Personaliti Ilmuwan Islam BerjayaDunia Islam, sejak dari awal mula Islam tersebar hingga ke saat ini, tidak pernah kekurangan tokoh ilmuwan dan sarjana dalam apa jua disiplin ilmu. Dalam setiap bidang ilmu pasti akan ada tokoh berjaya di kalangan ilmuwan dan sarjana Islam. Malah, ketokohan ilmu para ilmuwan dan sarjana Islam itu pula turut dikagumi oleh para sarjana non-Islam dan Barat. Hasil karya dan apa sahaja penemuan serta penyelidikan yang dilakukan oleh para ilmuwan dan sarjana Islam turut diaplikasikan dalam sistem pengajaran dan menjadi silibus utama di Barat.Para ilmuwan dan sarjana Islam mempunyai personaliti yang cukup berketerampilan. Perkara ini boleh dibaca dalam biografi dan autobiografi tentang mereka. Kejayaan para ilmuwan dan sarjana Islam dalam mengungguli bidang keilmuan secara bersepadu (gabungan antara ilmu-ilmu) adalah hasil pemahaman mereka tentang anjuran membaca dan belajar sebagaimana disentuh oleh Al-Quran melalui surah al-‘Alaq, ayat 1 sampai 5, dan ayat-ayat lain juga yang menjurus ke arah memanfaatkan kemampuan akal fikir. Ayat surah al-‘Alaq ini juga adalah wahyu pertama yang diturunkan kepada Baginda Nabi Muhammad s.a.w.Buku, Personaliti Ilmuwan Islam Berjaya ini memaparkan rangkuman kisah menarik secara ringkas tentang proses pembelajaran dan budaya keilmuan para ilmuwan dan sarjana Islam. Ia bermula daripada skop kisah tentang Nabi Muhammad s.a.w sebagai tokoh personaliti unggul, disusuli oleh para sahabat agung, tabi’in, dan para ilmuwan dan sarjana Islam selepas mereka.Antara kisah menarik para ilmuwan dan sarjana Islam yang turut disentuh dalam buku ini ialah tentang Ibnu Khaldun, Ibnu Hazm, Ibnu Sina, al-Biruni, al-Jahiz, al-Ghazzali, an-Nawawi, asy-Syafi’e, Ibnu Haytham dan lain-lain.Perkara yang tidak mungkin dibayangkan oleh pembaca ialah apabila membaca kisah tentang pengembaraan ilmu atau travelog ilmu oleh para ilmuwan Islam yang menghadapi pelbagai kepayahan dan kesukaran, tetapi tidak sedikit pun halangan yang dihadapi oleh mereka itu melunturkan hasrat murni dan semangat juang mereka yang cintakan ilmu.Buku ini sememangnya sesuai untuk bacaan yang berinspirasi bagi para pelajar. Rangkuman beberapa kisah menarik tentang para ilmuwan dan sarjana Islam mampu mencetuskan semangat baru dan mendorong para pelajar ke arah mencapai kejayaan dalam pembelajaran. Buku ini juga sebenarnya sesuai untuk bacaan pembaca yang masih mahu meningkatkan penguasaan ilmu dari semasa ke semasa tetapi kekurangan inspirasi.KLIK DISINI !!!
Source: Personaliti Ilmuwan Islam Berjaya
No comments:
Post a Comment