Surah Hafazan (Buku CD)Buku Surah Hafazan menghimpunkan surah-surah yang biasa menjadi hafazan pelajar-pelajar sekolah dan masyarakat umumnya beserta terjemahan. Surah-surah tersebut adalah Surah As-Sajadah, Al-Mulk, Ar-Rahman, Al-Waqiah, Al-Soff, Al-Jumuah dan Al-Insan.Kitab ini turut disertakan bonus CD audio bacaan surah-surah tersebut oleh Al-Fadhil Ustaz Mohamed Khairul Anuar Al-Hafiz.KLIK DISINI !!!
Source: Surah Hafazan (Buku + CD)
Thursday, 3 December 2015
Biografi Agung Rasulullah SAW
Biografi Agung Rasulullah SAWPENULIS : RUSYDI RAMLI AL-JAUHARIPENERBIT : MUST READ SDN BHDBIOGRAFI AGUNG RASULULLAH SAW adalah sebuah buku yang membawa pembaca mengenal junjungan besar, Nabi dan Rasul terakhir yang diutus kepada kita umat akhir zaman. Sebagai umat yang dilahirkan 1400 tahun selepas kewafatan Baginda tentu kita ingin mengenal perwatakan, rupa paras dan bentuk tubuh Rasulullah. Sebagai umat Islam kita dilarang untuk menggambarkan paras rupa Baginda namun terdapat hadis-hadis yang menceritakan perwatakan dan paras rupa Rasulullah yang dimuatkan dalam buku ini.Buku ini juga memaparkan Perjalanan hidup Rasulullah bermula dari kelahiran, saat kanak-kanak hingga dewasa, isteri-isteri yang menemani sepanjang hidup Baginda, anak-anak dan cucu, sahabat-sahabat dan pembantu Baginda di sepanjang hayat Baginda menyampaikan risalah tauhid.SIAPA YANG PERLU MEMILIKI BUKU INIBuku BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH ini harus dimiliki oleh seluruh umat Islam yang merindui, mencintai dan mengharapkan syafaat Baginda. Buku ini adalah sebahagian kecil usaha untuk kita sama-sama mengenal Rasulullah dan terus kekal rasa cinta kita kepada Baginda.Firma Allah SWT di dalam surah al-Ahzab ayat 56 yang bermaksud;“Sesungguhnya Allah SWT dan Para MalaikatNya berselawat(memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi Muhammad SAW. Wahao orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”
Source: Biografi Agung Rasulullah SAW
Source: Biografi Agung Rasulullah SAW
Murtad: Jangan Pandang Sebelah Mata
Murtad: Jangan Pandang Sebelah MataPenulis: Hj Ann wan SengM/Surat : 192 M/SSiapa itu Ann Wan Seng?-Beliau adalah Penerima Anugerah Tokoh Maal hijrah peringkat Negeri Selangor 1430H/2009.-Penerima Anugerah Saudara Muslim Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2008Beliau lahir pada tahun 1968 merupakan anak jati Klang. Memeluk agama Islam pada tahun 1996. Beliau adalah Setiausaha Agung Kehormat, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Pengerusi PERKIM Cawangan Putra Wilayah persekutuan, AJK Perkim Wilayah Persekutuan, Bekas tenaga pengajar di Jabatan Antrapologi dan Sisiologi UM. Beliau telah menulis lebih dari 30 buah buku dan pernah menjadi penulis di kolumnis Harakah, Mingguan Waktu, Media Islam, Mingguan Kota, Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Pelajar, Dewan Kosmik, Sarina, Majalah I, Minda, Tamadun dan banyak lagi.Apa Istimewanya buku ini?Istimewanya buku ini ditulis oleh seorang Saudara Baru. Penulis cuba membawa gambaran sebenar gejala murtad yang berlaku dan melanda umat islam kini. Kenapa, Mengapa dan Salah Siapa? Semuanya boleh terjawab dengan mendapatkan naskah ini.MURTAD: JANGAN PANDANG SEBELAH MATA memberikan pelbagai perspektif untuk membolehkan kita memahami persoalan dan permasalahan murtad yang kita hadapi ini.Buku ini juga mengutarakan beberapa kes dan kejadian murtad yang pernah menjadi isu hangat di dalam negara supaya pembaca mendapat gambaran yang sebenar di sebalik setiap kejadian yang berlaku. Semoga buku ini boleh membuka minda umat islam di malaysia agar sentiasa bersikap waspada, peka dan seterusnya membabitkan diri sama ada secara langsung atau tidak di dalam menghadapi ancaman murttad ini.
Source: Murtad: Jangan Pandang Sebelah Mata
Source: Murtad: Jangan Pandang Sebelah Mata
Subscribe to:
Posts (Atom)