Thursday, 17 May 2012

Karya Bahasa Arab Sheikh Ahmad al-Fathani












Kitab karangan Syeikh Ahmad AL-Fathani mengenai Feqah yang ditulis dalam Bahasa Arab.






 

Adalah suatu penyelidikan yang keliru oleh beberapa penulis yang mengatakan Syeikh Ahmad al-Fathani meninggalkan karya lebih kurang 16 buah saja. Menurut kajian penulis sendiri, barangkali boleh ditambah ‘0’ di belakangnya, bererti menjadi 160. Bahkan lebih banyak daripada yang tersebut itu.

Karya Sheikh Ahmad al-Fathani terbahagi kepada tiga bentuk iaitu:

A. Tulisan dalam bahasa Arab

B. Tulisan dalam bahasa Melayu

C. Kitab-kitab yang ditashhihnya termasuk beberapa bahasa daerah disesuaikannya dengan bahasa Melayu yang berlaku menurut zamannya. Kitab-kitab yang ditashhihnya terdiri pula kepada dua bahagian iaitu dalam bahasa Arab dan dalam bahasa Melayu.

Jumlah karya Syeikh Ahmad al-Fathani sebenarnya tidak diketahui kerana sebahagian besar koleksi manuskrip karya beliau atau orang lain yang dipindahkan dari Mekah ke Jambu, Patani oleh anaknya Kadi Haji Wan Ismail Al-Fathani telah musnah dalam Sungai Jambu dalam tahun 1970.

Beberapa naskhah pula diambil oleh beberapa orang yang tinggal di rumah beliau di Mekah yang kemudiannya membawa pulang ke tempat asal mereka. Manuskrip yang dapat diselamatkan hanyalah sebahagian kecil. Itu pun yang dibawa oleh Tuan Guru Haji Mahmud dari rumah Sheikh Ahmad al-Fathani di Mekah ke Gajah Mati, Pendang, Kedah. Ada juga yang dibawa ke Kepulauan Riau oleh anak beliau sendiri, iaitu Hajah Wan Zainab.

Seluruh karya Sheikh Ahmad al-Fathani yang telah diperolehi ataupun maklumat tentangnya yang telah diketahui akan dibicarakan dalam artikel ini. Karya yang ditulisnya dalam bahasa Arab diusahakannya sejak umurnya masih muda belia, ketika ia masih belajar di Baitulmaqdis dan Mesir.

Selanjutnya setelah pulang ke Mekah baru beliau menulis dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun karyanya yang pertama yang ditulis ketika berusia 15 tahun ditulis dalam bahasa Melayu.

 

Karya

Berikut adalah sebahagian senarai karya-karyanya yang diketahui ditulis dalam bahasa Arab:

lJumanatut Tauhid, tahun 1293 H/1876 M di Mesir. Disalin semula pada malam Ahad, pukul 8.12, pada 27 Ramadan 1312 H/24 Mac 1895 M. Ditemui hanya dua salinan selain yang disebut itu, sebuah salinan milik anak beliau Kadi Wan Ismail al-Fathani dan sebuah lagi milik anak saudara sepupu pengarang, iaitu Tuan Guru Haji Abdul Qadir Senawi al-Fathani.

Jumanat al-Tauhid ditulis dalam bentuk puisi terdiri daripada 184 bait. Pada halaman muka Sheikh Ahmad al-Fathani menegaskan bahawa beliau bermazhab Syafie dalam fiqh, Ahli Sunnah wal Jamaah (Al-Asy’ariyah dan al-Maturidiyah) dalam akiidah, dan bertarekat dengan Tarekat Syathariyah dalam tasauf.

lMunjiatul ‘Awam li Manhajil Huda minazh Zhalam, diselesaikan penulisannya pada malam Jumaat, selepas sembahyang Isyak, 12 Rabiulawal 1293 H/7 April 1876 M di Mesir. Hanya dijumpai sebuah manuskrip salinan Tuan Guru Haji Mahmud bin Yusuf Juani, Gajah Mati, Kedah.

Risalah ini juga dalam bentuk puisi Arab, yang terdiri dari 102 bait, dua rangkap-dua rangkap. Kandungannya juga mengenai akidah tetapi beberapa perbicaraannya adalah berbeza dengan Jumanat al-Tauhid.

lAts-Tsimarusy Syahiyah fi ma la Yastaghnal Mubtadi-una ‘anhu min Masa-ilin Nahwiyah, diselesaikan di Mesir. Tanpa dinyatakan tarikh pada manuskrip, tetapi pada manuskrip milik Abdul Lathif bin Zainal Abidin al-Fathani. Tarikh pada halaman muka dinyatakan 1294 H/1877 M.

Risalah ini yang berupa cetakan pernah dikembarkan dengan cetakan Abniyatul Asma’ wal Af’al dan Ar-Risalatul Fathaniyah. Semua cetakan dilakukan di Patani dan di Kelantan tetapi Abniyatul Asma’ wal Af’al dan Ar-Risalatul Fathaniyah dicetak di Timur Tengah dan risalah ini tidak tercantum. Risalah nahwu tersebut ditulis dalam bentuk puisi terdiri dari 99 bait.

lSyarhuts Tsimarusy Syahiyah, tidak sempat diselesaikan. Dijumpai hanya satu manuskrip asli pada 26 Jamadilawal 1425 H/14 Julai 2004 M di rumah sepupu beliau, Sheikh Wan Ibrahim bin Abdul Qadir bin Mushthafa al-Fathani.

lManzhumatul ‘Awamil, selesai ditulis pada Jumaat, 19 Syaaban 1296 H/8 Ogos 1879 M. Hanya diperolehi sebuah manuskrip asli saja. Kitab ini mengenai ilmu nahu yang terdiri dari 69 bait. Risalah ini adalah usaha Sheikh Ahmad al-Fathani merubah karya Sheikh Abdul Qahir al-Jurjani (wafat 471 H) daripada bentuk prosa kepada bentuk puisi.

l‘Unqudul La-ali, selesai ditulis pada Selasa, 23 Syaaban 1296 H/12 Ogos 1879 M. Hanya diperolehi satu manuskrip asli saja. Juga mengenai ilmu nahu digubah dalam bentuk puisi yang terdiri daripada 98 bait.

lTas-hilu Nailil Amani, tahun 1300 H/1882 M di Mekah. Tashilu Nailil Amani atau dengan judul lain Tasrihul Ghawanil fi Syarhil ‘Awamil, selesai ditulis bertepatan dengan azan zuhur, 12 Rabiulawal 1300 H/21 Januari 1883 M. Cetakan pertama diusahakan oleh Mathba’ah al-Bahiyah, Mesir, 1301 H/1883 M manakala cetakan ketiga pula oleh Mathba’ah al-Miriyah al-Kainah, Mekah, 1317 H/1899 M.

Termasuk juga cetakan mutawal oleh Dar al-Kutub al-‘Arabiyah al-Kubra, Mesir, 1325 H/1907 M. Ada lagi cetakan pertama untuk Mathba’ah al-Khairiyah, Mesir pada 1331 H/1912 M. Sejak cetakan pertamanya pada tahun 1301 H/1883 M sehingga kini, kitab tersebut masih dicetak terus oleh pelbagai percetakan termasuk beberapa percetakan di Surabaya, Bandung, Singapura, Pulau Pinang, Patani, Bangkok, dan lain-lain.

Kitab nahwu karya Sheikh Ahmad al-Fathani ini masih dijadikan bahan mengajar di beberapa tempat di dunia Islam.

lSyarh Matnis Sakhawi, diselesaikan penulisannya dalam tahun 1304 H/1886 M. Hanya diperolehi sebuah naskhah asli. Kitab ini membicarakan ilmu matematik.

lSyarh Wasilatith Thullab li Ma’rifati A’malil Laili wan Nahar, diselesaikan penulisannya dalam tahun 1305 H/1887 M. Hanya diperolehi sebuah manuskrip yang membicarakan ilmu falak.

lSabilus Salam fi Syarhi Hidayatil ‘Awam, diselesaikan penulisannya pada Jumaat, 9 Jamadilawal 1306 H/12 Januari 1889 M di Mekah. Ditemui tiga manuskrip, sebuah yang asli, bertulis tangan, sebuah salinan Tuan Guru Haji Abdul Qadir Senawi tetapi salinan ini telah hilang di Kota Bharu, Kelantan dalam tahun 1391 H/1971 M. Terdapat sebuah lagi salinan Tuan Guru Haji Mahmud bin Yusuf Juani, tetapi tidak sempat diselesaikan penyalinannya.

Diriwayatkan bahawa kitab ini pernah dicetak di Mekah dan diajar oleh Sheikh Ahmad al-Fathani di Masjidil Haram. Kitab syarah mengenai tauhid itu adalah syarah karya gurunya Sheikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki. Sheikh Ahmad al-Fathani mensyarahkannya atas perintah gurunya itu.

lAl-Ibrizush Shirfi fi Fannish Sharfi, diselesaikan penulisannya pada Isnin, 4 Jamadilawal 1308 H/16 Disember 1890 M. Manuskrip asli bertulis tangan Syeikh Ahmad al-Fathani, ditemui dua buah dan yang sebuah lagi disalin dalam tahun 1310 H/1892 M. Terdapat pula sebuah salinan yang diusahakan oleh Abdul Hamid Tungkal dan kerja-kerja penyalinan dilakukan di Gajah Mati, Pendang, Kedah.

Kitab ini hanya sekali dicetak yang dilakukan oleh The United Press, Pulau Pinang atau usaha saudara sepupu Sheikh Ahmad al-Fathani, iaitu Sheikh Ibrahim/Pak Cu Him Kedah. Kitab yang membicarakan ilmu sharaf ini mempunyai catatan yang panjang, sehingga catatannya lebih panjang daripada kandungannya sendiri.

lGhayatul Idrak fil ‘Amal bi Kuratil Aflak, diselesaikan penulisannya pada Isnin, 7 Rejab 1313 H/24 Disember 1895 M. Terdapat dua manuskrip asli tulisan tangan Sheikh Ahmad al-Fathani.

l‘Ilmush Sharf, diselesaikan penulisannya pada Isnin, 21 Syaaban 1317 H/25 Disember 1899 M. Hanya ditemui salinan yang dibuat oleh anak beliau, iaitu Kadi Haji Wan Ismail al-Fathani, yang diselesaikan penulisannya pada Jamadilawal /Jamadil Akhir 1318 H/September/Oktober 1900 M.

Pada mulanya manuskrip ini dibuang ke Sungai Jambu tetapi dapat diselamatkan oleh ahli waris Sheikh Ahmad al-Fathani. Kejadian tersebut terjadi dalam tahun 1970. Kitab mengenai sharaf ini ditulis dalam bahasa Arab dan disertakan maksudnya dalam bahasa Melayu.

lAbniyatul Asma’ wal Af’al. Dijumpai hanya sebuah manuskrip asli. Beberapa percetakan di Patani, Kelantan dan Bangkok sentiasa menggabungkan karya beliau itu dengan Ar-Risalatul Fathaniyah. Semua cetakan tersebut terdapat taqrirat, saudara sepupu beliau, iaitu Sheikh Ismail/Pak De El bin Sheikh Abdul Qadir al-Fathani, sedangkan pada manuskrip tidak ada.

lMatnu Dhammin wa Madkhal, ditemui sebuah manuskrip yang asli dan jauh lebih lengkap daripada yang pernah diterbitkan. Manuskrip tersebut tidak menyertakan ertinya dalam bahasa Melayu sedang yang pernah diterbitkan setiap perkataan Arab disusuli ertinya dalam bahasa Melayu.

Selain itu ditemui sebuah ‘contoh’ naskhah untuk cetakan pertama yang merupakan pembacaan pruf yang disemak oleh Sheikh Ahmad al-Fathani sendiri yang dipenuhi dengan catatan-catatan pembetulan. Kitab ini pernah diterbitkan oleh Al-Ahmadiah Press, Singapura dengan meletakkan nama Muhammad Shiddiq, Sapat, Inderagiri sebagai pengarangnya dan ini menimbulkan suatu kekeliruan.

Edisi cetakan kitab ini sangat banyak, sama ada cetakan di Timur Tengah maupun di Asia Tenggara tetapi semuanya tidak mencantumkan nama Sheikh Ahmad al-Fathani selaku pengarangnya.

lAr-Risalatul Fathaniyah. Dijumpai hanya sebuah manuskrip asli. Cetakan-cetakannya sama seperti keterangan di atas. Kedua-dua risalah yang berbentuk matan itu masih diajarkan di beberapa buah pondok di Kelantan, Kedah, Patani, Bangkok dan Burma.

Terdapat dua syarah kitab ini, sebuah syarah oleh Sheikh Ahmad al-Fathani sendiri, tidak sempat diselesaikan. Sebuah lagi berjudul Ibanatul I’rabiyah fi Syarh Ar-Risalatul Fathaniyah oleh Haji Abdul Qadir Senawi.

lSyarh Matnir Risalatil Fathaniyah, tidak sempat diselesaikan. Dijumpai hanya sebuah manuskrip asli pada 26 Jamadilawal 1425 H/14 Julai 2004 M di rumah sepupu beliau, Sheikh Wan Ibrahim bin Abdul Qadir bin Mushthafa al-Fathani. Manuskrip itu dalam keadaan rosak.

lTadrijush Shibyan, tanpa catatan tahun. Dijumpai hanya sebuah manuskrip asli. Kandungannya membicarakan ilmu balaghah. Risalah ini dulunya pernah dicetak di Makkah dan Mesir.

lIlmu Isti’arah, dinamakan juga Matnul Bayan, tanpa catatan tarikh. Dijumpai tiga buah manuskrip asli. Dua buah dilengkapi dengan catatan yang panjang dan sebuah tanpa catatan. Selain itu dijumpai lagi tiga naskhah salinan, yang dilakukan oleh anak beliau Kadi Haji Wan Ismail al-Fathani, Haji Abdul Qadir Senawi al-Fathani dan naskhah salinan Haji Mahmud bin Yusuf Juani. Cetakan risalah ini yang dijumpai adalah cetakan pertama oleh Mathba’ah al-Miriyah al-Kainah, Makkah, dalam tahun 1325 H/1907 M yang digabungkan dengan Janiyatuts Tsmarat karya Sheikh Tengku Mahmud Zuhdi bin Abdur Rahman al-Fathani.

Judul yang diberikan pada cetakan ini ialah Risalah Tata’allaqu bi ‘Ilmil Isti’arat. Dicetak pula di bahagian tepi kitab Syarhu Tadrijis Shibyan ila Tasywiqil Bayan karya Sheikh Tengku Mahmud Zuhdi bin Abdur Rahman al-Fathani.

Dicetak oleh Mathba’ah al-Miriyah al- Kainah, Mekah, dalam tahun 1332 H/1913 M, judul yang diberikan pada cetakan ini ialah Matnul Bayan. Dicetak pula oleh Mathba’ah al-Kamaliyah, Kota Bharu, Kelantan.

Disebut pada kulit muka, “Cetakan kali yang pertama ini dengan belanja Haji Wan Ismail anak mualif....” Dinyatakan bahawa naskhah tersebut ditashhih-kan oleh murid beliau, ialah Al-Fadhil Al-Haji Awang (Yusuf) Kenali atau maksudnya adalah Tok Kenali. Di halaman belakang naskhah tersebut dinyatakan selesai dicetak pada 19 Jamadilawal 1349 H/11 Oktober 1930 M. Pada cetakan ini digunakan judul Ar-Risalatu Tata’allaqu biha ‘Ilmul Isti’arah.

lJadwal Mawaqi, tanpa tahun. Hanya ditemui sebuah manuskrip asli.

lFaidah Buruj Itsna ‘Asyara, tanpa catatan tahun. Hanya ditemui sebuah manuskrip asli.

lMishbahul Ghulam, belum diketemui.

lKhawashu Asmail Husna, tanpa ada catatan tarikh. Hanya ditemui sebuah manuskrip asli.

lManzhumatut Tauhid wal Fiqh wat Tashawul. Hanya ditemui sebuah manuskrip tetapi tidak lengkap. Ditulis dalam bentuk puisi.

lIlmu Fiqh Islami, tanpa catatan tahun.

lIlmu Tasauf, tanpa catatan tahun.

lSyarah Syarwani, tanpa catatan tahun. Belum pernah penulis lihat, tetapi diketahui berdasarkan cerita Ustaz Haji Abdur Rahman bin Abdul Qadir al-Fathani (di Mekah 1979). Kitab tersebut adalah antara kitab bekas koleksi Sheikh Ahmad al-Fathani yang dibuang ke Sungai Jambu dalam tahun 1970. Ustaz Haji Abdur Rahman al-Fathani yang kebetulan berdiri di tepi sungai tersebut dapat menyelamatkan kitab Syarah Syarwani daripada musnah dan kini ada dalam simpanan beliau.

lAl-Fatawal Fathaniyah, tanpa ada catatan tarikh. Hanya ditemui sebuah manuskrip tetapi tidak lengkap. Al-Fatawal Fathaniyah boleh ditemui dalam dua bahasa, iaitu bahasa Arab dan bahasa Melayu. Karya yang ditulis dalam bahasa Arab adalah kumpulan pertanyaan dan jawapan oleh Sheikh Ahmad al-Fathani, iaitu pertanyaan yang datang dari seluruh dunia Islam sedang pertanyaan yang dalam bahasa Melayu datang dari dunia Melayu saja.

lAs-Siyasatu wat Tadbir, ditemui manuskrip yang tidak lengkap. Kitab ini penting kerana membicarakan perkara-perkara politik dan pentadbiran zaman pemerintahan Melayu dan Islam.

lAl-Lam’atun Nuraniyah wan Nafahatul Miskiyah, hanya ditemui halaman pertama saja, di Menara, Patani, pada Oktober 1992. Kandungan kitab ini ialah mengenai sejarah Nabi Muhammad SAW.

 

SUMBER:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0616&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Wednesday, 16 May 2012

Sheikh Ahmad Al-Fathani dan ilmu hisab












Lembaran ekonomi dan matematik Sheikh Ahmad al-Fathani.

PENDAHULUAN

PEMIKIRAN Sheikh Ahmad al-Fathani dalam pelbagai bidang ilmu sememangnya amat panjang untuk dibicarakan. Artikel ini masih lagi berkisar tentang pemikiran-pemikiran beliau berkenaan hal demikian. Kali ini dibicarakan pemikiran-pemikiran Sheikh Daud al-Fathani dalam tiga bidang ilmu, iaitu ilmu berkaitan hisab/falakiyah, waktu dan falsafah.

SHEIKH AHMAD AL-FATHANI DAN ILMU HISAB/FALAKIYAH
Penglibatan Sheikh Ahmad al-Fathani dalam bidang ilmu hisab boleh diketahui dengan mengkaji karyanya yang berjudul Al-Fatawal Fathaniyah.

Tidak banyak ditemui pembicaraan beliau tentang ilmu hisab itu dalam bahasa Melayu. Ini kerana Sheikh Ahmad al-Fathani lebih banyak menulisnya dalam bahasa Arab.

Tulisan beliau dalam bahasa Arab mengenai ilmu hisab dimulai dengan penerbitan kitab Matn as-Sakhawiyah fi ‘Ilmil Hisab karya Sheikh Abdul Qadir as-Sakhawi. Penerbitan dan pentahqiqan dilakukan pada tahun 1304 H/1886 M. Kemudian kitab tersebut beliau syarah pula dalam bahasa Arab.

Selain ilmu hisab yang biasa, yang dapat kita samakan dengan matematik, ada lagi ilmu hisab yang sangat erat hubungannya dengan ilmu falak. Ilmu hisab dan ilmu falak lebih banyak ditulis oleh Sheikh Ahmad al-Fathani berbanding ilmu hisab yang bercorak matematik. Karya beliau yang jenis kedua itu juga ditulis dalam bahasa Arab. Dalam tahun 1305 H/1887 M, Sheikh Ahmad al-Fathani telah mentahqiqkan kitab Wasilatut Thullab li Ma‘rifati A’mal al-Lail wa an-Nahar bi Thariq al-Hisab karya Syeikh al-Khaththab.

Pada tahun 1313 H/1895 M diselesaikan pula pentahqiqan kitab Ghayah al-Idrak fi al-‘Amal bi Kurah al-Aflak. Dalam tahun 1315 H/1897 M, kitab yang sama ditulis kembali dengan beberapa tambahan. Terdapat sebuah lagi karya Sheikh Ahmad al-Fathani yang terbesar mengenai ilmu hisab dan falak berjudul ar-Rubu’ al-Mujaiyab, tetapi tidak sempat diselesaikan. Selain karya-karya yang tersebut, Syeikh Ahmad al-Fathani juga menyelesaikan beberapa tulisan mengenai ilmu tersebut.

Berkembang- nya ilmu hisab dan falak di dunia Melayu pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 Masihi adalah hasil peranan beberapa orang murid yang pernah belajar ilmu tersebut daripada Sheikh Ahmad al-Fathani di Mekah.

Di antara mereka yang terkenal dalam disiplin ilmu hisab dan falak ini ialah, Sheikh‘Abdur Rahman Gudang al-Fathani, Sheikh Muhammad Nur al-Fathani, Haji Umar bin Ismail Nuruddin Kelantan, Sheikh Thahir Jalaluddin al-Azhari al-Falaki, Sheikh Jamil Jambek, Haji Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang dan ramai lagi.

Perlu juga penulis sebutkan bahawa hanya terdapat dua ulama dunia Melayu yang menjadi pengajar ilmu hisab dan falak di Mekah pada zaman itu. Mereka ialah Sheikh Ahmad al-Fathani dan Sheikh Ahmad Khathib Minangkabau.

Setelah Sheikh Ahmad al-Fathani meninggal dunia (1325 H/1908 M), Sheikh Ahmad Khathib Minangkabau meneruskan aktiviti pengajaran ilmu itu. Pada waktu yang sama muncul nama Sheikh Muhammad Nur al-Fathani. Sewaktu Sheikh Ahmad al-Fathani masih hidup, Syeikh Muhammad Nur al-Fathani sudah mula mengajar ilmu itu tetapi masih belum begitu dikenali.

Pemikiran tentang Ilmu Hisab/Falakiyah
Pemikiran mengenai ilmu Hisab/Falakiyah ini dapat dilihat melalui karya beliau dari kitab Al-Fatawa Al-Fathaniyah.

Menurut beliau mengenai perkara tersebut, iaitu: “Ketahui olehmu, Bahawasa yang dikehendaki dengan hisab, yang bersalahan ‘ulama’ pada harus ia beramal dengan hisabnya pada puasa dan berbuka, iaitu: orang mengetahui ia akan segala manazil bulan dan segala darjahnya, dan segala daqaiqnya. Dan mengetahui ia akan turun bulan pada segala manazil, dan takdir perjalannya padanya. Dan mengetahui ia akan segala buruj, dan perjalanan matahari padanya. Dan mengetahui akan qausul irtifa’, dan jauh negeri itu dari khatulistiwa.

“Dan yang lain daripada yang tersebut itu beberapa perkara lagi, terhenti atas mengetahuinya pada ‘ulama’ falak. Maka apabila mengetahui ia akan segala perkara itu sekeliannya, mengetahuilah ia akan ketika berhimpun matahari dan bulan, dan berhadap keduanya dan bercerai.

“Maka mengetahuilah ia pada ketika itu, bahawasa bulan ada maujud pada malam itu, atau tiada. Inilah yang dikehendaki dengan hisab yang tersebut pada perkataan fuqaha’. Ada pun mereka yang tiada mengetahui ia akan segala perkara yang tersebut itu, dan mengambil ia daripada jadual atau daerah yang dihantarkan dia bagi mengetahui segala awal bulan atau me[n]taqlid ia akan mereka yang menghantarkan yang tersebut itu, maka orang yang tersebut itu tiada khilaf pada ketiadaan shah amalnya. Kerana tiada dinamakan dia hisab.

“Ada pun orang yang hisab, maka berkhilaf ‘ulama’ padanya. Dan hasilnya bahawasanya Sheikh Ibnush Shalah dan jumhur al-‘ulama’ cenderung mereka itu ketiadaan harus ia beramal dengan hisabnya sekali-kali dengan ketiadaan tafshil. Dan cenderung kepadanya oleh Ibnu Qasim pada Fat-hul Ghaffar.

Dan kata Imam Nawawi pada Majmu’ dan Syeikh Ibnu Hajar pada Tuhfah bahawasanya harus baginya beramal dengan hisabnya bagi dirinya dan tiada memadakan dia daripada bulan Ramadan apabila nyata keadaan hari itu daripada bulan Ramadan.

Kata Sheikh Ramli, harus beramal bagi dirinya dan memadakan dia daripada bulan Ramadan. Ada pun taklidnya, maka tidak harus pada Sheikh Ibnu Hajar dan Nawawi. Dan harus pada setengah daripada kitab yang bernama Al-Qaulush Shawab.

“Dan bermula ibarat Kurdi, bermula yang berlaku atasnya oleh Thablawi dan asy-Syihabur Ramli dan anaknya iaitu wajib beramal dengan yang demikian itu serta dengan memadai. Dan demikian itu tiap-tiap mereka yang mengkhabarkan oleh kedua-duanya dan ghalib atas sangkanya benar kedua-duanya.”

Pemikiran tentang Waktu
Pemikiran Sheikh Ahmad al-Fathani tentang waktu pula dapat dilihat melalui beberapa petikan-petikan dari karya beliau dari kitab Hadiqah al-Azhar dan surat kepada anaknya yang bernama Haji Wan Ismail al-Fathani.

Petikan Dari Hadiqah Al-Azhar
“Ketahui olehmu hai saudaraku, bahawasa ini permainan membawa ia kerugian yang amat banyak daripada kebajikan dunia dan akhirat. Jikalau difardukan bahawasanya tiada daripadanya meninggalkan sembahyang dan umpamanya, memadailah akan dikau kerugian. Bahawasanya lalu beberapa juzuk yang sangat mahal daripada umur engkau di dalam sia-sia yang tiada dapat dipulangkan sekali-kali. Dan jikalau manfaat engkau pada mengembalikan dia akan beberapa bukit daripada emas sekali pun. Maka sayugialah bagi yang akil (yang berakal) meninggalkan dia dan berhadap ia kepada segala yang memberi manfaat baginya pada dunia dan akhirat.”

Petikan Arkib Surat Menyurat,
Surat Kepada Anaknya (Haji Wan Ismail Al- Fathani)

“Mengetahui aku bahawasa engkau amat suka dan gemar berjalan, khususan pada malam. Dan tiada tersembunyi bahawa demikian itu membawa beberapa mudarat. Setengah daripadanya rugi muthala‘ah; dan hafaz dan mengaji misalan.

“ Jikalau engkau berjalan lepas Maghrib hingga pukul enam Arabi, malam, maka telah rugi daripada umur engkau. Hal keadaan sia-sia sekerat malam. Maka dalam sebulan telah rugi 15 malam. Dan di dalam setahun rugi engkau 180 malam. Bertambah pula beberapa rugi yang amat banyak daripada umur engkau yang lalu sia-sia dengan sebab engkau tinggal sehari atau sekerat hari. Sebelah pagi atau sebelah petang. Yang engkau sangkakan uzur engkau, padahal hanya semata-mata malas atau dengan sebab tiada ingat me[ng]hafaz yang jadi dengan sebab berjalan malam itu. Atau yang jadi dengan sebab mengantuk mata dengan bahawa duduk berjaga berjalan dan bercakap sama-sama kawan itu. Maka sekalian itu membawa kepada rugi umur daripada mendapatkan ma‘arif dan ‘ulum (ilmu pengetahuan).

“Hendaklah engkau bersungguh-sungguh pada menghasilkan akan ma‘arif dengan meninggalkan berjalan malam dan meninggalkan kuat bersuka-suka dengan ashhab (teman-teman)”.

SHEIKH AHMAD AL-FATHANI DAN FALSAFAH
Menurut seorang ulama Patani yang juga hafiz al-Quran iaitu Tuan Guru Haji Nik Abdullah bin Ahmad al-Jambui al-Fathani berkenaan Sheikh Ahmad al-Fathani dan falsafah, beliau menulis, “... Tok Wan Ngah (gelaran bagi Syeikh Ahmad al-Fathani) filosof Melayu Islam yang telah mengarang kitab- kitab Arab dan Jawi di Mekah, dan guru bagi alim-ulama Melayu pada zaman dahulu ...”

Ini bererti, Sheikh Ahmad al-Fathani adalah seorang yang pernah mempelajari falsafah dan memahaminya secara mendalam dan pernah membicarakan ilmu itu dalam beberapa tulisannya.

Oleh kerana beliau ialah seorang ulama yang berpegang teguh dengan Ahli Sunnah wal Jama‘ah mengikut ajaran dua orang Imam akidah, iaitu Syeikh Abu Hasan al-Asy’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi, maka beliau menolak pegangan ahli falsafah yang bertentangan dengan akidah Islam.

Falsafah yang dipegang oleh Sheikh Ahmad al-Fathani adalah berpedomankan aliran yang digariskan oleh Hujjatul Islam Imam al-Ghazali.

Sewaktu beliau mentashhih kitab Bidayah al-Hidayah karya Sheikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin Aceh, beliau menyebut bahawa ‘filosof’ itu adalah kepala ahli filsafat Yunani manakala golongan ‘falsafah’ itu adalah golongan kafir Rom ahli Yunani.

Sheikh Ahmad al-Fathani menegaskan bahawa ahli filsafat Rom Yunani itu adalah kafir kerana mereka tidak mahu mengikut syariat yang diajar oleh Nabi Musa pada zaman itu.

Ketika mentashhih kitab ad-Durr ats-Tsamin karya Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani, Sheikh Ahmad al-Fathani telah menyamakan pengertian ‘falasifah’ itu dengan mulhid, iaitu menurut beliau “suatu firqah yang membantahi pada agama dan menikam padanya”.

Dalam puisi beliau yang ditulis dalam bahasa Arab, Sheikh Ahmad al-Fathani menegaskan bahawa lima perkara menjadikan kufur golongan falasifah ialah:

- Bahawa mereka menafikan sifat-sifat ketuhanan.
- Bahawa setelah menafikan sifat-sifat ketuhanan, tiba-tiba mewajibkan makrifah.
- Mereka berpendapat bahawa alam adalah ada dengan sendirinya.
- Bahawa Tuhan tidak mengetahui bahagian-bahagian alam secara terperinci.
- Bahawa mereka menafikan berhimpun di Padang Mahsyar pada hari kiamat.

Pemikiran Tentang Falsafah
Pemikiran beliau mengenai falsafah dapat dilihat melalui beberapa petikan dari hasil karya-karya beliau. Berikut adalah petikan-petikan beliau tentang tersebut, iaitu:

Petikan dari Bidayah Al-Hidayah
Karya Sheikh Muhammad Zain Aceh, Taqrir Sheikh Ahmad Al-Fathani.

Ketika mentashhih Bidayah al-Hidayah dan ad-Durr ats-Tsamin Sheikh Ahmad al-Fathani menulis, “Falasifah, mereka itu satu kaum daripada kuffar Rom daripada ahli Yunani. Dan kepala mereka itu filosof. Berkata ia dengan “sedia roh dan alam.”

Dibangkitkan Nabi Musa pada zaman mereka itu. Maka menyeru ia akan mereka itu kepada syariatnya, maka enggan mereka itu dan engkar mereka itu. Maka bahawasa kami berkata seperti barang yang engkau berkata. Dan lebih lagi atas engkau kerana bahawasanya kami tiada mengharuskan akan sembelih binatang bersalahan kamu”.

Petikan Dari Ad-Durr Ats-Tsamin
Karya Sheikh Daud Bin Abdullah al-Fathani, Taqrir Syeikh Ahmad Al-Fathani.

“Mulhid, yakni falasifah, ambil dari kata ilhad. Dan iaitu cenderung daripada istiqamah. Ertinya i‘tiradh mereka itu dengan istiqamah atas istidlal Ahlus Sunnah, atas huduts segala jirim alam dengan huduts segala sifatnya. Maka berkata ahli falsafah, “Bermula alam itu qadim dan segala zatnya melainkan harakat jua. Makna mulhid itu suatu firqah yang membantahi pada agama dan menikam padanya”.

PENUTUP
Masih terdapat beberapa pemikiran Sheikh Ahmad al-Fathani dalam pelbagai bidang ilmu yang belum dibicarakan. Oleh itu, akan dilanjutkan seterusnya, yang mana ia menyentuh pemikiran beliau dalam ilmu perubatan, sejarah dan bahasan beliau tentang keturunan Bugis yang tersebar di kerajaan Melayu.

 

SUMBER:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0728&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Pemelihara khazanah ulama


Oleh: MOHD. RADZI MOHD. ZIN (WARTAWAN UTUSAN)

 










ALLAHYARHAM Wan Muhammad Shaghir Abdullah yang uzur dipapah selepas membentangkan kertas kerja di Muzakarah Alus Sunah Waljamaah oleh keluarga Rawa di Raub, Pahang, bulan lalu.






 

SETIAP Isnin, pasti ramai pembaca setia Ulama Nusantara tertunggu-tunggu apakah nukilan terbaru Wan Muhammad Shaghir Abdullah anak kelahiran Pulau Midai, Riau, Indonesia dalam ruangan Agama, Mega.

Bagaimanapun, kita pasti akan terasa kehilangan atau ketandusan tulisan dan manuskrip tokoh yang lebih dikenali sebagai Ustaz Wan Shaghir ini yang dipanggil menghadap Ilahi, semalam.

Beliau meninggal dunia akibat serangan strok pada pukul 10.50 pagi di rumahnya di Taman Melewar, Gombak pada usia 62 tahun.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hamidiah Abdul Majid, 48, dan enam orang anak.

Biarpun penulis tidak pernah bertemu mata, namun komitmen Allahyarham terhadap pengkajian ulama Nusantara amat mengagumkan.

Apa tidaknya, sejak tahun 1958 lagi Allahyarham mengembara dan mengumpulkan pelbagai bahan berkaitan biografi, pemikiran, ketokohan dan perjuangan, analisis teks, transliterasi kitab-kitab lama serta karya ulama silam.

Dalam uzur, Allahyarham menggagahkan diri membentang kertas kerja pada seminar-seminar baik yang diadakan di universiti mahupun oleh pihak lain di dalam dan luar negara.

Walaupun baru keluar dari hospital kira-kira dua minggu lalu, Allahyarham masih terus berkarya. Dan karya terakhir beliau telah dikirim ke ruangan Agama, Mega Rabu lalu untuk siaran 16 April ini.

Semalam, Allahyarham juga dijadual membentangkan kertas kerja pada suatu seminar di Terengganu.

Menurut Hamidiah, cinta suaminya terhadap bidang penulisan tidak pernah padam walaupun semasa terlantar sakit di rumah.

“Walaupun menaip dalam keadaan mata tertutup kerana sakit namun Allahyarham tetap terus berkarya menyiapkan bahan untuk Agama, Mega,” katanya.

Jodoh Allahyarham bersama Utusan Malaysia bermula sejak 12 Februari 2004. Ketika itu Ustaz Wan Shaghir berada di peringkat awal mengumpul, menyebar dan mengembangkan karya tokoh ulama Nusantara ke alam Melayu.

Karya sulung beliau yang disiarkan Utusan Malaysia ialah Syeikh Abdul Lathif Tambi Ulama gigih dan Dermawan.

Allahyarham juga adalah pengasas Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara Malaysia (Pengkaji) yang didaftarkan pada tahun 1996.

Persatuan ini juga berfungsi sebagai Pusat Penyelidikan dan Penyebaran Khazanah Islam Klasik dan Moden Dunia Melayu.

Bercakap soal penulis yang prolifik, tidak syak lagi Allahyarham adalah salah seorang contohnya. Apa tidaknya, sepanjang lebih tiga tahun bersama Utusan, lebih 100 karya kajiannya telah diterbitkan.

Ini tidak termasuk hasil kerja berbentuk transliterasi teks, kertas kerja, koleksi rencana yang disiarkan dalam buku dan majalah.

Karya-karya itu pula menjadi bahan rujukan bukan sahaja oleh para penuntut institusi pengajian tinggi tetapi juga di kalangan para pengkaji ilmu Islam antarabangsa.

Dalam temu bual bersama Utusan Malaysia pada 12 Februari, Allahyarham memberitahu, “seawal usia 12 tahun saya telah mula mengembara ke Kepulauan Riau dan Sumatera untuk membuat penyelidikan di samping mengikuti pengajian di beberapa pondok di sana.”

Sebenarnya, minat berkarya cucu kepada tokoh ulama yang tidak asing lagi, Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani ini dipupuk oleh ibunya Hajah Wan Zainab melalui cerita-cerita karamah tokoh ulama terulung silam.

Kelebihan Allahyarham ialah dari segi semangat mencari dan mengumpul bahan-bahan terutama khazanah yang tidak diperoleh daripada pihak lain kecuali dirinya.

Untuk itu, beliau menjelajah beberapa negara asal ulama tertentu seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan beberapa wilayah di Pattani dan Kalimantan Barat dalam usaha meneroka dan pencarian bahan-bahan ulama Nusantara. Malah, sanggup membelinya walaupun dengan harga yang mahal.

Di antara karya beliau ialah Sufi dan Wali Allah, Pusaka Penulisan al-Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani dan banyak lagi. Semuanya boleh didapati di Pengkaji.

Kini, semua usaha beliau hanya tinggal sejarah. Namun, alhamdulillah matlamat Allahyarham menyebar dan mengembangkan tokoh ulama silam ke alam Melayu telah berjaya.

Pemergian Allahyarham memang satu kehilangan kepada dunia ilmu Islam khususnya ulama Nusantara. Sebabnya, beliau semasa hayatnya bukan sahaja aktif berkarya tetapi terlibat menerbit, mencetak dan membentang kertas kerja.

Bagaimanapun, kita berharap Pengkaji yang diasaskan oleh Allahyarham akan meneruskan perjuangan yang murni ini.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Al-Fatihah.

 

SUMBER:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0413&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm&arc=hive

Tuesday, 15 May 2012

Ahli Hakikat Tidak Perlu Syariat?



Seseorang telah bertanya kepadaku: Katanya ada segolongan dari pengamal ilmu tarekat (hakikat) mendakwa bahawa mereka sudah tidak perlu bersholat, berpuasa, zakat atau mengerjakan haji kerana mereka sudah mencapai maqam haqiqat yang sebenar. Apakah benar dakwaan sebegini? Dan bolehkan mereka yang mendakwa sedemikian dijadikan ikutan?Kami (hamba Allah yang faqir algi haqir abu zahrah) menjawab: Dakwaan itu adalah bathil, kerana hakikat setinggi mana sekalipun tidak terpisah dengan syariat. Dakwaan tersebut dilontarkan bukan oleh golongan thoriqat, sebaliknya golongan bathiniah yang bertopengkan thoriqat, atau golongan thoriqat yang palsu. Ahli sufi atau ahli thoriqat yang hak tidak mendakwa sedemikian.Mari kita lihat apa kata para ulama’ terutamanya ulama’ tasawuf atau para masyaikh thoriqat yang mu’tabarah yang juga merupakan Kata-kata ulama berkenaan dengan syariat dan tasawuf (thoriqat/hakikat)

Syaikh al-‘Allamah al’Arifbillah Abi al-Qasim Abdul Karim bin Hawazin bin ‘Abdul Malik bin Talhah bin Muhammad al-Qusyairi an-Naisaburi menyebut di dalam kitab al-Risalah al-Qusyairiyah:
Telah berkata seorang lelaki kepada Junaid [al-Baghdadi]: Diantara ahli ma’rifah ada satu kaum yang mengatakan bahwa meninggalkan harakat [amal perbuatan – ubudiah] termasuk dalam bab berbuat baik dan taqwa. Maka Junaid [al-Baghdadi] berkata: Ini adalah perkataan orang-orang yang ingin menggugurkan ‘amal [menggugurkan taklif]. Dan mereka disisiku perkara ini besar. Dan sesungguhnyaorang yang mencuri dan berzina pun masih lebih baik daripada orang yang mengatakan hal tersebut kerana para arifbillah mereka memperoleh ‘amal dari Allah Ta’ala dan ber’amal kerana Allah Ta’ala. Dan andaikata aku hidup 1,000 tahun, aku tidak akan meninggalkan amal-amal kebajikan sebesar zarrahpun.

Syaikh Junaid al-Baghdadi berkata lagi:

علمنا هذا مقيد بالكتاب والسنة من لم يقرأ القرآن ويكتب الحديث لا يقتدى به في علمنا هذا

Manakala Abu Yazid al-Bistami pula berkata:
Andaikata kalian melihat seorang yang diberikan pelbagai karamah, hingga di dapat terbang diudara sekalipun, maka janganlah kamu terpedaya, hingga kalian melihat bagaimana dia mematuhi perintah, larangan dan menjaga batas-batas Allah (hukum-hukum Allah) dan bagaimana ia menjalankan syariat.

Imam Malik رضي الله عنه berkata:

مَنْ تصوف ولم يتفقه فقد تزندق، ومن تفقه ولم يتصوف فقد تفسق، ومن جمع بينهما فقد تحقق

Barangsiapa bertasawuf (berhaqiqat) dan tiada berfeqah maka dia zindiq, dan barangsiapa yang berfeqah tiada bertasawuf maka dia fasiq, dan barangsiapa yang menghimpun keduanya maka dia tahqiq. (Kitab sharh ‘ain al-ilm wa zain al-Hilm; Mulla Ali Qari)

Yang pertama dikatakan sebagia zindiq kerana ia melihat kepada haqiqat tanpa melaksanakan hukum-hukum syariat yang ditaklifkan kepadanya. Makakala yang kedua dikatakan sebagai fasiq kerana syariat zahirnya bagus namun bathinnya masih bergelumang dengan mazmumah, tiada keikhlasan pada amalannya. Dan ketiga itu dikatakan tahqiq kerana dia telah menghimpunkan diantara syariat dan haqiqat. Sempurna zahir dan bathinnya.

Telah berkata Abu Nuaim al-Asbahani didalam kitabnya Hilyatul Auliya:

كان أبو حفص يقول: من لم يزن أفعاله وأحواله في كل وقت بالكتاب والسنة، ولم يتهم خواطره فلا تعده في ديوان الرجال

Abu Hafs [Umar bin Salamah al-Haddad; wafat 260H/874M] berkata: Barangsiapa yang tidak menimbang perbuatannya dan ahwalnya setiap waktu dengan al-Kitab (al-Quran) dan as-Sunnah, dan tidak merasa syak terhadap lintasan-lintasan hatinya, maka ia tidak termasuk di dalam diwan al-rijal

Sultanul Auliya’ Shaikh Abdul Qadir al-Jilani رضي الله عنه berkata:



كل حقيقة لا تشهد لها الشريعة فهي زندقة. طِرْ إِلى الحق عز وجل بجناحي الكتاب والسنة، ادخل عليه ويدك في يد الرسول صلى الله عليه وسلم

Setiap haqiqat yang tidak disaksikan baginya dengan syariat, maka ia adalah zindiq. Terbanglah kepada al-Haq عز وجل dengan sayap al-Kitab dan as-Sunnah. Masuklah kepadaNya sedangkan tanganmu dalam gengaman tangan Rasulullah صلى الله عليه وسلم . – Fathur rabbani -


ترك العبادات المفروضة زندقة. وارتكاب المحظورات معصية، لا تسقط الفرائض عن أحد في حال من الأحوال-الفتح الرباني للشيخ عبد القادر الجيلاني

Meninggalkan ibadat yang fardhu adalah zindiq. Melakukan perkara yang terlarang adalah ma’siat. Tidak gugur akan kefardhuan daripada seseorang ketika ia berada di dalam satu hal diantara ahwalnya. - Fathur rabbani -

Shaikh Abdul Wahab ash-Sha’rani berkata di dalam Thabaqatul Kubra:

من دقق النظر علم أنه لا يخرج شىء من علوم أهل الله تعالى عن الشريعة وكيف يخرج والشريعة صلتهم إلى الله عز وجل في كل لحظة

Barangsiapa yang menghalusi penelitiannya terhadap ilmu tasawuf, ia mengetahui bahwasanya tidak terkeluar satupun daripada ilmu-ilmu ahlillah (ilmu shufi atau ilmu haqiqat) daripada landasan syariat. Dan bagaimana mereka boleh terkeluar daripada landasan syariat sedangkan ianya merupakan penghubung mereka kepada Allah pada setiap saat.

Shaikh Abul Hasan ash-Shadhuli رضي الله عنه berkata

إِذا عارض كشفُك الصحيح الكتابَ والسنة فاعمل بالكتاب والسنة ودع الكشف، وقل لنفسك: إِن الله تعالى ضمن لي العصمة في الكتاب والسنة، ولم يضمنها لي في جانب الكشف والإِلهام

Apabila kasyafmu bercanggah dengan al-Kitab (al-Quran) dan as-Sunnah, maka beramal dengan al-Kitab (al-Quran) dan as-Sunnah dan tinggalkan kasyaf itu. Dan katakanlah kepada dirimu: Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menjaminkan bagiku akan 'ismah (keterpeliharaan) al-Kitab (al-Quran) dan as-Sunnah, dan Dia tidak pernah menjamin tentang 'ismah kasyaf, ilham [kecuali jika kasyaf dan ilham itu tidak bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah].

Abu al-Hussin al-Warraq berkata:

لايصل العبد إلى الله الا بالله، وبموافقة حبيبه صلى الله عليه وسلم في شرائعه. ومن جعل الطريق إلى الوصول في غير الإقتداء يضل من حيث يظن أنه مهتد

Tiada sampai seseorang hamba kepada Allah melainkan dengan Allah dan mengikut syariat kekasihNYA, Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. Sesiapa yang menjadikan jalan untuk sampai kepada Allah tanpa mengikuti Rasulullah صلى الله عليه وسلم , dia akan sesat dalam keadaan dia menyangka diberi petunjuk oleh Allah.

Abu Said Ahamd bin Isa al-Kharraz (wafat 277H) berkata:

كل باطن يخالفه ظاهر فهو باطل

Setiap perkara yang bathin yang bercanggah dengan perkara yang dzahir (syariat), maka ia adalah bathil.


Demikianlah sebahagian daripada petikan dari kata-kata ulama’ besar tasawwuf yang mana ada dikalangan mereka hidup dizaman salafus sholeh dan mereka inilah merupakan diantara imam-imam shufi yang mu’tabar. Dek kerana kesibukan petikan diatas tidak sempat kami ulas lanjut. Namun ianya memadai untuk menjawab kemusykilan diatas. Sekian. والله أعلم





SUMBER:

Saturday, 12 May 2012

Bab Mandi Wajib



Ini bab pada menyatakan mandi, bermula (sebab-sebab) yang mewajibkan mandi itu (berlaku) salah suatu daripada 6 perkara.

 

3 daripadanya bersekutu (muafaqat) padanya laki-laki dan perempuan:

 

1)  Berjumpa 2 khitan (tempat bersunat laki-laki dan perempuan iaitu zakar dan faraj)

- yakni dighaibkan (dipermasukkan hingga ghaib)

- oleh (orang) yang hidup lagi wadhih (lelaki dan khunsa yang nyata kelakiannya) akan

- hasyafah zakarnya atau qadarnya (hasyafah) daripada yang terpotong hasyafahnya

- pada faraj qubul atau dubur (lelaki atau perempuan).

- Maka jadi orang yang di masukkan (hasyafah zakar) padanya (pada faraj qubul atau dubur)

- dan (orang) yang memasukkan (hasyafah zakar) berjunub

- dengan (sebab) dimasukkan (hasyafah zakar) yang tersebut.

- Demikian lagi (juga) jika dimasuk oleh umpama kera atau lainnya (binatang yang lain) daripada barang (binatang) yang tiada baginya hasyafah pada faraj anak adam (sama ada dubur bagi lelaki atau qubul dan dubur bagi perempuan)

- atau  dimasuk oleh laki-laki akan hasyafahnya atau qadarnya (hasyafah) yang terpotong pada faraj binatang atau pada duburnya (binatang)

-  wajiblah mandi pada yang tersebut.

- Adapun yang mati maka tiada dikembalikan mandinya dengan (sebab) dimasukkan hasyafahnya (ke dalam qubul atau dubur orang yang hidup sama ada qubul dan dubur bagi perempuan atau dubur bagi lelaki, contohnya isteri yang hidup memasukkan hasyafah zakar suaminya yang mati kedalam farajnya)

-  atau dimasukkan hasyafah padanya (qubul dan dubur bagi perempuan atau dubur bagi lelaki yang mati, contohnya suami yang hidup memasukkan hasyafah zakarnya ke dalam faraj isterinya yang mati).

- Adapun khunsa yang musykil maka tiada wajib (pada syara’) mandi atasnya (khunsa musykil)

- dengan dimasukkan hasyafahnya (khunsa musykil) (kedalam faraj perempuan)

- dan tiada (mandi wajib) pula (juga) dengan dimasukkan hasyafah (orang) pada qubulnya (khunsa musykil)

- dan wajib mandi atasnya (khunsa musykil) jika dimasukkan hasyafah (orang) pada duburnya.

 

2)  Keluar mani (syarat untuk dikatakan mani itu ialah:

  1. Terpancut-pancut/bertolak-tolak

  2. Nikmat/kelazatan

  3. Kalau basah, bau seperti tepung yang nak dibuat uli


Kalau kering, bau seperti putih telur)

-         daripada seseorang (sama ada melalui jima’ ataupun tidak)

-         pada awal kalinya (air maninya sendiri yang keluar hasil nikmat daripada jima’ ataupun bukan jima’, bukan air mani pada kali yang kedua yakni seperti selepas seseorang lelaki jima’ akan isterinya dan keluar air mani hasil daripada  berlakunya jima’ tersebut, kemudian dia mandi junub dan selepas mandi junub dia memasukkan air maninya kembali ke dalam zakarnya menggunakan picagari, maka air mani yang keluar kemudian daripada dia masukkannya ke dalam zakarnya itu dianggap sebagai keluar air mani pada kali kedua)

-         dengan tiada dimasukkan hasyafahnya (ke dalam faraj yakni tidak melalui jima’ kerana yang demikian itu memang sudah menjadi salah satu sebab yang mewajibkan mandi) (contoh tidak melalui jima’seperti keluar air mani seorang lelaki dengan hanya melihat perempuan, atau dengan melakukan onani)

-         dan jika sedikit sekalipun seperti setitik mani

-         dan jika ada ia atas warna darah sekalipun

-         sama ada pada ketika jaga atau tidur

-         (sekalipun) keluarnya dengan syahwat atau lainnya (tidak syahwat)

-         keluarnya ia (mani) daripada jalannya yang beradat (iaitu melalui qubul)

-         atau lainnya (bukan beradat) (yakni bagi lelaki keluarnya air mani melalui sulbi, manakala bagi perempuan keluarnya air mani melalui taraib)

-         bersalahan (tidak serupa yakni tidak wajib mandi) mani yang lainnya

-         seperti keluar daripada faraj perempuan mani jima’nya  kemudian daripada mandi junub maka tidak wajib mandi atasnya me(ng)kembalikan mandi lagi

-         jika tiada baginya syahwat seperti perempuan yang kecil atau yang tidur

-         dan bersalahan (tidak serupa yakni tidak wajib mandi) keluarnya (mani) pada kali yang kedua seperti memasukkan laki-laki akan maninya kedalam zakarnya kemudian daripada mandi (junub) dan keluar ia (mani) (maka) tiada wajib atasnya mandi.

 

3)  Mati (diri tiada sifat penghidup pada benda yang jenis hidup)

-          melainkan orang yang mati syahid maka tiada wajib dimandikan bahkan haram

 

Dan 3 perkara (daripada 6 perkara yang mewajibkan mandi) tertentu dengan dia (3 perkara ini) oleh perempuan dan iaitu:

 

1)   Mandi (dengan sebab putus) haid

-         iaitu darah yang keluar daripada (kemaluan) perempuan yang sampai umurnya sembilan tahun (taqriban: kurang 15 hari yakni 8 tahun 11 bulan 15 hari mengikut tahun qamariah).

 

2)   Mandi (dengan sebab putus) nifas

-         Dan iaitu darah yang keluar (daripada kemaluan perempuan) mengiringi beranak (darah yang keluar selepas beranak di dalam tempoh 15 hari selepas beranak)

 

3)   Mandi (dengan sebab) wiladah

-          yang menyertai dengan basah mewajibkan mandi semata-mata diputuskan dia (mewajib mandi oleh seseorang yang beranak menyertai basah) yang asoh (mengikut qaul mu’tamad)

-         dan muqobil bagi asohnya (mengikut qaul dho’if) tiada wajib ia bagi mandi.

 

Bermula fardhu mandi itu 3 perkara:-

 

1)   Niat,

-         maka diniat (didalam hati) oleh (orang) yang berjunub (ialah 1.bertemu dua khitan 2. Keluar mani) (akan) mengangkatkan (menghilangkan) (hukum) janabah

-         atau mengangkatkan hadas akbar atau

-         istibahata (mengharuskan) fardhi solati atau

-         fardha al-ghusli (mandi) atau ada’a fardhi al-ghasli atau al-ghasla al-mafrudha atau mandi yang wajib

-         dan tiada memadai (tidak sah) niat mandi jua (sahaja) (seperti sahaja aku mandi) (kerana tidak boleh membezakan ‘ibadat dengan ‘adat)

-         dan niat oleh perempuan yang haidh atau nifas mengangkatkan (menghilangkan) hadas haidh atau nifas

-         dan wajib disertakan niat pada awal basuhnya (seorang) (akan satu juzu’ daripada anggota badannya) supaya dapat dibilangkan basuhnya

-         maka jika diniatnya (seorang) kemudian daripada basuh pada satu suku  (anggota badan) wajib dikembalikan basuhnya (contoh: seorang itu sudah basuh kaki kemudian semasa basuh kepala baru dia berniat mandi wajib maka wajib diulang basuhan pada kakinya itu)

 
2)   Menghilangkan najis jika ada ia (najis) atas badannya

-         dan ini (hukum) barang yang dirajihkan oleh Rafi’e

-         dan (jika berlaku) atasnya, maka tiada memadai ia sekali basuh daripada hadas dan najis (tidak sah jikalau seseorang itu niat angkat hadas serta basuh juzu’ anggota bersama dengan membasuh najis).

-         dan dirajih oleh Nawawi akan memadai (sah) dengan sekali basuh daripada keduanya (hadas dan najis) (sah jikalau seseorang itu niat angkat hadas serta basuh  anggota badan bersama dengan membasuh najis) ialah yang rajihnya.

-         dan tempat khilaf antara keduanya (Imam Nawawi dan Imam Rafi’e) barang (najis) yang apabila ada ia najis hukmi (najis pada hukum yakni yang tiada baginya bau, warna dan rasa)

-         adapun jika ada ia (barang) najis ‘aini, wajib dua kali basuh pada keduanya (hadas dan najis) jika tiada hilang segala sifatnya (najis ‘aini) dengan sekali basuh (wajib basuh najis dahulu kemudian barulah membasuh hadas yakni niat beserta membasuh air keseluruh anggota badan- ini disepakati oleh kedua-dua Imam)

-         dan jika hilang dengan sekali (basuh) maka padanya khilaf  yang terdahulu sebutnya (bagi Imam Rafi’e: tiada memadai ia sekali basuh daripada hadas dan najis, manakala bagi Imam Nawawi: memadai dengan sekali basuh daripada keduanya)

 

3)    Sampaikan air kepada segala bulu (kerana setiap bulu ada   hadas) dan kulit

-         maka jika tinggal (tak kena air) seurat bulu tiada memadai (tiada sah)

-         dan jika dicabutkan dia (bulu) kemudian daripadanya (mandi), tak dapat tiada daripada dibasuhkan tempatnya (tempat kena cabut balu)

-         maka tiada faraq (beza) (pada pihak wajib menyampaikan air) antara bulu kepala (rambut) dan lainnya (daripada bulu kepala)

-         dan tiada faraq (beza) (pada pihak wajib menyampaikan air) antara bulu yang jarang daripadanya dan yang lebatnya (kedua-duanya wajib dibasuh pada zohir dan batin bulu )

-         bahkan tiada wajib membasuh bulu yang tumbuh didalam hidung (kerana nisbah pada mandi wajib, bulu hidung dihukum sebagai batin, adapun nisbah pada solat, bulu hidung dihukum sebagai zohir) dan (bulu) didalam mata, kerana  bahawasanya ia daripada yang batin,

-         dan sungguhnya wajib dibasuhkan dia (bulu hidung) daripada najis kerana keras (kerana dikerasi oleh syara’ akan) najis

-         dan (bermula) rambut yang dijalin (didandan) dan yang disanggul wajib diuraikan jika tiada sampai air kepada batinnya

-         dan dimaafkan daripada batin bulu yang bersimpul dengan sendirinya, jika banyak sekalipun

-         dan wajib membasuh barang yang zohir daripada dua lubang telinga (kadar hujung jari tangan boleh masuk kedalam lubang telinga)

-         dan daripada hidung yang terpotong

-         dan daripada segala pecah-pecah badannya seperti segala pecah-pecah yang pada kakinya

-         dan wajib disampaikan air kepada barang (tempat) yang dibawah qulfah (kulit) orang yang kulup (tak berkhitan)

-         dan (kepada) barang yang zohir (nyata) daripada faraj perempuan tatkala duduknya bagi qodho hajat (duduk bercangkung)

-         kerana keduanya (qulfah dan zohir faraj) daripada anggota yang zohir

-         dan jika tiada didapat membasuh (barang yang) dibawah qulfah melainkan dengan dihilangkan dia (qulfah), nescaya wajib ia (menghilangkan kulit) dan jika uzur (daripada menghilangkan kulit) maka sembahyang (mera’ikan waktu) ia seperti فاقد الطهوين  ini pada yang hidup

-         Adapun yang mati (ta’rif mati: diri tak ada sifat penghidup pada benda yang pesyen/jenis hidup)  maka sekira-kira tiada dapat membasuh barang yang dibawahnya (qulfah), tiada wajib dihilangkan dia (buang qulfah) (bahkan hukumnya haram) kerana demikian itu menghinakan mayyit.

-         Dan ditanamkan dia (mayyit) dengan tiada sembahyang atas (qaul) yang mu’tamad pada Syaikh Ramli,

-         Dan pada Syaikh Ibnu Hajar ditayamumkan dia (kerana) ganti daripada membasuh (barang) yang dibawahnya (qulfah) dan disembahyangkan dia atas kerana dhorurah

-         Dan setengah daripada barang (anggota) yang wajib membasuhkan dia (ialah) masrabah (halaqoh dubur/tempat keras najis) iaitu (tempat) perhimpunan lubang dubur kerana zohir ia pada waktu qodho’ hajat maka jadi ia (masrabah) zohir badan

-         maka hendaklah (wajiblah) dikembangkan (teran) dia sedikit supaya sampai air kepadanya (masrabah).

 







 

Rujukan: Wishah al-Afrah karangan  Muhammad bin Ismail Daud al-Fathoni, Percetakan al-Mu’arif Sdn Bhd, hal. 15 – 16.

Saturday, 5 May 2012

Nasihat Ayah Der Sekam kepada Penuntut Ilmu Usuluddin




(Ini Suatu) Peringatan, ayuhai kaum-kaumku belajarlah kamu akan Ilmu I’tiqod ini beri lepas kamu daripada nama muqollid iaitu dengan bahawa kamu belajar diguru-guru yang sengoti (sungguh/betul) pandainya (Ilmu I’tiqod) dan (sengoti) mengetahuinya (Ilmu I’tiqod). Dan janganlah kamu buat cota (contoh) dan tiru akan orang-orang yang seperti itu maka tertipulah kamu dan rugilah (rugi akhirat) kamu kemudian daripada mati kamu.

 

Dan hendaklah kamu reti akan makna zat dan makna sifat dan makna jisim jauhar firid dan makna ‘aradh. Janganlah kamu jadikan diri-diri kamu yang bersih-bersih itu masuk didalam (golongan) orang-orang yang dengar-dengar khabar nama yang tersebut jua dengan tidak kenal akan (hakikat) benda-benda sendiri.

 

Maka banyaklah kita terima kasih (syukur) kepada budi (jasa baik) tuhan yang membezakan kita dengan binatang-binatang yang lain itu dengan pandai begamak (fikir) dan berfikir, maka silakanlah kita belajar hukum-hukum aqal dan hukum-hukum ‘adat supaya jangan jadi semabul (kesamaran) kita antara keduanya (hukum aqal dan adat). Maka jadilah i’tiqod kita kepada barang yang bersangkut paut dengan tuhan dan rasul dan sebagainya itu kurang kejap dan jika kejap sekalipun maka dengan dakwa bibir mulut jua yang ialah hakikatnya dinamakan taqlid jika secukup-cukup lancar pada sebutan sekalipun maka yang taqlid pada ‘aqaid itu besarlah ruginya jika orang itu daripada ahli berfikir. Dan ibadat yang ia kerja itu tidak diyakin akan sahnya.

 

Dan hendaklah kamu reti apa benda yang ada dan apa benda yang semata-mata sungguh dan sengoti jua. Maka ini-ini perkara ialah dikatakan beberapa tangga bagi nak mengertikan (memberi faham) Ilmu Usuluddin ini. Maka bolehlah dikatakan yang tak kenal yang tersebut itu ialah (orang) yang tak pandai dan tak reti Ilmu Usuluddin. Maka macam manakah nak laba (untung) berniaga kerana modalnya tidak ada.

 

Dan hendaklah kamu tahu bahawasanya orang-orang yang pelihara angin-angin (sombong dan takabbur) itu besar mudhorat dan jadi penyakit bagi diri sendiri maka tentulah sebodo-bodo (sebodoh-bodoh) manusia. Harap hamba kepada yang pandai-pandai yang melihatkan risalah (kitab taqribul ikhwan) ini bahawa jangan cepat celanya dan cercanya, kemudian kalau ada yang saudara tak puas hati maka haraplah saudara menanya-nanyakan (bertanya) dengan baik akan yang pandai-pandai yang sejati menerima ilmu daripada guru Pak Da ‘Eil  Fathoni atau yang sejati bertali (berhubung) dengan hamba yang dho’if ini.

 

Dan kata tak boleh pakai itu tak payah dan tak kena fikir dan belajar dan berguru sehingga siapa-siapa pun yang tak bisu itu boleh kata. Maka yang payah yang telah masyhur daripada tok-tok nenek lagi itu ialah nazhor, yakni berfikir (tilik) pada serba-serbi ilmu dan menghalusi akan cakapan-cakapan (‘ibarat-‘ibarat) ulama’ yang muhaqqiqin (yang tahqiq ilmu yakni apabila mengeluarkan sesuatu hukum mesti beserta dan bersandarkan dalil). Maka ini perkara tidak sayugiya (patut) dengan gaduh gundah (terburu-terburu) yang ialah daripada perangai syaitan lagi pula ini perkara tak berhajat kepada membesarkan cakapan dan menderaskan suara lagi pula hendak saudaraku ingat bahawanya menang atau kalah bicara hukum-hukum itu lain ia daripada betul maka yang berharga itu ialah betul jua. Maka inilah (betul) yang disuruh ambilkan dia (betul) jika dikatakan disisi ‘awam (kebanyakan orang) kalah sekalipun.

 

Ini nasihat terhadap kepada kaum-kaum hamba jua, tetapi boleh jugak saudara-saudara yang muslimin yang dho’if-dho’if ambil pakai sehari dua sementara dapat nasihat yang terlebih besar dan terlebih elok.

 

والله اعلم بالصواب واليه المرجع والمئاب

 

*Kesimpulan daripada nasihat Ayah Der Sekam :

 

1) Belajarlah Ilmu Usuluddin sampai ke peringkat yakin dan lepas daripada peringkat taqlid.

2) Antara tangga (wasilah) untuk memahami Ilmu Usuluddin ialah dengan mengenal maksud zat, sifat, jirim, ‘aradh, jauhar firid, jisim. Dan juga mengetahui maksud hukum ‘aqal dan ‘adat serta mengetahui maksud benda yang ada dan benda yang sungguh.

3) Janganlah terlalu mudah dan cepat mengkritik ulama’ dan kitab-kitab mereka. Rujuklah kepada mereka yang ahli dalam suatu bidang ilmu tersebut.

 

Rujukan: Kitab Taqribul Ikhwan oleh Abdul Qadir bin Wan Ngah Waqaf Budi Sekam.

Tuesday, 1 May 2012

Biografi ringkas mengenai Tuan Guru Hj Ismail Sepanjang





 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kelahiran, Keluarga dan Pendidikan.      

Nama asal beliau ialah Ismail bin Omar atau lebih dikenali sebagai Baba Eil Spanjang iaitu panggilan bagi seorang Tuan Guru. Dilahirkan di Kampung Dusun Spanjang Daerah Penarik, Patani kira-kira 20 km dari Bandar Patani. Merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga sebanyak 3 beradik.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kampung Dusun Spanjang. Kemudian menyambung pendidikan di pondok berdekatan rumahnya (200 meter) pada ketika usia 14 tahun. Beliau dihantar belajar agama oleh keluarganya dengan Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Latif. Selain itu, beliau juga berguru dengan Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman dengan mendalami pelbagai ilmu antaranya Tafser, Hadis, Feqah, Nahu dan lain-lain. Manakala tiba musim cuti semester Baba Eil pergi belajar di pondok lain pula bagi mengisi masa lapang.

Ketika umur beliau mencapai 21 tahun, beliau berpindah ke Pondok Haji Abdul Qader Sekam (Baba Der) yang terkenal dengan ilmu tauhid untuk belajar di sana sehinggalah umur beliau 30 tahun. Ketika di sana beliau bukan setakat mengajar kepada pelajar tetapi mula menerima undangan mengajar masyarakat sekitar. Antara tempat yang beliau masih mengajar hingga ke hari ini ialah Masjid Yala (21 tahun) dan Masjid Patani (22 tahun).

Ketika umur beliau 29 tahun, beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Hajah Sabariah Binti Tuan Guru Haji Abdul Aziz (Pengarang Kitab Misbahul Munir). Hasil perkahwinan tersebut, beliau dikurniakan 5 cahayamata ( 2 lelaki dan 3 perempuan).Selepas itu ketika berumur 31 tahun, beliau telah pergi ke Mekah dan bermuqim di sana selama 7 bulan.

Pada tahun 1993, setelah kembali dari Mekah, barulah Baba Eil membuka pondok di Kampung Kubang Ikan Bandar, Narathiwat yang dikenali dengan nama Maahad Darul Muhajirin. Dalam tempoh tersebut, beliau juga selalu berulang-alik ke Kelantan untuk memenuhi jemputan mengajar. Akhirnya pada tahun 1998, pondok beliau telah berpindah ke kampung beliau sendiri di Kampung Dusun Spanjang hinggalah ke hari ini. Rutin harian beliau dipenuhi dengan mengajar agama kepada pelajar yang datang dari pelbagai pelusuk dalam dan luar negara seperti Kemboja, Malaysia dan Burma tanpa menerima bayaran.

Sehingga kini, terdapat lebih kurang 200 orang pelajar yang sedang menuntut di pondok beliau. Pengajian berlangsung sepanjang tahun melainkan pada waktu cuti iaitu 15 Sya’ban hingga 15 Syawal ( 2 bulan ), cuti Raya Haji ( seminggu ) dan bulan Rabiulawal ( 1 bulan ).

Selain itu, Baba Eil juga memberi khidmat masyarakat dengan mengajar pada setiap hari Sabtu di Masjid Patani dan setiap Ahad di Masjid Yala.. Kuliah Baba Eil sering disiarkan di radio tempatan. Selain mengajar, Baba Eil memenuhi masa lapang dengan mentelaah dan mengarang kitab.

Antara kitab karangan Baba Eil ialah “Mizan ad-Durari”, “Hikam Jawi”, “Mawaiz al-Iman”, dan karangan dalam bidang tafsir,hadis dan Qawaid. Selain itu,Baba Eil telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Persatuan Ulama Fathoni.

 

SUMBER:

http://tarbiyyahibnumasran.blogspot.com/2007/02/biografi-ringkas-mengenai-tuan-guru-hj.html