Saturday, 5 May 2012

Nasihat Ayah Der Sekam kepada Penuntut Ilmu Usuluddin




(Ini Suatu) Peringatan, ayuhai kaum-kaumku belajarlah kamu akan Ilmu I’tiqod ini beri lepas kamu daripada nama muqollid iaitu dengan bahawa kamu belajar diguru-guru yang sengoti (sungguh/betul) pandainya (Ilmu I’tiqod) dan (sengoti) mengetahuinya (Ilmu I’tiqod). Dan janganlah kamu buat cota (contoh) dan tiru akan orang-orang yang seperti itu maka tertipulah kamu dan rugilah (rugi akhirat) kamu kemudian daripada mati kamu.

 

Dan hendaklah kamu reti akan makna zat dan makna sifat dan makna jisim jauhar firid dan makna ‘aradh. Janganlah kamu jadikan diri-diri kamu yang bersih-bersih itu masuk didalam (golongan) orang-orang yang dengar-dengar khabar nama yang tersebut jua dengan tidak kenal akan (hakikat) benda-benda sendiri.

 

Maka banyaklah kita terima kasih (syukur) kepada budi (jasa baik) tuhan yang membezakan kita dengan binatang-binatang yang lain itu dengan pandai begamak (fikir) dan berfikir, maka silakanlah kita belajar hukum-hukum aqal dan hukum-hukum ‘adat supaya jangan jadi semabul (kesamaran) kita antara keduanya (hukum aqal dan adat). Maka jadilah i’tiqod kita kepada barang yang bersangkut paut dengan tuhan dan rasul dan sebagainya itu kurang kejap dan jika kejap sekalipun maka dengan dakwa bibir mulut jua yang ialah hakikatnya dinamakan taqlid jika secukup-cukup lancar pada sebutan sekalipun maka yang taqlid pada ‘aqaid itu besarlah ruginya jika orang itu daripada ahli berfikir. Dan ibadat yang ia kerja itu tidak diyakin akan sahnya.

 

Dan hendaklah kamu reti apa benda yang ada dan apa benda yang semata-mata sungguh dan sengoti jua. Maka ini-ini perkara ialah dikatakan beberapa tangga bagi nak mengertikan (memberi faham) Ilmu Usuluddin ini. Maka bolehlah dikatakan yang tak kenal yang tersebut itu ialah (orang) yang tak pandai dan tak reti Ilmu Usuluddin. Maka macam manakah nak laba (untung) berniaga kerana modalnya tidak ada.

 

Dan hendaklah kamu tahu bahawasanya orang-orang yang pelihara angin-angin (sombong dan takabbur) itu besar mudhorat dan jadi penyakit bagi diri sendiri maka tentulah sebodo-bodo (sebodoh-bodoh) manusia. Harap hamba kepada yang pandai-pandai yang melihatkan risalah (kitab taqribul ikhwan) ini bahawa jangan cepat celanya dan cercanya, kemudian kalau ada yang saudara tak puas hati maka haraplah saudara menanya-nanyakan (bertanya) dengan baik akan yang pandai-pandai yang sejati menerima ilmu daripada guru Pak Da ‘Eil  Fathoni atau yang sejati bertali (berhubung) dengan hamba yang dho’if ini.

 

Dan kata tak boleh pakai itu tak payah dan tak kena fikir dan belajar dan berguru sehingga siapa-siapa pun yang tak bisu itu boleh kata. Maka yang payah yang telah masyhur daripada tok-tok nenek lagi itu ialah nazhor, yakni berfikir (tilik) pada serba-serbi ilmu dan menghalusi akan cakapan-cakapan (‘ibarat-‘ibarat) ulama’ yang muhaqqiqin (yang tahqiq ilmu yakni apabila mengeluarkan sesuatu hukum mesti beserta dan bersandarkan dalil). Maka ini perkara tidak sayugiya (patut) dengan gaduh gundah (terburu-terburu) yang ialah daripada perangai syaitan lagi pula ini perkara tak berhajat kepada membesarkan cakapan dan menderaskan suara lagi pula hendak saudaraku ingat bahawanya menang atau kalah bicara hukum-hukum itu lain ia daripada betul maka yang berharga itu ialah betul jua. Maka inilah (betul) yang disuruh ambilkan dia (betul) jika dikatakan disisi ‘awam (kebanyakan orang) kalah sekalipun.

 

Ini nasihat terhadap kepada kaum-kaum hamba jua, tetapi boleh jugak saudara-saudara yang muslimin yang dho’if-dho’if ambil pakai sehari dua sementara dapat nasihat yang terlebih besar dan terlebih elok.

 

والله اعلم بالصواب واليه المرجع والمئاب

 

*Kesimpulan daripada nasihat Ayah Der Sekam :

 

1) Belajarlah Ilmu Usuluddin sampai ke peringkat yakin dan lepas daripada peringkat taqlid.

2) Antara tangga (wasilah) untuk memahami Ilmu Usuluddin ialah dengan mengenal maksud zat, sifat, jirim, ‘aradh, jauhar firid, jisim. Dan juga mengetahui maksud hukum ‘aqal dan ‘adat serta mengetahui maksud benda yang ada dan benda yang sungguh.

3) Janganlah terlalu mudah dan cepat mengkritik ulama’ dan kitab-kitab mereka. Rujuklah kepada mereka yang ahli dalam suatu bidang ilmu tersebut.

 

Rujukan: Kitab Taqribul Ikhwan oleh Abdul Qadir bin Wan Ngah Waqaf Budi Sekam.

Tuesday, 1 May 2012

Biografi ringkas mengenai Tuan Guru Hj Ismail Sepanjang





 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kelahiran, Keluarga dan Pendidikan.      

Nama asal beliau ialah Ismail bin Omar atau lebih dikenali sebagai Baba Eil Spanjang iaitu panggilan bagi seorang Tuan Guru. Dilahirkan di Kampung Dusun Spanjang Daerah Penarik, Patani kira-kira 20 km dari Bandar Patani. Merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga sebanyak 3 beradik.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kampung Dusun Spanjang. Kemudian menyambung pendidikan di pondok berdekatan rumahnya (200 meter) pada ketika usia 14 tahun. Beliau dihantar belajar agama oleh keluarganya dengan Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Latif. Selain itu, beliau juga berguru dengan Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman dengan mendalami pelbagai ilmu antaranya Tafser, Hadis, Feqah, Nahu dan lain-lain. Manakala tiba musim cuti semester Baba Eil pergi belajar di pondok lain pula bagi mengisi masa lapang.

Ketika umur beliau mencapai 21 tahun, beliau berpindah ke Pondok Haji Abdul Qader Sekam (Baba Der) yang terkenal dengan ilmu tauhid untuk belajar di sana sehinggalah umur beliau 30 tahun. Ketika di sana beliau bukan setakat mengajar kepada pelajar tetapi mula menerima undangan mengajar masyarakat sekitar. Antara tempat yang beliau masih mengajar hingga ke hari ini ialah Masjid Yala (21 tahun) dan Masjid Patani (22 tahun).

Ketika umur beliau 29 tahun, beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Hajah Sabariah Binti Tuan Guru Haji Abdul Aziz (Pengarang Kitab Misbahul Munir). Hasil perkahwinan tersebut, beliau dikurniakan 5 cahayamata ( 2 lelaki dan 3 perempuan).Selepas itu ketika berumur 31 tahun, beliau telah pergi ke Mekah dan bermuqim di sana selama 7 bulan.

Pada tahun 1993, setelah kembali dari Mekah, barulah Baba Eil membuka pondok di Kampung Kubang Ikan Bandar, Narathiwat yang dikenali dengan nama Maahad Darul Muhajirin. Dalam tempoh tersebut, beliau juga selalu berulang-alik ke Kelantan untuk memenuhi jemputan mengajar. Akhirnya pada tahun 1998, pondok beliau telah berpindah ke kampung beliau sendiri di Kampung Dusun Spanjang hinggalah ke hari ini. Rutin harian beliau dipenuhi dengan mengajar agama kepada pelajar yang datang dari pelbagai pelusuk dalam dan luar negara seperti Kemboja, Malaysia dan Burma tanpa menerima bayaran.

Sehingga kini, terdapat lebih kurang 200 orang pelajar yang sedang menuntut di pondok beliau. Pengajian berlangsung sepanjang tahun melainkan pada waktu cuti iaitu 15 Sya’ban hingga 15 Syawal ( 2 bulan ), cuti Raya Haji ( seminggu ) dan bulan Rabiulawal ( 1 bulan ).

Selain itu, Baba Eil juga memberi khidmat masyarakat dengan mengajar pada setiap hari Sabtu di Masjid Patani dan setiap Ahad di Masjid Yala.. Kuliah Baba Eil sering disiarkan di radio tempatan. Selain mengajar, Baba Eil memenuhi masa lapang dengan mentelaah dan mengarang kitab.

Antara kitab karangan Baba Eil ialah “Mizan ad-Durari”, “Hikam Jawi”, “Mawaiz al-Iman”, dan karangan dalam bidang tafsir,hadis dan Qawaid. Selain itu,Baba Eil telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Persatuan Ulama Fathoni.

 

SUMBER:

http://tarbiyyahibnumasran.blogspot.com/2007/02/biografi-ringkas-mengenai-tuan-guru-hj.html




Thursday, 26 April 2012

GURUKU BABA IDRIS






 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nama

Nama beliau ialah Wan Idris bin Wan Ali bin Wan Hasan bin Wan Ahmad. Ayahnya bernama  Wan Hasan bin Wan Ahmad dan ibunya bernama Fatimah binti Abdul Latif bin Tok Kisar.

 

Kelahiran

Beliau  dilahirkan pada tahun 1961 Masihi bersamaan 1382 Hijriyyah di Kg Tuak Lauk, Mukim Teluk Kapur, Daerah Jambu, Negeri Patani.

 

Keluarga

Ayah beliau meninggal dunia ketika beliau baru berumur 12 tahun. Anak ketiga daripada lima orang adik beradik.   Ibunya yang telah menjaga beliau namun selepas perkahwinan ibunya dan pemergian ibunya ke Kelantan untuk mencari rezeki beliau telah belajar hidup berdikari ketika masih kecil lagi. Beliau selalu menahan lapar selama dua hari kerana kesusahan yang dialami. Pernah bekerja dengan orang-orang kampung demi mencari sesuap nasi.

 

Adik Beradik  Seibu Bapa: -

1) Khadijah (menetap di Bentong)

2) Khalifah

3) Safinah  (Meninggal dunia)

4) Ibrahim (menetap di Bukit Tar)

 

Adik Beradik Seibu :-

1) Hafsah

 

Anak-anak daripada isteri pertama bernama Masyitah:-

1) Toyyibah

2) Muhammad Suhaimi

3) Sufyani

 

Anak daripada isteri kedua bernama Rasyidah:-

1) Muhammad Faisol

 

Pendidikan

Pada usia beliau masih kecil beliau telah belajar di Pondok Ayah Hen (Hj Ibrahim) yang bernama Darul Ulum di Penarik.  Dengan sebab beliau belom pandai membaca pada usia ketika itu, beliau mengambil alternatif pergi belajar di sekolah menengah rendah agama di Tuak Laut. Di situ beliau berguru dengan  Ustaz Sin (Hj Hashim).  Beliau pernah mewakili sekolah menyertai pertandingan pidato di Bukit Lambang yang turut dihadiri oleh Tuan Guru Pok Chik Hen mudir Madrasah Jihad Witya di Taqaddam. Beliau mengagumi kebolehan dan kepetahan yang ada pada Baba Idris pada ketika itu lantas mengajak Baba Idris tinggal di pondok beliau kerana beliau tahu kesusahan yang dialami Baba Idris pada ketika itu.

Tidak lama selepas itu, Tuan Guru Pok Chik Hen telah meninggal dunia menyebabkan keresahan pada Baba Idris untuk menuntut ilmu. Lantaran itu, beliau pergi berbincang dengan Ustaz Sin. Ustaz Sin membuat keputusan untuk menghantar  beliau ke Pondok Baba Hj Arsyad Abdul Hafiz yang bernama Madarasah Tarbiyatul Atfal) di Palas  pada usia 17 tahun. Semasa beliau belajar di Pondok Palas beliau juga sering berulang alik belajar dengan anak-anak murid (Kepala Tela’ah) Ayah Der Sekam di Pondok Ayah Der Sekam selama 5 tahun.

Pada usia 22 tahun beliau telah berpindah ke Kelantan di Tal Tujuh dan sempat  belajar dengan beberapa orang guru.

Selepas itu, beliau pulang semula ke Patani dan berhijrah untuk menimba ilmu dan menambahkan pengalaman beliau di Kuliyah Da’wah Tripoli Libya.

 

Kesusahan dan Kesungguhan

Semasa beliau di pondok beliau pernah tidak makan selama dua hari kerana kesusahan hidup. Di dalam kesusahan beliau ada kesungguhan dalam menuntut ilmu. Beliau tidak pernah rasa puas mencari guru demi mendapatkan ilmu yang bermanfaat supaya dapat diamalkan . Sepanjang pengajian di pondok beliau hanya tidur selama dua jam sehari iaitu pada pukul 12 malam hingga 1 tengahari dan 12 tengahari hingga 1 petang untuk memanfaatkan masa yang lebih untuk belajar, mengulangkaji dan menghafal.

 

Guru-guru 

1)      Ayah Hin Penarik

2)       Ustaz Sen

3)      Pok Cik Hen

 

Semasa di Pondok Pok Cik Hen beliau belajar dengan:-

4)      Baba Harun Penarik (anak murid Tok Dala)

5)      Abdul Latif

6)      Ustaz Sof (Yusuf )

 

Semasa di Pondok Haji Arsyad beliau belajar dengan:-

7)      Baba Hj Arsyad (anak murid kepada Ku Jalil Indonesia, Ayah Li Sekam dan Ayah Der Sekam)

8)      Cikgu Ismail Penarik

9)      Cikgu Mat Dahan Kelantan

10)   Baba Li Perak

11)   Baba Abdullah Fathoni (Cikgu Abdul Rasyid)

12)   Awang Kerasak

 

Di Pondok Ayah Der Sekam beliau belajar dengan:-

13)   Hussain bin Muhammad Abdu (menantu Ayah Der)

14)   Baba Ismail Spanjang (pengarang Kitab Mizan az-Zarari)

15)   Baba Seng (Hussain) Na Pedu

16)   Baba Abdullah Ijok

17)   Baba Padeng (Fadhil) Pobok

18)   Baba Abdurrahman Pauh Manis (pengarang Kitab Khulasoh Tauhid)

19)   Baba Muhammad Pinis

20)   Baba Zakaria (Adik kepada Baba Abdul Aziz  pengarang Kitab Misbah al-Munir)

21)   Baba Muhammad Beruas (digelar sebagai Anak Harimau Ayah Der Sekam)

22)   Cu Yid

23)   Baba Hussien Cengal (anak Tok Guru Balur)

24)   Baba Syid (Abdul Rasyid) Wara’

25)   Baba Hj Abdul Hamid (anak murid Syeikh Daud Bukit Abal)

 

Di Kelantan beliau belajar dengan:-

26)   Dr. Uthman Muhammadi

27)   Pok Long  (anak murid Syeikh Abdul Qadir al-Mandili)

 

Semasa beliau mengajar di Ma’had Assaqafatul Islamiyyah Pombeng:-

28)   Ustaz Abdul Rahim Kelantan

 

Semasa beliau mengajar di Hulu Langat:-

29)   Baba Salleh Sik (anak murid Pak Ndak ‘Eil)

30)   Tok Ayah Su (anak murid Pak Ndak ‘Eil)

31)   Ustaz Ibrahim Jitra (anak murid Ayah Chik Kedah)

*melalui rakaman audio

 

Mengajar

 Pada umur 20 tahun Baba Idris sudah mula mengajar kepada masyarakat kampung sewaktu beliau berada di Pondok Baba Arsyad. Selepas pulang dari Libya beliau mengajar secara rasmi di Ma’had Assaqafatul Islamiyyah Pombeng selama 20 tahun. Ketika itu dilantik sebagai Ketua Maktabah.

Pada tahun 2009, beliau telah berhijrah ke Batu 10 Cheras dan telah mengajar di sana selama setahun lebih. Selepas itu beliau berpindah mengajar di Batu 14 Hulu Langat hingga kini..

Semoga Allah merahmati beliau dan sentiasa menambah ilmu beliau dan dipanjangkan umur serta diberi kekuatan untuk terus berkhidmat dengan ilmu Allah Ta’ala. Wa nafa’ana min ‘ulumihi fiddarain..Aamiin…

 

Sanad Kitab

(Bakuroh) berguru dengan:-

1)      Baba Hj Arsyad

2)      Baba Zakaria

3)      Baba Ismail Spanjang

4)      Baba Salleh Sik (melalui rakaman audio)

5)      Tok Ayah Su (melalui rakaman audio)

 

(Kifayatul ‘Awam) berguru dengan :-

1)      Baba Ismail Spanjang

2)      Baba Saleh Sik (melalui rakaman)

3)      Baba Harun Penarik
(Misbahul Munir) berguru dengan:-

1)      Baba Ismail Spanjang

 

(Taqribul Ikhwan) berguru dengan:-

1)      Baba Hj Arsyad

 

(Wasail) berguru dengan:-

1)      Baba Hj Arsyad

 

(Faridatul Faraid) berguru dengan:-

1)      Baba Muhammad Beruas

 

(Maqulat) berguru dengan:-

1)      Baba Hj Arsyad

 

(Hidayatus Sibyan) berguru dengan:-

1)      Baba Mat Pinis

2)      Awang Kerasak (anak murid Baba Syid Wara’)

3)      Baba Hj Arsyad

 

(Hasyiah al-Bajuri) berguru dengan:-

1)      Baba Hj Arsyad

2)      Baba Pading

3)      Baba Abdullah

4)      Baba Ismail Spanjang

5)      Ayah Der Sekam

 

(Syargowi Tahrir) berguru dengan:-

1)      Baba Sen Pe du

 

(Syargowi Hud Hudi) berguru dengan:-

1)      Baba Ismail Spanjang

2)      Baba Padeng

3)      Baba Seng Pedul

4)      Baba Lah Ijok

 

(Tuhfatus Sibyan) berguru dengan:-

1)      Baba Mat Dahan

2)      Cikgu Ismail Penarik

 

(Jauharal Maknun) berguru dengan:-

1)      Baba Ismail Spanjang

2)      Baba Lah Ijok

3)      Baba Padeng Pobok

4)      Baba Seng (Hussien) Pedul

 

(Ajrumiyyah) berguru dengan:-

1)      Baba Hj Arsyad

 

(Mukhtasar Jiddan) berguru dengan:-

1)      Baba Hj Arsyad

 

(Syarah Ibnu ‘Aqil) berguru dengan:-

1)      Baba Hj Arsyad

 

(Matan Bina’) berguru dengan:-

1)      Baba Hj Arsyad

 

(Jam’ul Sorfi) berguru dengan:-

1)      Baba Hj Arsyad

 

(Misbahul Munir) berguru dengan:-

1)      Baba Ismail Spanjang

 

(Maqulat) berguru dengan:-

1)      Baba Hj Arsyad

 

(Tuhfatus Saniyah) berguru dengan:-

1)      Baba Hj Arsyad

 

(Bughyatut Tullab) berguru dengan:-

1)      Baba Hj Arsyad

 

(Tajwid) berguru dengan:-

1)      Cikgu Ismail Penarik

2)      Abdul Latif

 

(Bab Niat) berguru dengan:-

1)      Hussain bin Muhammad Abdu (menantu Ayah Der)

 

(Munyatul Musolli) berguru dengan:-

1)      Baba Ismail Spanjang

 

(Sowil Bayan) berguru dengan:-

1)      Baba Ismail Spanjang

 

(I’anah Tolibin) berguru dengan:-

1)      Baba Hussein Cengal

2)      Dr Uthman Muhammadi

 

(Mustolah Hadith) berguru dengan:-

1)      Baba Hussein Cengal

 

(Siyarus Salikin) berguru dengan:-

1)      Baba Syid Wara’

 

(Hikam Athoillah) berguru dengan:-

1)      Baba Syid Wara’

2)      Ustaz Abdul Rahim Kelantan

 

(Mengenal Diri) berguru dengan:-

1)      Baba Hj Abdul Hamid

 

(Ramuan Tasawwuf) berguru dengan:-

1)      Baba Hj Abdul Hamid

 

(Minhajul ‘Abidin) berguru dengan:-

1)      Dr Uthman Muhammadi

2)      Ustaz Abdul Rahim Kelantan

 

(Fathul Mu’in) berguru dengan:-

1)      Dr Uthman Muhammadi

 

(Tobaqatul Kubra) berguru dengan:-

1)      Dr Uthman Muhammadi

 

(Hikam Abi Madyan) berguru dengan:-

1)      Dr Uthman Muhammadi

 

(Hidayatus Salikin) berguru dengan:-

1)      Dr Uthman Muhammadi

2)      Pak Long Tal Tujuh

 

(Ihya’ Ulumuddin) berguru dengan:-

1)      Ustaz Abdul Rahim Kelantan

 

(Durrun Nafis) berguru dengan:-

1)      Ustaz Abdul Rahim Kelantan

 

(Itmamul Wafa’) berguru dengan:-

1)      Ustaz Abdul Rahim Kelantan

 

(Qolyubi wa ‘Umairah)  berguru dengan:-

1)      Ustaz Abdul Rahim Kelantan

 

(Sullamus Sibyan) berguru dengan:-

1)      Ustaz Ibrahim Jitra (anak murid Ayah Chik Kedah)


Thursday, 19 April 2012

Hukum Mengingkari Kewajipan Belajar Sifat 20

 

Dan dua puluh sifat yang wajib atas (tiap-tiap) mukallaf mengetahui itu, setengah daripada perkara yang diijma’ ‘ulama atasnya, maka barangsiapa mengingkarkan dengan mengatakan tidak wajib diketahui akan dia (sifat 20) maka jadi kafir, kerana ia (barangsiapa) mengingkarkan ijma’ lagi pula mengingkarkan ada tuhan kerana ada (tuhan) itu setengah daripada sifat yang dua puluh itu. Berertinya tidak boleh kata tuhan ada dan sebagainya (sifat-sifat yang lain daripada sifat wujud dalam sifat 20). Maka orang yang tidak boleh berkata dengan ada tuhan itu orang kafir wal ‘iyazu billah.

 

Demikian lagi tidak sah iman dan jadi kafir disisi Allah Ta’ala orang-orang yang tidak peduli ada (Allah) tak kata, tiada (Allah) pun tak kata (tak peduli sama ada ada Allah Ta’ala atau tidak ada), bahkan semata-mata senyap. Adapun pada zohir dihukum akan dia Islam jika ia berasal keturunan Islam maka wajib (syara’) atas orang yang hidup membicarakan (menguruskan) kematiannya apabila mati. Wallahu A’lam.

 

Rujukan: Risalah al-Misbah al-Munir karangan ‘Abdul Aziz bin Ismail al-Fathoni, cetakan ketiga Matba’ah bin Halabi Fathoni Thailand, hal. 13 – 14.

 

 

 

 

 

 

 

 

Monday, 16 April 2012

Sultan Muhammad Al-Fateh

 



 

Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

 

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Konstantinopel untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, lima kempen di zaman Kerajaan Umaiyyah, satu kempen di zaman Kerajaan Abbasiyyah dan dua kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.

Dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umaiyyah, seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansary RA telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, "Aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel". Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi SAW.

Hadis Nabi SAW ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dengan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al-Fateh? Apakah kehebatan baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut "sebaik-baik raja" dan "sebaik-baik tentera" dalam hadis tersebut?

 

Biodata Ringkas

Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai "sebaik-baik raja" di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al-Fateh kerana kejayaannya membebaskan Konstantinopel.

Baginda menaiki takhta ketika berusia  19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen ketenteraan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 akibat sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat baginda mangkat diracun.

 

Pendidikan

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al-Wali dikatakan daripada keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq RA. Dalam ilmu peperangan pula, baginda diajar tentang taktik peperangan,  memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Dalam bidang akademik pula, baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam tujuh bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Dalam bidang ilmu pemerintahan pula, ayahandanya Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

 

Keperibadian

Baginda sentiasa bersifat tawaduk. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamadan selalu berbincang dengan mereka mengenai permasalahan negara.

 

Persiapan Awal Membebaskan Konstantinopel

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Kostantinopel setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom seberat 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Konstantinopel apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Konstantinopel, baginda mengarahkan dilaungkan azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

 

Melancarkan Seragan ke atas Konstantinopel

Setelah segala persiapan lengkap diatur, baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan Raaja Bizantin menyerah mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

 

Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

 

Bantuan Dari Pope Vatican

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Uthmaniyyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

 

Melancarkan Kapal Perang dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Taktik ini diakui sebagai antara taktik peperangan(warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Bizantin habis terbakar dek bedilan meriam Uthmaniyyah. Pertahanan Bizantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada hadis Rasulullah SAW dan bersama-sama berdoa kepada Allah SWT.

 

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Uthmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Bizantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengah hari.

 

Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan  telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, "Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku".

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Bizantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

 

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Konstantinopel jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St. Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawaduknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran "Al-Fateh" iaitu yang bermaksud "pembuka" atau "penakluk" lantaran kejayaannya membebaskan Konstantinopel.

 

Sebaik-baik Raja dan Sebaik-baik Tentera

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali, sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk!" Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!" Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh. Baginda sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya itu.

Dinihari kita cukup ketandusan pemimpin yang berjiwa rakyat serta berkarisma seperti Sultan Muhammad Al-Fateh untuk mengembalikan ketamadunan dan kegemilanagan ISLAM ini kembali. Ayuh, kita mulakan langkah menakluk diri seperti mana Sultan Muhammad Al-Fateh telah berusaha menakluk kota hebat Konstantinopel.







 

SUMBER:

http://www.iluvislam.com/inspirasi/tokoh/1794-sultan-muhammad-al-fateh.html

 

 

BABA ISMAIL SPANJANG BERI TAZKIRAH DI MASJID AN NAWI BANTEN





Baba Ismail Spanjang Ziarah Indonesia