HUBUNGAN TASAWWUF DENGAN SUNNAH, KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN TOKOH-TOKOH SUFI DALAM PEMBINAAN TAMADUN
oleh:
Shaikh Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi
Mantan Profesor Madya Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM)
Yang DiPertua Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI)
Pengerusi Ahli Lembaga Penasihat Istana Budi (Pusat Perlindungan Pesakit HIV)
PENDAHULUAN
Nabi s.a.aw. bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak menghapuskan ilmu Islam dengan cara ilmu itu dihilangkannya, akan tetapi Allah menghapuskannya dengan cara dimatikan ulama’, sehingga (akhirnya) tidak ada seorang pun yang alim. Maka pada masa itu orang ramai melantik orang-orang jahil sebagai ketua/pemimpin agama. Orang ramai meminta fatwa daripada mereka. Mereka (si jahil) itu pun memberikan fatwa (yang salah) maka mereka sesat dan menyesatkan orang ramai”.
Kini zaman Nabi s.a.w. telah berlalu lebih 1400 tahun yang bermakna banyak ilmu yang hilang berikutan kewafatan ulama’. Tidak semuua ilmu yang mereka ketahui, fahami dan amalkan dapat kita warisi sepenuhnya. Abu Talib Makki (W. 386H) dapat merasakan kesan yang jelas dari kewafatan ulama’ dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Dalam kitabnya ‘Qutul-Qulub’, beliau memuatkan satu bab khas yang menjelaskan pelbagai ilmu dan amalan yang telah lari jauh dari ajaran Islam yang sebenar.
Pengkhususan di bidang Pengajian Islam juga menyebabkan rata-rata ulama’ hari ini hanya dapat mengetahui dan memahami satu bidang pengkhususannya sahaja. Ilmu tasawwuf yang lebih menitikberatkan amalan, bukan kefahaman sahaja telah menjadi begitu jauh dari jangkauan pemikiran mereka. Pengaruh fahaman Wahabiyyah yang kian meluas, sikap para penyelidik yang lebih cenderung untuk mencari dan memperbesar-besarkan kelemahan tasawwuf dan sufiyyah, kurangnya pendedahan pengajaran tasawwuf di Institusi Pengajian Islam di semua peringkat dan pelbagai faktor yang lainnya menyebabkan ilmu dan amalan tasawwuf kian jauh terpinggir. Padahal ilmu dan amalan tasawwuf itu sebenarnya menjadi roh atau nyawa bagi tubuh badan - tubuh badan akan mati kaku tanpa roh, maka begitulah agama apabila dipisahkan daripada tasawwuf. Amal ibadat akan menjadi seperti patung-patung yang kosong dan tidak bermakna jika tidak diiringi dengan kejernihan hati yang sebenar.
Jika ilmu dan amalan tasawwuf telah ditimpakan dengan nasib yang begitu malang – telah dilabelkan dengan pelbagi label yang menakutkan, maka sudah tentulah nasib dan keadaan orang-orang sufi atau sufiyyah lebih malang lagi. Tidak hairan jika orang ramai mempunyai sikap dan pandangan yang sangat negatif terhadap mereka. Walaupun pada hakikatnya sumbangan dan peranan mereka sangat penting dalam tamadun manusia. Semua orang mengakui bagaimana pentingnya dan besarnya sumbangan Islam dan Rasulullah s.a.w. dalam tamadun Islam dan tamadun dunia moden pada hari ini. Selalunya disebut bahawa tamaduun Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. adalah menjadi jambatan yang menghubungkan antara tamadun purba dengan tamadun moden. Tidakkah golongan sufiyyah atau tokoh-tokoh sufi itu merupakan suatu rumpun ulama’ pewaris nabi?- ulama’ pewaris nabi yang benar-benar dapat membantu menegakkan dan meneguhkan syariat dan hakikat Islam. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :
“Dan sesungguhnya ulama’ adalah pewaris para nabi, para nabi tidak mewariskan dirham dan dinar, tetapi para nabi itu mewariskan ilmu. Maka sesiapa yang mendapatkan ilmu (dari ulama’) bererti dia telah mendapat bahagian (ilmu) yang sebanyak-banyaknya dan sebaik-baiknya.”
HUBUNGAN TASAWWUF DENGAN SUNNAH
Ilmu Tasawwuf dalam sejarah penyebaran pengajaran dan penghayatannya disebut juga dengan pelbagai istilah lain seperti Ilmu Ihsan, Ilmu Iman, Ilmu Batin, Ilmu Hati (Ilmu Qalb), Ilmu Khusyu’, Ilmu Tarekat, Ilmu Hikmah, Ilmu Sirr, Ilmu Suluk, Ilmu Adab, Ilmu Akhlak dan sebagainya. Kerana itu, maka Maulana Zakariya al-Kandahlawi menegaskan bahawa:
"Tarekat yang sebenarnya merupakan nama (istilah) yang kedua bagi ihsan yang disebutkan dalam hadith nabi itu, atau tarekat adalah jalan yang membolehkan dan menyampaikan seseorang mukmin mencapai darjat ihsan. Ihsan itulah juga yang dikenali dan disebut dengan istilah tasawwuf atau suluk. Namakanlah ihsan itu dengan apapun nama sekalipun. Nama-nama (istilah-istilah) itu semuanya merupakan perkataan-perkataan yang berlainan sebutannya, namun maksudnya adalah serupa sahaja". – (al-Syari’ah wa al-Tariqah, 100H).
Berbagai istilah seperti yang dijelaskan membayangkan dengan tenang bahawa Ilmu Tasawwuf adalah berasal dari Islam sendiri dan hubungannya dengan al-Qur'an dan sunnah adalah sangat erat dan jelas.
Entah apa sebabnya, maka kini istilah tasawwuf itu yang kekal digunapakai oleh uamt Islam. Mungkikn sebab utamanya ialah kerana tokoh-tokoh tasawwuf lebih suka menggunakan istilah tersebut, khasnya mereka yang berjaya mewariskan kepada kita karya-karya tasawwuf, seperti Abu Harith al-Muhasibi (W. 243H), Abu Talib Makki (W. 386H), Imam al-Ghazali (W. 505H), Abd. Qadir al-Jilani (W. 561H), Abu Qasim al-Qushairi (W. 465H), al-Hujwiri (W. 465H) dan lain-lain lagi.
Rukun/asas agama Islam ada tiga iaitu Islam, Iman dan Ihsan. Yang dimaksudkan dengan Islam ialah rukun Islam yang lima iaitu mengucap dua kalimah syahadah, sembahyang fardhu lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, membayar zakat dan menunaikan haji bagi yang berkuasa. Iman bermaksud rukun Iman yang enam- Percaya kepada Allah, percaya kepada para malaikat, percaya kepada para rasul, percaya kepada kitab-kitab Allah, percaya kepada Hari Qiamat dan percaya kepada qada’ dan qadar Allah yang baik dan yang buruk. Ihsan pula bermaksud seperti yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. ; "Anda ubudiyah kepada Allah seolah-olah anda melihat-Nya, jika anda tidak melihat-Nya, sesungguhnya Allah melihat anda".
Rukun/asas agama Islam tersebut dapat kita fahami dalam hadith yang terkenal yang terdapat dalam kitab-kitab hadith termasuk Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang diriwayatkan dari Umar bin al-Khattab r.a. Dalam hadith tersebut, Jibril a.s. datang menemui Rasulullah s.a.w. dalam bentukrupa seorang manusia, ketika baginda s.a.w. dikerumuni sekumpulan sahabat yang ramai. Jibril a.s. mengadakn muzakarah dengan baginda s.a.w. dengan cara menyoalkan apa itu Islam, apa itu Iman dan apa itu Ihsan. Rasulullah menjawab mengenai Islam dengan menyebutkan rukun Islam yang lima, Iman dengan rukun Iman yang enam, dan Ihsan baginda menjawab dengan hadith Ihsan seperti yang tersebut di atas.
Sesudah Jibril a.s. menghilangkan diri, baginda s.a.w. menjelaskan bahawa yang datang itu adalah Jibril a.s. Ia datang untuk mengajarkan agama kepada kamu. Mengapa Jibril a.s. ketika melakukan muzakarah tersebut, terpaksa menyerupai manusia dan dilakukan di depan sahabat yang begitu ramai? Jawabnya ialah:
Pertama: perkara yang dimuzakarahkan itu adalah sangat penting iaitu mengenai asas agama Islam.
Kedua: umat Islam mesti mengetahui dan faham asas agama Islam tersebut
Ketiga: suasana dan keadaan muzakarah itu membayangkan apa yang akan berlaku di zaman kemudian iaitu umat Islam akan mudah melupakan asas agama Islam tersebut.
Keempat: agama Islam menjadi agama yang lengkap jika ada ketiga-tiga asasnya tersebut iaitu Islam, Iman dan Ihsan.
Dalam sejarah penyebaran dan penghayatan ketiga-tiga asas agama tersebut, akhirnya wujudlah para ulama’ Islam dari satu generasi ke satu generasi yang lain yang bersungguh-sungguh melakukan ijtihad dalam ketiga-tiga asas agama tersebut. Maka akhirnya dari Islam yang rukunnya lima itu lahirlah ilmu fiqah dan para ulama’nya dikenali sebagai fuqaha’. Dari Iman yang rukunnya enam lahirlah ilmu tauhid atau ilmu kalam. Ulama’nya dikenali sebagai mutakallimin. Dari Ihsan, timbul pula ilmu tasawuf. Ulama’nya dikenali sebagai sufiyyah.
Dari fakta yang dijelaskan, maka Islam jika dilihat dari sudut ilmu merangkumi tiga jenis ilmu iaitu ilmu fiqah, ilmu tauhid dan ilmu tasawwuf. Ketiga-tiga ilmu tersebut adalah merupakan ilmu yang asas dalam Islam. Sebab itu menurut golongan sufiyyah, bahawa ilmu yang wajib atau atau fardhu ‘ain untuk dipelajari dan diamalkan ialah ketiga-tiga ilmu tersebut; tauhid, fiqah dan tasawwuf. Sesetengah tokoh sufi, dengan tujuan untuk menegaskan kewajipan tersebut dan memudahkan umat Islam, maka memuatkan ketiga-tiga ilmu tersebut dalam sebuah kitab susunannya masing-masing. Misalnya, Shaikh Abd. Samad al-Falimbangi dengan kitabnya Siyarus-Salikin, Shaikh Mohd. Amin al-Kurdi dengan kitabnya Tanwir al-Qulub.
Menurut sesetengah tokoh sufi, ilmu tasawwuf yang mempunyai asas dalam al-Quran. Dalam surah al-Jumaat, ayat 2 ada disebutkan bahawa antara tugas Rasulullah s.a.w. adalah mengajarkan umatnya al-Hikmah. Menurut ahli tafsir, al-Hikmah mempunyai dua maksud iaitu ilmu agama yang sangat luas dan dalam atau hadith-hadith Nabi s.a.w. Kedua-dua tafsiran tersebut menepati ilmu tasawwuf. Sebab ilmu tasawwuf adalah merupakan ilmu yang menghuraikan rahsia-rahsia ilmu dan amalan agama secara luas dan dalam yang menggunakan keterangan dan alasan dari hadith-hadith Nabi s.a.w.
Sebab itu ilmu tasawwuf seperti yang kita sebutkan di atas dikenali juga sebagai ilmu hikmah atau Ilmu Hikmah llahiyyah. Malahan sesetengah tokoh sufi menamakan karya tasawwuf mereka dengan al-Hikam yang bermakna berbagai-bagai hikmah illahiyyah, seperti kitab Hikam Ibn ‘Ata’illah (W. 709H) dan kitab Hikam Ibn Madyan (W. 595H).
Kita dapat juga saksikan tokoh-tokoh sufi yang awal adalah terdiri daripada golongan sahabat, diikuti oleh golongan tabi'in, tabi'ut-tabi'in dan seterusnya hinggalah ke zaman sekarang. Fakta ini membuktikan bahawa tasawwuf adalah ajaran Islam sebenar dan para sahabat menerima tasawwuf dari Rasulullah s.a.w. seperti juga ilmu dan amalan lainnya. Ibn Khaldun (W 809H) menegaskan :
"Ilmu tasawwuf ini merupakan sebahagian daripada berbagai ilmu syari'at yang benar-benar berlaku (wujud) dalam agama (Islam). Dan asal Ilmu Tasawwuf ialah wujudnya tarikat golongan sufiyyah seperti itu di kalangan angakatan salaf umat Islam dan tokoh-tokoh besar mereka (terdiri) di kalangan sahabat, tabi'in dan tokoh-tokoh selepas mereka itu". (Muqaddimah Jld. 1, 582)
Dalam semua kitab yang memuatkan sejarah tokoh-tokoh sufi seperti kitab Tabaqt al-Sufiyyah karya shaikh Abd. Rahman al-Sullami (W. 412H), Risalah al_Qushayri (W. 465H), Kashf al-Mahjub susunan al-Hujwiri (W. 465H), al-Tabaqat al-Kubra susunan shaikh Abd. Wahab al-Sha'rani (W. 976H) dan lain-lainnya lagi terdapat barisan nama para sahabat yang ditegaskan oleh pengarangnya masing-masing sebagai tokoh-tokoh sufi.
Sesetengah sahabat mempunyai ciri-ciri seorang sufi yang dapat dijadikan contoh tauladan dalam aspek syari'at dan hakikat, dalam akhlak, aqidah, ibadat dan aspek-aspek lainnya. Mereka tidak digelarkan sebagai sufi kerana gelaran sahabat itu menjadi gelaran yang terunggul serta mengatasi semua gelaran lainnya.
Saidina Abu Bakar al-Siddiq ra dalam sebuah hadis menjelaskan mempunyai kelebihan yang mengatasi para sahabat lainnya. Gelaran Siddiq yang diberikan Rasulullah itu membuktikan keunggulan Abu Bakar tersebut. Al-Qur'an menjelaskan golongan siddiqin adalah merupakan golongan selepas golongan para nabi dan rasul. Firman Allah SWT di dalam al-Qur'an :
Maksudnya :
"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan disyurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu nabi-nabi, dan orang-orang siddiqqin, dan orang-orang yang syahid, serta orang-orang yang salih. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat)".
(Surah al-Nisa', ayat 69).
Para tokoh sufi menggangap bahawa Abu Bakar adalah merupakan tokoh utama sufi, kerana beliau merupakan sahabat yang banyak mewarisi kerohanian Rasulullah s.a.w.. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : Lebihnya Abu Bakar ke atas kamu bukan disebabkan banyak sembahyangnya, puasanya, tetapi disebabkan apa yang telah sebati dalam hatinya.
Shaikh Hujwiri yang lebih yakin istilah tasawuf itu berasal dari الصفاء(al-Sofa') atau bersih zahir dan batin, menegaskan bahawa Abu Bakar adalah sahabat yang benar-benar bersifat الصفاء (al-Sofa'). Hatinya bersih dari apa juga pengaruh makhluk, hanya memandang Allah sahaja. Bila orang ramai begitu terkeliru dengan berita kewafatan Rasulullah s.a.w., Abu Bakar menegaskan :
"Sesiapa yang menyembah Muhammad, sesungguhnya ia telah wafat, sesiapa yang menyembah Allah, Tuhan Muhammad, sesungguhnya Allah hidup dan tak akan mati"
Zahir Abu Bakar juga bersih, suci dari pengaruh dunia kerana beliau telah mendermakan semua hartanya untuk Allah. Bila Rasulullah s.a.w. bertanya kepadanya adakah ada lagi hartanya yang ditinggalkan untuk diri dan keluarganya maka beliau menjawab : Allah dan RasulNya sahaja yang tinggal.
Sifat siddiq Abu Bakar dapat dihuraikan sebagai benar dalam ahwal dan maqamat. Misalnya benar dalam maqam taubat, sabar, syukur, khawuf, raja', zuhud, tawakkal, reda, mahabbah dan lain-lainnya. Berbagai ahwal dan maqamat adalah merupakan antara perkara yang selalu dibincangkan dalam tasawwuf. Para sahabat seperti Abu Bakar, Othman dan lain-lainnya selalunya dijadikan tokoh contoh utama dalam ahwal dan maqamat.
Fakta tersebut jelas menunjukkan adanya hubungan yang erat antara tasawwuf dengan sunnah. Para sahabat mewarisi berbagai ciri ilmu tasawwuf itu dari Rasulullah s.a.w.
Wujudnya hubungan yang erat antara tasawwuf dengan sunnah dapat juga kita lihat dari latarbelakang sejarah penyebaran, penulisan dan pembukuannya. Selalu kita terkeliru bila membincangkan sejarah perkembangan berbagai cabang ilmu Islam. Kita beranggapan bahawa berbagai ilmu Islam seperti tauhid, fiqah, tasawwuf dan lain-lainnya lagi itu bermula dari tidak lengkap, kemudian lama-kelamaan menjadi lengkap. Hakikat sebenarnya adalah sebaliknya, berbagai ilmu Islam yang dibawa oleh Nabi s.a.w. adalah lengkap. Ilmu tasawwuf di zaman nabi adalah lengkap, cuma istilah-istilahnya sahaja yang mungkin belum ada. Kemudian hakikat ilmu tasawwuf itu menjadi beransur-ansur hilang. Shaikh Abu Hasaan al-Busanji (W. 348H) menegaskan :
"Tasawwuf pada hari ini (kurun ke empat hijrah) ada namanya tanpa hakikatnya, padahal pada masa sebelumnya (zaman nabi, sahabat dan tabi'in) ada hakikatnya tanpa namanya"
(Kashf al-Mahjub, 239).
Oleh sebab itu maka sejarah perkembangan ilmu tasawwuf (begitu juga ilmu-ilmu lainnya) hendaklah kita lihat sebagai berbagai usaha para tokohnya dalam memelihara dan menyampaikannya, memberi kefahaman yang sebenarnya seperti yang asalnya difahami dan diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya. Usaha menulis, membukukan, menjelaskan konsep-konsep tertentu terpaksa menggunakan berbagai istilah yang tidak pernah digunakan di zaman awal Islam. Semuanya adalah bertujuan untuk membantu umat Islam untuk mendapatkan ilmu tasawwuf, memahaminya dengan betul dan mengamalkannya, kerana ternyata umat Islam kian lemah iman, kefahaman dan pemikiran. Hati umat Islam kian gelap yang menyukarkan mereka menerima, memahamai dan mengamalkan apa juga ilmu Islam. Umat Islam sekarang tidak seperti umat Islam yang awal, di zaman nabi, sahabat dan tabi'in. Penolakkan oleh sesetengah umat Islam terhadap ilmu tasawwuf adalah bukti yang jelas wujudnya kelemahan tersebut, kegelapan hati mereka, terhijabnya hati mereka. Mereka yang menolak tasawwuf bukan orang awam, tapi terdiri dari ulama'. Benarlah kata Shaikh Abu Hassan al-Shazili (W. 656H) :
"Orang yang paling ramai terhijab dari (ilmu yang terbaik) ialah ulama', Maha Suci Allah yang menghijab ulama' dengan (hijab) ilmu mereka sendiri".
Perlu kita tegaskan sekali lagi bahawa ilmu dan amalan tasawwuf lahir bersama kelahiran Islam, dihayati oleh Rasulullah s.a.w., para sahabat dan tabi'in. Ilmu dan amalan tasawwuf mula pudar cahayanya serta dilupakan setelah umat Islam asyik dengan keduniaan hingga akhirnya tasawwuf menjadi asing. Segelintir umat Islam yang beramal dengan amalan tasawwuf digelarkan sufiyyah dan pelajar-pelajar tasawwuf dikenali sebagai mutasawwifah. Doktrin tasawwuf, prinsip-prinsipnya, amalannya dan berbagai unsur yang berkaitan telah wujud di zaman Nabi s.a.w. Nabi s.a.w. menjadi rujukan utama dalam berbagai masalah dan perkara yang berkaitan dengan tasawwuf.
Sejarah penulisan dan pembukuan tasawwuf adalah seiring dan sezaman dengan penulisan dan pembukuan ilmu-ilmu lainnya. Jika Imam Ahmad b. Hanbal (W. 241H) berjaya menghasilkan karyanya dalam ilmu hadis, kitab al-muwatta', maka seorang ulama' tasawwuf yang terkenal yang sezaman dengannya, shaikh Abu al-Harith al-Muhasibi (W. 243H) telah berjaya menulis berpuluh buah kitab dalam tasawwuf. Antaranya yang terkenal ialah kitab al-Wasoya dan kitab al-Ri'ayah Li Huquqi-Llah.
Shaikh Abu Sa'id al-Harraz (W. 277H) telah berjaya mengarang beberapa buah kitab tasawwuf seperti Kitabus-Sidq, Kitab al-Sofa', Kitab al-Diya', kitab al-Kashf wa al-Bayan, kitab al-Haqaiq dan lain-lainnya.
Pada abad ke empat pula Shaikh at-Tusi (W. 378H) telah menghasilkan kitab al-Luma' dan Shaikh Abu Talib Makki (W. 386H) telah berjaya menghasilkan kitabnya, Quttu-l-Qulub dan Abd. Rahman Sullami (W. 412H) menghasilkan kitabnya Tabaqat al-Sufiyyah. Pada abad kelima pula al-Hujwiri (W. 465H) telah berjaya mengarang kitab, Kashf al-Mahjub, Abu Qasim al-Qushairi telah menghasilkan kitabnya, al-Risalah al-Qushairiyyah dan Imam al-Ghazali (W. 505H) telah berjaya mengarang beberapa buah kitab dan berpuluh-puluh risalah tasawwuf. Antaranya Ihya' Ulumid-Din, Minhaj al-'Abidin, al-Munqiz Minal-Dalal dan lain-lainnya.
Kita boleh lihat secara langsung adanya hubungan erat antara tasawwuf dengan sunnah dengan menilitikan berbagai perkara yang terkandung di dalamnya, prinsip-prinsipnya, amalannya, berbagai perkara yang berkait dengan adab dan sebagainya lagi.
Antara perkara yang dimuatkan dalam tasawwuf ialah peningkatan ilmu dan kefahaman mengenai tauhid, ilmu dan kefahaman tauhid dari tingkat samaie ke tingkat dhawuqi yang menyampaikan kepada hakikat dan ma'rifah. Nabi bersabda :
انا اعرفكم بالله واشدكم خوفا منه ولا اعرف ما يفعل بي ولا بكم
Maksudnya :
"Aku adalah orang yang paling kenal Allah dan paling takutkan Allah di kalangan kamu, dan aku tidak tahu apa yang Allah akan lakukan terhadap aku dan kamu".
Tasawwuf juga menyentuh tentang amal. Bagaimana cara memperbaiki amalan atau meningkatkannya menjadi sebaik-baik amal; amal yang ikhlas dan sebagainya lagi. Tasawwuf menjelaskan cara memperbaiki amal ialah dengan cara memperbaiki hal keadaan hati.
Nabi bersabda yang bermaksud:
“Bahawasanya amalan-amalan itu dengan niat-niat, dan seseorang akan dapat balasan baik dari amalannya setakat mana yang telah diniatkan”.
Nabi s.a.w. juga bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya, dalam jasad anak Adam itu ada mudghah, jika ia baik, maka baiklah seluruh anggota (baik semua perbuatan anggota) jika ia rosak, maka rosaklah semua anggota, itulah hati.”
Menurut golongan sufiyyah, ada dua jenis penyakit utama dalam hati yang menyebabkan pelbagai penyakit hati yang lain iaitu pelbagai maksiat dan lalai (ghaflah). Maksiat dapat diatasi dengan bertaubat. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Orang yang bertaubat itu seperti orang yang tidak berdosa sama sekali.”
Amalan taubat yang diajarkan dalam tasawwuf pun dilakukan seperti yang dilakukan di zaman nabi iaitu taubat itu dilakukan secara terpimpin. Apabila seseorang sahabat mahu bertaubat maka mereka akan menemui Nabi s.a.w. untuk menyatakan keterlanjurannya dan penyesalannya sebenar, sambil meminta baginda s.a.w. untuk memohonkan keampunan daripada Allah. Fakta berkaitan diabadikan oleh Allah dalam al-Qur’an (surah al-Nisa’ ayat 64).
Maksudnya :
"Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiayai diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani".
Ghaflah pula dapat dihapuskan dengan melazimkan dhikrullah terus-menerus sama ada secara jihar (kuat bersuara, dhikir di lidah) atau secara sirr tanpa suara iaitu dhikir di dalam hati. Nabi bersabda yang bermaksud: “Ya Ali, wajiblah atas engkau sentiasa berdhikrullah secara sirr dan jihar.”
Kaedah seseorang yang mahu belajar tasawwuf juga mengikut sunnah iaitu dimestikan menerusi bai’ah. Langkah pertama yang mesti dilakukan ialah orang tersebut mesti menemui seorang shaikh mursyid dan menjelaskan niatnya yang ikhlas untuk belajar tasawwuf di bawah kepimpinan dan tarbiyyahnya. Shaikh mursyid akan membai’ahkan murid tersebut dengan diberikan pelbagai tunjuk ajar dan kewajipan yang mesti dilakukan, selain dari ditalkinkan dhikrullah.
Bai’ah tersebut adalah didasarkan kepada sunnah. Nabi s.a.w. telah melakukan bai’ah kepada para sahabat. Misalnya Nabi s.a.w. telah membai’ahkan saidina Ali r.a. dengan dhikrullah seperti yang tersebut dalam sebuah hadith musalsal yang berasal dari Saidina Ali sendiri. Nabi s.a.w. juga pernah membai’ahkan dhikir tahlil secara beramai-ramai sebagaimana yang tersebut dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ya’li bin Shaddad yang bermaksud :
“Kami sedang bersama-sama Rasulullah s.a.w., baginda bertanya: Adakah di kalangan kamu ada oran asing? (ahli kitab). Kami pun menjawab: Tidak ada orang asing ya Rasulullah. Maka baginda s.a.w. pun menyuruh kami supaya menutup pintu seraya bersabda: Angkatlah tangan-tangan kamu dan sebutlah لا اله الا الله . Maka kami pun mengangkat tangan sambil kami menyebutkan لا اله الا الله .
Dalam al-Qur’an, surah al-Fath, ayat 10, Allah menjelaskan adanya para sahabat yang berbai’ah kepada Rasulullah s.a.w. Firman Allah SWT :
Maksudnya :
“Sesungguhnya orang-orang yang berbai’ah kepada engkau itu (ya Muhammad), sesungguhnya mereka itu (pada hakikat sebenarnya) berbai’ah kepada Allah. Tangan (kekuasaan) Allah di atas tangan (kekuasaan) mereka. Barang siapa yang melanggar (bai’ah itu) maka bahaya pelanggarannya itu atas dirinya sendiri dan barang siapa yang menyempurnakan (menepati) apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberikan pahala yang besar kepadanya”.
Pelbagai ahwal dan maqamat hati golongan al-‘arifin seperti maqam taubat, sabar, syukkur, khawuf, raja’, zuhud, tawakkal, redha, mahabbah dan lain-lainnya ada kaitan dengan sunnah Nabi s.a.w.
Dapat disimpulkan bahawa tasawwuf dalam semua aspeknya adalah berkaitan rapat dengan sunnah. Kerana itu, Shaikh Abu Qasim al-Junaidi al-Baghdadi menegaskan bahawa:
"Ilmu kami ini (tasawwuf) adalah erat tercanai dengan al-Qur'an dan Sunnah."
KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN
Di Barat ada anggapan bahawa falsafah adalah merupakan asas atau teras bagi segala ilmu lainnya. Falsafah Yunani yang merangkumi berbagai bidang seperti metafizik, sosiologi, kenegaraan, undang-undang, kemanusiaan dan bidang-bidang lain kehidupan di alam semesta ini, dianggap telah memberikan sumbangan besar terhadap dunia sains. Sebab pemikiran falsafah Yunani itu telah menjelaskan berbagai kebenaran yang boleh mendatangkan kebaikan kepada kehidupan manusia. Manakala sains menyediakan landasan untuk membolehkan matlamat kebaikan dan kesejahteraan manusia itu tercapai. Falsafah dapat membantu membongkar dan menghuraikan berbagai persoalan sains yang tidak dapat dihuraikan secara kajian dan pandangan zahir semata-mata. Akhirnya ahli falsafah menganggap bahawa sains hanya merupakan pelengkap kepada falsafah, kerana falsafahlah yang meletakkan kebenaran sebagai pokok kepada segala-galanya.
Jika Islam tidak lahir ke dunia ini mungkin berbagai anggapan berkait dengan falsafah tersebut masih terus diakui kebenarannya sampai ke hari dan bila-bila masa. Dengan kelahiran Islam maka berbagai kelemahan dan kesalahan anggapan tersebut dapat didedahkan. Apa yang jelas ialah falsafah Yunani tidak berupaya untuk terus membina tamadun yang berterusan dan memberi faedah dan kesejahteraan manusia yang sebenar. Beratus tahun tamadun purba beku kaku. Dengan kelahiran Nabi s.a.w. yang membawa ajaran Islam yang lengkap untuk kesejahteraan manusia seluruhnya, dunia dan akhirat, zahir dan batin maka barulah tamadun purba dapat dibangunkan semula dengan nafas, corak, warna dan bentuk yang baru. Allah berfirman :
Maksudnya :
"Kami tidaklah mengutuskan engkau (ya Muhammad) kecuali sebagai rahmat seluruh alam" (Surah al-Anbiya, ayat 107)
Kerana rahmat dari Allah yang dibawa oleh nabi s.a.w. dan risalah Islamiyahnya maka kita beranggapan bahawa baginda s.a.w. adalah pengasas dan pembangun tamadun Islam. Tamadun Islamlah yang berperanan sebagai jambatan yang menghubungkan antara tamadun purba dengan tamadun moden yang wujud pada hari ini.
Dibentangkan dalam SIMPOSIUM PERADABAN ILMU DAN KETAMADUNAN ISLAM (SPIKE '04). 10 – 11hb. Januari, 2004. Anjuran Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia (PMIUTM) Dengan Kerjasama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Jabatan Agama Islam Johor (JAJ) ALUMNI UTM, Masjid Sultan Islam (MSI)
SUMBER:
http://naqshabandiyyah.blogspot.com/2011/02/hubungan-tasawwuf-dengan-sunnah.html
Saturday, 30 July 2011
MENCINTAI RASULULLAH SAW
Disampaikan oleh:
Shaikh Dr Hj Jahid Hj Sidek al-Khalidi,
Shaikh Tariqah Naqshabandiyyah Khalidiyyah
Ceramah Perdana Bersempena SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H,
Bertempat di Madrasah Saidiyyah, Kg Pondok Rasah, Seremban, Negeri Sembilan
Tarikh/Hari: 20hb Februari, 2011 bersamaan 17 Rabiul Awwal, 1432H (Ahad)
Ringkasan Kuliah
1. SYARAT BAGI KESEMPURNAAN IMAN IALAH MENCINTAI RASULULLAH SAW:
Maksud sabda baginda SAW:
"Tidak beriman (tidak sempurna iman) seseorang kamu sehingga aku menjadi orang yang paling dikasihi melebihi kasihnya terhadap ayah, anak dan semua manusia yang lain."
Mendengar sabda baginda itu Saidina Umar segera menyatakan keadaan kasihnya terhadap baginda SAW dengan mengatakan:
"Ya Rasulullah… aku memang kasih terhadap engkau, tetapi aku merasa kasihku terhadap diriku sendiri lebih dari kasihku terhadap engkau. Bagaimana Ya Rasulullah?
Rasulullah segera menjawab:
"Imanmu tidak menjadi sempurna sehingga kasihmu terhadap diriku melebihi kasihmu terhadap dirimu sendiri."
Saidina Umar menegaskan dengan katanya:
"Mulai saat ini, aku akan kasih kepada engkau ya Rasulullah melebihi kasihku terhadap diriku sendiri."
Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang memiliki tiga perkara akan merasakan kemanisan iman, iaitu cinta kepada Allah dan Rasul lebih daripada cintanya terhadap segala-galanya. Kedua mencintai seorang semata-mata kerana Allah dan takut balik semula kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya seperti ia benci atau takut jika dimasukkan ke dalam neraka."
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Maka orang-orang yang beriman dengannya (Rasulullah SAW) dan yang memuliakannya dan yang menolong atau membantu dan yang mengikuti atau berpegang dengan al-Quran yang diturunkan bersamanya mereka itulah orang-orang yang berjaya." (Surah al-„Araaf: 157)
2. SEBAHAGIAN DARIPADA KISAH KECINTAAN SAHABAT TERHADAP RASULULLAH SAW
Ramai sahabat diriwayatkan bila mereka nak makan yang agak sedap, mereka akan menangis disebabkan mereka teringat apakah Rasulullah dapat makan minum seperti diri mereka atau sebaliknya.
Majoriti atau ramai sahabat ingin selalu bersama Rasulullah SAW ke mana pun baginda SAW
Ramai sahabat yang asyik terbayangkan rupa atau wajah Rasulullah SAW.
Para sahabat sentiasa mengutamakan Rasulullah SAW sendiri daripada diri mereka sendiri. Cerita yang paling menarik ialah apabila Bilal bin Abi Ribah dapat menawan Safiah Binti Huyai al-Ahtab, isteri seorang Panglima Yahudi (Maskam) di Khaybar. Mengikut hukum perang, Safiah sepatutnya menjadi isteri kepada Bilal, tetapi Bilal segera memberikan Safiah kepada Rasulullah SAW.
Sahabat yang berjalan bersama Rasulullah SAW seboleh-bolehnya mereka akan mengiringi Rasulullah sampai ke rumahnya terlebih dahulu, barulah mereka kembali ke rumah, walaupun terpaksa patah balik ke rumah mereka sendiri.
3. MENGAPA CINTA KITA TERHADAP RASULULLAH SAW MELEBIHI CINTA KITA TERHADAP DIRI SENDIRI DAN MANUSIA YANG LAIN?
Jawapan: Kerana Rasulullah SAW adalah Pintu Rahmat bagi bukan sahaja kepada orang-orang Islam tapi untuk seluruh alam. Berdasarkan kepada firman Allah SWT yang bermaksud:
"Aku tidak utuskan engkau ya Muhammad kecuali sebagai Rahmat untuk sekelian alam"
(Surah al-Anbiya: 107).
Rahmat memang kepunyaan Allah, tetapi mengikut syariat yang diturunkan sesiapa yang mahukan Rahmat Allah mestilah melalui pintunya. Sebab itulah kita mesti mengucap Dua Kalimah Syahadah.
Kasih sayang Allah terhadap kita, bergantung kepada kasih sayang kita kepada Rasulullah SAW. Maka apabila kita benar-benar kasih dan cinta kepada Rasulullah, maka kita akan benar-benar dikasihi dan dicintai oleh Allah SWT.
Ulama’ Tasawwuf mengatakan kasih sayang seseorang terhadap dua ibubapa adalah syarat untuk mendapat kasih sayang Allah SWT. Kedua ibubapa disayangi kerana kedua-duanya adalah bermulanya kehidupan manusia dan kedua-duanya lah yang memberi makan, minum dan berbagai keperluan hidup. Kalau kedua ibubapa yang merupakan keturunan darah atau keturunan hissi mesti dicintai, maka apatah lagi Rasulullah SAW yang merupakan bapa maknawi manusia. (akan diterangkan lebih lanjut makna bapa maknawi).
Allah SWT juga memerintahkan orang-orang yang beriman supaya mengutamakan Rasulullah SAW dari diri mereka sendiri. Seperti yang ditegaskan dalam firmanNya yang bermaksud:
"Nabi SAW adalah lebih utama bagi orang-orang mukmin dari diri mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah ibu mereka." (Surah al-Ahzaab: 6)
Persoalan: ADAKAH MENCINTAI RASULULLAH SAW SEBEGITU RUPA SEPERTI YANG DIJELASKAN ADALAH TAKSUB ATAU FANATIK? (Akan diberikan jawapan)
Antara Rahmat yang penting ialah Rahmat Iman, Ilmu dan Amal. Yang tersimpul dalam Rukun Islam dan Rukun Iman. Ilmu yang termuat dalam al-Quran dan Sunnahnya. Semua yang tersebut menjadi asas yang sangat penting bagi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Ada orang yang salah faham tentang apa yang Allah sebutkan dalam al-Quran, bahawa nabi adalah seorang manusia. Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Katakanlah ya Muhammad! Bahawa hanya senya aku adalah seorang manusia seperti kamu" (Surah al-Kahfi: 110).
Ayat yang tersebut dijadikan alasan oleh mereka yang jahil, untuk tidak bersusah payah mencintai Rasulullah SAW dan tidak melebih-lebih memuliakannya, kerana Rasulullah SAW adalah manusia seperti manusia lain.
Dalam al-Quran, banyak terdapat ayat yang menerangkan bahawa Rasulullah SAW adalah manusia yang luar biasa. Antara lain:
"…Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) Yang jelas nyata keterangannya." (Surah al-Maidah: 15). Semua ahli Tafsir, menafsirkan kalimah "Nur" yang tersebut adalah nabi Muhammad SAW. Rasulullah SAW sendiri ada menjelaskan bahawa awal-awal yang mula dijadikan oleh Allah ialah Nur Nabi.
Rasulullah SAW adalah merupakan satu-satunya manusia yang sentiasa Allah beri selawat dan demikian juga para malaikat. Berdasarkan maksud ayat (Surah al-Ahzaab: 56)
Rasulullah SAW ditegaskan oleh Allah SWT menjadi "Uswah Hasanah" (Surah al-Ahzaab: 21)
Allah SWT mengakui akhlak nabi sebagai sebaik-baik akhlak. (Surah al-Qalam: 4)
Rasulullah SAW di Israk dan Mikraj oleh Allah SWT. (Surah al-Isra’: 1).
Rasulullah SAW menerima Kitab al-Quran al-Karim.
Seluruh kata-kata dan perbuatan, geraknya dan diamnya direkodkan dan menjadi sumber hukum.
Tidak sah sembahyang tanpa menyebut nama nabi Muhammad SAW.
Dan lain-lain.
4. KAEDAH MENINGKATKAN KECINTAAN TERHADAP RASULULLAH SAW:
Dengan cara meningkatkan iman. Bila iman meningkat maka bertambahlah kecintaan kepada Rasulullah SAW. Sebaliknya bila iman menurun maka akan berkuranglah kecintaan kepada baginda SAW. Sebab itu orang-orang kafir tidak ada rasa cinta kepada Rasulullah, malahan membencinya. Saidina Umar sebelum Islam, sangat benci dan memusuhi Rasulullah SAW. Tetapi bila beliau beriman segera bertukar menjadi kasih dan sayang. Begitulah pemimpin Quraisy lain, yang asalnya memusuhi nabi akhirnya mencintai Nabi SAW.
Peningkatan iman, sehingga ke tingkat "Ihsan" iaitu tingkat yang tertinggi, memerlukan pimpinan seorang guru atau shaikh. Tanpa pimpinan seorang guru atau shaikh, tidak mungkin seseorang mukmin boleh mencapai iman tingkat ihsan. Guru atau Shaikh yang tersebut mestilah seorang ulama’ yang silsilah perguruannya bersambung-sambung hingga kepada Rasulullah SAW. Biasanya, ulama’ tersebut ialah seorang sufi. Seseorang murid, diwajibkan memuliakan dan menyayangi gurunya atau shaikhnya supaya mudah dapat limpahan al-barakah daripada gurunya yang bersambung-sambung sampai kepada Rasulullah SAW. Dengan kaedah tersebut maka seseorang murid akan mencintai shaikhnya atau gurunya dan semua shaikh-shaikh yang ada dalam silsilah hingga kepada Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW bersabda: yang bermaksud: "Tidak akan masuk ke dalam neraka orang muslim yang melihat aku, dan tidak akan masuk ke neraka orang yang melihat, orang yang melihat aku, walaupun sampai kepada 70 wasitah atau keturunan."
Bila seorang ber Rabitah Hati dengan shaikhnya bererti juga ber Rabitah kepada nabi Muhammad SAW. Allah berfirman, yang bermaksud, "…Maka ke mana sahaja kamu arahkan pandangan diri kamu, maka di situlah kamu akan mengenal wujudnya Allah; Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa mengetahui." (Surah al-Baraqah: 115)
Daripada rabitah hati tersebutlah maka akan terhubung kerohanian seorang murid dengan gurunya dan bersambung-sambung hingga sampai kepada Rasulullah SAW. Semuanya itu mestilah diasaskan rasa kasih dan sayang kepada Rasulullah SAW yang sebenar-benar.
Sebab itu, semasa kita membaca tahiyat kita menyebut "Assalamu „alaika ayyuhan nabiyu wa rahmatullahi wabarakatuh…" ketika kita membaca doa ini mestilah kita sepatutnya kita merasa kasih dan sayang terhadap Rasulullah SAW. Tujuannya supaya dapat syafaatnya.
5. KELEBIHAN MENCINTAI RASULULLAH SAW:
5.1. Seorang sahabat selalu bertanya kepada Rasulullah SAW:
Bilakah berlakunya Hari Qiamat?
Akhirnya Rasulullah SAW bertanya semula kepada sahabat tersebut,
samada dia sudah bersedia dengan amal-amal saleh yang banyak.
Maka sahabat tersebut menjawab:
Bahawa berbagai amalan soleh memang ada tetapi tidaklah sebanyak amalan soleh sahabat-sahabat yang lain, sembahyangnya ada, puasanya ada tetapi tidaklah sebanyak sembahyang dan puasa sahabat-sahabat yang lain".
Bagaimanapun sahabat tersebut menegaskan kepada Rasulullah SAW:
"Bahawa dirinya sangat sayang dan kasih terhadap Rasulullah SAW. "
Bila Rasulullah SAW mendengar pengakuan sahabat tersebut, maka Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Seseorang itu akan bersama-sama dengan orang yang dikasihinya.
6. CIRI-CIRI ULAMA' YANG BOLEH DIJADIKAN GURU DAN DICINTAI:
Rasulullah SAW pernah ditanya oleh setengah sahabat yang sangat peka mengenai kepimpinan, dengan menyebutkan Ya Rasulullah! Siapakah orang yang sebaik-baiknya kami dampingi? (Sebagai Guru kami) Rasulullah SAW segera menjawab yang bermaksud: "Orang itu ialah Orang yang apabila kamu lihat rupanya, mengingatkan kamu kepada Allah SWT, kata-katanya menambahkan ilmu kamu, dan amal perbuatannya mendekatkan atau menggemarkan hati kamu kepada akhirat." Seseorang yang ada ciri-ciri tersebut adalah seorang ulama’ pewaris nabi. Sebab Rasulullah SAW mempunyai 3 ciri tersebut.
Waspada pada Ulama’ Palsu (sekiranya di Indonesia disebut sebagai Ulama‟ Gadungan).
SUMBER:
http://naqshabandiyyah.blogspot.com/2011/02/mencintai-rasulullah-saw.html

SELAWAT PENGHAPUS KELUPAAN
اللهم صَلِّ وسلِّم وبارك على مولانا محمد النور المُذْهِبُ لِلنِّسْيان بِنورِهِ
وعلى آلهِ في كل لَمْحةٍ ونفسٍ عدَدَ ما وَسِعَهُ عِلْمُ الله
"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat, kesejahteraan dan keberkatan ke atas penghulu kami Muhammad empunya cahaya dan penghapus kelupaan dengan cahayanya, dan ke atas keluarganya pada setiap kerlipan mata dan nafas sebanyak mana luas ilmu Allah."
RUJUKAN:
Salawat Pilihan Dikumpulkan oleh Al Muhadith Dr. Sayyid Muhammad Ibn Alawi Al- Maliki Al- Hasani R.A. Terbitan SOFA PRODUCTION
HABIB MUNZIR AL MUSAWA
Biografi Habib Munzir Al-Musawa
Posted on Maret 5, 2009 by assajjad
Al-Allamah wal Fahamah Sayyidi Syarif Al-Habib Munzir bin Fuad bin Abdurrahman bin Ali bin Abdurrahman bin Ali bin Aqil bin Ahmad bin Abdurrahman bin Umar bin Abdurrahman bin Sulaiman bin Yaasin bin Ahmad Al-musawa bin Muhammad Muqallaf bin Ahmad bin Abubakar Assakran bin Abdurrahman Assegaf bin Muhammad Mauladdawilah bin Ali bin Alwi Alghayur bin Muhammad Faqihil Muqaddam bin Ali bin Muhammad Shahib Marbath bin Ali Khali’ Qasim bin Alwi bin Muhammad bin Alwi bin Ubaidillah bin Ahmad Almuhajir bin Isa Arrumiy bin Muhammad Annaqib bin Ali Al Uraidhiy bin Jakfar Asshadiq bin Muhammad Albaqir bin Ali Zainal Abidin bin Husein Dari Fathimah Azahra Putri Rasul SAW.
Nama beliau Munzir bin Fuad bin Abdurrahman Almusawa, dilahirkan di Cipanas Cianjur Jawa barat, pada hari jum’at 23 februari 1973, bertepatan 19 Muharram 1393H, setelah beliau menyelesaikan sekolah menengah atas, beliau mulai mendalami Ilmu Syariah Islam di Ma’had Assaqafah Al Habib Abdurrahman Assegaf di Bukit Duri Jakarta Selatan, lalu mengambil kursus bhs.Arab di LPBA Assalafy Jakarta timur, lalu memperdalam lagi Ilmu Syari’ah Islamiyah di Ma’had Al Khairat, Bekasi Timur, kemudian beliau meneruskan untuk lebih mendalami Syari’ah ke Ma’had Darul Musthafa, Tarim Hadhramaut Yaman pada tahun 1994, selama empat tahun, disana beliau mendalami Ilmu Fiqh, Ilmu tafsir Al Qur;an, Ilmu hadits, Ilmu sejarah, Ilmu tauhid, Ilmu tasawuf, mahabbaturrasul saw, Ilmu dakwah, dan ilmu ilmu syariah lainnya.
Habib Munzir Al-Musawa kembali ke Indonesia pada tahun 1998, dan mulai berdakwah, dengan mengunjungi rumah rumah, duduk dan bercengkerama dg mereka, memberi mereka jalan keluar dalam segala permasalahan, lalu atas permintaan mereka maka mulailah Habib Munzir membuka majlis, jumlah hadirin sekitar enam orang, beliau terus berdakwah dengan meyebarkan kelembutan Allah swt, yang membuat hati pendengar sejuk, beliau tidak mencampuri urusan politik, dan selalu mengajarkan tujuan utama kita diciptakan adalah untuk beribadah kepada Allah swt, bukan berarti harus duduk berdzikir sehari penuh tanpa bekerja dll, tapi justru mewarnai semua gerak gerik kita dengan kehidupan yang Nabawiy, kalau dia ahli politik, maka ia ahli politik yang Nabawiy, kalau konglomerat, maka dia konglomerat yang Nabawiy, pejabat yang Nabawiy, pedagang yang Nabawiy, petani yang Nabawiy, betapa indahnya keadaan ummat apabila seluruh lapisan masyarakat adalah terwarnai dengan kenabawian, sehingga antara golongan miskin, golongan kaya, partai politik, pejabat pemerintahan terjalin persatuan dalam kenabawiyan, inilah Dakwah Nabi Muhammad saw yang hakiki, masing masing dg kesibukannya tapi hati mereka bergabung dg satu kemuliaan, inilah tujuan Nabi saw diutus, untuk membawa rahmat bagi sekalian alam. Majelisnya mengalami pasang surut, awal berdakwah ia memakai kendaraan umum turun naik bus, menggunakan jubah dan surban, serta membawa kitab-kitab. Tak jarang beliau mendapat cemoohan dari orang-orang sekitar. Beliau bahkan pernah tidur di emperan toko ketika mencari murid dan berdakwah. Kini majlis taklim yang diasuhnya setiap malam selasa di Masjid Al-Munawar Pancoran Jakarta Selatan, yang dulu hanya dihadiri tiga sampai enam orang, sudah berjumlah sekitar 10.000 hadirin setiap malam selasa, Habib Munzir sudah membuka puluhan majlis taklim di seputar Jakarta dan sekitarnya, beliau juga membuka majelis di rumahnya setiap malam jum’at bertempat di jalan kemiri cidodol kebayoran, juga sudah membuka majlis di seputar pulau jawa, yaitu:
Jawa barat :
Ujungkulon Banten, Cianjur, Bandung, Majalengka, Subang.
Jawa tengah :
Slawi, Tegal, Purwokerto, Wonosobo, Jogjakarta, Solo, Sukoharjo, Jepara, Semarang,
Jawa timur :
Mojokerto, Malang, Sukorejo, Tretes, Pasuruan, Sidoarjo, Probolinggo.
Bali :
Denpasar, Klungkung, Negara, Karangasem.
NTB
Mataram, Ampenan
Luar Negeri :
Singapura, Johor, Kualalumpur.
Buku-buku yang sering menjadi rujukan beliau di majelisnya antara lain: kitab As-syifa (Imam Fadliyat), Samailul Muhammadiyah (Imam Tirmidzi), Mukasyifatul Qulub (Imam Ghazali), Tambili Mukhdarim (Imam Sya’rani), Al-Jami’ Ash-Shahih/Shahih Bukhari (Imam Bukhari), Fathul Bari’ fi Syarah Al-Bukhari (Imam Al-Astqalani), serta kitab karangan Imam Al-Haddad dan kitab serta pelajaran yang didapat dari guru beliau Habib Umar bin Hafidh.
Nama Rasulullah SAW sengaja digunakan untuk nama Majelisnya yaitu “Majelis Rasulullah SAW”, agar apa-apa yang dicita-citakan oleh majelis taklim ini tercapai. Sebab beliau berharap, semua jamaahnya bisa meniru dan mencontoh Rasulullah SAW dan menjadikannya sebagai panutan hidup.
Adapun guru-guru beliau antara lain:
Habib Umar bin Hud Al-Athas (cipayung), Habib Aqil bin Ahmad Alaydarus, Habib Umar bin Abdurahman Assegaf, Habib Hud Bagir Al-Athas, di pesantren Al-Khairat beliau belajar kepada Ustadz Al-Habib Nagib bin Syeikh Abu Bakar, dan di Hadramaut beliau belajar kepada Al-Imam Al-Allamah Al-Hafizh Al-Arifbillah Sayyidi Syarif Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafidh bin Syeikh Abu Bakar bin Salim (Rubath Darul Mustafa), juga sering hadir di majelisnya Al-Allamah Al-Arifbillah Al-Habib Salim Asy-Syatiri (Rubath Tarim).
Dan yang paling berpengaruh didalam membentuk kepribadian beliau adalah Guru mulia Al-Imam Al-Allamah Al-Hafizh Al-Arifbillah Sayyidi Syarif Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafidh bin Syeikh Abu Bakar bin Salim.
Salah satu sanad Guru beliau adalah:
Al-Habib Munzir bin fuad Al-Musawa berguru kepada Guru Mulia Al-Imam Al-Allamah Al-Hafizh Al-Musnid Al-Arifbillah Sayyidi Syarif Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafidh bin Syeikh Abu Bakar bin Salim,
Dan beliau berguru kepada Al-Allamah Al-Musnid Al-Habib Abdulqadir bin Ahmad Assegaf,
Dan beliau berguru kepada Al-Allamah Al-Musnid Al-Habib Abdullah Assyatiri,
Dan beliau berguru kepada Al-Allamah Al-Hafizh Al-Habib Ali bin Muhammad Al-Habsyi (simtuddurar),
Dan beliau berguru kepada Al-Allamah Al-Musnid Al-Habib Abdurrahman Al-Masyhur (shohibulfatawa),
Dan beliau berguru kepada Al-Allamah Al-Hafizh Al-Habib Abdullah bin Husen bin Thohir,
Dan beliau berguru kepada Al-Allamah Al-Hafizh Al-Habib Umar bin Seggaf Assegaf,
Dan beliau berguru kepada Al-Allamah Al-Musnid Al-Habib Hamid bin Umar Ba’alawiy,
Dan beliau berguru kepada Al-Allamah Al-Habib Al-Hafizh Ahmad bin Zein Al-Habsyi,
Dan beliau berguru kepada Al-Imam Al-Allamah Al-Hafizh Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad (shohiburratib),
Dan beliau berguru kepada Al-Allamah Al-Musnid Al-Habib Husein bin Abubakar bin Salim,
Dan beliau berguru kepada ayahnya Al-Imam Al-Allamah Al-Habib Abubakar bin Salim (fakhrulwujud),
Dan beliau berguru kepada Al-Allamah Al-Hafizh Al-Habib Ahmad bin Abdurrahman Syahabuddin,
Dan beliau berguru kepada Al-Allamah Al-Hafizh Al-Habib Abdurrahman bin Ali (Ainulmukasyifiin),
Dan beliau berguru kepada ayahnya Al-Allamah Al-Musnid Al-Habib Ali bin Abubakar (assakran),
Dan beliau berguru kepada ayahnya Al-Allamah Al-Hafizh Al-Habib Abubakar bin Abdurrahman Assegaf,
Dan beliau berguru kepada ayahnya Al-Allamah Al-Hafizh Al-Habib Abdurrahman Assegaf,
Dan beliau berguru kepada ayahnya Al-Allamah Al-Musnid Al-Habib Muhammad Mauladdawilah,
Dan beliau berguru kepada ayahnya Al-Allamah Al-Musnid Al-Habib Ali bin Alwi Al-ghayur,
Dan beliau berguru kepada ayahnya Al-Allamah Al-Hafizh Al-Imam faqihilmuqaddam Muhammad bin Ali Ba’alawiy,
Dan beliau berguru kepada ayahnya Al-Allamah Al-Imam Ali bin Muhammad Shahib Marbath,
Dan beliau berguru kepada ayahnya Al-Allamah Al-Imam Muhammad Shahib Marbath bin Ali,
Dan beliau berguru kepada ayahnya Al-Allamah Al-Imam Ali Khali’ Qasam bin Alwi,
Dan beliau berguru kepada ayahnya Al-Allamah Al-Imam Alwi bin Muhammad,
Dan beliau berguru kepada ayahnya Al-Allamah Al-Imam Muhammad bin Alwi,
Dan beliau berguru kepada ayahnya Al-Allamah Al-Imam Alwi bin Ubaidillah,
Dan beliau berguru kepada ayahnya Al-Allamah Al-Imam Ubaidillah bin Ahmad Al-Muhajir,
Dan beliau berguru kepada ayahnya Al-Allamah Al-Imam Ahmad Al-Muhajir bin Isa Arrumiy,
Dan beliau berguru kepada ayahnya Al-Allamah Al-Imam Isa Arrumiy bin Muhammad Annaqib,
Dan beliau berguru kepada ayahnya Al-Allamah Al-Imam Muhammad Annaqib bin Ali Al-Uraidhiy,
Dan beliau berguru kepada ayahnya Al-Allamah Al-Imam Ali Al-Uraidhiy bin Ja’far Asshadiq,
Dan beliau berguru kepada ayahnya Al-Allamah Al-Imam Ja’far Asshadiq bin Muhammad Al-Baqir,
Dan beliau berguru kepada ayahnya Al-Allamah Al-Imam Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin,
Dan beliau berguru kepada ayahnya Al-Allamah Al-Imam Ali Zainal Abidin Assajjad,
Dan beliau berguru kepada ayahnya Al-Imam Husein ra,
Dan beliau berguru kepada ayahnya Al-Imam Ali bin Abi Thalib ra,
Dan beliau berguru kepada Semulia-mulia Guru, Sayyidina Muhammad Rasulullah SAW, maka sebaik-baik bimbingan guru adalah bimbingan Rasulullah SAW.
Sanad guru beliau sampai kepada Rasulullah SAW, begitu pula nasabnya. Demikian biografi singkat ini dibuat mohon maaf apabila ada kesalahan.
SUMBER:
http://assajjad.wordpress.com/2009/03/05/biografi-habib-munzir-al-musawa/
AL HABIB UMAR AL HAFIZ
BIODATA AL HABIB UMAR AL HAFIZ (RA)
Latar Belakang al-Alamah al-Habib Umar al-Hafiz
Al-Alamah al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Abdullah bin Abi Bakr bin Idrus bin Umar bin Idrus bin Umar bin Abi Bakr bin Idrus bin al-Husin bin al-Shaikh Abi bakr bin Salim bin Abdullah bin Abd. al-Rahman bin Abdullah bin al-Shikh Abd. al-Rahman al-Saqaf bin Muhammad Maulay al-Duwailah bin Ali bin Alawi bin Muhammad sahib al-saumiah ibn Alawi bin Abdullah bin al-Imam al-Muhajir ila Allah Ahmad bin Isa bin Muhammad al-Naqib bin Ali al-Aridhy bin Jafar al-Sadiq bin Muhammad al-Baqir bin Ali Zain al-Abiddin bin al-Husin al-Sibthi bin Ali bin Abi Thalib dan anak Fatimah al-Zahra’ binti Saidina Muhammad Khatam al-Nabiyin selawat, salam dan keberkatan ke atasnya dan ke atas mereka seluruhnya
]
Dilahirkan di Bandar Tarim, Hadramaut Negara Republik Yaman sebelum fajar hari Isnin 4 Muharam 1383H bersamaan 27 Mei 1963M. Mendapat pendidikan awal daripada bapanya yang ketika itu menjawat jawatan mufti di Tarim. Seterusnya menerima ilmu daripada ulamak-ulamak Hadramaut yang ada pada masa itu, antara guru beliau yang utama ialah al-Habib Salim bin Abdullah al-Shathry. Bermula tahun 1402H bersamaan 1982M al-Alamah al-Habib Umar berulang-alik ke al-Haramain al-Sharifain untuk menimba ilmu dan tarbiyah daripada al-Imam al-Arif al-Daiyah al-Habib Abd al-Qadir bin Ahmad al-Saqaf, al-Arif al-Daiyah al-Habib Ahmad bin Taha al-Hadad, al-Arif al-Alamah Abi Bakr al-Athas bin Abdullah al-Habasi dan beliau menerima ijazah al-Asanid daripada al-Musnid al-Shaikh Muhammad Yasin al-Fadany dan al-Alamah Muhadith al-Haramain al-Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliky dan ulamak-ulamak lain.
Beliau mula mengajar dan melaksanakan tugasan dakwah Islam ketika berusia 15 tahun disamping meneruskan pengajian secara talaqi. Berdakwah, mengajar dan belajar telah sebati dalam jiwa beliau. Pada tahun 1414H bersamaan 1994M apabila kembali ke tanah tumpah darahnya, beliau telah mengasaskan sebuah pusat pendidikan Islam yang diberi nama “Dar al-Musthafa” di Bandar Tarim Hadramaut. Ini berikutan daripada pelajar-pelajar yang datang dari beberapa Negara Islam untuk menerima didikan daripada beliau. Diperingkat awal penubuhan Dar al-Mustafa diasaskan atas beberapa matlamat seperti berikut:-
1. Menimba ilmu syariat dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya secara talaqi daripada guru-guru yang berkeahlian dalam bidang tersebut berserta sanad mereka
2. Membersihkan jiwa serta mendidik akhlak
3. Mengarusperdanakan ilmu-ilmu yang bermanafaat serta dakwah kepada Allah.
Akhirnya Dar al-Musthafa mampu membangunkan tapak pengajian sendiri yang dinobatkan secara rasmi sebagai sebuah pusat pengajian dan pendidikan Islam pada 29 Zu al-Hijjah bersamaan 6 Mei 1997. Kini Dar al-Mustafa begitu mendapat perhatian daripada pelajar-pelajar seluruh dunia Islam, ditambah pula graduan-graduannya telah diiktiraf oleh al-Azhar al-Sahrif dan kebanyakan universiti terkemuka dunia Islam.
Al-Alamah al-Habib Umar al-Hafiz telah banyak menbuat lawatan dakwah Islami dan menyampaikan ilmu syarak ke negara-negara Islam lain seperti Syria. Mesir, Sudan, Pakistan, Indonesia, Brunei Darussalam dan Negara kita Malaysia saban tahun
SUMBER :
http://pondoktauhid.blogspot.com/2010/09/biodata-al-habib-umar-al-hafiz-ra.html
Tn Guru Hj Salleh bin Musa
Nama :Tn Guru Hj Salleh bin Musa
Tarikh Lahir : 08.02.1929
Ayah: Tn Guru Hj Musa bin Salleh
Ibu:Khatijah bt Saad
Tempat lahir : Pekan Sik
Bil Adik beradik : 8 orang
Anak ke : 3
Pendidikan : - 1.Sek Rendah Keb Sik
(Dan ke Pondok Tn Hussin Kedah , kemudian ke Pondok Tn Guru Hj Mad Nawawi Gurun Kedah, ini kurang mashur kerana Tn Guru Sekejap sahaja disana )
2. Pondok Pak Chu Him Gajah Mati Pendang Kedah
,3.Darul Ulum Makkah dan menamatkan sijil kepujian Aliy '
4. Kemudian mendalami ilmu di Masjidil Haram Makkah bersama syeikh-syeikh terkemuka diantaranya Syeikh Ismail Fatani , Syeikh Yassin Al Fadani , Syeikh Abd Qadir Mandili , Syeikh Syed Alawi Al Malikki , Syeikh Syed Amin Qutubi dan syeikh muktabar lain .
Berkahwin dengan Hj Hatiah bt Hanafi
Mendapat 2 orang cahaya mata semasa berlajar di Makkah .
Tn Guru memiliki 11 orang cahaya mata semuanya .
Kini isteri beliau sudah meninggal dunia dan Tn Guru sekali lagi berkahwin dengan Hj Sofiah bt Hj Awang
Tahun 1964 Tn Guru pulang ke Tanah air dan terus berkhidmat membantu mengajar di pondok ayah beliau di Pekan Sik .
Tn Guru menggantikan ayah beliau sebagai mudir Madrasah Ar Rahmaniah hingga sekarang .
Sekarang Tn Guru dibantu oleh anak belaiu Syeikh Muslim sebagai Tim Mudir .
Tn Guru menumpukan dakwah sepenuh masa di Pondok hingga sekarang dan beliau menyampaikan dakwah di setiap daerah di sekitar negri Kedah Darul Aman .
KDYMM Sultan Kedah telah anugerahkan beberapa pingat kebesaran , diantaranya
B.K.M , S.D.K dan Tokoh Pendakwah Negeri Kedah tahun 2009
Pada tahun 2010 MB Kedah YAB Ust Azizan Abd Razak meanugerahkan Tokoh Pondok Negeri Kedah
SEKARAN ULAMA ARAB TERUTAMNYA YAMAN , JORDEN , MESIR SERING MENZIARAHI TN GURU KERANA TN GURU MERUPAKAN ULAMA YANG SEMPAT MENDALAMI ILMU DENGAN ULAMA MUKTABAR MASJIDIL HARAM MAKKAH SATU KETIKA DULU
SUMBER:
http://pondoktauhid.blogspot.com/2011/02/biodata-tokoh.html
Subscribe to:
Posts (Atom)