Adab-adab majlis talaqi ini disediakan dengan melihat pada aspek memelihara hukum Islam, menjaga adab sebagai penuntut ilmu, memelihara dan menambah barakah dalam majlis, serta mendisiplinkan diri. Sedikit sebanyak yang dipesan oleh al-'Ariff Billah Ustaz Muhadir bin Haji Joll (baik secara langsung atau tidak langsung) tentang adab-adab Majlis Talaqi:
ADAB HATI
. Memperbetulkan niat menuntut ilmu agama ikhlas kerana mengharapkan keredhaan Allah SWT
. Ikhlas untuk mengAMALkan ilmu yang dipelajari.
. Bukan untuk menunjuk-nunjuk (riya') dalam mengamalkan ilmu, tetapi berharap supaya dapat menjadi teladan (qudwah) kepada orang lain supaya turut sama-sama beramal dengan ilmu
. Datang menuntut ilmu dengan AZAM yang sungguh-sungguh menuntut ilmu (bukan untuk melepaskan bosan, mengisi masa lapang, mengikut kawan, dan sebagainya)
ADAB TERHADAP GURU
. Berbaik sangka terhadap Guru
. Bukan LANGSUNG untuk membanding-banding ilmu Guru
. Tidak berburuk sangka kepada Guru walau sedikit pun, walaupun jika Guru berbuat kesilapan
. Berkhidmat kepada Guru
. Sentiasa mendoakan kesejahteraan Guru di dunia dan akhirat setiap masa
. Berhati-hati dengan percakapan terhadap Guru
. Tidak menyakiti hati Guru
ADAB-ADAB SEBELUM MAJLIS TALAQI
. Berwudhu'
. Datang memakai pakaian menutup aurat SESEMPURNA MUNGKIN bagi muslimat
. Memakai pakaian ibadah yang TERBAIK atau yang PALING DISENANGI Guru bagi muslimin (contoh: berpakaian sunnah, berpakaian putih, elakkan memakai jeans)
. Membersihkan diri sebelum hadir ke majlis
. Hadir awal ke majlis (lebih awal dari ketibaan Guru. Cuba elakkan tiba ke majlis serentak dengan ketibaan Guru)
. Seeloknya hadir lebih awal untuk membantu mempersiapkan tempat majlis
. Seeloknya pelajar-pelajar sudah duduk dalam keadaan bersedia sebelum Guru sampai (jangan dinampakkan keserabutan/berebut-rebut ketika hendak duduk)
. Penuhkan tempat di hadapan dahulu (bagi memudahkan orang yang terkemudian dapat turut serta dalam majlis)
. Tidak berbuat bising, bergelak ketawa
. Tidak membawa kerja sampingan lain seperti assignment dan kerja persatuan ke dalam majlis
. MEMATIKAN telefon bimbit (elakkan mode silent kerana boleh mengganggu konsentrasi dalam majlis yang penuh barakah)
. Mengikuti majlis bacaan Qasidah sebelum majlis (demi mendapat barakah dan syafaat dari Rasulullah SAW)
ADAB-ADAB SEMASA MAJLIS PENGAJIAN TALAQI
. Duduk dengan penuh adab (bersila atau duduk iftirasy)
. Jangan meluruskan kaki, lebih-lebih lagi menghalakan kaki ke arah Guru
. Sebaiknya hujung bahagian kaki dilindung dari terlihat oleh Guru
. Tidak duduk dengan kedua belah tangan di belakang (seperti duduk kebosanan)
. Tidak membalas mesej dan menghubungi orang dalam majlis (MATIKAN telefon bimbit)
. Tidak makan dan minum
. Tidak tidur dalam majlis
. Tidak bersembang, berbual dan berbisik
. Mendengar dengan penuh tekun dan menumpukan perhatian terhadap segala apa yang disampaikan Guru
. Tidak memandang Guru dengan pandangan yang menyindir
. Tidak sekali-kali meletak kitab di atas lantai (memegang kitab melebihi dari paras pusat)
. Tidak membuat kerja lain semasa majlis (contoh: membuat assignment, membaca buku lain)
. Sebaik-baiknya Guru duduk LEBIH TINGGI dari kedudukan pelajar
. Membawa kitab ke majlis (tidak sekadar mendengar kosong)
. Tidak mengeluarkan/meninggikan suara di dalam majlis kecuali DIIZINKAN
. Tidak meninggalkan majlis ketika sedang berlangsung (kecuali dengan sebab-sebab yang terdesak seperti tidak tahan buang air)
. Tidak membatalkan wudhuk (seperti kentut)
. Muslimin tidak cuba memandang muslimat di belakang, muslimat tidak perlu memandang segala tingkah laku muslimin di hadapan (tumpukan perhatian pada Guru)
. Mengajukan soalan kepada Guru dengan memulakan dengan salam (Assalamu'alaikum)
ADAB-ADAB SELEPAS MAJLIS TALAQI:
. Membaca doa selepas pengajian
. Duduk dalam majlis TIDAK BANGUN selagi Guru belum beredar
. Memberi ruang kepada Guru untuk beredar
. Tidak perlu bersalaman dengan Guru (kerana khuathir Guru ada urusan lain yang memerlukan Beliau beredar dengan segera)
. Tunggu sehingga majlis bersurai dengan bacaan Tasbih Kafarah dan Surah al-Asr oleh pengerusi majlis
. Beredar dari majlis dengan perlahan-lahan, penuh adab dan menjaga batas hukum dan pergaulan antara muslimin dan muslimat
SUMBER:
http://www.4shared.com/get/wtdtF_nY/Adab.html
[...] Adab-adab Majlis Talaqi [...]
ReplyDelete