Monday, 28 January 2013
Nabi Muhammad S.A.W Menurut Islam dan Kristian
Pendahuluan
Nabi Muhammad S.A.W adalah penghulu dan penutup kepada sekelian nabi sebagaimana firman allah S.W.T di dalam al-Quran
“Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi” al-Ahzab ayat 40
Inilah yang menjadi pegangan di dalam agama Islam, satu-satunya agama yang benar disisi Allah S.W.T. Kedatangan baginda S.A.W sebagai nabi utusan Allah yang terakhir telah dikhabarkan oleh nabi-nabi dan kitab-kitab yang terdahulu sebagaimana firman Allah S.W.T.
“Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada disisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.” Al-A’raf : 175
Kedatangan Nabi Muhammad dalam kitab-kitab yang terdahulu akan dibincangkan didalam tajuk yang berikut.
Berita Kewujudan Nabi Muhammad S.A.W di Dalam Kitab Bible[1]
Di dalam berita pertama : Deutoronomy 18:17-22 menyebutkan ciri-ciri seorang nabi yang akan diutuskan oleh Allah S.W.T :-
17) “Kerana itu Tuhan berkata kepada saya, ‘Permintaan mereka itu bijaksana.
18) Dari bangsa mereka sendiri Aku akan mengutus kepada mereka seorang nabi seperti engkau. Aku akan mengatakan kepadanya apa yang harus dikatakannya, lalu ia menyampaikan kepada bangsa itu segala yang Kuperintahkan.
19) Ia akan berbicara atas nama-Ku, dan Aku akan menghukum siapa saja yang tidak mau mendengarkan dia.
20) Tetapi kalau seorang nabi berani menyampaikan suatu pesanan atas nama-Ku padahal Aku tidak menyuruh dia berbuat begitu, ia harus mati; begitu juga setiap nabi yang berbicara atas nama ilah-ilah lain harus mati;.
21) Mungkin kamu bertanya dalam hati, ‘Bagaimana kami tahu apakah pesan seorang nabi itu berasal dari Tuhan atau tidak?’
22) Kalau seorang nabi berbicara atas nama Tuhan, tetapi apa yang dikatakannya itu tidak terjadi, maka ramalan itu bukan dari Tuhan. Nabi itu berbicara atas namanya sendiri dan kamu tak usah takut kepadanya.”
Nabi yang dimaksudkan berita gembira pertama ini ialah Muhammad s.a.w bukan Yusa’ bin Nun sebagaimana yang disangka oleh Yahudi. Nabi itu juga bukan Isa sebagaimana yang disangka oleh Kristian. Penjelasannya sebagaimana berikut:
Yahudi hidup sezaman dengan Isa tetapi mereka masih menuggu nabi yang lain yang dikhabarkan. Penantian ini menunjukkan bahawa orang yang dinantikan bukan Yusa’ kerana Yusa’ sezaman dengan Musa dan bukan Isa kerana Isa ada bersama mereka.
Terdapat di dalam Deutoronomy 34:10: “Di Israel tak ada lagi nabi seperti Musa yang berbicara berhadapan muka dengan Tuhan…….”[2]
Lafaz “….seperti Musa..”. Yusa’ dan Isa bukan seperti Musa. Ini kerana Musa diutus dengan kitab sendiri dan syariat yang baru merangkumi perintah, larangan, hudud, hukum halal haram, mandi, bersih dan sebagainya. Yusa’ dan Isa adalah pengikut kepada syariatnya. Musa adalah ketua yang ditaati dan Isa bukan begitu. Ini kerana Injil tidak mempunyai hukum hakam dan syariat. Isa tidak ditaati oleh kaumnya. Bahkan dia dibunuh secara salib di tangan Yahudi selepas mengkafirkan dan menghinanya. Tidak ada persamaan yang sempurna di antara Isa dan Musa.
Ketika Ahmad Deedat berdiskusi dengan seorang Dominee Kristian beliau telah mendatangkan beberapa hujah bahawa Nabi Isa itu bukan sama seperti Nabi Musa. Pertamanya ialah Kristian berpegang bahawa ‘Isa itu adalah Tuhan tetapi mereka juga berpegang bahawa Nabi Musa bukan Tuhan. Keduanya, Kristian berpegang bahawa kewafatan Isa adalah untuk membersihkan dosa manusia di dunia, namun mereka juga tahu bahawa Nabi Musa tidak wafat kerana mengorbankan dosa manusia. Ketiganya antara yang dipegang oleh Kristian ialah bahawa ‘Isa telah pergi ke neraka selama tiga hari, tetapi Nabi Musa tidak perlu pergi ke sana.[3]
Terdapat di dalam berita gembira ini lafaz “di tengah saudara mereka” dan di dalam setengah riwayat lain menggunakan “dari kalangan saudara mereka.” Tidak syak lagi bahawa keturunan dua belas (puak yang sebelum ini bersama Musa) ada ketika itu bersama Musa. Kalaulah nabi yang dikhabarkan itu daripada kalangan mereka, pasti Musa menggunakan perkataan “daripada kamu” atau “daripada kalangan kamu” atau “daripada diri kamu” atau “anak cucu kamu”. Ini kerana Yusa’ bin Nun dan Isa, keturunannya merujuk kepada Yaakub bin Ishak bin Ibrahim. Yusa’ dan Isa adalah nabi daripada Bani Israel dan mereka bukan yang dimaksudkan di dalam berita ini. Penggunaan “saudara” yang dimaksudkan disini ialah anak-anak Ismail bin Ibrahim. Terdapat di dalam Taurat penggunaan lafaz “saudara” untuk keturunan Ismail sebagaimana yang terdapat didalam surat
Genesis 16/12
“Tetapi anak mu itu akan hidup seperti keldai liar; ia akan melawan setiap orang, dan setiap orang akan melawan dia. Ia akan hidup terpisah dari semua sanak saudaranya.”
Jadi Nabi Muhammad adalah daripada keturunan Ismail. Ismail adalah saudara kepada Bani Israel. Ini membenarkan berita bahawa Nabi Muhammad adalah nabi yang dimaksudkan.
Lafaz “aku akan mengutuskan” menunjukkan kepada masa hadapan. Lafaz ini tidak bersesuaian dengan Yusa’ yang ada di masa itu bersama dengan Bani Israel.
Terdapat “ia akan berbicara atas namaku”. Lafaz ini memberi isyarat bahawa nabi yang dikhabarkan itu diturunkan kepadanya satu kitab. Dia seorang yang “ummi” tidak membaca kertas yang bertulis tetapi berbicara dengan Kalam Allah yang diturunkan kepadanya dan dihafal di dalam dadanya. Perkara ini tidak bersesuaian dengan Yusa’ kerana Yusa’ tidak diturunkan dengan sebarang kitab. Yusa’ juga membaca Taurat kerana tidak menghafalnya.
Terdapat lafaz “aku akan menghukum siapa saja yang tidak mahu mendengarkan dia.” Hukuman ini membezakan bahawa nabi yang diutuskan ini berbeza daripada nabi-nabi yang lain. Maksud hukuman di sini ialah hukuman syariat. Ini bermakna nabi yang diutus di perintah oleh Allah untuk menghukum orang yang mengingkarinya, menentang mereka dengan pedang, dihalalkan darah dan harta mereka dan menawan zuriat mereka. Pernyataan ini hanya bersesuaian dengan Muhammad dan tidak bersesuaian dengan Isa. Ini kerana Isa tidak diperintahkan untuk memerangi orang yang menetangnya. Injil pula tidak menyebut tentang hukum hudud, qisas, takzir, dan jihad.
Manakala teks seterusnya “Tetapi kalau seorang nabi berani menyampaikan suatu pesan atas nama –ku padahal aku tidak menyuruh dia berbuat begitu, ia harus mati.” Nas ini menjelaskan nabi penipu yang menyandarkan kepada Allah apa yang Allah tidak perintahkan, nabi tersebut mesti dibunuh. Ini bertepatan dengan apa yang terdapat di dalam surah Al-Haqah ayat 44-46 yang bermaksud:
“Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta –sebarang kata-kata rekaan, sudah tentu Kami yng menyentapnya dengan kekuasaan kami, kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya ia mati dengan serta-merta).”
Kalaulah Muhammad itu bukan nabi yang sebenarnya, pasti dia akan dibunuh serta merta. Diketahui umum bahawa Nabi Muhammad S.A.W memerangi ramai musuh di banyak tempat, di waktu itu tidak ada seorang pun yang mampu membunuh baginda. Allah telah menjaganya daripada musuh. Baginda terus hidup sehingga diangkat ke hadrat Allah Ta’ala dengan kewafatan dan kematian biasa. Ini menyebabkan apa yang terdapat di dalam surat Al-Maidah ayat 67 yang bermaksud:
“Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika Engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah Engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum kafir.”
Adapun Isa Alaihissalam, ahli kitab beranggapan bahawa dia mati di salib. Kalaulah berita ini ada pada hak Isa maka dia akan diketahui oleh Yahudi sebagaimana diramalkan. – Mohon perlindungan daripada Allah.
Ayat Deurotonomy 18/22 menjelaskan bahawa tanda-tanda nabi penipu ialah ceritanya tentang peristiwa ghaib akan datang akan menjadi. Ini kerana Allah akan merendahkannya dan menzahirkan penipuannya. Manakala Nabi Muhammad S.A.W pula menceritakan banyak peristiwa ghaib akan datang dan semuanya benar-benar berlaku. Ini bermakna Nabi Muhammad benar-benar seorang nabi yang diutuskan oleh Allah.
Ulama Yahudi yang sezaman dengan baginda mengakui bahawa nabi yang dikhabarkan di dalam Taurat itu adalah baginda. Sebahagian mereka memeluk Islam seperti Abdullah bin Salam dan Kaab bin Ahbar. Manakala yang menerima kenabiannya tetapi tidak memeluk Islam seperti Abdullah bin Surya, Huyai bin Akhtab dan saudaranya Abu Yaser bin Akhtab. Perkara ini tidak pelik kerana terdapat ulama Yahudi yang sezaman dengan Isa menerima kenabian dan mukjizatnya, mereka kemudiannya mengeluarkan fatwa bahawa dia adalah kafir dan membunuhnya. Ini sebagaimana yang tercatat di dalam Injil John 11/45-57 dan John 18/1-24.
Apabila umur Rasulullah S.A.W mencapai dua belas tahun- Dikatakan dua belas tahun dua bulan sepuluh hari- Abu Talib membawanya berdagang di Syam. Apabila mereka sampai ke Basra – yang dianggap termasuk dalam kawasan Syam dan ibu negeri Hawran yang pada masa itu ialah ibu negeri bagi negeri-negeri Arab yang tunduk kepada pemerintahan Rom. Di negeri itu ada seorang rahib yang dikenali dengan nama Bahira, namanya ialah Jarjis. Apabila rombongan Abu Talib singgah disitu , Bahira keluar kepada mereka dan menyambutnya sebagai tetamu yang dimuliakan, padahal sebelum itu dia tidak pernah keluar kepada mereka. Dia mengenali sifat Rasulullah S.A.W. Sambil memegang tangan baginda, beliau berkata: Inilah ketua seluruh alam, budak ini diutuskan oleh Allah sebagai rahmat untuk sekelian alam. Lalu Abu Talib berkata: Bagaimana kamu tahu? Jawabnya: Ketika kamu bertolak dari ‘Aqabah, tidak ada sebutir batu atau sepohon pokok melainkan semuanya tunduk sujud, dan ia tidak sujud melainkan kepada seorang nabi. Sesungguhnya aku mengenalinya dengan cap kenabian di bawah tulang belikatnya seperti buah epal. Kami dapatinya ada disebutkan dalam kitab-kitab kami. Bahira meminta Abu Talib supaya membawa pulang Rasulullah S.A.W, jangan dibawa pergi ke Syam kerana bimbang nanti orang-orang Yahudi akan melakukan sesuatu yang buruk. Lalu Abu Talib pun menghantar pulang Rasulullah S.A.W bersama sebahagian pembatunya ke Mekah.[4]
Nabi Muhammad Di Dalam Perjanjian Lama[5]
Buku terakhir dari Canonical Jewish Code of The Bible mencantumkan nama “Malachai”, yang kelihatannya lebih sebagai julukan ganti nama diri. Pengucapan yang benar dari nama ini adalah “Malakhi” yang ertinya “malaikatku” atau “pesuruhku”. Kata Ibrani “mal akh”, seperti perkataan Arab “ malak ”, seperti istilah Yunani “ anghelos ” yang mana nama Inggris “ angle ” berasal, bererti “seorang pesuruh”, ertinya orang yang ditugaskan untuk menyampaikan suatu pesan atau khabar kepada seseorang.
Siapakah gerangan Malakhi ini, dalam episod apa dari sejarah Yahudi ia hidup dan diramalkan,tidak lah diketahui baik dari buku itu sendiri ataupun dari bahagian lain Perjanjian Lama. Buku itu dimulai dengan kata-kata : “Misa” dari firman Yahweh, El dari Israel dengan tangan Malakhi”.Yang bilamana diterjemahkan:”Tulisan dari firman yahweh, Tuhan Israel, dengan tangan Malakhi.” Ia mengandungi empat fasal pendek.
Ramalan disampaikan tidak kepada seorang raja dan anggota-anggota istananya, tetapi kepada suatu kaum yang sudah menetap di Jurusalem dengan kuil dan perkhidmatannya. Korban-korban dan sesembahan-sesembahan diberikan dari jenis yang paling kotor dan buruk; biri-biri dan lembu yang dipersembahkan di altar-altar bukan daripada kualiti terbaik, melainkan haiwan-haiwan yang buta, jinak, tempang dan kurus. Tithe (seperti zakat) tidak dibayarkan secara tetap, dan jika pun dibayarkan maka dengan
bahan yang mutunya rendah. Para pendeta pun, tentu saja, tidak dapat mencurahkan waktu dan tenaga mereka untuk melaksanakan tugas suci mereka. Karena mereka tidak sanggup mengunyah daging bistik dan potongan daging biri-biri panggang dari korban-korban yang kurus, tua, dan lumpuh. Mereka tidak boleh hidup dengan Tithe yang hanya sedikit atau gaji yang tidak mencukupi. Yahweh, yang biasa dengan kaum yang tidak boleh diperbaiki ini, sekejap mengancam, sekejap lagi memberikan janji-janji, dan kadang-kadang mengeluh.
Wacana atau ramalan ini, nampaknya telah disampaikan oleh Nabi Malakhi pada sekitar awal abad ke 4 sebelum masihi, ketika bangsa Israel juga jemu terhadap yahweh, dan biasa mengatakan, “”Meja Tuhan memang cemar dan makanan Dia boleh dihinakan” (Maleakhi 1:12). “Setiap orang yang berbuat jahat adalah baik di mata Yahweh; kepada orang-orang yang demikianlah Ia berkenan—atau jika tidak, di manakah Tuhan yang menghukum?” (Maleakhi 2:17).
Walaupun kitab Maleakhi, merupakan janji post captivatatem , ditulis dengan gaya Ibrani yang kelihatannya baik. Untuk mengatakan bahwa “misa”, atau wacana, ini telah turun kepada kita secara utuh dan tidak dipalsukan, bererti mengakui kebodohan bahasanya. Ada beberapa kalimat yang dirosak sehingga nyaris mustahil untuk memahami pengertian yang sebenarnya yang hendak mereka sampaikan.
Subjek diskusi kita dalam artikel ini adalah ramalan terkenal yang ditulis Malakhi 3:1 yang bunyinya:
“Lihat, Aku menyuruh utusan-Ku, supaya ia mempersiapkan jalan di hadapan-#Ku, Dengan serta-merta Adon yang kamu cari itu akan masuk ke kuilNya, Utusan Perjanjian yang kamu kehendaki itu, sesungguhnya, ia datang, firman Tuhan Semesta Alam.” (Malachi 3:1).
Ini adalah ramalan mesianik yang terkenal. Semua orang Kristian, paderi, Popes, Patriarch, Pendeta, Biarawan, Biarawati, dan bahkan budak-budak sekolah ahad, akan mengatakan kepada kita bahwa pesuruh pertama yang disebutkan dalam teks itu adalah Yohannes Pembatis, dan pesuruh kedua, yang versi-versi bahasa daerah mereka meterjemahkan “Utusan Perjanjian (utusan yang dijanjikan)” adalah Jesus Krist!
Penentuan yang pasti tentang siapa subjek dari ramalan ini sangatlah penting, kerana sejak itu Gereja-gereja Kristian meyakini bahwa dua orang yang berbeza dinyatakan didalamnya, dan pengarang dari keyakinan yang keliru ini adalah Matius, ia membuat kesalahan yang begitu besar. Salah satu karakter Injil pertama –Matius– adalah menunjukkan dan membuktikan terpenuhinya pernyataan atau ramalan Perjanjian Lama pada hampir setiap kejadian dalam kehidupan Jesus Krist!. Ia sangat cuai dalam menjaga dirinya dari berbagai pertentangan, dan kurang hati-hati dalam membuat kutipan-kutipannya dari kitab suci berbahasa Ibrani. Dia pasti kurang mengetahui tentang kesusasteraan bahasanya sendiri. Saya punya satu kesempatan untuk merujuk dalam artikel terdahulu dari siri ini, pada salah satu kesalahan besarnya mengenai keldai yang dinaiki Yesus. Ini adalah persoalan yang sangat serius secara langsung menyentuh keautentikan dan keabsahan dari kitab-kitab Injil. Adakah mungkin Rasul Matius sendiri tidak mengetahui karakter sebenarnya dari kenabian Malakhi, dan secara bodoh menganggap itu sebagai suatu kesalahan kutip dari gurunya yang sudah pasti akan menimbulkan pertanyaan tentang kualitinya sebagai nabi yang akan mendapat wahyu Tuhan? Lantas bagaimana kita harus berfikir tentang pengarang kitab Injil kedua –Injil Markus- yang menganggap pasal dalam Maleakhi berasal dari Isaiah? (Markus 1:2)
Jesus dilaporkan oleh Matius (11:1-5), dan ini pun diikuti atau ditiru oleh Lukas (7:18-28) telah menyatakan kepada orang banyak bahwa Yohanes Pembaptis adalah “lebih daripada orang nabi”, bahwa tentang dia Kitab itu menulis, “ Lihatlah, Aku menyuruh utusanKu mendahului Engkau, ia akan mempersiapkan jalanmu di hadapanmu ” (Lukas 7:27) dan bahwa “ di antara mereka yang dilahirkan oleh perempuan tidak ada seorangpun yang lebih besar dari pada Yohanes, namun yang terkecil dalam Kerajaan Allah lebih besar daripadany a.” (Lukas 7:28). Penyimpangan teks Malakhi dengan jelas dan dilakukan secara sengaja, teks aslinya –berbahasa Ibrani- mengatakan bahwa Yahweh Sabaoth, yakni God of Hosts (Tuhan dari rombongan besar),
adalah yang berbicara dan kaum beriman adalah orang-orang yang diajak bicara, sebagaimana dapat dengan mudah difahami dalam perkataan “ yang sedang engkau cari …. yang engkau kehendaki” Tuhan berkata, “Lihatlah Aku mengirim utusanKu dan ia akan menyiapkan jalan dihadapan wajahKu”. Tetapi injil-injil itu telah menambah-nambah teks tersebut dengan menghapus kata ganti orang dari orang pertama tunggal, dan menyisipkan “dihadapanmu” (atau“wajahmu” seperti dalam teks ibrani) dua kali .
Pada umumnya diyakini bahwa Matius menulis kitab Injilnya dalam bahasa Ibrani atau Arami pada waktu itu untuk membuktikan kepada kaum Yahudi bahwa Tuhan, dengan menyebut Yesus Kristus, berkata, “Lihatlah, Aku mengirim Utusan [malaikat]-Ku, dan ia akan menyiapkan jalanmu dihadapanmu” dan ingin menunjukkan bahwa malaikat atau utusan ini adalah Yohanes Pembaptis.
Kemudian kontra antara Yohanes dan Jesus diserahkan kepada Jesus, yang menggambarkan Yohanes sebagai diatas setiap nabi dan lebih besar daripada anak-anak dari semua ibu manusia, tetapi yang paling kecil di Kerajaan Syurga –dimana Yesus sebagai rajanya- adalah lebih besar daripada Yohanes.
Untuk sementara, saya tidak percaya bahwa Jesus atau siapapun muridnya menggunakan bahasa seperti itu dengan tujuan menodai firman Tuhan, namun pendeta yang fanatik atau uskup yang bodoh telah memalsukan teks ini dan meletakkan kedalam mulut Yesus kata-kata yang tidak akan ada nabi yang berani untuk mengucapkannya.
Pemikiran tradisional bahwa Sang Utusan yag ditugaskan untuk mempersiapkan jalan dihadapan “sang Adon” dan “Utusan Perjanjian” adalah seorang hamba dan bawahan dari “Utusan Perjanjian”, dan kerananya menyimpulkan bahwa dua orang yang berbeza itu adalah yang diramalkan, merupakan rekaan dari ketidaktahuan mengenai misi dan besarnya pekerjaan yang ditugaskan kepada utusan itu. Ia tidak dianggap sebagai seorang perintis atau pun seorang jurutera yang ditugaskan membangun jalan dan jambatan untuk lintasan perarakan diraja. Oleh kerana itu, mari kita membaca pokok bahasan ini dengan lebih mendalam dan dengan cara berani, objektif, dan kritis.
1. Pertama, kita harus memahami benar bahwa Pesuruh itu adalah seorang manusia, dan
bukannya seorang malaikat. Kedua kita harus membuka mata kita secara bijaksana untuk
mengetahui bahwa ia tidak diutus untuk menyiapkan jalan dihadapan utusan yang lain
yang disebut “Adon” dan “Utusan Perjanjian”, melainkan ditugaskan untuk mendirikan
dan menegakkan agama yang lurus, selamat dan baik. Ia ditugaskan untuk melenyapkan
semua rintangan dijalan antara Tuhan dan makhluk-makhlukNya, dan memenuhi semua
celah dan retakan dijalan besar ini, agar boleh dilalui, mudah dipahami dengan baik dan
terlindungi dari segala macam bahaya. Ungkapan “ ûfinnâ-derekh ,” maksudnya mengatakan bahwa sang utusan “akan meluruskan dan membersihkan ibadah atau agama.” Kata kerja “ dararkh ” dari kata kerja yang sama dengan kata Arabnya “daraka” , yang ertinya “berjalan, mencapai, dan memahami”, dan kata benda “ derekh ” bererti “jalan, arah, langkah”, dan secara metafora ertinya “ibadah dan agama”. Kata tersebut digunakan dalam makna spiritual didalam kitab Mazmur dan Kisah-kisah. Tentu saja Utusan Tuhan yang mulia ini tidak datang untuk memperbaiki atau membangun kembali sebuah jalan atau sebuah agama demi keuntungan segelintir kaum Yahudi, tetapi untuk menegakkan sebuah agama universal dan tak boleh berubah untuk umat manusia. Meskipun agama Yahudi menanamkan kewujudan satu Tuhan, masih saja konsep mereka
tentang Dia sebagai Tuhan bangsa Israel, kependetaan mereka, ritual dan upacara
pengorbanan, dan kemudian tiadanya artikel yang meyakinkan mengenai kepercayaan dan kekekalan roh, kebangkitan orang mati, pengadilan terakhir, kehidupan yang abadi di surge atau neraka, dan banyak hal-hal kurang baik lainnya, menjadikannya sama sekali tidak sesuai dan tidak memadai untuk orang-orang dari berbagai macam bahasa, bangsa, iklim, perangai, dan kebiasaan. Mengenai agama Kristian (dengan tujuh sakramen yang tidak berguna, kepercayaan terhadap dosa warisan, inkarnasi Tuhan yang tidak dikenal dalam Perjanjian Lama, dan terhadap Triniti Tuhan-tuhan individual, dan terakhir kerana ia tidak memiliki naskah Injil satu jalur dari yang dianggap pendirinya, Jesus) belum memberikan manfaat kepada umat manusia. Sebaliknya, ia telah menimbulkan perpecahan dan puak-puak yang saling bermusuhan antara satu sama lain.
Kemudian Sang Utusan ditugaskan untuk membatalkan kedua agama tersebut dan
menegakkan agama yang hak, yakni agamanya Ibrahim, Ismail, Yakub, dan nabi-nabi
lainnya, dengan membawa aturan baru untuk seluruh umat manusia. Ia menjadi jalan
paling singkat untuk “mencapai” keredhoan Tuhan. Agama paling ringkas untuk
menyampai kepada Tuhan dan keyakinan paling aman untuk selalu tetap murni dan tidak tercampur dengan takhayul dan dogma-dogma bodoh. Sang Utusan ditugaskan untuk menyiapkan sebuah jalan (agama) yang akan memimpin semua orang yang beriman kepada Tuhan Yang Esa tanpa memerlukan ratusan pemandu atau tukang pura-pura yang mengangkat dirinya sendiri. Dan yang terpenting, Utusan itu akan tiba-tiba datang ke Kuilnya, dan ia mencabut sampai keakar-akarnya semua kemusyrikan dinegeri-negeri itu, tidak hanya dengan menghancurkan patung-patung dan gambar-gambar, tetapi juga menanamkan kepada para mantan musyrikin itu keimanan pada satu Allah.
Dan penyelesaian tugas akhbar ini telah dilakukan hanya oleh seorang nabi yang namanya adalah Muhammad.
2. Yohanes Pembaptis bukanlah Utusan yang diramalkan oleh Malakhi. Catatan-catatan
yang disampaikan tentangnya oleh empat Injil sangat bertentangan, tetapi satu hal yang
mereka sepakati bersama bahwa ia sama sekali tidak menyiapkan jalan. Karena ia tidak
dipercayakan untuk membawa sebuah kitab suci baru. Ia tidak mendirikan agama baru
ataupun mereformasi agama lama.
Dikabarkan bahwa ia telah meninggalkan orang tua dan kampung halamannya selagi masih muda. Ia hidup digurun pasir dengan makan madu dan belalang, dan menjalani kehidupan disana sampai ia berusia sekitar 30 tahun, ketika ia menampakkan diri kepada orang banyak ditepi sungai Jordan, tempat ia biasa membaptis para pendosa yang bertaubat yang mengakui dosa-dosa mereka padanya. Meskipun Matius tidak tahu apa-apa tentang hubungannya dengan Jesus atau tidak ada perhatian untuk meriwayatkannya, Lukas, yang menulis kitab Injil Lukas, tidak berdasarkan dari wahyu melainkan dari karya-karya para murid Jesus, meriwayatkan penghormatan yang diberikan oleh Yohanes kepada Jesus ketika keduanya masih berada dalam kandungan ibu-ibu mereka (Lukas 1:39-46). Yohanes membaptis Jesus dalam air sungai Jordan seperti setiap orang lainnya, dan dikabarkan telah mengatakan bahwa dia (Yohanes) “tidak layak membongkok untuk membuka tali kasut” (Markus 1:7). Jesus dan menurut kitab Injil keempat, dia (Yohanes) berseru bahwa Yesus adalah “Domba Tuhan yang menebus dosa-dosa dunia” (Yohanes 1:29). Bahwa ia mengenal Jesus dan mengakuinya sebagai Krist adalah sangat jelas. Namun ketika ia dipenjara, ia mengutus murid-muridnya kepada Jesus untuk menanyakan “Engkaukah yang akan datang itu atau haruskah kami menantikan orang lain?” (Matius 11:3). Yohanes Pembaptis meninggal dalam penjara akibat menegur seorang Edomite, raja Herod sang Tetrach, kerana telah mengahwini isteri adiknya sendiri. Menurut penuturan para penginjil, demikianlah akhir dari kehidupan nabi Yohanes Pembaptis menurut Bible.
Pelik kalau kaum Yahudi tidak mengakui Yohanes sebagai seorang nabi. Juga lebih aneh lagi menemukan bahwa Injil Barnabas tidak menyebut-nyebut sang Pembaptis, dan lagi, ia meletakkan kata-kata yang konon telah diucapkan oleh Yohanes mengenai Krist kedalam mulut Krist tentang Muhammad, Rasul Allah. Al-Qur’an menyebutkan kelahiran Yohanes yang ajaib dengan nama “Yahya” tetapi tidak menyebutkan misi pembaptisannya.
Deskripsi mengenai khutbahnya diberikan dalam Matius pasal 3. Nampaknya ia telah memberitahukan datangnya Kerajaan Syurga dan lahirnya seorang Nabi Agung dan nabi Tuhan yang akan membaptis kaum beriman tidak dengan “air”, tetapi dengan “api dan roh kudus”.
Nah, seandainya Yohanes Pembaptis adalah sang Utusan yang diangkat Tuhan untuk menyiapkan jalan sebelum kedatangan Jesus, dan seandainya ia adalah bawahan Jesus, maka tidak ada manfaatnya bagi Yohanes untuk melakukan pembaptisan orang banyak dalam air sungai dan menyibukkan diri bersama setengah dozen murid. Ia mestinya harus segera mengikuti dan menaati Jesus apabila ia melihat dan mengenalnya. Tetapi ia tidakmelakukan hal itu!
3. Yohanes Pembaptis juga bukan Elia atau Elias, sebagaimana yang telah dikatakan Jesus. Malakhi (4:5-6) membicarakan kedatangan Elia yang kebenarannya diramalkan akan terjadi pada suatu waktu sebelum hari kebangkitan dan tidak sebelum munculnya sang Utusan yang dibicarakan! Meskipun Jesus telah mengatakan bahwa Yohanes adalah Elia, namun umat tidak mengenalnya. Yang dimaksud oleh perkataan Jesus itu adalah bahwa dua orang itu sama dalam kehidupan asketisnya, ketaatan mereka pada Tuhan, keberanian mereka dalam memarahi dan menegur raja-raja dan pemimpin agama yang munafik.
Saya tidak bisa terus membahas klaim gereja-gereja yang tidak beralasan ini mengenai Yohanes sebagai Utusan yang “menyiapkan jalan”. Namun, mesti saya tambahkan bahwa Yohanes tidak membatalkan satu pun Hukum Musa, juga tidak sedikit pun memberikan tambahan padanya. Dan mengenai pembaptisan, itu adalah ma’muditha atau cara penyucian kaum Yahudi kuno. Mandi atau penyucian tidak bisa dianggap sebagai sebagai sebuah “agama” atau “jalan” yang tempatnya telah digantikan oleh institusi Sakramen Pembaptisan yang terkenal dan misteri di gereja!
4. Jika saya mengatakan bahwa Jesus bukanlah yang dimaksud dalam kenabian Malakhi,
maka kelihatan bahwa saya sedang mengajukan suatu bantahan yang tidak munasabah, karena tidak seorang pun akan menentang atau mengajukan keberatan terhadap pernyataan saya. Gereja selalu meyakini bahwa “Utusan Jalan” itu adalah Yohanes Pembaptis, dan bukan Jesus. Namun, kaum Yahudi tidak mengakui keduanya. Oleh kerana orang yang diramalkan dalam kenabian Malakhi adalah satu orang dan orangnya adalah dia juga.
Jika Jesus adalah seorang Tuhan, sebagaimana dia diyakini umat Kristian sekarang ini, maka ia tidak boleh ditugaskan untuk menyiapkan jalan didepan wajah Yahweh Sabaot! Jika Jesus adalah Yahweh Sabaot yang membuat nubuat ini, lantas siapakah gerangan Yahweh Sabaot lain yang didepan wajahnya jalan akan dipersiapkan? Jika ia adalah seorang manusia biasa, dicipta daripada daging dan darah, hamba kepada Lord of Hosts , maka dakwaan itu pun gugur. Karena Jesus sebagai manusia biasa dan nabi tidak mungkin menjadi pendiri Gereja triniti. Apa pun bentuk agama Kristian yang kita ambil, sama ada Katholik, Protestan, Ortodoks, Salvasionis, Quaker, atau salah satu puak dari komuniti yang banyak sekali jumlahnya, tidak satu pun diantara mereka boleh menjadi “jalan” atau agama yang ditunjukkan oleh Malakhi. Dan Jesus bukan pendiri atau orang yang menyiapkannya.
5. Orang yang ditunjukkan dalam kenabian Maleakhi (3:1) itu memiliki tiga kelayakan yakni Massanger of Religion (Utusan Agama), Lord Commander (Panglima Tuhan), dan
Messanger of the Convent (Utusan Biara). Ia juga Harus memenuhi tiga syarat lainnya
yaitu “ia secara tiba-tiba datang ke Kuilnya tanpa diduga”, “ia dinantikan kedatangannya
oleh manusia”, dan “sangat dirindukan dan diinginkan”.
Lantas siapakah gerangan manusia mulia yang memenuhi kualifikasi tersebut selain hanya Muhammad seorang?
Muhammad membawa kedunia sebuah kitab suci yang tak tertandingi (Al-Qur’an) dan agama Islam yang paling masuk akal, mudah dan bermanfaat, dan telah menjadi sarana petunjuk dan perubahan berjuta-juta kaum penyembah berhala di seluruh belahan dunia, dan membawa kaum beriman kedalam satu persaudaraan universal yang merupakan Kerajaan Allah dimuka bumi yang telah dikhabarkan oleh nabi-nabi terdahulu.
Sia-sia dan kekanak-kanakan membandingkan Jesus atau mungkin Yohanes dengan nabiMuhammad, sementara kita benar-benar mengetahui bahwa tidak satu pun dari dua orangini (Jesus dan Yohanes) pernah berusaha mengubah keyakinan seorang pagan sekalipunatau berhasil mengajak kaum Yahudi untuk menerima misinya.
Nabi Muhammad Di Dalam Perjanjian Baru[6]
Ada dua ucapan yang sangat penting mengenai Yohanes Pembaptis yang disampaikan oleh Yesus, tetapi dicatat dengan cara aneh: Ucapan pertama Jesus mengenai Yohanes adalah bahwa Yohanes dimunculkan ke dunia sebagai reinkarnasi Elia (nabi dalam Perjanjian Lama). Keanehan yang menyelimuti sebutan ini terjadi pada diamnya Yesus mengenai identiti dari orang yang diharapkan secara rasmi diperkenalkan oleh Elia kepada dunia sebagai nabi terakhir. Bahasa Jesus dalam hal ini adalah sangat kabur, taksa, dan aneh. Seandainya Yohanes adalah (reinkarnasi dari) Elia, lantas mengapa dia tidak disebutkan secarajelas? Seandainya Jesus adalah sang “Utusan yang dijanjikan” dan Dominator[1](terjemahan Vulgate untuk bahasa Ibraninya “Adon” seperti yang tercantum dalam Malakhi 3:1), mengapa dia secara terbuka mengatakan begitu ? Jika dia dengan berani menyatakan bahwa bukan dirinya, tetapi nabi lain yang merupakan “Dominator” itu. Maka sebenarnya pastilah ada tangan jahat yang
menghapus dan menghilangkan kata-kata Jesus dari kitab Injil yang asli. Bagaimanapun juga, kitab Injil-injil lah yang harus bertanggung jawab atas ketaksaan dan
ketidakjelasan ini. Itu hanya dapat digambarkan sebagai hal kejam yang merosak teks dan telah menyesatkan jutaan umat Kristian berabad-abad. Jesus seharusnya menunjukkan diri secara terbuka dan berterus terang mengisytiharkan, “Yohanes adalah Elia yang diutus sebagai perintis yang mempersiapkan jalan untukku!” Atau jika bukan
seperti itu, maka mungkin ia sudah menyatakan hal sebagai berikut, “Yohanes adalah Elia yang diutus untuk mempersiapkan jalan bagi Muhammad”. Barangkali ini disebabkan oleh kegemaran Jesus akan bahasa yang bersifat taksa.
Sebenarnya ada beberapa contoh sebagaimana dilaporkan dalam Injil-Injil, dimana Jesus
memberikan pernyataan yang tidak jelas dan sama sekali tidak dapat dipahami. Dengan
mengesampingkan ketuhanannya, sebagai seorang nabi bahkan sebagai seorang guru, ia
diharapkan menjadi seorang guru yang terus terang.
Ucapan lain yang terselubung dalam keanehan adalah, “Tidak seorang pun yang dilahirkan oleh perempuan lebih besar dari Yohanes” kata Yesus, “Tetapi yang paling kecil di Kerajaan Syurga adalah lebih besar daripada Yohanes”. Apakah Jesus bermaksud mengajari kita bahwa Yohanes dan semua nabi serta orang-orang soleh berada diluar Kerajaan Tuhan? Siapakah orang “paling kecil” yang lebih besar daripada Yohanes? Dan akibatnya dari semua umat Tuhan yang mendahului Yohanes? Apakah Jesus sendiri yang dimaksud “paling kecil” itu? Atau yang “paling kecil” diantara orang-orang Kristian yang dibaptis? Tidak mungkin dia sendiri, karena pada masanya Kerajaan itu belum didirikan di bumi. Jika memang dia, maka tidak mungkin ia sebagai yang “paling kecil” didalamnya karena ia adalah pendirinya. Gereja – dengan sudut pandangnya yang aneh – telah menemukan penyelesaian yang sangat tidak masuk akal untuk memecahkan masalah ini. Dan penyelesaian itu adalah bahwa orang Kristian lah yang “paling
kecil” untuk dicuci dengan darah Jesus (melalui sakramen pembaptisan, menurut keyakinan kaum Sacerdotolis, atau kalau tidak melalui semacam regenerasi, menurut ketakhayulan penginjil) menjadi “lebih besar” dari Yohanes dan semua orang-orang suci terdahulu, termasuk Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, Daud, Elia, Daniel. Alasan atau bukti dakwaan yang mengagumkan ini adalah bahwa umat Kristian, betapapun berdosanya dia, asalkan dia beriman kepada Jesus sebagai Penyelamatnya, maka ia memiliki hak-hak istimewa ( privilages) yang didambakan para nabi suci namun tidak dinikmatinya. Hak-hak istimewa ini sangat banyak. Penyucian dari dosa asalkan melalui pembaptisan kristian, pengetahuan tentang Triniti, pemberian makanan daging dan darah Jesus dalam Sakramen Ekaristi, doa dengan membuat tanda salib, hak-hak kunci syurga dan neraka diberikan kepada Paus, dan kegembiraan yang berlebih-lebihan (ectasy) dari kaum Puritan[2], Quaker[3], Persaudaraan, dan semua sekte lain yang disebut Kaum NonKonformisyang masing-masing dengan jalannya sendiri-sendiri, meskipun mengklaim hak-hak istimewa yang sama, semua sepakat bahwa setiap orang Kristian yang baik pada hari kebangkitan akan menjadi perawan suci dan menampilkan dirinya sebagai pengantin perempuan untuk “Biri-biri Tuhan”!
Lantas, tidakkah Anda berpikir bahwa umat Kristen berhak untuk percaya bahwa yang “paling kecil” diantara mereka adalah “lebih besar” dari semua nabi? Tidakkah Anda berpikir, kalau demikian, bahwa biarawan Patagonian yang teguh dan biarawati Parisian yang menebus dosa adalah lebih mulia daripada Adam dan Hawa, karena misteri Triniti disampaikan kepada orang-orang bodoh ini dan tidak kepada nenek moyang mereka yang dahulunya hidup bersama Allah di Syurga sebelum mereka diturunkan kebumi?
Namun semua keyakinan dan aqidah yang bermacam-macam ini berasal dari Perjanjian Baru dan dari ucapan-ucapan yang dinisbahkan kepada Jesus dan rasul-rasulnya. Namun, bagi kita sebagai kaum Ahlultauhid Muslim ada sedikit cahaya kemilau yang tertinggal dalam kitab-kitab Injil, dan sudah cukup bagi kita untuk menemukan kebenaran tentang Jesus dan sepupunya (Yohanes) yang sebenarnya.
Yohanes Pembaptis meramalkan Muhammad :
1. Menurut kesaksian Jesus, tidak ada orang yang dilahirkan perempuan lebih besar dari
Yohanes, namun yang “paling kecil” dalam Kerajaan Surga adalah lebih besar dari
Yohanes. Perbandingan yang dibuat oleh Jesus adalah antara Yohanes dan semua nabi
sebelumnya sebagai penghuni Kerajaan Syurga. Nah, dalam urutan kronologi maka nabi
terakhir adalah yang “paling kecil” diantara para nabi, ia akan menjadi junior mereka dan
yang paling muda. Kata “z’ira” dalam bahasa Arami, seperti kata Arab “saghir”, berarti “anak kecil”. Versi Pshittha menggunakan kata “z’ira” atau “z’eira” sebagai lawan dari “rabba” untuk “besar,tua”. Setiap orang Kristian akan mengakui Jesus adalah bukan nabi yang “terakhir”, dan kerananya ia tidak mungkin sebagai yang “paling kecil”. Tidak hanya para rasul sendiri yang diberkati dengan pemenuhan kenabian, tetapi juga banyak manusia suci lainnya dizaman kerasulan disokong dengan kisah itu (Kisah-kisah 11:27-28; Kisah-kisah 13:1;Kisah-kisah 15:32; Kisah-kisah 21:9-10),
Dan karena kita tidak dapat menemukan yang mana dari nabi-nabi gereja yang banyak ini adalah “yang terakhir”, tentu saja kita dipaksa untuk mencari kemana-mana seorang nabi yang tidak dapat disangkal adalah nabi terakhir dan penutup daftar kenabian. Dapatkah kita membayangkan bukti-bukti mendukung Muhammad yang lebih kuat dan lebih bernas daripada pemenuhan kenabian Jesus yang menakjubkan ini?
Dalam daftar panjang keluarga kenabian, tentu saja yang “paling muda”, yang “paling kecil” adalah Muhammad. Beliau adalah “Adon” (Tuan) nya mereka. Menyangkal ciri dan sifat kenabian Muhammad merupakan suatu penyangkalan yang mendasar terhadap keseluruhan wahyu Ilahi dan semua nabi yang mengajarkannya. Karena semua nabi lainnya secara bersama-sama belum menyelesaikan karya raksasa yang diselesaikan sendiri oleh nabi dari Mekkah dalam waktu singkat yakni 23 tahun misi kenabiannya.
Misteri tentang kehidupan sebelumnya dari roh-roh para nabi belum diungkap kepada kita, tetapi setiap muslim sejati mempercayainya. Roh yang ada sebelumnyalah dengan kekuatan firman Allah “ kun ” (jadi) seorang lanjut usia Sarah, seorang lanjut usia Hannah, dan seorang perawan Maria melahirkan Ishaq, Yohanes, dan Yesus.
Injil Barnabas melaporkan bahwa Jesus berbicara tentang roh Muhammad yang
dinyatakan olehnya telah diciptakan sebelum semua yang lain.
Saya senang mengatakan bahwa hak sayalah, berkat karunia Allah, untuk memecahkan masalah misteri yang selama ini menutupi apa erti dan maksud sebenarnya dari “yangpaling kecil dalam Kerajaan Surga” !
2. Yohanes mengakui bahwa Muhammad lebih unggul dan lebih kuat darinya. Ungkapan
penting disampaikannya kepada orang-orang Yahudi itu, “Dia yang datang setelah aku”
mengingatkan para Penulis, Pharisee, dan ahli hukum mereka pada ramalan kuno dari
nenek moyang mereka, Yaqub, dimana Patriarch itu menggunakan gelar yang unik
“Syilokhah” untuk “Rasul Allah/ Rosululloh”, jolokan yang sering digunakan oleh Jesus
untuk Muhammad dalam Injil Barnabas. Pada waktu menulis artikel saya tentang “Syiloh”, saya mengatakan bahwa kata tersebut boleh jadi merupakan perubahan dari “Syiloukh” atau “Syilokhah” yang ertinya adalah Rasul Allah (Rasululloh), tetapi kemudian saya lupa bahwa Yerome juga telah memahami bentuk Ibrani itu dalam erti tersebut, karena ia telah menterjemahkannya sebagai “ qui mittendis est ”.
Ketika saya merenungkan penangkapan dan pemenjaraan Yohanes yang tidak
berdaya oleh Herod dan pemenggalan lehernya secara kejam, atau ketika saya membaca dengan teliti cerita-cerita membingungkan dan tragis mengenai penahanan Jesus oleh Pilate, pertabalan Jesus dengan mahkota duri (dalam keadaan disalib kesakitan) oleh Herod, dan malapetaka di Calvary[4], lalu saya beranjak memalingkan pandangan saya pada masuknya Adon (dengan 10.000 pasukan) dengan penuh kemenangan ke Mekkah, penghancuran total semua berhala didalam Ka’bah suci, pemandangan yang menggetarkan hati dari musuh pembawa maut bernama Abu Sufyan yang takluk dikaki Syilokhah (Rasul Allah) memohon pengampunannya dan menyatakan keimanannya, dan atas ibadah agung dan khutbahnya yang terakhir dari sang penutup para nabi menerima firman ilahi yang terakhir ini “Al yauma akmaltu lakum dinukum” (Hari ini Aku telah sempurnakan bagimu agamamu), dan sebagainya, kemudian saya sepenuhnya memahami penimbangan dan nilai dari pengakuan Yohanes, “Dia lebih kuat dariku”.
3. “Kemurkaan yang akan datang” . Pernahkah Anda menjumpai penafsiran yang waras dan bijaksana, dan meyakinkan dari kalimat ini diantara banyak sekali komentar mengenai kitab Injil? Apa yang dimaksud Yohanes dengan ungkapan, “Lihatlah kapak sudah dipasang pada akar pohon?” Atau perkataannya, “Ia memegang kapas ditangannya untuk membersihkan lantai pengiriknya?” Atau ketika ia meremehkan gelar “Anak-anak
Ibrahim”?
Saya tidak akan menghalangi anda untuk mengetahui tingkah laku para penafsir, karena mereka adalah lamunan yang tidak pernah diimpikan oleh Yohanes ataupun pendengarnya. Mungkinkah Yohanes pernah mengajari kaum Pharisee yang angkuh dan kaum Saduqee[5] yang rasional itu menyangkal kebangkitan jasmaniah bahwa pada hari kiamat Jesus akan menumpahkan kemurkaannya pada mereka dan membakar mereka bagaikan pohon-pohon yang tidak berbuah dan bagaikan sekam dalam api neraka? Tidak ada satu kata pun dalam semua literatur kitab suci mengenai kebangkitan jasad-jasad atau mengenai api neraka. Tulisan-tulisan Talmudistik ini penuh dengan misteri eskatologis yang sangat mirip dengan tulisan kaum Zardusytee, tetapi sumbernya sama dari kitab-kitab rsmi.
Nabi yang bertaubat dan membawa khabar baik itu tidak berbicara tentang kemurkaan yang jauh dan tidak terbatas yang sudah pasti menunggu kaum kafir dan kaum Atheis, tetapi berbicara tentang malapetaka yang terdekat dari bangsa Yahudi. Ia mengancam bahwa murka Allah sedang menunggu kaum itu jika mereka terus-menerus berbuat dosa dan menolak misi dan rakan sejawatnya, Jesus. Bencana yang akan datang adalah hancurnya Jurusalem dan pembubaran terakhir Israel yang terjadi sekitar 30 tahun sesudah itu selama masa hidup para pendengarnya. Baik dia maupun Jesus mengabarkan kedatangan Rasul Allah yang agung yang telah dikabarkan oleh Yaqub dengan gelar Syilokhah, dan bahwa dengan kelahirannya semua hak kenabian dan kehormatan serta autoroto akan diambil dari bangsa Yahudi, dan memang, demikianlah yang terjadi sekitar 6 abad kemudian, ketika benteng-benteng terakhir mereka di Hijaz diratakan dengan tanah dan prinsip mereka dihancurkan oleh nabi Muhammad saw. Kekuasaan Romawi yang semakin mendominasi di Syria dan Palestin telah mengancam otonomi palsu bangsa Yahudi, dan arus perpindahan bangsa Yahudi akhirnya dimulai. Dan mengenai cerita inilah Yohanes bertanya, “Siapa yang memberitahu kalian untuk melarikan diri dari kemurkaan yang akan datang?” Mereka diperingatkan dan didesak untuk menghasilkan buah-buah yang bagus dengan pertaubatan dan kepercayaan terhadap para rasul Tuhan yang sejati, khususnya kepada Adon, yang merupakan sang pemimpin sejati dan terakhir yang kuat.
4. kaum Yahudi dan Kristian selalu menuduh Muhammad telah menegakkan agama Islam dengan kekuatan dan pedang. Kaum modernis Islam selalu berusaha untuk menyangkal tuduhan ini. Tetapi ini tidak bererti mengatakan bahwa Muhammad tidak pernah menggunakan pedang. Ia harus menggunakannya untuk mempertahankan nama Tuhan. Setiap kesabaran ada batasnya. Setiap kemurahan hati ada akhirnya. Kesempatan dan waktu yang diberikan oleh Allah kepada bangsa Yahudi, Arab, dan lainnya berakhir selama lebih dari 4000 tahun. Hanya setelah berakhirnya tempoh inilah baru Allah mengutus Muhammad dengan membawa kekuatan dan pedang, api dan roh, untuk menghadapi kaum kafir yang kejam, menghadapi anak-anak Ibrahim yang tidak bersyukur (baik bani Ismail dan bani Israil), dan menghadapi kekuatan Iblis.
Keseluruhan Perjanjian Lama merupakan cerita tentang teokrasi dan pemberhalaan. Kadang-kadang sedikit cahaya Islam –yakni agama Allah- bersinar di Jurusalem dan Mekkah; namun ia selalu dianiaya oleh kekuatan Syaitan. Empat Binatang Buas yang kejam datang menginjak-injak kaum beriman. Lalu datanglah Muhammad untuk menghancurkan dan membunuh Ular Berbisa dan memberinya gelar yang hina “iblis” –setan yang terluka. Tentu saja Muhammad adalah seorang nabi yang melakukan pertempuran, tetapi objektif pertempuran itu adalah kemenangan bukan balas dendam. Penaklukan musuh dan menegakkan agama Islam sebagai Kerajaan Allah dimuka bumi.
Sebenarnya, ketika Yohanes digurun pasir berseru dengan suara nyaring, “Siapkan jalan
Tuhan dan luruskan jalan-jalanNya”, ketika itu ia sedang menyinggung agama Tuhan
dalam bentuk kerajaan yang sedang datang mendekat. Tujuh abad sebelumnya, nabi
Yesaya telah meneriakkan dan mengucapkan kata-kata yang sama (Yesaya 40:1-4). Dan
dua abad kemudian Allah sendiri meratakan jalan untuk Koresh[6]dengan menaikkan dan
menutup setiap lembah, meratakan setiap bukit dan gunung untuk memudahkan penaklukan dan mempercepat gerakan (Yesaya 45:1-3). Sejarah berulang sendiri, kata mereka; dalam kedua kes tersebut bahasa dan maknanya sama. Yang pertama menjadi contoh ulung yang kedua. Allah telah meratakan jalan untuk Raja Koresh (Koresy) dari Persia untuk menundukkan musuh-musuhnya kedalam taklukan Persia, karena Bait Allah di Jerusalem dan orang-orang pilihanNya dalam penjara.
Kini sekali lagi Tuhan mengulang kejadian yang hampir sama, tetapi dengn skala yang
lebih besar dan lebih luas. Dihadapan khutbah Muhammad, semua berhala dihilangkan,
dihadapan pedang Muhammad, maka kerajaan-kerajaan disekitarnya takluk pada beliau,
dan anak-anak Kerajaan Allah menjadi sedarjat dan membentuk “orang-orang kudus
milik Yang Maha Tinggi”. Karena hanya dalam Islam lah semua orang beriman sedarjat.
Tidak ada pendeta (dengan hak-hak khususnya), tidak ada sakramen, tidak ada kasta dan
Perbezaan kaum. Semua orang beriman adalah satu, kecuali dalam kebajikan dan kesabaran, dalam hal mana mereka saling mengungguli.
Bibliografi
Ahmad Abdul Kadir Malakawi (2012), Izhar al-Haq. Hasbullah bin Busera (terj.), Kuala
Lumpur: Saba Islamic Media Sdn Bhd.
Ahmad Deedat (2011), What the Bible says about Muhammad (Peace be upon Him),c.
Kuala Lumpur: Saba Islamic Media Sdn Bhd.
Safiyyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri (2011), Sirah Nabawiyyah S.A.W. Muhammad
Reverend David Benjamin Keldani (2006), Muhammad in World Scriptures, j. 2,
Petaling Jaya: Islamic Book Trust Ramzi Omar (terj), c. 6. Kuala Lumpur:
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.
[1] Ahmad Abdul Kadir Malakawi (2012), Izhar al-Haq. Hasbullah bin Busera (terj.), Kuala Lumpur: Saba Islamic Media Sdn Bhd, h. 310 – 315.
[2] Perkataan “berhadapan muka dengan Tuhan” disini hanyalah suatu nukilan daripada Bible, bukan penulis bermaksud untuk menggambarkan bahwa Tuhan itu bertempat.
[3] Ahmad Deedat (2011), What the Bible says about Muhammad (Peace be upon Him), C. 1. Kuala Lumpur:
Saba Islamic Media Sdn Bhd, h. 9.
[4] Safiyyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri (2011), Sirah Nabawiyyah S.A.W. Muhammad Ramzi Omar (terj), c. 6. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, h. 70.
[5] Reverend David Benjamin Keldani (2006), Muhammad in World Scriptures, j. 2,Petaling Jaya: Islamic Book Trust, h. 86-95.
[6] Ibid, h. 162-171.
Labels:
PERBANDINGAN AGAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment