Monday, 28 January 2013
ILMU DAN HUKUMNYA
ILMU
PENDAHULUAN
Ilmu adalah asas amalan, imam serta pembetulnya. Ilmu tanpa amal tidak berfaedah dan amalan tanpa ilmu juga tidak bermanfaat.
وعالم بعلمه لم يعملنْ معذب من قبل عباد الوثن
إذ كل من بغير علم يعمل أعماله مردودة لا تُقبل
Orang alim yang tidak beramal dengan ilmu
Diazab sebelum penyembah berhala
Kerana semua orang yang beramal tanpa ilmu
Amalannya ditolak tidak diterima
Kelebihan Ilmu Menurut Al-Quran
إِنَّمَا يَخْشَى اللهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَؤُا
سورة الفاطر:28
“Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hambaNya hanyalah ulama’”.
هَلْ يَسْتَوِى الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَايَعْلَمُونَ
سورة الزمر: 9
“Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui”.
يَرْفَعِ اللهُ الَّذِينَ ءَامَنُوا مِنكُم وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَتٍ
سورة المجادلة:140
“Allah mengangkat orang-orang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat”
Kelebihan Ilmu Menurut Sunnah
عن عثمان رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال
يشفع يوم القيامة ثلاثة: الأنبياء ثم العلماء ثم الشهداء.
رواية ابن ماجه.
Diberi Utsman r.a, daripada Nabi SAW, baginda bersabda: Diberi keizinan untuk memberi syafaat pada hari kiamat kepada 3 golongan: Anbiya’, Ulama’, dan kemudian Syuhada’.
عن ابن مسعود رضي الله عته قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا أراد الله بعبد خيرا فقهه في الدين وألهمه رشده.
رواية ابن ماجه.
Daripada Ibnu Mas’ud r.a, beliau berkata: Bersabda Rasulullah SAW: Apabila Allah menghendaki kepada seseorang hamba kebaikan Dia menjadikannya faqih dalam agama serta mengilhamkannya petunjukNya.
Hukum Menuntut Ilmu
Ilmu dari segi hukum syara’ terbahagi kepada 3 bahagian:-
1. Ilmu yang dituntut mempelajarinya
2. Ilmu yang ditegah mempelajarinya
3. Ilmu yang sunat mempelajarinya.
1) Ilmu yang dituntut mempelajarinya terdiri daripada 2 bahagian:-
a) Fardhu Ain
Iaitu perkara yang tidak terlepas daripada seseorang mukallaf kecuali dia sendiri yang melaksanakannya. Sebelum menyebut ilmu-ilmu yang menjadi fardhu ain ke atas setiap mukallaf, semestinya penulis perlu menjelaskan sebahagian daripada kaedah asas terhadap tajuk ini.
Kaedah pertama:
ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب
Tidak sempurna sesuatu kewajipan kecuali dengannya, maka ia dikira wajib.
Kaedah kedua:
العلم تابع للمعلوم
Sesuatu ilmu adalah mengikut hukum maklum (nilai ilmu itu sendiri).
Ilmu yang digunakan untuk melaksanakan perkara fardhu dikira fardhu.. Ilmu yang digunakan untuk melaksanakan perkara wajib dikira wajib. Begitu juga ilmu yang digunakan untuk melaksanakan perkara sunat ia dikira sunat.
Berdasarkan kaedah-kaedah ini penulis akan menyenaraikan beberapa ilmu fardhu ain ke atas setiap mukallaf.
1) Mempelajari aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah berserta dalil-dalil ijmak mengenai setiap masalah keimanan agar terkeluar daripada kongkongan taqlid dan untuk menjaga keimanan ketika berhadapan dengan keraguan yang ditimbulkan oleh golongan mulhid dan sesat.
2) Mempelajari perkara-perkara yang diperlukan oleh mukallaf untuk menunaikan kefardhuan ibadat seperti solat, zakat, haji, puasa, dan sebagainya.
3) Sesiapa yang bermuamalat dengan muamalat jual beli, sewa menyewa dan nikah cerai, menjadi fardhu ke atasnya mempelajari ilmu-ilmu yang berkaitan bagi membolehkannya menjauhi perkara haram dan melazimi batasan-batasan syara’.
4) Mempelajari perilaku hati seperti tawakkal, takut, redha dan sebagainya kerana sepanjang umur setiap muslim pasti menempuhnya.
5) Mempelajari perilaku hati seperti tawakkal, takut, redha, dan sebagainya kerana sepanjang umur setiap muslim pasti menempuhnya.
6) Mempelajari akhlak yang baik dan mengetahui sifat-sifat yang buruk supaya dia dapat melaksanakan akhlak yang baik iaitu seperti tawakkal kepada Allah, redha, pasrah kepadaNya, lemah lembut dan sebagainya. Begitu juga supaya dia dapat menjauhi sifat-sifat buruk seperti takabbur, tipudaya, bakhil, hasad dengki, riya’ dan sebagainya.
b) Fardhu Kifayah
Iaitu apabila dilakukan oleh sesetengah pihak maka gugurlah taklif terhadap sesetengah pihak maka gugurlah taklif terhadap setengah pihak yang lain tetapi apabila tidak ada seorang pun melaksanakannya, semua pihak akan berdosa.
Ilmu fardhu kifayah ialah apa yang diperlukan untuk mengislah ummah seperti mendalami ilmu Feqah melebihi kadar keperluan. Demikian juga ilmu Tafsir, Hadis, Usul Fiqh dan Usul I’tiqad. Termasuk juga ilmu hisab, kedoktoran, perkilangan, persenjataan untuk menghadapi musuh dan sebagainya.
2) Ilmu yang ditegah mempelajarinya:-
a) Antaranya ialah mempericikan pengajian mazhab-mazhab yang sesat, ideologi yang menimbulkan keraguan serta aqidah yang menyeleweng dengan niat bukan bertujuan menyanggah dan menolak bahayanya. Sebaliknya jika mempelajari ilmu tersebut dengan tujuan menjelaskan penyelewengan, menolak syubhah, memperbetulkan aqidah atau sebagai benteng kepada agama, ia merupakan fardhu kifayah.
b) Ilmu Nujum untuk mengetahui tempat sesuatu barang dicuri, tempat harta simpanan, tempat seseorang tersesat dan sebagainya sebagaimana menurut firasat mereka. Ia termasuk dari kalangan tukang tenung. Syara’ telah pun mendustakan perbuatan mereka dan mengharamkan daripada membenarkan mereka. Sebaliknya, mempelajari ilmu nujum – ilmu kaji bintang – untuk pengajian ilmiah serta mengetahui waktu solat dan kiblat dibolehkan.
c) Ilmu sihir apabila dipelajari dengan tujuan berwaspada daripadanya ia dikira harus sebagaimana kata-kata:
عرفتُ الشر لا للشر لكن لتوقية، ومن لم يعرف الشر فإنه يقع فيه.
Aku mengetahui kejahatan bukan untuk melakukannya tetapi untuk berlindung daripadanya. Sesiapa yang tidak mengetahui kejahatan dia pasti terjebak kedalamnya.
3) Ilmu yang sunat dipelajari:-
Antara ilmu yang sunat dipelajari ialah mengetahui fadhilat-fadhilat amalan tubuh badan dan juga amalan hati, mengetahui perkara nawafil, sunat dan makruh, mengetahui fardhu kifayah, mendalami ilmu feqah serta cabang-cabangnya, juga aqidah berserta dalil-dalinya secara terperinci dan banyak lagi.
Rujukan: Haqaiq Tasawuf oleh Syeikh Abdul Qadir Isa Rahimahullah Jil 1
Terjemahan oleh Mustafa Hussain At-Taib.
Labels:
ILMU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment