Sunday, 24 July 2016

Ulama terkemuka Kedah, Tuan Guru Haji Salleh meninggal dunia

MUSA SALLEH

ALOR STAR 22 Julai - Tokoh Sekolah Pondok dan ulama tersohor Kedah, Tuan Guru Haji Salleh Musa atau turut dikenali sebagai Tuan Guru Haji Salleh Sik telah pulang ke rahmatullah di Hospital Sultanah Bahiyah di sini malam ini.
MUSA SALLEH

Allahyarham, 83, disahkan meninggalkan dunia kira-kira pukul 8 malam ini dan jenazah beliau dijangka dikebumikan di Sik, esok.
Merupakan anak ketiga daripada lapan adik beradik, allahyarham dilahirkan di Sik, Kedah pada 1929 dengan memulakan persekolahan awal di Sekolah Kebangsaan Sik sebelum menyambung pelajaran di Pondok Tuan Hussin, Kedah dan kemudiaannya Pondok Haji Mad Nawawi, Gurun, Pondok Pak Chu Him, Gajah Mati, Pendang dan seterusnya melanjutkan pengajian ke Darul Ulum, Mekah.
Allahyarham turut mendalami ilmu di Masjidilharam bersama dengan tokoh-tokoh ulama terkemuka seperti Syeikh Ismail Fatani, Syeikh Yassin Al Fadani, Syeikh Abd Qadir Mandili, Syeikh Syed Alawi Al Malikki, Syeikh Syed Amin Qutubi dan beberapa ulama muktabar lain.
Pada tahun 1964 allahyarham kembali ke tanah air dan berkhidmat dengan membantu mengajar di sekolah pondok yang dkendalikan bapanya di Pekan Sik, Kedah, sebelum menggantikan bapanya sebagai mudir Madrasah Ar Rahmaniah.
Allahyarham menumpukan kepada kerja-kerja dakwah sepenuh masa di pondoknya selain daerah-daerah lain di seluruh negeri Kedah.
Kerana sumbangan besar dalam bidang dakwah, allahyarham telah dianugerahkan beberapa pingat kebesaran oleh Sultan Kedah termasuk diangkat sebagai Tokoh Pendakwah Negeri Kedah pada tahun 2009.
Allahyarham berkahwin dengan Hatiah Hanafi dan dikurniakan 11 orang anak. Setelah isterinya itu meninggal dunia, allahyarham berkahwin dengan Sofiah Awang.
Pada tahun 2010, allahyarham diberikan anugerah Tokoh Pondok Negeri Kedah oleh Menteri Besar ketika itu, Allahyarham Datuk Seri Azizan Abd Razak serta dinobatkan sebagai Tokoh Ilmuan Daerah Sik pada 2011.
Allahyarham Tuan Guru Haji Salleh merupakan ulama yang terkenal di Kedah dan merupakan merupakan tokoh ulama tauhid di nusantara pada masa ini.
Allahyarham merupakan rujukan pelajar-pelajar bukan sahaja dari Malaysia tertapi juga dari Thailand yang sentiasa berkumpul di pondoknya setiap bulan Ramadan semata-mata untuk belajar ilmu tauhid. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ulama-terkemuka-kedah-tuan-guru-haji-salleh-meninggal-dunia-1.361102#sthash.vwoWVF2z.dpuf

"Tiga hari sebelum meninggal dunia, tuan guru pesan kepada masyarakat agar sentiasa jaga hubungan dengan ALLAH,"

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=ZXHT7htFafs]

 

"Tiga hari sebelum meninggal dunia, tuan guru pesan kepada masyarakat agar sentiasa jaga hubungan dengan ALLAH," demikian kata salah seorang anak Allahyarham Tuan Guru Salleh Musa, lapor Skuad Baling Muhammad Ammar Mubasssyir Abd Hadi.

Tuan Guru Haji Salleh tokoh ulama Kedah meninggal dunia



ALOR SETAR: Ulama ternama Kedah, Salleh Musa, 87, atau lebih dikenali sebagai Tuan Guru Haji Salleh, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, akibat sakit tua, malam tadi. Pembantu peribadinya, Khairul Nazwan Dzulqarnai, berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.15 malam ketika sedang menerima rawatan di HSB. Terdahulu, katanya arwah yang mengadu tidak sihat dibawa ke HSB kira-kira jam 7.30 malam menggunakan ambulans dari rumahnya di Madrasah Ar-Rahmaniah di Sik, dekat sini. "Jenazah akan dibawa pulang ke Madrasah Ar-Rahmaniah malam ini dan akan dikebumikan esok," katanya. Tuan Guru Haji Salleh yang pernah menerima anugerah Tokoh Guru Pondok Kedah pada 2010 dianggap antara tokoh ulama ternama negeri, khususnya dalam bidang Tauhid sehingga sering kali menjadi rujukan banyak pihak. Selain itu, arwah yang mendapat pendidikan awal di Pondok Pak Chu Him Gajah Mati di Pendang sebelum melanjutkan pelajaran di Darul Ulum di Makkah, turut menerima anugerah Tokoh Pendakwah Negeri Kedah pada 2009 dan Tokoh Ilmuan Daerah Sik pada 2011. Arwah juga mendalami ilmu di Masjidil Haram bersama ulama terkemuka seperti Syeikh Ismail Fatani, Syeikh Yassin Al Fadani, Syeikh Abd Qadir Mandili, Syeikh Syed Alawi Al Malikki dan Syeikh Syed Amin Qutubi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/176037

Pesanan Tuan Guru Hj. Salleh Musa

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=shTS5YWJycU]

Pesanan Tuan Guru Hj. Salleh Musa حفظه الله تعالى,

"Hangpa mengaji tauhid biaq betoi, AQIDAH tuu yang perlu jaga.. Hangpa jangan dok buang masa, jangan dok biarkan usia hangpa HANYUT begitu saja.. Isikan usia hangpa ni dengan mengaji ilmu agama.. Muliakan dengan ilmu TAUHID.. Lepas tuu, pi mengaji ilmu FEQAH.. Lepas tuu baru pi mengaji ilmu TASAWUF.. Jangan dok kalut nak pi ilmu TASAWUF, hadis dan sebagainya jika Allah سبحانه وتعالى sendiripun hangpa tak kenal.. Macam mana nak kenal Allah سبحانه وتعالى jika takmau ngaji ilmu TAUHID.. Sebab tak kenal Allah سبحانه وتعالى lah depa dok suka sesatkan orang, bida'ahkan orang.. Ada ilmu HADIS, tapi ilmu TAUHID takdak.. Punah habis semuanya..

Nak mengaji ni, ibarat nak naik TANGGA.. Kena langkah dari BAWAH, barulah sampai kat tingkat ATAS.. Jangan dok kalut nak meloncat nak ke tingkat atas dari tingkat BAWAH.. Satgi jatuh, mampuih.. Kalau nak naik, ikutlah turutan yang betul.. Jangan dok ikut puak-puak Syi'ah, Wahabi, Mu'tazilah, Sekular, Liberal dan sebagainya..

Kita pegang sungguh-sungguh dengan Manhaj AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH.. Jangan dok lari dari DASAR pegangan kita.. Sekarang ni, ulama' - ulama' tua tak banyak dah.. Hangpa pi lah tengok dalam Malaysia, Thailand, Indonesia semua tak banyak dah.. Yang ada pun tinggal berapa orang jaa ulama' tua yang masih hidup.. Sementara depa masih ada lagi ni, pi lah dampingi depa.. Pi duduk dalam Majlis Ilmu depa.. Cedok (ambik) ilmu depa, insyaAllah, Allah سبحانه وتعالى akan bantu.."

Thursday, 30 June 2016

MENU SANTAPAN ROHANI SEPANJANG BULAN RAMADHAN YG MULIA



📚 *MENU SANTAPAN ROHANI SEPANJANG BULAN RAMADHAN YG MULIA*

1. *Tilawah Al Qurān* sejuzuk sehari paling kurang.
2. *Solat Tarawih* minima 8 rakaat setiap mlm.
3. *Solat Witir* minima 3 rakaat semalam.
4. *Beri makan orang berbuka puasa* walaupun dengan sebiji tamar setiap hari.
4. *Solat fardhu 5 waktu berjamaah* setiap hari.
5. *Tahajjud* setiap malam minima 2 rakaat.
6. Solat *Sunat Dhuha* setiap pagi.
7. *Sedekah* setiap hari minima seringgit.
8. Pastikan *bersahur* setiap hari.
9. *Iktikaf di Masjid* setiap hari walau sekadar 10 minit.
10. *Tadarus Al Qurān* sambil usaha memahami maksudnya.
11. *Ziarah* orang yg kurang bernasib baik.
12. *Kurangkan ziarah ke bazar2 Ramadhan*.
13. Pilih *makanan Sunnah* sebagai menu harian.
14. *Elakkan membeli makanan dari tangan2 orang yg fasik*.
15. *Jauhkan aktiviti yg lagha.*
16. *Zikir harian*, banyakkan *berdoa*.
17. Lazimi bibir *berIstighfar* sekurang2nya 100x dlm sehari.
18. Ajari diri dengan *sifat rendah hati* kerana *ALLAH*
19. Mudah *memohon maaf* dan *memberi maaf.*
20. Menjaga dan menghubung *Silaturrahim*
21. Menjaga dan *menutup aurat* dengan sempurna
22. *Menjaga _lisan, pandangan, pendengaran & hati_* dari perkara2 yg dilarang.
23. *Tidak berlebih2an* mahupun membazir dgn makanan terutama juadah berbuka.
24. Perbanyakkan *amalan2 sunat* - solat sunat rawatib.
24. *Lazimi sunnah RasuluLLAH SAW* yg ringan tulang dlm urusan rumah tangga (terutama suami & anak2 lelaki)
25. Lazimi utk *kawal dan tahan marah*, didik diri untuk lebih bersabar.
26. Lazimi lidah utk sentiasa *bersyukur* dan memperbanyakkan syukur kpd ALLAH SWT di kala senang maupun susah.
28. Menjaga *Ikhtilat* - hubungan antara lelaki dan perempuan.
29. Membayar *Zakat Fitrah* dalam waktu yg telah ditetapkan.
30. Ikhlaskan hati kerana ALLAH SWT - *hadirkan ALLAH SWT* di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dgn sebaik mungkin seolah2 inilah Ramadhan terakhir kita.

💟 Mudah2an kita semua mendapat segenap Bantuan untuk dapat melaksanakannya,
Amin Ya Rabb

ORANG DULU VS ORANG SEKARANG

Baba mad..mengaji dengan syeikh kadir 13 tahun..baba eil sepanjang pernah mengaji dgnnya..

PESAN ORG THAILAND....
Baca deh... อาน นะ

memang ketara sekarang ni..

#ความแตกต่าง

ระหว่างคนสมัยก่อน กับ คนสมัยนี้
ORANG DULU VS ORANG SEKARANG.

1# Orang dulu kuat beramal, orang sekarang takut bid'ah amal..

คนสมัยก่อนขยันทำอาม้าล อาม้าลไหนที่ดีจะรีบทำ
คนสมัยนี้กลัวบิดอะห์จนหลอน สุดท้ายไม่ทำอะไรเลย

2# Orang dulu mengaji kitab kecil tapi fahamnya jelas, orang sekarang baca kitab besar-besar tapi istilah asas pun tak lepas..

คนสมัยก่อนเรียนแค่หนังสือเล่มเล็ก แต่ความเข้าใจในเนื้อหาวิชาถือว่ายิ่งยวด
คนสมัยนี้ชอบอ่านเรียนหนังสือเล่มใหญ่ แต่แค่เพียงเรื่องพื้นฐานก็ยังไม่ผ่าน

3# Orang dulu mengaji nak beramal, orang sekarang mengaji nak buat jidal

สมัยก่อนเรียนเพื่อปฏิบัต
สมัยนี้เรียนเพื่อสร้างปฏิปักษ์

4# Orang dulu cari ilmu kenal Tuhan, orang sekarang Tuhan pun berkaki bertangan..

สมัยก่อนศึกษาความรู้เพื่อรู้จักตุฮัน
แต่คนสมัยนี้กลับเชื่อว่าตุฮัน มีมือ มีเท้า

5# Orang dulu zikir tidak lekang, orang sekarang bid'ah memanjang..

คนสมัยก่อนซิกรุ้ลลอฮกันนานๆ
สมัยนี้ถ้านานเดี่ยวบิดอะฮ์จะมาเยือน

6# Orang dulu mengaji tasawwuf nak bersih hati, orang sekarang tolak tasawwuf hati pun mati..

คนสมัยก่อนเรียนตะเศาวุฟเพื่อให้จิตวิญญานบริสุทธิ์
สมัยนี้ต่อต้านตะเศาวุฟ จิตใจต่ำตายด้าน

7# Orang dulu berjuang agama berhabis harta, orang sekarang guna agama kumpul harta..

สมัยก่อนหมดทรัพย์สินให้กับศาสนา
สมัยนี้ใช้ศาสนาเพื่อกอบโกยทรัพย์

8# Orang dulu mengaji lama, 20 tahun tegal biasa, orang sekarang umur muda, cakap besar mendabik dada..

คนสมัยก่อนเรียนนาน เป็น 10 - 20 ปี ทำตัวธรรมดา คนสมัยนี้อายุเรียนน้อย แต่พูดใหญ่ ยืดอก

9# Orang dulu tulis kitab untuk bekalan mati, orang sekarang tulis buku nak dapat royalti..

คนสมัยก่อนเขียนตำราเพื่อเป็นเสบียงตาย
แต่คนสมัยนี้มีงานเขียนเพื่อสร้างแฟนคลับ

untuk peringatan diri sendiri dan rakan2 yg lain.

BAGAIMANA ENGKAU MEMANDANG GURUMU?

BAGAIMANA ENGKAU MEMANDANG GURUMU?

Al Imam Ali bin Hasan al Aththas mngatakan :

ان المحصول من العلم والفتح والنور اعني الكشف للحجب، على قدر الادب مع الشيخ وعلى قدر ما يكون كبر مقداره عندك يكون لك ذالك المقدار عند الله من غير شك

" Memperoleh ilmu, futuh dan cahaya (maksudnya terbukanya hijab2 batinnya), adalah sesuai kadar adabmu bersama gurumu. Kadar besarnya gurumu di hatimu, maka demikian pula kadar besarnya dirimu di sisi Allah tanpa ragu ".(al Manhaj as Sawiy : 217)

Imam Nawawi ketika hendak belajar kepada gurunya, beliau selalu bersedekah di perjalanan dan berdoa, " Ya Allah, tutuplah dariku kekurangan guruku, hingga mataku tidak melihat kekurangannya dan tidak seorangpun yg menyampaikan kekurangan guruku kepadaku ". (Lawaqih al Anwaar al Qudsiyyah : 155)

Beliau pernah mengatakan dalam kitab At Tahdzibnya :

عقوق الوالدين تمحوه التوبة وعقوق الاستاذين لا يمحوه شيء البتة

" Durhaka kepada orang tua dosanya bisa hapus oleh taubat, tapi durhaka kepada ustadzmu tidak ada satupun yg dapat menghapusnya ".

Habib Abdullah al Haddad mengatakan " Paling bahayanya bagi seorang murid, adalah berubahnya hati gurunya kepadanya. Seandainya seluruh wali dari timur dan barat ingin memperbaiki keadaan si murid itu, niscaya tidak akan mampu kecuali gurunya telah ridha kembali ". (Adaab Suluk al Murid : 54)

Seorang murid sedang menyapu madrasah gurunya, tiba2 Nabi Khidir mendatanginya. Murid itu tidak sedikitpun menoleh dan mengajak bicara nabi Khudhir. Maka nabi Khidhir berkata, " Tidakkah kau mengenalku ?. Murid itu menjawab, " ya aku mengenalmu, engkau adalah Abul Abbas al Khidhir ".

Nabi Khidhir, " kenapa kamu tidak meminta sesuatu dariku ?".

Murid itu menjawab, " Guruku sudah cukup bagiku, tidak tersisa satupun hajat kepadamu ". (Kalam al Habib Idrus al Habsyi : 78)

Al Habib Abdullah al Haddad berkata, " Tidak sepatutnya bagi penuntut ilmu mengatakan pada gurunya, " perintahkan aku ini, berikan aku ini !", karena itu sama saja menuntut untuk dirinya. Tapi sebaiknya dia seperti mayat di hadapan orang yg memandikannya ". (Ghoyah al Qashd wa al Murad : 2/177)

Para ulama ahli hikmah mengatakan, " Barangsiapa yang mengatakan " kenapa ?" Kepada gurunya, maka dia tidak akan bahagia selamanya ". (Al Fataawa al Hadiitsiyyah : 56)

Para ulama hakikat mengatakan, " 70% ilmu itu diperoleh sebab kuatnya hubungan antara murid dengan gurunya ".

Semoga kita semua termasuk murid yang baik dan mendapat berkah dari guru kita.