Monday, 28 January 2013

ILMU DAN HUKUMNYA



ILMU
PENDAHULUAN

Ilmu adalah asas amalan, imam serta pembetulnya. Ilmu tanpa amal tidak berfaedah dan amalan tanpa ilmu juga tidak bermanfaat.
وعالم بعلمه لم يعملنْ معذب من قبل عباد الوثن
إذ كل من بغير علم يعمل أعماله مردودة لا تُقبل
Orang alim yang tidak beramal dengan ilmu
Diazab sebelum penyembah berhala
Kerana semua orang yang beramal tanpa ilmu
Amalannya ditolak tidak diterima
Kelebihan Ilmu Menurut Al-Quran

إِنَّمَا يَخْشَى اللهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَؤُا
سورة الفاطر:28
“Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hambaNya hanyalah ulama’”.

هَلْ يَسْتَوِى الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَايَعْلَمُونَ
سورة الزمر: 9
“Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui”.
يَرْفَعِ اللهُ الَّذِينَ ءَامَنُوا مِنكُم وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَتٍ
سورة المجادلة:140
“Allah mengangkat orang-orang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat”
Kelebihan Ilmu Menurut Sunnah
عن عثمان رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال
يشفع يوم القيامة ثلاثة: الأنبياء ثم العلماء ثم الشهداء.
رواية ابن ماجه.
Diberi Utsman r.a, daripada Nabi SAW, baginda bersabda: Diberi keizinan untuk memberi syafaat pada hari kiamat kepada 3 golongan: Anbiya’, Ulama’, dan kemudian Syuhada’.
عن ابن مسعود رضي الله عته قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا أراد الله بعبد خيرا فقهه في الدين وألهمه رشده.
رواية ابن ماجه.
Daripada Ibnu Mas’ud r.a, beliau berkata: Bersabda Rasulullah SAW: Apabila Allah menghendaki kepada seseorang hamba kebaikan Dia menjadikannya faqih dalam agama serta mengilhamkannya petunjukNya.

Hukum Menuntut Ilmu
Ilmu dari segi hukum syara’ terbahagi kepada 3 bahagian:-
1. Ilmu yang dituntut mempelajarinya
2. Ilmu yang ditegah mempelajarinya
3. Ilmu yang sunat mempelajarinya.
1) Ilmu yang dituntut mempelajarinya terdiri daripada 2 bahagian:-
a) Fardhu Ain
Iaitu perkara yang tidak terlepas daripada seseorang mukallaf kecuali dia sendiri yang melaksanakannya. Sebelum menyebut ilmu-ilmu yang menjadi fardhu ain ke atas setiap mukallaf, semestinya penulis perlu menjelaskan sebahagian daripada kaedah asas terhadap tajuk ini.
Kaedah pertama:
ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب
Tidak sempurna sesuatu kewajipan kecuali dengannya, maka ia dikira wajib.
Kaedah kedua:
العلم تابع للمعلوم
Sesuatu ilmu adalah mengikut hukum maklum (nilai ilmu itu sendiri).
Ilmu yang digunakan untuk melaksanakan perkara fardhu dikira fardhu.. Ilmu yang digunakan untuk melaksanakan perkara wajib dikira wajib. Begitu juga ilmu yang digunakan untuk melaksanakan perkara sunat ia dikira sunat.

Berdasarkan kaedah-kaedah ini penulis akan menyenaraikan beberapa ilmu fardhu ain ke atas setiap mukallaf.
1) Mempelajari aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah berserta dalil-dalil ijmak mengenai setiap masalah keimanan agar terkeluar daripada kongkongan taqlid dan untuk menjaga keimanan ketika berhadapan dengan keraguan yang ditimbulkan oleh golongan mulhid dan sesat.
2) Mempelajari perkara-perkara yang diperlukan oleh mukallaf untuk menunaikan kefardhuan ibadat seperti solat, zakat, haji, puasa, dan sebagainya.
3) Sesiapa yang bermuamalat dengan muamalat jual beli, sewa menyewa dan nikah cerai, menjadi fardhu ke atasnya mempelajari ilmu-ilmu yang berkaitan bagi membolehkannya menjauhi perkara haram dan melazimi batasan-batasan syara’.
4) Mempelajari perilaku hati seperti tawakkal, takut, redha dan sebagainya kerana sepanjang umur setiap muslim pasti menempuhnya.
5) Mempelajari perilaku hati seperti tawakkal, takut, redha, dan sebagainya kerana sepanjang umur setiap muslim pasti menempuhnya.
6) Mempelajari akhlak yang baik dan mengetahui sifat-sifat yang buruk supaya dia dapat melaksanakan akhlak yang baik iaitu seperti tawakkal kepada Allah, redha, pasrah kepadaNya, lemah lembut dan sebagainya. Begitu juga supaya dia dapat menjauhi sifat-sifat buruk seperti takabbur, tipudaya, bakhil, hasad dengki, riya’ dan sebagainya.
b) Fardhu Kifayah
Iaitu apabila dilakukan oleh sesetengah pihak maka gugurlah taklif terhadap sesetengah pihak maka gugurlah taklif terhadap setengah pihak yang lain tetapi apabila tidak ada seorang pun melaksanakannya, semua pihak akan berdosa.
Ilmu fardhu kifayah ialah apa yang diperlukan untuk mengislah ummah seperti mendalami ilmu Feqah melebihi kadar keperluan. Demikian juga ilmu Tafsir, Hadis, Usul Fiqh dan Usul I’tiqad. Termasuk juga ilmu hisab, kedoktoran, perkilangan, persenjataan untuk menghadapi musuh dan sebagainya.

2) Ilmu yang ditegah mempelajarinya:-
a) Antaranya ialah mempericikan pengajian mazhab-mazhab yang sesat, ideologi yang menimbulkan keraguan serta aqidah yang menyeleweng dengan niat bukan bertujuan menyanggah dan menolak bahayanya. Sebaliknya jika mempelajari ilmu tersebut dengan tujuan menjelaskan penyelewengan, menolak syubhah, memperbetulkan aqidah atau sebagai benteng kepada agama, ia merupakan fardhu kifayah.
b) Ilmu Nujum untuk mengetahui tempat sesuatu barang dicuri, tempat harta simpanan, tempat seseorang tersesat dan sebagainya sebagaimana menurut firasat mereka. Ia termasuk dari kalangan tukang tenung. Syara’ telah pun mendustakan perbuatan mereka dan mengharamkan daripada membenarkan mereka. Sebaliknya, mempelajari ilmu nujum – ilmu kaji bintang – untuk pengajian ilmiah serta mengetahui waktu solat dan kiblat dibolehkan.
c) Ilmu sihir apabila dipelajari dengan tujuan berwaspada daripadanya ia dikira harus sebagaimana kata-kata:
عرفتُ الشر لا للشر لكن لتوقية، ومن لم يعرف الشر فإنه يقع فيه.
Aku mengetahui kejahatan bukan untuk melakukannya tetapi untuk berlindung daripadanya. Sesiapa yang tidak mengetahui kejahatan dia pasti terjebak kedalamnya.
3) Ilmu yang sunat dipelajari:-
Antara ilmu yang sunat dipelajari ialah mengetahui fadhilat-fadhilat amalan tubuh badan dan juga amalan hati, mengetahui perkara nawafil, sunat dan makruh, mengetahui fardhu kifayah, mendalami ilmu feqah serta cabang-cabangnya, juga aqidah berserta dalil-dalinya secara terperinci dan banyak lagi.

Rujukan: Haqaiq Tasawuf oleh Syeikh Abdul Qadir Isa Rahimahullah Jil 1
Terjemahan oleh Mustafa Hussain At-Taib.

4 Jenis Manusia Yang Terhijab dari Menuntut Ilmu




Kata Al-‘Arif  billah, Sidi Syeikh Mukhtar r.a (Syeikh Tareqah Dusuqiyyah):

أَرْبَعَةٌ لاَ يَتَعَلَّمُونَ: المُسْتَكْبِرُ، المُسْتَغْنِى، المُسْتَنْكِفُ، المُسْتَحْيِي

Ertinya:
“Empat jenis manusia yang terhijab dari mempelajari ilmu orang-orang soleh:
Orang yang takabbur atau membesar diri.
Orang yang merasa cukup dengan apa yang telah ia ketahui.
Orang yang  enggan (malas)
Orang yang malu yang tidak kena pada tempatnya.”

Rujukan: Amalan dan Petua Ulama Silam dalam Menuntu Ilmu oleh Abu Al-Baqir Al-Dusuqi, Terbitan Al Baqir Enterprise: Kelantan, hal. 16

PENGERTIAN GERHANA



PENGERTIAN GERHANA

Gerhana, dalam bahasa Arab disebut dengan ‘kusuf’ atau ‘khusuf’.  ‘kusuf’ lebih dikenal untuk penyebut gerhana matahari (kusufususy syamsi) dan kata ‘khusuf’  lebih dikenal untuk penyebut gerhana bulan (khusuful qamar). Gerhana dalam bahasa Inggeris gerhana dikenal dengan istilah ‘Eclipse’. Gerhana dari segi istilah:’kusuf’’ ialah menutupi, sedangkan ‘khusuf’ bererti memasuki. ‘Kusufsy Syamsi’ menggambarkan bulan menutupi matahari, baik sebahagian maupun seluruhnya ‘khusuful qamar’ menggambarkan bulan memasuki bayangan bumi.

GERHANA ADALAH SATU BUKTI KEKUASAAN ALLAH


Pada pertengahan abad ke-17 (Masihi) tepat pada tahun 1686 Masihi Isaac Newton menemukan bahwa antara isi alam raya ini terjadi gaya tarik-menarik tetapi, antara benda-benda tersebut terjadi bertaburan berkat adanya gaya gerak saling menjauhi sehingga timbullah keseimbangan alam. Contoh Planet-planet mengelilingi  matahari menurut orbit masing-masing.
Keseimbangan dan keharmonian alam semesta ini sesungguhnya telah diberitahukan Allah kepada manusia  sajak 14 abad yang lampau, jauh  sebelum Isaac Newton dilahirkan.
Dalam Al-Quran, Allah berfirman sebagai berikut:
وَالسَّمَاءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ المِيْزَانَ
Ertinya: “Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan)”  (Ar-Rahman: 7)
الشَّمْسُ وَالقَمَرُ بِحُسْبَانٍ
Ertinya: “Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan” (Ar-Rahman: 5)

GERHANA BULAN

Bumi beredar mengelilingi matahari dari Barat ke Timur dalam waktu setahun atau 365 hari, 05 jam, 48 minit dan 45.3 saat. Bulan beredar mengelilingi bumi dari Barat ke Timur dalam waktu 27 hari,07 jam, 43 minit dan 11.6 saat. Disamping bulan beredar mengelilingi bumi, bulan juga beredar bersama-sama bumi mengelilingi matahari.
Gerhana bulan berlaku apabila bumi berada sesatah dengan garisan bulan dengan matahari ketika fasa purnama.





bumi berada sesatah dengan garisan bulan dengan matahari

Cahaya matahari yang biasanya sampai sepenuhnya ke bulan, menjadi terhalang kerana terlindung oleh bumi.
Tompokan gelap di permukaan bulan adalah bayang-bayang bumi yang jatuh di permukaan bulan. Pergerakan  bumi  mengelilingi matahari akan mewujudkan dua kawasan zon bayangan, iaitu umbra dan penumbra.

JENIS-JENIS GERHANA

Jenis-jenis gerhana bulan ialah:
1) Gerhana warna
2) Gerhana penuh
3) Gerhana separa












Gerhana Warna

Berlaku apabila bulan memasuki hanya kawasan penumbra sahaja. Ia juga dinamakan gerhana penumbra.
Gerhana warna kelihatan bertukar dari bersinar ke warna putih suram.

   
   













Gerhana Penuh:

Gerhana penuh berlaku apabila keseluruhan jasad bulan memasuki ke dalam kawasan umbra dan kelihatan terapung-apung di angkasa tanpa cahaya. Di bumi kelihatan berwarna merah tembaga, sebagai kesan pembalikan cahaya dari luar kawasan umbra. Peringkat gerhana bulan penuh bermula apabila bulan memasuki kawasan penumbra, selepas itu sedikit demi sedikit bulan memasuki kawasan umbra. Jangka masa bulan berada di kawasan umbra adalah di antara 50 hingga 102 minit.







Gerhana Separa

Berlaku apabila bulan memasuki hanya pada sebahagian sahaja kawasan umbra.

 







Gerhana Separa


















SEMBAHYANG KUSUF (GERHANA MATAHARI DAN BULAN)

Sembahyang Kusuf adalah sunat Muakkad sama ada bagi orang yang bermukim atau musafir, merdeka atau hamba lelaki atau perempuan dan sama ada ditunaikan secara berjamaah atau bersendirian. Waktu Sembahyang Gerhana Matahari bermula apabila ternyata berlaku gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana itu, dan sehingga jatuh matahari dengan gerhana tersebut. Bagi Sembahyang Gerhana Bulan waktunya bermula apabila ternyata berlaku gerhana bulan dan berakhir dengan hilang gerhana dan dengan naik matahari. Tidak dikira dengan naik fajar atau jatuhnya pada malam dengan gerhananya.
Lafaz niat Gerhana Matahari ialah:
أصلي سنة كسوف الشمس ركعتين لله تعالى
Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat Gerhana Matahari dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
Lafaz niat Gerhana Bulan:
أصلي سنة خسوف القمر ركعتين لله تعالى
Ertinya: Sahaja aku Sembahyang Sunat Gerhana Bulan dua rakaat kerana Allah Ta’ala.






Kaifiat Sembahyang Gerhana adalah dilakukan dengan dua rakaat. Cara sekurang-kurangnya ialah dilakukannya dua rakaat seperti sunat Zohor. Yang akmalnya dilakukan sembahyang ini dengan dua kali ruku’ dan dua kali qiyam pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat. Yang terlebih akmal dilakukan Sembahyang Kusuf dua rakaat dengan dua ruku’ dan dua qiyam, bagi tiap-tiap satu rakaaat, dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat sembahyangnya.

Saturday, 12 January 2013

Biografi KH Sirajuddin Abbas (1905-1980)

 

Sebagian orang menuduh bahwa KH Sirojuddin Abbas adalah pembohong atau membuat fitnah. Ini dapat dinukil dari tulisan-tulisan puak salafi-wahabi. Akan tetapi, apakah banyak orang tahu siapakah KH Sirojuddin Abbas ini? Latar belakang beliau serta perjalanan dakwah beliau? oleh itu, ana akan memaparkan sekilas biodata beliau yang ana nukil dari Ensiklopedi Ulama Nusantara yang disusun oleh H. M. Bibit Suprapto.

 

Di kalangan ulama Indonesia, nama kiai Haji Sirojuddin Abbas sudah bukan nama asing lagi. Ulama ini terkenal seorang muallif kitab yang cukup produktif walau tidak sampai berjumlah puluhan buah. Sebagai seorang muallif kitab, Kiai Sirojuddin Abbas justru lebih banyak dikenal orang melalui karya-karya ilmiah keislaman yang disusunnya daripada bertemu langsung wajhan bi wajhin dengan orangnya.

 

Pikiran-pikiran keagamaan K. Sirojuddin Abbas banyak diikuti orang, baik yang menyangkut segi-segi akidah maupun syariah. Kitab-kitab karya ulama ini bukan saja dibaca oleh kelompok kecil di kalangan masyarakat Minangkabau di mana ia dilahirkan, bukan pula hanya oleh warga Persatuan Tarbiyah Islamiyah (Perti) yang pernah dipimpinnya, tetapi juga tersebar luas di kalangan umat Islam. Bisa dikatakan, orang Islam Indonesia, khususnya kelompok tradisional, menyatakan Kiai Sirojuddin sebagai pembela mazhab Syafi’i di Indonesia yang argumentatif dan menguasai bidangnya lewat kitab-kitab yang disusunnya. Kalangan tradisional di Indonesia, termasuk di dalamnya Nahdlatul Ulama, mengakui kealiman ulama ini. Ini terbukti dari banyaknya warga NU yang membaca karya-karya K. Sirojuddin Abbas, terutama warga NU dari kalangan pelajar dan mahasiswa.

 

Kelebihan lain K. Sirojuddin Abbas, selain seorang ulama muallif, adalah sangat gigih mempertahankan mazhab Ahlussunnah wal Jamaah, khususnya mazhab Syafi’i dalam bidang ilmu fikih. Pembelaan ini relevan sekali dengan kondisi Indonesia dan Asia Tenggara yang mayoritas penganut mazhab Syafi’i dalam ibadahnya. Dengan pembelaannya yang gigih dan argumentatif, banyak kalangan modernis yang menyebutnya terlalu kaku dan apriori terhadap paham lain, khususnya paham-paham baru.

 

Sirojuddin Abbas dilahirkan tanggal 5 Mei 1905 M di Bengkawas, Bukittinggi (Sumatera Barat), putra seorang ulama besar di kawasan itu, Syekh Haji Abbas Qadli yang lebih dikenal dengan Syekh Abbas Ladang Lawas. Sebagai seorang putra ulama tentu saja Sirajuddin mendapatkan pendidikan ilmu-ilmu keislaman sejak usia kanak-kanak dengan harapan kelak ia menjadi seorang ulama penerus perjuangan ayahandanya.

 

Pertama kali ia belajar keagamaan kepada ayahandanya sendiri, kemudian meneruskan mengaji kepada ulama-ulama lain di kawasan Minangkabau. Sejak umur 7 hingga 9 tahun (1912-1924) ia menjelajahi beberapa pondok pesantren (surau) di ranah Minang untuk mempelajari ilmu-ilmu keislaman. Masih belum puas juga dengan ilmu yang didapatkan dari ulama-ulama tanah air, ia memperdalam ilmunya dengan pergi merantau di negeri orang, ke tanah suci Mekkah. Selama enam tahunan ia belajar di Mekkah (1927-1933) sekaligus menunaikan haji setiap tahunnya (7 kali) di sela-sela belajarnya dan tepat pada musim haji. Di sana ia banyak berkenalan dengan para pelajar dari kalangan melayu maupun dari belahan dunia lainnya. Ia berteman dengan Syekh Muhammad As’ad (ulama Bone), Haji Abdurrahman Sjihab (tokoh Al Wasliyah) dan lain-lain yang kala itu bersama-sama belajar di Mekah, di bawah asuhan ulama-ulama terkenal baik dari kalangan al-Jawi (Melayu) maupun dari kawasan lain.

 

Puas menuntut ilmu di tanah suci Mekah, ia pulang ke kampung halamannya di Minangkabau untuk meneruskan perjuangan ayahandanya, mengajar di pesantren ayahandanya, walau kemudian ia lebih melebarkan sayapnya berkiprah di dunia yang lebih luas, yakni dunia pendidikan, keagamaan, juga dunia politik. Sebagaimana telah di ketahui, Syeikh Abbas Ladang Lawas adalah pendiri Jam’iyah Perti (Perhimpunan Tarbiyah Islamiyah) 20 Mei 1930 bersam-sama Syeikh Sulaiman ar-Rasuli dan Syeikh Jamil Jaho (Trio Pendiri Perti). Sebagai putra pendiri organisasi Islam ini wajar sekali apabila Kiai Sirajuddin Abbas meneruskan perjuangan mereka, bahkan sempat tampil sebagai Ketua Umum Perti (1935). Jabatan ini di pertahankan terus sampai Perti menjadi sebuah partai politik (Partai Islam Perti) 1951. Ia pernah pula menjadi anggota parlemen mewakili Perti dan pernah menjabat Menteri Negara mewakili partainya. Jabatan ini dipegangnya hingga awal Orde Baru, ketika menjadi perpecahan dalam tubuh partai Perti, karena sebagian Pengurus Pusat Perti termasuk KH. Sirajuddin Abbas dianggap terlalu dekat dengan kelompok kiri.

 

Kiai Sirajuddin Abbas termasuk ulama Syafi’iyah yang sangat kukuh melestarikan dan mengembangkan mazhab Syafi’i, baik melalui jalur pendidikan, keagamaan maupun jalur politik. Setelah diproklamirkannya kemerdekaan Indonesia, berdirilah partai-partai politik di Indonesia dengan berbagai asas dan landasannya. Begitu pula Perti, yang asalnya merupakan jam’iyah diniyah sebagaimana Nahdlatul Ulama menjelma menjadi sebuah partai politik tersendiri tanpa bergabung dengan Masyumi dengan nama Partai Islam Perti berlambangkan masjid dan bintang. Partai ini tetap mencantumkan Islam Ahlussunnah Wal Jama’ah sebagai asas partainya dengan mengikuti mazhab Syafi’i.

 

Kiai Sirajuddin Abbas meneruskan perjuangan generasi pendiri organisasi itu dengan tetap pada prinsip semula. Ia mengubah perjuangan Perti tidak saja dalam dunia sosial pendidikan dan kebudayaan tetapi juga bidang politik. Partai Islam Perti terhitung partai keci. Tetapi dibawah kepemimpinan Kiai Sirajuddin Abbas, partai ini tetap eksis dan diperhitungkan oleh kelompok Islam lainnya. Bahkan bersama NU dan PSII (minus masyumi), Perti berhasil mendirikan Liga Muslim dengan tokoh-tokohnya Kiai Wahid Hasyim, Kiai Sirajuddin Abbas dan Abi Kusno Cokrosuyoso (1952), tetapi liga ini tidak dapat berjalan secara efektif dan akhirnya pudar.

 

Sebagai seorang ulama dan politisi, KH Sirajuddin Abbas memiliki banyak pengalaman di bidang politik maupun keagamaan. Ia banyak berkunjung ke berbagai negara asing, baik melalui kunjungan resmi (kenegaraan) sebagai anggota lembaga legislatif (Dewan Perwakilan Rakyat) maupun kunjungan kerja lain dalam missi keagamaan. Di antara negara yang pernah dikunjunginya antara lain Arab Saudi, Mesir, Yaman, Libanon, Syiria, Irak, Iran, Pakistan, Kazakstan, Turkistan, Turkmenia, Sin Kiang, Aljazair, dan Maroko. Mustahil apabila tokoh ini tidak memiliki pengalaman yang cukup di bidang politik maupun kemasyarakatan. Karena kedekatannya dengan tokoh-tokoh politik kiri, yang tentunya demi kepentingan politiknya dan eksistensinya Perti sebagai partai kecil, maka ia sering dicap sebagai sel dari PKI dan kelompok kiri lainnya.

 

Walaupun KH Sirajuddin Abbas banyak terlibat dalam kegiatan praktis, tetapi ia tidak pernah melupakan kegiatan keagamaan. Semasa menjadi partai politik, Perti juga tetap menangani masalah keagamaan, sosial dan pendidikan, sebagaimana peran yang diambil oleh Nahdlatul Ulama. Memang kedua organisasi ini termasuk kelompok organisasi Islam tradisional di samping Al Wasliyah, Nahdlatul Wathan dan beberapa organisasi Islam berskala lokal.

 

KH Sirajuddin Abbas tercatat sebagai ulama terkemuka bukan lantaran pondok pesantren yang dipimpinnya, bukan karena ia seorang orator yang memukau publiknya,bukan pula karena ia tokoh partai politik Islam atau politisi. KH Sirajuddin Abbas dikategorikan sebagai ulama besar karena ia seorang ulama muallif (pengarang) yang bukunya dipergunakan sebagai rujukan berbagai pihak dari kalangan ulama Islam dalam mempelajari ilmu keislaman khususnya Ahli Sunnah wal Jamaah dan mazhab Syafi’i. Bayangkan saja, tokoh-tokoh ulama, cendekiawan sampai mahasiswa dan pelajar dari kalangan Nahdlatul Ulama (sebagai organisasi Islam terbesar di Indonesia) banyak mengikuti pendapat KH Sirajuddin Abbas yang ditulis dalam buku-bukunya. Mereka mengikuti pemikiran KH Sirajuddin Abbas tanpa memandangnya sebagai pemimpin organisasi Islam yang kecil semacam Perti, tetapi semata-mata karena keulamaannya.

 

Di antara karya ilmiah KH Sirajuddin Abbas yang banyak dibaca orang adalah I’tiqad Ahlussunnah wal Jama’ah yang mengupas tentang firqah-firqah faham dalam bidang akidah keislaman yang 73 aliran. Di antara yang paling tepat adalah Ahlussunnah wal Jama’ah. Begitu pula kitab 40 Masalah Agama (4 jilid) banyak mengupas persoalan-persoalan fikih yang dibahasnya secara argumentatif menurut faham mazhab Syafi’i. Kitab ini banyak dipergunakan di masyarakat Islam, baik di kalangan intelektual maupun orang awam.

 

Sebahagian karya ilmiah KH Sirajuddin Abbas ditulis dalam bahasa Arab sebagian lagi dalam bahasa Indonesia. Kitab-kitab kuning berbahasa Arab yang ditulis KH Sirajuddin Abbas adalah:

 

~ Siraj al-Munir, berisi fikih Syafi’i terdiri 2 jilid.

~ Jawahir Ilm an-Nafs, berisi ilmu jiwa ditinjau dari ajaran Islam.

~ Siraj al-Bayan fi Fihrasati Ayat al-Qur’an, berisi tentang pembahasan ayat-ayat Al-Qur’an untuk memudahkan orang mempelajari kitab suci itu.

~ Bidayah al-Balaghah, tentang ilmu balaghah dan bayan (retorika).

~ Khulashah Tarikh al-Islam, tentang sejarah Islam.

~ Ta’limul Insya’.

 

Karya-karyanya dalam bahasa Indonesia antara lain:

 

~ I’tiqad Ahlussunnah wal Jama’ah

~ 40 Masalah Agama, terdiri 4 jilid besar.

~ Thabaqatus Syafi’iyah, yang berisi untaian ulama-ulama Syafi’iyah dari zaman ke zaman, termasuk sejarah singkat dan karya-karyanya.

~ Sejarah dan Keagungan Mazhab Syafi’i, juga pembelaan terhadap mazhab ini di Indonesia.

 

KH Sirajuddin Abbas tetap berkhidmat dalam perjuangan Islam melalui kegiatan karya ilmiah maupun kegiatan keagamaan lain yang praktis sampai usia lanjut. Ulama ini wafat di Jakarta tanggal 27 Agustus 1980 dalam usia 75 tahun, usia yang bisa dikatakan lanjut untuk manusia masa kini. Walaupun ia telah wafat, tetapi pengaruhnya tetap hidup di kalangan umat, selama karya-karyanya masih tetap dibaca oleh kaum muslimin. Bagaimanapun juga KH Sirajuddin Abbas merupakan salah seorang ulama pembela mazhab Syafi’i yang gigih di Indonesia walaupun banyak yang menilai karya-karyanya lebih bersifat doktrinal dan bahkan apologis untuk Ahlussunnah wal Jama’ah terutama dalam bidang fikih mazhab Syafi’i.

 

SUMBER:

http://pondokhabib.wordpress.com/2011/02/24/biografi-kh-sirajuddin-abbas-1905-1980/