Thursday, 26 April 2012
GURUKU BABA IDRIS
Nama
Nama beliau ialah Wan Idris bin Wan Ali bin Wan Hasan bin Wan Ahmad. Ayahnya bernama Wan Hasan bin Wan Ahmad dan ibunya bernama Fatimah binti Abdul Latif bin Tok Kisar.
Kelahiran
Beliau dilahirkan pada tahun 1961 Masihi bersamaan 1382 Hijriyyah di Kg Tuak Lauk, Mukim Teluk Kapur, Daerah Jambu, Negeri Patani.
Keluarga
Ayah beliau meninggal dunia ketika beliau baru berumur 12 tahun. Anak ketiga daripada lima orang adik beradik. Ibunya yang telah menjaga beliau namun selepas perkahwinan ibunya dan pemergian ibunya ke Kelantan untuk mencari rezeki beliau telah belajar hidup berdikari ketika masih kecil lagi. Beliau selalu menahan lapar selama dua hari kerana kesusahan yang dialami. Pernah bekerja dengan orang-orang kampung demi mencari sesuap nasi.
Adik Beradik Seibu Bapa: -
1) Khadijah (menetap di Bentong)
2) Khalifah
3) Safinah (Meninggal dunia)
4) Ibrahim (menetap di Bukit Tar)
Adik Beradik Seibu :-
1) Hafsah
Anak-anak daripada isteri pertama bernama Masyitah:-
1) Toyyibah
2) Muhammad Suhaimi
3) Sufyani
Anak daripada isteri kedua bernama Rasyidah:-
1) Muhammad Faisol
Pendidikan
Pada usia beliau masih kecil beliau telah belajar di Pondok Ayah Hen (Hj Ibrahim) yang bernama Darul Ulum di Penarik. Dengan sebab beliau belom pandai membaca pada usia ketika itu, beliau mengambil alternatif pergi belajar di sekolah menengah rendah agama di Tuak Laut. Di situ beliau berguru dengan Ustaz Sin (Hj Hashim). Beliau pernah mewakili sekolah menyertai pertandingan pidato di Bukit Lambang yang turut dihadiri oleh Tuan Guru Pok Chik Hen mudir Madrasah Jihad Witya di Taqaddam. Beliau mengagumi kebolehan dan kepetahan yang ada pada Baba Idris pada ketika itu lantas mengajak Baba Idris tinggal di pondok beliau kerana beliau tahu kesusahan yang dialami Baba Idris pada ketika itu.
Tidak lama selepas itu, Tuan Guru Pok Chik Hen telah meninggal dunia menyebabkan keresahan pada Baba Idris untuk menuntut ilmu. Lantaran itu, beliau pergi berbincang dengan Ustaz Sin. Ustaz Sin membuat keputusan untuk menghantar beliau ke Pondok Baba Hj Arsyad Abdul Hafiz yang bernama Madarasah Tarbiyatul Atfal) di Palas pada usia 17 tahun. Semasa beliau belajar di Pondok Palas beliau juga sering berulang alik belajar dengan anak-anak murid (Kepala Tela’ah) Ayah Der Sekam di Pondok Ayah Der Sekam selama 5 tahun.
Pada usia 22 tahun beliau telah berpindah ke Kelantan di Tal Tujuh dan sempat belajar dengan beberapa orang guru.
Selepas itu, beliau pulang semula ke Patani dan berhijrah untuk menimba ilmu dan menambahkan pengalaman beliau di Kuliyah Da’wah Tripoli Libya.
Kesusahan dan Kesungguhan
Semasa beliau di pondok beliau pernah tidak makan selama dua hari kerana kesusahan hidup. Di dalam kesusahan beliau ada kesungguhan dalam menuntut ilmu. Beliau tidak pernah rasa puas mencari guru demi mendapatkan ilmu yang bermanfaat supaya dapat diamalkan . Sepanjang pengajian di pondok beliau hanya tidur selama dua jam sehari iaitu pada pukul 12 malam hingga 1 tengahari dan 12 tengahari hingga 1 petang untuk memanfaatkan masa yang lebih untuk belajar, mengulangkaji dan menghafal.
Guru-guru
1) Ayah Hin Penarik
2) Ustaz Sen
3) Pok Cik Hen
Semasa di Pondok Pok Cik Hen beliau belajar dengan:-
4) Baba Harun Penarik (anak murid Tok Dala)
5) Abdul Latif
6) Ustaz Sof (Yusuf )
Semasa di Pondok Haji Arsyad beliau belajar dengan:-
7) Baba Hj Arsyad (anak murid kepada Ku Jalil Indonesia, Ayah Li Sekam dan Ayah Der Sekam)
8) Cikgu Ismail Penarik
9) Cikgu Mat Dahan Kelantan
10) Baba Li Perak
11) Baba Abdullah Fathoni (Cikgu Abdul Rasyid)
12) Awang Kerasak
Di Pondok Ayah Der Sekam beliau belajar dengan:-
13) Hussain bin Muhammad Abdu (menantu Ayah Der)
14) Baba Ismail Spanjang (pengarang Kitab Mizan az-Zarari)
15) Baba Seng (Hussain) Na Pedu
16) Baba Abdullah Ijok
17) Baba Padeng (Fadhil) Pobok
18) Baba Abdurrahman Pauh Manis (pengarang Kitab Khulasoh Tauhid)
19) Baba Muhammad Pinis
20) Baba Zakaria (Adik kepada Baba Abdul Aziz pengarang Kitab Misbah al-Munir)
21) Baba Muhammad Beruas (digelar sebagai Anak Harimau Ayah Der Sekam)
22) Cu Yid
23) Baba Hussien Cengal (anak Tok Guru Balur)
24) Baba Syid (Abdul Rasyid) Wara’
25) Baba Hj Abdul Hamid (anak murid Syeikh Daud Bukit Abal)
Di Kelantan beliau belajar dengan:-
26) Dr. Uthman Muhammadi
27) Pok Long (anak murid Syeikh Abdul Qadir al-Mandili)
Semasa beliau mengajar di Ma’had Assaqafatul Islamiyyah Pombeng:-
28) Ustaz Abdul Rahim Kelantan
Semasa beliau mengajar di Hulu Langat:-
29) Baba Salleh Sik (anak murid Pak Ndak ‘Eil)
30) Tok Ayah Su (anak murid Pak Ndak ‘Eil)
31) Ustaz Ibrahim Jitra (anak murid Ayah Chik Kedah)
*melalui rakaman audio
Mengajar
Pada umur 20 tahun Baba Idris sudah mula mengajar kepada masyarakat kampung sewaktu beliau berada di Pondok Baba Arsyad. Selepas pulang dari Libya beliau mengajar secara rasmi di Ma’had Assaqafatul Islamiyyah Pombeng selama 20 tahun. Ketika itu dilantik sebagai Ketua Maktabah.
Pada tahun 2009, beliau telah berhijrah ke Batu 10 Cheras dan telah mengajar di sana selama setahun lebih. Selepas itu beliau berpindah mengajar di Batu 14 Hulu Langat hingga kini..
Semoga Allah merahmati beliau dan sentiasa menambah ilmu beliau dan dipanjangkan umur serta diberi kekuatan untuk terus berkhidmat dengan ilmu Allah Ta’ala. Wa nafa’ana min ‘ulumihi fiddarain..Aamiin…
Sanad Kitab
(Bakuroh) berguru dengan:-
1) Baba Hj Arsyad
2) Baba Zakaria
3) Baba Ismail Spanjang
4) Baba Salleh Sik (melalui rakaman audio)
5) Tok Ayah Su (melalui rakaman audio)
(Kifayatul ‘Awam) berguru dengan :-
1) Baba Ismail Spanjang
2) Baba Saleh Sik (melalui rakaman)
3) Baba Harun Penarik
(Misbahul Munir) berguru dengan:-
1) Baba Ismail Spanjang
(Taqribul Ikhwan) berguru dengan:-
1) Baba Hj Arsyad
(Wasail) berguru dengan:-
1) Baba Hj Arsyad
(Faridatul Faraid) berguru dengan:-
1) Baba Muhammad Beruas
(Maqulat) berguru dengan:-
1) Baba Hj Arsyad
(Hidayatus Sibyan) berguru dengan:-
1) Baba Mat Pinis
2) Awang Kerasak (anak murid Baba Syid Wara’)
3) Baba Hj Arsyad
(Hasyiah al-Bajuri) berguru dengan:-
1) Baba Hj Arsyad
2) Baba Pading
3) Baba Abdullah
4) Baba Ismail Spanjang
5) Ayah Der Sekam
(Syargowi Tahrir) berguru dengan:-
1) Baba Sen Pe du
(Syargowi Hud Hudi) berguru dengan:-
1) Baba Ismail Spanjang
2) Baba Padeng
3) Baba Seng Pedul
4) Baba Lah Ijok
(Tuhfatus Sibyan) berguru dengan:-
1) Baba Mat Dahan
2) Cikgu Ismail Penarik
(Jauharal Maknun) berguru dengan:-
1) Baba Ismail Spanjang
2) Baba Lah Ijok
3) Baba Padeng Pobok
4) Baba Seng (Hussien) Pedul
(Ajrumiyyah) berguru dengan:-
1) Baba Hj Arsyad
(Mukhtasar Jiddan) berguru dengan:-
1) Baba Hj Arsyad
(Syarah Ibnu ‘Aqil) berguru dengan:-
1) Baba Hj Arsyad
(Matan Bina’) berguru dengan:-
1) Baba Hj Arsyad
(Jam’ul Sorfi) berguru dengan:-
1) Baba Hj Arsyad
(Misbahul Munir) berguru dengan:-
1) Baba Ismail Spanjang
(Maqulat) berguru dengan:-
1) Baba Hj Arsyad
(Tuhfatus Saniyah) berguru dengan:-
1) Baba Hj Arsyad
(Bughyatut Tullab) berguru dengan:-
1) Baba Hj Arsyad
(Tajwid) berguru dengan:-
1) Cikgu Ismail Penarik
2) Abdul Latif
(Bab Niat) berguru dengan:-
1) Hussain bin Muhammad Abdu (menantu Ayah Der)
(Munyatul Musolli) berguru dengan:-
1) Baba Ismail Spanjang
(Sowil Bayan) berguru dengan:-
1) Baba Ismail Spanjang
(I’anah Tolibin) berguru dengan:-
1) Baba Hussein Cengal
2) Dr Uthman Muhammadi
(Mustolah Hadith) berguru dengan:-
1) Baba Hussein Cengal
(Siyarus Salikin) berguru dengan:-
1) Baba Syid Wara’
(Hikam Athoillah) berguru dengan:-
1) Baba Syid Wara’
2) Ustaz Abdul Rahim Kelantan
(Mengenal Diri) berguru dengan:-
1) Baba Hj Abdul Hamid
(Ramuan Tasawwuf) berguru dengan:-
1) Baba Hj Abdul Hamid
(Minhajul ‘Abidin) berguru dengan:-
1) Dr Uthman Muhammadi
2) Ustaz Abdul Rahim Kelantan
(Fathul Mu’in) berguru dengan:-
1) Dr Uthman Muhammadi
(Tobaqatul Kubra) berguru dengan:-
1) Dr Uthman Muhammadi
(Hikam Abi Madyan) berguru dengan:-
1) Dr Uthman Muhammadi
(Hidayatus Salikin) berguru dengan:-
1) Dr Uthman Muhammadi
2) Pak Long Tal Tujuh
(Ihya’ Ulumuddin) berguru dengan:-
1) Ustaz Abdul Rahim Kelantan
(Durrun Nafis) berguru dengan:-
1) Ustaz Abdul Rahim Kelantan
(Itmamul Wafa’) berguru dengan:-
1) Ustaz Abdul Rahim Kelantan
(Qolyubi wa ‘Umairah) berguru dengan:-
1) Ustaz Abdul Rahim Kelantan
(Sullamus Sibyan) berguru dengan:-
1) Ustaz Ibrahim Jitra (anak murid Ayah Chik Kedah)
Thursday, 19 April 2012
Hukum Mengingkari Kewajipan Belajar Sifat 20
Dan dua puluh sifat yang wajib atas (tiap-tiap) mukallaf mengetahui itu, setengah daripada perkara yang diijma’ ‘ulama atasnya, maka barangsiapa mengingkarkan dengan mengatakan tidak wajib diketahui akan dia (sifat 20) maka jadi kafir, kerana ia (barangsiapa) mengingkarkan ijma’ lagi pula mengingkarkan ada tuhan kerana ada (tuhan) itu setengah daripada sifat yang dua puluh itu. Berertinya tidak boleh kata tuhan ada dan sebagainya (sifat-sifat yang lain daripada sifat wujud dalam sifat 20). Maka orang yang tidak boleh berkata dengan ada tuhan itu orang kafir wal ‘iyazu billah.
Demikian lagi tidak sah iman dan jadi kafir disisi Allah Ta’ala orang-orang yang tidak peduli ada (Allah) tak kata, tiada (Allah) pun tak kata (tak peduli sama ada ada Allah Ta’ala atau tidak ada), bahkan semata-mata senyap. Adapun pada zohir dihukum akan dia Islam jika ia berasal keturunan Islam maka wajib (syara’) atas orang yang hidup membicarakan (menguruskan) kematiannya apabila mati. Wallahu A’lam.
Rujukan: Risalah al-Misbah al-Munir karangan ‘Abdul Aziz bin Ismail al-Fathoni, cetakan ketiga Matba’ah bin Halabi Fathoni Thailand, hal. 13 – 14.
Monday, 16 April 2012
Sultan Muhammad Al-Fateh
Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Konstantinopel untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, lima kempen di zaman Kerajaan Umaiyyah, satu kempen di zaman Kerajaan Abbasiyyah dan dua kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.
Dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umaiyyah, seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansary RA telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, "Aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel". Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi SAW.
Hadis Nabi SAW ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dengan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al-Fateh? Apakah kehebatan baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut "sebaik-baik raja" dan "sebaik-baik tentera" dalam hadis tersebut?
Biodata Ringkas
Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai "sebaik-baik raja" di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al-Fateh kerana kejayaannya membebaskan Konstantinopel.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen ketenteraan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 akibat sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat baginda mangkat diracun.
Pendidikan
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al-Wali dikatakan daripada keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq RA. Dalam ilmu peperangan pula, baginda diajar tentang taktik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
Dalam bidang akademik pula, baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam tujuh bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Dalam bidang ilmu pemerintahan pula, ayahandanya Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini baginda telah matang menangani tipu helah musuh.
Keperibadian
Baginda sentiasa bersifat tawaduk. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamadan selalu berbincang dengan mereka mengenai permasalahan negara.
Persiapan Awal Membebaskan Konstantinopel
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Kostantinopel setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom seberat 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Konstantinopel apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Konstantinopel, baginda mengarahkan dilaungkan azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
Melancarkan Seragan ke atas Konstantinopel
Setelah segala persiapan lengkap diatur, baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan Raaja Bizantin menyerah mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
Menara Bergerak
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.
Bantuan Dari Pope Vatican
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Uthmaniyyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.
Melancarkan Kapal Perang dari Puncak Gunung
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Taktik ini diakui sebagai antara taktik peperangan(warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
Kapal-kapal perang tentera Bizantin habis terbakar dek bedilan meriam Uthmaniyyah. Pertahanan Bizantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada hadis Rasulullah SAW dan bersama-sama berdoa kepada Allah SWT.
Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Uthmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Bizantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengah hari.
Karisma Seorang Pemimpin
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, "Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku".
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Bizantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453, Kota Konstantinopel jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St. Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawaduknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran "Al-Fateh" iaitu yang bermaksud "pembuka" atau "penakluk" lantaran kejayaannya membebaskan Konstantinopel.
Sebaik-baik Raja dan Sebaik-baik Tentera
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali, sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk!" Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!" Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh. Baginda sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya itu.
Dinihari kita cukup ketandusan pemimpin yang berjiwa rakyat serta berkarisma seperti Sultan Muhammad Al-Fateh untuk mengembalikan ketamadunan dan kegemilanagan ISLAM ini kembali. Ayuh, kita mulakan langkah menakluk diri seperti mana Sultan Muhammad Al-Fateh telah berusaha menakluk kota hebat Konstantinopel.
SUMBER:
http://www.iluvislam.com/inspirasi/tokoh/1794-sultan-muhammad-al-fateh.html
TG Ismail Spanjang Penerus Tradisi Ulama' al-Fathoni
Ketawadhu’an, ketenangan, dan kehati-hatian menjadi ciri pembawaannya yang paling menonjol.
Bagi sebagian muslimin di Indonesia, apalagi bagi para penuntut ilmu agama, nama Patani bukanlah nama yang asing. Ia nama sebuah negeri Islam terkenal di Thailanda Selatan, yang selama berbada-abad menjadi salah satu pusat keilmuan Islam di Semenanjung Melayu.
Sebenarnya, selain Patani setidaknya ada tiga provinsi lain di Thailand Selatan yang juga didiami kaum muslimin dari bangsa Melayu, yaitu Yala, Naratiwat, dan Songkla. Tetapi tampaknya Patani yang paling dikenal luas di negeri-negeri lain, bahkan hingga di Timur Tengah.
Banyak ulama Patani yang terkenal, karya-karya mereka pun banyak. Siapa yang tak kenal Syaikh Daud bin Abdullah Al-Fathani, ulama Nusantara yang paling banyak menghasilkan karya fiqih dalam Madzhab Syafi`i? Ia ulama Nusantara pertama yang menulis fiqih Madzhab Syafi’i yang lengkap dalam seluruh judul kitab, bab, dan fasalnya, dengan kitabnya berjudul Hidayatul Muta`allim wa `Umdatul Mu'allim, yang ditulis tahun 1244 H/1828 M. Masih banyak lagi karya beliau.
Syaikh Daud bukan hanya satu-satunya ulama Patani yang terkenal dan yang menghasilkan karya-karya yang berbobot. Masih banyak nama besar yang lainnya yang tak cukup ruang di sini untuk menuliskan dan memmerincinya.
Di masa kini pun, tokoh-tokoh ulama Patani terus bermunculan melanjutkan estafet perjuangan para pendahlu mereka. Di antara tokoh ulama Patani sekarang yang dikenal luas di Thailand Selatan, bahkan meluas hingga negeri-negeri Melayu yang lain, adalah Tuan Guru Haji Ismail Sepanjang.
Pertengahan bulan Februari yang lalu, selama sekitar 10 hari ia berada di Indonesia dalam rangka kunjungan dakwah dan silaturahim bersama beberapa ulama dan cendekiawan Thailand Selatan lainnya serta murid-murid mereka. Mereka mengunjungi beberapa tempat di Jawa, Sumatera, dan Kalimantan.
alKisah sempat mengikuti dua hari terakhir perjalanan Syaikh Ismail Sepanjang dan rombongan di Indonesia, yaitu Jum’at tanggal 17 Februari, saat mereka mengunjungi penerbit kitab Dar Al-Kutub Al-Islamiyah di Kalibata, Jakarta Selatan, dan Sabtu tanggal 18 Februari, ketika menemui K.H. Dr. M. Hasyim Muzadi di pesantren yang diasuhnya, Pesantren Al-Hikam, yang berlokasi di Beji, Depok, Jawa Barat. Keesokan harinya, Ahad pagi, rombongan kembali ke Thailand.
Sejak pertama kali melihatnya, alKisah sudah sangat tertarik dengan sosoknya. Penampilannya, gerak-geriknya, tutur katanya, dan akhlaqnya menggambarkan sosok ulama yang sebenarnya. Ketawadhu’an, ketenangan, dan kehati-hatian menjadi ciri pembawaannya yang paling menonjol. Ia tak mau terburu-buru mengomentari sesuatu atau bicara tentang sesuatu, apalagi yang tak perlu atau tak benar-benar diketahuinya. Tak tampak kesombongan atau kebanggaan dengan ilmu yang dimiliki. Paduan dari berbagai ciri pribadinya itu memunculkan kewibawaan yang alami, yang tak dibuat-buat.
Orang-orang juga akan merasakan sesuatu yang lain bila mendengarkannya berdoa. Sangat menyentuh perasaan, seolah kita sendiri yang sedang membacanya di keheningan malam. Kalau tak ada keikhlasan dalam dirinya, tampaknya orang tak akan merasakan demikian. Itulah yang alKisah rasakan, dan mungkin juga dirasakan oleh yang lainnya, ketika mendengarnya membaca doa di akhir silaturahim rombongan dengan K.H. Dr. Hasyim Muzadi.
Kalimat demi kalimat dalam doanya terangkai dengan rapi, dengan ungkapan-ungkapan yang tertata dengan sangat baik dan dengan penuturan yang fasih.
Sesungguhnya pilihan-pilihan katanya dalam doanya itu bukanlah kata-kata yang asing atau yang sangat memukau dari segi keindahan bahasa. Sebagian besarnya kalimat-kalimat biasa yang sering didengar orang. Namun doa yang sama jika dibawakan oleh orang lain mungkin tak akan sampai terasa sangat menyentuh sebagaimana ketika dibawakan olehnya.
Sama seperti orang yang membuat dan menyajikan makanan. Jenis makanan yang sama, dengan resep yang sama, dan dengan ukuran bahan-bahan yang persis sama pula, namun dibuat dan disajikan oleh orang yang berbeda, akan terasa berbeda di lidah orang yang menikmatinya.
Caranya dalam berdoa dan berbagai ciri kepribadiannya mengingatkan alKisah kepada sosok Al-Maghfurlah K.H. M. Syafi`i Hadzami.
Pencinta Kitab
Syaikh Ismail Sepanjang dilahirkan tahun 1955 di Dusun Panjang, yang termasuk daerah Jambu, salah satu daerah di Patani. Sedangkan Patani, atau dalam kitab-kitab disebut “Fathani”, adalah salah satu provinsi di Thailand Selatan. Sebagaimana diketahui, mayoritas penduduk wilayah Thailand Selatan adalah bangsa Melayu dan beragama Islam. Berbeda dengan wilayah-wilayah lain di Thailand, yang dihuni bangsa Siam yang beragama Buddha. Karena berasal dari Dusun Panjang, ia lebih dikenal dengan “Tuan Guru Haji Ismail Sepanjang” atau “Baba Ismail Sepanjang”.
Ayahnya bernama Wan Umar bin Wan Abdul Lathif bin Wan Abdul Karim, sedangkan ibunya Siti Khadijah binti Ismail. Keduanya berasal dari Patani, hanya saja datuk-datuk ibundanya berasal dari Johor, Malaysia. Syaikh Ismail adalah anak bungsu dari tiga bersaudara, kedua kakaknya perempuan.
Sebagaimana ulama-ulama Patani dan ulama-ulama Nusantara lainnya, ia pun belajar di pondok-pondok setempat. Jika sebagian ulama Patani setelah menyelesaikan pelajarannya melanjutkan pendidikannya di Timur Tengah atau tempat-tempat lain di luar negeri, tidak demikian dengan Syaikh Ismail. Ia tidak belajar ke luar negeri. Pendidikannya hanya di pondok-pondok di Patani, namun dijalani dengan penuh kesungguhan, keikhlasan, dan dilalui dalam waktu yang lama.
Maka tak mengherankan jika hasilnya pun tak mengecewakan. Membanggakan. Meskipun produk lokal, keluasan dan kedalaman ilmunya dalam berbagai cabang ilmu-ilmu keislaman tak kalah dengan lulusan-lulusan Timur Tengah.
Sebelum mengikuti pelajaran di pondok-pondok, di masa kanak-kanak ia belajar di sebuah sekolah kebangsaan, setingkat sekolah dasar di Indonesia. Selama enam tahun ia mengikuti pelajaran di tingkat dasar itu, empat tahun di kampungnya sendiri dan dua tahun berikutnya di Kampung Tanjong.
Karena berada di wilayah Thailand, tentu saja para pelajar sekolah kebangsaan, selain mempelajari ilmu-ilmu umum sebagaimana di negara-negara lain, juga mempelajari hal-hal khusus yang berkaitan dengan negaranya, terutama bahasa dan sejarah Siam. Karenanya, meskipun dalam kehidupan sehari-hari masyarakat di wilayah Thailand Selatan berbicara dalam bahasa Melayu, mereka pun dapat berbahasa Siam.
Setelah menyelesaikan pendidikan dasarnya, barulah ia menimba ilmu di pondok-pondok di Patani. Pondok-pondok itu merupakan pesantren-pesantren tradisional yang hanya mempelajari ilmu-ilmu agama dengan mengkaji kitab-kitab turats (kitab-kitab lama, peninggalan ulama masa lalu). Sebagian pesantren tradisional di Indonesia juga masih banyak yang demikian.
Pertama-tama ia belajar di sebuah pondok di kampungnya yang didirikan oleh Tuan Guru Haji Abdul Lathif bin Haji Abdur Rahim. Kurang lebih tujuh tahun ia menimba ilmu di sini. Setelah itu ia melanjutkan pengembaraannya dalam menuntut ilmu dengan belajar di sebuah pondok di daerah Mayong, masih di wilayah Patani juga.
Kitab-kitab yang dipelajarinya sebagian besar sama dengan yang dipelajari di pondok-pondok di Indonesia. “Saat mempelajari ilmu nahwu, kami membaca kitabMukhtashar Jiddan, Al-Kafrawi, Al-Kawakibud-Durriyyah, dan lain-lain. Sedangkan ketika mempelajari ilmu sharaf, kitab-kitab yang dibaca di antaranya Al-Kailani. Dalam ilmu tauhid, yang biasa dibaca adalah kitab-kitab seperti Kifayatul Awam, Jauharatut-Tauhid, Tijan Ad-Darari, Fathul Majid, dan lain-lain. Untuk ilmu fiqih, di antaranya Fathul Qarib, Hasyiyah Al-Bajuri, Fathul Mu`in, I`anatuth-Thalibin. Untuk ushul fiqh, di antaranya Al-Waraqat dan Al-Luma` . Bagi tingkatan yang lebih lanjut, membaca Jam`ul Jawami`. Ada juga yang mempelajari Irsyadul Fuhul. Kitab-kitab itu selalu dibaca dan dipelajari, seolah-oleh menjadi wirid bagi kami,” begitu Syaikh Ismail menyebutkan beberapa kitab yang dipelajarinya saat menuntut ilmu di pondok.
Setelah menikah dan menunaikan haji, Syaikh Ismail mendirikan pondok. Maka kemudian hari-harinya pun diisi dengan kegiatan keilmuan dan dakwah. Dan bukan hanya di pondok yang dipimpinnya, melainkan juga di tengah-tengah masyarakat muslim Thailand Selatan hingga negeri-negeri di sekitarnya. Di hari-hari tertentu ia mengajar di masjid-masjid di Patani yang dihadiri oleh ribuan umat.
Kabarnya, kalau ia mengajar, beberapa jam sebelumnya orang sudah berkumpul bersiap-siap mendengarkan pengajaran, fatwa-fatwa, dan nasihat-nasihat yang disampaikan olehnya.
Di tengah-tengah kesibukannya mengajar, Syaikh Ismail masih dapat menghasilkan karya-karya, baik tulisannya sendiri maupun terjemahan atau ringkasan dari kitab-kitab yang ada. Karya-karyanya, selain dipelajari oleh para santrinya dan jama’ah pengajiannya, juga banyak digunakan oleh masyarakat muslim pada umumnya. Bukan hanya di Thailand Selatan, melainkan juga di negeri-negeri lain.
Apa yang diraihnya kini, yakni keluasan dan kedalamannya dalam ilmu-ilmu keislaman, selain berkat kesungguhan dan keikhlasannya dalam menuntut ilmu serta doa dari orangtua dan guru-gurunya, juga tak terlepas dari kecintaannya kepada kitab-kitab. Kecintaan dan kegemarannya akan kitab-kitab sangat tampak dan ia sendiri juga menuturkannya.
Saat mengunjungi ruang pameran kitab Dar Al-Kutub Al-Islamiyah, secara bergurau ia menggambarkan kegemarannya itu. “Kami jika berada di toko kitab seperti ini tak ubahnya seperti perempuan-perempuan saat sedang berada di toko pakaian. Tak mau cepat-cepat beranjak.”
Begitu pun ketika sedang mendengarkan penjelasan Habib Alwi Abubakar Assegaf mengenai proses pentahqiqan kitab yang dilakukan di Darul Kutub Al-Islamiyah, ia mendengarkan dengan penuh perhatian. Sesekali ia memberikan komentar-komentar singkat yang menunjukkan kedalaman ilmunya.
Pengajaran-pengajaran, fatwa-fatwanya, dan nasihat-nasihatnya, bukan hanya dapat diikuti oleh kaum muslimin di Patani dan sekitarnya. Dengan kemajuan teknologi sekarang ini, kita pun dapat mengikutinya di internet. Mudah bagi kita untuk mengakses pengajian-pengajiannya atau kitab-kitabnya di dunia maya.
Apa yang disampaikannya dan ditulisnya telah nyata memberikan manfaat besar bagi umat.
Semoga Syaikh Ismail Sepanjang serta para ulama Patani dan sekitarnya dapat terus melanjutkan perjuangan para pendahulu mereka yang telah berjasa besar dalam mengembangkan Islam dan menghidupkan ilmu-ilmu keislaman di Nusantara. Semoga Allah senantiasa memberikan kemudahan dan keberhasilan baginya dalam menjalankan tugas dakwah dan penyampaian ilmu-ilmu keislaman bagi muslimin di mana saja, terutama di Semenanjung Melayu.
SUMBER:
http://www.majalah-alkisah.com/index.php/tamu-kita/1008-tuan-guru-haji-ismail-sepanjang-penerus-tradisi-ulama-patani

Tuesday, 10 April 2012
Doa Basuhan Anggota Wudhu’ dan Selepas Wudhu’
1. Doa ketika membasuh dua pergelangan tangan:
اللَّهُمَّ احْفَظْ يَدَيَّ مِنْ مَعَاصِيكَ
Ertinya: Ya Allah, peliharalah kedua tanganku daripada melakukan maksiat kepadaMu.
2. Doa ketika berkumur:
اللَّهُمَّ اَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Ertinya: Ya Allah, bantulah aku supaya aku dapat berzikir kepadaMu, dan bersyukur kepadaMu, dan perelok ibadah kepadaMu.
3. Doa ketika membasuh hidung:
اَللَّهُمَّ أَرِحْنِي رَائِحَة الجَـنَّةْ
Ertinya: Ya Allah, berilah aku ciuman daripada haruman bau Syurga.
4. Doa ketika membasuh muka:
اَللَّهُمَّ بَيِّضْ وَجْهِى يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوْهٌ وَتَسْوَدُّ وُجُوْهٌ
Ertinya: Ya Allah, putihkanlah wajahku pada hari putihnya wajah-wajah dan hitamnya wajah-wajah.
5. Doa ketika basuh tangan kanan:
اَللَّهُمَّ اَعْطِنِى كِتاَبِى بِيَمِيْنِى وَحَاسِبْنِى حِسَاباً يَسِيْرًا
Ertinya: Ya Allah! berikanlah kepadaku kitabku dari sebelah kanan dan hitunglah amalanku dengan perhitungan yang mudah.
6. Doa ketika membasuh tangan kiri:
اَللَّهُمَّ لاَ تُعْطِنِى كِتاَبِى بِشِمَالِى وَ لاَ مِنْ وَرَاءِ ظَهْرِىْ
Ertinya: Ya Allah, janganlah beri kepadaku kitab amalanku dari sebelah kiri atau dari sebelah belakang.
8. Doa saat membasahi kepala:
اَللَّهُمَّ حَرِّمْ شَعْرِيْ وَبَشَرِيْ عَلَى النَّارِ
Ertinya: Ya Allah, haramkan rambutku dan kulit kepalaku daripada neraka.
9. Doa ketika membasuh dua telinga:
اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنَ الَّذِيْنَ يَسْتَمِعُوْنَ اْلقَوْلَ فَيَتَّبِعُوْنَ أَحْسَنَهُ
Ertinya: Ya Allah, jadikanlah aku termasuk orang-orang yang mendengar ucapan yang baik dan mengikuti sesuatu yang terbaik.
10. Doa saat membasuh dua telapak kaki:
اَللَّهُمَّ ثَبِّتْ قدَمِي عَلَى الصِّرَاطِ يَوْمَ تَزِلُّ فِيْهِ اْلاَقْدَامِ
Ertinya: Ya Allah, tetapkan kedua kakiku di atas titian shirothol mustaqim pada hari dimana banyak kaki-kaki yang tergelincir.
11. Doa setelah berwudhu:
أَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَ أَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنَ التَّوَّابِيْنَ وَاجْعَلْنِي مِنَ اْلمُتَطَهِّرِيْنَ سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدْ أَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ وَصَلَى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ
Ertinya: Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan Allah, tiada sekutu baginya, dan aku bersaksi bahwa Nabi Muhammad itu hamba dan utusanNya. Ya Allah! Jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang bertaubat dan jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang bersuci. Maha suci Engkau ya Allah dengan sifat kepujianMu. Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau. Aku memohon ampun dan taubat kepadaMu. Dan selawat dan salam kepada penghulu kami Muhammad, keluarganya, dan sahabat-sahabatnya.
Rujukan:
Hasyiah al-Bajuri ‘ala Ibn Qasim karangan Syaikh Ibrahim al-Bajuri, cetakan Dar al-Ilmi Surabaya Indonesi, juz 1 hal. 58.

Monday, 2 April 2012
GERHANA BULAN
PENGERTIAN GERHANA
Gerhana, dalam bahasa Arab disebut dengan ‘kusuf’ atau ‘khusuf’. ‘kusuf’ lebih dikenal untuk penyebut gerhana matahari (kusufususy syamsi) dan kata ‘khusuf’ lebih dikenal untuk penyebut gerhana bulan (khusuful qamar). Gerhana dalam bahasa Inggeris gerhana dikenal dengan istilah ‘Eclipse’. Gerhana dari segi istilah:’kusuf’’ ialah menutupi, sedangkan ‘khusuf’ bererti memasuki. ‘Kusufsy Syamsi’ menggambarkan bulan menutupi matahari, baik sebahagian maupun seluruhnya ‘khusuful qamar’ menggambarkan bulan memasuki bayangan bumi.
GERHANA ADALAH SATU BUKTI KEKUASAAN ALLAH
Pada pertengahan abad ke-17 (Masihi) tepat pada tahun 1686 Masihi Isaac Newton menemukan bahwa antara isi alam raya ini terjadi gaya tarik-menarik tetapi, antara benda-benda tersebut terjadi bertaburan berkat adanya gaya gerak saling menjauhi sehingga timbullah keseimbangan alam. Contoh Planet-planet mengelilingi matahari menurut orbit masing-masing.
Keseimbangan dan keharmonian alam semesta ini sesungguhnya telah diberitahukan Allah kepada manusia sajak 14 abad yang lampau, jauh sebelum Isaac Newton dilahirkan.
Dalam Al-Quran, Allah berfirman sebagai berikut:
وَالسَّمَاءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ المِيْزَانَ
Ertinya: “Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan)” (Ar-Rahman: 7)
الشَّمْسُ وَالقَمَرُ بِحُسْبَانٍ
Ertinya: “Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan” (Ar-Rahman: 5)
GERHANA BULAN
Bumi beredar mengelilingi matahari dari Barat ke Timur dalam waktu setahun atau 365 hari, 05 jam, 48 minit dan 45.3 saat. Bulan beredar mengelilingi bumi dari Barat ke Timur dalam waktu 27 hari,07 jam, 43 minit dan 11.6 saat. Disamping bulan beredar mengelilingi bumi, bulan juga beredar bersama-sama bumi mengelilingi matahari.
Gerhana bulan berlaku apabila bumi berada sesatah dengan garisan bulan dengan matahari ketika fasa purnama.
bumi berada sesatah dengan garisan bulan dengan matahari
Cahaya matahari yang biasanya sampai sepenuhnya ke bulan, menjadi terhalang kerana terlindung oleh bumi.
Tompokan gelap di permukaan bulan adalah bayang-bayang bumi yang jatuh di permukaan bulan. Pergerakan bumi mengelilingi matahari akan mewujudkan dua kawasan zon bayangan, iaitu umbra dan penumbra.
JENIS-JENIS GERHANA
Jenis-jenis gerhana bulan ialah:
1) Gerhana warna
2) Gerhana penuh
3) Gerhana separa
Gerhana Warna
Berlaku apabila bulan memasuki hanya kawasan penumbra sahaja. Ia juga dinamakan gerhana penumbra.
Gerhana warna kelihatan bertukar dari bersinar ke warna putih suram.
Gerhana Warna
Gerhana Penuh:
Gerhana penuh berlaku apabila keseluruhan jasad bulan memasuki ke dalam kawasan umbra dan kelihatan terapung-apung di angkasa tanpa cahaya. Di bumi kelihatan berwarna merah tembaga, sebagai kesan pembalikan cahaya dari luar kawasan umbra. Peringkat gerhana bulan penuh bermula apabila bulan memasuki kawasan penumbra, selepas itu sedikit demi sedikit bulan memasuki kawasan umbra. Jangka masa bulan berada di kawasan umbra adalah di antara 50 hingga 102 minit.
Gerhana Penuh
Gerhana Separa
Berlaku apabila bulan memasuki hanya pada sebahagian sahaja kawasan umbra.
Gerhana Separa
SEMBAHYANG KUSUF (GERHANA MATAHARI DAN BULAN)
Sembahyang Kusuf adalah sunat Muakkad sama ada bagi orang yang bermukim atau musafir, merdeka atau hamba lelaki atau perempuan dan sama ada ditunaikan secara berjamaah atau bersendirian. Waktu Sembahyang Gerhana Matahari bermula apabila ternyata berlaku gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana itu, dan sehingga jatuh matahari dengan gerhana tersebut. Bagi Sembahyang Gerhana Bulan waktunya bermula apabila ternyata berlaku gerhana bulan dan berakhir dengan hilang gerhana dan dengan naik matahari. Tidak dikira dengan naik fajar atau jatuhnya pada malam dengan gerhananya.
Lafaz niat Gerhana Matahari ialah:
أصلي سنة كسوف الشمس ركعتين لله تعالى
Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat Gerhana Matahari dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
Lafaz niat Gerhana Bulan:
أصلي سنة خسوف القمر ركعتين لله تعالى
Ertinya: Sahaja aku Sembahyang Sunat Gerhana Bulan dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
Kaifiat Sembahyang Gerhana adalah dilakukan dengan dua rakaat. Cara sekurang-kurangnya ialah dilakukannya dua rakaat seperti sunat Zohor. Yang akmalnya dilakukan sembahyang ini dengan dua kali ruku’ dan dua kali qiyam pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat. Yang terlebih akmal dilakukan Sembahyang Kusuf dua rakaat dengan dua ruku’ dan dua qiyam, bagi tiap-tiap satu rakaaat, dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat sembahyangnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)