Showing posts with label TASAWWUF. Show all posts
Showing posts with label TASAWWUF. Show all posts

Tuesday, 1 November 2016

Senarai Pengajian Kitab Tasawwuf Yang Sudah Khatam bersama Baba Ismail Sepanjang

13876378_1146675505406441_4853868662592670091_n

Penawar bagi hati RM60 (Kitab sahaja RM15)

4a78b1e380f0a0c282f4b91e717c1a97

TAWARAN HEBAT untuk pembelian RM1000 & keatas. PERCUMA HARD DISK 500GB yang berharga RM200 @ HARD DISK 1TB yang berharga RM250

tempah-sekarang1

HUBUNGI SAYA di 011-28428961 (call/whatsapp) @ EMAIL jihadbisnez@gmail.com

Friday, 2 September 2016

JALAN MENUJU ALLAH

JALAN MENUJU ALLAH Product Code: CH-B-U-59 Size (length*width*height): 24cm x 18cm x 1cm Availability: In Stock Price: RM26.00 Author: Syamsul Bahri Andi Galigo ISBN: 978-967-0393-41-4 Year: 2012 L…

Source: JALAN MENUJU ALLAH

Sunday, 24 July 2016

"Tiga hari sebelum meninggal dunia, tuan guru pesan kepada masyarakat agar sentiasa jaga hubungan dengan ALLAH,"

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=ZXHT7htFafs]

 

"Tiga hari sebelum meninggal dunia, tuan guru pesan kepada masyarakat agar sentiasa jaga hubungan dengan ALLAH," demikian kata salah seorang anak Allahyarham Tuan Guru Salleh Musa, lapor Skuad Baling Muhammad Ammar Mubasssyir Abd Hadi.

Thursday, 30 June 2016

BAGAIMANA ENGKAU MEMANDANG GURUMU?

BAGAIMANA ENGKAU MEMANDANG GURUMU?

Al Imam Ali bin Hasan al Aththas mngatakan :

ان المحصول من العلم والفتح والنور اعني الكشف للحجب، على قدر الادب مع الشيخ وعلى قدر ما يكون كبر مقداره عندك يكون لك ذالك المقدار عند الله من غير شك

" Memperoleh ilmu, futuh dan cahaya (maksudnya terbukanya hijab2 batinnya), adalah sesuai kadar adabmu bersama gurumu. Kadar besarnya gurumu di hatimu, maka demikian pula kadar besarnya dirimu di sisi Allah tanpa ragu ".(al Manhaj as Sawiy : 217)

Imam Nawawi ketika hendak belajar kepada gurunya, beliau selalu bersedekah di perjalanan dan berdoa, " Ya Allah, tutuplah dariku kekurangan guruku, hingga mataku tidak melihat kekurangannya dan tidak seorangpun yg menyampaikan kekurangan guruku kepadaku ". (Lawaqih al Anwaar al Qudsiyyah : 155)

Beliau pernah mengatakan dalam kitab At Tahdzibnya :

عقوق الوالدين تمحوه التوبة وعقوق الاستاذين لا يمحوه شيء البتة

" Durhaka kepada orang tua dosanya bisa hapus oleh taubat, tapi durhaka kepada ustadzmu tidak ada satupun yg dapat menghapusnya ".

Habib Abdullah al Haddad mengatakan " Paling bahayanya bagi seorang murid, adalah berubahnya hati gurunya kepadanya. Seandainya seluruh wali dari timur dan barat ingin memperbaiki keadaan si murid itu, niscaya tidak akan mampu kecuali gurunya telah ridha kembali ". (Adaab Suluk al Murid : 54)

Seorang murid sedang menyapu madrasah gurunya, tiba2 Nabi Khidir mendatanginya. Murid itu tidak sedikitpun menoleh dan mengajak bicara nabi Khudhir. Maka nabi Khidhir berkata, " Tidakkah kau mengenalku ?. Murid itu menjawab, " ya aku mengenalmu, engkau adalah Abul Abbas al Khidhir ".

Nabi Khidhir, " kenapa kamu tidak meminta sesuatu dariku ?".

Murid itu menjawab, " Guruku sudah cukup bagiku, tidak tersisa satupun hajat kepadamu ". (Kalam al Habib Idrus al Habsyi : 78)

Al Habib Abdullah al Haddad berkata, " Tidak sepatutnya bagi penuntut ilmu mengatakan pada gurunya, " perintahkan aku ini, berikan aku ini !", karena itu sama saja menuntut untuk dirinya. Tapi sebaiknya dia seperti mayat di hadapan orang yg memandikannya ". (Ghoyah al Qashd wa al Murad : 2/177)

Para ulama ahli hikmah mengatakan, " Barangsiapa yang mengatakan " kenapa ?" Kepada gurunya, maka dia tidak akan bahagia selamanya ". (Al Fataawa al Hadiitsiyyah : 56)

Para ulama hakikat mengatakan, " 70% ilmu itu diperoleh sebab kuatnya hubungan antara murid dengan gurunya ".

Semoga kita semua termasuk murid yang baik dan mendapat berkah dari guru kita.

Friday, 4 December 2015

Hidayatus Salikin

Hidayatus SalikinSusunan: Syeikh Abdus Shamad Al-FalimbaniTerbitan: Galeri IlmuHarga: RM50.00 Hidayatus Salikin adalah kitab turas susunan asal Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani rahimahullah taala, ulama yang tersohor dengan ketinggian ilmu agamanya sehingga tersebar ke seluruh pelusuk nusantara. Kitab ini dikemaskini semula oleh Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam agar bertepatan dengan kehendak semasa pembaca. Terjemahan dan tambahan kepada kitab “Bidayatul Hidayah” yang memuatkan perbahasan tentang amalan-amalan khusus ilmu fardu Ain dalam membentuk keperibadian Muslim untuk dekat dengan Allah.KLIK DISINI !!!

Source: Hidayatus Salikin

Kaedah Sufi : Alternatif Sebenar Menuju Allah

Kaedah Sufi : Alternatif Sebenar Menuju Allah“Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu.”– Surah asy-Syams: 9Hidup bertasawwuf bukan mengajar insan menjadi bangsa lemah tidak berdaya, tetapi membangkitkan kekuatan hebat. Tasawwuf juga bukan mengajar insan menghinakan diri, tetapi memuliakan diri dengan mencari keredhaan Allah. Tasawwuf bukan melemahkan semangat juang, tetapi membangkitkan keperwiraan di dalam diri. Tasawwuf itu mesti ada pada tiap-tiap diri insan, ia perlu disuburkan dengan benih keimanan, disirami dengan mawar ketauhidan dan disinari ia dengan jiwa keluhuran.SinopsisKaedah Sufi – Alternatif Sebenar Menuju AllahMeneguhkan hati untuk terus istiqamah dalam menyingkap tabir kebenaran_____________________________________“Sentiasalah engkau bersama Allah. Jika engkau belum boleh bersama Allah, bersamalah dengan orang yang bersama Allah kerana dia dapat membawa engkau kepada Allah.”(Hadis Qudsi)Bertasawwuf itu bukan membawa insan mundur ke belakang, menolak kemajuan, meruntuhkan nilai sosial dan ketamadunan sejagat. Sebaliknya praktik tasawwuf adalah suatu disiplin paling efektif kepada pembangunan insan dan pengamalan nilai-nilai hidup. Ia secara komprehensifnya mampu menggilap potensi diri dan jiwa nurani untuk lebih bersikap positif, beradab, optimis, dan konsisten menuju Allah – dalam ertikata lain, ia menyiapkan diri insan untuk lebih berjiwa sejahtera-sentosa sewaktu menghadap Allah kelak.Buku ini secara teguhnya menjawab persoalan, bagaimana sewajarnya bertasawwuf dan bertarekat? Labih jauh lagi, ia membawa pembaca kepada persoalan, bagaimana sebenarnya meraih cinta Allah? Buku ini wajar dimiliki untuk lebih memahami tentang disiplin tasawwuf dan tarekat secara lebih dekat tanpa ada sikap pesimis dan prejudis. Tajuk-tajuk yang mungkin menarik perhatian anda, antaranya:Sejarah Perkembangan Tarekat SufiFenomena Tarekat SufiCara Memasuki TarekatKarakteristik Tarekat TasawwufMadrasah Imam GhazaliKLIK DISINI !!!

Source: Kaedah Sufi : Alternatif Sebenar Menuju Allah

Kuasa Ikhlas Membentuk Jiwa Positif

Kuasa Ikhlas Membentuk Jiwa PositifKuasa Ikhlas Membentuk Jiwa PositifPenulis : Ahmad Fauwaz FadzilHarga: RM7.00Orang yang telah tumbuh di dalam hatinya rasa kasihkan Allah akan berusaha membentuk hati yang ikhlas. Hatinya melihat dan memahami bahawa Allah jualah Tuhan Yang Maha Agung dan dirinya hanyalah hamba yang hina. Hamba berkewajipan tunduk,patuh dan taat kepada Tuhannya.Mereka yang didalam makam ini beramal hanya kerana Allah: kerana Allah yang memerintahkan supaya bermal,kerana Allah berhak ditaati,keranan perintah Allah wajib dilaksana,semuanya kerana Allah tidak kerana sesuatu yang lain.Golongan ini sudah dapat menawan hawa nafsu rendah dan pesona dunia.Golongan inilah yang menikmati sepenuhnya erti sebenar Kuasa Ikhlas.KLIK DISINI !!!

Source: Kuasa Ikhlas Membentuk Jiwa Positif

Ubat Hati-Menyinarkan Kembali Hati Yang Mati

Source: Ubat Hati-Menyinarkan Kembali Hati Yang Mati

Monday, 28 January 2013

Bagaimana Memotivasikan (Mendorongkan) Khusyu’ Dalam Sembahyang?



Untuk mendapat khusyu’ dalam sembahyang, terutamanya hendaklah kita berdo’a memohon restu kepada Allah Azza wa Jalla supaya Dia mengurniakan kepada kita khusyu’, taufiq hidayah dan ‘inayahNya dalam mengerjakan ‘ibadat sembahyang, di samping kita melaksanakan usaha-usaha dan langkah-langkah berikut:

1 ) Sebelum masuk bertakbiratul ihram, terlebih dahulu anda mestilah mempunyai kesedaran  ((الوعي  : Bahawa anda bersembahyang adalah mengadap dan menyembah Allah Yang Maha Besar.

Anda mestilah faham : Kenapa disunatkan bang (azan) dan iqamat sebelum sembahyang? Jawabnya: Ialah untuk menimbulkan dalam jiwa seseorang rasa kasih sayang dan rindu kepada Allah, serta pengagungan  terhadapNya. Langsung dengan mendengar seruan bang dan qamat itu menaikkan semangat, lalu dia bangun dengan penuh segar dan cergas, bukan dengan keadaan malas dan lemah. Bang dan qamat telah merangsang dan memberi kesedaran kepada jiwanya: Bahawa Tuhan yang akan disembahNya nanti bukanlah patung berhala yang kaku beku, pekak bisu, buta tuli dan tiada daya upaya. Tetapi Tuhan yang disembahNya itu adalah Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya, yang benar-benar ada, bukan yang hanya khayalan. Dia Tuhan Yang Maha Besar, Yang Maha Agung, Yang Maha Kuasa, Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Mendengar, Yang Maha Melihat, lagi Yang Maha Sempurna… Ya, Allah melihat perbuatan solatnya dan lagi Allah mengetahui batin dirinya: samada dia bersembahyang atau  bermain wayang dalam sembahyang.

Dia sedar bahawa Allah yang akan disembahNya nanti adalah Tuhan yang telah menjadikannya, yang telah melimpah kurniakan ke atasnya dengan berbagai ni’mat yang tidak terkira banyak dan amat besar nilainya. Ni’mat paling terbesar ialah ni’mat iman, taufiq, hidayah dan ‘inayahNya. Kemudian disusuli pula ni’mat hidup, sihat, rezeki dan lain-lain lagi yang tidak mampu dihitung oleh dirinya yang serba lemah dan kekurangan.

Dengan adanya kesedaran tersebut baharulah hatinya merasa keagungan, kebesaran, ketinggian, kemuliaan, kemurahan, dan kebaikan Allah. Dari situ lahirlah rasa syukur dan rasa kasih sayang kepada Allah Tuhan yang akan disembahNya nanti. Justeru itu ‘ibadat yang akan dilaksanakan itu nanti akan dilakukan dengan penuh rela, penuh lazat, penuh ni’mat dan sedap. Dengan itu kosonglah hati sanubarinya dari ingatan kepada dunia dan segala isinya, hanya Allah dan perkara-perkara keutamaan yang berkaitan dengan sembahyang sahaja yang diingatinya. Dengan itu jadilah hatinya dalam sembahyangnya nanti penuh bermunajat dengan Allah s.w.t, lalu terhasillah khusyu’ dalam sembahyangnya.

2 ) Kosongkan hati sanubari dari mengasihi, memikir dan mengingati urusan-urusan dunia dan segala isinya ketika bersembahyang.

Ingatlah! Bahawa urusan-urusan dunia yang belum selesai anda kerjakan atau yang anda akan laksanakan nanti tidak dapat pun dibuat ketika anda bersembahyang. Oleh itu tunggulah selepas selesai sembahyang nanti. Kemudian fikir dan rancanglah sebanyak mungkin sesudah selesai sembahyang nanti. Tiada gunanya difikirkan semasa bersembahyang, dia akan merosakkan sembahyang anda jua.

3 ) Ketika bersembahyang, hati hendaklah berqiblatkan Allah (ingatkan kepada Allah), atau dengan kata yang lain: Hati hendaklah sentiasa mengingati Allah yang diistilah juga dengan   حضور القلب  (hadhir hati bersama Allah).

Hudhur  al-qalb ini hendaklah diusaha dengan bersungguh-sungguh hingga sampai kepada kepada maqam Ihsan yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w:

“الإحسان أن تعبد الله كأنك تراه، فإن لم تكن تراه فإنه يراك”.
Bermaksud: Ihsan itu ialah anda ber’ibadat kepada Allah seola-olah anda melihatNya, maka sekiranya anda tidak dapat melihatNya (dengan mata lendir) maka sesungguhnya Allah melihat anda.

Untuk mencapai hudhur al-qalb ini hendaklah anda ingat gunakan pelajaran ilmu Tauhid yang telah anda pelajari yang mengatakan: Bahawa Allah itu Yang Maha Ada, Yang Maha Hidup, Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Mendengar lagi Yang Maha Melihat.

Untuk memperkukuhkan lagi ingatan ini, cubalah anda mengulang-ulangkan dalam hati anda sebelum bertakbiratul ihram  akan ungkapan kata pesanan Muhammad bin Sawwar kepada anak saudaranya, Sahl bin Abdullah at-Tustari. Ungkapan itu berbunyi:

الله معي، الله ناظر إلي، الله شاهدي.
Ertinya: Allah bersama saya, Allah melihat saya, Allah menyaksi saya.

Selain itu, untuk mencapai hudhur al-qalb dalam sembahyang hendaklah juga anda memperbanyakkan zikrullah di masa di luar sembahyang dengan berwirid, bertawajjuh, dan bersuluk; semoga dengan usaha itu hati anda menjadi sebati dengan ingatan terhadap Allah sehinggakan terbawa dalam sembahyang dan di luar sembahyang.

4 ) Tanamkan rasa cinta kasih (الحب)  yang mendalam tanpa terbelah bahagi terhadap Allah.

Perasaan cinta kasih ini tidak akan timbul kecuali terlebih dahulu anda mengenal Allah Ta’ala ( معرفة الله ). Peribahasa pun ada berkata: “Tak kenal maka tidak cinta”, dan “Baharu kenal belum mesra lagi”.

Oleh itu untuk mendapat  khusyu’ dalam sembahyang hendaklah anda mengenali Allah terlebih dahulu. Paling kurangnya anda mengenaliNya: Bahawa Dia adalah Tuhan anda yang telah menciptakan anda, yang telah member rezeki kepada anda.

Anda memang amat bertuah sekali kerana Dia telah memilih anda menjadi seorang muslim. Dia amat berbuat baik kepada anda. Dia telah melimpahkan ke atas anda kurniaan ni’mat dan rahmatNya yang tak dapat dibayar dengan langit dan bumi serta seluruh isi kandungannya. Dengan benar-benar mengenali dan mengingati kebaikan Allah kepada anda itu akan melahirkan kasih kepadaNya, dan dengan cinta kasih itulah akan menghasilkan ‘ibadat solat yang amat indah, yang amat manis, yang amat enak, yang amat sedap lagi amat lazat citarasanya, lalulah diri anda tenggelam dalam ni’mat yang amat quddus dapat memadu kasih dengan sebenar-benar kekasih iaitu Allah s.w.t.

5 ) Menaruh perasaan at-ta’zim (التعظيم) yakni merasai keagungan, kebesaran, ketinggian, dan kesucian Allah yang sedang dia menghadap dan menyembahNya.

Perasaan mengagungkan Allah ini akan lahir dalam hati kita sekiranya kita ada kesedaran diri (mengenal diri) dan ma’rifatullah. Oleh itu pupuklah kesedaran ini dan pertingkatkan ma’rifatullah dengan mempelajari  dan mengamali ilmu Tauhid dan Tasawwuf.

6 ) Menaruh perasaan al-Haibah  (الهيبة) dan al-khauf (الخوف) yakni merasa gerun dan hebat berhadapan  dengan Allah serta merasa takut dan bimbang kiranya sembahyang anda tidak diterima Allah, bahkan dimurkaiNya pula.

Perasaan takut dan gerun kepada Allah ini pun akan lahir dalam hati dengan adanya kesedaran ma’rifatullah. Firman Allah:

إنما يخشى الله من عباده العلماء (28:فاطر).
Maksudnya: Sesungguhnya yang takut kepada Allah daripada segala hambaNya ialah para ulama.

7 ) Menaruh sepenuh harapan (الرجاء) kepada Allah s.w.t supaya Dia menerima ‘ibadat  sembahyang anda.

Ulangkan selalu dalam hati anda sebelum bertakbiratul ihram akan ucapan para sufi:

إلهي أنت مقصودي، ورضاك مطلوبي.
Ertinya: Tuhanku! Engkaulah jua maksud tujuanku, dan keredhaanMu jua tuntutanku.


8 ) Merasa malu (الحياء) kepada Allah Azza wa Jalla. Malu kerana kekurangan, kecacatan, kecuaian dan kelalaian yang berlaku dalam sembahyang samada dari segi bacaan, penghayatan pengertian bacaan, perlakuan perbuatan kekhusyu’kan hati terhadap Allah yang sedang disembahnya.

Dengan adanya perasaan kasih, pengagungan,  gerun dan takut, harapan dan malu kepada Allah Jalla Jalaluh sebagaimana yang tersebut baharulah nanti akan timbul kesungguhan dan khusyu’ dalam mengerjakan sembahyang.

9 ) Memahami dan mengerti bacaan-bacaan  yang dibaca (التفهم), paling kurangnya mengetahui tujuan-tujuan dan maksud-maksudnya.

10 ) Menghindarkan situasi-situasi dan keadaan-keadaan yang mengganggu serta memalingkan hati dari khusyu’ seperti kebisingan, kerunsingan hati, keliaran, pandangan mata, lintasan-lintasan hati, keletihan tubuh badan dan lain-lain lagi.

11 ) Mendengar cerita-cerita orang yang khusyu’ dalam sembahyang.

12 ) Hendaklah selalu megulangi dan mengingati firman-firman Allah dan sabda-sabda rasulNya yang berikut:

Firman Allah:

وأقم الصلاة لذكري (14: طه .
Bermaksud: Dan dirikanlah sembahyang untuk mengingatiKu.



فاذكرني أذكركم (152: البقرة).
Bermaksud: Oleh itu, ingatlah kamu kepada Aku nescaya Aku ingat kepada kamu.

ولا تكن من الغافلين (205: الأعراف).
Bermaksud: Dan janganlah kamu menjadi dari golongan orang-orang yang lalai.

فويل للمصلين، الذين هم عن صلاتهم ساهون (4-5: الماعون).
Bermaksud: Maka kecelakaan besar bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solat mereka.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“إن العبد ليصلي الصلاة لا يكتب له سدسها ولا عشرها، وإنما يكتب للعبد من صلاته ما عقل منها”.
Bermaksud: Sesungguhnya hamba bersembahyang ia, padahal tidak ditulis padanya pahala:
Seperenam pun tidak, dan sepersepuluh pun tidak; hanya sanya ditulis untuk hamba itu pahala mengikut apa yang diingatkan oleh akalnya dari ‘ibadat sembahyangnya. (Diriwayatkan oleh Abu Daud, an-Nasaie dan Ibnu Hibban).

“كم من قائم حظه من صلاته التعب والنصب”.
Bermaksud: Berapa ramai orang yang mendirikan sembahyang adalah habuan daripada sembahyangnya hanyalah kepenatan dan keletihan jua. (Hadith riwayat Ibnu Majah).

“أول ما يحاسب عليه العبد يوم القيامة الصلاة، فإن  صلحت صلح سائر عمله، وإن فسدت فسد سائر عمله”.
Bermaksud: Awal-awal perkara yang dihisab atas hamba pada hari Kiamat ialah sembahyang. Maka sekiranya ianya elok eloklah lain-lain amalannya (diterima Allah), dan sekiranya ianya rosak nescaya rosaklah lain-lain amalannya (ditolak oleh Allah). (Diriwayatkan oleh at-Tobrani).

13 ) Menyedari dan memahami bahawa sembahyang merupakan dialog dan munajat hamba dengan Tuhannya.

Sembahyang adalah penghubung langsung antara si hamba dengan Tuhannya. Sabda Rasulullah s.a.w:

“لا يزال الله مقبلا على العبد في صلاته ما لم يلتفت فإذا صرف وجهه انصرف عنه”.
Bermaksud: Sentiasalah Allah berhadap kepada hambaNya di dalam sembahyangnya selama dia tidak berpaling (kepada yang lain daripadaNya). (Hadith riwayat Ahmad dan Abu Daud, an-Nasaie, Ibnu Khuzaimah dan al-Hakim).

Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadith qudsi, bahawa beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Allah Azza wa Jalla telah berfirman:

“قسمت الصلاة بيني وبين عبدي نصفين، ولعبدي ما سأل”.
Maksudnya: Aku telah bahagikan solat (yakni bacaan al-Fatihah itu) di antaraKu dan diantara hambaKu kepada dua bahagian, dan untuk hambaKu apa yang dia mohon.




فإذا قال العبد: الحمد لله رب العلمين، قال الله: حمدني عبدي
Maksudnya: Maka apabila hamba berkata:   الحمد لله رب العلمين(Kepujian bagi Allah Tuhan sekelian alam), Allah menjawab: Hambaku telah memujiKu.
وإذا قال: الرحمن الرحيم. قال الله: أثنى علي عبدي.
Maksudnya:  Dan apabila hamba berkata: الرحمن الرحيم (Allah yang Maha Pemurah yang Maha Pengasihani), Allah menjawab: HambaKu telah menyanjungiKu.

فإذا قال: مالك يوم الدين. قال الله: مجدني عبدي وقال مرة: فوض إلي عبدي.
Maksudnya: Maka apabila hamba berkata مالك يوم الدين (Allah yang memiliki hari pembalasan), Allah menjawab: HambaKu telah mengagungkan Daku. Kadang-kadang Allah menjawab: HambaKu telah menyerah diri kepadaKu.

فإذا قال: إياك نعبد وإيااك نستعين. قال: هذا بيني وبين عبدي ولعبدي ما سأل.
Maksudnya: Maka apabila hamba berkata: إياك نعبد وإياك نستعين (Akan Dikau jua kami ber’ibadat dan akan Dikau jua kami meminta tolong), Allah menjawab: Inilah (perjanjian) antaraKu dan hambaKu, dan bagi hambaKu yang dia mohon.

فإذا قال: اهدنا الصراط المستقيم، صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين. قال الله: هذا لعبدي ولعبدي ما سأل.
Maksudnya: Maka apabila hamba berkata:  : اهدنا الصراط المستقيم، صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين (Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan orang yang telah Engkau kurniakan ni’mat keatas mereka itu, bukan (jalan) orang yang dimurkai atas mereka itu, dan bukan (jalan) orang-orang yang sesat, Allah menjawab: Inilah untuk hambaKu, dan bagi hambaKu apa yang dia mohon.
Kesimpulannya: Untuk memperolehi khusyu’ dalam sembahyang bukanlah sesuatu perkara yang mudah, atau pun semudah apa yang telah disebutkan dalam usaha-usaha dan langkah-langkah untuk mendapat khusyu’ itu. Dikatakan begitu, kerana kita manusia ini pada dalaman dirinya mempunyai khayalan fikiran, lintasan hati, emosi, imaginasi, fantasi, nostalgia, deria lihat, deria dengar, deria rasa, hawa nafsu dan cita berahi kepada dunia. Sementara di luaran pula ada bisikan-bisikan Iblis dan syaitan yang acap kali berjaya meresap ke dalam lubuk hati lalu bersekongkol dengan nafsu ammarah yang sedia ada dalam diri manusia.

Oleh itu untuk mencapai khusyu’ ini, anda perlu kepada mujahadah, ketabahan, kesungguhan, daya tahan, keazaman dan permohonan do’a kepada Allah yang Maha Pemurah lagi yang Maha Pengasihani, kerana kuasa mutlaknya terletak kepadaNya jua.

“ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم”
          Kita adalah diperintah untuk berusaha sedaya upaya dengan penuh tawakkal dan tafwidh sedangkan Dia telah berjanji akan merestuinya jika benar-benar kita ikhlas. FirmanNya:

والذين جاهدوا فينا لنهدينهم سبلنا، وإن الله لمع المحسنين (69: العنكبوت).
Maksudnya: Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh pada (jalan) Kami, sesungguhnya Kami akan menghidayatkan mereka ke jalan-jalan Kami, dan sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

Rujukan:  Fiqh Solat oleh Haji Engku Ali bin Engku Endut
(Muhammad) al-‘Idrusi Terbitan Syarikat Jaffar Rawas
Sdn. Bhd.

7 Anggota Zahir



Dan ketahuilah olehmu bahawasanya maksud daripada ilmu tasawwuf itu membersihkan segala anggota yang zahir daripada segala perbuatan yang keji, supaya ada ia menyampaikan kepada membersih hati daripada sifat kecelaan, dan dikehendaki dengan segala anggota yang zahir itu tujuh anggota:-

1 ) Mata
2 ) Telinga
3 ) Lidah
4 ) Perut
5 ) Faraj
6 ) Dua tangan
7 ) Dua kaki

Rujukan: Penawar Bagi Hati karangan  Syeikh Abdul Qadir bin Abdul
Mutollib al-Indonesi al-Mandili

Apa itu Agama dan Rukun-rukunnya?




Ta’rif  Agama

Bermula Ugama itu ialah ibarat yakni satu tuturan dan cakapan daripada sekumpulan dan perhimpunan undang-undang yang datang daripada Allah Ta’ala keatas RasulNya supaya menyampaikan akan dia kepada umat manusia. Atau dikatakan Ugama itu ialah terkena kepada segala undang-undang yang datang daripada Allah Ta’ala kepada Rasul-rasulnya kemudian menyampaikan mereka itu akan segala umat. Iaitulah yang dinamakan Ugama Islam dan orang-orang yang mengikut undang-undang itu dinamakan muslim, yakni orang yang berugama Islam.

Maka nyata daripada ta’rif itu bahawa yang disebutkan ugama itu ialah kena kepada undang-undang Allah Ta’ala yang dihantar akan dia dengan melalui Rasul-rasulNya, daripada yang bersangkutan dengan aqidah dan dengan ibadah dan mu’amalah dan sebagainya. Bermula undang-undang Allah Ta’ala lima perkara iaitu wajib, sunat, haram, makruh, harus. Maka tiap-tiap daripada apa kerja manusia itu tidak keluar daripada salah satu daripada lima undang-undang yang tersebut yang dinama akan dia dengan hukum-hukum syara’ atau hukum-hukum taklifiyyah, yang lagi akan datang menyebut akan dia di dalam huraian hukum-hukum syara’ insya Allah.

Maka nyata pula daripada huraian ini bahawa pengenalan Ugama itu, ramainya orang-orang yang tidak mengenal Ugama yang tersebut maka setengahnya sembahyang sahaja, puasanya tidak dan setengahnya sembahyang, puasa, menunaikan haji, tidak mengeluar pula zakat dan bermacam-macamlah berlakunya. Ada kala membuat yang sunat-sunat jua tidak yang wajib. Semuanya itu daripada sebab tidak mengenal Ugama. Kalau begitu, hendaklah kamu mempelajari akan dia dengan bersungguh-sungguh sehingga mengenal akan dia.

Rukun Agama

Dan kejadian Ugama atau terbentuknya Ugama itu diatas tiga perkara iaitu Islam, Iman dan Ihsan.
1)   Islam
Bermula Islam itu mengikut zohir dan mengaku zohir oleh seseorang akan segala perkara yang dibawa datang akan dia oleh Rasul daripada pekerjaan Ugama yang diketahui akan dia dengan dhorurah, yakni ketiadaan fikir bahkan semua orang tahu belaka kata perkara itu daripada pekerjaan Ugama sehingga kanak-kanak pun tahu seperti sembahyang, puasa. Dan rukun itu 5 perkara yakni terbentuklah segala pekerjaan Ugama itu diatas 5 rukun yang dinamakan dia rukun Islam.

Dan makna rukun itu ialah perkara-perkara yang jadi sesuatu dengan dia dan ia pula juzu’ suatu atau suku sesuatu itu, yakni rukun itu asas atau tunjang bagi sesuatu. Maka rukun Islam atau asas atau tunjang Islam itu 5 perkara:
Pertamanya mengucap dua kalimah syahadah iaitu
اشهد ان لا إله الا الله و اشهد ان محمد رسول الله
Ertinya: Aku menyaksi dan aku mengaku dengan lidahku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku  menyaksi dan aku mengaku bahawa Muhammad itu Rasulullah atau utusan Allah.
Dan rukun yang pertama inilah sebagai asas dan tunjang utama bagi seseorang Islam, sehingga-hingga tidak dihukumkan dengan seseorang itu dengan Islam kecuali ianya menyebut dengan lidahnya akan dua kalimah itu tetapi orang-orang yang sudah Islam dua ibu bapanya tidak wajib lagi mereka itu menyebut dua kalimah itu kerana memadai dengan menurut jua. Dan berkata setengah ulama’ wajib juga berkata didalam seumur hidupnya sekali supaya lepas tuntutan Allah Ta’ala. Sabda Nabi s.a.w didalam hadith yang sohih. Bersabda ia:
اُمِرْتُ اَن أُقَاتِلَ النَّاس حَتَّى يَشْهَدُوا اَن لاَ اِلَهَ اِلاَّ الله. (الحديث)
Ertinya:
Diperintah akan daku bahawa aku membunuh akan segala manusia sehingga menyaksi dan mengaku lidah mereka itu bahawasanya tidak ada Tuhan melain Allah hingga akhir. (hadith).

Keduanya sembahyang lima waktu, ketiganya memberi zakat, keempatnya puasa dibulan ramadhan dan kelimanya menunaikan haji ke baitullah bagi mereka yang kuasa kepadanya akan jalan. Sabda nabi s.a.w  didalam hadith yang sohih:
بُنِيَ الاِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ اَن لاَ اِلَهَ اِلَّا اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ وَاِقَامِ الصَّلاَةِ وَاِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَصَومِ رَمَضَانَ وَحَجِّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ اِلَيْهِ سَبِيْلاً.
Ertinya:
Dibinakan  pekerjaan Islam itu diatas lima perkara : Menyaksikan tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu Rasulullah, dan mendirikan sembahyang, dan mengeluarkan zakat,  dan berpuasa di bulan ramadhan, dan menunaikan haji di baitulllah bagi mereka yang kuasa kepadanya akan jalan.

Maka nyata daripadanya bahawasanya orang-orang yang tidak mengerjakan lima-lima perkara tersebut itu, mereka itu tidak ada asas dan tunjang pada Ugama Islam seperti binaan – binaan yang tidak ada asas dan tunjang, maka adalah binaan itu menjadi runtuh. Demikianlah menjadi runtuh Ugama apabila tidak ada asas dan tidak ada lima tunjang yang tersebut atau mengingkari dengan lidahnya dan jikalau dengan selora sekalipun.

2)   Iman
Bermula Iman itu percaya hati seseorang serta mengaku putus didalam hatinya akan sungguh segala perkara yang dibawa datang akan dia oleh Rasul s.a.w daripada pekerjaan Ugama yang diketahuikan dia dengan dhorurah benar dengan tidak kena fikir dan bicara bahkan tahu belaka tua dan muda akan bahawa perkara itu daripada pekerjaan Ugama Islam.

Dan terbentuklah iman itu diatas 6 asas atau 6 tunjang yang dinamakan dia dengan rukun iman. Yang pertama, percayakan Allah. Maknanya mengaku putus didalam hati seseorang dengan tentu sungguh Allah Ta’ala itu Tuhan yang bersifat ia dengan segala sifat-sifat ketuhanan. Maka jika seseorang itu tidak mengaku putus dengan sungguh begitu atau ia mengetahui jua dengan tidak mengaku maka adalah ia tidak beriman dengan Allah Ta’ala dan adalah ia orang yang kafir di sisi Allah Ta’ala dan jikalau sembahyang, puasa sekalipun.

Yang kedua percayakan akan malaikat. Maknanya mengaku putus didalam hati seseorang akan bahawasa malaikat itu tentu sungguh ada dan ia setengah daripada makhluk Allah Ta’ala.

Yang ketiganya percaya akan segala kitab dengan maknanya. Mengaku putus seorang didalam hatinya dengan tentu sungguh  ada segala kitab yang datang daripada Allah Ta’ala seperti Qur’an dan Taurat dan lain-lainnya dan sungguh segala perkara-perkara yang disebut didalamnya.

Yang keempatnya percaya akan segala Rasul-rasul Allah, dengan maknanya mengaku putus seseorang didalam hatinya dengan tentu sungguh ada segala Rasul Allah Ta’ala itu, dan mengaku sungguh akan segala perkara yang mereka itu menyampaikan kepada umatnya.

Yang kelimanya percaya akan hari qiamat dengan maknanya mengaku putus seseorang didalam hatinya dengan tentu sungguh ada hari qiamat itu bila-bila masa jua akan datang berlakunya.

Yang keenamnya percaya dengan qadho’ dan qadar, dengan maknanya qodho’ itu penentuan yang telah menentu akan dia Allah Ta’ala dengan iradat. Dan makna qadar itu takdir Allah Ta’ala. Maksudnya perbuatan yang telah perbuat akan dia oleh Allah Ta’ala dengan qudratNya. Maka percaya dengan qodho’ dan qadar itu maknanya mengaku putus didalam hati seseorang dengan tentu sungguh akan bahawa segala perkara yang berlaku daripada baik dan jahat semuanya dengan kehendak Allah Ta’ala dan menjadi ia akan dia. Inilah enam perkara yang dinamakan dia rukun iman. Maka barangsiapa tidak percaya dengan maknanya tidak mengaku sungguh segala perkara itu, maka adalah ia kafir tidak dinamakan dia orang yang beriman.
Firman Allah Ta’ala:
وَمَنْ يَكْفُرْ بِاللهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ  وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلاَلاً بَعِيدًا.
Ertiya: Dan barangsiapa kafir ia yakni tidak percaya dan tidak mengaku sungguh dengan Allah Ta’ala dan segala malaikatNya dan segala kitabNya dan sekelian rasulNya dan dengan hari akhir yakni hari qiamat maka sesungguhnya sesat ia akan sebagai sesat yang jauh.

3)   Ihsan
Bermula ihsan itu  berbuat baik, dengan maknanya mengerjakan segala perintah Allah seperti sembahyang, puasa dan sebagainya daripada segala yang disuruh itu dengan elok yang mencukupi segala syarat –syarat dan sempurna rukun-rukunnya, seolah-olah mengerjakan  dan menunaikan perintah Allah itu dihadapan Allah Ta’ala dan jikalau kita tidak melihat akan dia sekalipun. Dan Ihsan ini syarat bagi kesempurnaan Ugama Islam jua. Bukanlah syarat bagi sah Ugama Islam. Dan orang yang tidak mengerjakan ibadat dengan elok, dengan bahawa tidak cukup syarat dan rukun dan tidak ada ikhlas dan tidak khusyu’ dan tawadhu’, maka dinamakan dia orang yang tidak berbuat elok. Maka tidak sempurnalah Ugama Islam dan tidak ada hak lagi menerima pahala daripada Allah Ta’ala.

Sabda Nabi S.A.W: Daripada Umar ibn al-Khatab, berkata ia:
بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتِ يَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِيْدُ سَوَادِ الشَعْرِ لاَ يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ وَلاَ يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ حَتَّى جَلَسَ إلَى النَّبِيَّ صَلَّى اللهِ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى رُكْبَتَيْهِ وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَىْ فَخِذَيْهِ وَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ أَخْبِرْنِي عَلَى الْإسْلاَمِ. فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الإسلام أَنْ تَشْهَدَ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ وَتُقِيمَ الصَّلاَةَ وَتُؤْتِيَ الزَّكاَةُ وَتَصُومَ رَمَضَانَ وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاً. قَالَ صَدَقْتَ. قَالَ فَعَجِبْنَا لَهُ يُسْأَلَهُ وَيُصَدِّقُهُ. قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنِ الْإِيمَانِ. قَالَ أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَتُؤْمِنَ بِالْقَدْرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ: صَدَقْتَ. قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنِ الْإِحْسَانِ. قاَلَ أَن تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِن لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِّنَهُ يَرَاكَ
(روايت مسلم)
Ertinya:
Di antaranya kami menduduki kami disisi Rasulullah S.A.W pada suatu hari tiba-tiba kelihatan diatas kami seorang lelaki yang sangat putih pakaiannya dan bersangatan hitam rambutnya, tidak nampak bekas-bekas perjalanannya, dan tidak mengenal akan dia oleh seseorang daripada puak kami sehingga ia menduduki akan Rasulullah S.A.W. Dan sandar ia akan dua lututnya kepada dua lutut Rasulullah. Dan meletak ia akan dua tangannya keatas dua peha Rasulullah, lalu berkata ia: Ya Muhammad, beritahu akan saya daripada Islam. Sabdanya bahawa menyaksi engkau bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad Rasulullah. Dan mendirikan engkau akan sembahyang. Dan mengeluar engkau akan zakat. Dan berpuasa engkau di bulan ramadhan. Dan menunaikan engkau akan fardhu haji ke Baitullah jika kuasa engkau kepadanya akan jalan. Berkata lelaki itu benar engakau. Kemudian menanya lagi lelaki itu: wahai Muhammad beritahu akan saya daripada iman. Sabdanya: bahawa percaya engkau akan Allah, dan akan malaikat, dan segala kitab-kitabNya, dan sekelian rasul-rasulNya, dan akan hari kiamat, dan percaya engkau dengan qadarNya baiknya dan jahatnya. Berkata lelaki itu benar engkau ya Muhammad. Kemudian menanya pula lelaki itu: beritahu akan saya Muhammad daripada ihsan. Sabdanya: bahawa engkau mengerjakan ibadat akan Allah Ta’ala itu seolah-seolahnya engkau melihat akan Allah, maka jika engkau tidak nampak akan Dia maka Ia tetap melihat akan dikau.

Maka nyatalah bahawa kebentukan Islam yang sempurna itu adalah dengan berhimpun tiga perkara yang tersebut, bukanlah dengan semata-mata mengaku lidah dengan Islam jua. Padahalnya tidak menunaikan segala Rukun Islam dan Rukun Iman dan Ihsan yang tersebut, maka adalah pada hakikatnya tidak mengenal Ugama. Bahkan mengetahui jua dengan tidak mengaku didalam hatinya, seperti yang banyak berlaku pada umat Nabi Muhammad S.A.W di masa-masa ini dengan mengetahui sembahyang, tetapi tidak sembahyang, dan mengetahui puasa tetapi tidak puasa dan ila akhir dan sebagainya. Maka dengan huraian yang panjang, hendaklah engkau lihat di dalam risalah yang bernama Al-Hablu Al-Matin Fi Ma’rifati Al-Din. Wallahu A’lam.

Rujukan:
Risalah al-Misbah al-Munir, karangan Abdul Aziz bin Ismail al-Fathoni, Cetakan Matba’ah Halabi, hal. 4-8.

Kepentingan Tasawwuf di Dalam Islam



Pendahuluan  
                                                                                                                               
Pelbagai definisi Tasawwuf dari segi bahasa yang dikemukakan oleh ulama’-ulama’ antaranya ialah sufah,  suf,  suffah ,  suffi, sof, sofwah, sof, sufanah,sufah al-qafa, sofa’ namun perkataan sofa’  yang bermaksud suci  adalah pendapat yang sohih dan dipersetujui oleh kebanyakan ulama’berdasarkan kekuatannya dari segi bahasa. Adapun definisi Tasawwuf dari sudut istilah juga mempunyai pelbagai  penta’rifan bahkan mencapai sehingga dua ribu penta’rifan sebagaimana yang dinyatakan oleh Syeikh Zarruq r.a. Wujudnya pelbagai definisi Tasawwuf  di kalangan ulama’-ulama’ adalah berdasarkan pengalaman rohani yang mereka alami dalam mujahadah mereka menuju kepada Allah.  Syeikh Ahmad Zarruq rh mendefinisikan Tasawwuf sekaligus mengklasifikasikan ilmu Tasawwuf, Feqah, Usuluddin yang menjadi kewajipan terhadap semua mukallaf mempelajari dan mengamalkan ketiga-tiga ilmu tersebut, “Tasawwuf ialah suatu ilmu bertujuan memperbaiki hati dan mentafridkannya hanya kepada Allah Ta’ala semata-mata tanpa yang lain. Ilmu Feqah bertujuan membetulkan amalan, menjaga peraturan dan menzahirkan hikmah terhadap hukum hakam, Ilmu Usul (lmu Tauhid) untuk memantapkan muqaddimah keimanan dengan dalil-dalil serta menghiasi iman dengan keyakinan, ia seumpama ilmu peubatan yang bertujuan menjaga badan, ilmu nahu yang memperbetulkan lidah serta bermacam-macam lagi ilmu yang lain”.

Kepentingan Tasawwuf Di Dalam Mencapai Maqam Ihsan

Tasawwuf adalah sebahagian daripada agama Islam yang tidak boleh dipisahkan oleh mana-mana individu muslim kerana berdasarkan sebuah hadith[1] Rasulullah S.A.W  yang menceritakan tentang pertanyaan Jibril a.s tentang Islam, Iman dan Ihsan  sehigga kemudiannya baginda S.A.W bersabda kepada para sahabat “Ini adalah Jibril as, ia datang kepada kamu untuk mengajar tentang agamamu”  menjadikan maqam Ihsan sebagai “Din” cara hidup dan merupakan salah satu rukun agama yang tiga.

Dalam hadith Nabi S.A.W  ini disebut “An Ta’budallah” bermaksud: “Kamu menyembah atau beribadat kepada Allah”. Beribadat kepada Allah, tentulah berdasarkan kepada Iman dan Islam. Ini bermakna, ibadah itu merupakan penghayatan ilmu tauhid dan feqah. Menurut Hadith tersebut , ibadah itu jika dapat ditingkatkan sehingga mendapat pengalaman rasa seakan-akan atau seolah-olah melihat atau menyaksikan hakikat Allah, maka pengalaman rasa seakan-akan melihat Allah itulah ihsan yang dikenali sebagai Tasawwuf atau Tariqah. Oleh sebab  itulah, maka ilmu Tasawwuf  atau Tariqah[2] dianggap sebagai ilmu rasa (ilmu zauqi) yang mana menurut Imam  Ghazali r.a., tidak dapat dicapai dengan jalan mendengar atau ta’lim seperti ilmu-ilmu yang lain kecuali dengan zauq dan suluk sahaja. Apabila ibadah itu telah sampai ke peringkat zauq, maka ibadah itu akan bertukar menjadi ubudiyyah.[3]

Seorang penulis Islam yang terkenal iaiu Syeikh Ahmad Asy-Syarbashi yang juga merupakan salah seorang tenaga pengajar di Al-Azhar Asy-Syarif telah menyebut di dalam majalah Al- Ishhah Al-Ijtimaie di bawah tajuk; Akhlak  di Sisi Kaum Sufi. Setelah beliau memperkatakan tentang Tasawwuf, taarif serta asal usulnya, beliau menyebut: “Aku yakin dan berpegang bahawa hakikat Tasawwuf” yang sempurna adalah martabat Ihsan yang telah digariskan oleh Rasul Islam Sayyidina Muhammad ‘alaihisshalatu wassalam dalam hadis Jibril iaitu ketika baginda mengatakan:
الإحسان أن تعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك.[4]

Gerakan tariqah mempunyai peranan dan pengaruh yang mendalam dalam dakwah Islam di Malaysia semenjak dahulu hingga kini. Dengan metod, kaedah dan uslub yang khusus untuk merealisasikan tawhid hakiki melalui kalimah syahadah La Ilaha illa Allah dan Muhammad Rasulullah S.A.W., ahli tariqah menghayati rahsia tawhid hingga ke darjat maqam al-ihsan, sejajar dengan hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
“Ihsan itu, hendaklah kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya, sekalipun kamu tidak dapat melihatNya, maka sesungguhNya Dia melihat mu.”[5]
Ilmu usuluddin dan Ilmu feqah kesempurnaannya adalah dengan Ilmu Tasawwuf.  Ilmu usuluddin untuk mengesahkan Iman.Ilmu feqah untuk mengesahkan Amal manakala Ilmu Tasawwuf untuk menjernihkan Iman dan Amal. Kalau alim Ilmu usuluddin, Ilmu feqah tetapi tidak ada Ilmu Tasawwuf tidak beramal  seperti bersifat dengan sifat riya’, ‘ujub,takabbur, mencari ‘aib orang lain,mencari kelemahan orang, dan mencari kesalahan orang maka tidak sempurna imannya dan islamnya.
مقام الإحسان شرط لكمال الإيمان والإسلام
Maqam Ihsan merupakan SYARAT bagi kesempurnaan Iman dan Islam.
Walaupun maqam Ihsan merupakan pelengkap dan penyempurna Iman dan Islam namun harus diingat untuk menceburi di dalam bidang Tasawwuf  mestilah terlebih dahulu melalui ilmu syariat  yang terdiri daripada Feqah dan Usuluddin. Dikhuatiri apabila seseorang terus berada di dalam bidang Tasawwuf tanpa mengetahul ilmu syariat dan beramal dengannya maka ia boleh membahayakan dirinya kerana akan tertipu dek kerana berasa tinggi akan ilmu dan amalnya tanpa perlu melalui syariat dan juga telah merasa kelazatan di dalam Tasawwuf yang membuatkannya malas untuk melalui perjalanan ilmu Syariat yang dituntut supaya mempelajarinya.  Dikhuatiri dia terperangkap dengan tipu daya syaitan bahawa merasakan amalannya itu diterima oleh Allah S.W.T. Di sinilah pentingnya ilmu Syariat sebagai kayu ukur untuk mengetahui dan menilai sama ada amal ‘ibadat kita itu sah di sisi Allah S.W.T ataupun tidak.

Dan diketahui daripada demikian itu, bahawa Tasawwuf  adalah Ihsan yang disebut di dalam hadith Jibril ‘Alaihi as Salam sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:  ((Ihsan ialah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya, jika kamu tidak melihatNya maka sesungguhnya Dia melihatmu)). Maka sesungguhnya Ihsan itu disebut selepas Islam dan Iman, dan pada demikian itu berkata oleh al-Imam Ahmad bin Abi Bakar bin Sumait “dan adapun Tasawwuf itu maka tidak dianggap seseorang itu sebagai ahlinya tanpa dia faqih (di dalam ilmu Syariat), dan sesungguhnya Syari’ (Allah) telah menerangkan Islam dan Iman dahulu sebelum Ihsan sebagaimana yang telah disebutkan  di dalam hadith  Jibril ‘alaihi as-Salam maka jadilah di dalam menuntut ilmu juga seperti yang demikian itu (yakni mempelajari Ilmu Islam iaitu Feqah dan Ilmu Iman iaitu Tauhid dahulu daripada Ihsan iaitu Ilmu Tasawwuf). Telah berkata oleh Imam al-Ghazali  “Sesiapa yang berilmu kemudian bertasawwuf maka dia telah berjaya, dan sesiapa yang bertasawwuf  sebelum menjadi faqih maka membahayakan akan dirinya.”[6]

Kepentingan Tasawwuf di Dalam Pembersihan Hati

Taklif syara’ yang diperintahkan kepada manusia iaitu yang khusus pada dirinya merujuk kepada dua bahagian:-
Hukum-hukum yang berkaitan dengan amalan zhahir .
Hukum-hukum yang berkaitan dengan amalan batin.
Atau dengan lain perkataan;
Hukum hakam yang bersangkut paut dengan tubuh badan manusia.
Amalan-amalan yang bersangkut paut dengan hati.
Amalan tubuh badan mempunyai dua jenis iaitu yang berupa suruhan dan larangan. Suruhan Allah adalah seperti solat, haji, dan sebagainya manakala larangan pula seperti membunuh, berzina, mencuri, minum arak dan seumpama dengannya. Amalan hati juaga ada yang berupa suruhan dan ada pula yang berupa larangan. Suruhan seperti beriman kepada Allah, malaikat-malaikat, kitab-kitab, rasul-rasul seluruhnya dan banyak lagi. Juga seperti ikhlas, redha, benar, khusyu’, tawakkal, dan sebagainya. Tegahan pula seperti kufur nifaq, bangga diri, sombong, riya’, tipu daya, hasad dengki dan banyak lagi. Sekalipun kedua-duanya dikira penting di sisi syara’  tetapi bahagian kedua yang berkaitan dengan hati ini adalah lebih penting jika dibandingkan  dengan bahagian yang pertama. Ini kerana yang batin adalah asas kepada yang zahir serta sumbernya, amalan batin juga punca amalan zahir. Kerosakan amalan batin mengurangkan kualiti amalan zahir. [7]

Menurut Mufti Besar Mesir, Syaikh Dr. Ali Jum’ah,  Tasawwuf merupakan program tarbiyah yang mementingkan penyucian jiwa  dari segala penyakitnya yang menghijab manusia daripada Allah S.W.T. Ilmu Tasawwuf juga bertujuan memperbetulkan dan memperbaiki penyelewengan jiwa dan akhlak yang berkaitan dengan hubungan seseorang insan dengan Allah, hubungan dengan masyarakat dan hubungan dengan diri sendiri  . [8]

Hidup ber’ibadah dan memuji-muji Allah itu meminta Ruhaniah manusia itu suci. Ini meminta kehidupan seorang itu suci. Cara-cara hidup suci mempunyai ketentuan-ketentuan yang luas, dan inilah yang menjadi lapangan Tasawwuf. Bagaimana supaya apa pun pekerjaan manusia itu, dengan pekerjaan itu ia dapt menambah suci hatinya kepada Tuhannya, ini pekerjaan Tasawwuf.[9]
Terdapat banyak dalil-dalil syara’ yang menunjukkan kedudukan hati di sisi Allah S.W.T. Antaranya ialah
فَمَن كَانَ يَرْجُوا لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَلِحًا وَلاَ يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ  أَحَدَا
“Barangsiapa mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya maka hendaklah dia beramal dengan amalan yang soleh dan janganlah dia menyekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya”.[10]
يَوْمَ لاَ يَنفَعُ مَالٌ وَلاَ بَنُونَ (88) إِلاَّ مَن أَتَى الَّلهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ (89)
“Pada hari yang tidak bermanfaat harta benda dan anak pinak melainkan orang yang datang menemui Allah dengan hati yang sejahtera”.[11]

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ألا وإن في الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله وإذا فسدت فسد الجسد كله، ألا وهي القلب.
Ingatlah bahawa pada jasad itu terdapat seketul daging , apabila daging itu baik maka baiklah jasad seluruhnya dan apabila ia rosak maka rosaklahjasad seluruhnya, ingatlah bahawa itu adalah hati.[12]

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن الله لا ينظر أجسادكم ولا إلى صوركم ولكن ينظر إلى قلوبكم.
Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh badan kamu dan tidak pula kepada rupa parasmu akan tetapi Dia melihat kepada hati-hati kamu.[13]

            Betapa nilainya kedudukan hati seseorang di sisi Allah sehingga di dalam syarat untuk diterima amal ibadat seseorang itu juga berkaitan dengan hati umpama ikhlas dan khusyu’ di dalam solat. Berdasarkan Firman Allah:
وأقم الصلاة لذكري (14: طه) .
Bermaksud: Dan dirikanlah sembahyang untuk mengingatiKu.
فويل للمصلين، الذين هم عن صلاتهم ساهون (4-5: الماعون).
Bermaksud: Maka kecelakaan besar bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solat mereka.
Dan Sabda Rasulullah s.a.w:
“إن العبد ليصلي الصلاة لا يكتب له سدسها ولا عشرها، وإنما يكتب للعبد من صلاته ما عقل منها”.
Bermaksud: Sesungguhnya hamba bersembahyang ia, padahal tidak ditulis padanya pahala:
Seperenam pun tidak, dan sepersepuluh pun tidak; hanya sanya ditulis untuk hamba itu pahala mengikut apa yang diingatkan oleh akalnya dari ‘ibadat sembahyangnya. (Diriwayatkan oleh Abu Daud, an-Nasaie dan Ibnu Hibban).
Andai hanya solat sah dari segi zahir tetapi batinnya tidak khusyu’ atau mempunya sifat riya’ atau takabbur maka hanya kepenatan jua yang akan diperolehinya sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:
“كم من قائم حظه من صلاته التعب والنصب”.
Bermaksud: Berapa ramai orang yang mendirikan sembahyang adalah habuan daripada sembahyangnya hanyalah kepenatan dan keletihan jua. (Hadith riwayat Ibnu Majah).
Membersihkan hati dan mendidik diri adalah diantara sepenting-penting fardhu ‘ain dan sewajib-wajib suruhan Ilahi berdasarkan dalil apa yang terdapat dalam al-Quran, Sunnah, serta kata-kata ulama’:-[14]
Dalil Al-Quran
Firman Allah S.W.T.:
قُلْ إِنَّمَا حَرَّمَ رَبِّيَ الْفَوَحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ..
“Ketahuilah bahawa sesungguhnya Tuhanku mengharamkan perkara-perkara yang keji, apa yang zahir daripadanya dan apa yang batin”.[15]
Firman Allah S.W.T. lagi:
وَلاَ تَقْرَبُوا الْفَوَحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ
“ Janganlah kamu menghampiri perkara-perkara yang keji apa yang zahir daripadanya dan apa yang batin”.
Kekejian batin sebagaimana yang disebut  oleh mufassirin ialah hasad dengki, riya’, nifaq dan sebagainya.
Dalil As-Sunnah
Dalilnya adalah semua hadis yang menyebut tentang hasad dengki, besar diri, riya’, iri hati dan sebagainya. Juga hadis-hadis yang menyuruh menghiasi diri dengan akhlak yang mulia serta muamalat yang baik maka rujuklah pada tempat-tempatnya.
Hadis Rasulullah S.A.W.:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: الإيمان بضع وسبعون شعبة، فأعلاها قول لا إله إلا الله، وأدناها إماطة الأذى عن الطريق، والحياء شعبة من الإيمان.
“Iman itu lebih daripada tujuh puluh bahagian, yang paling tinggi ialah kata-kata: Laa Ilaha illallah dan yang paling rendah ialah membuang benda yang menyakitkan dari jalan. Dan malu itu sebahagian daripada iman.”

Kesempurnaan iman terletak pada kesempurnaan  bahagian-bahagian tersebut serta menghiasi diri dengannya. Pertambahan iman juga bergantung kepada pertambahan sifat-sifat tersebut sementara penurunan iman pula adalah dengan berkurangnya perkara tersebut. Penyakit batin sahaja sudah cukup untuk menghapuskan amalan manusia walaupun amalan itu banyak.

Dalil Daripada Kata-kata Ulama’

Berkata al-Faqihul Kabir al-‘Allamah Ibnu ‘Abidin dalam Hasyiahnya yang masyhur: “Tegasnya ilmu ikhlas, ‘ujub, hasad dan riya’ adalah fardhu ‘ain. Begitu juga dengan sifat-sifat yang membinasakan jiwa seperti sombong, loba, hasad dengki, menipu, marah, perbalahan, permusuhan, tamak, bakhil, sombong, bermegah-megah, tipu menipu, angkuh daripada menerima kebenaran, tipu daya, keras hati, panjang angan-angan dan sebagainya yang telah jelas terdapat pada Kitab Ihya’ dalam tajuk perkara-perkara yang membinasakan. Tentang perkara tersebut Imam al-Ghazali berkata: “Manusia tidak akan terlepas daripadanya, maka wajib ia mempelajari perkara tersebut iaitu apa yang dianggap dirinya berhajat kepadanya. Menghilangkan penyakit hati adalah fardhu ‘ain. Tidak mungkin akan dapat menghilangkannya kecuali dengan mengetahui had batasannya, sebab-sebab, tanda-tanda serta cara mengubatinya. Sesiapa yang tidak mengenal kejahatan pasti terjebak ke dalamnya”.
Pengarang kitab Maraqi al-Falah pula berkata: “Thaharah atau penyucian zahir tidak bermanfaat kecuali setelah disertakan bersama thaharah batin dengan ikhlas dan menjauhkan diri daripada sifat iri hati, menipu dan hasad dengki, juga menyucikan hati sanubari daripada makhluk yang lain selain Allah. MenyembahNya kerana ZatNya, bukan kerana sebab atau ‘illah, bergantung harap kepadaNya justeru Dia mengurniakan pemberian dengan menunaikan segala hajat yang kamu memang memerlukan sebagai kasih sayangNya kepadamu. Di saat itu kamu menjadi hamba yang unggul kepada Raja yang satu lagi tunggal. Tiada sesuatupun yang memiliki dirimu selain Allah dan di saat kamu berkhidmat kepada Tuhanmu hawa nafsu tidak memilikimu”
Kepentingan Tasawwuf dalam Memelihara Anggota Zahir

Antara proses untuk membersihkan hati ialah dengan memelihara anggota zahir daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T. Apabila diri seseorang sudah terpelihara daripada perbuatan-perbuatan yang dikeji maka sudah pasti hatinya akan menjadi bersih kerana hubungan rapat di antara anggota zahir dan batin itu yang saling berkait.
Maksud daripada ilmu Tasawwuf  itu membersihkan segala anggota yang zahir daripada segala perbuatan yang dikeji , supaya ada ia menyampaikan kepada membersihkan hati daripada segala sifat kecelaan, dan dikehendaki dengan segala anggota yang zahir itu tujuh anggota. Pertama mata, dan kedua telinga, dan ketiga lidah, dan keempat perut, dan kelima faraj, dan keenam dua tangan, dan ketujuh dua kaki.[16]

Ketahuilah bahawasanya apabila engkau melakukan sesuatu maksiat maka sebenarnya engkau melakukan maksiat itu dengan menggunakan anggota badanmu yang merupakan nikmat Allah yang dianugerahkannya kepadamu dan menggunakan amanat yang diberikan kepadamu. Jadi ketika engkau menggunakan anggotamu untuk melakukan maksiat bermakna engkau menyalahgunakan nikmat yang dianugerahkan dan mengkhianat terhadap amanah yang diberikan. Dan anggotamu adalah rakyatmu maka hendaklah engkau berfikir baik-baik bagaimana sepatutnya engkau menjaganya. Sabda Rasulullah S.A.W.:
فَكُلُّكُم رَاعٍ، وَكُلُّكُم مَسْؤُولٌ عَن رَعِيَّتِهِ
“ Maka kamu semua adalah pengembala (pemimpin) dan kamu semua akan ditanyai tentang pengembalaannya (kepimpinannya)”[17]
Maka jagalah baik-baik seluruh anggotamu. Khususnya anggotamu yang tujuh kerana pintu neraka itu tujuh pula dan telah ditentukan setiap pintu itu untuk dimasuki oleh kumpulan yang telah melakukan perbuatan maksiat dengan salah satu di antara tujuh anggota badan, iaitu mata, telinga, lidah, perut, kemaluan, tangan dan kaki.[18]

Perkataan Ulama’ Yang Menunjuk Kepada Kepentingan Tasawwuf

            Hujjatul Islam Imam Abu Hamid al-Ghazali rahimahullah membicarakan dalam kitabnya al-Munqiz Minadh Dhalal tentang ahli sufi, suluk serta jalan mereka yang benar yang menyampaikan kepada Allah Ta’ala. Beliau berkata: “Sesungguhnya secara yakin aku mengetahui bahwa ahli sufi ialah mereka yang salik pada jalan Allah Ta’ala yang khusus. Perjalanan hidup mereka adalah sebaik-baik perjalanan dan jalan yang paling betul serta akhlak mereka adalah akhlak yang paling bersih. Setelah itu beliau menyebut sebagai menolak dakwaan orang yang ingkar kepada ahli sufi dan menyerang mereka: Secara amnya, apakah yang perlu disebut oleh mereka yang sering mempertikaikan terhadap thariqah atau jalan yang menjadikan thaharah sebagai syarat pertama untuk menyucikan hati secara total terhadap selain Allah. Pembukaannya adalah sama seperti apa yang berlaku pada takbiratul ihram di permulaan solat iaitu hati tenggelam secara keseluruhannya dengan mengingati Allah sementara penghujungnya pula adalah fana’ fillah secara keseluruhannya”.[19]
Pendapat Ibnu Khaldun Tasawwuf itu suatu ‘Ilmu dari Syariat Islam. Kata negarawan besar dan ahli sejarah ini di dalam muqaddimahnya, bahawa ‘imu Tasawwuf ini satu ‘ilmu daripada  Syariat-syariat Islam. Asalnya jalan yang ditempuh oleh salaf al-ummah, yang ditempuh sahabat-sahabat besar dan tabi’in juga yang ditempuh orang-orang yang kemudian mereka. Asal Tasawwuf itu berhadap untuk ber’ibadat dan memutuskan diri dari yang lain Allah dan bertekun menghadapnya sahaja, serta memalingkan diri dari dunia dan perhiasan-perhiasannya. Ditambah lagi dengan zuhud dalam hal-hal yang direbutkan orang ramai, iaitu kelazatan harta dan pangkat (pengaruh) yang besar, serta berseorang diri terlepas diri dari orang ramai dalam khulwah menyembah Allah S.W.T. Sifat-sifat ini adalah sifat-sifat ‘umum sahabat dan salaf. Salaf iaitu tiga tingkatan ummah. Pertama sahabat, kedua tabi’in dan ketiga tabi’ tabi’in. umat yang datang sesudah tabi’ tabi’in disebut khalaf. Kemudian tatkala pada ‘abad kedua hijriyyah dan masa-masa yang dibelakang itu, perhatian manusia kepada dunia sudah semakin hebat dan dahsyat, dan banyaklah manusia yang turut ambil bahagian merebut dunia ini. Maka ketika itu orang-orang yang tetap pada pendiriannya semula, hanya berharap kepada Allah, lalu disebut sufi.[20]

Kesimpulan  

Ihsan itu merupakan satu daripada salah satu rukun daripada rukun-rukun agama maka wajib atas setiap seseorang mencapai maqam Ihsan dengan mempelajari dan mengamalkan ‘Ilmu Tasawwuf.
Biliografi
Zakaria Stapa. 1995. Akhlak & Tasawuf Islam. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd. 1993.
Al-Maliki Mohammad Fuad Kamaluddin, Kepentingan Tariqah Dan Tasawwuf , Johor: Sekretariat
Menangani Isu-isu Akidah Dan Syariah Majlis Agama Islam Negeri Johor, Bil 7, April 2009.
Syeikh Abdul Qadir Isa, Haqai’q Tasawuf, c. 11. Syiria: Dar al-‘Irfan.
Prof. Madya Dr. Idris Abdullah dan Ideris bin Endot (2008), “Peranan Tariqah Tasawwuf Dalam Dakwah
dan Penyebaran Ilmu Pengetahuan di Malaysia”, Penjanaan Tariqah Tasawwuf Dalam Pembangunan
Rohani Negara, c. 1. Negeri Sembilan: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.
Hussain bin Muhammad al-Haddad (2003), at-Tahzir min Khatr at-Tafkir, c. 3.  T.P., T.T.P.
Syeikh Ali Jumaah, Al-Bayan Al-Qawim li Tashih Ba’dhi Al- Mafahim, c. 1. Kaherah: Dar as-Sundus.
Haji Zainul ‘Arifin ‘Abbas (1994), ‘Ilmu Tasawwuf, c. 7.  Kelantan: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.
Syeikh Abdul Qadir al-Mandili, Penawar Bagi Hati , Fathani: Matba’ah Bin Halabi, h. 4.
Al-Imam Hujjatul Islam Abu Hamid al-Ghazali, Bidayatul Hidayah. Ahmad Fahmi Zamzam (terj.), c. 4.
Kedah: Khazanah Banjariah, h. 113 – 114.
[1]  Lihat Sohih Muslim bi Syarh al-Nawawi Jilid: 1, hal. 131-133. hadith no: 8
[2]  Istilah tarekat itu boleh dirujukkan kepada cara, kaedah, atau peraturan-peraturan khusus yang diikuti
dan dihayati kehendak-kehendaknya oleh seorang murid di bawah naungan satu kumpulan kesufian
yang mengikuti panduan seseorang syeikh yang terkemuka. Lihat  Zakaria Stapa. 1995. Akhlak &
Tasawuf Islam. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd. 1993(i). “Kefahaman Tasawuf Di Kalangan
Muslim Kelantan”. Dalam Mohammed Yusoff Hussain etal (pyt.) Isu-isu Dalam Usuluddin dan Falsafah.
Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. 1993 (ii). “Beberapa Konsep Utama Dalam Tarekat
Tasawuf: Satu Analisis. Kertas Kerja Bengkel Peningkatan Kefahaman Akidah Islamiah, anjuran
Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, pada 5 – 7hb. Julai, 1993 di Langkawi. 1989.
“Tasawuf dan Tariqat: Satu pendekatan pengenalan” Pengasuh. 500 (Sept. – Okt., 1989): 53-60.
[3]  Al-Maliki Mohammad Fuad Kamaluddin, Kepentingan Tariqah Dan Tasawwuf , Johor: Sekretariat
Menangani Isu-isu Akidah Dan Syariah Majlis Agama Islam Negeri Johor, Bil 7, April 2009, h. 17
[4]  Syeikh Abdul Qadir Isa (2011), Haqai’q Tasawuf, c. 11. Syiria: Dar al-‘Irfan, h. 480.
[5] Prof. Madya Dr. Idris Abdullah dan Ideris bin Endot (2008), “Peranan Tariqah Tasawwuf Dalam Dakwah
dan Penyebaran Ilmu Pengetahuan di Malaysia”, Penjanaan Tariqah Tasawwuf Dalam Pembangunan
Rohani Negara, c. 1. Negeri Sembilan: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, h. 63.
[6] Hussain bin Muhammad al-Haddad (2003), at-Tahzir min Khatr at-Tafkir, c. 3.  T.P., T.T.P, hal. 134 –
135.
[7]Syeikh Abdul Qadir Isa (2011), Haqai’q Tasawuf, c. 11. Syiria: Dar al-‘Irfan, h. 28.
[8] Syeikh Ali Jumaah, Al-Byan Al-Qawim li Tashih Ba’dhi Al- Mafahim, c. 1. Kaherah: Dar as-Sundus,
h. 87.
[9] Haji Zainul ‘Arifin ‘Abbas (1994), ‘Ilmu Tasawwuf, c. 7.  Kelantan: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.,
h. 34.
[10] Surah al-Kahf: 110.
[11] Surah Asy-Syu’araa’: 88-89.
[12] Riwayat al-Bukhari
[13] Riwayat Muslim
[14] Syeikh Abdul Qadir Isa (2011), op.cit., h. 29 – 32.
[15] Surah Al-A’raaf: 33.
[16] Syeikh Abdul Qadir al-Mandili, Penawar Bagi Hati , Fathani: Matba’ah Bin Halabi, h. 4.
[17] Riwayat Bukhari dan Muslim
[18] Al-Imam Hujjatul Islam Abu Hamid al-Ghazali, Bidayatul Hidayah. Ahmad Fahmi Zamzam (terj.), c. 4. Kedah: Khazanah Banjariah, h. 113 – 114.
[19] Syeikh Abdul Qadir Isa, op.cit., h. 464.
[20] Haji Zainul ‘Arifin ‘Abbas (1994), ‘Ilmu Tasawwuf, c. 7.  Kelantan: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd., h. 76 –  77.

Apakah pendapat Imam Malik, Syafii dan Ahmad ibn Hanbal R.A tentang Tasawwuf?


Imam Malik bin Anas R.A

Imam Malik ibn Anas R.A merupakan salah seorang dari kalangan Imam Ahli Sunnah wal Jama’ah. Beliau hidup pada kurun ke-2 dan wafat pada tahun 179 Hijrah.
Beliau berkata:

من تفقه ولم يتصوف فقد تفسق، ومن تصوف ولم يتفقه فقد تزندق، ومن جمع بينهما فقد تحقق.
“Sesiapa yang belajar  ilmu feqah tetapi  tidak belajar ilmu tasawwuf, maka ia adalah fasiq. Sesiapa yang belajar ilmu tasawwuf tetapi tidak belajar ilmu feqah maka ia adalah zindiq, dan sesiapa yang nengumpulkan kedua-duanya, maka ia adalah ahli hakikat”.

Orang yang berilmu tetapi tidak mempunyai adab dan keikhlasan, kadang- kala akan menyebabkan dia  menjadi fasiq. Mempelajari adab dan banyak berzikir  tanpa mempunyai ilmu, kadang-kala akan menyebabkan seseorang itu menjadi kafir zindiq. Manakala orang yang menghimpunkan di antara ilmu dan adab serta zikir-zikir sahajalah, yang mengetahui hakikat agama ini.


Imam Syafi’I R.A

Sebagaimana yang diperkatakan oleh Imam Syafi’I R.A: Aku telah mendampingi ahli sufi, maka aku telah mendapat faedah daripada mereka dua kalimah. Mereka menyatakan:

الوقت سيف، إن تقطعه قطعك
“Waktu itu seperti  pedang, sekiranya kamu tidak memotongnya, maka ia akan memotong kamu.”


نفسك إن لم تشغلها بالحق شغلتك  بالباطل
“Sekiranya diri kamu tidak disibukkan dengan perkara kebenaran, maka ia menyibukkan kamu dengan perkara-perkara yang batil.”

Oleh yang demikian, Syeikh Ali al-Masyhur  R.A menyatakan: Tidak mengetahui nilai masa melainkan dua golongan; ahli sufi dan ahli fikir Barat.


Imam Ahmad ibn Hanbal R.A

Imam Ahmad ibn Hanbal R.A  mewasiatkan kepada anaknya, Abdullah dengan berkata:

يا ولدي عليك بمجالسة هؤلاء القوم فإنهم زادوا  علينا بكثرة العلم والمراقبة والخشية والزهد وعلو الهمة
“Wahai anakku! Hendaklah kamu duduk bersama kaum ini (ahli sufi) kerana mereka telah melebihi kami dengan banyaknya ilmu, muraqabah, khashyah (takut kepada Allah), zuhud dan tinggi himmah.”

Rujukan: Agamamu Dalam Bahaya oleh al-Allamah Abu Abdullah ‘Alawi al-Yamani
Terjemahan oleh Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki
Terbitan SOFA Production.

Saturday, 10 November 2012

Iman. Islam dan Ehsan - Kitab Faridatul Faraid


(  
Dan  )  Melengkapi  agama  itu  atas  tiga  perkara  iaitu Islam dan  iman dan ehsan .

 

 

Bermula Islam itu ) Mengikut dan menerima oleh zhahir seseorang akan barang yang mendatangkan dengan dia oleh Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa salaam daripada segala barang yang diketahuikan daripada agama dengan dharurah, ertinya dengan ketiadaan fikir dan bicara seperti dua kalimah Syahadah dan sembahyang .

 

Dan dikehendaki dengan mengikut dan menerima itu mengaku lidah dengan barang yang tersebut itu dan tiada menolakkan dia dan jika tiada diamalkan dia sekalipun seperti meninggal ia akan sembahyang dan umpamanya selama-lamanya .

 

 

Dan segala rukun Islam itu ) Lima perkara :

 

Pertama ) Bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad Pesuruh Allah . Ini rukun tertentu dengan orang kafir yang menghendaki masuk agama Islam .

 

Kedua ) Mendirikan sembahyang yang lima .

 

Ketiga ) Memberikan zakat .

 

Keempat ) Puasa bulan Ramadhan .

 

Kelima ) Haji akan Baitullah bagi mereka yang kuasa kepadanya akan jalan .

 

 

Bermula iman itu ) Membenar hati akan Nabi s.a.w pada tiap-tiap suatu yang mendatang ia dengan dia daripada (3) barang yang maklum daripada agama dengan dharurah .

 

(3) ( Qauluhu ; Barang yang ma’lum daripada agama dengan dharurah ) Ertinya barang yang diketahuikan daripada segala dalil agama sebagai pengetahuan yang masyhur antara segala ahli agama hingga menyerupai dengan dharurah, ertinya ketiadaan fikir dan bicara .  ﺍﻫ  ﻤﺆﻟﻔﻪ

 

Dan dikendaki dengan membenar itu, mengikut hati dan menerimanya akan barang yang tersebut itu, tiada semata-mata mengetahui benar Nabi s.a.w serta ketiadaan mengikut dan menerima, maka tiada dihukumkan dengan iman kebanyakan daripada segala kafir yang mengetahui mereka itu bahawasanya Saiyyidina Muhammad Shallallaahu ‘alaihi wa salaam itu Nabi dan Rasul yang sebenar kerana ketiadaan mengikut hati mereka itu dan ketiadaan menerimanya akan demikian itu .

 

 

Dan segala rukun iman itu ) Enam perkara :

 

Pertama ) Beriman ertinya percaya dengan Allah .

 

Kedua ) Beriman dengan MalaikatNya .

 

Ketiga ) Beriman dengan segala KitabNya .

 

Keempat ) Beriman dengan segala RasulNya .

 

Kelima Beriman dengan hari yang kesudahan .

 

Keenam ) Beriman dengan qadarNya baiknya dan jahatnya, ertinya bahawasanya sekelian perkara, sama ada elok seperti tha‘at atau keji seperti ma’shiat, hasil ia dengan perbuatan Allah Ta‘ala atas muwaafaqat kehendakNya pada sedia kala .

 

 

( Bermula ehsan itu ) Berbuat baik dengan bahawa ikhlas oleh seseorang pada segala tha‘atnya dan iaitu ber‘ibadat kita akan Allah Ta‘ala padahal seolah-olah kita melihatkan Dia, maka tiada patut bahawa berpaling kita kepada yang lainnya dengan bathin atawa zhahir padahal mengetahui kita bahawasa Allah Ta‘ala itu melihatkan kita, maka malu kita pada ketika itu bahawa lalai kita di dalam ‘ibadat { kepada } Nya . Dan ehsan ini syarat bagi kesempurnaan Islam dan iman, maka tiada sempurna keduanya melainkan dengan dia .

Kitab Fariidatul faraaid fil 'ilmil 'aqaaid

 

SUMBER:

http://kitabjawilama.blogspot.com/search?q=rukun+agama