Friday, 4 December 2015

Kenapa Aku Meninggalkan SYIAH?

Kenapa Aku Meninggalkan SYIAH?Buku ini menyingkap peristiwa sebenar yang berlaku di sekita ulama’-ulama’ Syiah dan pengikutnya. Ia menyentuh beberapa aspek penting dalam akidah Syiah yang banyak terpengaruh dengan pegangan Yahudi seperti bilangan dua belas Imam yang menyamai bilangan keturunan Bani Israel. Akidah Syiah juga tidak terlepas daripada pengaruh Nasrani yang sesat.Buku ini juga menggambarkan kejelikan amalan-amalan Syiah seperti membenarkan pengikut-pengikutnya bermut’ah tanpa had walaupun dengan kanak-kanak berusia 10 tahun bahkan membenarkan amalan meliwat kanak-kanak lelaki. Oleh yang demikian, ramai di kalangan ulama’-ulama’ Syiah berkali-kali mengamalkan Mut’ah untuk mendapatkan kemuliaan yang disebut di dalam kitab-kitab muktabar Syiah.Dr. Husain al-Musawi , penulis buku ini merupakan seorang ulama’ mujtahid Syiah yang membesar dalam keluarga tersebut sehingga menjadi seorang tokoh ilmuwan hebat di kalangan ulama’ Syiah yang akhirnya bertukar iktikad daripada akidah Syiah kepada akida Ahli Sunnah. Antara ulama’-ulama’ lain yang kembali ke dalam akidah Ahli Sunnah setelah menemui cahaya kebenaran ialah As-Sayid Musa al-Musawi dan As-Sayid Ahmad Al-Katib.Semoga pembaca dapat mengikuti setiap perbahasan yang disampaikan oleh penulis dengan baik dalam usaha untuk mencari kebenaran bukan mencari kesalahan mana-mana individu.-Abdul Hadi Awang-KLIK DISINI !!!

Source: Kenapa Aku Meninggalkan SYIAH?

No comments:

Post a Comment