Nama sebenarnya
Nama sebenar beliau ialah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal bin Asad bin Idris bin Abdullah bin Habban bin Abdullah bin Anas bin Auf bin Qasit bin Mazin bin Syaiban bin Zahal bin Tha’labah bin Akasyah bin Sha’ab bin Ali bin Bakar bin Wail bin Qasyid bin Hanab bin Aqsi bin Da’mi bin Jadilah bin Asad bin Rabiah bin Nizar bin Maad bin Adnan.
Gelarannya
Gelaran beliau adalah Abu Abdullahyang bermaksud ‘bapa Abdullah’ . Ini adalah disebabkan beliau mempunyai seorang anak yang bernama Abdullah. Kebiasaannya pada zaman dahulu, maysarakat akan menggelarkan seseorang itu berdasarkan nama anak sulong lelaki mereka.
Pengenalan awal
Secara ringkasnya diketahui bahawa, Imam Ahmad bin Hanbal ini adalah
merupakan salah seorang dari empat imam yang muktabar didalam mazhab iaitu Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab Hanbali dan Mazhab Syafi’e. Imam Ahmad bin Hanbal adalah merupakan Imam kepada Mazhab al Hanbali iaitu merupakan mazhab yang terakhir diantara empat Mazhab ini dan dimana nama ‘Hanbali’ itu adalah disandarkan kepada datuknya. Ini kerana, datuknya adalah merupakan seorang yang sangat disegani pada ketika zamannya. Perbincangan mengenai ini akan dimaklum secara terperinci selepas ini. Beliau dilahirkan di Kota Baghdad pada zaman pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah. Khalifah pada ketika itu adalah Muhammd al-Mahdi bin Abu Ja’afar Abdullah al-Mansur bin Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas Abdul Mutallib (Khalifah al-Mahdi). Ketika Imam Ahmad bin Hanbal lahir, khlifah al-Mahdi tersebut berada sudah berada di dalam pemerintahan selama 6 tahun.Walaupun Imam Ahmad bin Hanbal lahir di Baghdad, namun beliau dibesarkan dalam kandungan ibunya di Kota Merw, Negeri Khurasan. Tetapi ada juga beberapa riwayat yang lain yang menyatakan bahawa setelah beliau dilahirkan di Kota Merw, baru ibubapanya berpindah ke ke Kota Baghdad. Namun begitu pendapat ini adalah merupakan suatu pendapat yang lemah.
Imam Ahmad bin Hanbal dilahirkan pada 20 haribulan Rabiul Awal tahun 164 Hijrah bersamaan dengan tahun 780 Masihi. Pada ketika itu, imam Mazhab Hanafi iaitu Imam Abu Hanifah telah pun meninggal dunia selama 14 tahun. Mahupun imam Mazhab Syafi’e dan Mazhab Maliki masih lagi hidup. Iaitu Imam as-Syafi’e baru berusia 14 tahun dan Imam Mallik sudah pun berusia 71 tahun.
Ibu Bapanya
Nama Hanbal adalah sebenarnya bukanlah nama bagi Imam Ahmad bin Hanbal ,tetapi Hanbal adalah merupakan nama datok bagi Imam Ahmad bin Hanbal . Ini kerana, para penulis sejarah sering kali menulis mengenai kisah hidup beliau dengan mengguna nama datuk beliau. Datuk Imam Ahmad bin Hanbal adalah merupakan seorang tokoh yang terkenal dan sangat berpengaruh didalam kerajaan Bani Umayyah dan ini adalah sebab mengapa nama beliau disandarkan kepada datuknya itu.Datuknya adalah merupakan seorang gabenor di Kota Sarkhas, iaitu sebuah kota didalam Negeri Khurasan.
Manakala ayah beliau adalah merupakan seorang askar. Ayah Imam Ahmad bin Hanbal adalah seorang yang tidak selari atau sejalan dengan datuk yang berjalan didalam prinsip politik. Ayah Imam Ahmad bin Hanbal (Muhammad bin Hanbal) meninggal dunia pada usia 30 tahun yang dikatakan punca kematiannya adalah disebabkan penderitaan akibat penyiksaan oleh puak Kerajaan Umayyah ketika mula-mula bergerak dalam perjuagan dahulu. Imam Ahmad bin Hanbal sendiri pernah berkata : “Saya tidak pernah berjumpa ayah dan datuk saya”. Ini adalah merupakan suatu bukti yang menyatakan Imam Ahmad bin Hanbal ini dilahirkan sebagai anak yatim atau ayahnya meniggal ketika beliau masih lagi kecil.
Negeri asal dimana tempat berdiamnya datuk nenek Imam Ahmad bin Hanbal ialah Kota Basrah. Kerana kabilah atau Bani Syaiban telah menetap di Kota Basrah sejak kota pinggir laut itu dibuka oleh Panglima Utbah bin Ghazwan.
Ibu Imam Ahmad bin Hanbal bernama Syafiah binti Maimunah binti Abdul Malik bin Sawadah bin Hindun as-Syaibani dari kabilah Bani Amir. Ianya sama seperti dari ayahnya yang berasal dari kabilah Bani Syaiban. Abdul Malik, datuk kepada Syafiah adalah merupakan seorang tokoh yang terkemuka didalam kabilah Bani Amir ini. Dan disini dapat dilihat bahawa keturunan Imam Ahmad bin Hanbal ini adalah merupakan suatu keturunan yang digeruni dan berpengaruh. Adapun Imam Ahmad bin Hanbal sendiri sangat terlalu memuliakan ibunya sewaktu ibu masih hidup bersama beliau.
Pendidikannya
Pendidikannya di Kota Baghdad
Imam Ahmad bin Hanbal membesar dan memasuki majlis-majlis ilmu keadaan serba kekurangan dan tidak mempunyai kelengkapan yang mencukupi untuk belajar. Ini adalah kerana bahawa beliau adalah merupakan seorang anak yatim sejak dari kecilnya dan ayahnya adalah seorang yang tidak berharta. Oleh itu, untuk menyara kehidupannya dan alatan pembelajarannya, beliau terpaksa mencari dan berikhtiar sendiri untuk mendapatkannya.Dan sudah tentulah keadaan ini akan merumitkan beliau untuk mempelajari ilmu-ilmu hadith, akan tetapi beliau tidak menghabiskan masanya untuk sentiasa mencari kemewahan hidup. Malah beliau tetap tabah dan redha dalam merempuh dugaan-dugaan dalam niat untuk mencari ilmu pengetahuan. Ini sama sekali tidak mengganggu tumpuannya dalam pengajian pembelajaran ilmu.
Imam Ahmad bin Hanbal sudah memahiri ilmu al-Quran semenjak beliau masih lagi kecil (maksud disini adalah menghafal dan menyelami makna al-Quran). Begitu didalam ilmu Bahasa Arab terutama didalam ilmu tatabahasa atau nahu serta ilmu karang-mengarang. Ini sudah dimahiri beliau pada usianya masih belum mencapai tahap usia baligh.
Imam Ahmad bin Hanbal memdalami ilmu di Kota Baghdad selam 4 tahun
sahaja, kemudian beliau keluar mencari ilmu ke kota-kota yang lain seperti Kufah. Antara
guru beliau di Kota Baghdad itu adalah :
1. Imam Husyaim bin Busyairal-Wasiti,
2. Imam Abu Yusuf,
3. Imam Abdul Rahman bin Mahdi,
4. Imam Waki’ bin Jarrah,
5. Imam Umair bin Abdullah,
6. Imam Abu Bakar bin Iyasyi,
7. Imam Ibrahim bin Saad,
8. Imam Yahya bin Qa\an serta banyak ulama’ lain di Kota Baghdad itu.
Hijrahnya menuntut ilmu
Setelah selesai mencari ilmu di dalam Kota Baghdad, Imam Ahmad bin Hanbal mula menanam cita-citanya untuk mendalami ilmu hadith ke luar dari negeranya itu. Beliau percaya bahawa masih ada lagi hadith dari Rasulullah ص yang belum beliau temui dan terdapat didalam dada para-para ulama’ yang belum beliau temui. Sifat ahli ilmu yang mendahagakan hadith Rasulullah ص begitu mendalam didalam hati Imam Ahmad bin Hanbal.
Langkah pertama yang diambil oleh beliau ialah menuju ke Kota Kufah,iaitu kota yang menjadi tempat tinggal keluarganya pada zaman mereka. Beliau mengambil keputusan untuk kesana disebabkan ramainya pengikut anak cucu Sayyidina Ali dan Saydatina Fatimah menetap disana. Pada ketika hijrahnya ke sana, Imam Ahmad bin Hanbal baru berusia 19 tahun yakni bersamaan pada tahun 183 hijrah.
Selama 3 tahun beliau menuntut ilmu dan tinggal di Kota Kufah, beliau akhirnya keluar ke negeri-negeri lain semata-mata untuk mencari ilmu hadith Rasulullah ص. Selepas itu, beliau berhijrah pula ke Kota Basrah selama setahun. Selepas setahun disana, beliau masih mengikuti kata hati untuk berhijrah ke negeri lain untuk ilmu. Dan daripada itu, beliau mengambil keputusan untuk pergi berhijrah pula ke Kota Mekah.
Beliau pergi berhijrah ke Kota Mekah pada tahun 187 Hjirah. Dan disinilah beliau dipertemukan oleh Allah ـuntuk bertemu dengan Imam as-Syafi’e . Imam as-Syafi’e yang pada ketika itu sedang mengajar di Masjidil Haram dan dari sinilah terjalinnya ilmu antara Imam Ahmad bin Hanbal /dan Imam as-Syafi’e.
Imam Ahmad bin Hanbal menjadikan pengembaraannya ke kota-kota dan negeri-negeri sebagai usahanya untuk mencari ilmu. Beliau amat gemar dan terlalu mencintai hadith-hadith Rasulullah ص. Selain itu, beliau juga telah mengembara ke tempat-tempat lain seperti keMadinah, Yaman, Farsi dan lainnya.
Kegigihan dan usaha beliau dalam niat menuntut ilmu adalah amat luar biasa sehinggakan ia menjadi kemusykilan akal saya pada zaman mutakhir ini. Sifat yang cintakan ilmu Hadith ini perlu diikuti oleh penuntut-penuntut ilmu sekarang walaupun tidak dapat mengikutnya secara keseluruhan, tetapi hendaklah diikuti secara apa yang termampu.
Sifat Rupa Paras Beliau
Mengikut riwayat daripada al-Hafiz az-Zahibi bahawa Imam Ahmad bin Hanbal adalah seorang lelaki yang sederhana ketinggian badannya. Beliau juga adalah seorang yang berkulit hitam manis, jinjang lehernya, janggutnya berinai dan beliau sangat menyukai pakaian yang kasar. Sfiat keperibadiannya tenang, fikirannya yang luas, tegas, jujur dan beliau sangat bertaqwa kepada Tuhan.
Semasa hayatnya, beliau pernah menjawat jawatan Mufti di Iraq. Disamping itu, beliau juga banyak menyumbang ilmu dan tenaga didalam mengatasi masalah-masalah pihak awam yang bersifat umum. Dengan sifat-sifat yang sebegitu, adalah sukar untuk dicari atau didapati orang yang sepertinya apatah lagi pada zaman mutakhir ini.
Mukanya dikatakan tampan tetapi amat menakutkan bagi sesiapa yang memandangnya kerana hebatnya. Janggut beliau tipis, rambutnya kemerah-merahan setelah hari tua dan beruban, beliau suka mewarnakan rambut dan janggutnya dengan inai kuning. Beliau juga amat menjaga keterampilannya, serta menjaga kerapian rambut dan janggut agara tidak kelihatan kegersingan (serabut).
Satu perbuatan yang beliau amat tidak sukai ialah bergurau senda. Beliau juga benci melihat orang yang sentiasa bergurau senda. Orang-orang yang dekat dengannya pasti tidak akan bergurau dengannya. Dan beliau juga dikatakan tidak suka berjalan di kawasan pasar.
Ibadat beliau kepada Allah
Imam Ahmad bin Hanbal adalah merupakan seorang yang sangat soleh dan bertaqwa kepada Allah. Beliau melakukan ibadat dengan cara yang amat bersungguh-sungguh sehinggakan beliau dikenali sebagai seorang ahli ibadat yang sukar dicari tandingnya.
Dirawayatkan, amalan yang paling banyak beliau kerjakan adalah solat. Iaitu solat sunat terutamanya solat sunat pada waktu tengah malam yang lebih dikenali dengan solat tahajud. Ini diriwayatkan sendiri oleh anak beliau iaitu Abdullah bin Ahmad. Anaknya (Abdullah bin Ahmad) berkata :
“Adalah ayahku (Imam Ahmad bin Hanbal /) mengerjakan solat pada tiap-tiap malam sehingga 300 rakaat. Kemudian setelah beliau dijatuhkan hukuman dera, lemahlah tubuhnya. Lalu ia mengerjakan solat setakat 150 rakaat dalam sehari semalam, padahal usianya ketika itu sudah hampir mencapai 80 tahun”.
Selain banyak mengerjakan solat di tengah malam, Imam Ahmad bin Hanbal juga amat menggemari membaca al-Quran. Beliau dikatakan akan mengkhatamkan al-Quran setiap seminggu sekali. Daripada anaknya juga, Abdullah bin Ahmad berkata :“Ayahku setiap hari membaca sebanyak sepertujuh al-Quran. Beliau akan mengkhatamkan al-Quran setiap tujuh hari sekali”.
Beliau wafat pada 12 Rabi’ul Awwal 241 Hijrah (855 Masihi). Pada hari itu tidak kurang dari 130,000 Muslimin yang hendak mengsolatkannya dan 10,000 orang Yahudi dan Nasrani yang memasuki Islam.
Meskipun Imam Ahmad bin Hanbal seorang yang kekurangan, namun beliau sangat memelihara kehormatan dirinya. Bahkan dalam keadaan tersebut, beliau senantiasa berusaha menolong dan tangannya selalu di atas. Beliau tidak pernah gusar hatinya untuk mendermakan sesuatu yang dimiliki satu-satunya pada hari itu. Disamping itu, beliau terkenal sebagai seorang yang zuhud dan wara. Bersih hatinya dari segala macam pengaruh kebendaan serta menyibukkan diri dengan zikir dan membaca al-Quran atau menghabiskn seluruh usianya untuk membersihkan agama dan mengikisnya dari kotoran-kotoran bid’ah dan pikiran-pikiran yang sesat.
Sifat ini perlu dicontohi oleh umat pada zaman mutakhir ini. Walaupun kita tidak mencontohi sifatnya secara keseluruhan, janganlah pula kita meniggalkannya secara keseluruhan. Ianya perlu diikuti secara perlahan-lahan dan mengikut kemampuan diri. Semestinya maqam Imam Ahmad bin Hanbal tidak sama seperti kita, kerana beliau pasti mempunyai kedudukan yang tinggi disisi tuhan akibat dari pengorbanannya terhadap agama Islam.
[…] Manaqib Imam Ahmad Bin Hanbal […]
ReplyDelete