن يعتني بشأنها إذ هي ثمان الجنة
Ertinya: Tidak menjadi ragu-ragu bahawa kalimah لا إله إلا الله ialah sebahagian kewajipan keatas mukallaf bahawa ia mengambil berat (mengamati) dengan perkara-perkara yang terkandung di dalam لا إله إلا اللهkerana ia kalimah لا إله إلا الله adalah harga sebuah syurga. Bersabda Rasulullah Sallallahu alaihi Wa Sallam مفتاح الجنة لا إله إلا لله

Buat Renungan:-

Imam Sanusi berkata:
وما أندر من يتقن ذلك في هذا زمان الصعب الذي فا ض فيه بحر الجهلاء وانتشر فيه الباطل ورمي في كل نحية من الأرض بأمواج إنكار الحق
Ertinya: Amboi, jarang-jarang sangatlah orang yang betul-betul mantap ilmu tauhid, di zaman payah sekarang ini iaitu di zaman yang melimpah di dalamnya lautan kejahilan dan tersebar luas kebatilan. Dan dilontarkan setiap genap penjuru bumi dengan ombak-ombak mengingkari kebenaran.
وما أسعد اليوم، من وفق لتحقيق عقائد إيمانه ثم عرف بعد ذلك ما يضطر إليه من فروع دينه، في ظاهره وباطنه حتى ابتهج سره بنور الحق واستنار
Ertinya: Amboi, berbahgialah orang-orang yang diberi taufiq untuk memantapkan aqidah imannya kemudian selepas itu ia mengetahui apa yang ia berhajat kepadanya (ilmu feqah) daripada daripada cabang-cabang agama pada zahirnya dan batinnya hingga bersinar-sinar hatinya dengan cahaya kebenaran dan begermelapan.

Kesimpulan: Wajib kita belajar (untuk ber’itiqad) Ilmu Tauhid dengan berguru kepada guru yang ahli di dalam Ilmu Usuluddin daripada  50 Aqidah iaitu 41 Aqidah di dalam لا إله إلا الله dan 9 Aqidah yang terdapat dalam محمد رسول الله
والله أعلم.

Lihat juga:

Kewajipan Belajar Usuluddin (50 Aqidah) dan Mendahuluinya daripada Ilmu yang lain



قال السنوسي: وليس يكون الشخص مؤمنا إذا قال أنا جازم بالعقائد
Telah berkatalah oleh Imam Sanusi: Tidak adalah seseorang itu mukmin (disisi Allah) apabila berkata ia seorang aku pegang putus (di hati) dengan segala aqoid (yang 50 sekalipun)

 ولو قطعت قطعا قطعا لا أرجع عن جزمي هذا
Jikalau dipotong akan daku sepotong-sepotong, tiada kembali aku daripada pegangan aku ini

 بل لا يكون مؤمنا حتى يعلم كل عقيدة من هذه الخمسين بدليلها
Bahkan tidak adalah ia seorang yang beriman sehingga mengetahui ia akan tiap-tiap satu aqidah daripada ini 50 dengan segala dalilnya.

 وتقديم  هذا العلم فرضا كما يؤخذ من شرح العقائد
Dan bermula mendahului akan ilmu ini (Usuluddin) di atas ilmu yang lain fardhu ‘ain, sebagaimana diambil faham daripada kitab Syarah al-‘Aqaid

 لأنه جعله أساسا يبنى عليه غيره
Kerana bahawasanya ilmu ini (Usuluddin) menjadi akan dia  asas dibina diatasnya oleh yang lainnya

 فلا يصح الحكم  بوضوء شخص او صلاته
Maka tiada sah hukumnya dengan mengambil wudhu’ seseorang atau sembahyangnya

 الا اذا كان عالما بهذه العقائد
Melainkan ia mengetahui dengan ini segala ‘aqaid (50 Aqidah )





Rujukan: Hasyiah Kifayatul ‘Awwam, oleh al-‘Alim al-‘Allamah Syaikh al-Islam al-Syaikh Ibrahim al-Baijuri, Thailand: Maktabah wa Matba’ah Muhammad al-Nahdi wa Auladahu, hal. 24.

7 Maksud Wajib Mengenal Allah dan Rasul (Belajar Ilmu Usuluddin)



1)    Wajib akan sebagai wajib syara’
2)    Wajib mendahului daripada ilmu lain
3)    Wajib yang fardhu ‘ain (wajib atas setiap individu yang mukallaf)
4)    Wajib yang di ittifaq oleh Ahlus Sunnah wal Jamaah
5)    Wajib disegerakan
6)    Wajib yang berkekalan sehingga seseorang itu mati
7)    Wajib sampai ke peringkat tidak akan diterima segala amalan lain sekiranya seseorang itu tidak mengenal Allah dan RasulNya.


Lihat juga:
http://ibadurrahman99.wordpress.com/2011/08/01/wajib-belajar-aqidah/
http://ibadurrahman99.wordpress.com/2011/07/26/apakah-takrif-makrifah-mengenal/

Apakah takrif makrifah (mengenal)?



Jawab:
الجزم المطابق للواقع عن دليل
Ertinya: Jazam yakni pegangan didalam hati dengan putus (kejap) yang muafakat (betul) bagi diri perkara daripada dalil sama ada ia dalil ijmali atau dalil tafsili.
Jadi kesimpulan dari takrif diatas, syarat makrifah itu 3 perkara iaitu:
1) Jazam yakni pegangan yang putus didalam hati
2) Yang muafakat bagi diri perkara
3) Yang dikejapkan dengan dalil

Jika ada 3 perkara ini dalam diri kita maka kita telah memenuhi tuntutan Allah supaya mengenalNya.
Firman Allah:
فاعلم أنه لا إله إلا الله
(Surah Muhammad ayat: 19)

Rujukan: Khulasotut Tauhid fi Ma’rifatil Aqaid karangan Abdul Rahman bin Muhammad
m/s 7 dan 8

Aqidah 50


20 Sifat Wajib Bagi Allah Ta’ala

1 ) Wujud (Ada)
2 ) Qidam (Sedia)
3 ) Baqo’ (Kekal)
4 ) Mukholafatuhu lil hawadith (Bersalahan Allah Ta’ala dengan segala yang baharu)
5 ) Qiyamuhu Ta’ala binafsih (Berdiri Allah Ta’ala dengan sendiriNya)
6 ) Wahdaniyyah (Esa)
7 ) Qudrat (Pekuasa)
8 ) Iradat (Pekehendak)
9 ) I’lmun (Pengetahuan)
10 ) Hayat (Pehidup)
11 ) Sama’ (Pendengar)
12 ) Basor (Pelihat)
13 ) Kalam (Pekata)
14 ) Kaunuhu Qodiran (Keadaan Allah Ta’ala yang kuasa)
15 ) Kaunuhu Muridan (Keadaan Allah Ta’ala yang menghendaki)
16 ) Kaunuhu ‘Aliman (Keadaan Allah Ta’ala yang mengetahui)
17 ) Kaunuhu Hayyan (Keadaan Allah Ta’ala yang hidup)
18 ) Kaunuhu Sami’an (Keadaan Allah Ta’ala yang mendengar)
19 ) Kaunuhu Basiron (Keadaan Allah Ta’ala yang melihat)
20 ) Kaunuhu Mutakalliman (Keadaan Allah Ta’ala yang berkata-kata)

20 Sifat Mustahil Atas Allah Ta’ala

1 ) ‘Adam ( Tiada)
2 )Huduth (Baru)
3 ) Fana’  (Binasa)
4 ) Mumasilatuhu lil hawadith (Bersamaan dengan baharu)
5 ) Qiyamuhu bi ghairih (Berdiri dengan yang lain)
6 ) Ta’addud  (Berbilang-bilang)
7 ) ‘Ajz (Lemah)
8 ) Karahah (Terpaksa)
9 ) Jahl (Jahil)
10 ) Maut (Mati)
11 ) Samam (Tuli)
12 ) ‘Umy (Buta)
13 ) Bukm (Bisu)
14 ) Kaunuhu  A’jizan (KeadaanNya yang lemah)
15 ) Kaunuhu Karihan (KeadaanNya yang terpaksa)
16 ) Kaunuhu Jahilan (KeadaanNya yang jahil)
17 ) Kaunuhu Mayyitan (KeadaanNya yang mati)
18 ) Kaunuhu A’sam (KeadaanNya yang tuli)
19 ) Kaunuhu A’ma  (KeadaanNya yang buta)
20 ) Kaunuhu Abkam (KeadaanNya yang bisu)

1 Sifat Harus Bagi Allah Ta’ala

Harus bagi Allah memperbuatkan mumkin dan meninggalkan akan mumkin.
Tidak wajib perbuat mumkin dan tidak mustahil meninggal akan mumkin.
20 Sifat Wajib Bagi Allah + 20 Sifat Mustahil Atas Allah + 1 Sifat Harus Bagi Allah= 41 Aqidah yang terdapat dalam kalimah لا إله إلا الله

4 Sifat Wajib Bagi Rasul

1 ) Sidiq (Benar)
2 ) Amanah (Kepercayaan)
3 ) Tabligh (Menyampaikan)
4 ) Fathonah (Bijaksana)

4 Sifat Mustahil Atas Rasul

1 ) Kidzib (Bohong)
2 ) Khiyanah (Khianat atau tidak dipercayai)
3 ) Kitman (Menyembunyikan)
4 ) Baladah (Bodoh)

1 Sifat Harus Bagi Rasul
Harus bagi rasul itu bersifat dan berperangai  seperti sifat dan perangai manusia yang tidak membawa kepada kekurangan martabat rasul dan tidak meluputkan hikmah jadi rasul
4 Sifat Wajib Bagi Rasul + 4 Sifat Mustahil Atas Rasul + 1 Sifat Harus Bagi Rasul  = 9 Aqidah yang terkandung di dalam kalimah محمد رسول الله

 Kesimpulan
41 Aqidah + 9 Aqidah = 50 Aqidah yang terdapat di dalam kalimah syahadah
لا إله إلا الله محمد رسول الله
Yang wajib atas tiap-tiap mukallaf mengetahui dan mengaku dengan tentu sungguh didalam hati mereka akan 50 Aqidah yang tersebut itu.
Wallahu’alam..

Apakah awal kewajipan yang diwajibkan oleh Allah Ta’ala kepada hambaNya?



Jawapan: ialah mengenal Allah Azza wa Jalla dengan mengenal akan nama-namaNya, sifat-sifatNya, dan perbuatan-perbuatanNya bukan mengenal zatNya. Adapun mengenal zat (Allah Ta’ala) maka hukumnya mustahil sebagaimana firman Allah Ta’ala {لا تدركه الأبصار} dan firman Allah Ta’ala kepada Musa {لن تراني}.


Rujukan: Al-Fiqh al-Islami al-Muyassar oleh Syaikh Abdul Halim Mahmud Musa, Kaherah: Darul Fikril Arabi, hal. 8

Kepentingan Mengenal, Memahami dan Beri’tiqad dengan Sifat Mukhalafatuhu Ta’ala Lil Hawadith



Maka dengan ini dalil (sifat Mukhalafatuhu Ta’ala Lil Hawadith) dapat menolakkan sebesar-besar fitnah dunia dan fitnah hendak hampir mati dan fitnah akhirat dan segala syubhah (kekeliruan)  yang didatangkan diatasnya.

1) Fitnah Dunia

Maka (bermula) adapun fitnah yang terlebih besar pada dunia. Maka iaitu dajjal kerana ia mendakwa akan ketuhanan (dirinya tuhan) padahal dajjal itu seorang lelaki yang muda yang tiada janggutnya dan ada baginya misai. Dan buta sebelah matanya. Dan kata setengah (ulama’) buta mata sebelah kirinya. Dan kata setengah tiada tertentu buta sebelah mana, kerana bergilir ganti butanya. Maka matanya itu timbul bijinya, seperti buah ‘unab lagi gemuk tubuhnya. Dan tingginya dulapan (lapan) puluh hasta. Dan lebar diantara dua belikat itu tiga puluh hasta. Dan panjang dahinya dua hasta. Dan ada baginya tanduk patah pada kepalanya. Maka keluar daripadanya beberapa ular. Dan rambut kepalanya itu seperti ranting kayu. Dan panjang tangannya boleh mencapai akan awan dengan tangannya dan mengambil ia akan ikan di patat (dasar) laut dan dibakarnya kepada matahari. Dan berjalan ia di dalam laut hingga kacar (buku lali) kaki jua. Dan keluar ia daripada negeri kharasan  iaitu satu negeri diantara negeri balik belakang sungai Dajlah dan negeri ‘Iraq. Dan bertepik ia tiga kali mendengar akan dia oleh ahli mashriq (timur) dan maghrib (barat). Dan dilipat akan bumi baginya yakni disikat (disingkat) akan bumi baginya hingga beberapa jauh sekalipun dapat ia berjalan dengan satu saat jua. Dan ada baginya seekor himar yang terpotong ekornya dan putih warnanya. Dan diantara dua telinga himar itu 40 hasta. Dan kata qil 70 hasta. Dan dapat bernaung dan berteduh dibawah salah satu daripada dua telinga 70 orang dan satu langkahnya itu perjalanan 3 hari. Maka ditaruh diatas belakangnya itu minbar (pelana) daripada tembaga.

Maka duduk ia (dajjal) diatasnya (himar) dan mengikut akan dia oleh  beberapa jemaah daripada jin dan  manusia (yang kafir-kafir).
Maka pada masa itu ditinggalkan suruh dengan ma’ruf dan ditinggalkan daripada mungkar dan dipukul akan gendang dihadapannya. Maka tiada mendengarkan yang demikian itu oleh seorang melainkan mengikut akan dia. Maka disuruh akan awan hujan maka hujan ia. Dan disuruh akan sungai mengalir air kepadanya maka mengalir air kepadanya dan disuruh kembali maka kembali ia. Maka disuruh sungai kering maka kering ia. Maka disuruh akan bumi tumbuh akan tumbuhan maka menumbuh ia akan tumbuhan dan disuruh akan bumi keluar bendaharaan (galian) daripadanya maka mengeluar ia akan bendaharaannya. Dan lagi ada sertanya beberapa bukit daripada roti dan makanan padahal pada waktu itu didalam masyaqqah yang (amat) sangat daripada ketiadaan makanan maka tidak boleh mencapai akan makanan itu melainkan orang yang mengikut akan dia. Dan ada sertanya (dajjal) syurga dan neraka. Maka keduanya itu rupaan jua bukan syurga dan neraka yang sebenar, kerana api neraka itu sungai air tawar lagi sejuk. Dan mendakwa ia akan ketuhanan dan menyeru ia akan manusia kepada beriman dengan dia. Dan ada sertanya 2 orang malaikat salah seorang pada pihak kanannya dan yang satu lagi pada pihak kirinya menyerupai oleh keduanya dengan dua nabi, kata setengah ulama’ yang ghalib pada zhon aku bahawasanya 2 nabi itu ‘Isa dan Muhammad. Maka apabila berkata dajjal itu “tiadakah aku tuhan (bagi) kamu? Akulah menghidupkan dan mematikan.”

Maka berkata salah seorang daripada 2 malaikat itu “dusta engkau hai dajjal”. Dan  tiada mendengar akan perkataan itu oleh seorang daripada manusia (sekalipun) melainkan yang mendengarnya malaikat yang satu lagi. Maka berkata malaikat yang mendengar itu bagi yang pertama: “sodaqta” yakni betul engkau hai malaikat. Maka mendengar oleh manusia akan perkataan malaikat yang berkata benar engkau. Menyangka oleh mereka itu bahawasanya membenar ia akan dajjal padahal ia membenarkan akan malaikat yang berkata dusta engkau. Maka orang yang tiada kejap baginya dalil mukhalafah (lalu) mengaku ia bagi dajjal itu dengan ketuhanannya, seperti yahudi dan kebanyakan perempuan dan segala orang badwi (kurang ilmu pengetahuan). Maka berkata dajjal bagi seorang: “Adakah suka aku khabar akan dikau jika aku bangkitkan bagi kamu bapak kamu dan ibu kamu? Adakah kamu naik saksi bahawasanya aku tuhan kamu?. Maka berkata mereka itu: “bahkan”. Maka merupa oleh 2 syaitan pada rupa bapaknya dan ibunya. Maka berkata keduanya “Wahai anakku ikut olehmu akan dia (dajjal) maka bahawasanya ia tuhan kamu”.

Dan orang yang teguh berpegang dengan dalil mukhalafah ingkar akan ketuhanan dajjal itu, kerana bahawasanya dajjal itu jisim yang berlaku diatasnya oleh barang yang berlaku ia diatas segala jisim, seperti lemahnya (dajjal), kerana bahawasa dajjal lemah ia pada akhir pekerjaannya yakni tiada dapat daripada menzohirkan suatu perkara yang mencarikkan bagi ‘adat (lagi). Dan dibunuhkan dia oleh Nabi ‘Isa anak Maryam. Dan lagi buta matanya sebelah. Berkata Syaikh Suhaimi: bermula orang yang pada zaman itu sedikit (beriman). Maka kerana inilah datang warid daripada hadith tiada (orang yang) lepas (daripada) fitnah dajjal itu melainkan 12,000 lelaki (yang beriman) dan 7,000 perempuan yang beriman.

2) Fitnah Hendak Hampir Mati

Dan fitnah hendak mati sangatlah takut kerana pada waktu itu sangat-sangat lapar dan dahaganya dan keluh kesah seakan-akan nak hilang aqal sama telah pula (lebih-lebih lagi) diatas orang yang meninggal akan sembahyang  (termasuk juga orang yang meninggal sembahyang ialah orang yang sembahyang tetapi tidak tahu segala rukun, syarat dan perkara membatalkan solat) dan puasa sekira jikalau  dituangkan air seribu qolah kedalam lehernya, nescaya tidak puas dahaganya. Maka tiba-tiba masuk syaitan pada waktu itu dan duduk ia disisi kepala seorang yang hampir hendak mati dan ada sertanya (syaitan)  penjana (bejana) air beku (sejuk). Maka mengkocok (menggoncang) ia akan pejana itu baginya. Maka berkata seorang (yang hampir hendak mati) itu “berilah engkau kepada aku akan ini air. Maka berkata syaitan baginya “katalah engkau akan ini perkataan iaitu Isa anak Allah atau berbilang tuhan (tuhan itu berbilang) atau baru Allah (Allah itu baru) dan umpamanya daripada tiap-tiap perkataan yang sesat. Maka nak beri aku ini air kepada engkau”. Maka siapa-siapa yang tidak kejap imannya diperkenankan (terima) perkataan syaitan itu, kerana dahaganya dan besar kecubaannya (pada masa itu) maka tanggallah imannya (yakni menjadi kufur). Na’uzubillahi min zalik.

Dan datang kepadanya pula dua ekor syaitan, satunya diatas rupa bapa. Maka duduk ia (syaitan) sebelah kanannya (seorang yang hendak mati) dan berkata ia “wahai anakku bahawasanya aku kasih sayang akan dikau. Maka matilah engkau diatas ugama nasrani iaitu sebaik-baik ugama”. Dan yang satu lagi diatas rupa ibunya. Maka duduk ia (syaitan) sebelah kirinya (seorang yang hendak mati) dan berkata ia “wahai anakku adalah perutku tempat kandungan bagi engkau dan susuku minuman engkau dan peha aku tempat jijak kaki engkau tetapi matilah engkau diatas ugama yahudi iaitu sebaik-baik ugama”. Maka banyaklah fitnah syaitan pada ketika itu untuk nak menyesatkan hamba Allah supaya mati diatas tanggal imannya. Wal ‘iyazu billah min zalik.

3) Fitnah akhirat

Dan adapun fitnah yang terlebih besar pada akhirat maka iaitu bahawasanya Allah Ta’ala menghimpunkan sekelian manusia pada hari kiamat. Maka firmanNya Ta’ala yang bermaksud “barangsiapa ada ia menyembah akan suatu maka hendaklah mengikut ia akan dia (suatu yang disembah)”, maka mengikut oleh orang yang menyembah matahari akan matahari dan yang menyembah bulan akan bulan dan yang menyembah berhala akan berhala. Pergi kepada neraka tetapi dirupakan bagi orang menyembah Nabi ‘Isa akan syaitan I’sa dan dirupakan bagi orang yang menyembah ‘Uzair akan syaitan ‘Uzair, maka mengikut oleh mereka itu akan kedua syaitan itu pergi kepada neraka. Dan tinggal lagi umat ini (umat yang ber’ibadah kepada Allah) maka dikatakan bagi mereka itu “apakah yang kamu nanti dan sanya sungguhnya telah berjalan segala manusia?”. Maka berkata mereka itu “bahawasanya ada bagi kami  tuhan yang kami sembah akan Dia pada dunia dan tiada kami pernah lihat akan Dia”. Maka dikata orang bagi mereka itu “adakah kamu kenal akan Dia apabila kamu lihat akan Dia?. Maka berkata mereka itu “bahkan”. Maka dikatakan bagi mereka itu “betapa (bagaimana) kamu kenal akan Dia padahal tiada kamu lihat akan Dia”. Maka kata mereka itu “tiada sebanding (serupa) dengan sesuatu”.

Maka dinyatakan (dijelma) bagi mereka itu satu malaikat pada pihak kiri ‘arash jikalau dijadikan air laut itu pada lubang kuku ibu tangannya nescaya tiada limpah ia, maka berkata malaikat itu “aku tuhan kamu”, maka berkata umat ini “berlindung kami dengan Allah Ta’ala daripada kamu, tiada kami sekutukan dengan tuhan kami sesuatu”. Maka hampir-hampir lah orang yang taqlid itu bahawa berpaling i‘tiqodnya. Maka nyata (menjelma) pula bagi mereka itu satu malaikat yang lain pula dengan suruhan Allah Ta’ala pada pihak kanan ‘arasy. Jikalau dijadikan air laut yang empat belas itu pada lubang kuku ibu tangannya nescaya tiada limpah ia, maka berkata ia bagi mereka itu “aku lah tuhan kamu”. Maka berkata mereka itu “berlindung kami dengan Allah daripada kamu”.
Kemudian maka tajalli (zahir) Allah Ta’ala, maka melihat oleh mereka itu akan Allah Ta’ala seperti barang yang mereka itu I’tiqodnya, maka sujudlah mereka itu dan tinggal (tak sujud) segala kafir.

Dan adalah belakang mereka itu seperti papan yang satu tiap-tiap kali berkehendak sujud mereka itu gugur diatas belakang mereka itu. Maka firman Allah Ta’ala “hai hambaku akulah tuhan kamu, angkat oleh kamu akan kepala kamu maka sungguhnya telah kami ganti tiap seorang lelaki kamu itu daripada yahudi dan nasoro masuk kedalam neraka”, maka mengangkat oleh mereka itu akan kepala mereka itu dan muka mereka itu terlebih sangat putih daripada embun dan cemerlang cahayanya. Dan dihitam akan segala muka orang kafir. Dan berkata orang yang mukmin “engkaulah tuhan kami” maka sahut Ia Ta’ala “ahlan bikum” ertinya dapat keluasan dengan kamu . Maka diberi tiap seorang akan nurnya atas qadar amalannya dan mengikut suruhan dan dibentangkan bagi mereka itu sirotol mustaqim di atas jahanam . Maka adalah Nabi mustofa (Muhammad) dan segala umatnya pertama orang  yang lalu di atasnya.

*Kesimpulan: Untuk menyelamatkan diri daripada ketiga-tiga fitnah ini ,pertamanya, kita mestilah mantapkan iman kita dengan dengan mempelajari Ilmu  Aqidah dengan berguru sehingga faham dan beri’tiqad dengannya. Keduanya, hendaklah kita melakukan amalan solih untuk memelihara iman kita.

Rujukan: Khulasotut Tauhid fi Ma’rifatil Aqaid karangan Abdul Rahman bin Muhammad
m/s 17 – 21

Lihat juga:-
http://ibadurrahman99.wordpress.com/2011/08/01/wajib-belajar-aqidah/
http://ibadurrahman99.wordpress.com/2011/07/26/apakah-takrif-makrifah-mengenal/
http://ibadurrahman99.wordpress.com/2011/08/23/aqidah-50/
http://ibadurrahman99.wordpress.com/2012/02/18/7-maksud-wajib-mengenal-allah-dan-rasul-belajar-ilmu-usuluddin/