Wednesday, 23 October 2013
Kewajipan Para Penuntut Ilmu dan Orang yang Mengajar Ilmu Mendahului Belajar dan Mengajar Ilmu Fardhu 'Ain daripada Ilmu Fardhu Kifayah
وصد المتعلم عن أن يشتغل بفرض الكفاية قبل الفراغ من فرض العين
Ertinya: Sayugiyanya bagi orang yang mengajar ilmu itu bahawa menegahkan ia akan orang yang belajar ilmu itu daripada masyghul (menyibukkan diri) dengan belajar ilmu yang fardhu kifayah dahulu daripada selesai ia daripada menuntut ilmu yang fardhu ‘ain yang tiga perkara itu iaitu Ilmu Tauhid dan Ilmu Syari’ah dan Ilmu Batin. انتهى
Kesimpulan:
1) Wajib bagi orang yang mengajar ilmu dikalangan ulama'-ulama', ustaz-ustaz dan lain-lain mengajar ILMU FARDHU 'AIN dahulu daripada ILMU FARDHU KIFAYAH lebih-lebih lagi ILMU YANG TIDAK BERMANFAAT.
2) Wajib bagi orang yang mengajar ilmu menegah akan orang yang belajar ilmu, daripada menyibukkan diri belajar ILMU FARDHU KIFAYAH apatah lagi ILMU YANG TIDAK BERMANFAAT dahulu daripada selesai ia daripada menuntut ILMU FARDHU 'AIN.
3) Wajib bagi para penuntut ilmu mendahulukan dan mengutamakan belajar ILMU FARDHU 'AIN daripada ILMU FARDHU KIFAYAH lebih-lebih lagi ILMU YANG TIDAK BERMANFAAT.
RUJUKAN:
Kitab Sairu al-Salikin karangan Syaikh Abdul Samad al-Falembani, Percetakan al-Mu’arif Sdn Bhd, Juz 1, hal. 19
Saturday, 12 October 2013
Manaqib Syaikh Wan Ismail bin Wan Abdul Qadir (Pak Da ‘El)
Pendahuluan
Sejak dimulakan oleh Syaikh Daud bin Abdullah Al-Fatani pada paruh bahagian pertama abad kesembilan belas, tradisi permukiman dan kegiatan ilmu (belajar, mengajar, dan mengarang kitab) di kota suci Makkah diikuti oleh beberapa orang ulama Patani yang datang selepasnya seperti Syaikh Nik Dir al-Fathani, Syaikh Nik Mat Kecik Al-Fathoni, Syaikh Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zin Al-Fathoni dan ayahandanya Syaikh Wan Muhammad Zain bin Wan Mustafha Al-Fathoni, Syeikh Abdul Rahman bin Muhammad Ali atau lebih dimasyhurkan dengan nama “Tok Gudang” dan lain-lain.
Boleh dikatakan hampir kesemua pelajar tanah Jawi yang datang menuntut ilmu di kota Makkah pada suku akhir abad kesembilan belas dan suku pertama abad kedua puluh sempat belajar dengan mereka, atau sekurang-kurangnya mendengar nama mereka. Tidak sedikit daripada para pelajar ini, kelak kemudiannya setelah pulang ke negerinya masing-masing, muncul menjadi tokoh-tokoh ulama’ atau guru-guru agama yang terkemuka di negeri mereka pula.
Kemudian, takdirlah yang menentukan, bahawa mulai dekad terakhir abad kesembilan belas sehingga beberapa tahun sebelum dan selepas Perang Dunia Pertama, seorang demi seorang ulama Patani ini dipanggil menemui Tuhannya. Dimulai dengan Syeikh Nik Dir Al-Fathoni yang meniggal dunia pada bulan April 1898, siri “menghadap ilahi” kemudiannya disusul secara berturut-turut oleh Syaikh Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain Al-Fathoni (14 Januari 1908), ayahandanya Syaikh Wan Muhammad Zin bin Wan Mustafa Al-Fathoni (21 Januari 1908), Tok Gudang (24 Februari 1915) dan Syaikh Nik Mat Kechik Al-Fathoni (6 Mac 1915). Turut berpulang disela-sela kematian ulama Patani ini ialah Tok Wan Ali Kutan daro Kelantan (1913), Syaikh Ahmad Khatib dari Minangkabau (13 Mac 1916), Syaikh Uthman Abdul Wahab dari Sarawak (29 Julai 1921) dan lain-lain.
Maka hampir sunyilah Kota Makkah dari kegiatan ulama Patani. Menjelang Perang Dunia Kedua, cuma tinggal empat orang sahaja lagi ulama ternama asal Patani di kota ilmu ini. Mereka ialah Pak Cik Daud bin Wan Mustafa Al-Fathoni, Cher Pak Ya Al-Ramani, Syaikh Nur bin Syaikh Nik Mat Kechik Al-Fathoni dan Syaikh Wan Ismail bin Syeikh Wan Abdul Qadir Al-Fathoni. Melalui merekalah citra ulama’ Patani berlanjut di kota Makkah, meneruskan tradisi ilmu yang telah dimulakan sejak lebih satu abad yang silam.
Namun, tiga orang yang pertama dari mereka ditakdirkan meninggal dunia lebih awal; Pak Cik Daud pada bulan Mac 1936, Cher Pak Ya Al-Ramani (1938) dan terakhir, Syaikh Nur Al-Fathoni (1944). Lalu satu-satunya ulama kenamaan asal Patani yang tetap bermukim dan mengajar di Makkah sehingga ke tahun-tahun selepas Perang Dunia Kedua, tidak lain ialah Syaikh Wan Ismail bin Syeikh Wan Abdul Qadir Al-Fathoni.
Gelaran Pak Da
Beliau digelar Pak Da kerana beliau anak yang ketiga (menjadi panggilan mengikut orang di Patani, Kelantan dan Baling Kedah). Ada juga riwayat mengatakan beliau digelar Pak Da kerana beliau menjadi alim pada usia muda. Beliau juga mempunyai anak-anak murid yang lebih tua dari beliau, antaranya ialah Syaikh Abdullah Fahim seorang Tuan Guru daripada Malaysia. Tuan Guru Abdul Rahman Guar Kepayang sendiri pernah belajar bersama-sama Syaikh Abdullah Fahim dengan Pak Da ‘El. Pada suatu hari Syaikh Abdullah Fahim belajar (Kaedah belajar dengan Pak Da ‘El ialah anak murid akan baca kitab depan tok guru bukan tok guru baca kitab depan anak murid. Pernah suatu hari Pak Da ‘El lalu di tempat pengajian Syaikh Abdul Qadir Al-Mandili yang juga merupakan anak murid beliau yang selalu dihadiri di majlis pengajian beliau oleh beribu orang penuntut ilmu,kemudian Pak Da ‘El berkata”Syaikh Qadir ni yang duduk ramai-ramai ni bukan dok ngaji, yang mengaji Syaikh Qadir sorang ja”) dengan Pak Da ‘El, tiba-tiba beliau tak nampak tengok kitab dekat-dekat. Kemudian Pak Da ‘El berkata kepadanya “Haji Lah mengaji tak khabar tua”. Antara antara anak murid beliau yang lebih tua juga ialah Tok Perigi atau Tok Pose. Maka dipanggil Pak Muda kemudian lama-lama dipanggil Pak Da.
Kelahirannya
Pak Da ‘El atau nama penuhnya Syeikh Wan Ismail bin Wan Abdul Kadir bin Wan Mustafa al Fatani dilahirkan pada tahun 1300 H bersamaan 1882 M di kampong Bendang Daya, Patani Dar al Salam. Ayah beliau iaitu Wan Abdul Kadir atau Syeikh Abdul Kadir merupakan seorang ulama’ besar dan wali Allah di Patani pada separuh kedua abad ke-19 dan menjadi guru di sebuah pondok ternama iaitu Pondok Bendang Daya. Beliau digelar dengan “Tok Bendang Daya Kedua”. Manakala datuknya, Syaikh Wan Mustafa bin Wan Ahmad atau Tok Wan Pa digelar dengan “Tok Bendang Daya Pertama”, adalah seorang imam, tok guru pondok merangkap hulubalang Patani pada bahagian pertama abad kesembilan belas dan dipercayai pernah terlibat dalam perang “Pemberontakan Patani” menentang Siam pada tahun 1832. Digelar juga “Tok Lailatu Al-Qadar” kerana setiap kali masuk bulan Ramadhan beliau berjumpa dengan Lailatu Al-Qadar. Beliau berdoa kepada Allah supaya 7 keturunan beliau menjadi ‘alim.
Syeikh Wan Ismail merupakan anak ketiga daripada 6 orang adik beradik:
1) Wan Aisyah. Berkahwin dengn Wan Idris (Pak Cu Yeh Tok Raja Haji)
2) Wan Sofiyyah. Berkahwin dengan Tok Bermin yang terkenal seorang yang alim dalam Feqah.
3) Wan Ismail (Pak Da ‘El)
4) Wan Aminah. Berkahwin dengan Haji Ismail dapat anak bernama Abdul Qadir Sena (seorang ulama’ besar di Patani).
5) Wan Yusuf (Pak The Soh). ayahanda kepada Tuan Guru Haji Wan Muhammad Besing.
6) Patani.Wan Ibrahim (Pak Chu Him). Pengasas pondok gajah mati di Pendang Kedah. Digelar juga “Sibawaih”. Beliau boleh baca matan Alfiyyah secara songsang (daripada akhir matan hingga awal matan). Orang tidak berani baca barzanji dihadapan beliau sebab beliau mahir baca barzanji dengan pelbagai wajah. Diantara anak murid beliau ialah Syaikh Abdul Qadir Al-Mandili (Pengarang kitab Penawar Bagi Hati).
Keluarga Bendang Daya
Beliau dilahirkan dalam keluarga ulama. Selain daripada ayahnya yang merupakan ulama yang hebat, beliau juga mempunyai tiga bapa saudara yang kesemuanya alim-alim belaka. Mereka ialah Syeikh Wan Muhammad Zain al Fatani, Syeikh Wan Abdul Latif dan Syeikh Wan Daud atau Pak Cik Daud.
- Syeikh Wan Muhammad Zain al Fatani- sebelum beliau bermukim di Mekah, beliau membantu adiknya Syeikh Abdul kadir di Pondok Bendang Daya. Setelah menetap di Mekah kegiatan kehidupannya banyak tertumpu dalam menyalin kitab-kitab Syeikh Daud bin Abdullah al Fatani. Beliau adalah bapa kepada ulama besar Syeikh Wan Ahmad (Pengarang Kitab Faridah Al-Faraid).
- Syeikh Wan Abdul Latif- bergiat di kota Bangkok. Kegiatan dakwahnya di kota ini disambut dan diperluaskan oleh cucunya dengan membuka pondok al Latifiyah di Ta’it, Thonburi, Bangkok.
- Syeikh Wan Daud (Pak Cik Daud)- seorang guru terkemuka di Masjid al Haram sebelum perang dunia kedua. Mempunyai anak-anak murid yang sangat ramai termasuklah Tok Guru Dala, Haji Hassan Mak Enggol, Haji Ahmad Pusan Al-Fathani, Tok Kenali, Tok Selehor, Tok Padang Jelapang, Tok Seridik, Haji Abdullah Tahir Bunut Payung (Kelantan), Haji Wan Abdul Latif (Besut, Terengganu) dan lain-lain. Beliau merupakan bapa saudara merangkap bapa mertua kepada Pak Da ‘El. Masyhur disapa dengan Pak Cik Daud dan jugs digelar “Sibawaih Melayu”. Tuan Guru Abdul Rahman Guar Kepayang pernah berjumpa dengan Pak Cik Daud walaupun tak pernah mengaji dengan beliau. Tuan Guru Abdul Rahman berkata Pak Cik Daud membaca Al-Quran yang tidak ada baris dengan tidak ada titik. Pak Cik Daud berkata “Kami mengaji kitab bukan sahaja kitab yang taka da baris tapi mengaji juga kitab yang tak ada huruf yang bertitik”. Dengan beliaulah Pak Da ‘El belajar ilmu tatabahasa Arab sekaligus menjadikan Pak Da ‘El seorang yang ‘alim dengan ilmu Tatabahasa Arab (Alim Ilmu Alat).
Manakala itu, sepupunya iaitu Haji Wan Ahmad (anak kepada Wan Muhammad Zain) seorang ulama besar yang disegani malah beliau dianggap bintang atau pemegang obor ilmu dalam keluarga “Bendang Daya” ini.
Sewaktu Pak Da ‘El lahir, ayah beliau masih menetap di Patani – menjadi Syaikh di pondoknya. Manakala dua orang bapa saudaranya – Syaikh Wan Muhammad Zain dan Pak Cik Daud – sudah lama bermukim dan bergiat di Makkah. Demikian juga sepupunya, Syaikh Wan Ahmad.
Inilah lingkungan keluarga yang melatari kehidupan awal Pak Da ‘El. Maka tidak hairanlah jika selepas beliau mendapat ilmu asas daripada ayahnya di kampung, juga dari seorang ulama berdekatan bernama Haji Abdul Samad bin Muhamad Saman Al-Naufi Al-Fathoni, Pak Da ‘El diberangkatkan ke mekah ketika mana beliau baru berusia 13 tahun pada tahun.
Belajar Di Mekah
Pak Da ‘el naik ke Makkah pada 1895. Kebetulan pada tahun berkenaan ayahnya diminta oleh kerabat diraja Patani untuk menghaji dan mengumrahkan beberapa orang keluarga diraja Patani yang telah meninggal dunia tetapi tanpa sempat menunaikan rukun Islam yang kelima itu. Mengambil peluang ini, ayahnya membawa Pak Da ‘El yang masih kecil untuk diserahkan kepada dua orang bapa saudara dan seorang sepupunya yang pada waktu itu sudah menempa nama sebagai Ulama Tanah Jawi yang terkemuka di Makkah. Tidak lama selepas penyerahan ini sempurna dilakukan, ayahnya ditakdirkan meninggal dunia di Makkah pada bulan Jun 1895, iaitu sebaik-baik sahaja selepas beliau menunaikan ibadat haji musim berkenaan.
Maka tinggallah Pak Da ‘El yang masih kecil di bawah jagaan dan didikan bapa saudaranya Haji Wan Muhammad Zain, Pak Cik Daud, dan juga sepupunya Haji Wan Ahmad. Kepada beliau-beliau inilah Pak Da ‘El menumpang hidup, belajar dan bersiap menjadi orang alim seperti yang diharapkan oleh ayahnya. Selain dari dua orang bapa saudaranya dan sepupunya ini, Pak Da ‘El juga, di peringkat yang lebih kemudian, belajar kepada Haji Nuh bin Haji Abdul Majid, Tuan Mokhtar Atarid Bogor dan seorang guru dari India, di samping guru-guru bangsa Arab yang lain.
Setelah berapa lama di Mekah beliau sepertinya tidak berniat untuk pulang semula ke tanah airnya dan mengikuti jejak langkah bapa saudara dan sepupunya. Sejak ke Mekah beliau hanya dua kali sahaja turun ke Jawi. Tambahan pula, beliau diambil menjadi menantu oleh bapa saudaranya yang merangkap gurunya iaitu Pak Cik Daud. Dikahwinkan beliau dengan anaknya yang bernama Wan Maimunah.
“Sejak naik ke Makkah, Pak Da ‘El Cuma dua kali turun ke Jawi” beritahu menantu beliau, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Pombeng kepada saya. “Sekali pada waktu beliau berumur tiga puluh tahun (tahun 1912 Miladiyyah) dan sekali lagi saya tidak pasti, tetapi diperkirakan sebelum Perang Dunia Kedua”. Lanjutnya.
Mengajar Di Mekah
Pak Da ‘el adalah kira-kira seangkatan dengan ulama-ulama Patani yang lain seperti Haji Ahmad Palwan, Tok Balur dan lain-lain. Bezanya mereka pulang semula ke tanah air dan beliau memilih untuk berada di Mekah al Mukarramah.
Adalah diperkirakan bahawa Pak Da ‘El mula mengambil bahagian mengajar secara aktif selepas beliau berumur 30 tahun. Nama beliau mula timbul antara penama-penama ulama tanah jawi yang berrada di kota Mekah pada waktu itu. Pada tahun 1920 ramai ulama-ulama nusantara yang berada di Mekah telah wafat dan meliau merupakan pewaris mereka bagi menyuburkan cahaya kepada mereka yang masih hidup.
Antara ulama Semenanjung Melayu (khususnya Patani dan Kelantan) yang sempat belajar kepada beliau pada tahap awal (dekad 1920-an), termasuklah Tok Guru Dala, Haji Hassan Mak Enggol, Haji Ahmad Abdul Wahab Al-Fusani, Datuk Haji Muhammad Nur Ibrahim (Kemudiannya Mufti Kerajaan Kelantan), Haji Awang Lambur (Wakaf Baharu), Tuan Guru Haji Daud Geting (Tumpat) dan lain-lain.
Kemashuran Pak Da ‘el
Pak Da ‘el merupakan seorang yang alim dalam bidang Usuluddin. Ia adalah suatu yang makruf. Bahkan kerana inilah nama beliau mashur di kalangan ulama-ulama Nusantara yang berada di Mekah. Selain daripada itu beliau juga mahir dalam segenap bidang ilmu. Antaranya ialah ilmu mantik, falsafah, fiqh, tafsir dan tata Bahasa Arab.
Dimaklumkan oleh menantu beliau bahawa selain beliau mengajar kitab-kitab usuluddin, Pak Da ‘el juga mengajar kitab fiqh besar seperti Fath al Wahhab, al Mahalli dan Iqna’. Kitab tafsir seperti Tafsir Jalalain dan kitab-kitab tasauf seperti Minhaj al A’bidin.
Antara kitab-kitab Usuluddin Jawi yang seri beliau baca sebagai teks ialah Faridah Al-Faraid (bagi sepupunya Syaikh Wan Ahmad Al-Fathoni), Siraj Al-Huda (Syaikh Zainuddin Sumbawa) , Matan Jauharah Al-Tauhid (Al-Laqani) dan sebuah kitab karangannya sendiri berjudul Bakuroh Al-Amani. Dua buah kitab pertama yang disebut dan terakhir adalah “kitab wirid” beliau yang sentiasa beliau ulangi setiap kali khatam, manakala Kitab Usuluddin Arab termasuklah Bajuri, Hasyiah Al-Amir, Matan Sanusi Al-Kubra, dan Dusuqi.
Pak Da ‘el juga mengajar ilmu bahasa arab kepada anak-muridnya seperti kitab Matan Azhari, al Faqihi, Ibn Aqil dan Hasyiah Al-Sibyan (semuanya kitab nahu) dan Syuruh Talkhis (Sebuah kitab balaghah). Manakala dua kitab mantik yang beliau pegang iaitu Isaghuji dan Syarh Tahzib.
Beliau tidak mempunyai anak-anak murid yang ramai dalam satu-satu masa. Hal ini kerana anak-anak murid beliau terdiri daripada orang-orang alim dan beliau lebih banyak mengajar di rumah daripada di Masjid al Haram. Ada juga ketika beliau mengajar di masjid pada waktu malam kepaa anak-anak murid beliau yang tertentu.
Beliau pantang sekiranya ditanya soalan-soalan yang untuk menguji beliau. Beliau sangat sensitif. Namun sekiranya anak muridnya tidak bertanya kepadanya soalan-solan yang mereka tidak tahu, beliau akan menjawab: “mengapa belajar sekiranya sudah tahu.” Manakala sekiranya ada yang bertanya soalan yang tidak sepatutnya ditanya maka beliau akan menjawab: “itu sahaja yang kamu tanya?”
Seorang anak muridnya Haji Nik Ismail bin Nik Abdul Rahman Khatib mengatakan beliau sangat tegas ketika mengajar namun ramai yang masih mahu berguru dengannya.
Guru-gurunya
- Syaikh Wan Abdul Kadir (Ayah beliau)
- Haji Abdul Samad bin Muhamad Saman Al-Naufi Al-Fathoni
- Haji Wan Muhammad Zain (Pak Cik beliau)
- Pak Cik Daud (Pak Cik beliau)
- Haji Wan Ahmad (Sepupu beliau)
- Haji Nuh bin Haji Abdul Majid
- Tuan Mokhtar Atarid Bogor
- Syaikh Muhammad Ali Al-Maliki
Pak Da ‘El dan Gurunya Syaikh Muhammad Ali Al-Maliki
Nama guru yang paling banyak disebut oleh Pak Da ‘El ialah Syaikh Muhammad Ali Al-Maliki merupakan Syaikhul Masyaikh guru kepada segala ulama-ulama pada ketika itu. Digelar dengan “Sibawaih Zamanih” yakni ulama’ yang alim ilmu tatabahasa arab yang terdiri daripada Nahu dan Sorof pada zamannya dan “Sakaki Awanih” yakni ulama yang ‘alim dalam ilmu Balaghah.
Syaikh Ali Al-Maliki pernah berkata “selama aku dok mengajar anak-anak muridku yang ramai-ramai ni tak pernah aku bertemu anak murid yang paling alim dan paling bijak seperti Syaikh Wan Ismail bin Wan Abdul Qadir, baik Arab atau ajam”. Syaikh Ali Al-Maliki seorang yang alim 4 mazhab dan pelbagai bidang ilmu. Tanyalah apa-apapun mesti beliau boleh jawab. Tetapi kalau soalan daripada Pak Da ‘El, Syaikh Ali Al-Maliki akan berkata “natawaqqaf “. Beliau tak dapat jawab soalan Pak Da ‘El ketika itu dan beliau akan jawab soalan itu pada pengajian beliau yang akan datang.
Kitab Bakuroh dikarang dengan sebab jaminan dan sokongan daripada Syaikh Muhammad Ali Al-Maliki. Di Malaysia terdapat ramai anak murid Syaikh Muhammad Ali Al-Maliki, antaranya ialah Syaikh Abdullah Fahim dan Syaikh Zubair Bukit Changgang. Boleh dikatakan kebanyakan ulama-ulama’ nusantara pada zaman itu merupakan anak murid kepada Syaikh Muhammad Ali Al-Maliki. Syaikh Ali berkata kepada Pak Da ‘El “Kamu nak mengarang kitab ini aku duduk dibelakang kamu sekiranya ada orang yang mengkritik kamu”.
Murid-muridnya
Seperti yang dikatakan tadi beliau seorang guru yang tidak lokek dengan anak-anak murid. Sejak beliau mula mengajar pada usianya 30 tahun sehingga beliau meninggal (penghujung tahun 1965) lebih kurang setengah abad, Pak Da ‘el telah berjaya mencetak ramai anak murid menjadi alim ulama dan guru agama yang berwibawa serta dihormati.
Berikut merupakan beberapa anak murid beliau:-
Di Patani:
- Haji Abdul Rahman Saghir (Kuala Beruas)
- Haji Abdul Rahman Bin Muhammad Arshad (Tok Guru Dala)
- Haji Hassan (Mak Enggol)
- Haji Ahmad bin Haji Abdul Wahab (Kampung Pusan Perigi) – digelar Tok Pose/ Tok Perigi.
- Haji Ahmad (Tembesu, Binjai Lama)
- Haji Abdul Wahab (Pangkalan Enam, Pujud)
- Haji Abdullah (Pondok Jambatan Kuda, Teluban)
- Haji Wan Nik (Pulau Mati, Bandar)
- Haji Wan Abdul Rahman (Jakar)
10. Haji Abdullah (Bendang Kebun)
11. Haji Muhammad Zain (Balur, Kekabu)
12. Haji Yusuf (Pondok Melayu Bangkok, Yala)
13. Haji Nik Mat (Pondok Comel, Teluban)
14. Haji Abdul Rashid (Pondok Sesayap)
15. Haji Ismail atau Pak Teh ‘El (Pondok Getah Tambah)
16. Sheikh Abd al-Qadir Hj Wangah (Ayah Dir Sekam)
17. Haji Abdullah Mayo (Rakak)
18. Haji Hassan (Lubuk Topeng, Jeringa).
19. Haji Abdul Rahman, Beraul (ayahanda kepada Dr. Ismail Lutfi)
20. Haji Yaakob (Langgar, Palas)
21. Haji Abdul Kadir (Nad Tok Embong) – anak saudara beliau sendiri
22. Haji Pak Cu atau Haji Idris (Cembar)
23. Haji Waman (Gajah Mati, Cempaka)
24. Haji Abdullah (Tanah Periuk, Kekabu)
25. Haji Nik Abdullah Ahmad (Nibong Baru, Yala)
26. Baba Li (Sekam, Palas)
27. Tok Perigi
Di Luar Patani:
- Syaikh Abdul Rahim Al-Kalantani (Makkah)
- Haji Awang (Lambur, Wakaf Baharu)
- Syaikh Abdul Qadir Al-Mandili (Makkah)
- Haji Cik Hassan (Lemal, Pasir Mas)
- Haji Daud Said (Kampung Getting, Tumpat)
- Haji Hassan (Ketereh, Kota Bharu)
- Haji Ahmad (Batu Tiga, Repek, Pasir Mas)
- Haji Abdullah (Pondok Lati, Pasir Mas)
- Haji Harun (Batu Tiga, Repek, Mas)
10. Haji Abdullah (Pondol Lati, Pasir Mas)
11. Haji Wan Yusuf Che Tengah (Kemuning, Machang)
12. Haji Wan Yaakob Che Tengah (Kweng Hitam, Machang)
13. Datuk Haji Muhammad Nur Ibrahim (Mufti Kerajaan Kelantan)
14. Haji Shu’aib Daud (Kampung Menuang, Kota Bharu)
15. Haji Yaakob Saleh (Kampung Nipah, Bachok)
16. Haji Daud Jambul (Kampung Perakap, Bunut Susu, Pasir Mas)
17. Haji Abdul Rahman Sulaiman (Pondok Sungai Durian, Kuala Krai)
18. Haji Wan Hussain bin Wan Mustafa (Alor Keladi, Jerteh)
19. Haji Ismail Ahmad (Imam Besar Pertama Masjid Negeri, Negeri Sembilan)
20. Haji Muhammad Haji Yusof (Kampung Gunung Pasir, Seri Menanti, Negeri Sembilan)
21. Haji Ghazali (Perak) – Tokoh Ma’al Hijrah
22. TG Mahmud Zuhdi (Pondok Lanai, Kedah)
23. Haji Zakaria bin Haji Ahmad Wan Besar (Alor Setar, Kedah)
24. Haji Abdullah (Kuala Ibai, Terengganu)
25. Haji Wan Abdul Rahman Long (bekas Kadi Besar Terengganu – bergelar Datuk Purba Diraja)
26. Haji Abdul Latif “Gelok Getah” bin Awang (Alor Keladi, Jerteh)
27. Tuan Guru Hj Abd Rahman Bin Awang, Pondok Guar Kepayang, Pendang (meninggal pada 1996M)
28. Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa, Sik.
29. Tok Guru Haji Lah Lubuk Tapah (Abdullah Bin Abdul Rahman)
30. Syaikh Abdullah Fahim
Personaliti Beliau
Dalam kehidupan seharian beliau adalah seorang yang pendiam, tenang dan kelihatan sangat berwibawa. Sikapnya yang sebegini menyebabkan orang menjadi gerun tetapi hormat kepada beliau. Sehingga pernah diceritakan perempuan-perempuan tidak berani melihat wajah anak-anak perempuannya apatah lagi yang lelaki.
Beliau seorang yang tidak terpengaruh dengan pakaian orang arab meskipun telah menetap di sana sejak kecil. Pakaian beliau tetap seperti orang melayu, kain sarung dengan baju potongan teluk belangga atau baju panas berleher bulat. Sangat jarang beliau kelihatan berjubah arab.
Kehebatan Pak Da ‘El
Pak Da ‘El alim dalam pelbagai bidang ilmu tetapi yang paling menonjol ialah ilmu Tauhid. Sehingga beliau digelar oleh orang-orang Arab sebagai “Amirul Mu’minin” di dalam ilmu Tauhid. Beliau begitu digeruni oleh ulama’-ulama Arab sehingga mereka tidak berani bagi fatwa dihadapan Pak Da ‘El.
Karyanya
Disebabkan beliau ahli dalam bidang Usuluddin maka tidak hairanlah kitab-kitab beliau pun dalam bidang usuluddin juga. Kitab beliau yang berjudul “Bakurah al Amani” yang beliau tulis semula dengan niat mempermudah bahasa kitab “Faridat al Faraid” di samping untuk menghidupkan lahjah Patani. Asal nama kitab Bakuroh ialah Bakuroh Al-Amani Li Isyarati ‘Awwam Ahl Al-Fathoni. Kerana Kitab ini menjadi masyhur di Fathoni, Malaysia, dan Indonesia maka nama kitab ini dibuang dibelakang dan dikekalkan hanya nama Bakuroh Al-Amani kerana nama yang asal seakan-akan bersifat ‘ashobiyyah. Kitab ini begitu digeruni dikalangan penuntut-penuntut ilmu di pondok kerana sesiapa yang tidak pernah belajar thoriq Pak Da ‘El walaupun Tok Guru maka dia tidak berani baca kitab Bakuroh Al-Amani ini. Maksud Bakuroh Al-Amani ialah permulaan segala yang dicita. Bakuroh dari segi bahasa ialah awwal al-fakihah yakni buah mula-mula.
Selain kitab ini yang berserta syarahnya “Tabsirah al Amani”, pak Da ‘el pernah menulis ta’liq atau ulasan mengenai dua buah kitab nahu iaitu al Abniya’ al Asma’ wa al Af’al dan al Risalah al Fataniah karangan sepupunya Syeikh Wan Ahmad. Ta’liq ini beliau muatkan di bawah kitab berkenaan yang seperti menjadi nota kaki. Selain itu, beliau menulis kitab syarah Faridat al Faraid, sebuah kitab usuluddin karangan sepupunya.
Asal Usul Bakuroh Al-Amani
Pada 1335H, Pak Da 'El ziarah ke negeri Kedah di daerah Pendang, Kampung Tobir dan menjadi tetamu di rumah Hj Ahmad Pauh Bendang Jelapang Al-Fathoni (Tok Pauh) salah seorang murid beliau ketika belajar di Makkah. Hj Ahmad ada seorang sahabat yang bernama Hj Hassan yang belajar di Pondok sekitar Pendang. Hj Hassan kurang faham dan tidak dapat menguasai ilmu tauhid dengan sempurna kerana kurang faham dengan pembahasan kitab-kitab lama dulu.
Hj Ahmad merasakan peluang paling baik untuk membantu rakannya Hj Hassan dapat kuasai ilmu tauhid dengan mantap, maka Hj Ahmad memohon perkenan dari gurunya Pak Da 'El untuk buatkan ringkasan ilmu tauhid yang mudah untuk difahami oleh sahabatnya Hj Hassan
Maka Pak Da ‘El pun bersetuju untuk buat sedikit rumusan untuk Hj Hassan. Lebih kurang 2 ke 3 hari catatan rumusan yang dibuat oleh guru mulia selesai dengan izin Allah. Selepas Tuan Guru menulis matan /rumusan ilmu tauhid, maka catatan itu diserah kepada Hj Hassan.
Hj Hassan bawa matan itu pulang ke pondok beliau. Pelajar-pelajar pondok melihat matan yang Tuan Guru tulis kepada Hj Hassan. Maka mereka berpendapat bahawa karangan Tuan Guru bertentangan dengan kitab tauhid yang pernah dikarang ulama melayu dulu di beberapa tempat, antaranya:-
- Nama bagi sifat-sifat Ma’ani ditukar kepada “pe” seperti pekuasa, pendengar pelihat.
- Sifat Salbiyyah dengan makna ternafi. Kitab lama ditulis dengan “menafi”
- Istihalatul Mustahil
- Hukum aqal kena kepada wujub, istihalah, dan jawaz bukannya wajib,mustahil, jaiz, (yang ni kena kepada muta’allaq)
Antara yang pelajar yang i’tiradh Pak Da ‘El ketika itu ialah Hj Ahmad Pauh Bendang Jelapang. Pak Da ‘El suka anak murid beliau yang melawan beliau sebab baginya itu tandanya anak murid beliau seorang yang cerdik.
Kebetulan takdir Allah Ta'ala, Tuan Guru masih berada di Kedah. Pelajar-pelajar pondok pergi mengadap Tuan Guru untuk mendapat penjelasan. Maka Tuan Guru pun menerangkan dengan terang sejelas-jelasnya kepada para pelajar tersebut. Selepas itu terpaksalah mereka membenarkan hujah Pak Da ‘El dan menjoloki tuan guru dengan gelaran TOKOH USULUDDIN TERKENAL MAKKAH "PAK DA 'EL FATANI"
Selepas bertahun-tahun berlalu, di atas kesedaran betapa pentingnya syarahan tokoh tauhid ini. Maka pelajar-pelajar tadi memohon agar Tuan Guru menulis sebuah kitab tauhid khusus bagi mensyarahkan maksud yang Tuan Guru tulis untuk Hj Hassan tersebut. Pada ketika itu, Tuan Guru sudah berada di Makkah dan beliau menunaikan hajat permintaan tersebut. Maka kini usia kitab BAKURAH AL-AMANI (pada tahun 2013) adalah 99 tahun
Berkata Tuan Guru Hj Salleh bin Musa yang merupakan anak murid Pak Da 'El dan pemegang sanad pengajian kitab ini, "kalau kita dapat kuasai Bakurah, Insyallah kita dapat faham ilmu tauhid kerana Bakurah serupa dengan matan yang perlu kita ambil matan itu untuk karang kitab lain. Pokoknya semua isi ilmu tauhid sudah lengkap dalam Bakurah. Kalau boleh kuasai Bakurah maka kita dalami kitab tauid lain akan mudah"
Keluarganya
Setelah berkahwin dengan sepupunya Wan Maimunah, beliau dikurniakan lapan orang anak iaitu Fatimah, Aisyah, Kalthum, Aminah, Safiah, Maryam, Said dan Daud. Kesemua mereka menetap di mekah dan di Mekahlah juga Pak Da ‘el peroleh menantu-menantu.
Meninggal Dunia
Pada 3 Novenber 1965 pada usianya 83 tahun, beliau dijemput menemui kekasihnya berbanding dengan sahabat-sahabat seperjuangan beliau yang ditakdirkan hidup lebih lama. Setelah mana beliau wafat, masih ada lagi yang meneruskan khidmat keilmuan beliau di tanah Mekah antaranya Syeikh Daud Sulaiman al Kalantani, Syeikh Muhammad Salleh Kenali dan seorang ulama tanah jawi yang terkemuka iaitu Syeikh Muhammad Yasin al Fadani (Musnid Dunia).
SUMBER:
1. Ahmad Fathi al-Fatani. Majalah Pengasuh. bil 619. Kelantan: Pustaka Aman Press
2. Huraian guru-guru.
Tuesday, 1 October 2013
Manaqib Syaikh Muhammad Ali Al- Maliki
Manaqib Syaikh Muhammad Ali Al- Maliki
Para penuntut ilmu agama di Makkah pada akhir abad 19 hingga paruh pertama abad 20 pasti mengenal Syekh Muhammad Ali Al- Maliki. Meskipun dibelakang nama beliau terdapat nama Al-Maliki, namun beliau tidak memiliki hubungan nasab dengan Sayyid Muhammad Alwi Al Maliki, ulama terkemuka Makkah yang wafat tahun 2004 yang lalu.Walaupun demikian hubungan keilmuan tetap ada karena ayahanda Sayyid Muhammad Alwi Al Maliki, yakni Sayyid Alwi bin Abbas Al Maliki merupakan murid dari Syekh Alwi Al Maliki.
Nama lengkap beliau adalah Muhammad Ali bin Husain bin Ibrahaim bin Husain bin `Abid Al Makki Al Maliki. Ulama keturunan Maroko ini lahir di Makkah tahun 1287 H/1870 M. ketika beliau berusia lima tahun (tahun 1292 H/1875 M) ayahnya Syekh Husain bin Ibrahim wafat, kemudian beliau diasuh oleh kakak beliau Syekh Muhammad bin Husain, ulama mufti mazhab Maliki yang menangani pendidikan beliau dengan baik.
Pengajian Dan Guru-Guru Beliau
Beberapa tahun kemudian kakak beliau ini wafat, kemudian beliau diasuh oleh kakaknya yang lain Syekh `Abid bin Husen yang juga mufti Mazhab maliki. Selain belajar bermacam-macam ilmu agama dan bahasa arab dari kakak beliau, ia juga belajar fiqh kepada seorang ulama terkemuka ahli fiqh dan sufi Sayyid Abi Bakar Syatha (1266-1310 H), pengarang kitab fiqh yang terkenal I`anatuth Thalibin yang menjadi pegangan wajib diseluruh pesantren di Indonesia. Selain itu beliau juga belajar kepada banyak ulama hingga beliau mendapat ijazah mengajar di Masjidil Haram.
Meski demikian beliau tidak merasa puas dengan begitu saja dengan ilmu yang beliau miliki. Ia terus belajar kepada beberapa tokoh ulama diantaranya Abdul Khaliq alahabady pengarang kitab Al Iklil yang merupakan Hasyiah dari kitab Tafsir An Nasafi. Gurunya ini memberi beliau ijazah dalam tafsiir dan fiqh Hanbali. Ia juga belajar hadis kepada Syekh Muhammad abul Khudhair bin Ibrahim ad dimyati Al madani.
Kepada Syekh Abdul Quddus An Nabulsi ia belajar Shahih Bukhary dan fiqh Hanbali dan mendapat ijazah darinya. Ijazah dalam hadis juga beliau peroleh dari Syekh Abul Hayy Al Kattany Silsilah sanad periwayatan hadis dan jaringan intelektual Syekh Ali Al Maliki telah ditulis secara lengkap oleh seorang murid beliau Syekh Muhammmad Yasin Al Fadany(wafat 1410 H/1990 M), seorang ulama pakar hadis kelahiran Makkah asal padang dalam kitab beliau yang benama Al Maslak Al jaily fi Asanid Fadhilah Asy Syakh Muhammad Ali Al Maliki. Syekh Ali Al Maliki dikenal sebagai Syaikh Masyayikh `Ashrih (guru para guru dimasanya ). Dan karena kealiman beliau yang luar biasa dalam bidang ilmu nahu beliau digelari Sibawaihi Zamanih (Sibawaih di zamannnya).
تلقيه العلم :-
فقام بأعباء تعليمه وتوجيهه أخوه العلامة محمد عابد مفتي السادة المالكية (ت1341 هـ )[4] ، فاهتم به وحضر عليه وأحضره على المشايخ بمكة المكرمة ، وأخذ عنه شتى العلوم العربية والفقه المالكي والأصول وبه تخرج وإليه ينتسب .
شيوخه وإجازاته العلمية :
وكان يرحمه الله تعالى صاحب همة عالية فلم يكتف بالأخذ عن أخيه الشيخ محمد عابد بل قرأ على العلامة السيد أبي بكر بن محمد شطا المشهور بالسيد بكرى ( 1310هـ )[5] ، قرأ التفسير على العلامة الشيخ عبد الحق الإله بادي مؤلف الإكليل حاشية تفسير النسفي المسمى بمدارك التنزيل وسمع منه حديث المسلسل بالأولية وأجازه في التفسير والفقه الحنفي (ت 1323هـ )[6]، كما سمع حديث المسلسل بالأولية من الشمس محمد أبي خضير الدمياطي و أجازه }[7].
وقد أجازه جمع من العلماء الأعلام من الحرمين الشريفين والوافدين إليها ومنهم :
العلامة السيد أحمد بن عبد الله الزواوي المالكي المكي ( ت 1316هـ )
والعلامة الشيخ على بن ظاهر الوتري ( ت 1322هـ )
والعلامة الشيخ عبد الجليل براده ( ت 1327هـ )
والعلامة الشيخ فالح بن محمد الظاهري المدني ( ت 1328هـ )
والعلامة الشيخ محمد سعيد بابصيل الشافعي المكي ( ت 1330هـ )
والعلامة السيد حسين بن محمد الحبشي الشافعي المكي ( ت 1330هـ )
والعلامة الشيخ عبد الله بن صوفان بن عودة القدومي النابلسي الحنبلي ثم المدني
ت 1331هـ)
والعلامة السيد عمر بن محمد شطا الشافعي المكي (ت 1331هـ )
والعلامة السيد أحمد بن إسماعيل البرزنجي الشافعي المدني ( ت 1335هـ )
والعلامة الشيخ محمد بن سليمان حسب الله الشافعي المكي ( ت 1335هـ )
والعلامة السيد محمد بن سالم السري الشافعي التريمي ( ت 1345هـ )
والعلامة الشيخ شعيب بن عبد الرحمن الصديقي الدكالي ( ت 1356هـ
والعلامة الشيخ محمد عبد الباقي اللكنوي ثم المدني ( ت 1364هـ )
والعلامة السيد محمد عبد الحي الكتاني المالكي ( ت 1382هـ )
والعلامة الشيخ عبد الغني بن صبح البيماوي الأندنوسي
وغيرهم من العلماء الأعلام .
Setelah menamatkan pelajarannya di bawah bimbingan para ulama Haramain terkemuka di masanya, Syekh al-Maliki mendermakan ilmu dan hidupnya mengajar di Masjidil Haram dan Madrasah Darul Ulum, Mekah, yang didirikan oleh ulama-ulama haramain asal Melayu-Nusantara, dan menjabat sebagai pimpinan para syekh (Syaikhul Masyayikh) sejak pertama kali madrasah tersebut berdiri pada tahun 1933 . Kepakarannya di berbagai bidang ilmu-ilmu keislaman dan tata-bahasa Arab, menjadi magnet tersendiri bagi para pelajar Arab dan non-Arab —bahkan tidak sedikit yang sudah bergelar ulama— yang datang berguru kepadanya. Sehingga tidak berlebihan bila dikatakan bahwa hampir seluruh ulama Hijaz dan para penuntut ilmu dari Melayu-Nusantara (yang mencakup Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand Selatan dan Brunei) yang menjadi muridnya.
Anak-Anak Murid Beliau
فقد تخرج على يديه أكثر علماء الحجاز وكثير من علماء العالم الإسلامي ، وقد تصدر غالبهم للتدريس والإفادة ونفع طلبة العلم فمنهم :
العلامة السيد محسن مساوى ( ت1354 هـ ).
والعلامة السيد عصمت الله بن السيد محمد شاكر الفرغاني ثم المكي ( ت 1366هـ)
والعلامة الشيخ محمد أمين فودة ( ت 1365هـ )
والعلامة الشيخ أحمد بن عبد الله ناضرين المكي (ت 1370هـ )
والعلامة السيد أبو بكر بن أحمد الحبشي المكي (ت 1374هـ )
والعلامة الشيخ محمود زهدي بن عبد الرحمن ( ت 1376هـ )
والعلامة الشيخ إبراهيم بن محمد الغلاييني الدمشقي (ت 1377هـ )
والعلامة السيد محمد طاهر الدباغ ( ت 1378هـ )
والعلامة الشيخ صالح بن محمد بن عبد الله كلنتن (ت 1379هـ )
والعلامة السيد أحمد بن الصديق الغماري (ت 1380هـ )
والعلامة الشيخ عبد الله زيد المغربي (ت 1381هـ )
والعلامة الشيخ محمد يحيىأمان الحنفي المكي (ت 1387هـ )
والعلامة السيد علوي بن عباس المالكي المكي (ت 1391هـ)
Ayahanda Prof Dr Sayyid Muhammad ‘Alawi Al-Maliki
والعلامة الشيخ بكري بن سيد بن أرشد البنتنى (ت 1395هـ )
والعلامة الشيخ أبوبكر حسن عبد الله الكشناوي (ت 1397هـ)
والعلامة الشيخ محمد الحافظ بن عبد اللطيف بن سالم الشهير بالتيجاني (ت 1398هـ )
والعلامة الشيخ حسن بن محمد المشاط المالكي المكي (ت 1399هـ )
والعلامة الشيخ حسين فلمبان الشافعي المكي (ت 1399هـ )
والعلامة السيد محمد أمين كتبي الحنفي المكي (ت 1404هـ )
والعلامة الشيخ أحمد المنصوري (ت 1306هـ ) وولده محمد
والعلامة الشيخ محمد ياسين الفاداني الشافعي المكي (ت 1410هـ )
والعلامة الشيخ زكرياء بن عبد الله بيلا الشافعي المكي (ت 1413هـ )
والعلامة الشيخ إبراهيم فطاني الشافعي المكي ( ت 1413هـ )
والعلامة السيد محمد بن إبراهيم الفاسي المالكي المكي ( ت 1418هـ)
والعلامة عبد الفتاح راوه الشافعي المكي ( ت 1424هـ)
وابن المترجم له الشيخ عبد اللطيف المالكي
والعلامة الشيخ علي الكتفاني
والعلامة الشيخ صديق بن عبد الله بن صالح الاسمي
العلامة الشيخ زبير الفلفلاني
العلامة الشيخ خليل بن عبد القادر طيبة
والشيخ محمد زين بن عبد الله باويان رحمه الله تعالى
Adapun murid murid beliau dari nusantara antara lain:
Sayyid Muhsin Al Musawa (wafat 1354 H),
Syeikh Yasin Al Fadany (wafat 1990 M),
KH. Muhammad Syarwany Abdan (Guru Bangil) dari Martarapura (wafat 1898 M), tuan Guru K.H M.Zainuddin Abdul Majid Pancor NTB, pendiri Nahdhatul Wathan (wafat 1997),
KH. Ahmad Junainy Jakarta(wafat 1997 M),
KH.Nur Ali, Bekasi (wafat 1992 M),
KH.Hasbiyallah, Klender Jakarta timur, dan
Syeikh Masyayikh Al `Allamah Syeikh Muda Waly Al Khalidy, Aceh (wafat 1961 M).
Syeikh Wan Ismail bin Wan Abdul Kadir (Pak Da ‘El)
Syeikh Abdullah Fahim
Syeikh Zubair Bukit Changgang
Karangan Beliau
1- مسلك السادات إلى سبيل الدعوات .
2- تدريب الطلاب إلى قواعد الإعراب .
3_ بلوغ الأمنية بفتاوى النوازل العصرية .
4_ عقود الفرائد في علم العقائد .
5_ المقصد السديد في بيان خطأ الشوكاني فيما أفتتح به رسالته القول المفيد وذلك. في مسألة التقليد والإجتهاد .
6_ سعادة الدارين بنجاة الأبوين .
7_ شمس الإشراق في حكم التعامل بالأوراق .
8_ أنواء الشروق في أحكام الصندوق .
9_ تحفة الخلان في علم البيان على شرح الشيخ عباس على متن الشيخ عابد .
10_ تقريرات على حاشية الخضري على ألفية ابن مالك .
11_ تقريرات على همع الهوامع شرح جمع الجوامع في النحو للسيوطي .
12_ الحواشي النقية على كتاب البلاغة لنخبة من علماء الأزهر .
13_ حاشية على كتاب التلطف شرح التعرف في علم الأصول والتصوف .
14_ تهذيب الفروق .
15_ القواعد السنية في الأسرار الفقهية اختصره من كتاب الفروق في الأصول الفقهية للقرافي .
16_ حواشي على كتاب الأشباه والنظائر في الفروع الفقهية للسيوطي.
17_ تحذير المسلمين من لبس البرنيطة وزي الكافرين . مطبوع
18_ القواطع البرهانيه في بيان إفك غلام أحمد وأتباعه القاديانية .
19_تقريرات على شرح المحلى لجمع الجوامع بحاشية الشيخ حسن العطار.
20-السوانح الجازمة في التعاريف اللازمة .
21_ إظهار الحق المبين في الرد على من أجاز مس المصحف بدون طهارة .
22_ إنارة ألدجا شرح تنوير الحجا نظم سفينة النجا .
23_ الأوراد وسماه الورد العلوي .
24 _ التنقيح لحكم التلقيح ورسالة بذيلها التنقيح في الفتوى عن ثلاثة مسائل .
25 _ الحواشي السنية على قوانين ابن جزى المالكي لم يتم وقد وصل إلى الحج .
26_ الفصل بتحذير المسلمين عن الإعلام وقت الصلاة بضرب الناقوس والطبل.
27_ الكياسة في علم الفراسة.
28 _ اللمعة في بيان ما هو الراجح في أول وقت الجمعة .
29_ المقاصد الباسطة لبيان تنوع العالم إلى ملك وملكوت وواسطة .
30_ الهدي التام في موارد المولد النبوي وما أعتيد فيه من القيام .
31 _ انتصار الاعتصام بمعتمد كل مذهب من مذاهب الأئمة .
32_ بوارق أنواء الحج وفضائله وادابه وما فيه من حكم وأسرار .
33_ تقريرات على كتاب العقد الفريد في علم الوضع
34_ توضيح أحسن ما يقتضي وبه في تحليل المبتوتة يكتفي .
35_ توضيح ما يلزم أن يهتم به يعنى من بيان ما قاله الأئمة في رواية السنة بالمعنى .
36_ ردع الجهلة وأهل الغرة في إتباع قول من يرد المطلقة ثلاثاً في مرة .
37_ شرح على نظم مثلثات قطرب.
38_ طوالع الأسرار العطائية في مطالع سماء مرضى الحضرة الإلهية .
39_ طوالع الهدى .
40_ فتح المتعال في رد سنة الصلاة بالنعال .
41_ فرائد النحو الوسمية شرح الدرة اليتيمة .
42_ فصول البدائع في رد ما أورده على الهدى المنازع.
43_ فضائل أهل مكة والمدينة .
44_ ما جاء في فضل زيارة النبي صلى الله عليه وسلم وصاحبيه وأهل بيته والتبرك بالأثار.
45- الصارم المبيد لمنكر حكمة التقليد .
46- مقاصد التحكيم في بيان ثبوت شهر الصوم بالحساب.
47- تقريرات على فيض الإله المالك في حل ألفاظ عمدة السالك وعدة الناسك .
48- منهل الإسعاف في بيان وجوب العمل بالتلغراف .
49 - ضياء الإحلال بحديث لولاك لما خلقت الأفلاك .
50- إظهار الحق المبن بتأييد إجماع الآئمة على تحريم مس وحمل القرآن الكريم لغير المسلمين .
51- توضيح المناسك على مذهب الإمام مالك .
52 – المسألة المهمة في بيان ما هو الحق والصواب من متناول سبيل الله من مصارف الزكاة .
53 – منهج الفوز الصحيح ببيان سبيل التوبة النصوح .
54 – النفحات الإلهية في بيان آداب الذكر ومأخذ الطريقة النقشبندية .
55 – الحجة المرضية في النصيحة ورد بعض شبه الشيعة الخشبية .
56 – الجواهر السنية في تنميق حكمة الدين العلية
Rehlah ke Nusantara
Syekh Ali AL Maliki juga pernah melakukan perjalanan ke Indonesia pada tahun 1343 H/1924 M dan tahun 1345 H/1926 M. perjalan singkat beliau ini diceritakan secara singkat oleh Syeikh Umar Abdul Jabar dalam kitabnya Siyar wa Tarajim Ba`hi Ulamaina fi Qam ar rabi` Asyar lil Hijjarh pada halaman 294-295. disela-sela uraiannya tentang riwayat hidup beliau.
Pada kunjungan beliau keIndonesia tahun 1345 H/1926 M beliau sempat singgah di Malaysia dan berjumpa dengan Sulthan Iskandar Syah bin Sultan Idris, Sultan sangat menghormati dan memuliyakan beliau. Dalam kesempatan itu, Shultan memperlihatkan Majalah Asy Subban al Muslimin yang terbit di Kairo. Di majalah tersebut terdapat artikel yang membolehkan kaum muslimin mengenakan pakaian barat dan membolehkan nikah wanita muslimah dengan kaum kafir. Maka syekh segera menyusun risalah yang memperingatkan kaum muslimin agar tidak berpakaian ala barat serta menegaskan keharaman nikah antara wanita muslimah dengan kafir.
Syeikh Umar Abdul Jabbar dalam kitabnya Siyar wa tarajim menyebutkan bahwa ia berjumpa dengan Syekh Ali Al- Maliki di Banjarmasin dan kemudian menemani beliau dalam mengunjungi murid murid beliau yang tersebar di berbagai daerah seperti Martapura, Kandangan, alabio,barabai, dan Amuntai. Di setiap daerah yang beliau kunjungi diadakan acara yang dipenuhi oleh para penuntut ilmu. Kemudia beliau melanjutkan perjalanan ke Solo, Surabaya, Jakarta, dan kota-kota lain di Indonesia.
Setelah perjalanan beliau yang terakhir ini, Syeikh Ali Al Maliki diangkat menjadi kepala Dewan Pengajar Madrasah Darul Ulum, Makkah, sejak Madrasah tersebut didirikan pada tahun 1353 H/1934 M oleh Sayyid muhsin bin Ali Al Musawa. Ulama terkemuka kelahiran Palembang, Sumatra selatan. Uniknya sayyid muhsin juga ikut pula belajar kepada di Madrasah yang didirikannya tersebut. Kualitas ilmu Syeikh Ali Al Maliki yang menonjol dalam bidang ilmu keislaman dan bahasa arab menjadi daya tarik bagi para pelajar baik dari kalangan Arab maupun non arab termasuk dari negeri-negeri Nusantara seperti Indonesia, Malaisia, Singapura, Thailand dan Brunei.
Kepakaran dan Aktivitasnya
Sebelum menjabat sebagai pimpinan para syekh (Syaikul Masyayikh) madrasah Darul Ulum sejak pertama kali didirikan pada tahun 1933, Syekh al-Maliki telah menjabat sebagai mufti mazhab Maliki di Mekah menggantikan saudara tua yang juga gurunya, Syekh Abid al-Maliki, tahun 1921. Kendatipun inisiasi resminya dengan mazhab Maliki, Syekh Muhammad Ali al-Maliki juga dikenal sebagai pakar dalam fikih Syafi’i, hasil gemblengan Syekh Umar Syatta ad-Dimyati, saudara dari Usman Syatta al-Bakri ad-Dimyati, seorang pakar fikih Syafi’i dan pengarang kitab fikih I‘anah ath-Thalibîn yang menjadi rujukan pesantren-pesantren di Indonesia.
Keluasan ilmu fikih lintas mazhab Ahlussunnah (terutama mazhab yang empat) membuatnya terhindar dari fanatisme sempit mazhab-fikih yang tercermin dalam salah satu karyanya Inthishâr al-I‘tishâm bi Mu‘tamad Kulli Madzhab min Madzâhib al-A’immah al-A‘lâm (“Pembelaan Objektif atas Pendapat-pendapat Otoritatif Seluruh Mazhab Imam-Imam Besar”). Karya-karyanya yang lain di yang menunjukkan kepakarannya di bidang fikih dan ushul fikih sebenarnya cukup banyak, antara lain: At-Taqrîrât ‘ala Syarh al-Muhallâ, Tahdzib al-Furûq lil-Qarâfi, al-Hawâsyî as-Saniyyah ‘ala Qawânîn Ibn Jizziy al-Mâlikî (ketiganya dalam bidang ushul fikih mazhab Maliki), dan Hawâsyi ‘ala al-Asybâh wan-Nazhâ’ir lis-Suyûthî (dalam bidang ushul fikih mazhab Syafi’i).
Kendatipun keluasan ilmu fikihnya yang menyebabkan keluwesan dalam menyikapi berbagai perbedaan fikih-furu‘iyyah inter-Ahlussunnah waljamaah, Syekh al-Maliki dikenal tegas dalam hal-hal yang berkaitan dengan prinsip-prinsip akidah-ushuliyyah. Untuk menjaga akidah Ahlussunah wal-jamaah dari berbagai upaya penyimpangan di bidang akidah, ia misalnya telah menulis secara khusus bantahan atas aliran Ahmadiyah dengan judul Al-Qawâthi‘ al-Burhaniyyah fi Bayân Ifki Ghulâm Ahmad wa Atbâ‘ihi al-Qâdiyâniyyah (“Bukti-bukti Meyakinkan tentang Kebohongan Mirza Ghulam Ahmad dan Para Pengikut Aliran Qâdiyâniyyah”).
Tulisannya mengenai penyimpangan akidah Ahmadiyah yang berpusat di Qadiyan dan Lahore —suatu aliran yang muncul dan berkembang jauh di luar Semenanjung Arabia di mana al-Maliki hidup— menyiratkan bahwa Syekh al-Maliki bukanlah tipe intelektual “menara gading” yang masa bodo terhadap persoalan-persoalan keumatan, baik dalam skala nasional, regional dan internasional. Kepeduliannya terhadap perkembangan umat Islam dalam skala internasional, misalnya, tampak jelas ketika ia bersama murid seniornya, Muhammad al-Amin al-Kutbi, termasuk di antara ulama yang disowani dan dimintakan pendapat oleh Abul Hasan an-Nadawi, seorang tokoh intelektual Muslim asal India yang memiliki reputasi internasional, ketika an-Nadawi berkunjung ke Mekah pada tahun 1947. Kepedulian al-Maliki terhadap kondisi umat dan dunia Muslim boleh jadi telah muncul sebagai hasil dari kunjungan yang pernah dilakukannya ke berbagai negara Asia —termasuk Indonesia dan wilayah Melayu-Nusantara— pada tahun 1343 dan tahun 1345 H. Petunjuk lain tentang kepedulian al-Maliki atas pelbagai permasalahan umat dapat dibaca dari ulasan-ulasan yang dituangkannya dalam satu karya yang berjudul Fatâwâ an-Nawâzil al-‘Ashriyyah (Fatwa-fatwa tentang Pelbagai Masalah Kontemporer).
Selain fikih dan akidah, bidang keilmuan lain yang digeluti Syekh al-Maliki adalah disiplin ilmu-ilmu hadits (dirayah dan riwayah). Kepakaran di bidang yang satu ini sangat tampak ketika ia, bersama Syekh Umar Hamdan (w. 1368 H) —rekannya yang juga salah seorang guru KH. Noer Ali— menjadi salah seorang mata rantai terpenting periwayatan hadits (isnad) Musnid ad-Dunya, Syekh Muhammad Yasin al-Fadani. Oleh karenanya, Syekh al-Maliki termasuk salah satu mata rantai sanad para pakar hadits Mekah yang terpenting, sebagaimana tercatat dalam karya al-Fadani “An-Nafhah al-Miskiyyah fil-Asânîd al-Makkiyyah” (“Hembusan Aroma Misik tentang Isnad-isnad Mekah”). Bahkan periwayatan melalui jalur Syekh al-Maliki dicatat tersendiri oleh al-Fadani dalam karyanya al-Maslak al-Jaliyy fi Asânîd Fadhilah as-Syaikh Muhammad Ali al-Maliki (“Jalan Terang tentang Sanad-sanad Yang Mulia Syekh Muhammad Ali al-Maliki”).
Kecuali itu, tentu saja kita tidak dapat mengabaikan kepakaran Syekh Ali al-Maliki dalam bidang gramatika dan sastera Arab (nahwu, sharaf, balaghah, arudh, qawafî) yang turut membentuk kepakaran KH. Noer Ali dalam bidang ini. Gelar “Sibawaih pada masanya” (Sibawaihi zamânihî) yang disandang al-Maliki adalah sebentuk pengakuan para ulama atas kepakarannya di bidang ini. Dua jilid bukunya tentang gramatika bahasa Arab dengan judul “Tadrîb ath-Thullâb fi Qawâ‘id al-I‘râb”, masih membuat decak kagum para pengkajinya.
Harmonisasi Syariat dan Tasawuf
Bidang keilmuan lain yang digeluti oleh Syekh Al-Maliki —juga hampir seluruh ulama-ulama Haramain pada masanya— adalah disiplin tasawuf. Sebagaimana dimaklumi, melalui adikaryanya Ihyâ’ ‘Ulumid-Dîn, Imam al-Ghazali (w. 505 H/1111 M) telah mampu secara memuaskan mengkombinasikan aspek eksoterik (syari’ah) dan esoterik (tasawuf) dalam Islam; sehingga harmonisasi antara syari’ah dan haqiqah, fikih dan tasawuf menjadi mainstream atau —dalam istilah Azra: great tradition— corak keagamaan dan keilmuan di hampir seluruh dunia Islam setelah kemunculan tokoh yang digelari “Hujjatul Islam” (Bukti Kebenaran Islam) ini.
Bahkan Dr. Tawfiq at-Thawîl dalam kajiannya mengenai tasawuf di masa Imperium Khilafah Usmaniyah yang runtuh pada tahun 1924, menulis, bahwa sampai akhir masa imperium Ottoman yang berpusat di Turki yang cakupan wilayah kekuasaannya meliputi hampir seluruh dunia Islam (termasuk Hijaz), harmonisasi antara disiplin fikih dan tasawuf menjadi corak utama keagamaan dan intelektual dunia Arab-Islam pada masa itu. Menurut Dr. Hasan Asy-Syâfi‘î, harmonisasi ini tampak misalnya dalam karya-karya hampir semua tokoh intelektual di dunia Islam yang hidup pada masa itu yang, karena kecenderungan praktek fikih yang dibalut dengan penghayatan sufi mereka, salah satu gelar akademik yang kerap disandang para ulama kala itu adalah “Faqih, Muhaddits, Shufî” (Pakar Fikih dan Hadits serta Pegiat Tashawwuf).
Untuk menyebut di antara ulama yang memiliki gelar akademik seperti itu, kita bisa menyuguhkan beberapa nama, misalnya, Abdul Wahab asy-Sya‘rani (w 973 H) di Mesir; Abdul Ghani an-Nabulsi (w. 1143 H) di Syam; Shah Waliyullah ad-Dahlawi (w. 1176 H) yang meneruskan pemikiran pendahulunya Ahmad as-Sirhindi (1034 H) di India; Ahmad ad-Dardîrî, pendiri tarekat al-Khalwati (w. 1201 H.) di Mesir; Muhammad Ali as-Sanusi (w. 1275 H), pendiri tarekat Sanusiah yang melahirkan seorang tokoh sufi-mujahid, Umar Mukhtar (1349 H) di Libia; dan —tidak ketinggalan— Nuruddin ar-Râniri (w. 1076/1666), Abdul Rauf as-Sinkili (w. 1105/1693) dan Yusuf al-Maqassari (1111/1699) di Indonesia ; serta yang lainnya.
Kecenderungan harmonisasi syariat dan tasawuf ala Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali yang, dalam jaringan intelektual ulama-ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara abad 17 mengkristal pada sosok Ibrahim al-Kurani dan Ahmad al-Qusysyasi (tiga murid mereka asal Indonesia adalah Ar-Raniri, Al-Sinkili dan al-Maqassari), terus bergulir di abad-abad selanjutnya. Tokoh ulama seperti Syekh Ahmad Zaini Dahlan , Mufti Syafi’iyyah di Mekah al-Mukarramah yang berhasil mencetak ulama-ulama selanjutnya (seperti Muhammad Abid al-Maliki, Abu Bakar Syatta ad-Dimyati dari Arab; dan Mahfuzh at-Termasi dari Indonesia), mereka semua termasuk dalam jaringan intelektual yang mendukung harmonisasi syariat dan tasawuf. Dan corak intelektual seperti inilah yang kemudian dipraktekkan oleh Syekh Ali al-Maliki dan KH. Hasyim Asy‘ari (pendiri NU, kolega Syekh Ali al-Maliki yang bersama-sama menjadi murid Syekh Abid al-Maliki) , yang kemudian terus dilanjutkan oleh para ulama abad 19/20, termasuk “enam pendekar-ulama Betawi”, KH. Noer Alie, KH. Abdullah Syafi‘i, Tuan Guru KH. Zainuddin, dan ulama-ulama Indonesia lainnya.
Kembali kepada Syekh Ali al-Maliki. Hubungan K.H. Noer Ali dengan guru yang satu ini memang agak lebih istimewa dibandingkan dengan guru-gurunya yang lain di Haramain. Keistimewaan itu terlihat karena Guru Marzuki yang juga murid Syekh Ali al-Maliki, diduga kuat telah merekomendasikan KH. Noer Alie untuk melanjutkan pelajarannya langsung di bawah bimbingan Syekh al-Maliki yang pernah menjadi gurunya di Mekah. Kecuali itu, keistimewaan Syekh al-Maliki bagi KH. Noer Alie juga terlihat dari beberapa ijazah hizb dan wirid yang didapatkannya langsung dari Syekh Ali al-Maliki. Ijazah (sertifikasi) wirid dan hizb ini menunjukkan inisiasi Syekh Ali al-Maliki dan para ulama di masanya pada tasawuf-sunni —lawan dari tasawuf falsafi— yang berupaya mengharmonisasikan antara aspek lahiriah-eksoteris (syariat) dan zuhud-esoteris (hakikat), suatu upaya yang kemudian diikuti dengan setia oleh murid-muridnya, termasuk KH. Noer Alie dan para murid beliau yang setia.
Pujian Ulama’ Terhadapnya
وقد أثني عليه رحمه الله تعالى جمع من العلماء الأعلام منهم :
قال الشيخ عبد الله غازي رحمه الله تعالى : العلامة الفاضل الجليل والفهامة النبيه النبيل ، المتضلع في العلوم النقلية والعقلية ، المدرس بالمسجد الحرام
وقال السيد أبو بكر الحبشي رحمه الله تعالى: الإمام العلامة التقي الجليل الشيخ
وقال عمر عبد الجبار رحمه الله تعالى : سيبويه العهد الماضي
وقال السيد أحمد بن محمد الغماري رحمه الله تعالى : الفقيه العلامة صاحب المؤلفات الكثيرة مفتى المالكية بمكة
وقال أيضا : هو علامة مطلع مستحضر صالح ذو سمت حسن.
وقال الشيخ حسن المشاط رحمه الله تعالى : العلامة المتفنن الشيخ
وقال الشيخ محمد ياسين الفاداني رحمه الله تعالى : العلامة المدقق الفهامة المحقق إمام الجهابذة الأعلام ، أستاذ الأساتذة الفخام ، سيبويه رمانه ، وفقيه عصره وأوانه ، صاحب الفضيلة
وقال الشيخ مختار الدين فلمبان رحمه الله تعالى : محمد علي بن حسين بن إبراهيم بن حسين بن عابد المالكي الشهير بسيبويه العصر ، هذا الشيخ أعلم أهل مكة في عصره ، حيث جمع بين عدة علوم : منها الفقه المالكي ، ومشاركة في الفقه الشافعي ، بالإضافة إلى تمكنه ومعرفته التامة بالعربية وفروعها ، مع معرفة بأصول الفقه وقواعده ، وله في ذلك تحقيقات ومصنفات
وقال الشيخ عبد الفتاح راوة رحمه الله تعالى : العلامة الفقيه المتقن المتفنن سيبويه زمانه
وقال الشيخ زكريا بيلا رحمه الله تعالى : الإمام العلامة الكبير الجامع الفقيه المالكي ، البارع الأصولي النحوي النظار الأمعي ، صاحب المؤلفات العديدة ، والتحريرات الرائعة المفيدة ، فضيلة شيخنا محمد علي المالكي
وقال الشيخ محمود سعيد ممدوح : شيخ شيوخ أهل العصر ، ويتيمة الدهر ، الفريد الأوحد ، الإمام العلامة المدقق الفهامة الجامع بين علمي المعقول والمنقول ، والحاوي لعلم الفروع وعلم الأصول سيبويه عصره
Wafat
Syeikh Ali Al Maliki wafat pada 28 Sya`ban tahun 1368 H(24 Jun 1949 M),
Wallâhu A‘lam
SUMBER:
https://sites.google.com/site/pustakapejaten/manaqib-biografi/6-masyaikh/syeikh-muhammad-ali-al--maliki
http://www.ruowaa.com/vb3/showthread.php?t=31402