Monday, 8 August 2011

Tuan Shaykh Sayyid Ahmad Bin Idris – (1757-1835)

Tuan Shaykh Sayyid Ahmad Bin Idris – (1757-1835) radhiAllahu 'anhu


Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris radhiAllahu 'anhu dilahirkan di Maisur iaitu sebuah perkampungan di dalam daerah ‘Arayish, yang terletak di kota Fez (Morocco) pada bulan Rejab tahun 1163 H (1749-50 Masihi). Namun ada riwayat pula yang menyebut bahawa beliau dilahirkan pada tahun 1172H (1757-58 Masihi).[1]


Fez, Morocco


Nama penuh beliau adalah Tuan Shaykh Sayyid Ahmad ibn Idris ibn Muhammad ibn ‘Ali [2] ibn Ahmad ibn Muhammad ibn Abdullah ibn Ibrahim ibn Umar ibn Ahmad ibn ‘Abdul Jabbar ibn Muhammad ibn Yamluh ibn Masyish ibn Abu Bakar ibn ‘Ali ibn Hurmah ibn ‘Isa ibn Salam ibn Marwan ibn Haidarah ibn Muhammad ibn Idris al-Asghar ibn Idris [3] al-Akbar  ibn ‘Abdullah al-Kamil ibn al-Hassan al-Muthanna ibn Saiyyidina Hassan al-Sibt ibn Saiyyidina ‘Ali dan Saiyyidatina Fatimah al-Zahra’ binti Habibuna Saiyyidina Muhammad Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam . Beliau merupakan ahli keluarga Syarif Hasani Idrisi [4] yang masyhur di Morocco kerana keturunan Imam Idris ibn ‘Abdullah al-Mahd [5] pernah mempunyai kerajaan dinasti di Fez (788-974).

Pada pandangan ahli sufi, Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris radhiAllahu 'anhu dianggap sebagai seorang wali yang telah mencapai maqam Qutub iaitu martabat yang tertinggi dalam pimpinan kaum sufi dan juga dikatakan meraih maqam Sultan Salatin al-Awliya [6]. Selain daripada itu, beliau juga terkenal sebagai seorang ulama pembaharu (mujadid). Beliau telah banyak menggembara dan berdakwah di jalan Allah serta menyebarkan ajaran Tariqahnya ke merata tempat hingga ke Makkah, Madinah, Mesir, Sudan, Yaman, etc.




Sidi Ahmad Idris Al-Quran Sidi Ahmad Idris Al-Quran




Beliau telah wafat pada malam Sabtu di antara waktu Maghrib dan Isya’ pada tanggal 21 Rejab. Anak muridnya Saiyyid al-Soleh Ahmad Uthman al-‘Uqaili [7] dilantik untuk memandikannya dan jenazah beliau telah disembahyangkan oleh al-‘Allamah al-Wali Saiyyid Yahya ibn Muhsin al-Ni’ami al-Hasani radhiAllahu 'anhu [8] . Beliau dikebumikan pada pagi itu, 21 Rejab 1837 Masihi (1253 H)[9] di Sabya. Kota Sabya yang pada masa itu berada di Tanah Yaman, namun sekarang adalah di bawah kuasa Kerajaan Saudi.


Sabya





__________________________________






[1] Kedua-dua tarikh telah disebut oleh Tuan Shaykh Salih al-Ja’afari radhiAllahu 'anhuA’tar azhar aghsan hazirat al-taqdis fi karamat al-alim … al-sayyid Ahmad b Idris radhiAllahu 'anhu (Cairo, 1394/1974), ms 55 dan 34. Namun, tarikh 1163H dimenangkan oleh keturunan Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris radhiAllahu 'anhu di Omdurman (Sudan); interview, Shaykh Idris b Muhammad b ‘Abd al-‘Aal / oleh Ali Salih Karrar, May 1977.




[2] Nasab hingga ke ‘Ali ibn Ahmad termaktub oleh Hamdan Hassan, Tarekat Ahmadiyah Di Malaysia Suatu Analisis Secara Ilmiah, (1990) cetakan Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, ms 24




[3] Nasab yang berkait dari ‘Ali ibn Ahmad ke Idris al-Akbar, sila rujuk Tuan Shaykh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki, Sayyid Ahmad ibn Idris al-Hasani, (2007) radhiAllahu 'anhu terbitan SOFA Production, ms 2. Selanjutnya nasab daripada Imam Idris ke Hasan al-Sibt termaktub oleh Tuan Shaykh Ahmad bin Muhammad Sa’id radhiAllahu 'anhu, 1354H/1935M. Majmuk, al-Ahmadiyah Press, Singapura, (Jawi), ms 16. Juga lihat Pauzi Haji Awang, Tariqah Ahmadiyyah History and Development, 2001, cetakan Persatuan Ulama Malaysia, dalam bahasa Inggeris ms 39.

 




[4] J.S. Trimingham, The Sufi Orders in Islam, (Oxford At The Clarendon Press, 1971), dalam bahasa Inggeris ms 114




[5] Khairudin al-Zurkaly, (Beirut :1969) al-‘Alam, Jilid 1, Cetakan ke-III, hlm 90




[6] Ahmad bin Idris, (tanpa tarikh), al-Ahzab al-Irfaniyah al-Awrad. ms 1




[7] Muhammad al Yamani, Risalah al Aurad al Idrisiyyah, ms 78-79




[8] Ibid




[9] The Encyclopedia of Islam, vol I, (1960) ms 177

SUMBER:

http://www.ahmadiah-idrisiah.com/founders1.php


1 comment: