Monday, 28 January 2013
Pembahagian Rukun Sembahyang
Rukun Sembahyang itu terbahagi kepada tiga bahagian:
Rukun Qalbi: Iaitu rukun yang berkaitan dengan pekerjaan hati.
Rukun Qauli: Iaitu rukun yang berkaitan dengan bacaan.
Rukun Fi;li: Iaitu rukun yang berkaitan dengan perbuatan.
Rukun Qalbi ada dua perkara:
1) Niat
2) Tertib
Rukun Qauli ada lima perkara:
1) Takbiratul ihram
2) Membaca Fatihah
3) Membaca tahiyyat akhir.
4) Besolawat kepada Nabi s.a.w dalam tahiyyat akhir.
5) Mengucap salam yang pertama.
Rukun Fi’li ada enam perkara:
1) Berdiri betul
2) Ruku’
3) I’tidal
4) Sujud
5) Duduk antara dua sujud.
6) Duduk membaca tahiyyat akhir.
Rujukan: Fiqh Solat oleh Haji Engku Ali bin Engku Endut (Muhammad ) al-‘Idrusi
Labels:
FEQAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment