Saturday, 22 September 2012

Kenali Al Alim Al Allamah Syeikh Ibrahim Al Bajuri(1198-1127H)


Beliau adalah Al Alim Al Allamah Al Bahrul Fahamah As Syeikh Ibrahim bin Muhammad bin Ahmad As Syafie[1] Al Bajuri, nisbah kepada Bajur, satu daerah di jajahan Manufah Mesir. Beliau dilahirkan pada Tahun 1198 H.



Beliau membesar dan mempelajari Al Quran di bawah bimbingan ayahnya. Pada tahun 1212 H ketika beliau berumur 14 tahun beliau menuntut ilmu di Al Azhar. Dan tatkala pasukan Perancis menceroboh Mesir Tahun 1213 H, beliau keluar pergi ke Hizah dan bermukim di sana. Setelah Perancis meninggalkan mesir pada Tahun 1216 beliau pun kembali dan menyibukkan diri dengan pelbagai bidang ilmu.

 

Antara guru beliau ialah:

Syeikh Muhammad Al Amir Al Kabir, Syeikh Abdullah As Syarqawi[2], Syeikh Daud Al Qal’aawi, Syeikh Muhammad Al Fudhali[3], Syeikh Hassan Al Quwaisinni dan banyak lagi. Kesemua gurunya terdiri para ulama’ besar dan terkemuka di zamannya.

 

Antara kitab karangan Syeikh Ibrahim Al Bajuri seperti berikut:

  1. Hasyiah[4] Bajuri “لا إله إلا الله” karangan Syeikh Muhammad Al Fudhali Tahun 1222 H

  2. Tahqiqul Maqam ala Kifayatil Awam Fi Ma Yajibu Min Ilmi Kalam karangan Syeikh Muhammad Al Fudhali Tahun 1223 H

  3. Fathul Qaribi Mujib, Syarhu Bidayatil Murid karangan Syeikh Suba’i Tahun 1224 H

  4. Hasyiah ala Maulidil Imam Ibni Hajar Al Haitami Tahun 1225 H

  5. Hasyiah ala Syarhi Sanusi Fi Ilmil Mantiq Tahun 1225 H

  6. Hasyiah ala Matni Sullamil Munauraq Fi Ilmil Mantiq karangan Syeikh Allamah Akhdari Tahun 1226 H

  7. Hasyiah ala Matni Samarqandiah Fi Ilmil Balaghah (Bab Istiaarah) Tahun 1227 H

  8. Fathul Habiril Syarhu Matnil Tarshif karangan Syeikh Abdur Rahman Isa

  9. Tahun 1227 H

  10. Hasyiah Bajuri ala Ummil Barahin Wa Aqaiq karangan Al Allamah Syeikh Sanusi Tahun 1227 H

  11. Hasyiah ala Maulidi Syeikh Ahmad Dardir Tahun 1227 H

  12. Fathu Rabbil Bariyyah ala Ad Durratil Bahiwah Nazam al Ajrumiah Tahun 1229 H

  13. Al Burdah Liabi Abdillah Muhammad ibn Said al Bushiri Bisyarhi Al Bajuri karangan Imam Busyiri Tahun 1229H

  14. Hasyiah ala Banati Su’ad Tahun 1234 H

  15. Tuhfatul Murid ala Syarhi Jauharatil Tauhid karangan Syeikh Ibrahim Al Laqqani Tahun 1234 H

  16. Manhul Fattah ala Nuril Misbah Fi Ahkamil Nikah Tahun 1234 H

  17. At Tuhfatul Kairiyyah alal Fawaa’idid Syansyuuriyyah Fi Maslahatil Waris Tahun 1246H

  18. Ad Durarul Hisan ala Fathir Rahman Fi Ma Yahshulu Bihil Islam Wal Iman karangan Al Allamah Zabidi Tahun 1238 H

  19. Risalah Syaghirah[5] Fi Ilmi Tauhid Tahun 1238 H

  20. Al Mawaahibul Ladunniyah ala Syama’lil Muhammadiah karangan Imam Tirmidzi Tahun 1251H

  21. Hasyiah ala Syarhi Ibn Qasim Al Gazzi ala Matni Syeikh Abi Suja’( Fekah Mazhab Syafie). Tahun 1258 H dan merupakan karangan terakhir beliau.


 

Dan masih ada lagi kitab-kitab karya beliau, akan tetapi tidak sempat beliau noktahkan. Antaranya ialah:

  1. Hasyiah ala Jam’il Jawami’, sempat mengarang hingga akhir muqadimah

  2. Hasyiah ala Syarhi Sa’di alal Aqa’idil Nasafiah

  3. Hasyiah ala Minhaj, sempat mengarang hingga kitab jenazah

  4. Hasyiah ala Syarhi Manzumatil Syeikh Al Bukhari Fil Tauhid


 

Syeikh Ibrahim Al Bajuri seorang ulama yang sentiasa sibuk dengan belajar dan mengajar . lidahnya sentiasa basah membaca Al Quran dan berzikir kepada Allah SWT. Beliau dilantik menjadi Syeikhul Azhar pada Tahun 1263. Bahrul ilmi(lautan ilmu) antara gelaran diberikan kepada beliau. Jika di lihat pada kitab karangannya, beliau mengarang dalam pelbagai bidang ilmu islam.

 

Di Nusantara, nama Syeikh Ibrahim Al Bajuri tidak asing bagi penuntut atau para santri di Pondok atau Pesantren di Nusantara. Hal ini kerana, kitab beliau seperti Tuhfatul Murid ala Syarhi Jauharatil Tauhid(Tauhid), Hasyiah ala Syarhi Ibn Qasim Al Gazzi ala Matni Syeikh Abi Suja’(Fekah Mazhab Syafie) dan Tahqiqul Maqam ala Kifayatil Awam(Tauhid) amat masyhur digunakan dalam pengajian.

 

 

 

 

 

 







[1] As Syafie merujuk kepada pegangan mazhab beliau iaitu Mazhab Syafie




[2] Pengarang Hasyiah Syarqawi ala Hudhudi yang terkenal itu.




[3] Pengarang kitab Kifayatul Awam. Kitab tersebut telah disyarahkan oleh Syeikh Ibrahim Al Baijuri selaku anak muridnya yang dinamakan Tahqiqul Maqam ala Kifayatul Awam. Kitab Kifayatul Awam merupakan antara kitab penting dalam pengajian pondok dan pesantren di Nusantara.




[4] Hasyiah dari segi bahasa bermakna tepi. Dalam konteks di atas bermaksud Syeikh Ibrahim Al Bajuri telah mensyarahkan(menerangkan maksud) kitab karangan Syeikh Muhammad Al Fudhali rhm




[5] Juga dikenali dengan nama Risalah Bajuri Fil Tauhid. Risalah tersebut telah disyarahkan oleh ulama nusantara terkenal iaitu Al Allamah Syeikh Muhammad Nawawi Al Jawi rhm. Syarah tersebut berjudul Syarhu Tijanil Darariy Fi Risalah Bajuri Fi Tauhid

 

SUMBER:

http://angahtokku.blogspot.com/2010/12/kenali-al-alim-al-allamah-syeikh.html



2 comments: